Kadangkala, saya tidak
nafikan bahawa pihak pembangkang memang “bijak” dalam memainkan peranan
menyuntik racun ke dalam minda sehingga mampu menyembunyikan kejijikan
mereka di mata rakyat.
Bagi yang tidak tahu, kurang faham dan
kurang mengerti, saya yakin mereka mungkin akan mudah terpengaruh dengan
“sindrom listen, listen, listen” yang sedang hangat diperkatakan
sekarang.
Terus terang saya katakan, saya langsung
tidak berminat untuk membela Presiden SW1M, Syarifah Zohra Jabeen, yang
dijadikan “bahan” oleh segelintir mahasiswa Pro-M (pro-pembangkang) dan
penyokong Pakatan Haram diluar sana.
Mungkin saya akan mengulas mengenai Syarifah di akhir tulisan ini untuk berlaku adil.
Namun, saya lebih berminat untuk mengulas
tentang Bawani yang tiba-tiba diangkat setaraf “wirawati”, sama seperti
Adam Adli yang bertindak biadap di dalam beberapa kes yang melibatkan
propaganda Pakatan Haram sebelum ini.
Dalam ertikata lain, Bawani dan Adam Adli
memang tiada beza sikapnya. Cuma berbeza jantina sahaja. Adam Adli
“mahasiswa biadap” versi lelaki dan Bawani “mahasiswi kurang ajar” versi
perempuan.
Kedua-duanya anak didik Pakatan Haram dan
sememangnya tidak memiliki adab serta tidak diajar untuk menghormati
orang lain, apatah lagi berfikir secara bijak atau waras!
Melihat video penuh forum di UUM
tersebut, saya terima pandangan Bawani tersebut. Namun terus-terang saya
katakan, dia tidak layak bergelar mahasiswi berdasarkan pandangannya
yang dangkal, berat sebelah dan seolah-olah menunjukkan dia begitu jahil
tentang fakta.
Contohnya, dia mahu pendidikan percuma
seperti beberapa buah negara luar seperti Venezeula, Cuba, Argentina dan
Brazil. Satu kehendak yang sama seperti Adam Adli. Kononnya kerajaan
mampu memperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk pendidikan percuma itu.
Memang benar. Memang kerajaan mampu buat
demikian. Tapi kenapa minta RM10 bilion saja? Mintalah RM100 bilion atau
RM200 bilion, bukankah lebih baik?
Dengan peruntukan sebanyak itu maka tak
payahlah kerajaan nak fikir bagaimana untuk membangunkan Malaysia lagi,
kan? Maklumlah, duit sudah “hangus” untuk memberi pendidikan percuma
untuk Adam Adli dan Bawani…
Kalau Bawani nak tahu, negara-negara yang
disebut itu memang memberikan pendidikan percuma. Tapi perlu diingat
bahawa cukai yang dikenakan di negara itu sangat tinggi berbanding
Malaysia dan dikenakan kepada hampir semua rakyat, termasuk bayi!
Dengan duit cukai yang tinggi itulah
kerajaan di negara-negara itu membiaya pendidikan percuma. Bawani mahu
diwajibkan bayar cukai? Sila buat kajian fakta sebelum menyerbu di
mana-mana forum. Menyerbu “tanpa pakai helmet” buruk padahnya, kan?
Tapi, kalau benar Bawani mahu pendidikan
percuma, Kerajaan kini sudah pun melaksanakan dasar itu di sekolah
rendah dan menengah. Kalau di IPTA, Bawani boleh dapat pendidikan
percuma jika betul-betul belajar dan berjaya lulus cemerlang nanti.
PTPTN berbesar hati untuk melupuskan
pinjaman pelajar IPTA yang cemerlang. Tapi kalau Bawani asyik
terpengaruh mengikut idolanya, Ambiga Sreevenasan, rasanya mungkin tak
merasalah “anugerah dekan” dan “pendidikan percuma” itu, kan?
Jadi, Bawani perlu menggunakan akalnya
dan berfikir secara bijak. Jika tidak, tidak mustahil Bawani akan
terpengaruh dengan persepsi negatif dan propaganda tidak realistik
pemimpin politik pembangkang yang licik mempermainkan minda rakyat.
Berkenaan dengan Syarifah Zohra, saya
secara peribadi kurang bersetuju dengan CARA dan “jawapan”nya yang
meleret, serta ada kalanya melalut tidak keruan separuh masak. Maaf jika
dia tersinggung, tapi bukan itu caranya memberikan jawapan atau menjadi
contoh “wanita” yang baikdi depan pelajar IPT.
Sekiranya Syarifah Zohra tidak mewakili
UMNO, BN atau kerajaan, dan mendakwa mewakili NGO, dia harus memastikan
dia benar-benar “bebas” di khalayak ramai, khususnya di depan para
mahasiswa. Di depan kertas undi nanti, terserahlah nak pangkah apa pun,
kan?
Namun begitu, saya berpendapat bahawa
kesalahan Bawani lebih besar dari Syarifah Zohra dalam isu “listen,
listen, listen” ini. Presiden SW1M itu hanya mempunyai 1-2 kesilapan,
sedangkan Bawani telah dikesan melakukan lebih dari 5 kesilapan,
khususnya yang melibatkan otak dan mindanya.
Jadi, kalau anda bersetuju dengan Bawani,
silakanlah kerana saya tidak teruja dengan pemikiran cetek seorang
mahasiswa hingusan yang “perasan” pandai. Saya tak marah kalau nak marah
Syarifah Zohra, saya tak kenal dia pun…
Sumber: Mykmu.net


4 comments:
Listen Listen Listen Duke.. Even this Ambiga jr Have mental problem..
ha ha ha ha..
betulllllll....setuju
betullll setujuuuu
Terbaekkkk.....teruskan pembongkaran tuan.
Mohon di link kan blog baru belajar ini :
http://beliabangkit.blogspot.com
Tq
Post a Comment