Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 30, 2013

GEMPARRR..!!! BLOGGER PENCACAI PAS JELES BLOGGER PRO-UMNO TERIMA ELAUN..?


Tertarik jugak aku nak komen pasal tulisan "Anak Sungai Neraka" yang menuduh UMNO membayar elaun lumayan kepada cybertroopers pro-UMNO sambil menabur fitnah di blog dan facebook setiap hari....

Blogger pencacai "upahan" Zul Ya pun turut meng"copypaste" artikel itu, kononnya nak jatuhkan kreadibiliti blogger pro-UMNO di Kedah...

Itu satu tuduhan. Kalau aku diam, mungkin ada orang kata tuduhan itu benar. Dan kalau aku jawab, sekurang-kurangnya aku menjawab satu lagi fitnah busuk yang dilemparkan oleh blogger "upahan" PAS kepada para pejuang Cyber pro-UMNO, seperti aku dan rakan-rakan yang lain.

Begini jawapan aku...
Untuk makluman blogger pencacai PAS, memang ada dikalangan cybertroopers yang menerima bayaran dari pihak tertentu. Tapi untuk mengatakan bahawa mereka mendapat bayaran dari UMNO, itu aku tak pasti...sebab aku dan majoriti rakan-rakan aku semuanya tak ada pengalaman begitu...

Video yang ditayangkan Anak Sungai Neraka itu aku tak tahu la sapa. Mungkin betul, mungkin tidak. Lagipun, aku dan rakan-rakan aku tak pernah meeting macam tu... Kami meeting pakai BBM jer..! Heh!

Gambar yang ditayangkan itu pula semuanya aku tak kenal. Mungkin itu gambar Anak Sungai Neraka sendiri, siapa tahu, kan? Atau itu gambar Milo Suam, Milo Ais, Milo O, Milo O Ais, Milo Panas atau Neslo kaw punyaaa..? Siapa tahu, kan? 

Memang la ada DS Seri Hisyamuddin dalam gambar tu, tapi manalah tahu salah seorang dari mereka itu Milo Tarik yang menyamar dan menyusup masuk ke kem DS Hisyamuddin, siapa tahu, kan?

Bagi aku, aku sendiri tak pernah bertemu dengan Tok Bashah, Tok Mukhriz atau Tok Man Aziz untuk meminta elaun ke..bayaran ke..apa ke.. Sebab, depa pun tak kenal aku ni siapa. 

Sapa-sapa pun boleh cakap dia DukeofUMNO depan pemimpin UMNO Kedah dan mintak elaun besar setiap bulan, kan? Dulu, sebelum aku pindah ke KL, ada juga sorang yang buat perangai lagu tu. Dan bila aku balik mai sini, ada jugak yang mengaku dia DukeofUMNO depan Datuk-Datuk tu...

Apa yang dia nak pun aku tak tau...dia nak mintak elaun macam puak blogger pencacai PAS Kedah kata tu la kot...

Hangpa ingat UMNO Kedah nak layan ke blogger-blogger ni? Depa mesti ada pegawai IT dan depa boleh suruh Ketua-Ketua Penerangan Pemuda dan Puteri buat blog balun PAS Kedah tiap-tiap hari, free of charge! Tak payah bayaq pun...

Jadi, buat apa UMNO nak upah blogger? Gila ka apa? UMNO bukannya kaya macam Zul Ya pun. Aku dengar Zul Ya suruh Azam pi amik gambar demo depan Wisma pakai Ipad wooo..!!! Mahal wooo...!!! Cybertroopers PAS Kedah pakai Ipad, hangpa ada?

Aku dan kawan-kawan aku masing-masing ada kerjaya masing-masing. Ada yang berniaga, dan ada yang makan gaji macam aku. Ingat kami ni teruk sangat ka? Cuba pi tanya Tok Senapi (Zul Ya la tuuu..) berapa dia bayaq blogger PAS Kedah tiap-tiap bulan. Bawak Al-Quran sekali boh depan dia...

Aku penah jumpa Tok Bashah, dan beberapa pemimpin UMNO yang lain. Tapi depa tak tau aku ni DukeofUMNO. Maklum la...blog aku ni dulu ditubuhkan sebab untuk menegur beberapa pemimpin UMNO. Kalau sebut nama aku depan depa..memang naya la aku kena "balun"..Kah!Kah! Kah!

Lagi satu, jangan ingat kami tak tau apa yang berlaku dalam Cybertroopers PAS Kedah. Setahu aku, ada pihak yang tau segala pergerakan dan detail SEMUA blogger serta Facebooker pencacai PAS Kedah. Berapa depa dapat pun pihak tu tau punyaaaa...tak payah sembunyi laaa...

Cuma, mungkin depa takmau dedah ja semua detail tu. Tuuuu...Amenoworld tu...hangpa ingat dia tu sapa? Heh! Frankly, identiti dia dah rabak. Cuma tak didedahkan saja...apatah lagi Anak Sungai Neraka...heh! Takat blogger pencacai Zul Ya tu...elleeeehhhh....haiihhhh..!!!

Sorry la. Bukan aku nak tulih panjang-panjang. Cuma nampak puak pencacai blogger PAS ni sengaja tabur fitnah....

Sebenarnya pada aku, siapa blogger-blogger ni sama ada blogger pro-UMNO, pro-PAS, pro-DAP atau pro-PKR, semua tu tak penting. Yang penting isi kandungan penulisan tu biarlah berfakta, bernas, padat, tepat dan benar. Kreadibiliti dan kewarasan itu penting pada aku. Jaga qualiti....

Sebelum ni, ada member aku bagitau, ada orang kata depa nampak aku kat program Tun M, program UMNO, himpunan Pakatan Haram, kat bandar Alor Setar, kat Sungai Petani, kat Penang, kat KL, kat sidang DUN, kat Wisma Darulaman dan merata-rata lagi...

Member aku tu gelak sakan masa beritahu aku, sebab dia tahu aku ada kat opis time tu! Gila ke apa? Aku ada kembar kaaa??? Sebenarnya, aku ada ramai kawan-kawan yang hadir di program-program tu, depa la yang bagi gambar dan info....aku mana ada masa.. aku kerja la bebbb..!!!

Terserah la nak kata apa pasal aku dan kawan-kawan aku. Aku buat apa yang mampu. Aku tak minta dihargai sebab aku tahu, kalau benar UMNO menghargai perjuangan aku kat dalam blog, depa sendiri akan cari aku untuk bekerjasama...

Aku terbayang...kalau la aku bertukar tempat, beralih arah, swing menyokong PAS, apa yang akan berlaku? Tak jadi apa-apa pun. UMNO takkan lenyap pun kalau aku sokong PAS....

Jadi, fikir-fikirkanlah penjelasan aku tentang erti perjuangan seorang blogger tepi jalan macam aku. Pakai laptop pun beli bayar bulan. Orang lain pakai Ipad, aku mampu pakai Blackberry je. Tu pun yang paling murah sebab aku beli secondhand! Heh!

1 comment:

Apple Biru said...

sabar je bro..dugaan semua tu..heee

Bila Kak Su Bersuara... Heh!