Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 30, 2013

EKSKLUSIF GUNUNG INAS: JAWAPAN WAKIL CIKGU JOE YANG PENCERAHAN YANG "MENGGELAPKAN" MASA DEPAN PAS KEDAH..!!!

Siapa yang patut saman siapa..???
Aku terbaca "pencerahan" dari PKWR Kupang di blog pencacai PAS Kedah "belaan Zul Ya" pasal isu tipu duit tanah orang kampung di sekitar Gunung Inas yang aku dan kawan-kawan aku dedahkan baru-baru ni...

"Pencerahan"nya berbunyi begini...
Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.
Ulasan: Tu diaaa... Pejabat Wakil Rakyat nak saman pulak orang kampung! Apa ke teruk sangat tahap IQ wakil PKWR Kupang bagi "pencerahan" ni?...Pakcik Tahak tu terang-terang kata dia wakil kepada anak dia...ada video yang buktikan Pakcik tu bawak masalah anaknya kepada lawyer. Jadi, memang betul la dia tak memohon...apa kes depa nak saman Pakcik tu? Ishhh..ada akal ke tidak ni?

Cuba tengok video kat bawah ni.. pada minit 2.07 hingga minit ke 2.10..!!! Dengar dan tengok betul-betul apa yang Pakcik Tahak tu kata.. wakil PKWR Kupang tu nak kena lempang dengan Pakcik tu ke?


Kemudian..dia "cerahkan: lagi....
Bayaran yang diambil (bergantung kepada keluasan tanah yang dipohon dan diusahakan) bukan untuk mendapatkan geran tanah tetapi adalah upah jurukur tanah (Prosedur biasa permohonan tanah). Pihak PKWR tidak mengambil satu senpun dari bayaran mengukur itu melainkan semuanya adalah urusan antara juruukur dan tuan tanah.
Ulasan: Kenapa resit yang dikeluarkan tu dicop atas nama Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas dan bukan diatas nama syarikat Juruukur yang ukur tanah-tanah tu? Kalau betul Pejabat ADUN PAS Kupang tu jadi pemudahcara,buat la cara jadi pemudahcara!

Ni yang keluarkan resit "kedai runcit" tu apahal? Cop nama Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas pulak tu. Juruukur tu takdak resit ke? Jadi, betul la Jawatankuasa tu terima bayaran dari orang kampung. Jawatankuasa tu bayar tak duit kat Juruukur? Atau orang kampung bagi RM2,000 dan Juruukur tu dapat RM1,800 jer?

Dan semakin "gelap" pulak "pencerahan" dari wakil ADUN PAS Kupang ni...heh..!
PKWR Kupang sentiasa berurusan dengan PTG berhubung permohonan tanah tersebut dan dimaklumkan permohonan tersebut dalam proses akhir kelulusan sebelum diserahkan kepada pemohon.
Ulasan: Merujuk kepada resit "cap ayam" yang dikeluarkan Jawatankuasa Tanah Cikgu Joe tu, pembayaran tu dibuat pada tahun 2011. Maknanya, lebih kurang 2 tahun dah dibayar. Dah 2 tahun dibayar masih lagi tak dapat diselesaikan oleh 'PEMUDAHCARA"? Atau permohonan tak lepas?

Cikgu Joe dilaporkan pernah kata, duit orang kampung tu hilang masa PKWR Kupang dipecah masuk perompak. Habis duit tu semuanya hilang. Mana pulak pejabat Cikgu Joe dapat duit beratus ribu nak bayar pada Juruukur? Tadi kata kutip duit untuk dibayar pada Juruukur, kan? Heh! Nampak sangat la dah kantoi...hahahahaha...

Lagipun, tanah-tanah yang dipohon penduduk kampung tu kebanyakkannya semua terlibat dan telah diambil oleh PMBKed untuk tujuang Ladang "Rompak Balak" Rakyat. Jadi, macamana Cikgu Joe nak pastikan Pejabat Tanah bagi geran kat orang kampung? Geran tu dah jadi milik PMBKed dahhh, kan???

Aku tak pasti la sapa Cikgu Kadir ni. Tapi jawapan dia memang "kartun" habis! Patut pun dah dipadam di FB Penerangan PASKedah tadi pagi..Hahahahahaaa.. Memang "back fire" habis jawapan Cikgu Kadir ni...

"Pencerahan" yang diharapkan, tapi "PENGGELAPAN" pulak yang PAS Kedah bagi pasal isu ni.. Tu laaa...pandai lagi tipu rakyat. Hangpa tunggu la...rakyat Baling akan ajar hangpa pada PRU ke-13 ni. Kalau hangpa menang jugak, tunggu je "surat cinta" dari rakyat nanti...heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!