Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Sunday, January 6, 2013

DOSA HADI INI SIAPA YANG NAK TANGGUNG..???


Hanya kerana dia masuk UMNO pada tahun 2008, dia didesak untuk menceraikan isterinya! Itulah yang dilalui oleh lelaki ini hanya semata-mata kerana kekeliruan keluarga mertuanya terhadap "amanat Hj Hadi"...

Kerana amanat tersebut, lelaki itu terpaksa berhempas pulas menyelamatkan "masjid" yang dibina, khususnya ketika itu pasangan tersebut memiliki seorang cahaya mata yang masih kecil...

Itupun masih lagi Hadi "buta" dengan "dosa"nya? Masih lagi tak mahu tarik balik dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam yang jauh terpesong kerana taksub terhadap "amanat"nya itu?

Bacalah kisah perkahwinan yang hampir dirobohkan Hadi dibawah...

'Saya disuruh ceraikan isteri'



DUNGUN 4 Jan. - Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008.

Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini.

"Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO.

"Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak," ujar Che Rokeman yang bertugas sebagai operator jentera berat kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Che Rokemen, dia adalah salah seorang penyokong kuat Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dan menjadi Setiausaha Pemuda Pas cawangan di kampungnya pada 1991 hingga 1999.

Katanya, semasa dalam Pas dia berasakan dipandang tinggi mentua apatah lagi dengan banyak peranan yang dilakukan untuk kepentingan parti.

"Seluruh ahli keluarga saya sejak datuk saya lagi penyokong Pas dan saya mewarisinya. Malah, tapak surau yang kemudiannya turut dijadikan markas Pas di kampung adalah tanah pemberian keluarga milik emak," ujarnya.

Che Rokeman memberitahu, sejak kecil lagi dia dididik menyokong perjuangan Islam dan setelah berperanan di dalam Pas, dia ingin melihat parti itu terus kuat dan kukuh supaya syiar Islam dapat berkembang.

Tetapi katanya, setelah ditakdirkan Pas memerintah Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 1999, beberapa tindakan para pemimpin atasan dan jentera parti di akar umbi menjadi keterlaluan dan dibiarkan dalam keadaan tidak menentu.

"Kejadian menghalau kanak-kanak di tadika Kemas beransur mengikis keyakinan saya, walaupun awalnya saya rasa itu sekadar mainan akhbar seperti Utusan Malaysia.

"Tetapi apabila kejadian itu turut berlaku berhampiran kampung saya, saya menitiskan air mata, kesal dan sedih. Biarpun bangunan itu milik kerajaan tetapi mengapa tergamak menghalau kanak-kanak," ujarnya.

Dalam masa sama, katanya, dia tertarik dengan kesederhanaan pemimpin UMNO di daerah ini yang tidak bersikap memusuhi malah sedia membantu jika diminta biarpun untuk kepentingan kumpulan penyokong Pas dan akhirnya menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum 2008. - Click sini

No comments: