Nampaknya fakta kes yang
melibatkan jutawan karpet, Deepak Jaikishan dan yang dikemukakan oleh
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sangat-sangat mengelirukan. Seorang
cakap lain dan seorang lagi lain pula yang dipusingnya…
Rafizi baru-baru ini begitu bangga
menayangkan beberapa keping dokumen kepada media, kononnya bukti-bukti
yang bakal menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ada di tangannya.
Kononnya, dokumen-dokumen tersebut
diperoleh dari Deepak sendiri dan dia kononnya akan terus membongkar
jawapan bagi kes tersebut.
Tiba-tiba pula, Deepak tampil beserta
keterangan melalui video apabila menegaskan berkali-kali kepada media
bahawa dokumen tersebut bukan dari dirinya. Deepak menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan Rafizi itu?
Menafikan dokumen itu miliknya maka
secara automatik akan menunjukkan bahawa Rafizi menipu dan “anak didik”
Anwar itu jelas berniat buruk untuk menjejaskan imej Perdana Menteri dan
isteri beliau!
Selain itu, Rafizi pula memberitahu media
bahawa Deepak tidak mahu dilihat rapat dan bersekongkol dengan PKR
serta lebih selesa untuk dilihat bertindak sendirian tanpa sokongan
sesiapa.
Yakin benar Rafizi dengan kenyataannya itu?
Tapi, Deepak pula pada masa yang sama
meluahkan rasa kecewanya apabila “boss” Rafizi sendiri, Anwar Ibrahim,
tidak memberikan sokongan terhadapnya secara terbuka dikhalayak ramai....
Kekecewaan Deepak itu boleh dirujuk
kepada laporan portal kesayangan Rafizi iaitu Malaysiakini.com dan
wartawannya ialah Zulaikha Zulkifli. Rafizi boleh jumpa wartawan
berkenaan dan saman Malaysiakini jika mahu.

Jelaslah di sini kita dapat melihat kontra yang sangat ketara di antara kenyataan Rafizi berbanding Deepak.
Rafizi kata Deepak mahu dilihat sebagai
“solo player”, tapi Deepak pula kecewa bila Anwar tidak sudi
bersekongkol dengannya secara terbuka. Ia membuktikan bahawa Deepak
tidak mahu dilihat berseorangan seperti yang didakwa Rafizi, bukan?
Persoalannya, pada siapa yang harus kita
percaya? Deepak atau Rafizi? Siapa yang benar dan siapa yang cuba
menjual auta murahan kepada rakyat?
Yang malangnya ialah Perdana Menteri dan
isteri apabila kedua-dua makhluk yang bernama Rafizi dan Deepak ini cuba
menganiaya serta memburuk-burukkan kreadibiliti pasangan tersebut tanpa
rasa malu.
Pada pandangan saya, Deepak tak boleh
dipercaya dan samalah juga dengan Rafizi pun langsung tidak boleh
dipercaya. Percaya pada mereka berdua ini samalah percaya kepada
Musailamah Al-Kazzab.
Kita wajar menolak individu-individu yang
cuba mengelirukan rakyat dengan taktik murahan sebegini. Kalau Deepak,
mungkin dia tidak mengenal pahala dan dosa. Tapi bagaimana pula dengan
Rafizi? Apakah dia juga tidak kenal pada hukum hakam Islam itu? Anwar
tak ajar, kah?
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment