Sudah agak lama saya
tidak menulis mengenai isu Lynas yang digembar-gemburkan oleh Pakatan
Haram sebagai sebuah kilang yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan
rakyat di sekitarnya bermutasi, cacat atau mati.
Saya fikir isu tersebut telah “mati”
setelah Mahkamah Tinggi Kuantan sebelum ini menolak permohonan injunksi
interim “pencacai upahan” Pakatan Haram, sekaligus membuktikan kilang
nadir bumi itu selamat untuk beroperasi.
Namun ketika hadir sebagai pemerhati di
Himpunan “Shamsidar 1.0” di Stadium Merdeka baru-baru ini, saya
terdengar pula kenyataan Anwar Ibrahim yang “gatal mulut” menyentuh
mengenai isu tersebut.
Tak habis-habis lagi? Tak puas hati
dengan keputusan mahkamah? Keputusan mahkamah untuk kes “Liwat II Anwar –
Saiful Bukhari” boleh pula terima, ya? Sebabnya ia tidak memihak pada
Pakatan Haram, ka? “Double standard” sungguh!
Dalam ucapannya, saya mendengar Anwar berkata…
“Business cannot outweigh environmental safety, which is why protecting the safety of the people of Kuantan cannot be an afterthought. KL112 says ‘No’ to Lynas” – Anwar Ibrahim, HKR, 12 Januari 2013.
Maksud Anwar, sebarang perniagaan tidak
boleh mengenepikan soal keselamatan alam sekitar dan disebabkan itulah
maka dia kononnya menolak Lynas semata-mata demi keselamatan rakyat di
Kuantan.
“Baik sungguh” Anwar. Bunyinya
seolah-olah dialah “Sivaji Da Boss” yang turun dari langit untuk membela
rakyat Kuantan dari kilang Lynas yang boleh menamatkan riwayat hidup
mereka. Bagaikan “hero tamil”, bukan?
Untuk pengetahuan Anwar, kilang Lynas
yang besar “gedabak” di Gebeng, Kuantan , itu langsung tidak merbahaya
dan tidak mampu membunuh sebagaimana yang dia katakan itu. Kadar radiasi
yang dihasilkan oleh kilang Lynas hanyalah “seciput” dalam kadar
0.002mSv setahun!
Dan kadar itu sebenarnya sangat kecil
jika dibandingkan dengan kadar radiasi yang jauh lebih tinggi dihasilkan
oleh telefon bimbit (yang guna bahan nadir bumi) yang kini dimiliki
oleh kanak-kanak di sekolah rendah.
Kenapa Anwar “Da Boss” tak suruh saja “hempaskan” telefon bimbit masing-masing ke lantai? Ia lebih merbahaya dari Lynas, bukan?
Selain itu, puak-puak Pakatan Haram
memang suka pakai Ipad, kan? Hari-hari mereka upload ceramah politik ke
Youtube menggunakan iPad. Mungkin itu dibolehkan dan dianggap “radiasi
sunat”…
Malah radiasi dari menghisap rokok pun jauh lebih tinggi, tapi semua pengikut Anwar Ibrahim baik dan tak hisap rokok kan?
Salah seorang “pencacai” Pakatan Haram
yang dikenali sebagai aktivis “anti-Lynas”, Wong Tack, dalam ucapannya
marah-marah dengan pembinaan kilang Lynas hanya kerana syarikat itu
dimiliki “orang putih”.
Apa masalahnya dengan “orang putih”? Dia
mahu kaitkan dengan “warna kulit”? Atau dia marah kilang Lynas itu milik
“orang putih” dari Australia?
Apakah hanya orang hitam, hitam manis,
sawo matang, kuning langsat dan selain dari “putih” sahaja yang layak
berniaga di Malaysia? Selama ini sudah beratus-ratus syarikat “orang
putih” masuk berniaga di Malaysia, kenapa dia tidak marah-marah suruh
tutup?
Siapa Anwar dan Wong Tack untuk
mengesahkan kilang Lynas itu selamat dari ancaman radiasi atau tidak?
Mereka lulusan atom nuklear dari universiti mana? Anwar merupakan
seorang pelajar jurusan sastera, apa yang dia tahu tentang radiasi?
Patutnya, mereka belajar dari yang pakar.
Kalau di Malaysia, mereka boleh belajar dari AELB dan kalau nak belajar
di luar negara, mereka boleh “disekolahkan” di IAEA. Kedua agensi atom
peringkat nasional dan antarabangsa sememangnya pakar dalam bidang ini.
AELB dan IAEA sendiri sudah sahkan kilang
Lynas itu selamat dan tak mampu membunuh sesiapa pun. Malah kilang itu
sebaliknya memberikan rezeki kepada ratusan penduduk Kuantan untuk
meneruskan kehidupan yang lebih baik!
Jadi, kalau Anwar atau Wong Tack nak
menipu sekali pun selepas ini, tolonglah jangan sentuh tentang Lynas.
Saya khuatir nanti mereka berdua diketawakan orang pula. Sudahlah “bodoh
sombong”, ada hati nak menipu rakyat? Silap besarlah…
Sumber: Mykmu.net
3 comments:
Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...
SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...
Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...
Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...
Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...
Memanglah dia hebat. Kalau tidak masakan Pakar Nuklear Pas boleh akur!
Apa barang Anuar Ibrahim nak jaga soal keselamatan alam sekitar??? Soal keselamatan teruna dan pungkuk Jambu macam mana tak nak jaga ke?
Alam sekitar kotor boleh kira ok gak sebab kalau sakit dan mati itu lumrah kehidupan.
Pungkuk dan jamban anak teruna, laki orang, bini orang kalau tibai alamat Nabi pun tak mengaku umat. Ada reti!!!!!!!!
Post a Comment