Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, January 5, 2013

LAWAK PAGI INI...KENALI KELUARGA TUKANG FITNAH NASIONAL INI...


Ada la satu family ni....

Memang dah warisan turun temurun suka fitnah orang...

Kalau tak fitnah sehari, bukan PKR namanya...

Ketua pemfitnahnya Pak Anwar Berahim...

Lepas tu diwariskan sifat tu pada anaknya, Nurul Izzah binti Anwar bin Berahim...

Lepas tu dijangkit pulak pada "kekasih gelap"nya, Azemin Alley....

Ada sorang tu nak masuk geng fitnah..tapi asyik fail je sebab selalu GAGAP...

Diorang kata orang fitnah diorang...padahal diorang la yang fitnah orang...

Tu pun korang sokong family fitnah ni lagi..? Tu diaaaaa...!!!

Friday, January 4, 2013

GEMPARRR..!!! PAS KELUAR PAKATAN, TAK PUAS HATI NGEH HINA AL-QURAN..??!!!

nga ngeh ngok

Kemarahan yang meluap-luap timbul di hati saya bila mendapat tahu mengenai perihal Ngeh Koo Ham yang sekali lagi telah menghina Islam apabila menganggap bahawa kitab suci Al-Quran adalah sama sifatnya dengan kitab Bible.

Pengerusi DAP Perak yang disanjung tinggi Nizar Jamaluddin ini ternyata begitu biadap, kurang ajar dan perlu diajar apabila menyamakan kitab yang menjadi mukjizat Rasulullah SAW itu dengan sebuah kitab Bible yang bukan lagi Injil yang asli.

Ngeh di dalam Twitternya baru-baru ini dalam usaha mempertahankan kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, berhujah bahawa kalimah “Allah” adalah wajar digunakan di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun dulu.

Thursday, January 3, 2013

PEDIHHH TELINGA..!!! NERAKA TELAH DIJUAL PADA AZHAR IDRUS..??!!!



SAYA tertarik untuk mengulas mengenai “tarbiyyah” seorang ustaz “glamour”, Ustaz Azhar Idrus, yang cukup popular di kalangan para pengikut Pakatan Haram, khususnya para penganut ajaran PAS yang suka menyimpan cd-cd karutnya.

Baru-baru ini Ustaz Azhar mengeluarkan fatwa terbaru yang mengatakan bahawa pihak kerajaan sedia ada dan para penyokongnya akan menjadi penghuni neraka kerana meluluskan lesen judi dan arak di negara ini.

Begitulah lebih kurang bunyinya “ceramah” yang disampaikan oleh “ustaz selebriti” itu dan fatwa itu begitu megah dicanang oleh puak-puak PAS dengan menuding jari kepada lebih tiga juta ahli UMNO yang dikatakan bakal menghuni neraka!

GEMPARRR..!!! VIDEO SEKS ANWAR PERUT "KEMPIS" TERSEBAR..???!!!


Sekonyong-konyong tiba di cuping telinga saya tentang perkhabaran sebuah video seks yang kini begitu hebat diperkatakan di Jakarta dan disebarkan melalui jaringan Blackberry yang menyaksikan aktornya sekali lagi melibatkan “bapak” Anwar Ibrahim. 

Sebenarnya, saya sendiri belum pernah menonton petikan video tidak bermoral itu memandangkan saya tidak pernah ke ibu negara jiran itu. Namun ada rakan-rakan yang heboh memperkatakannya di sana.

LAWAK PAGI INI..KHALID "GAGAP" EKSIDEN KENA LANGGAR KERETA..!!!


Tu laaa..sebok sangat nak pedajal orang...kan dah eksiden..!!! Heh!

Lain kali kalau tak setuju pun, buat la bantahan dengan cara yang betul...

Aku pun nak AES dikaji semula perlaksanaannya...tapi tak la sampai pedajal orang..heh!

Niat tu kena ikhlas la wehhh...

Lain kali dengar lagi nasihat DAP...

Akibatnya dengar cakap setan, kena langgar kereta...

Mujur kena langgar kereta je, kalau kena sambar petir? Camana...?

Tak pasal-pasal je jadi "GAGAP" seumur hidupppp..!!! Heh!

Wednesday, January 2, 2013

"THINK TANK" PAS MELATAH DAKWA LEBIH HEBAT DARI ULAMA..???




Masih panas diperkatakan mengenai isu amanat Hadi yang terbit dari keceluparan mulut Presiden PAS itu pada tahun 1981 dan meskipun sudah lebih dari tiga dekad dia didesak untuk menarik balik amanat itu, dia masih pening-pening lalat dan terus berdolak-dalih.


Sekonyong-konyong dihentam kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang, maka datanglah seorang “think tank” PAS yang paling hebat untuk menyelamatkan “boss”nya…

Dia yang saya maksudkan ialah Dr. Dzulkefly Ahmad yang begitu kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal dan dangkal!

PANASSS..!!! GAMBAR MOGOK LAPAR KANTOI MAKAN KAT HOTEL..!!!


photo 1 (3)

Sebahagian daripada kumpulan 18 ‘pejuang alam sekitar sejati’ yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.

Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.

Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah. Lagi gambar kat bawah..!!!

GEMPARRR..!!! POK NIK AJIS TERKENA "PANGGILAN HANGIT" HOT FM..???!!!




Ni sekadar lawak je la...takde kena mengena dengan yang masih hidup atau yang dah mati...

Tapi kalau nak touching sangat tu...lantak hang la wehhhh...!!! Tapi memang lawak bila Pok Nik Ajis kena sergah dengan panggilan hangitttt..!!! Heh!

Layannnn..!!!

PEDASSS..!!! SIAPA ORANG PAS YANG KOREK TABUNG MEMALI..???

hadi pening

Saya tertarik dengan tulisan penulis “upahan” PAS, Sayuti Omar, yang menggesa agar umat Islam mengorek kembali peristiwa Memali setelah ramai para ulama di negara ini bersuara mendesak agar amanat “sesat” Hadi ditarik balik.

Dia berpendapat, kalau amanat “sesat” itu diungkit dan diminta untuk ditarik balik, mengapa sejarah peristiwa Memali di Baling perlu didiamkan?

Kononnya dengan membangkitkan kembali peristiwa berdarah itu, isu amanat Hadi itu mampu di “divert” dan digantikan dengan isu Memali? Tidak semudah itu rasanya…

GEMPARRR..!!! BLOGGER PRO-UMNO KEDAH UNGGULI CARTA TERBAIK 2012..!!!


Tahniah aku ucapkan kepada beberapa blogger Team Media Kedah (TMK) yang telah berjaya mengungguli carta ranking blogger pro-UMNO terbaik pada tarikh berakhir 31 Disember 2012. Siapa sangka blogger pro-UMNO Kedah hebat begitu, kan?

McTheory berjaya menempatkan diri pada ranking kedua, selepas blogger sahabat kami, Media Permatang Pauh di tempat pertama. Menariknya, McTheory dilihat sebagai seorang blogger yang benar-benar memainkan isu politik sahaja...Tahniah Mc..!!!

TERKINI..!!! HADI MASUK TV MALAM NI..???!!!





SUDAH diludah, kini PAS bersahaja menjilat kembali ludahnya apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang beriya-iya mahu “glamour”kan dirinya dengan satu slot siaran langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 untuk menjelaskan “dosa”nya mengenai amanat “sesat” 1981.


Terkini, Abdul Hadi berkata bahawa dia memerlukan selama satu jam untuk bersiaran langsung di media-media arus perdana itu bagi menjelaskan amanatnya yang mengkafirkan umat Islam yang menyokong UMNO.

Hadi mendesak agar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim agar membenarkan “muka tak seberapa hensem”nya itu untuk dilihat berucap di kaca televisyen untuk tontonan seluruh negara di waktu puncak.

LAWAK PAGI INI..!!! KARPAL SUDAH SEMBUH, TAK PERLU LAGI KERUSI RODA..!!!


Perghhh..!!! Dengan hanya berkata-kata, Tun M berjaya "pulih"kan Karpal Singh..!!!

Karpal kini tidak lagi berkerusi roda...

Lepas Tun M suruh beri peluang kat Karpal jadi PM...

Karpal terus sembuh dan tak perlu lagi kerusi roda...

Tak caya? Tuuuu..tengok kat atas tuuuu...

Siap buat "star jump" lagi tuuhhhhhh...!!!

Tuesday, January 1, 2013

PEDASSS..!!! MAMPUKAH HADI CUCI DOSA PULUHAN TAHUN DALAM TEMPOH 1 JAM..???

amanat-mungkar-haji-hadi-3

Setelah teruk didesak untuk menarik balik “amanat sesat” yang dilafazkan di depan puluhan ribu para penyokong PAS pada tahun 1981 dulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi kini meminta satu jam dari media arus perdana untuk menjawab kontroversi yang dia timbulkan itu.

Abdul Hadi berkata, dia mahu bersiaran secara langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 selama satu jam di waktu perdana dengan alasan supaya kenyataannya tidak diputar belitkan oleh mana-mana media berkenaan.

Kononnya, dengan memberi penjelasan selama satu jam itu dia akan mampu merungkai segala “dosa”nya dari tahun 1981 sehingga kini?

PANASSS..!!! SHAMSIDAR TEKAD DEDAH SKANDAL DENGAN ANWAR..???




Ramai yang tidak bersetuju dan mempersoalkan mengapa perlunya seorang wanita bernama Shamsidar Taharin dipanggil untuk menjadi saksi perbicaraan kes saman yang melibatkan di antara dua bekas rakan karib iaitu Datuk Nallakaruppan dan Anwar Ibrahim.


Khabarnya, mereka mahu mengadakan demonstrasi bagi menghalang wanita itu untuk menjadi saksi kes perbicaraan tersebut dan mahkamah dikatakan tidak patut untuk memanggilnya ke kandang saksi.

Ura-ura mengatakan bahawa huru-hara tersebut akan berlangsung pada 12 Januari depan, beberapa hari sebelum kes perbicaraan kes itu dijalankan di mahkamah.

Monday, December 31, 2012

PANASSS..!!! SIAPA SEBENARNYA DALANG MAKSIAT DI SELANGOR..?

RONNIE THE DON

Siapa tidak kenal dengan negeri Selangor yang berubah dari sebuah negeri paling maju kepada sebuah negeri yang dipenuhi dengan pusat-pusat maksiat, premis hiburan, rumah-rumah urut dan pusat judi selepas Pakatan Haram mengambil alih negeri itu pada tahun 2008.

Baru-baru ini sebuah akhbar berbahasa inggeris telah menyiarkan laporan di muka depan tentang kegiatan perjudian semakin berkembang di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu “The Don”, mengulas bahawa “tidak banyak” yang mampu dilakukan oleh pihak PBT di bawahnya dan menggesa agar pihak polis khususnya supaya bersikap pro-aktif untuk mengambil tindakan terhadap pusat-pusat maksiat tidak berlesen itu.

GEMPARRR..!!! KUIN TEMPAT AZIZAN & JAMIL KAYAKAN KRONI..!!!?

Azizan-Kuin

Apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dikritik hebat oleh ratusan kakitangan dan ribuan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana tidak mampu mentadbir universiti itu dengan baik, Azizan melenting “naik minyak”.

Di sidang DUN Kedah tempohari, dia berkata KUIN dalam keadaan “baik” diuruskan oleh rakan baiknya, Datuk Dr. Jamil Osman sebagai Rektor dan universiti yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah itu tidak mengalami sebarang masalah kewangan sebagaimana didakwa.

Kononnya, KUIN akan lebih berjaya apabila kampusnya di Kuala Ketil siap dibina kelak...

LAWAK PAGI INI..!!! ANWAR GUNA DUIT RAKYAT SELAMATKAN SYARIKAT KRONI..?!!!


Kononnya dia pernah jadi Menteri Kewangan..!!!

Kononnya dia bijak pandai urus ekonomi..!!!

Kononnya dia jadi Penasihat Ekonomi Selangor..!!!

Ni apa kes sampai buat Kertas Putih pun masih tak mampu sembunyikan hutang Talam Corp?

Tu laaa.. Khalid nak tutup bangkai gajah dengan seluar dalam Anwar? Heh!

Mana boleh bebbbb..!!! Mengaku je la Anwar nak selamatkan syarikat kroninya pakai duit rakyat!

Sunday, December 30, 2012

PANASSS DI KEDAH..!!! SANUSI SETPOL MENIPU RAKYAT LAGI..!!!???

IMG_2660

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tayangan sebuah gambar kawasan hutan simpan kekal di Tasik Pedu, Kedah, yang seolah-olah menjadi “padang jarak padang tekukur” setelah menjadi mangsa digondolkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Kerakusan di tahap melampau untuk membolot kekayaan hasil balak negeri Kedah secara mudah itu menjadi salah satu dosa kerajaan negeri pimpinan Azizan Razak, yang tidak dapat dimaafkan oleh seluruh rakyat negeri Jelapang Padi itu.

Sebenarnya, gambar tersebut merupakan salah satu gambar yang berjaya dirakam ketika tinjauan dari udara dilakukan di sekitar hutan simpan kekal bernilai tinggi kira-kira 200 meter dari empangan Tasik Pedu yang menjadi kawasan tadahan air utama bagi kawasan utara semenanjung.

Krisis Air Selangor: LUAS Jadi “Pandai” Lepas Dipuji Khalid?

LUAS
LUAS dah TAK LUAS..Dah TERBALIKKK..!!!

Saya agak terkejut apabila Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang ditubuhkan oleh kerajaan BN di Selangor kini bersikap pembelit “putar alam” setelah kerajaan negeri itu diambil alih oleh Pakatan Haram.

Pengarahnya, Md. Khairi Selamat baru-baru ini mengeluarkan kenyataan senada dengan MB Selangor, Khalid “Gagap”, kononnya sumber air di negeri termaju itu cukup untuk kegunaan rakyat sehingga tahun 2030.

Katanya, hanya 40% dari sumber air larian di permukaan diperlukan bagi menampung kekurangan sumber bekalan air bersih di negeri itu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!