Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    56 minutes ago

Thursday, December 13, 2012

PANASSS..!!! PAS CEMAR MARUAH ISLAM LAGI..!!!

KB01_111212_GERAKAN

Ekoran tidak cukup ilmu dan zalim, PAS sanggup mencemar keadilan hukum yang diturunkan Allah melalui Al-Quran sehingga ramai golongan bukan Islam yang tampil menunjukkan protes mereka terhadap peraturan yang dikuatkuasakan Nik Aziz di Kelantan.

Kononnya, kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS itu fikir bahawa peraturan yang mereka laksanakan berkenaan pusat salun dan kedai gunting rambut di negeri Kelantan itu cukup Islamik, tapi jelas ia hanya menjejaskan kreadibiliti hukum Islam.

Dalam peraturan tersebut, Kerajaan Nik Aziz itu menggariskan supaya mana-mana pekerja berjantina perempuan di pusat salun dan seumpamanya dilarang untuk memberi khidmat pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Kononnya, dengan peraturan itu maka tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim di kedai-kedai gunting rambut itu.

Namun peliknya, peraturan itu turut dikenakan terhadap golongan bukan Islam di mana beberapa pusat salun telah disaman penguatkuasa kerana melanggar peraturan yang kononnya “holistik” tersebut.

Keadaan itu telah menyebabkan DAP melalui Karpal Singh, MCA, Gerakan dan banyak lagi pihak bukan Islam yang tampil menggesa agar kezaliman peraturan Kerajaan PAS Kelantan itu dikaji semula dengan segera.

Sebenarnya, tujuan Nik Aziz di dalam mengimplementasikan peraturan tersebut memang baik, namun perlaksanaannya jelas tidak teliti sehingga menyebabkan ketidakadilan berlaku, lemah dan seolah-oleh tidak wajar sekali dilaksanakan.

Saya ingin bertanya, apakah salah seorang pendandan wanita yang bukan Islam menggunting rambut seorang lelaki bukan Islam?

Dan apakah salah sekiranya seorang pekerja lelaki india di sebuah kedai gunting rambut menggunting rambut seorang wanita beragama Hindu?

Pada saya, peraturan yang dilaksanakan PAS Kelantan itu jelas menunjukkan sikap mereka yang tidak adil, zalim, tidak faham hukum, tidak majmuk, tidak jaamiq dan maaniq.

Paling sedih dan mengecewakan, perlaksanaan peraturan sebegitu hanya akan mencemarkan keadilan yang terdapat di dalam hukum yang diturunkan Allah dan menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak adil untuk dilaksanakan untuk seluruh golongan manusia.

Sepatutnya, peraturan sebegitu hanya dilaksanakan kepada pusat-pusat salun dan seumpanya yang melibatkan pekerja wanita dan lelaki yang beragama Islam sahaja. Manakala bagi mereka yang bukan beragama Islam patut dibebaskan dari peraturan tersebut.

Ia memandangkan kerana golongan bukan Islam tidak terikat dengan perkara dosa atau pahala sebagaimana umat Islam.

Namun begitu, pusat-pusat salun bukan Islam ini wajar dipantau dari masa ke semasa di mana pengusaha-pengusahanya perlu memastikan para pekerja mereka tidak menggunting rambut pelanggan Islam yang berlainan jantina.

Dalam ertikata lain, tukang gunting rambut lelaki hanya gunting rambut pelanggan lelaki Islam dan dilarang untuk mengunting rambut pelanggan muslimah dan begitu juga sebaliknya.

Takkanlah peraturan semudah ini pun PAS Kelantan tidak mampu gubal? Itu pun ada hati nak gubal undang-undang hudud? Nampak gayanya PAS Kelantan macam baru nak kenal Islam pula gayanya.

Inilah akibatnya kalau tidak sedar diri itu jahil dan sombong. Perkara yang mudah sebegitu pun tidak mampu dilaksanakan dengan baik dan hasilnya mereka hanya mencemar imej Islam saja dipandangan golongan bukan Islam.

Itu pun PAS masih lagi mendabik dada kononnnya mereka saja yang Islam? Malulah sikit…

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! VIDEO: LAGI PENDERAAN BABY DIKENAL PASTI..!!!



Tu diaaa..!!! Memang "kejam"..!!! Aku rasa, ramai dikalangan baby-baby yang pernah "didera" macam baby nih...!

Elok-elok baby tu tido...tiba-tiba terkejut dengar bapa dia berdengkurrr..! Krohh..! Kroohh..! Krooohh..!!! 

Terus terang, aku memang selalu jadi "mangsa" macam baby ni bila share bilik dengan beberapa orang kawan. Phobia aku. Takleh tidur sampai pagi...

P/s: Aku tak berdengkur kalau tidur.. Untung la sapa yang sebilik dengan aku..heh!

Sunday, December 9, 2012

GEMPARRR..!!! MAT SABUN MAHU 13 MEI BERULANG KEMBALI..??!!!

mat sabu syiah

Seronok betul para pemimpin Pakatan Haram, khususnya Mat Sabu, memperkatakan tentang kononnya sekumpulan Pemuda UMNO Gombak telah bertindak ganas terhadap salah satu ceramah mereka di Gombak baru-baru ini.

Mat Sabu mendakwa kononnya UMNO cuba bertindak ganas kerana terdesak takut kalah pada PRU ke-13 nanti.

Menambah garam secukup perisa dengan tohmahannya itu, Mat Sabu tidak teragak-agak untuk mendakwa bahawa UMNO sedang melakukan propaganda ganas dengan mengaitkan peristiwa 13 Mei sekiranya Kerajaan BN tewas pada pilihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi.

Timbalan Presiden itu menyatakan bahawa UMNO cuba meniup insiden berdarah itu bagi menakut-nakutkan rakyat di Malaysia, khususnya kaum Cina melalui propaganda tersebut.

Benarkah kata-kata seorang lelaki yang pernah mengorat dan memperisterikan isteri rakan karib yang banyak berjasa padanya itu?

Sejak 2008 di mana kita menyaksikan BN lemah akibat kurang sokongan disebabkan beberapa faktor dalaman, Pakatan Haram yang kononnya merasa mereka “kuat” semakin ganas memenuhi jalan-jalan raya di negara ini.

Seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi bagaimana ganasnya puak-puak Pakatan Haram itu melakukan kekecohan sehingga menyebabkan ibu negara lumpuh serta menjejaskan imej negara di mata dunia.

Bukan itu saja, keganasan yang mereka timbulkan itu juga telah menyebabkan negara kerugian beratus juta ringgit bagi setiap kekecohan yang mereka lakukan.

Siapa yang tidak pernah dengar tentang himpunan tidak bertamadun seperti Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0, himpunan 901 di depan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, himpunan “katak” hijau ke Putrajaya. Semuanya benar-benar menghuru-harakan!

Satu Malaysia dapat melihat bagaimana sebuah kereta polis telah dibaling batu sehingga pemandunya terbabas dan kenderaan tersebut diterbalikkan oleh puak-puak Pakatan Haram yang tidak faham-faham akan tugas polis menjaga keamanan dalam negara.

Itu belum lagi dengan insiden seorang polis trafik yang tergelincir jatuh dari motorsikalnya sebelum dibelasah teruk oleh “monyet-monyet” yang memakai baju kuning di atas jalanraya di ibu negara!

Saya ingin bertanya, apakah semua tindakan para penyokong Pakatan Haram itu tidak menunjukkan sebarang keganasan berlaku?

Siapa pula yang terdesak sehingga terpaksa menjelajah ke seluruh negara dengan siri-siri ceramah bohong mereka pada setiap hari dan malam, berkempen politik menyuruh rakyat menyokong mereka untuk jadi Perdana Menteri?

Berbeza dengan himpunan yang dianjurkan Kerajaan BN, contohnya Himpunan Jutaan Belia, tiada sebarang kekecohan berlaku serta program tersebut berjaya dijalankan dalam keadaan aman dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Penyertaan di himpunan anjuran BN itu bukanlah berjumlah 50,000 atau 100,000 seperti yang dianjurkan Pakatan Haram (itupun dicampur dengan jin dan jembalang!), tapi Himpunan Jutaan Belia itu mencecah lebih 2 juta kehadiran dengan bukti!

Paling membanggakan, tiada sebarang keganasan berlaku!

Saya faham bahawa Pemuda UMNO memang “nakal” sedikit. Tapi jika dibandingkan dengan para penyokong Pakatan Haram, tak kira muda atau tua, semuanya ganas-ganas dan aggresif belaka! Polis yang berkawal pun berani diserang!

Kalau nak disebut tentang peristiwa 13 Mei, saya rasa ramai yang tidak mahu insiden berdarah itu berulang kembali. Namun secara asasnya, peristiwa itu berlaku kerana kurangnya perpaduan kaum di Malaysia ketika itu.

Sejak peristiwa itu berlaku, Kerajaan BN mengeratkan perpaduan kaum. Lain pula halnya dengan Pakatan Haram, parti-parti pembangkang ini menyemai bibit-bibit kebencian di antara kaum sehingga wujud syak wasangka buruk, khususnya terhadap orang Melayu!

Jadi secara tidak langsung, Pakatan Haramlah yang sebenarnya mendorong kepada peristiwa hitam itu untuk kembali berulang, bukan? Apahal pula Mat Sabu  nak tuduh BN dalam hal ini? Nak kena lempang?

Tak payahlah nak temberang rakyat. Kalau temberang “Normah” mungkin dia “terpaksa” percaya. Tapi kalau berniat nak auta rakyat, silap-silap teruk Pakatan Haram ke balun pada PRU ke-13 nanti, kan?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! ABBY ABADY MERAUNG GULING-GULING MALU..???


Sedang Abby Abadi, Bob Lokman dan Aisyah sebok di pentas-pentas politik PAS sambil memecah belah umat Islam dengan "fatwa-fatwa syok sendiri" mereka, artis-artis yang sebelum ini mereka kutuk telah menyertai misi bantuan ke Gaza...

Kononnya lepas pakai tudung, Abby dah cukup "Islam". Dia sorang je yang masuk syurga, artis lain semua masuk neraka? Heh!

PERKARA YANG SELALU UMAT ISLAM LUPA...


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup.

Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman.

Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji.

PANASSS..!!! KUIN BAKAL DILINGKUPKAN AZIZAN RAZAK...!!!

DSC_0088

Ini bukan perkara baru. Sudah berkali-kali sudah saya tulis mengenai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang menghadapi masalah pengurusan yang zalim dan mencetus ketidak puasan hati ramai pihak, khususnya para kakitangan kolej universiti tersebut.

Bila dilaporkan tentang kepincangan KUIN, puak-puak PAS marah dan Menteri Besar Kedah mendakwa bahawa ketidakpuasan hati itu hanyalah satu tohmahan yang sengaja dibuat untuk memburukkan imej PAS Kedah yang mengambil alih universiti tersebut dari UMNO/BN.

Malah dalam sesi penggulungan di sidang DUN baru-baru ini, Azizan Razak mendabik dada kononnya KUIN diiktiraf Kementerian Pengajian Tingga (KPT) sebagai salah sebuah universiti tempatan yang “sangat baik”.

EKSKLUSIF..!!! PAS KEDAH NAK PELINGKUP KUIN KAAA..???!!!

Ketua demo ni pendokong PAS totok..dia terlibat berkempen di PRK Bukit Gantang!
KUIN ditinggalkan Kerajaan BN Kedah dalam keadaan baik dan tidak punya sebarang masalah yang mencetus kontroversi. Kalau ada masalah pun, ia berjaya diselesaikan dengan baik dan "win-win situation" di antara semua pihak...

Tapi bila PAS Kedah ambik alih KUIN yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah tu, macam-macam pulak yang jadi. Aku sebenarnya takdak di Kedah buat masa ni...tapi bila dengar apa yang berlaku semalam, rasa menyampah pulak kat PAS Kedah ni...

LAWAK PAGI INI... KHALID LAIN MACAM MENJELANG PRU KE-13...


Padanlah Khalid lain macam je sejak kebelakangan ni...

Makin dekat PRU-13..makin banyak keputusan melibatkan duit rakyat...

Abis dia jual aset Kerajaan Negeri Selangor...

Kononnya dia buat duit...padahal? Heh!

Sendiri mau ingat la bebbbb...

Kalau Anwar pun bawak boleh bawak lari RM3 bilion...

Khalid apa kurangnya? Heh!

Makin "gagap" la dia lepas ni...heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!