Seronok betul para
pemimpin Pakatan Haram, khususnya Mat Sabu, memperkatakan tentang
kononnya sekumpulan Pemuda UMNO Gombak telah bertindak ganas terhadap
salah satu ceramah mereka di Gombak baru-baru ini.
Mat Sabu mendakwa kononnya UMNO cuba bertindak ganas kerana terdesak takut kalah pada PRU ke-13 nanti.
Menambah garam secukup perisa dengan
tohmahannya itu, Mat Sabu tidak teragak-agak untuk mendakwa bahawa UMNO
sedang melakukan propaganda ganas dengan mengaitkan peristiwa 13 Mei
sekiranya Kerajaan BN tewas pada pilihanraya yang akan menjelang tidak
lama lagi.
Timbalan Presiden itu menyatakan bahawa
UMNO cuba meniup insiden berdarah itu bagi menakut-nakutkan rakyat di
Malaysia, khususnya kaum Cina melalui propaganda tersebut.
Benarkah kata-kata seorang lelaki yang pernah mengorat dan memperisterikan isteri rakan karib yang banyak berjasa padanya itu?
Sejak 2008 di mana kita menyaksikan BN
lemah akibat kurang sokongan disebabkan beberapa faktor dalaman, Pakatan
Haram yang kononnya merasa mereka “kuat” semakin ganas memenuhi
jalan-jalan raya di negara ini.
Seluruh rakyat Malaysia menjadi saksi
bagaimana ganasnya puak-puak Pakatan Haram itu melakukan kekecohan
sehingga menyebabkan ibu negara lumpuh serta menjejaskan imej negara di
mata dunia.
Bukan itu saja, keganasan yang mereka
timbulkan itu juga telah menyebabkan negara kerugian beratus juta
ringgit bagi setiap kekecohan yang mereka lakukan.
Siapa yang tidak pernah dengar tentang
himpunan tidak bertamadun seperti Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0,
himpunan 901 di depan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, himpunan “katak”
hijau ke Putrajaya. Semuanya benar-benar menghuru-harakan!
Satu Malaysia dapat melihat bagaimana
sebuah kereta polis telah dibaling batu sehingga pemandunya terbabas dan
kenderaan tersebut diterbalikkan oleh puak-puak Pakatan Haram yang
tidak faham-faham akan tugas polis menjaga keamanan dalam negara.
Itu belum lagi dengan insiden seorang
polis trafik yang tergelincir jatuh dari motorsikalnya sebelum dibelasah
teruk oleh “monyet-monyet” yang memakai baju kuning di atas jalanraya
di ibu negara!
Saya ingin bertanya, apakah semua tindakan para penyokong Pakatan Haram itu tidak menunjukkan sebarang keganasan berlaku?
Siapa pula yang terdesak sehingga
terpaksa menjelajah ke seluruh negara dengan siri-siri ceramah bohong
mereka pada setiap hari dan malam, berkempen politik menyuruh rakyat
menyokong mereka untuk jadi Perdana Menteri?
Berbeza dengan himpunan yang dianjurkan
Kerajaan BN, contohnya Himpunan Jutaan Belia, tiada sebarang kekecohan
berlaku serta program tersebut berjaya dijalankan dalam keadaan aman dan
disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Penyertaan di himpunan anjuran BN itu
bukanlah berjumlah 50,000 atau 100,000 seperti yang dianjurkan Pakatan
Haram (itupun dicampur dengan jin dan jembalang!), tapi Himpunan Jutaan
Belia itu mencecah lebih 2 juta kehadiran dengan bukti!
Paling membanggakan, tiada sebarang keganasan berlaku!
Saya faham bahawa Pemuda UMNO memang
“nakal” sedikit. Tapi jika dibandingkan dengan para penyokong Pakatan
Haram, tak kira muda atau tua, semuanya ganas-ganas dan aggresif belaka!
Polis yang berkawal pun berani diserang!
Kalau nak disebut tentang peristiwa 13
Mei, saya rasa ramai yang tidak mahu insiden berdarah itu berulang
kembali. Namun secara asasnya, peristiwa itu berlaku kerana kurangnya
perpaduan kaum di Malaysia ketika itu.
Sejak peristiwa itu berlaku, Kerajaan BN
mengeratkan perpaduan kaum. Lain pula halnya dengan Pakatan Haram,
parti-parti pembangkang ini menyemai bibit-bibit kebencian di antara
kaum sehingga wujud syak wasangka buruk, khususnya terhadap orang
Melayu!
Jadi secara tidak langsung, Pakatan
Haramlah yang sebenarnya mendorong kepada peristiwa hitam itu untuk
kembali berulang, bukan? Apahal pula Mat Sabu nak tuduh BN dalam hal
ini? Nak kena lempang?
Tak payahlah nak temberang rakyat. Kalau
temberang “Normah” mungkin dia “terpaksa” percaya. Tapi kalau berniat
nak auta rakyat, silap-silap teruk Pakatan Haram ke balun pada PRU ke-13
nanti, kan?