Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, December 1, 2012

PANASSS..!!! AZMIN BENGANG GILER BILA ANWAR DIPERLEKEH NAJIB..!!!

azmin anwar

Marah sungguh Azmin Ali apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah seorang pengurus ekonomi negara yang cekap ketika “sesumpah politik” itu menjadi Menteri Kewangan.

Bagi membalas kenyataan Najib itu, Azmin membuka rekod Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) ketika Anwar menjawat jawatan nombor dua Kerajaan Malaysia itu dan cuba membuktikan “kehebatan” Anwar berbanding Najib.

Benarkah Azmin marah atau dia disuruh oleh “kekasih gelap”nya itu untuk mengangkat Anwar yang dimalukan Najib itu?

GEMPARRR..!!! DOKUMEN BUKTI POK NIK SELEWENG TANAH KELANTAN..!!!

DAMAI-SEDC

Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN.

PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah.

LAWAK PAGI INI... MUSLIHAT DAP PADA PAS...PUAK PAS DAH TAHU KE?


Aku tak tau la puak-puak PAS ni sedar ke tidak...

Tapi setahu aku, ada ramai grass root PAS yang dah sedar DAP mainkan depa...

Tapi tu laa...apa la sangat kuasa akar umbi PAS ni...kan?

Akar umbi PAS ni penakut untuk perjuangkan Islam...

Depa perjuangkan DAP boleh laaaa...heh!

Selamat jadi "keldai DAP" pada PRU ke-13 nanti...heh!

Friday, November 30, 2012

PANASSS..!!! KHALID KANTOI MENIPU SIDANG DUN..!!!?

khalid tipu copy

Malang sungguh rakyat Selangor apabila mereka dianugerahkan seorang Menteri Besar yang bernama Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim yang bebal tidak tahu hujung pangkal dan hanya pandai mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.

Khalid sering menyalahkan SYABAS dan menjadikan syarikat konsesi air itu sebagai “kambing hitam” sedangkan segala punca masalah air di Selangor adalah disebabkan kejahilan dirinya yang tidak tahu mengurus tadbir industri air di negeri tersebut.

Dia menuduh SYABAS gagal membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat Selangor dan tidak cekap menguruskan perkhidmatan air kerana kadar peratusan yang agak tinggi dari sudut NRW di mana banyak paip-paip lama yang bocor.

Khalid baru-baru ini mendakwa bahawa dia tidak pernah membekukan perbelanjaan modal atau “capex” syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, yang mengakibatkan syarikat itu menghadapi masalah untuk mengurangkan peratus air tidak terawat (NRW) di negeri itu.

Persoalannya, apakah benar dakwaan Khalid itu? Sedangkan fakta menjelaskan sebaliknya, sekaligus menunjukkan bahawa Khalid berbohong di dalam kenyataan tersebut!

Sebenarnya, sejak Pakatan Haram mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Khalid awal-awal lagi telah membekukan permohonan pinjaman SYABAS untuk mendapatkan lonjakan modal bagi menukar ganti paip-paip lama itu.

SYABAS bukannya memohon pinjaman kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor. Memanglah syarikat itu cari sendiri duit mereka melalui pinjaman bank. SYABAS bukannya kemaruk nak gunakan duit rakyat macam Khalid yang selalu “balun” duit rakyat sampai“kering”!

Lagipun, SYABAS pun tahu diri mereka dibawah Puncak Niaga, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan tidak mengharapkan bantuan kewangan dari mana-mana kerajaan. Sebab itulah mereka mohon pinjaman dari bank. Itupun Khalid tak sokong…

Nak tukar paip-paip lama belanjanya besar, jadi tentulah dananya pun daripada pinjaman bank ataupun kerajaan, tak kisahlah persekutuan ataupun negeri.

Kalau dah dibekukan perbelanjaan modal (capex), siapa nak kasi duit secara percuma? Apa yang nak dibuat dengan batang-batang paip nanti?

Kalau Khalid ambil alih Syabas sudah tentu itulah juga yang dia akan lakukan!! Ganti paip-paip lama unuk kurangkan NRW.

Tapi, Khalid dalam usahanya mensabotaj dan memberi tekanan kepada SYABAS maka dia enggan meluluskan permohonan itu, sekaligus menggagalkan usaha syarikat konsesi itu untuk mendapat suntikan modal pinjaman!

Kerajaan Negeri mengeluarkan surat arahan membekukan perkara itu pada 2009, 2011, 2012, dan 2014 dengan memberi alasan bahawa pihak mereka sedang dalam proses menjalankan penstrukturan semula industri air. Bukannya kerana kadar NRW yang tinggi, bukan?

Sebab itulah di dalam laporan tahunan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sejak tahun 2008 membuktikan bahawa syarikat itu gagal mendapatkan “capex” disebabkan tindakan Khalid atas alasan penstrukturan semula air di Selangor!

Berikut adalah laporan tahunan Puncak Niaga yang membuktikan bahawa Khalid membekukan pemohonan pinjaman bank SYABAS sejak tahun 2008…

Jadi, adalah tidak adil sama sekali untuk Khalid “mengkambing hitam”kan SYABAS dalam masalah bekalan air di Selangor, sebaliknya dia patut sedar bahawa dialah sebenarnya“kambing busuk” yang gagal menyelesaikan kemelut air tersebut.

Jelaslah di sini bahawa Khalid menipu dalam kenyataannya yang menafikan pembekuan “capex”seperti yang dicanangkan di dalam media kesayangannya, Selangorku, yang ditugaskan untuk menyebarkan pembohongan-pembohongan Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

Orang macam ini pun rakyat Selangor mahu simpan sebagai Menteri Besar mereka? Astaghfirullahil’azim, lingkup la Selangor kalau macam ni gayanya…

Sumber: Mykmu.net

PEDASSS..!!! BILA NURUL IZZAH DICABAR PUTERI UMNO..!!! ADA BERANI..?



Tu diaaa..!!! Macamana ni Nurul Izzah? Berani saman Utusan je? Kalau betul-betul berani, saman la Malaysiakini dan Malaysianinsider sekali...Jangan lupa saman Malaysiatoday sekali...berani?

Kalau setakat gebang je lebih, buat apa? Sampai sekarang tak berani saman Utusan? Sembang je kuattt..!!! Lawyer Nurul Izzah kata kes saman tu Nurul Izzah boleh kalah, kan? Alaaa...saman je laa... Kita tengok anak papa ni boleh menang ke tidakkk..heh!

Ni dah ada orang cabar. Alaa.. Puteri UMNO je...tak berani? Muahahahaha...Tu pun kalau tak takut laa... Kalau takut, tak payah sahut laaa...muahahahahaaa...

Ingat Nurul Izzah....Nak politik macamana pun, agama harus diutamakan..! Ingat pesan Puteri UMNO tu..heh!

LAWAK PAGI INI...RAHSIA KHALID CEO TERSOHOR TERBONGKAR..!!!


Si Khalid ni kalau bab jual menjual memang pandai...

Semua dia nak jual...

Masa jadi CEO Guthrie dulu, hampir-hampir syarikat tu nak kena jual...

Skang ni dia tadbir Selangor, penggal pertama dekat nak abis dah aset Kerajaan Negeri dia jual...

Kalau dia jadi MB Selangor penggal kedua, silap-silap negeri Selangor pun dia jual...

Masuk penggal ketiga...seluruh rakyat Selangor pulak dia jual...

Mungkin dia nak jadi Husin Lempoyan kot...jual orang lebih untung wooo..!!! Heh!

Thursday, November 29, 2012

PEDASSS..!!! HAMPIR 5 TAHUN PAKATAN HARAM PERBODOHKAN RAKYAT..!!!


Selepas “tsunami politik” melanda negara pada tahun 2008, saya melihat landskap politik dan budayanya semakin mundur ke belakang dengan pelbagai propaganda yang tidak masuk akal dijadikan ukuran kekuatan agenda Pakatan Haram.

Kadang-kadang, saya ketawa besar melihat gelagat para penyokong Pakatan Haram yang begitu mudah terpengaruh dengan jumlah kehadiran mana-mana himpunan, majlis mahupun program yang dianjurkan oleh PKR, PAS mahupun DAP.

Bila ada saja himpunan, demonstrasi atau program-program politik Pakatan Haram, maka media-media mereka mula menyebarkan propaganda bohong mengatakan sejumlah 5,000, 10,000, 30,000, 50,000 dan jutaan yang hadir menyokong mereka!

PANASSS..!!! KARPAL BAKAL TERGOLEK DITENDANG DINASTI INI..???


Saya agak terkejut mendengar kenyataan seorang bekas pemimpin DAP, Tan Tuan Tat, yang baru-baru ini menyatakan kepada media bahawa wujud konspirasi di dalam parti itu yang cuba menggulingkan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan itu, Tuan Tat menjangkakan bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu akan dinyahkan dari jawatan yang disandangnya oleh gerakan rahsia yang sedang giat menjahanamkan keyakinan ahli-ahli parti itu pada Karpal.

Namun begitu, Karpal menafikan dakwaan Tuan Tat itu dan menegaskan bahawa dia sama sekali tidak percaya tentang wujudnya usaha untuk menggulingkan dirinya sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan.

PANASSS..!!! PHAHROLRAZI SENGAJA KENAKAN AZIZAN RAZAK..!!!?


Agak menarik jawapan Exco Kerajaan Tempatan Kerajaan PAS Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menyatakan bahawa dia menghadapi pelbagai rintangan berhubung isu pusat hiburan yang tumbuh bak cendawan selepas PAS mentadbir negeri itu sejak hampir 5 tahun lalu.

Sehingga kini, dianggarkan lebih dari 110 pusat hiburan dibuka di negeri Jelapang Padi itu di mana hanya 47 buah premis sahaja yang berlesen manakala bakinya tidak berlesen.

Kata Phahrolrazi, dia menghadapi masalah berhubung penguatkuasaan di mana ia memerlukan kerjasama dari pelbagai agensi seperti pihak PBT, majlis daerah, jabatan agama Islam, imigresen dan PDRM.

PANASSSS..!!! AZIZAN RAZAK MAHU PTPTN TAK DIMANSUHKAN..!!!


Agak mengecewakan apabila saya gagal untuk hadir mengikuti sidang DUN Kedah yang berlangsung pada minggu lalu, lebih-lebih lagi apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, berdiri “menjual auta”nya berhubung pelbagai isu yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Sebagaimana maklum, KUIN sedang mengalami masalah kewangan yang meruncing dan pihak pengurusan universiti yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN Kedah itu didakwa telah gagal menguruskan kewangannya dengan cekap.

Hasilnya, ratusan kakitangan KUIN yang kebanyakkan para penyokong PAS telah berdemonstrasi menuntut agar Rektor universiti itu, Datuk Dr. Jamil Osman, untuk meletak jawatan dengan segera.

Wednesday, November 28, 2012

GAMBAR-GAMBAR AIR MATA PALESTINE.. TERMASUK YANG TERBAIK DI BAWAH SEKALI..!!!

Ayah menangisi kematian anaknya...

Seorang ibu memujuk anaknya agar tidak menangis atas kematiannya...

Apalah nasib kanak-kanak kecil ini...?

Kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejama Israel laknatullah...
Derita rakyat Palestin...

Innalillahiwainnailaihirajiun...semoga roh mereka dicucuri rahmatNya...

Airmata aku mengalir melihat gambar ini...

Tak dapat menahan sebak...air mata mengalir lagi...
Apalah dosa kanak-kanak ini pada Israel sehingga dibunuh?

Jurugambar BBC menangisi kematian anaknya...

Astaghfirullahil'azim...laknat Allah ke atas Zionis Israel..

Seorang ibu melindungi anak-anaknya dari kekejaman askar Israel...
Demi Allah, semoga syurgalah tempat anak-anak ini...

Bayangkan jika ini anak-anak anda...

Lagi mangsa kekejaman Israel laknatullah...

Israel turut kejam terhadap wanita...

  
Mangsa kanak-kanak yang cuba diselamatkan...





Dan inilah penyokong tegar Israel yang menyokong Israel menyerang Gaza di Palestin..!!!

PERKARA YANG PATUT DICONTOHI PAS SELURUH MALAYSIA..!!!


Walaupun aku berbeza ideologi politik dengan PAS, aku sebenarnya berkawan rapat dengan ramai kawan-kawan PAS. Malah boleh dikatakan kawan-kawan aku lebih ramai PAS berbanding UMNO...

Dalam ramai-ramai kawan aku ni, ada juga la yang tahu aku ni memang ahli dan sokong UMNO 100%. Tapi, meskipun berbeza pandangan politik, itu tidak menghalang kami untuk berkawan baik sampai ke hari ni...

Sebenarnya, itulah yang dituntut oleh Islam. Aku boleh berimamkan kawan aku dan aku pun pernah jadi imam ketika bersolat jemaah dengan kawan-kawan PAS aku... itu pendirian kami. Islam dulu, politik jatuh di belakang...

LAWAK PAGI INI...KHALID GAGAP NAK KENA LEMPANG DENGAN AZIZAN..??!!!


Memang dah teruk "sakit" Si Khalid Gagap ni...

Punya nak penuhkan empangan kat Selangor, sanggup dia pakai Tok Bomoh..!!!

Bomoh hujan pulak tu...! Heh!

Satu dunia punya hujan dia nak suruh turunkan kat empangan kat Selangor..

Woooiii..!!! Kat Kedah pun ada empangan yang nak dipenuhkan jugak laaa...!!! Heh!

Kang Azizan Razak lempang kang...terus hilang gagap tu...heh!

Tuesday, November 27, 2012

EDISI PANAS HATI..!!! PAS PANAS HATI UMNO DOA "PAS KO"..!!!?


Sangat membanggakan apabila perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada tahun ini berjalan dengan lancar dan majlis berkenaan dimulakan seperti biasa dengan permohonan doa kepada Allah SWT.

Paling menarik, doa yang dibacakan oleh wakil Pergerakan Pemuda UMNO pada majlis tersebut sangat indah akhlaknya apabila mendoakan agar saudara kita di dalam parti PAS dan kepimpinannya supaya insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Dalam doa yang tulus dan ikhlas itu jelas menunjukkan betapa ahli-ahli UMNO cintakan perpaduan sesama umat Islam di negara ini dengan mengenepikan sentimen perbezaan fahaman politik yang mengancam perpaduan ummah yang dianjurkan Rasulullah SAW.

PANASSS..!!! VIDEO MENYAYAT HATI DARI KEDAH...



Di atas adalah petikan video yang sempat dirakam oleh rakan aku, Pisau Kedah, ketika kunjungannya di Baling. Keadaan menyayat hati itu masih berlaku sehingga ke hari ini...

Baru-baru ni kawasan tu kena banjir lumpur pulak tu. Sapa punya kerja? Siapa yang rakus "rompak" balak di Gunung Inas?

Kalau depa "rompak" secara berperingkat, ikut aturan dan undang-undang, aku yakin semuanya okey dan rak jejas kehidupan rakyat.

GEMPARRR..!!! LIDAH RASMI PAS WAJAR DIPOTONG LIDAH..!!!

"200,000" (termasuk jin)...cukup?
Agak menarik untuk mengulas tentang dua portal pro-pembangkang yang selama ini begitu giat menimbulkan rasa benci rakyat kepada UMNO/BN dengan berita dan laporan fitnah mereka setiap hari tanpa rasa bersalah.

Dan kali ini saya ingin mengulas mengenai laman web lidah rasmi PAS, Harakahdaily, dan laman web pro-pembangkang yang terkenal, Malaysiakini.com, yang sama-sama membuat liputan berita mengenai penyerahan memorandum membantah Felda.

Kononnya, Felda telah berurusniaga dan menjual minyak sawitnya kepada sebuah “syarikat Yahudi” dan meskipun tiada bukti yang membuktikan tohmahan itu, pak-pak lebai PAS ini tetap mahu merusuh di depan pagar syarikat pertanian terbesar di Malaysia itu.

SOALAN CEPUMAS..!!! ISLAM JENIS APAKAH INI...???


Memang heboh di kalangan umat Islam di negara ini apabila begitu meriah bercerita mengenai doa adik Nik Aziz Nik Mat yang dikenali sebagai Nik Razi Nik Mat di Muktamar PAS kali ke-58 baru-baru ini yang mendoakan kehancuran UMNO secara keseluruhannya.

Bersungguh-sungguh sekali doa yang dilafazkan Nik Razi di majlis solat hajat di Stadium Kota Bharu itu bagi memohon Allah SWT untuk menjahanamkan UMNO, sebuah parti yang 95 peratus disertai oleh bangsa Melayu beragama Islam.

Saya tidak tahu tentang reaksi dari mereka yang lain, namun boleh dikatakan semua maklum balas dari rakan-rakan saya yang beragama Islam masing-masing menggeleng-gelengkan kepala apabila menonton rakaman video doa adik Mursyidul Am PAS itu.

EKSKLUSIF..!!! APA DOSA 600 KELUARGA DIANIAYA PAS KEDAH..???


Bila aku dan rakan-rakan TMK membongkar isu "PAS balun balak di Baling", puak-puak PAS tak mengaku. Depa kata depa ada EIA. Padahal yang depa ada hanyalah "proposal EIA" tapi takdak "approval EIA" pun...

Lepas tu PAS Kedah kata Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) balun balak secara "sihat" dan tak mencemar alam sekitar...Aku dan rakan-rakan TMK sangkal sekeras-kerasnya. Tapi PAS Kedah nak menang jugakkk...

Sehinggalah Kerajaan Pusat suruh hentikan aktiviti balak di kawasan Gunung Inas di Baling tu. Tapi puak-puak PAS ni dok curi-curi jugak balak tu walaupun dipantau rapi oleh Jabatan Hutan...

MAAF, AKU TAK HADIR KE PWTC TAHUN NI...


Aku tahu, ramai kawan-kawan seperjuangan aku dah berkampung di PWTC sempena Perhimpunan Agong UMNO kali ni. Semalam, kawan-kawan TMK aku pun dah gerak ke KL untuk tujuan yang sama...

Tapi aku tak hadir ke Perhimpunan Agong UMNO tahun ni. So sorry! Bukan tak mau pegi, aku takde penginapan kat sana. Nak tumpang bilik kengkawan, rasa malu pulak. Tambang bas tu aku mampu, tapi bilik takde la pulak! Heh!

LAWAK PAGI INI...POK NIK PEDAJAL HADI AWANG..!!!


Bila aku tengok kartun ni...aku ketawa...korang ketawa tak?

Bukan apa...dah sah la Pok Nik nak nayakan Hadi Awang...

Boleh tahan jugak cara Pok Nik ni  nak cantas Hadi Awang..kan?

Dah tentu la Hadi bungkuih kalau lawan di Pekan...Muahahahaaaa...

Cakap je lebih...beraninye tidakkkkk...heh! 

Monday, November 26, 2012

PANASSS..!!! GUAN ENG MALUKAN AZIZAN RAZAK... PUAK PAS BERSORAK RIANG..!!!


Kerajaan PAS Kedah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak mendapat tamparan hebat daripada sahabatnya di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan mahu membayar sebanyak RM40 juta untuk urusniaga melibatkan pembelian air dari Kedah.

Dalam kenyataan pemimpin DAP chauvinis ultra kiasu yang sering disifatkan sebagai “Khalifah Umar Abdul Aziz” itu, dia menyatakan bahawa tidak tahu menahu mengenai pembayaran tersebut.

Menurutnya lagi, ada pihak yang memaklumkan bahawa wujud pertemuan di antara pegawai syarikat air dari Kedah, SADA, dengan pegawai pentadbir Pulau Pinang dan membincangkan mengenai harga air tersebut.

PANASSS..!!! DENGAN IBU TUNGGAL PUN KHALID GAGAP TAKUT..???!!!

wakil ibu tunggal negeri selangor Pakatan Rakyat penipu

Cuak sungguh wajah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail apabila hampir 2,000 ibu tunggal dari seluruh Selangor menyerbu ibu pejabat Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut elaun mereka yang dijanjikan Kerajaan Pakatan Haram itu semalam.

Pada mulanya, ibu-ibu tunggal yang dizalimi hak itu bertekad untuk bertemu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim, bagi mendesaknya melunaskan “hutang” janji manifesto Pakatan Haram Selangor pada PRU ke-12 lebih 4 tahun lepas.

Malangnya, Abdul Khalid “Gagap” hanya berani menghantar Exconya, Rodziah, untuk bersemuka dengan ibu-ibu tunggal itu dan menjelaskan keadaan yang agak kecoh di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri Selangor itu.

DOSA PAS: KHATIB DOA HANCUR SAUDARA SEAGAMA DI MIMBAR..!!!

er.jpg-746693

Masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga suara-suara sumbang sekelompok umat yang mengaku Islam sedang mendoakan kehancuran sekumpulan lagi jemaah Islam hanya kerana mereka berbeda fahaman politik.

Meskipun dikritik oleh pelbagai pihak, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mufti-Mufti di seluruh negara, kumpulan yang bergelar PAS itu tetap mempertahankan isi kandungan doa mereka itu melalui fatwa Mursyidul Am mereka yang bernama Nik Aziz Nik Mat.

Sehingga kini, pengguna laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang beragama Islam semakin nyaring bersuara menempelak tindakan PAS yang tidak bertamadun itu.

EKSKLUSIF..!!! BUKTI PAS KEDAH ROMPAK BALAK DI PEDU..!!!


Baru-baru ini saya terbaca kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak di sebuah akhbar yang menjelaskan tentang projek “balun balak Kedah” yang sedang digiat dijalankan sebelum PRU ke-13 berlangsung.

Dalam kenyataannya itu, dia begitu bongkak dan angkuh apabila memberitahu bahawa dia tidak peduli sangat tentang kelulusan EIA yang diperlukan bagi sebarang aktiviti balak yang melibat kawasan seluas 15,000 hektar di atas nama “Ladang Sejahtera”.

Lagipun katanya, projek “balun balak sampai licin” itu sudah pun dilaksanakan secara besar-besaran di merata-rata hutan simpan kekal di Kedah, termasuk di kawasan Carok Batang Padi yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan tadahan air utama negeri, empangan Pedu.

EKSKLUSIF EDISI ZUL YA: ZUL YA BODEK AMIRUDDIN KUNUNNNNN..!!!


Dalam tulisan Zul Ya, dia kata Amiruddin "libas" ADUN-ADUN Kedah dengan pelbagai isu di dalam sidang DUN Kedah baru-baru ni. Kononnya Amiruddin tu hebat dan ADUN-ADUN BN tu kononnya tak melawan...heh! 

Biasa laaa...ayat tukang bodek macam Zul Ya ni memang cari makan lagu tu...heh!

Hangpa nak tau kenapa ADUN-ADUN BN tu tak kata apa? Muka depa aku tengok semuanya boring-boring belaka bila Amiruddin bercakap. Nak tahu kenapa? Heh!

EKSKLUSIF EDISI ZUL YA: BODEK SAKAN BAJET KEDAH 2013..!!!


Loya pulak tekak aku baca tulisan Zul Ya pasai Bajet 2013 baru ni. Dia bodek PAS Kedah kaw-kaw punyaaaa..!!! Heh! Biasa laaa...dia kan cari makan lagu tu. Dah berapa banyak duit rakyat hang kebas dari Kerajaan PAS Kedah? Heh!

Berbalik pasal kenyataan Zul Ya tu, aku tengok dia memang jenis kaki spin punya. Biasa la, benda-benda tak betoi pun dia kata betoi! Kalau benda tak betoi, dia kata betoi pulak dah! Dasar PAS memang lagu tuuu...heh!

Contohnya, dia akui bahawa kali ni ADUN-ADUN BN berjaya kumpul isu-isu panas dan menunjukkan kelemahan ketara PAS Kedah mentadbir negeri. Tapi, dia komplen pulak pasai kononnya ADUN-ADUN Kedah ni dok tanya soalan-soalan yang sama...

LAWAK PAGI INI...KHALID SUKA MANDI HUJAN RUPANYA...HEH..!!!


Kalau korang nak tau...Khalid memang suka kalau hari hujan...

Sebab pertama...dia suka mandi hujan...heh!

Sebab kedua...dia pikir kawasan tadahan air kat Selangor dah tentu cukup untuk settle masalah air...

Tapi, dia terlupa...

Kepadatan penduduk dan perkembangan industri di Selangor memerlukan pertambahan sumber air...

Dia dok sebok proses air dari sumber yang sama..hasilnya banyak tu jugak la...

Bila orang nak buat Langat 2, dia tak kasi...heh!

Sampai tua la Khalid ni "gagap"...bbrrrrrr...brrrrr..!!! Macam budak kecik sejuk main hujan..! Heh!

Sunday, November 25, 2012

EKSKLUSIF..!!! "BELOGGER" PENCACAI PAS KEDAH TAK RETI JAWAB ISU PELABURAN DI KHTP..!!! HEH!


Bengap betoi otak "belogger" pencacai upahan PAS Kedah yang tak tahu nak jawab apa bila Tmbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir bantai kemerosotan teruk pelaburan di Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP)...

Ye laaa...tahun 2011, KHTP dapat pelaburan sebanyak RM6.14 bilion. Tapi pada tahun 2012, pelaburan di KHTP tu merudum teruk..!!! Dapat lebih kurang RM283 juta saja pada 2012? Setengah bilion pun tak sampai..??? Tu diaaa...teruk sungguh!

Lepas tu, "belogger" pencacai PAS Kedah tu jawab...tahun 2011 tu dah masuk banyak dah! Dan dia kira purata pelaburan sepanjang tahun 5 tahun PAS Kedah perintah..jumlahnya RM2.12 bilion.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!