Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    58 minutes ago

Saturday, November 17, 2012

PANASSSS..!!! RUPANYA HADI DAH LAMA TERINGIN DUDUK DI PUTRAJAYA...

Hadi

Kalau dulu dia mahu jual Putrajaya sekiranya berkuasa sebagai Kerajaan Pusat, tapi sekarang dia mahu menjajah dan menawan pusat pentadbiran negara itu pada PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Begitulah betapa “munafik” atau bahasa modennya, “flip-flop” Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya yang terbaru di Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memberitahu cadangan Kerajaan BN bahawa beliau akan membina sebuat pusat pentadbiran setaraf White House bernama “Putrajaya”, Abdul Hadi menyanggah dan membantah keras cadangan tersebut.

Mungkin memikirkan bahawa bantahan Hadi itu hanyalah sekadar “bantahan bodoh” dari “orang bodoh” yang tidak berpandangan jauh, Tun Dr. Mahathir dan kerajaan pimpinannya malas untuk melayan kehendak Presiden PAS itu serta meneruskan projek pembinaan Putrajaya.

Nah! Tersergam indah dan melambangkan ketamadunan Malaysia sebagai sebuah negara yang teratur dan mendedikasikan pentadbiran negaranya dengan kelas yang tersendiri, hasil pandangan 100 terkehadapan oleh arkitek kemajuan negara, Tun M!

Ketika itu, siang malam Abdul Hadi menghentam Putrajaya. Kos pembinaan pusat pentadbiran kerajaan dipertikai pada setiap ceramahnya dan habis dikerah para pencacainya menyumpah-nyumpah Putrajaya…

Dia mengecam Tun M dan membidas kononnya pembinaan Putrajaya itu membazir wang rakyat. Habis tu, takkan nak bina bangunan pentadbiran kerajaan pakai duit Tun M, kot???

Peliknya, semalam Abdul Hadi begitu serius dan bersungguh-sungguh mahu mengambil alih Putrajaya dan menegaskan bahawa cita-citanya itu bukanlah sekadar impian!

Jadi, dalam diam Hadi bermimpi-mimpi untuk mendiami Putrajaya? Begitu? Impian? Sejak bila Hadi mula mengimpikan Putrajaya? Sejak Putrajaya dibina lagikah?

Dulu Abdul Hadi sengaja sembunyikan impiannya untuk mendiami Putrajaya? Di mulut kata tidak, dihati meruntun-runtun mahu memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri?

Pada saya, Abdul Hadi hanyalah bermimpi disiang hari. Putrajaya bukan miliknya. Lagipun, kalau Pakatan Haram mampu menjajah Putrajaya sekalipun, tempat Hadi bukanlah di Jabatan Perdana Menteri.

Silap-silap, Hadi bakal ditempatkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri dan dilantik menjadi Qadhi. Sekurang-kurangnya Hadi boleh menguruskan hal ehwal para penganut agama PAS yang mahu berkahwin lebih dari satu!

Siapa PAS untuk berada di Putrajaya?

PAS hanyalah parti kelas bawahan dan kasta terendah di dalam gabungan Pakatan Haram di mana ia dilihat tidak lebih dari “keldai pencacai” dan para pengikutnya hanya dipergunakan untuk mengibar bendera DAP serta tidur di atas jalan sambil pegang bendera.

Tidak pernah pula saya melihat mana-mana puak DAP yang melakukan perbuatan sehina itu selain PAS. PAS kibar bendera DAP dan tidur di atas jalan, DAP ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan PAS yang berjaya “dikeldaikan”.

Itu pun Abdul Hadi ada hati mahu mengambil alih Putrajaya?

Lagipun, jika Pakatan Haram menjajah Putrajaya, apakah Hadi fikir bahawa Anwar, Kit Siang, Karpal, Nurul Izzah, Guan Eng, Gobind dan Azmin akan membenarkan dasar PAS dilaksanakan di negara ini? Jangan mimpilah!

Melihat kedudukan dan dasar-dasar PAS yang hilang sepanjang empat tahun ini jelas menunjukkan bahawa PAS langsung tidak dipandang oleh sahabat-sahabat “syaitan” mereka itu dan tak perlulah saya ulang tentang insiden-insiden ngeri yang menggadai maruah PAS itu, semua orang tahu!

Justeru itu, saya menggesa agar Hadi beristighfar dan meminta salah seorang budak suruhannya untuk membeli sebuah cermin besar untuk diletakkan di pejabat Presiden PAS di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut.

Setiap kali Hadi masuk ke pejabatnya, dia patut renung dirinya di cermin itu dan tanyalah pada diri sendiri tentang betapa hinanya kedudukan PAS di mata “syaitan-syaitan” tersebut. Jangan kecil hati, tapi itulah hakikat PAS di mata PKR dan DAP…

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! ANAK NURUL IZZAH BAKAL MURTAD 18 AKAN DATANG..???

nurul anak


“Salah seorang anak kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dilaporkan telah memilih untuk keluar dari menganut agama Islam dan mendaftarkan diri sebagai salah seorang penganut agama Yahudi.
Melaporkan dari ibu pejabat IFC, anaknya yang baru saja murtad dari agama asalnya itu bertegas bahawa tindakannya itu tidak salah sama sekali dan selari dengan perjuangan ibunya yang memperjuangkan hak kebebasan beragama selepas berusia 18 tahun.
Cucu kepada Anwar Ibrahim itu turut merasa bangga kerana berjaya menyempurnakan aspirasi ibu dan datuknya itu sekaligus mengajak ramai lagi rakan-rakan yang berusia 18 tahun sepertinya untuk mengikut jejak langkah yang diambil.” – Haramkah Daily
Cuba bayangkan pada 18 tahun akan datang, umat Islam di negara ini berpeluang untuk membaca laporan dari media seperti yang di atas.

Apa yang terbayang di wajah anda semua sebagai penganut agama Islam?

Apakah anda tidak rasa apa-apa dan menganggap insiden tersebut hanyalah perkara biasa atau ia sepatutnya tidak terjadi?

Cuba bayangkan pula apakah perasaan anda sekiranya yang keluar dari agama Islam itu adalah anak anda sendiri. Sanggup membayangkannya?

Pada saya, bukan sekadar membayangkan, memikirkan perkara seperti di atas pun mampu membuat saya gusar gelisah memikirkan masa depan aqidah generasi yang akan datang yang begitu mudah tergadai akibat kesilapan seorang pemimpin politik pembangkang.

Saya tidak dapat membayangkan apakah Nurul Izzah sanggup berhadapan dengan insiden tersebut pada 18 tahun akan datang!

Namun, itulah yang mungkin akan berlaku sekiranya Pakatan Haram dibiarkan menjajah negara ini di mana segala dakyah dan doktrin songsang bakal dilaksanakan tanpa berfikir tentang kesan-kesan yang bakal terjadi.

Berapa ramaikah anak-anak kita yang akan murtad jika Pakatan Haram dibiarkan memerintah di Putrajaya dan siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

Pada saya, elok rasanya saya menuding jari kepada Pakatan Haram.

Sekiranya ia berlaku, maka Nurul Izzah merupakan orang yang paling gembira dan dia boleh berpuas hati dengan hasil perjuangannya yang berjaya memastikan ramai umat Islam yang murtad sewenang-wenangnya.

DAP pula akan tersenyum lebar memandangkan agenda IFC dan agenda memecah-belahkan bangsa Melayu serta umat Islam di negara ini telah berlaku di mana mereka boleh mengambil kesempatan untuk merepublikkan Malaysia.

PAS? Pada para penganut agama PAS, isu anak-anak umat Islam yang memilih untuk keluar dari Islam pada umur 18 tahun hanyalah satu isu remeh dan tidak perlu dipedulikan, begitulah kata mereka di Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung, bukan?

Persoalannya, apakah kita yang menyedari mengenai ancaman tersebut hanya mampu tersengih-sengih macam kerang busuk, berpeluk tubuh dan membiarkan saja perkara tersebut berlaku tanpa sebarang bantahan?

Harapnya ia tidak akan berlaku.

Dari awal lagi saya memohon dari Nurul Izzah supaya menarik balik kenyataannya itu dan mengaku tentang kesilapannya yang terlanjur kata di majlis forum berkenaan.

Namun, sehingga kini dia tidak berbuat demikian. Malah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipertahankan pula oleh kedua ibubapanya dan para “penganut agama” PAS, jauh sekali dari mengaku atau meminta maaf dari ketelanjuran itu.

Apa salahnya meminta maaf? Ego? Sudah terlanjur kata, tapi enggan menarik balik, mengaku silap dan memohon maaf. Susah sangatkah untuk berbuat demikian?

Pada saya, selagi Nurul Izzah tidak berbuat begitu, selagi itulah dia bakal diserang oleh seluruh umat Islam yang sayangkan aqidah umat Islam yang akan datang.

Sampai bilakah anak sulung Anwar itu mahu berdegil? Dia mahu berdegil sehingga anaknya murtad dan memeluk agama lain? Begitu?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! "BELOGGER" PENCACAI PAS KEDAH TARIK BALIK 2 ARTIKEL..KENAPA..??? HEH!


Aku gelak besar bila "belogger" pencacai PAS Kedah rasa "macam bagus" bila depa kata depa ada "koleksi sms Shahanim" yang dikirim kepada "seseorang"...heh! 

Eleehhhh...publish la kalau berani..! Dah jadi kes polis, kan? Heh! Macam la aku tak tau SUMBER hangpa tu dari mana..!!! Hahahahahaaaaaa....!!!

Oi budak pencacai PAS Kedah...hang dengaq sini baik-baik. Hang pi habaq kat "sumber" hang tu, kalau dia nak aku dedahkan satu persatu pasai diri dia, try la buat perkara bodo yang akan memalukan dia dan family dia sekali...heh!

Untuk pengetahuan "belogger" pencacai tu, aku kenai betoi dengan "sumber" dia tu. Pemes woooo!!! Pemes sangat sampai kawan-kawan kelas aerobik nak saman dia...heh! Gila laaa...

Apa nama dia? Pink Lady? Lepas tu tukar nama pulak jadi "Puteri Berlian"? Heh! Senang sangat la trace...heh! Gila betoi! Hal rumah tangga dia pun dia nak sabitkan orang lain...heh!

Lagi satu, aku heran jugak la nooo...kenapa tiba-tiba 2 posting dari Pink Lady aka Puteri Berlian tu tiba-tiba ghaiiiiiibbbb begitu saja. Ada arahan "tangan ghaibbbbbb" ka? Heh! Nak kena lagi ka? Heh!

Sekali lagi "sumber" tu buat hal, memang aku balun cukup-cukup! Heh! Ingat pesan aku tu...

P/s: Jangan sampai aku dedah apa yang berlaku di "trafic light" dan "Oldtown"..Heh!!!

PERGINYA BAYI INI MENGUNDANG AIR MATA DARI SELURUH DUNIA...AL-FATIHAH..!


Kematian seorang bayi berusia 11 bulan yang juga anak kepada jurukamera  BBC akibat serangan Israel, telah mencetuskan simpati orang ramai selepas gambar Jihad Misharawi memangku anaknya sambil menangis tersebar di internet.

Beribu-ribu mesej simpati telah diterima Jihad dalam internet, termasuk kecaman ke atas BBC yang hanya membuat laporan yang minimum terhadap pembunuhan berkenaan.


Imej Bayi Maut Dapat Simpati Dunia

“Apabila BBC sendiri tidak mempedulikan nasib anak kepada jurukameranya, apa lagi harapan untuk Palestin” demikian tulis satu blogger intifada dalam internet yang melihat BBC langsung tidak menghiraukan kematian tersebut.

Selain itu,  media portal Al-Bawaba turut menghentam keras BBC kerana melaporkan Israel melakukan serangan itu bagi mensasarkan pengganas di Gaza.

“BBC gagal melaporkan bahawa bayi berusia 11 bulan itu juga merupakan antara kanak-kanak yang maut dalam serangan berkenaan,’’ kata media tersebut.

 

Sejurus menerima kecaman bertali arus itu, BBC telah membuat penerangan bahawa pada mulanya berita kematian bayi berkenaan tersebar dalam badan penyiaran berkenaan sahaja.

Malah editor BBC World, Jon Williams telah menghantar memo mengenai kematian bayi tersebut kepada semua rakan sekerjanya.


“Kami bersama dengan Jihad dan seluruh pasukan di Gaza.

Ia merupakan satu detik yang amat menyedihkan dan sukar bagi seluruh pasukan di Gaza.

Kami bernasib baik kerana mempunyai pasukan yang berani di sama. Ia merupakan satu peringatan kepada cabaran yang terpaksa dialami oleh rakan sekerja di sana.

Satu artikel dalam laman web BBC juga turut menyiarkan video Jihad bersama anaknya dengan keterangan `Apa yang anak saya lakukan hingga menerima nasib sebegini rupa’.

Bayi tersebut, Omar, maut selepas bedilan ganas Israel telah terkena rumahnya.


Omar merupakan antara 16 penduduk di Gaza yang meninggal dunia, dua hari lalu akibat kekejaman Israel itu.

Sejak Rabu juga, zionis terus membedil penduduk di Gaza dengan alasan memburu pejuang Hamas selepas berjaya membunuh komander Hamas, Ahmed Jaabari. Mynewshub.my

LAWAK PAGI INI...SEKADAR INGATAN KEPADA PUAK PKR, PAS DAN LGBT...


Sekadar ingatan...Bukan apa...takut nanti tak kenal jantina...

Mana satu jantan, mana satu betina..?

Kalau nak ikut hak asasi manusia, berbogel di khalayak ramai pun depa tuntut..!

Jadi nak ikut mana? Nak ikut hak asasi manusia atau hukum Allah..?

Kalau nak ikut hak asasi manusia, ikutlah Anwar, Nurul Izzah dan PAS...

Kalau nak ikut hukum Allah, ikutlah Sunnah Wal Jama'ah...kan?

Thursday, November 15, 2012

PEDASSS..!!! PAK LEBAI PAS TAKKAN BERANI SEBUT PERKARA NI DI MUKTAMAR PUNYA..!!!

dap pas

Sememangnya Muktamar PAS ke-58 ini bakal mencuri tumpuan ramai khususnya bagi menilai masa depan PAS yang semakin kelam kehilangan maruah setelah bergabung bersama DAP dan PKR sejak empat tahun lalu.

Ramai rakan-rakan PAS di peringkat akar umbi yang tidak sabar-sabar mahu melihat hala tuju PAS, terutamanya menjelang PRU ke-13 yang dikatakan akan berlangsung sebelum Mac tahun hadapan.

Setelah menandatangani “perjanjian syaitan” dengan DAP dan PKR, PAS telah menggadai banyak prinsip perjuangan mereka, termasuk menggadaikan maruah perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Ketika awal penggabungan Pakatan Haram dulu, PAS hanya boleh diterima masuk di dalam Pakatan “Syaitan” itu sekiranya parti itu bersetuju untuk mengugurkan perjuangannya menubuhkan sebuah Kerajaan Islam (Daulah Islamiyyah).

Akibatnya, PAS tergadai maruahnya apabila menggugurkan prinsip utama mereka itu dengan bertukar kepada perjuangan Negara Berkebajikan.  Di mana maruah PAS dan para penyokong mereka ketika itu?

Setelah bergabung dan berjaya menjajah beberapa buah negeri, PAS semakin hilang maruah apabila perjuangan melaksanakan hukum hududnya pula dipajakkan di “kedai pajak gantung”!

Misalnya, Nizar di Perak sanggup menipu dengan menegaskan bahawa PAS tidak pernah memperjuangkan hukum hudud dan akan menyaman mana-mana pihak yang mendakwa PAS akan melaksanakan hukum berkenaan.

Hasilnya, negeri Perak dan Kedah, meskipun dijajah dan ditadbir oleh pak-pak lebai PAS, mereka langsung tidak berani bersuara berkenaan hukum hudud.

Persoalannya, mengapa jadi begitu bacul, penakut, “bisu”, “pekak” dan “tuli”?

Segalanya kerana “perjanjian syaitan” pucuk pimpinan PAS dengan DAP dan PKR, bukan?

Saya yakin, sekiranya PAS tidak bergabung dengan puak-puak chauvinis ultra kiasu yang menentang keistimewaan Islam dan Melayu itu, sudah tentu PAS akan hilang maruah dengan menggadaikan prinsip perjuangan mereka turun temurun itu, bukan?

Sekiranya PAS tidak bergabung dengan parti “agen Yahudi” dan penyokong LGBT itu yang bersifat opportunis gila kuasa itu, sudah tentu PAS tidak akan “dibisukan”, bukan?

Persoalannya, mengapa dan siapa yang “bijak pandai” sangat membawa PAS bergabung dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan PAS hilang harga diri itu? Nik Aziz atau Hadi Awang?

Pada perkiraan saya, Hadi Awang suatu ketikanya pernah menyokong penuh penubuhan Kerajaan Perpaduan (UG) sebelum Presiden PAS itu berputar 360 darjah disebabkan “fatwa” Mursyidul Am PAS dan golongan “Anwarinas” di dalam parti itu.

Dan Nik Aziz pula dikatakan pernah mengamuk di dalam mesyuarat dan bertindak keluar dari bilik mesyuarat hanya kerana “fatwa”nya yang mahu berdakapan dengan DAP dan PKR tidak dipersetujui oleh pucuk pimpinan PAS Pusat.

Jadi, rasanya kita semua dapat menilai siapa yang perlu bertanggungjawab mengenai hubungan “tahaluf siyasi” di antara PAS dengan “syaitan-syaitan” politik itu, bukan?

Itu hanyalah dua contoh terbesar yang memperlihatkan bagaimana PAS telah melumurkan parti mereka dengan “tahi-tahi syaitan” dan saya percaya ramai dari kalangan kita yang tahu lebih banyak dari itu, khususnya sahabat-sahabat PAS.

PAS kini sudah hilang maruah apabila golongan pro-ulama ditolak mentah-mentah oleh para “penganut agama PAS”, hasil percaturan mudah golongan liberalisme yang telah ditanam oleh Anwar di dalam parti itu sejak sekian lama.

Nama-nama seperti Kamarudin Jaafar, Khalid Samad, Husam Musa dan ramai lagi rakan-rakan karib Anwar kini menunjukkan belang mereka masing-masing sehingga menyebabkan ramai golongan ulama PAS berjaya “dibisukan” dengan mudah.

Persoalannya, apakah para perwakilan di Muktamar PAS kali ke-58 ini berani untuk mengetengahkan isu yang menjadi keluhan majoriti akar umbi PAS di seluruh negara?

Atau PAS akan terus dicemar dengan “sindrom Anwarinas” serta sanggup membiarkan parti mereka dilihat sebagai “keldai pencacai” DAP dan PKR? Sama-samalah kita nantikan Muktamar Pak-Pak Lebai Agama PAS Se-Malaysia kali ini…

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! AWAT DEPA TAKUT SANGAT SHAHANIM JADI CALON NI..??? HEH..!!!


Baru ni aku terbaca tentang satu entry di "belog" pencacai PAS Kedah yang mahu Ketua Puteri UMNO Sg Petani, Shahanim, supaya tidak dicalonkan sebagai calon BN pada PRU ke-13 nanti..heh!

Nampaknya, depa takut betoi kalau Shahanim ni jadi calon PRU ke-13 nanti...heh! Awat lagu tu noooo??? Muahahahaha...paham-paham sendiri laaaaa....Heh! Dan aku malas nak sentuh pasai jadi-jadi calon ni...tu hak PM nak tentukan sapa...bukan aku..Heh! 

Peliknya, dalam entry "belog" pencacai PAS Kedah tu, dia kata dia tak sure sama ada yang hantaq email tu "ahli atau bekas Puteri UMNO Sg Petani"..Hahahahahhaaa..! 

Admin "belog" PAS Kedah tu bodo ke apa??? Dah tentu la yang hantar emel tu tak firm sumbernya. Mana tau kalau yang hantaq emel tu "admin belog" tu sendiri? Mereka cipta emel? Heh! Mungkin, kan?

Atau mungkin emel tu datang dari orang UMNO yang takur "boss"nya tak lekat jadi calon BN pada PRU ke-13 ni...kan? Namun, apa yang jelas, "belog" tu tak patut siarkan berita beunsur fitnah melainkan pencacai PAS Kedah tu ada kepentingan nak buruk-burukkan pemimpin UMNO Kedah..kan? Heh!

Aku heran. Awat yang depa ni takut sangat Shahanim tu jadi calon? Dulu masa PRU ke-12, nama Shahanim tu tak naik jadi calon pun. Apa yang depa nak takut sangat? PAS Kedah yang takut atau "boss" penulis emel tu yang takut? Heh!

Pada aku, sama ada lekat jadi calon atau tidak, yang tu hak Allah yang tentukan. Kalau Allah kata dia jadi calon, hangpa tulis lagu mana sekalipun, dia tetap akan jadi calon dan begitu juga sebaliknya. Apa yang perlu, pemimpin UMNO memang dok buat kerja sekian lama dah...

Apa yang depa dok kalut sangat pasai calon ni? Selalunya, orang yang sebok sebut orang tu tak layah jadi calon, orang ni tak layak jadi calon, orang tu la sebenarnya yang nak sangat jadi calon atau nak "boss" dia jadi calon...heh! Kan?

So, faham-faham sendiri laaaaa...muahahahahahaaa..!!! Aku sokong UMNO..!!! Heh!

P/s: Kononnya tak mahu Shahanim jadi calon sebab takmau BN kalah, tapi dia hantaq emel kat "belog" pencacai PAS Kedah....nampak sangat la pemuhongnya..Hahahahaha...kantoi!

Wednesday, November 14, 2012

18SX DI NEGERI SERAMBI MEKAH..!!! SATU LAGI KEJAYAAN PEMIMPIN "SPIRITUAL" PAS..!!!tU

Tu diaaa..!!! "Melekat" sakan dalam kereta..!!!
Jangan terkejut kalau perkara ini berlaku di negeri Serambi Mekah yang dipimpin oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang yang dikatakan "pemimpin spiritual" dan "nabi agama PAS"..!!!

Terdesak sangat ke? Lebih pelik, yang buat perangai tak senonoh tu ialah suami dan isteri orang! Kat mana kejayaan "spiritual" PAS dalam hal ni? Spiritual? Atau lebih sesuai dengan "sprite" saja?

Kalau macam ni la "kejayaan" pimpinan ulama spiritual PAS, rasanya tak hairan la tengok Mat Sabu mengorat bini kawan sendiri sampai kantoi...!!! Heh!

Parkir Asmara, Parkir Projek Suami Isteri Durjana

KOTA BHARU – Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti ‘parkir asmara’ apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.


Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu. - Mynewshub.my

PEDASSS..!!! APA LAGI YANG PAS NAK PUTAQ UNTUK SELAMATKAN "ANAK PAPA"..??!!!

Nurul-Izzah

Rasa mual dan loya tekak saya apabila membaca tuduhan puak-puak PAS di laman-laman web mereka yang menuduh bahawa akhbar Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain sengaja memutar belitkan kenyataan Nurul Izzah.

Bukan sekadar transkrip penuh yang diterjemahkan, malah rakaman video tulen yang menayangkan Nurul Izzah menyokong orang Melayu untuk murtad juga sudah disiarkan oleh media-media tersebut.

Namun, dek kerana PAS tahu bahawa ahli-ahli bawahannya kurang fasih berbahasa Inggeris, malas berfikir dan mudah terpengaruh dengan dakyah mereka, mereka sengaja membuat tuduhan tidak berasas itu terhadap akhbar tersebut.

Kononnya, Utusan memutar belit fakta dan kenyataan? Siapa yang terbelit sebenarnya?

Pada saya, setelah meneliti dan beberapa kali menonton video tersebut, jelas sangat menunjukkan Nurul Izzah terlanjur kata di hadapan para peserta forum yang kebanyakkannya penyokong LGBT dan kebebasan hak asasi manusia berasaskan pandangan orientalis.

Mungkin kerana mahu mendapatkan sokongan dan tepukan gemuruh dari golongan yang hadir di forum tersebut Nurul Izzah begitu teruja sehingga sanggup memberikan harapan untuk memperjuangkan kehendak LGBT serta gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Malangnya, Nurul Izzah mungkin pula terlupa bahawa dia bakal berhadapan dengan jutaan umat Islam di negara ini di mana mereka ternyata tidak sependapat dengannya yang begitu menyokong LGBT serta gerakan menggadaikan aqidah umat Islam di Malaysia.

Pepatah orang Melayu berkata, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan buruk padahnya”.

Dengan pembuktian yang menunjukkan secara jelas Nurul Izzah mengucapkan kata-kata yang melukakan ramai umat Islam di negara ini, apakah dia masih lagi mampu berdolak-dalih untuk mempertahankan dirinya?

Mana lagi dia nak lari?

Bagaimana lagi dia nak pusing?

Satu dunia boleh menonton betapa Nurul Izzah dan Pakatan Haram sanggup menggadaikan aqidah san masa depan umat Islam di negara ini.

Satu dunia juga boleh menonton prinsip Nurul Izzah dan Pakatan Haram yang jelas menyokong hak LGBT untuk diamalkan di negara Islam ini.

Jadi, bagaimana lagi PAS mahu memutar belit dan menyelamatkan “anak papa” itu dari terus dikecam oleh umat Islam di Malaysia?

Jika dia menyatakan bahawa Utusan sengaja memutar belit kenyataan Nurul Izzah, bagaimana pula dengan laporan media pro-pembangkang Malaysiakini dan Malaysia Today yang menyiarkan berita yang senada?

Apatah lagi Utusan antaranya turut memetik sumber dari Malaysiakini yang terlebih dahulu menyiarkan berita yang menjadi kontroversi itu.

Pada saya, PAS sendiri telah menjatuhkan maruahnya apabila cuba mempertahankan Nurul Izzah dalam isu sokongannya terhadap membenarkan Melayu untuk keluar dari Islam dan memberikan hak kepada golongan LGBT di negara ini.

Saya yakin, jika pemimpin UMNO atau BN yang berada di tempat Nurul Izzah dan mengucapkan kenyataan kontroversi itu, sudah tentu PAS akan menyerang habis-habisan serta menuduh kerajaan BN sebagai “toghut”, “sesat” dan sebagainya.

Namun oleh kerana orang yang berkata itu adalah Nurul Izzah, maka PAS sedaya upaya terpaksa mempertahankan anak Anwar Ibrahim itu walaupun terpaksa berdepan dengan jutaan umat Islam yang marah dengan kenyataan biadap tersebut.

Pada saya, biar apa pun usaha PAS untuk mempertahankan Nurul Izzah, “nasi telah jadi bubur”. Satu duina sudah tahu dan terbukti tiada putar belit dalam kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Malah jika PAS berdegil, saya yakin ramai yang akan mencebik dan menuduh PAS sebagai pihak yang sebenarnya cuba memutar belitkan isu dan tidak berkata benar demi meraih sokongan politik.

Persoalan seterusnya, apakah PAS fikir mereka bermaruah dengan tindakan mempertahankan Nurul Izzah itu? Entahlah. Tepuk dada tanyalah lubuk hati anda yang paling dalam…

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! "BELOGGER" PENCACAI PAS KEDAH TAK MENGAKU ISU GAMBAR "LUCAH" SHAHANIM..!!!


Aku ketawa besar bila tengok sekoq budak pencacai Zul Ya yang menulis di "belog" upahan PAS berkenaan gambar lucah Ketua Puteri UMNO Sg. Petani, Shahanim. Depa panaih pungkoq la tuuu... Maklum la..depa dah sekian lama dok tebar fitnah siang malam...Heh!

Untuk pengetahuan budak pencacai PAS Kedah tu, Shahanim bukan Ketua Puteri UMNO Kedah. Dia Ketua Puteri UMNO Sg Petani, merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Ketua Puteri UMNO Kedah skang ni ialah Shima...budusss..!!!

Yang bestnya, budak pencacai PAS Kedah yang dok melepak buang masa kat Bakar Bata tu tak mengaku depa dok jaja cerita isu gambar lucah Shahanim tu...heh! Nampak sangat la "baling batu sembunyi tangan".

Lepas tu dia tuduh pulak gambaq tu dibuat oleh orang UMNO sendiri. Tak ke bodo ke apa tuduhan tu! Heh! Takdak masa la kami nak buat tahana pedajal pemimpin UMNO sendiri...

Untuk pengetahuan budak pencacai PAS Kedah tu, masa gambar tu keluar, memang panas! Puak-puak PAS dok jaja gambaq tu merata. Siap print dan edarkan kat kampung-kampung..!!! Heh! 

Nak tau bila depa keluaqkan? Masa tu time PRU ke-12, tahun 2008. Masa tu "belog" PAS Kedah yang budak Bakaq Bata tu tulis pun tak wujud lagi..!!! Dah tun nak cari apa kat arkib "belog" tu? Dah tentu la takdak...bodo..!!!

Masa tu, aku kat KL dan jenuh jugak cari Shahanim nak balun balik fitnah dari pencacai PAS Kedah tu. Depa kata, siap ada CD lucah lagi woooo...!!! Memang panas la sebab time tu dekat PRU dahhhh..

Selepas diteliti gambar "lucah" Shahanim tu, aku dapati memang ia telah di superimposed. Aku godek pulak cari gambaq asal. Rupanya gambaq Zila Bakarin! Heh! Tengok body pun tak dah.. Time tu Zila Bakarin tengah hot sat sebab dia seksi terlampau...heh!

Tapi Shahanim jawab simple ja isu tu. Dia kata, biaq la Allah SWT yang balas sebab dia yakin doa orang teraniaya tu maqbul. Memandangkan dia jawab lagu tu, makin meluas la fitnah tu disebarkan oleh juak-juak PAS...

Nampak sangat la budak Bakaq Bata tu budak baru dalam mengetahui isu-isu politik di Kedah. Baru join politik, tapi berlagak macam tau semua...heh! Bodo menghepuuuttt...!!! Kah! Kah! Kahhh..!!!

Monday, November 12, 2012

TU DIAAA..!!! LEPAS HILANG NEGARA ISLAM DAN HUDUD, PAS GADAI AQIDAH PULAKKK..!!!


Setelah bersahabat dengan DAP dan PKR sejak tahun 2008, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat melangkah selangkah lagi ke arah “kegelapan” apabila bertindak mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, yang terjerat dengan kata-katanya baru-baru ini.

Nurul Izzah jelas membenarkan umat Islam di negara ini untuk keluar Islam pada umur 18 tahun ketika menjawab soalan peserta forum yang dianjurkan oleh sebuah badan orientalis di sebuah gereja di Petaling Jaya.

Namun oleh kerana Nurul Izzah merupakan anak kepada Anwar yang dikatakan “menyara” PAS, Nik Aziz terpaksa mempertahankan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dengan alasan kenyataan “anak papa” itu dianggap “bercelaru”.

Apa yang celarunya? Jika Nik Aziz punya masalah untuk memahami bahasa Inggeris dengan baik, rasanya PAS mempunyai ramai ahli yang mahir menggunakan bahasa dunia itu.

Jadi, kenyataan yang mana satukah yang dikatakan “celaru” oleh Nik Aziz? Rasanya Nik Aziz perlu teliti kenyataan Nurul Izzah yang telah diterjemah seperti yang berikut…

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.” – Nurul Izzah.

Dalam kenyataan di atas, ahli Majlis Peguam yang seksi, Siti Zabedah Kasim, yang bertanyakan soalan kepada Nurul Izzah di forum tersebut jelas memahami apa yang dikatakan oleh anak sulung Anwar itu.

Jika Nik Aziz punya keraguan untuk memahami jawapan Nurul Izzah itu, Mursyidul Am PAS itu boleh bertemu dengan Siti Zabedah untuk pencerahan sebenar.

Sebenarnya, dari rakan-rakan PAS yang saya hubungi, ramai di kalangan mereka yang sangat kecewa dengan tindakan Nik Aziz yang mempertahankan Nurul Izzah.

Menurut mereka yang rata-ratanya merupakan graduan universiti dan telah menonton video rakaman forum tersebut menyatakan bahawa memang benar Nurul Izzah telah membenarkan bangsa Melayu yang beragama Islam untuk memeluk agama lain selepas berumur 18 tahun.

Kata mereka, berucap di depan 200 orang bukan Islam dan umat Islam berfahaman liberal seperti Siti Zabedah, Nurul Izzah telah berkompromi berhubung aqidah umat Islam dan mahu kesamarataan hak beragama diamalkan di negara ini.

Dalam ertikata lain, Nurul Izzah mahu golongan yang berumur 18 tahun ke atas diberikan kebebasan hak untuk memilih agama lain selepas berumur 18 tahun dan menentang ketetapan perlembagaan yang menegah tindakan tersebut.

Rakan-rakan saya yang merupakan “penganut PAS totok” itu sangat kecewa dengan keputusan “tok guru” mereka itu.

“Mula-mula PAS peluk golongan yang menentang hudud dan negara Islam, Tok Guru taat pada kehendak mereka. Kami malu dah sekali.

“Tapi kali ni Tok Guru pertahan pulak Nurul Izzah, padahal kenyataan Nurul Izzah tu mengancam aqidah umat Islam di negara ni, patut ke?” soal mereka mempertikaikan tindakan seorang pemimpin yang bertaraf “Nabi PAS” itu.

Rasanya, tidak perlu UMNO menyerang Nurul Izzah pun, puak-puak PAS sendiri dalam diam mengutuk kenyataan dan prinsip fahaman agama anak sulung Anwar Ibrahim itu yang dianggap tidak bertanggungjawab serta songsang di padangan mereka.

Persoalannya, apakah tindakan Nik Aziz ini merupakan satu lagi keputusan “tahalluf siyasi” yang sebelum ini digunakan untuk menghalalkan perjanjian PAS dengan DAP dan PKR?

Setelah PAS kehilangan maruah dengan menggadaikan perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam dan hukum hudud di bawah tapak kaki DAP dan PKR, apakah kali ini mereka sekali lagi memejamkan mata dan sanggup menggadai masa depan aqidah umat Islam di negara ini?

Rasanya sudah terang lagi bersuluh, PAS sememangnya semakin terpesong dari ajaran Islam yang sampaikan oleh Rasulullah SAW.

Persoalannya, apakah umat Islam di negara ini sedar tentang hakikat ini? Wallahu’alam.

Sumber: Perak Today

PANASSS DARI KEDAH..!!! BILA "BELOGGER" PAS NAK SIAR GAMBAR LUCAH SHAHANIM LAGI?

Memandangkan Shahanim pakai tudung, rambut tak merebang merah, selalu tolong orang Kedah, ramai puak-puak PAS yang "takut" kat dia..terutamanya Hamdan...heh!
Aku gelak sakan bila terbaca satu emel yang dihantar kepada "belogger" pencacai PAS Kedah yang diupah Zul Yahya. Emel tu dihantar semata-mata untuk mengutuk Shahanim, Ketua Puteri UMNO Sg Petani merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia...

Apa yang puak-puak busuk hati ni tak pernah kata kat Shahanim? Macam-macam depa fitnah dia... Mentang-mentang la Shahanim tu tak pernah nak jawab fitnah yang orang lempar kat dia, depa serang dan tohmah dia macam-macam. Patut ka lagu tu?

Apa yang orang tak fitnah Shahanim? Macam-macam orang kata sampai tergamak impose gambar ni untuk buruk-burukkan pemimpin Puteri ni...apa dosa dia kat hangpa sampai buat lagu ni kat dia? Tak takut dosa pahala ke?
Bukan apa, nampak sangat emel tu dihantar untuk memburuk-burukkan peribadi Shahanim. Sapa yang sakit hati sangat kat Shahanim tu? Shahanim tu dah buat apa kat dia? Dan betoi ka apa yang dia tulis kat emel tu?

Lagi satu, awat yang "bekas ahli Puteri UMNO Sg Petani" hantar emel tu kat "belogger" PAS Kedah sedangkan kalau dia tak puas hati, dah tentu dia ada saluran yang lebih baik untuk meluahkan rasa tak puas hati kat Shahanim..kan? Heh!

Dari pembacaan aku, apa yang emel tu kata memang karut! Shahanim dalang memecah belahkan UMNO Sg Petani? Hahahahahaaa..!!! Padahal, Shahanim tu la yang dok kempen untuk Pak Ali dipilih untuk jadi Ketua Bahagian UMNO kat situ...

Setahu aku, Shahanim takdak masalah langsung dengan Pak Ali sampai sekarang. Dia cukup sayang kat Pak Ali sebagai Ketua Bahagian dia. Takdak masalah pun. Dan kalau ada masalah pun sebelum ni, masalah tu dah pun diselesaikan dengan aman...

Aku actually kenal Rosnah Shirlin secara peribadi. Aku pernah tanya dia tentang hubungannya dengan Shahanim. Dia kata Shahanim memang best, bagus dan baik hati. Banyak tolong dia dalam Puteri.

Malangnya, ada pulak yang busuk hati dok cucuk depa sana sini untuk berbalah sesama sendiri. Tapi tu dulu laaa.. Skang ni depa dah macam adik beradik selepas bersemuka lama dulu...heh!

Selalunya pepecahan dalaman UMNO macam ni la yang PAS suka sangat. Kalau depa dapat maklumat macam ni, laju la depa tulis dan siarkan kat "belog" depa. Padahal, belum tentu la benda tu betoi atau tidak, depa main siar saja...heh!

Sebenarnya, setahu aku, Shahanim tu dok layan buat kerja kat area Pantai Merdeka tu lebih 10 tahun. Dia banyak tolong rakyat kat area tu. Kalau pi kat sana, memang ramai orang dok sebut nama dia.

Ni la kot "bukti" depa yang kata Rosnah dan Shahanim "bergaduh" tuuu..heh!
Tapi ya laaa...bila puak-puak PAS ni tahu, depa pun masukkan racun laaa bagi UMNO berpecah! Maklum laaa...PAS ni memang busuk hati! Nampak ja pakai lebai bagai...tapi depa dah lama dah pelaga orang-orang UMNO sesama sendiri...maklum laaa...tu kan akhlak "agama PAS"! Heh!

Sebenarnya, UMNO Sg Petani tu takdak masalah apa pun. Masalah kecik-kecik tu biasa la. Dan masalah-masalah tu kacang je untuk diselesaikan...jadi tak payah risau apa laaa...berkhidmat je terus untuk rakyat dan rakyat tahu akan pilih sapa nanti...heh!

P/s: "Belogger" PAS dah siarkan 2 entry buruk-burukkan Shahanim, tapi awat depa tarik balik dua-dua entry tu? Arahan "orang atas" ke..? Heh!

Sunday, November 11, 2012

ADEHHHH..!!! NEELOFA BERKEMBAN LAGI..???!!!


Adehhh laaa..!!! Neelofa ni berkemban lagi? Minat betul dia kat fesyen berkemban ni. Dah takde fesyen lain ke Lofa?

Aku tahu la Neelofa ni cantik. Tapi jaga la kecantikan tu dengan baik. Pakai tu lain kali biar la sopan sikit...sesuai sebagai seorang muslimah yang dilahirkan di negeri Serambi Mekah..

Errr.. Pok Nik tak ajar ke Neelofa berpakain molek-molek sikit? Ishhhh...Pok Nik ni nak kena tibai nihhhh...

Lofa...aku harap hang pakai la pakaian yang sopan sikit no. Hang tu glemer...cun pulak tu. Jangan la hang naik disebabkan publisiti lagu ni... tak elok woooo...!!! Nanti terangkat habis kopiah pak-pak lebai PAS tu..depa bukan tau control nafsu..tiap-tiap hari depa makan ubat kuat..!!! Heh!

PERHATIAN KEPADA "BELOGGER" PAS KEDAH, ZUL YA DAN SANUSI SETPOL..!!!


Dengar sini baik-baik kepada "beloggers" PAS Kedah dan kepimpinan PAS Kedah, termasuk Zul Ya dan Sanusi Setpol sekali. Kami akan dedahkan beberapa perkara dalam masa terdekat ni...

Yang jelas, pendedahan ini akan menampilkan penipuan, salah guna kuasa, dosa dan segala kebobrokan kepimpinan PAS Kedah...

Tak lama dah...tunggu masa ja ni. Heh!

Gabra? Tak payah gabra dulu. Tunggu sampai kami keluarkan satu persatu..heh! Tak payah buat roadshow macam PAS pun takpa...bukan apa, banyak sangat yang nak dedah ni...

Takkan la nak buat roadshow sampai 1000 siri kot? Terkeluaq anak tekak wooo..!!! Heh!

Nak tahu isu apa? Heh! Tunggu laaaa...Eksklusif dari kami..!!! Heh!

PANASSS..!!! AHLI PARLIMEN PAS BONGKAK SEPERTI FIRAUN..!!!

wan abd rahim

Bongkak betul bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak akan menang di Kelantan yang telah didominasi PAS selama lebih 22 tahun.

Wan Abdul Rahim bagaikan Tuhan berkata bahawa biarpun Kerajaan Pusat menjanjikan pembinaan lebuhraya berjaya merampas Kelantan, rakyat di negeri Serambi Mekah itu tidak akan sekali-kali menyokong BN.

“Suka saya maklumkan bahawa BN tak payah mimpilah nak ambil Kelantan,” katanya di Parlimen baru-baru ini.

Sungguh saya tidak hairan dengan kenyataan sebongkak ini memandangkan Firaun juga dulu pernah menegaskan bahawa kerajaan miliknya takkan tumbang sebelum musuh Allah itu dikalahkan oleh seekor nyamuk!

Pada saya, kenyataan seperti itu hanya akan terbit dari mereka yang sememangnya gilakan kuasa dan berpendapat bahawa mereka sajalah yang layak memegang kuasa sehingga hari kiamat.

Suka saya ingatkan kepada Ahli Parlimen Kota Bharu itu bahawa BN dulu tidak pernah bongkak begitu meskipun telah mentadbir negara ini dengan cemerlang sejak merdeka dulu.

Meskipun sering disabotaj, dikutuk, difitnah, ditohmah dan diburuk-burukkan oleh pihak pembangkang setiap hari siang dan malam, Kerajaan BN tetap memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama, bangsa atau budaya.

Pun begitu, sekurang-kurangnya BN redha dengan ketentuan Allah SWT setelah kehilangan Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pada PRU ke-12 yang lalu tanpa menyalahkan SPR.

Lagipun, BN bukanlah bersifat tidak dapat menerima qadha dan qadar Allah seperti Pakatan Haram yang menyalahkan SPR serta ramai pihak lain setiap kali mereka kalah pilihanraya, kan?

Berbalik mengenai kenyataan Wan Abdul Rahim itu, apakah dia fikir rakyat Kelantan itu semuanya menyokong PAS dan Pakatan Haram?

Apakah dia cuba menafikan hak rakyat Kelantan lain yang selama ini menyokong BN dan begitu setia memberikan undi mereka kepada calon BN para setiap kali pilihanraya?

Dengan undi tersebut, apakah Wan Abdul Rahim fikir bahawa para penyokong BN di Kelantan redha dengan pemerintahan Nik Abdul Aziz yang memperdagangkan syurga dan agama Allah di bumi Serambi Mekah itu?

Suka saya ingatkan Wan Abdul Rahim supaya tidak terlalu bongkak di bumi Allah kerana masih ramai lagi rakyat Kelantan yang celik dan sedar betapa teruknya PAS mentadbir negeri itu!

Sila rujuk kepada rekod-rekod pentadbiran negeri Serambi Mekah itu di mana sarang pelacuran begitu berleluasa tidak jauh dari pejabat Menteri Besar yang kononnya seorang “pemimpin spiritual” yang hebat!

Lihat saja bagaimana Rantau Panjang menjadi “jambatan maksiat” dan bagaimana negeri itu mencatat hatrik sebagai juara pengidap AIDS selama tiga tahun berturut-turut!

Bagaimanapula dengan ekonomi Kelantan yang statik, tidak berkembang dan berada di takuk lama sedangkan Rasulullah SAW dahulu merupakan seorang peniaga yang hebat dan mampu mengembangkan ekonomi umat Islam dengan bijak.

Yakin sangatkah Wan Abdul Rahim tentang kekuasaan PAS di Kelantan?

Apakah dia fikir Allah SWT tidak mampu mengembalikan negeri Serambi Mekah itu kepada BN nanti?

Sekiranya Allah SWT mentakdirkan Kelantan berjaya dirampas kembali oleh BN pada PRU ke-13 nanti, dimanakah Wan Abdul Rahim mahu letak muka? Bolehkah rakyat Kelantan ludah mukanya ketika itu?

Rasanya tidak perlulah Wan Abdul Rahim berkelakuan seperti budak-budak. Lebuhraya yang dijanjikan itu sebenarnya memang berada di dalam perancangan Kerajaan Pusat.

Kerajaan PAS Kelantan saja yang tergedik-gedik mahu mempolitikkan isu lebuhraya itu. Kononnya mengutip derma untuk membina lebuhraya dan siapa yang menderma akan mendapat pahala. Memanglah!

Tapi, bagaimana pula dengan pahala Kerajaan BN yang telah membina leburaya dari utara sehingga ke selatan tanahair? Bagaimana pula pahala BN yang telah membina leburaya karak ke pantai timur? PAS berani nafikan pahala Kerajaan BN itu?

Kalau membina lebuhraya itu tanggungjawab Kerajaan Pusat, cuba lihat betapa banyaknya kerajaan di negara-negara lain yang tidak membina lebuhraya di negara mereka dan apakah kerajaan itu zalim?

Harapnya Wan Abdul Rahim menggunakan akal yang diberikan Allah sebelum berbicara. Bukan apa, terlajak perahu mungkin boleh diundur lagi, namun terlajak kata maka tanggunglah malu itu seumur hidup, kan?

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! GUAN ENG ARAHKAN PEGAWAI ROBOH RUMAH WARGA EMAS DAN OKU..!!!?

Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata apabila bahagian depan rumah pusaka milik keluarganya diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tanpa notis di Lengkok Sungai Gelugor di sini.

Kejadian pilu itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, apabila Mariam Tahir, 72 tahun keluar ke pasar bagi membeli keperluan untuk masak tengahari buat anaknya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar dia terkejut rumahnya dipenuhi anggota MPPP dan pihak polis untuk menjalankan tugasan meroboh.

Katanya, lebih memeranjatkan apabila MPPP bertindak merobohkan struktur hadapan rumahnya dengan alasan bahagian depan rumah itu dibina tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan MPPP.


“Saya tahu salah kerana bina rumah tidak mengikut piawai yang ditetapkan tetapi MPPP sepatutnya memberikan saya notis berhubung pekara itu. Mereka (MPPP) kata dah beri notis tapi saya hanya terima notis terbabit dua tahun yang lalu.

“Selepas itu saya tidak terima sebarang notis lagi malah pagi ini MPPP datang dengan tangan kosong dan terus roboh bahagian depan rumah saya,” katanya dengan nada sedih kepada pemberita ketika ditemui dirumahnya.

Jelas Mariam, dia kecewa dengan sikap MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.

“Mana budi bicara mereka? Mengapa tidak datang dan memberitahu saya lebih awal mungkin saya boleh mencari jalan penyelesaian,” ujarnya.

“Saya dah tua, anak saya pula OKU kehidupan kami hanya bergantung dengan wang yang disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sekarang sebahagian depan rumah saya telah diroboh, saya takut bahagian belakang juga akan runtuh kerana struktur hadapan sudah tiada lagi,” katanya.

Rumah yang berusia lebih dari 100 tahun merupakan harta peninggalan keluarga Mariam yang kini menjadi tempat dia dan anaknya , Haslina Hashim berteduh.

Pengerusi JKKKP, Kampung Sungai Gelugor, Rosli Ab.Razak berkata, pihak MPPP harus memberi notis terlebih dahulu kepada tuan rumah sebelum membuat tindakan sedemikian. Beliau berasa sangat kecewa dengan tindakan MPPP.

“Saya berasa terkilan dan kecewa kerana tuan rumah tidak menerima apa-apa notis daripada MPPP. Jika kita dapat notis, kita boleh membuat persediaan awal.”

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Omar Fauzar berkata, pihaknya kesal dengan tindakan MPPP yang dikatakan bersikap pilih kasih kerana banyak lagi rumah yang membina struktur haram namun warga emas ini yang mejadi mangsa.

“Banyak lagi rumah yang bina struktur baru di bahagian hadapan rumah, mengapa hanya rumah ini saja dirobohkan?

“Saya mahu pihak MPPP perbaiki semula rumah warga emas itu hari ini juga agar mereka dapat hidup seperti sedia kala,”katanya.

PANAS DI SELANGOR..!!! TANAH "PAK MAT" DIRAMPAS "PENGHULU BESAR"..!!! TAK MAU DEMO KE..???


Seorang lelaki bernama Pak Mat telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk membangunkan tanah miliknya seluas 7.32 hektar di Klang, Selangor...

Namun kemudiaannya, syarikat tersebut menghadapi masalah dan tak jadi nak bangunkan tanah milik Pak Mat tu. Dalam ertikata lain, perjanjian tu dibatalkan laaa..

Tapi, datang pulak "Penghulu Besar" yang bernama Khalid Gagap terus rampas hak milik tanah Pak Mat tu. Dia kata tanah tu bukan lagi dibawah kekuasaan Pak Mat...

Untuk makluman, "Penghulu Besar" tu ada kuasa untuk merampas tanah tersebut.

Kalau korang berada di tempat Pak Mat, apa korang rasa? Nak buat demo?

Kalau nak demo, buat la depan rumah "Penghulu Besar" tu...heh! Ada berani? Mana puak-puak Pakatan Haram pembelas rakyat tu? Berani tidur atas jalan sambil pegang bendera? Heh!

P/s: Tanah-tanah kat Selangor tu bapak "Penghulu Besar" tu punya kottt...???!!!

GEMPARRR..!!! PM DIHINA PENCACAI CELAKA PAKATAN HARAM..!!!

PM dihina di tanahair sendiri...
Apa korang rasa kalau aku buat gambar bapak korang macam ni? Suka tak? Siap buat karya seni semata-mata untuk hina bapak korang...suka? Seronok? Korang akan datang bagi bunga dan hadiah kat aku tak?

Tapi inilah yang dilakukan oleh budak Fahmi Reza kat bawah ni. Kononnya seni. Seni kepala hotak dia! Seni LGBT? Seni OMEGA? Seni "Main belakang"? Seni China Doll?

Ni la pencacai sial tu..elok terajang jer..
Apa kata kalau kita buat benda yang sama atau lebih teruk dari ni kat Anwar Berahim. Tak payah Anwar Berahim la...buat kat Ambiga pun dah ramai yang meroyan nak saman sana sini.. 

Tu la mentaliti puak-puak pembangkang ni..Depa buat semuanya HALAL... tapi kalau kita buat semuanya HARAM...

Tapi jangan takut, kita takkan buat kat "dewa-dewa" depa sebagaimana yang depa buat kat Datuk Seri Najib, PM kita. Kita bukan rendah moral dan mentaliti macam depa...tak perlu berlaku bodo macam Fahmi Reza ni...

Cuma, kalau sesapa nampak Fahmi ni, elok terajang je dia seorang sekali...heh! Kasi "ubat" betulkan balik kepala dia tuuuu....Muahahahahahaaaaaa..!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!