Malang sungguh rakyat
Selangor apabila mereka dianugerahkan seorang Menteri Besar yang bernama
Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim yang bebal tidak tahu hujung
pangkal dan hanya pandai mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.
Khalid sering menyalahkan SYABAS dan
menjadikan syarikat konsesi air itu sebagai “kambing hitam” sedangkan
segala punca masalah air di Selangor adalah disebabkan kejahilan dirinya
yang tidak tahu mengurus tadbir industri air di negeri tersebut.
Dia menuduh SYABAS gagal membekalkan
bekalan air bersih kepada rakyat Selangor dan tidak cekap menguruskan
perkhidmatan air kerana kadar peratusan yang agak tinggi dari sudut NRW
di mana banyak paip-paip lama yang bocor.
Khalid baru-baru ini mendakwa bahawa dia
tidak pernah membekukan perbelanjaan modal atau “capex” syarikat konsesi
air Selangor, SYABAS, yang mengakibatkan syarikat itu menghadapi
masalah untuk mengurangkan peratus air tidak terawat (NRW) di negeri
itu.
Persoalannya, apakah benar dakwaan Khalid
itu? Sedangkan fakta menjelaskan sebaliknya, sekaligus menunjukkan
bahawa Khalid berbohong di dalam kenyataan tersebut!
Sebenarnya, sejak Pakatan Haram mengambil
alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Khalid awal-awal lagi telah
membekukan permohonan pinjaman SYABAS untuk mendapatkan lonjakan modal
bagi menukar ganti paip-paip lama itu.
SYABAS bukannya memohon pinjaman kewangan
dari Kerajaan Negeri Selangor. Memanglah syarikat itu cari sendiri duit
mereka melalui pinjaman bank. SYABAS bukannya kemaruk nak gunakan duit
rakyat macam Khalid yang selalu “balun” duit rakyat sampai“kering”!
Lagipun, SYABAS pun tahu diri mereka
dibawah Puncak Niaga, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia
dan tidak mengharapkan bantuan kewangan dari mana-mana kerajaan. Sebab
itulah mereka mohon pinjaman dari bank. Itupun Khalid tak sokong…
Nak tukar paip-paip lama belanjanya
besar, jadi tentulah dananya pun daripada pinjaman bank ataupun
kerajaan, tak kisahlah persekutuan ataupun negeri.
Kalau dah dibekukan perbelanjaan modal
(capex), siapa nak kasi duit secara percuma? Apa yang nak dibuat dengan
batang-batang paip nanti?
Kalau Khalid ambil alih Syabas sudah tentu itulah juga yang dia akan lakukan!! Ganti paip-paip lama unuk kurangkan NRW.
Tapi, Khalid dalam usahanya mensabotaj
dan memberi tekanan kepada SYABAS maka dia enggan meluluskan permohonan
itu, sekaligus menggagalkan usaha syarikat konsesi itu untuk mendapat
suntikan modal pinjaman!
Kerajaan Negeri mengeluarkan surat arahan
membekukan perkara itu pada 2009, 2011, 2012, dan 2014 dengan memberi
alasan bahawa pihak mereka sedang dalam proses menjalankan penstrukturan
semula industri air. Bukannya kerana kadar NRW yang tinggi, bukan?
Sebab itulah di dalam laporan tahunan
Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sejak tahun 2008 membuktikan bahawa syarikat
itu gagal mendapatkan “capex” disebabkan tindakan Khalid atas alasan
penstrukturan semula air di Selangor!
Berikut adalah laporan tahunan Puncak
Niaga yang membuktikan bahawa Khalid membekukan pemohonan pinjaman bank
SYABAS sejak tahun 2008…
Jadi, adalah tidak adil sama sekali untuk
Khalid “mengkambing hitam”kan SYABAS dalam masalah bekalan air di
Selangor, sebaliknya dia patut sedar bahawa dialah sebenarnya“kambing
busuk” yang gagal menyelesaikan kemelut air tersebut.
Jelaslah di sini bahawa Khalid menipu
dalam kenyataannya yang menafikan pembekuan “capex”seperti yang
dicanangkan di dalam media kesayangannya, Selangorku, yang ditugaskan
untuk menyebarkan pembohongan-pembohongan Khalid dan Kerajaan Pakatan
Haram Selangor!
Orang macam ini pun rakyat Selangor mahu
simpan sebagai Menteri Besar mereka? Astaghfirullahil’azim, lingkup la
Selangor kalau macam ni gayanya…
Sumber: Mykmu.net




































