Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, November 2, 2012

PANASSS..!!! BILA PELAKON "AIS KRIM JAMBAN" BERCAKAP SOAL AIR DI SELANGOR...

Azmin skandal

Mungkin cemburu melihat Menteri Besar, Khalid “Gagap” hebat bercakap soal teknologi membran dari Kanada dan kononnya mampu mengatasi krisis air di Selangor, Azmin Ali pun tidak mahu mengalah dalam hal ini dan mahu juga tumpang sekaki.

Mungkin dia juga nak “tunjuk pandai” dalam isu krisis air di negeri itu dan tidak mahu dilihat lebih bodoh dari Menteri Besar Selangor yang paling bodoh dalam sejarah itu.

Azmin dalam usaha tunjuk pandai itu baru-baru ini menyalak di Hulu Selangor menafikan negeri Selangor sedang mengalami krisis air. Kononnya, semua yang berlaku adalah propaganda Kerajaan BN untuk menakut-nakutkan rakyat…

Kemudian, dia sebut mengenai empangan Klang Gate yang melepaskan air sehinggalah menyebabkan banjir di kawasan Parlimennya di Gombak, kononnya membuktikan sumber air masih“banyak” di Selangor dan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dibina.

Selain itu, Azmin salahkan pula SYABAS, kononnya syarikat konsesi air itu sengaja sabotaj Kerajaan Pakatan Haram Selangor dan gagal merawat air untuk dibekalkan kepada rakyat negeri itu.

Pada pandangan saya, Azmin sepatutnya perlu “ke sekolah” atau “disekolahkan” sebelum mahu berbicara mengenai krisis air yang melanda Selangor.

Apakah dia“buta” atau “pekak” untuk melihat betapa ramai rakyat Selangor yang merungut dan mengeluh apabila kediaman mereka tidak mendapat bekalan air dan mengalami tekanan air rendah. Mana-mana rumah flat, kondo dan apartment di tingkat atas paling merana!

Budak-budak di asrama sekolah pula terpaksa mandi dan membasuh di masjid-masjid berdekatan, manakala ramai suri-suri rumah yang terpaksa angkat baldi air yang berat untuk naik ke tingkat empat, lima dan tingkat 14!

Apakah semua itu propaganda Kerajaan Pusat atau mereka adalah mangsa yang tersepit akibat permainan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang mementingkan politik berbanding kebajikan hidup rakyatnya sendiri?

Lagipun, kalau benarlah Selangor tak ada masalah air, takkanlah Khalid “Gagap” terhegeh-hegeh cari teknologi membran sampai di Kanada dan beri projek berkenaan kepada kroni-kroni Pakatan Haram Selangor? Nampak sangatlah Selangor memang ada krisis air, Azmin nak nafi apa lagi?

Azmin sebut pasal empangan Klang Gate. Dia tahu ke fungsi empangan Klang Gate dan kenapa empangan itu sengaja lepaskan air pada hari cuaca panas? Dan apakah melepaskan air di empangan itu menandakan Selangor “banyak air”? Di sinilah letaknya kebodohan Azmin lagi…

Selain dari sumber air bersih untuk Lembah Klang, empangan Klang Gate itu berfungsi sebagai sebahagian dari pelan mitigasi “SMART Tunnel” bagi mengelak banjir besar berlaku di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Empangan itu memang tidak akan penuh danmempunyai satu paras yang perlu dikekalkan, untuk menahan air yang melimpah dari sungai semasa hujan.Kalau lepaskan air pada hari hujan, maka akan menyebabkan banjir lebih besarlah!

Dan air yang melebihi paras yang sepatutnya akan dilepaskan, khususnya di hari bercuaca panas. Itu pun tak tahu ke?

Paling utama, Azmin serang SYABAS! Tapi, tahukah dia bahawa Khalid “Gagap” meletakkan wakilnya di dalam Lembaga Pengarah SYABAS?

Maksudnya, Kerajaan Pakatan Haram Selangor adalah sebahagian dari SYABAS..! Terang-terang boleh dilihat Kerajaan Negeri Selangor memegang 30% saham SYABAS melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Jadi, dengan wujudnya dua orang wakil Khalid sebagai “boss” dalam SYABAS, takkanlah wakil-wakil Pakatan Haram itu tak boleh buat apa-apa? Lainlah kalau mereka “makan elaun buta” tak buat kerja! Lepas tu nak salahkan Kerajaan Pusat pulak?

Lain kali kalau nak cakap pasal krisis air di Selangor, Azmin patut pergi sekolah dulu sebelum berhujah. Kalau dah dapat fakta, barulah bercakap.

Dalam hal ini, rasanya Khalid lebih tahu apa yang dia cakap walaupun dia “bodoh” dan “gagap”berbanding Azmin yang memang tak tahu apa-apa tapi nak cakap juga!

Sumber: Mykmu.net

BRA UNTUK LELAKI, ANWAR PASTI SUKA PRODUK LGBT NIHHH..!!!

Jepun Jual Bra Lelaki...Untuk Apa?

Aku yakin kalau Anwar pergi ke Jepun, dah tentu dia akan beli "benda alah" ni. Khabarnya, golongan dua alam ni kengkadang suka jadi "lelaki" dan kengkadang suka jadi "pompuan"...

Persoalannya, Anwar pakai "cup" apa? Saiz apa? Errr...rasanya dia boleh refer dengan Kak Wan..heh!

 Jepun Jual Bra Lelaki...Untuk Apa?

Jepun Jual Bra Lelaki…Untuk Apa?

Di Jepun, kita akan jumpa macam-macam perangai pelik di kalangan rakyatnya.

Salah satu yang penulis temui hari ini ialah coli atau bra untuk lelaki.

Dalam pelbagai bentuk dan warna OK!

Mulanya penulis ingat ia hanyalah lawak bodoh, namun rupanya ada banyak laman web yang menjual bra lelaki secara tersusun dan profesional.

Ia mula dijual oleh syarikat Wishroom mulai tahun 2008 dan dikatakan mendapat permintaan luar biasa banyak. Ia dijual di laman Rakuten.

Satu persoalan….apa perlunya benda ini dipakai lelaki? Apa yang hendak disokong itu?

Ada yang berkata, ia kononnya membawa sifat wanita dari dalam diri lelaki…apa sajalah labu! - Mynewshub.my...

Jepun Jual Bra Lelaki...Untuk Apa?

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! SIAPA DALANG DALAM KCS NAK JATUHKAN RASLI..?!!!





Tahniah aku ucapkan kepada semua ahli-ahli majlis lantikan politik PAS yang berdemo di depan Wisma Darulaman pagi semalam. Tahniah la sebab demo tu membuktikan bahawa depa memang takdak kerja nak buat semalam selain mencampuri bidang kuasa DYMM Sultan Kedah...


Aku nak tanya la. Apa kesan dari demo "lembu-lembu PAS" tu semalam? Datuk Rasli dah letak jawatan ke? 

Dengan demo semalam, apakah Datuk Rasli dipecat sebagai SUK serta merta? Rasanya takdak kesan lain pun. Sebaliknya, puak-puak PAS yang berdemo tu hanya membuang masa dengan melakukan sesuatu yang tak berfaedah...

Kalau benar Rasli seleweng duit, laporkan pada pihak berkuasa. Kalau benar Rasli tak amanah dalam tugas, laporkan kepada pihak Istana. Dan kalau benarlah Rasli ada kepincangan, laporkan saja kepada pihak yang sepatutnya...

Apa gunanya buat demo? Apakah "lembu-lembu" itu fikir Rasli sebodoh mereka untuk melakukan sesuatu yang sia-sia seperti itu?

Lagipun, Rasli tak ada apa yang dia nak takutkan. Rasli bukannya gila jawatan. Dan aku yakin dia tahu siapakah "DALANG" yang mahu dia meletak jawatan sebagai SUK...heh!

Sebagaimana maklum, kontrak Rasli baru saja disambung oleh DYMM Sultan Kedah selama setahun. Dan dengan kontrak setahun itu, ramai pihak tahu betapa bengangnya "seseorang" itu apabila peluang kenaikan pangkatnya seolah-olah "ditangguh" selama setahun...

Sekiranya Rasli bersara, "dalang" di dalam KCS itu hanya memerlukan sedikit masa untuknya melangkah ke jawatan SUK yang diidamkan selama ini. Cita-citanya, "dia" mahu pencen sebagai SUK. Maklumlah, pencen sebagai SUK ni tinggi sikit bayaran pencennya nanti...heh!

Lagipun, siapa yang tidak tahu mengenai dirinya yang merupakah seorang PENYOKONG PAS TEGAR di dalam KCS? Dah lama dia sokong PAS. Jadi, mungkin dia mahu PAS membalas jasanya menyokong PAS dengan "menyegerakan" persaraan Rasli supaya dia boleh merebut jawatan tersebut!

Apa yang dia tak buat untuk PAS? PAS mahu dia tukar status tanah Madrasah Salihiyah pun dia dah buat walaupun berdepan dengan dakwaan menghina mahkamah. 15,000 ekar tanah untuk Ladang Rakyat pun dia yang luluskan walaupun tak ada kelulusan EIA.

Lagipun dia yakin, dengan "partnership" dengan Mr SSS yang "beraja" di Wisma Darulaman, dia boleh menjadi "raja" di dalam KCS! Heh!

Siapa "dalang" tersebut? Alaaaa...siapa yang makan cabai, dia la yang rasa pedassss..!!! Kan? Kan? Kan? Muahahahahaaaaaa....

PANASSS..!!! RAHSIA YANG CUBA DISEMBUNYI PAS TERBONGKARRR..!!!




 Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri...


Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah: 

* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri. 

* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973. 

* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO. 

* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO. 

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri. 

* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982. 

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. 

Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas. 

* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. 

* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang. 

* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. 

* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri. 

* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN. 

* Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan ‘kambing hitam Pas’ apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat. 

* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO. 

* Rentetan dari itu juga menyebabkan ‘Krisis dalaman Pas’ kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim. 

* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978. 

* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.

Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas ‘diceraikan’ selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN. - Utusan

LAWAK PAGI INI...CERITA ANU-WAR DI MALAM JUMAAT SEMALAM...


Perghhhh..!!! Pengakuan berani mati....

Aku nak tanya Kak Wan...betul ke Kak Wan?

Betul ke "anu" Anu-war serupa macam dalam video tu?

Hehehehee...rasanya hanya Kak Wan, China Dolls dan mangsa-mangsa Anu-war saja yang tahu...

Tak heran la bila Nurul Izzah kata papanya "hebat"..!!!

Thursday, November 1, 2012

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! TOK DET BAGI DUIT BANYAK KAT SHAHANIM..???

Blogger PAS kalau tak fitnah sehari memang tak buleh bernafas punya... Gambar ni antara fitnah depa.. body Zila Bakarin, muka Shahanim..heh! Nampak sangat menipu superimpose..!!!
Aku tengok makin galak puak-puak blogger pencacai PAS "menyerang" pemimpin UMNO Kedah sejak kebelakangan ni. Sama ada fitnah atau tohmahan, depa tetap nak tulis jugak walaupun terpaksa "muhong" orang...

Contohnya, baru-baru ni blog pencacai PAS paling kuat "muhong" menyiarkan cerita kononnya Tok Det Khalid bayar RM197k kepada "tiga staf" Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadangan Kedah Sdn Bhd, termasuk Shahanim...

Elehhhh...tu depa ingat depa betoi la tu! Lepas tu nak "kenen" Tok Det dengan Shahanim? Heh! Otak pembelit betul, tak puas-puas fitnah orang selagi tak masuk kuboq...

Aku cabar depa pi pejabat SPRM pasal kes ni. Tu pun kalau depa anak jantan la. Kalau pondan dan tak berpegang pada kata-kata, elok tutup blog..!!!

Untuk pengetahuan hangpa, kes tu dah tutup dah...

Dulu masa PAS take over Kedah pada tahun 2008, puak-puak pencacai ni dah buat laporan kat SPRM kononnya UMNO makan duit. Siasat punya siasat, rupanya tuduhan depa tu tak betoi! Fitnah! Sebab tu la tutup kes...(Sahih lepas ni depa kata UMNO "beli" SPRM tu..akai pembelit!)

Mungkin puak-puak pencacai PAS yang buat report SPRM tu tak bagitau Zul Yahya (malu nak habaq la sebab nampak sangat dia buat fitnah!). Lepas tu Zul Yahya pun publish la cerita tu kat blog cari makan dia tu...heh!

Sekali kena balun! Muahahahahaaa..!!! Dey brader.. Lain kali check dulu fakta tu sebelum tulis. Aku dengaq orang PAS ni "maksum"..ni bukan "maksum"...ni dah masuk kategori "Mat Som Mu Hong Kuattttt"..! Heh!

Wednesday, October 31, 2012

AKAD NIKAH PALING LAWAK.. KAH..! KAHH..!! KAHHH..!!! MESTI TONTON..!!!



Kah! Kahhh!!! Kahhh..!!! Kalau aku ada depan tok kadi ni, dah tentu aku ketawa guling-guling! Lelaki macam ni pun ada ke? Sampai sekarang aku dok gelak tak habis lagi kalau teringatkan gelagar pengantin lelaki ni...hahahahahaaaaaaa..!!!!

Apa daaaa..!!! Kasi malu lelaki betul laaa..!!! Orang sebelum akad tu get ready la betul-betul. Selawat banyak-banyak, mintak doa lancarkan lidah, fasih masa akad nikah. Tu laaa...gelojoh sangat nak berbini...! Heh!

Aku dulu senafas je..settled! Alhamdulillah....heh! Korang berapa kali gagap?

PANASSS DI KEDAH..!!! PAS KEDAH LESAPKAN RM1 JUTA DUIT RAKYAT PULAK DAHHH..!!!???


Ni apa cerita ni? Kat Kedah pulak tu? Ternak lembu guna duit rakyat sampai RM1 juta. Lepas rugi, bungkus, gulung tikar..PAS Kedah buat-buat diam pulak! Woiii...bagi balik duit rakyat tu woiii..!!!
Semuanya bermula apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mempersoal mengapa pembangkang cuba menutup skandal penternakan lembu Kedah Corporation Berhad (KCB) bernilai RM1 juta yang mempunyai persamaan dengan kes National Feedlot Corporation (NFC).  

Sedangkan jelas beliau, sebelum ini pemimpin pembangkang begitu ghairah dan cukup bernafsu mendedahkan kontroversi projek NFC sehingga pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap kerajaan. 

 "Isu penternakan lembu bernilai RM1 juta yang dilaksanakan KCB yang dibangkitkan dalam laporan audit cuba ditutup oleh pembangkang apabila kita lihat tiada seorang pemimpin mereka membangkitkan isu ini sedangkan ia hampir sama dengan kes NFC.

"RM1 juta mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak tetapi sebenarnya ia 0.10 peratus daripada bajet kerajaan negeri Kedah yang berjumlah RM1 bilion. Peratusan itu sama dengan kes NFC yang juga 0.10 peratus berbanding bajet kerajaan Pusat.

 "Ini skandal besar bagi sebuah negeri yang memiliki ekonomi seperti Kedah tapi mengapa pemimpin pembangkang tidak timbul isu ini, mengapa dwistandard,"
.
P/s: Nak jadi Husam Jamnapari macam kat Kelantan tu kaa...???

PANAS DARI KEDAH..!!! MANGSA KAMBING HITAM PAS KEDAH..!!! Part II


Cuba tengok betul-betul gambar kat atas tu. Aku rasa puak-puak PAS mesti marah bila tengok kartun tu..kan? Tapi, depa tak marah pulak kat "Puppet Master" tu...heh! Agak-agak hangpa, siapa "puppet master" tu?

Semalam, aku ada bagitau..akan bagitau pasai "kambing hitam" PAS Kedah lagi, kan? Heh!

"Kambing hitam" puak-puak PAS Kedah seterusnya ialah seorang KCS yang bernama Man Lengkong. Lepas laporan audit baru-baru ni dipersoal, puak-puak blogger PAS balun Man Lengkong tak hengatttt punya...

Puncanya, depa kata Man Lengkong seleweng duit projek kat Sg Petani. Heh! Betoi ka cerita tu?

Menurut sumber aku, masa projek tu tengah nak buat, Man Lengkong ni rapat dengan Mr SSS kat Wisma Darulaman tu. Depa kerap lepak bincang pasal projek...heh!

Apa yang bestnya, apa yang Mr SSS ni suruh, semua Man Lengkong buat. Hantar dokumen pun Man Lengkong buat! Heh! Punya la baik depa dua orang ni...heh!

Lepas tu bila auditor kantoikan depa, Man Lengkong khabarnya disiasat SPRM. Sejak tu Mr SSS dah takmau jumpa Man Lengkong ni dah. Bukan kata tengok muka, jawab phone pun takmau dah...heh! Tapi depa selalu la jugak berselisih bahu kat Wisma Darulaman tu...hahahahaaaa...nak lari mana?

Tapi, memandangkang Mr SSS ni merupakan "Puppet Master" kepada MB Kedah dan ada kuasa gunakan blogger PAS Kedah, maka dia arahkan supaya Zul Yahya serang dan salahkan Man Lengkong sorang dalam skandal projek tu...heh! Projek mana tu hangpa cari la sendiri..heheheee..

Kawan-kawan aku kata, Man Lengkong marah sungguh kat Mr SSS ni. Dia nak buat sidang akhbar walaupun KCS memang tak boleh buat sidang akhbar, salah etika penjawat awam. Man Lengkong dah plan dah nak buat PC...

Tapi, Mr SSS dah hantar orang pulak dah pi pujuk Man Lengkong supaya tak buat sidang akhbar tu. Khabarnya, sebab tu la Man Lengkong masih dok teragak-agak nak dedahkan Mr SSS tu atau tidak. Khabarnya Mr SSS tawarkan jumlah yang LUMAYAN supaya Man Lengkong tutup mulut, betoi ka?

Kalau la betoi cerita ni, maka Man Lengkong layak bergelar "kambing hitam no.2" untuk Kerajaan PAS Kedah...heh!

Sapa Mr SSS? Alaaaa...Cuba pi tanya siapa "Puppet Master" MB Kedah. Selama ni Mr SSS ni la yang dok buat keputusan kat Wisma tu..Azizan tu bukan tau apa pun. Mr SSS tu auta dia, dia tak sedaq punya...asyik dok kena tipu ja Azizan ni..heh!

Paling best, yang dok muhong dia tu "orang kanan" dia sendiri! Heh! Dia sedaq ka? Muahahahaaaa...

PANASSS..!!! KHALID TAK GAGAP LAGI DAHHH...... DIA BISU TERUSSS..!!!

khalid garu

Nampaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim tetap mahu menegakkan benang yang basah meskipun tahu bahawa pelan teknologi penapis air membran yang cuba diimport masuk dari Kanada bukanlah satu penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi krisis air di Selangor.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Khalid mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak mendapat maklumat tepat mengenai teknologi itu seolah-olah dia seorang saja yang tahu tentang perkembangan teknologi pemprosesan air tersebut.

Katanya, teknologi membran telah berkembang sejak kebelakangan ini di mana ia digunakan di beberapa buah negara untuk memproses air laut untuk menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.

Mempertahankan pelan bodohnya itu, Khalid dengan bongkak menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya tidak memerlukan air dari Pahang dan masalah air yang sedang dihadapi oleh rakyat Selangor dapat diatasi dengan teknologi membran tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah Khalid cukup bodoh untuk memikirkan tentang selok belok perniagaan?

Kata Khalid, dirinya seorang “kampung boy” yang bertukar menjadi seorang “CEO” yang hebat dalam perniagaan, tapi dalam hal ini jelas menunjukkan betapa dia begitu mudah tertewas dengan beberapa “salesman” dari Kanada!

Saya ingin bertanya Khalid, dalam mempromosikan sesuatu perniagaan, apakah pernah dia temui seorang “salesman” yang berkata produk yang dipromosikan itu tidak boleh buat itu dan ini? Dan Khalid begitu mudah dibeli dengan pujuk rayu “salesman” tersebut?

Memang benar teknologi membran berkembang pesat di dunia. Tapi tahukah Khalid bahawa teknologi yang dia katakan itu sudah lama bertapak di selatan negara ini dan dipelopori oleh seorang ahli akademik di UTM, Johor?

Seperkara lagi, apakah Khalid “Gagap” itu fikir maklumat yang diperoleh seorang Timbalan Perdana Menteri bersumberkan dari kajian budak-budak tadika PASTI yang hanya tahu menghafal nama-nama pemimpin pembangkang?

Sudah tentu Muhyiddin memperolehi maklumat kelas pertama yang lebih terperinci tentang kelebihan dan kelemahan teknologi membran berbanding Khalid yang hanya mendapat maklumat dari sekumpulan “salesman” yang datang dari Kanada yang mahu menjual produk mereka!

Khalid memberi contoh bahawa teknologi membrannya itu mampu memproses air laut untuk dijadikan air mentah. Kalaulah benar begitu, maka tak payahlah Selangor memililik 34 loji rawatan air!

Sepatutnya, Khalid arahkan semua loji rawatan air itu ditutup dan dia boleh suruh syarikat dari Kanada itu duduk di persisiran pantai di Selangor untuk memproses air laut untuk disalurkan kepada penduduk negeri itu.

Apa yang Khalid tak tahu ialah negara-negara di Timur Tengah itu tidak mempunyai sumber air seperti Malaysia. Lagipun negara-negara itu merupakan negara-negara kaya yang mampu menanggung kos rawatan air laut yang mahal!

Tidakkah Khalid sedar bahawa dia kini sedang mencadangkan satu pelan yang mahal kosnya berbanding pembinaan loji Langat 2 yang terbukti lebih murah, berkesan dan praktikal untuk menampung keperluan bekalan air bersih untuk rakyat Selangor.

Kini beberapa pakar telah mengatakan teknologi ini hanya untuk merawat dan tidak mampu menambah bekalan air.  Kos permulaannya memanglah tidak sebanyak Langat 2 tetapi perlaksanaannya memerlukan kos yang tinggi akibat dari penggunakan tenaga elektrik yang banyak. “Salesman” Kanada tu ada maklumkan ni tak agaknya.

Dalam akhir kenyataan Khalid, dia kononnya berlakon baik. Kononnya dia “tidak menentang” pembinaan Langat 2 dan mahu projek berkenaan dimasukkan  ke dalam pakej penyusunan perstrukturan semula air di Selangor.

Kononnya lagi, Kerajaan Pusat dan syarikat-syarikat konsesi tidak memberikan komitmen  untuk melaksanakan penstrukturan semula air. Kepala hotak dia! Tak habis-habis nak salahkan orang atas kebodohan diri sendiri.

Padahal, Kerajaan Pusat sudah memberikan kerjasama 300 peratus untuk mengatasi masalah kekurangan air dan sanggup merendahkan ego untuk berbincang mengenai penstrukturan tersebut.

Malah Kerajaan Pusat sudah meluluskan kehendak Khalid untuk membeli keempat-empat syarikat konsesi air di Selangor. Apa lagi yang dia mahu? Pergilah beli syarikat-syarikat itu cepat!

Syarikat-syarikat konsesi air di Selangor tolak tawaran Khalid sebab dia menawarkan harga yang sangat rendah berbanding harga pasaran. Sebagai “CEO terhebat”, gunakanlah kehebatan itu untuk berunding harga yang sepatutnya.

Lagipun, Kerajaan Negeri Selangor ada pegangan saham dalam semua syarikat-syarikat konsesi berkenaan. Pandai-pandailah berunding! Takkanlah itu pun nak minta tolong Kerajaan Pusat? Katanya hebat sangat jadi CEO sampai buat buku “jilat diri sendiri”..!

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! EXCO PERBODOHKAN BLOGGER PAS KEDAH..!!!


Aku heran tengok puak-puak PAS kat Kedah ni. Makin hari, makin rendah pulak IQ depa. Terutamanya blogger-blogger pencacai PAS belaan Zul Yahya. Makin teruk otak depa kena polute pemimpin parti depa...

Baru ni giliran Ghani pulak perbodohkan blogger belaan Zul Yahya tu. Ghani kata, mana boleh bagi syarikat asing pegang saham besar dalam projek babitkan kerajaan. Ghani kata GLC perlu pegang saham terbesar. Puak-puak blogger PAS ni mengangguk...heh!

Aku nak tanya la kan. Kalau sebuah syarikat nak bangunkan kawasan yang kurang membangun dan agak mundur terkebelakang. Depa keluarkan semua modal, aset, dan segala-galanya. GLC hanya goyang kaki dan bantu sikit-sikit saja...

Agak-agak adil tak GLC tu dapat saham lebih besar dari syarikat pelabur tu?

Contohnya, kat Apple Inc nak buat kilang kat Gurun. Katakanlah Apple Inc nak melabur kat situ dan mintak Kerajaan PAS Kedah sediakan tapak sewa beli untuk bina kilang kat situ. 

Balasannya, Apple akan bagi 20% pegangan saham dalam syarikatnya pada PKNK (GLC la tu!) dan Apple pegang 80% pegangan saham kilang tu...rasanya, offer tu agak menarik dan kerajaan yang bijak takkan tolak offer cam tu...

Walaupun kerajaan seolah-olah hilang tanah sikit, tapi GLC ada saham 20% dalam syarikat tu. Kerajaan Negeri boleh mintak satu peratus "golden share" untuk kepentingan rakyat dan tanah negeri tu.

Lagipun, bila kilang tu beroperasi, dah tentu kawasan tu akan membangun dan bagi peluang kerja kat anak-anak negeri Kedah. Itulah yang dikatakan pembangunan! You lost a bit, you gain a lot in the future..!

Tapi Ghani tak setuju. Dia nak semua GLC pegang saham lebih banyak. Dalam hal kat atas tu, dia nak PKNK pegang 80% dan Apple Inc 20%. Kalau macam tu la amalan Kerajaan PAS Kedah, agak-agak pelabur nak masuk melabur kat Kedah tak? Heh!

Tu pun jangannnn..puak-puak macam Zul Yahya ni "bijak" sangat sampai diperbudusss oleh IQ Ghani yang rendah tak tau apa-apa tu..! Heh! Kalau orang kata depa bengap depa marah..tapi depa memang hakikatnya bengap...so jangan marah la noooo..

P/s: Aku sekadar bagi pencerahan..tapi kalau hati tu benak hitam, takleh buat apa-apa lagi dah. "Langgah" la ayaq zam-zam 40 gelen pun...hati depa tu tetap benak, akai depa tetap tumpul..!!! Heh!


LAWAK PAGI INI...MIMPI PALING BEST DALAM HIDUP ANWAR BERAHIM...


Aku rasa, mungkin inilah mimpi Anwar paling best dalam hidupnya...

Tapi...

Segala mimpi tu jagi NGERI bila....

Dia sedar dari tidurnya...

Rupanya dia bermimpi di siang hari...

Jangan harap la jadi PM..lepas PRU13 ni jangan lupa jadi cikgu subjek LGBT..!!! Heh!

Tuesday, October 30, 2012

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! MANGSA KAMBING HITAM PAS KEDAH..Part I..!!!


Aku rasa aku perlu suarakan dan dedahkan jugak auta puak-puak PAS Kedah, khususnya jawapan Sanusi Setpol dan Azizan Razak pasal isu pelaburan Papuan New Guinea...

Depa kata...
Depa taktau apa-apa masa perjanjian dan urusan jual beli syarikat di Papua (MAS) tu... depa bantai letakkan kesalahan tu kat Akashah sebagai CEO KCB masa tu...kononnya, Akashah sorang la yang salah dan tak ikut prosedur...depa tak salahhh...
Padahal...

1. CEO KCB tu hanya boleh sign perjanjian atau sebarang bentuk CAPEX yang bernilai dibawah RM10,000 saja...walhal, projek di Papua tu bernilai ratusan juta ringgit..!!! Projek bernilai macam tu hanya boleh ditandatangani oleh Pengerusi KCB dan Board of Director KCB saja...

Bukan ke Azizan yang jadi Pengerusi KCB dan dia yang sign kelulusan projek tu? Hangpa pikiaq sendiri...heh! Menipu betoi!

2. Depa kata Akashah langgaq procedure buat projek tanpa kajian. Gila ke apa? Dah tentu KCB dah buat kajian dan depa setuju ambik alih syarikat kat Papua tu bernilai RM134 juta. Tapi, depa tetap salahkan Akashah lepas firma kewangan kat London tu batalkan perjanjian pinjaman duit untuk KCB...

Awat depa salahkan Akashah sorang saja? Depa tak salah? Depa yang silap buat kajian, tapi tuding jari kat Akashah.. Dalam hal ni Akashah jadi "kambing hitam". Sampai kena buang kerja la dari KCB lepas tu...heh! Hangpa pikiaq ambik...

3. Depa kata Akashah punca utama kerugian projek tu. Sapa lantik Akashah jadi CEO kat KCB? Pandai betoi depa pilih CEO anak syarikat negeri noooo..! Pilih yang tak berapa cerdik, lepas tu senang la depa perbodo lagu tu saja...heh! Heh! Sendiri pikiaq la bebbbb..!!!

P/s: Lepas ni kita sembang pasai Rahman Dahlan aka Man Lengkong yang depa jadikan "kambing hitam" kedua pulak...heh! PAS ni pandai menipu nihhhh...Islam sungguh depa noooo..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!