Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 25, 2012

AZIZAN KATA DIA TAK PERANG, TAPI HANTAR ORANG SERANG KCS..!!!

KCS

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak baru-baru ini menafikan bahawa pihaknya “berperang” dengan Kedah Civil Servant (KCS), sebuah badan eksekutif Kerajaan Negeri Kedah yang bernaung di bawah DYMM Sultan Kedah.

Dalam kenyataannya, Azizan mendakwa kononnya dia tidak pernah berperang dengan KCS dan menafikan sebuah artikel di akhbar Utusan Malaysia mengenai apa yang sedang hangat berlaku di dalam pertadbiran kerajaan negeri tersebut.

Kononnya lagi, para pemimpin PAS Kedah yang kini memerintah negeri itu tidak pernah mencampuri urusan kerja KCS dan menghormati institusi tersebut yang telah memberi khidmat kepada rakyat negeri itu sejak lebih seratus tahun.

Itu kata “General PAS”, Azizan Razak.

Tapi, saya difahamkan bahawa pada 1 November ini, Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilantik secara lantikan politik akan menganjurkan satu demonstrasi besar-besaran bagi menuntut Datuk Rasli Basir untuk meletak jawatan pada 1 November ini.
Siapa Datuk Rasli ini?

Datuk Rasli Basir adalah seorang “General KCS” yang kini memegang jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, yang baru-baru ini telah dilanjutkan tempoh perkhidmatannya oleh DYMM Sultan Kedah selama setahun.

Dalam ertikata lain, jika Azizan merupakan “General PAS”, maka Datuk Rasli pula adalah “General KCS”.

Persoalannya, apakah dengan tindakan Ahli-Ahli Majlis yang boleh dikatakan hampir semuanya puak-puak PAS itu menyerang “General KCS” menunjukkan bahawa PAS Kedah tidak “berperang” dengan KCS?

Secara rasionalnya, Ahli-Ahli Majlis PAS itu semuanya terletak di dalam bidang kuasa Azizan Razak sebagai “General” di mana dia berkuasa untuk menghalang atau mengarahkan mana-mana orang bawahnya untuk menyerang mana-mana pihak.

Dalam hal ini, jelas menunjukkan juga bahawa Azizan mempunyai kuasa untuk menghalang serangan yang bakal dilakukan oleh orang-orangnya terhadap Datuk Rasli.

Tapi, mengapa dia tidak menghalang tindakan tersebut dilakukan kepada “boss” KCS tersebut? Apakah Azizan Razak dalam diam merestui tindakan yang dilakukan oleh “askar-askar”nya terhadap Datuk Rasli?

Untuk membuktikan Azizan ikhlas dan berkata benar bahawa dia tidak berperang dengan KCS, dia sepatutnya melarang Ahli-Ahli Majlisnya untuk berdemo menyerang peribadi seorang anggota KCS yang bernaung di bawah DYMM Sultan.

Apatah lagi demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan Wisma Darulaman yang juga merupakan pejabat Azizan Razak. Jadi, takkanlah Azizan tak boleh menghalang “askar-askar”nya itu dari melancarkan “perang” terhadap “boss KCS”?

Selain itu, media-media internet dan blog pro-PAS di Kedah turut melancarkan serangan terhadap beberapa orang anggota KCS, termasuk Datuk Rasli, dan saya dimaklumkan bahawa serangan-serangan tersebut dirancang teliti oleh sekumpulan “cybertroopers” PAS Kedah.

Saya ingin bertanya kepada Menteri Besar yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah itu, apakah dia merestui segala serangan yang dilancarkan kepada KCS dan Datuk Rasli Basir?

Jawapan dengan mendiamkan diri dan menafikan serangan dari PAS Kedah terhadap KCS adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal memandangkan apa yang berlaku di Kedah sekarang adalah bertentangan dengan kata-kata Azizan Razak itu.

Apakah Azizan kini bersifat “lidah bercabang”? Katanya tidak berperang dengan KCS, tapi dalam diam Azizan merestui dan menghantar “askar-askar upahan”nya untuk menyerang Datuk Rasli dan KCS!

Kalau betul berperang dengan KCS, mengaku sajalah! Kalau betul pun PAS berperang dengan KCS, apa salahnya mengaku hakikat yang tak dapat disembunyikan itu, kan? Lagipun satu Malaysia sudah tahu apa yang berlaku di Kedah…

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! WASIAT TERAKHIR POK NIK AJIS SEBELUM BERSARA...

pok nik setan

Saya sangat tersentuh apabila membaca wawancara ringkas wartawan lidah rasmi PAS, Harakah, dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, apabila dia yang juga Menteri Besar Kelantan itu meminta para penganut “agama PAS” meneruskan perjuangannya selepas dia “tiada”.

“Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada…” katanya yang dipetik dari Harakahdaily baru-baru ini.

Pada saya, perjuangan Islam yang Nik Aziz maksudkan itu adalah bermaksud perjuangan yang dia lakukan selama ini semasa berkecimpung di dalam dunia politik PAS dan menjawat jawatan penting di dalam parti itu.

Benarkah dia perjuangkan Islam selama ini? Saya tidak rasa begitu. Nik Aziz sebenarnya memperjuangkan politik, atau lebih tepat lagi Mursyidul Am PAS itu memperjuangkan “agama PAS” yang berkonsepkan “wal halalluku, wal haramumuuu”.

Dalam konteks “wasiat”nya itu pada saya, Nik Aziz mahu para penganut “agama” pimpinannya itu meneruskan perjuangan politik yang dilakukan selama hayatnya di dunia. Jika tidak takkanlah dia kemudiaanya berkata…

“Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan.”

Perjuangan Islam jenis apakah yang Nik Aziz bawa semasa hayatnya sebagai Mursyidul Am PAS?
Selama ini dia menentang perpaduan umat Islam di negara ini dan menyerang serta mengutuk mana-mana pemimpin PAS yang cuba berjuang untuk menyatukan masyarakat Islam yang selama ini dipecah belahkan oleh ideologi politik yang berbeza.

Cuba lihat saja nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, di mana beliau telah berkali-kali diberi amaran, diherdik, disoal jawab, dikutuk dan dihina oleh Mursyidul Am serta konco-konconya semata-mata kerana mempromosikan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO/BN.

Malah dikhabarkan sumber dalaman PAS, Menteri Besar Kelantan itu sama sekali tidak menyokong dan meminta ramai penganut-penganut ajarannya supaya tidak lagi memilih Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden PAS sehingga menyebabkan tokoh Syi’ah seperti Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden parti itu!

Kemudian, lihat kembali fatwa-fatwa karutnya yang jelas bertentangan dengan firman Allah SWT dan ajaran Islam yang disampaikan oleh junjungan kita, Rasulullah SAW, yang melarang umat Islam untuk bekerjasama atau bersahabat dengan syaitan dalam apa jua perkara.

Namun, mungkin memikirkan bahawa dia adalah “pemegang tiket ke syurga yang bertauliah”, Nik Aziz selamba menghalalkan larangan Allah dan RasulNya itu dengan menegaskan bahawa “agama PAS” sanggup berkawan dengan “syaitan” untuk menjatuhkan UMNO/BN.

Sedangkan, UMNOlah yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai sebuah Daulah Islamiyyah yang dicemburui dan dihormati oleh semua negara-negara Islam di dunia, bukan PAS atau Nik Aziz!

Pada saya, sekiranya Nik Aziz mahu bersara politik menjelang PRU ke-13 ini, bersaralah dengan aman dan dia wajar bertaubat nasuha serta bermunajat memohon keampunan dari Allah SWT atas dosa-dosanya memecah-belahkan ramai umat Islam di negara ini.

Kemudian, sebelum “menutup mata”, Nik Aziz juga bertanggungjawab untuk memohon maaf dari seluruh umat Islam dan bukan Islam atas ketelanjuran serta kebiadapan akhlaknya semasa berpolitik dari awal sehingga habis usianya.

Mungkin Nik Aziz mampu membayar hutang wang ringgit, namun hutang dosa terhadap umat Islam di negara ini wajar dipohon agar dia aman “di sana”.

Lagipun saya yakin bahawa “tiket ke syurga” yang dibawa masuk bersamanya ke kubur kelak tidak laku sama sekali dipandangan malaikat dan dia tetap akan menjawab soal kuburnya sebagaimana umat Islam lain.

Justeru itu, janganlah Nik Aziz harap para penganut PAS akan menyambung perjuangan politik sesatnya dan ketahuilah bahawa mereka memang menunggu persaraan Mursyidul Am itu kerana mereka sudah lama bosan dengan fatwa-fatwa karutnya yang memalukan parti!

Sumber: Mykmu.net

Wednesday, October 24, 2012

AZIZAN TAKUT KE MAHKAMAH, PI STADIUM KAT SEBELAH BOLEH PULAKKK..!!!

madrasah salihiyyah

Semalam telah berlaku sesuatu yang membuktikan betapa PAS mengamalkan “undang-undang rimba” ekoran sikap Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, yang jelas tidak menghormati undang-undang serta Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Azizan Razak yang sepatutnya hadir di mahkamah semalam bagi menjawab pertuduhan tersebut setelah dengan bongkaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Negeri untuk menukar nama geran tanah wakaf Madrasah Salihiyyah di Kancut, Alor Setar, sebelum ini.

Padahal, pada Mei lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun telah menetapkan injunksi interim terhadap madrasah yang berusia lebih 100 tahun itu di mana ia tidak boleh “diusik”, dipindah milik atau diubah statusnya sama sekali.

Namun pada 5 Jun kemudiannya, Azizan yang memikirkan kuasa Menteri Besar yang ada padanya itu lebih besar dari kuasa mahkamah telah mengarahkan Pejabat Tanah Negeri untuk menukar status tanah tersebut menjadi milik Syarikat Great Realty Development Sdn Bhd, milik Sonny Ho.

Azizan mungkin berpendapat bahawa tanah wakaf itu lebih baik diserahkan selama-lamanya kepada ahli perniagaan yang banyak menolong DAP di Pulau Pinang itu dari mempertahankan simbol terawal kehadiran Islam di bumi Jelapang Padi itu.

Justeru itu, Majlis Bertindak Madrasah Salihiyyah telah memfailkan kes atas dakwaan menghina keputusan injunksi interim mahkamah itu dan mendesak supaya pertukaran status Tanah Wakaf tersebut tidak sah dari sudut perundangan.

Mengenepikan undang-undang yang melarangnya berbuat demikian, Azizan sekali lagi bertindak secara tidak bertamadun apabila mengarah Pejabat Tanah Negeri yang diketuai oleh kroni PAS di situ untuk memfailkan Afidavit Sokongan terhadap tindakan melampaunya itu pada 26 Ogos lalu.

Dia fikir, dengan Afidavit Sokongan itu, mahkamah akan mewajarkan tindakannya menggadai maruah tanah wakaf orang Islam itu kepada puak kuffar yang mementingkan keuntungan duniawi semata-mata.

Mungkin kerana itulah juga, dia begitu bongkak untuk tidak hadir ke mahkamah semalam bagi mendengar pertuduhan kes yang melibatkan kezaliman dirinya itu.

Bersangka baik, mungkin ramai yang mengandaikan bahawa Azizan tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kesihatan yang dialaminya.

Namun jangkaan itu jelas meleset apabila Azizan dan konco-konconya dilihat masuk ke perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti yang terletak kira-kira 200 meter sahaja dari mahkamah tinggi tersebut!

Dia ke stadium itu bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tak tahulah Azizan guna wang sendiri atau wang rakyat untuk membeli lembu-lembu korban itu…

Namun pokok pangkalnya, Azizan mampu hadir ke stadium tersebut bagi menunjukkan dirinya sangat baik hati, tapi nampaknya dia tidak berani “tunjuk batang hidung” di mahkamah dan berdepan dengan kezaliman dirinya terhadap rakyat!

Apakah tindakan dan perlakuan Azizan itu menunjukkan “dia buat kerja cara Islam” sebagaimana yang dia tengking wartawan tempohari?

Nampaknya Azizan fikir dia lebih berkuasa dari undang-undang. Dia fikir dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya itu, dia boleh berbuat apa saja tanpa sekatan perundangan dan menzalimi umat Islam di Kedah.

Saya tidak tahu Menteri Besar jenis apakah Azizan ini, namun saya yakin bahawa dialah Menteri Besar Kedah yang pertama yang begitu bongkak, kurang ajar, biadap dan paling sombong untuk berhadapan dengan permasalahan rakyat.

Dan tidak hairanlah dengan sikap “tidak buat kerja cara Islam” begini, ramai puak-puak PAS Kedah yang berlumba-lumba untuk menjatuhkan Pesuruhjaya PAS Kedah yang sering sakit ini dari kerusi empuk di Wisma Darulaman!

Sumber: Mykmu.net

KALAU MUKA TAK MALU, DUA ORANG TUA PAS NI WAJIB BERTANDING..!!!

pok nik sakit

Menjelang PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, kita sering disogokkan dengan spekulasi mengenai calon-calon yang bakal bertanding di Parlimen dan DUN di seluruh pelosok negara.

Pun begitu, selepas PRU tamat, kita sebok pula mendengar beberapa Ahli Parlimen dan ADUN yang meninggal dunia, sakit teruk dan sering keluar masuk hospital.

Bagi yang meninggal dunia, saya tidak kisah sangat memandangkan ajal maut itu di tangan Allah SWT. Tapi yang agak menyakitkan hati apabila melihat mereka-mereka yang sering uzur dan keluar masuk wad hospital.

Apatah lagi sekiranya individu yang sering keluar masuk wad itu merupakan seorang yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa dua Menteri Besar PAS di Kelantan dan Kedah merupakan “juara” yang sering menyusahkan rakyat dengan masalah kesihatan mereka.

Nik Aziz misalnya sudah beberapa tahun uzur dan sering sakit sehingga timbul spekulasi bahawa dia ajalnya sudah begitu hampir. Dari pejabatnya terletak di tingkat 3 di Kota Bharu, ia terpaksa dipindahkan ke “ground floor” bagi memastikan dia tidak tergolek tidak bernafas menaiki tangga.

Meskipun pernah mendoakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya Allah pecahkan perut beliau, Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali muntah darah dan dikejarkan ke hospital walaupun tiada sesiapa pun yang mendoakan supaya dia muntah darah.

Itu belum lagi diceritakan mengenai pejabatnya yang dikatakan dilengkapi sebuah katil bujang untuk dia merehatkan diri ketika di bertugas! Uzur benar orang tua itu.


Begitu juga di Kedah, Azizan Razak yang diketahui ramai tidak suka makan ubat dan degil mendengar nasihat doktor dilaporkan selalu keluar masuk hospital akibat masalah kesihatannya yang tidak stabil.

Menurut sumber, jantung di dadanya itu sangat bermasalah dan memerlukan penjagaan rapi yang memerlukan dia berehat panjang.

Selain pernah menjalani pembedahan di IJN, Azizan dikatakan perlu mengunjungi hospital sekerap 3 kali seminggu, tidak termasuk sekiranya dia sesak nafas atau menghadapi masalah kesihatan yang lain.

Saya difahamkan oleh seorang rakan PAS di Wisma Darulaman bahawa Azizan Razak tidak menggunakan penghawa dingin dan terpaksa membuka tingkap ketika berada di pejabat juga disebabkan masalah kesihatannya yang meruncing.

Persoalannya, berdasarkan rekod dan tahap kesihatan kedua Menteri Besar yang degil ini, apakah mereka mampu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat di negeri masing-masing?

Sekiranya mereka tidak dapat bertugas dan dimasukkan ke wad, apakah pengganti mereka yang menguruskan pentadbiran negeri itu boleh diharap dan tidak menggunaka kuasa sewenang-wenangnya?

Selain itu, dengan keadaan yang sering uzur dan tidak membolehkan mereka memberi khidmat, apakah mereka tidak rasa bersalah kerana meninggalkan tanggungjawab mereka berhubung hal ehwal negeri dan rakyat?

Tidakkah mereka rasa berdosa kerana makan “gaji buta”?

Sesuai lagikah mereka bertanding pada PRU ke-13 kali ini dan apakah mereka mampu menjadi ADUN atau Ahli Parlimen untuk tempoh sepenggal lagi?

Pada saya, tak payah tanya pun, sudah tentu ramai yang bersetuju bahawa kedua Menteri Besar itu tidak sepatutnya dicalonkan oleh PAS pada PRU ke-13 nanti memandangkan masalah kesihatan dan usia yang sudah tua.

Saya sebenarnya tidak kisah sangat sama ada Nik Aziz atau Azizan dicalonkan pada PRU kali ini. Cuma, saya hanya kasihankan rakyat yang mereka wakili di DUN masing-masing di mana mereka akan terbiar tidak terbela kerana wakil mereka sering memerlukan “pertolongan cemas”!

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF DARI KEDAH! AZIZAN MENGAMUK KENA TIPU DENGAN ORANG PAPUA ATAU ORANG PAS..???


Marah benar Azizan Razak apabila Kerajaan PAS Negeri Kedah dikatakan telah menyeleweng wang rakyat negeri itu berhubung pelaburan Kedah Corp Berhad (KCB) di Papua New Guinea yang dikatakan melenyapkan wang sebanyak RM6.4 juta!

Kes berkenaan didedahkan melalui Laporan Audit 2011 baru-baru ini di mana anak syarikat Kerajaan PAS Negeri Kedah itu dikatakan mempunyai catatan akaun yang sangat mencurigakan!

Setelah disiasat dengan teliti, sebenarnya pelaburan di Papua New Guinea itu dibuat selepas PAS mengambil alih kuasa di Kedah dan pak-pak lebainya pula dengan “bijak”nya telah mengambil alih saham sebuah syarikat di negara tersebut sebanyak 70 peratus bernilai RM134 juta, hutang!

Bagaimanapun, hutang tersebut dibatalkan oleh peminjamnya, sebuah firma kewangan dari London disebabkan pelaburan yang mahu dilakukan oleh “pak-pak kaduk” PAS itu sangat berisiko tinggi.

Meskipun kantoi begitu, PAS Kedah tidak teragak-agak untuk berbohong, kononnya mereka yang membatalkan pinjaman tersebut dan menyalahkan pengurusan KCB dalam urusniaga melibatkan pinjaman serta pelaburan itu.

Berbalik dengan kemarahan Azizan pada satu sidang media semalam, dia mencabar pihak berkuasa dan SPRM untuk menyiasat serta mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu, dan tidak membabitkan kes berkenaan dengan kerajaan pimpinannya.

Kononnya, dia mahu membersihkan nama Kerajaan PAS Negeri Kedah yang katanya dituduh menyeleweng dan menyalahgunakan wang rakyat negeri itu untuk kepentingan peribadi.

Persoalannya, siapa yang menuduh Kerajaan PAS Negeri Kedah menyeleweng atau mengamalkan rasuah dalam kes berkenaan?

Dalam pengamatan saya mengenai kes pelaburan di Papua New Guinea itu, tidak ada seorang pun dari UMNO atau BN yang menuduh Kerajaan PAS Negeri Kedah mencuri, menyeleweng atau menyalahgunakan wang rakyat tersebut.

Yang ada hanyalah desakan supaya isu berkenaan diperjelaskan oleh Azizan dan meminta pihak berkuasa menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur yang mencurigakan. Itu saja!

Tapi, apa yang saya lihat lagi, pihak yang menyebut perkataan “penyelewengan” dan “rasuah” di dalam kes Papua New Guinea itu adalah puak-puak PAS, khususnya Setiausaha Politik Azizan Razak sendiri iaitu Sanusi Mohd Nor.

Sepatutnya, Azizan tanyalah pada Setiausaha Politiknya itu! Apa perlunya marah-marah menuduh orang lain yang bukan-bukan?

Pada saya, kes pelaburan di Papua New Guinea itu adalah bukti jelas tentang kelemahan, kebodohan dan membayangkan betapa pemimpin PAS Kedah tidak tahu buat kerja sehingga mengakibatkan wang rakyat lesap begitu saja.

Bayangkan, projek yang bernilai ratusan juta ringgit itu diluluskan tanpa pengetahuan Penasihat Undang-Undang Negeri dan selepas beberapa tahun perjanjian itu ditandatangani, barulah dikaji semula perjanjian yang berat sebelah itu!

“Sudah terhantuk, baru tengadah”, sudah hilangkan wang rakyat RM6.4 juta baru PAS nak riuh rendah batalkan pelaburan tersebut?

Apakah para pemimpin PAS tidur dibuai mimpi indah di Wisma Darulaman ketika perjanjian tersebut ditandatangani dan apakah pelaburan yang membabitkan ratusan ringgit itu tidak perlu diambil tahu oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah?

Sepatutnya, KCB merujuk terlebih dahulu projek berkenaan kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dan kemudiaannya diteliti pula oleh Penasihat Undang-Undang Negeri sebelum diluluskan oleh Azizan Razak.

Tapi, mengapa prosedur tersebut tidak dijalankan? Dan selepas timbul perkataan “menyeleweng” dan “rasuah” pada kes itu Azizan nak marah-marah pula? Kenapa nak marah? Azizan terasa “pedas”, kah?

Bak kata pepatah, “siapa yang makan cili, dialah yang akan merasa pedas”. Dan dalam hal ini, apakah memang benar puak-puak PAS itu menyeleweng atau Azizan tersinggung dalam hati merasakan dirinya memang tak reti buat kerja cara Islam?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS DI SELANGOR..!!! KHALID GAGAP KELIRU, TAPI DIA TUDUH RAKYATNYA YANG KELIRU..!!!

empangan-1

Saya tidak tahu untuk membayangkan Menteri Besar jenis apakah yang mentadbir negeri Selangor di mana dia dilihat suka “main wayang” sana sini dan berdolak-dalih berkenaan krisis air yang semakin meruncing serta merisaukan rakyat di negeri itu.

Baru-baru ini Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim dalam kenyataannya memberitahu media bahawa bekalan air di Selangor sangat mencukupi dan sedikit pun tidak terjejas meskipun bukti-bukti yang menunjukkan sebaliknya begitu dirasai oleh rakyat.

Malah Menteri Besar itu tanpa rasa bersalah berkata bahawa UMNO/BN sengaja mengelirukan rakyat Selangor dengan membangkitkan isu empangan di Sungai Selangor yang menyusut teruk sehingga ke paras 52 peratus di paras membimbangkan.

Membaca kenyataan yang dikeluarkan Khalid ini sudah cukup untuk saya membayangkan bahawa dia layak dianugerahkan gelaran “Menteri Besar Selangor paling bodoh dan paling tak tahu apa-apa dalam sejarah Kerajaan Negeri Selangor”.


Saya maafkan Khalid sekiranya dia ditakdirkan sebagai insan yang “gagap”, namun untuk dia bersifat “tuli”, “pekak”, “buta hati” dan “buta kayu” dalam hal kebajikan rakyat Selangor, saya fikir tidak mungkin ada yang sudi memaafkan Menteri Besar itu.

Apakah dia begitu “tuli” dan “pekak” untuk melihat, membaca dan mendengar rintihan rakyat Selangor yang bangkit menyuarakan kerisauan mereka terhadap penyusutan empangan Sungai Selangor yang merupakan sumber terakhir bekalan air bersih di negeri itu?

Apakah Khalid “Gagap” ini begitu “buta hati” dan “buta kayu” untuk menilai kesengsaraan rakyatnya yang kini diancam krisis air yang dijangka bakal menjejaskan kualiti kehidupan mereka di negeri paling maju itu?

Dan apakah Khalid tidak prihatin untuk menilai prospek industri dan perniagaan di Selangor yang bakal gulung tikar kerana penyelesaian masalah air yang sengaja dilengah-lengahkannya itu?

Itu belum lagi disebut tentang potensi pelaburan asing yang akan membatalkan hasrat mereka untuk melabur di negeri paling maju itu dan saya tidak hairan sekiranya mereka akan beralih arah ke Johor untuk melabur memandangkan prasarana di negeri paling selatan itu sedang giat dibina.


Menerusi wawancara media-media arus perdana, media-media alternatif dan blogger pro-pembangkang (amenoworld) jelas menyiarkan situasi empangan Sungai Selangor yang menyusut teruk dan bakal memberikan masalah air kepada rakyat Selangor.

Jadi, di mana benarnya kenyataan Khalid yang menuduh UMNO/BN mereka-reka cerita untuk mengelirukan rakyat? Atau Khalid sendiri yang keliru dan serba salah untuk mendahulukan kepentingan rakyat atau kepentingan parti?

Mendahulukan kepentingan rakyat bererti Khalid akan menerima dan bersetuju dengan Kerajaan BN untuk membina Langat 2. Itu bererti dia bakal kehilangan jawatan Menteri Besar kepada Azmin Ali selepas ini.

Mendahulukan kepentingan parti untuk terus berdegil tidak bersetuju membina Langat 2 pula bererti jawatannya “selamat”, tapi rakyat Selangor dan Lembah Klang akan menyumpah-nyumpah kebodohan Khalid setiap hari.


Mungkin kerana itulah Khalid keliru untuk menyelesaikan masalah air di negeri pimpinannya itu. Tapi untuk menyembunyikan kekeliruannya itu, dia menuduh pihak yang tidak berdosa pula yang mengelirukan rakyat Selangor. Bodoh ke apa?

Kini rakyat Selangor, ahli-ahli akademik dan NGO-NGO seperti FOMCA yang tidak bekepentingan politik setiap hari mendesak Khalid untuk mengenepikan kepentingan politik peribadinya dan bersetuju membina Loji Langat 2 bagi meredakan kerisauan mereka.

Rakyat Selangor tidak mahu menderita tak cukup bekalan air selama bertahun-tahun akibat ego dan kebodohan Khalid yang tidak memikirkan kepentingan rakyat dibawahnya. Entah apalah dosa rakyat Selangor pada Khalid hingga dia tergamak menganiaya mereka sebegitu rupa…

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...PEMIMPIN PAS JUAL ORANG PAS..HEH!


Karung derma? Itu style lama...

Tin milo dan tin biskut? Itu dah ketinggalan zaman...

Sekarang ni PAS ada cara baru paq duit penyokong depa...

Caranya...Pok Nik fatwakan haram duit yang diterima dari kerajaan...

Jadi, duit tu boleh jadi halal kalau derma semuanya kat PAS...Heh!

Macam-macam hal di akhir zaman ni...

Pemimpin PAS jual orang PAS pun adaaaa..!!! Heh!

Tuesday, October 23, 2012

PAS ANIAYA JEMAAH HAJI DI MALAYSIA TAHUN INI..!!!

haji

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT apabila jemaah haji dari Malaysia dilaporkan telah berlepas ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini dan termasuk hari ini dianggarkan puluhan ribu jemaah kita telah menjadi tetamu Allah di sana.

Bukan mudah untuk mendapatkan status “tetamu Allah” di Baitullah Al-Haram. Kadang kala, meskipun mempunyai wang berjuta ringgit pun, namun tidak diberikan hidayah serta lorongan mudah dari Allah, tak mungkin kita dapat hadir ke sana sebagai “tetamu”Nya.

Pun begitu, nampaknya kali ini kuota jemaah haji dari Malaysia khabarnya telah ditetapkan seramai 28 ribu orang iaitu kira-kira 1 peratus dari jumlah rakyat di negara ini.

Sebenarnya, Kerajaan Arab Saudi telah memberikan kelonggaran pada tahun-tahun sebelum ini di mana jumlah jemaah haji dari Malaysia diberikan keistimewaan lebih dari 1 peratus.

Bagaimanapun, setelah puak-puak PAS membawa politik jijik mereka masuk ke Masjidil Haram dengan merakamkan gambar mereka memakai baju Bershit di sana, Kerajaan Arab Saudi terpaksa mengetatkan kuota haji tersebut.

Difahamkan bahawa tindakan tersebut adalah berpunca dari puak-puak yang berkiblatkan politik dan “bertuankan” Ambiga itu telah mencemar kesucian Tanah Suci Mekah di mana ia tidak dapat diterima sama sekali oleh pihak berkuasa di sana.

Inilah jadinya bila terlalu taksub berpolitik sehingga menjejaskan niat umat Islam di negara ini untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Kerana terlalu mengagung-agungkan tokoh LGBT yang tegar mengancam akidah umat Islam di Malaysia, puak-puak PAS sanggup mencemarkan rumah Allah dan melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Meskipun tidak menjejaskan hubungan diplomatik dua hala di antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi, namun kesannya jelas terasa apabila jutaan umat Islam di negara ini terpaksa berbaris panjang untuk menunggu saat menjadi tetamu Allah.

Paling menyedihkan ialah apabila saya mendapat tahu bahawa ramai puak-puak PAS dan PKR yang diarahkan oleh kepimpinan parti masing-masing untuk membatalkan ibadah mereka untuk menunaikan haji kali ini.

Khabarnya, pucuk pimpinan PAS dan PKK bimbang sekiranya PRU ke-13 akan diadakan pada musim haji dan para penyokong mereka yang ke Tanah Suci tidak dapat mengundi parti pembangkang pada hari mengundi kelak.

Saya tidak tahu fatwa ulama mana yang mereka gunapakai atau mazhab mana yang mereka ikut untuk mendahulukan urusan duniawi berbanding mengutamakan rukun Islam yang dituntut di dalam agama kita.

Apakah dengan berkiblatkan Anwar dan Nik Aziz itu akan mampu membawa mereka ke syurga milik Allah SWT?

Agak menyedihkan apabila kita meneliti senario yang jelas merugikan umat Islam di negara ini hanya disebabkan oleh kebobrokan dan kebodohan parti-parti politik pembangkang. Namun apakan daya, mungkin mereka begitu tandus untuk mendapat hidayah dariNya.

Pun begitu, saya mengucapkan tahniah kepada 28 ribu jemaah haji Malaysia yang bakal menunaikan ibadah mereka di tempat kelahiran Rasulullah SAW dan tempat lahirnya Islam sehingga tersebar ke negara kita ini.

Sesungguhnya saya sedih kerana tidak terpilih sebagai tetamu Allah kali ini dan merujuk kepada sumber Tabung Haji, saya terpaksa menunggu pada tahun 2054 untuk berkunjung ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Saya tidak tahu sama ada umur saya cukup panjang untuk menanti saat tersebut dan sungguh saya cemburukan jemaah haji yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah. InsyaAllah saya akan ke sana suatu hari nanti…

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...ANWAR MENANGIS BILA SEBUT PASAL BAJET...!!!


Anwar kata Bajet 2013 bazirkan wang rakyat...

Masalahnya, membazir wang rakyat ke bila Kerajaan BN bagi duit kat rakyat?

Yang dia suruh Khalid beli bas untuk dia makan angin pusing Malaysia tu tak bazir duit rakyat ke?

Yang dia naik jet peribadi pegi Labuan, Sabah dan Sarawak tu tak membazir ke?

Yang dia pegi tinggal jam tangan Omega kat bilik China Doll tu tak bazir ke??? Heh!

Monday, October 22, 2012

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! MAJORITI KCS MAHU FISOL DIPECAT DARI KCS..?!!!


Aku ketawa besar melihat kebodohan penulis blog Kedah La, Enggang Qadha, yang sememangnya bengap dan tolol dalam menulis mengenai isu PAS Vs. Datuk Rasli. Bukan apa...banyak faktanya salah sama sekali dan banyak bohong dari betulnya...heh!

Enggang "bodo" tu kata, 80% anggota KCS sokong gerakan PAS PIS PUS dan Pakatan Haram untuk jatuhkan Datuk Rasli sebagai SUK Kerajaan Negeri Kedah.

Aku nak muntah baca statement Enggang "bodo" ni. Bukan apa. Nampak sangat faktanya salah! Dari seluruh 158 anggota KCS dan puluhan anggota KCS yang sudah bersara di Kedah ni, majoritinya semua salahkan Ahmad Fisol yang dia sayang sangat tu!

Aku pun tak tau dari mana Enggang "bodo" ni dapat fakta dan bila dia buat "pungutan suara" anggota KCS tu. Tapi sebagai seorang yang kenal majoriti KCS di negeri Kedah ni, aku dah tanya lebih dari separuh dari mereka dan mereka terus terang balun Fisol kaw-kaw..!!!

 Paling lawak bila puluhan dari KCS menyatakan bahawa ramai di kalangan KCS yang memang menyampah dan meluat kat Fisol sebelum kes ni berlaku lagi. Dalam ertikata lain, ramai KCS yang tak suka Fisol.

Jadi, nampak sangat la Enggang "Bodo" ni menipu pembaca! Heh! 

Satu lagi, aku nak bagitau Enggang "bodo megheput" ni, Sobri Sudin tu bukan pemilik blog Padi Jantan! Aku ulang sekali lagi, SOBRI SUDIN TU BUKAN PEMILIK BLOG PADI JANTAN! Heh!


Aku tau la sapa pemilik blog Padi Jantan tu sebab aku kenal Padi Jantan personally! Heh! Jadi, nampak sangat la di Enggang Qadha ni penipu besaqqqq..!!! Heh!

Aku heran betul la pada mana-mana orang Kedah yang percaya pada blog Kedah La, terutamanya Enggang "Bodo" tu. Senang betul depa kena tipu! Heh! Kena tipu hidup-hidup pulak tu! Nasib baik Enggang "Bodo" tu tak jual depa hidup-hidup..!

Aku nak tanya puak-puak PAS yang dok percaya kat blog Kedah La...sampai bila hangpa nak biarkan kena tipu dengan blog tu? Heh! Bila aku cerita benda betoi, hangpa kata kami menipu, padahal kami habaq benda betoi tuuuu...!!!

P/s: Pelik betul akhir zaman ni bila apa yang betul dikatakan tipu dan penipu macam Kedah La - Enggang "Bodo" tu dikatakan benar belaka! Heh! Oii Enggang "BOTAK", bila mau taubat..?!!!

LAWAK GEMPAR PAGI INI... HARUN DIN NAK GULINGKAN POK NIK AJIS..???


Nampaknya memang dah tak boleh nak elak dah...

Aku dapat tahu para penyokong Ustaz Harun Din dah mulakan gerakan di utara...

Khabarnya, seluruh penyokong PAS di utara semenanjung dah sepakat untuk desak Pok Nik Ajis letak jawatan...

Depa nak Ustaz Harun Din gantikan Pok Nik secepat mungkin sebelum PRU ke-13..!!! Heh!

Depa kata, kalau puak-puak PAS nak Kelantan nak "perang" pun depa tak kisah! Heh! Betul ke bro?

Aku nak tengok macamana Pok Nik nak bersilat...heh!

Sunday, October 21, 2012

EKSKLUSIF..!!! KEDAH LA DAN "PINK LADY" FITNAH PEMIMPIN UMNO KEDAH..!!!

Pink Lady fitnah Puan C kat blog kaki fitnah ni laaa....heh!
Baru-baru ni, aku ada terbaca satu entry posting kat blog pro-PAS, Kedah La, berkaitan dengan seorang pemimpin UMNO (perempuan) yang dikatakan kacau keluarga seorang surirumah bergelar "Pink Lady". Sila klik di sini untuk baca entry tu...

Ini adalah report yang dibuat oleh Pink Lady tu...

Report Polis yang aku percaya tuduhan palsu dan tidak benar...boleh didakwa ni..!
Dari ciri-ciri pemimpin UMNO tu (aku namakan dia sebagai "Puan C"), aku dah dapat tangkap pasal kes ni, siapa Pink Lady tu, siapa suami Pink Lady tu, dan siapa Puan C sebenarnya. Aku investigate case tu...

Hasilnya, aku dapat report polis ni...

Ni laporan Puan C..dan jangan ingat aku tak boleh dapat SMS Pink Lady ugut untuk jatuhkan karier politik Puan C tu...heh! Nak malukan diri satu dunia ke?
Pink Lady buat report polis kat Puan C. Dan atas perintah suami dan untuk bersihkan namanya, Puan C telah membuat laporan polis terhadap fitnah yang dilemparkan padanya...

Di sini, aku nak beritahu pada Pink Lady supaya berhenti dari buat hal. Bukan apa, kalau aku dedahkan apa sebenarnya yang berlaku, bukan dia saja yang malu, malah suaminya, anak-anaknya, keluarganya jugak yang malu...kan?

Tolong jangan paksa aku ceritakan hal yang tak patut aku cerita. Ni cerita rumahtangga dan jangan cuba gunaka saluran politik untuk buruk-burukkan orang. Puan C tu tak salah apa-apa pun dalam hal ni dan tolong jangan dok reka cerita-cerita karut...

Pada aku, mujurlah Puan C buat report polis je. Kalau dia saman, camana? Aku kenal Puan C dan setahu aku, dia bukan yang jenis mengancam keselamatan orang. 

Gila ke tuduh Puan C tu ancam keselamatan suami dia? Perempuan ancam keselamatan lelaki? Suami Pink Lady tu tinggi dan tegap, Puan C tu lembut pulak orangnya...tak mengancam langsung gayanya!

Ada ke patut Pink Lady tuduh Puan C baling telur kat rumah dia? Hahahahaha..!!! Aku ketawa besar bila baca report Pink Lady tu. Kah! Kah! Kaaahhh...!!!! Tak tergamak punya Puan C tu buat cam tu. Aku tak leh bayang bebbbbb..!!!

Lepas tu tuduh pulak pakai main bomoh...! Heh! Aku takde la under estimate perihal ilmu hitam ni. Tapi kalau Puan C tu nak bomohkan suami Pink Lady, rasanya sebelum suami Pink Lady kahwin dengan Pink Lady dulu pun dia dah bomohkan awal-awal...Hahahahahaaa..!!!

Aku taknak la panjang-panjangkan cerita ni pasal aku tahu cerita sebenar. Real story tu ada dalam poket aku jer. Bukan nak berlagak, tapi aku memang tahu kes ni.. dan jangan paksa aku londeh semuanya...heh!

Dua-dua report ada kat atas tu dan bandingkanlah report Pink Lady dan report Puan C... Tak pasal-pasal je suami Pink Lady disiasat. Tak reti jaga kehormatan keluarga betul. Suami dia dengan Puan C takde apa-apa pun, dia pulak yang lebih-lebih...

Pink Lady tu tulis macam orang takde iman pulak. Aku tertanya-tanya, Pink Lady tu cerca orang dalam emelnya tu, tapi selit pulak nama Allah SWT. Akhlak apa ni? Cakap la serupa bikin sikit dan jangan ingat aku tak tau background Pink Lady sebelum kahwin...heh!

P/s: Blog PAS pun terlibat syubhah fitnah orang yang tek berdosa? Ingatlah bahawa dosa fitnah Kedah La boleh menyebabkan PAS kalah di Kedah lepas ni...heh!

LAWAK PAGI INI..."TRADEMARK" ISTIMEWA POKOK SENA, KEDAH...!!!


Inilah trademark orang di Parlimen Pokok Sena...!!!

Ada ke patut dia nak jadi PM...hahahahaaaa..!!!

Ketua darjah 5 Epal pun dia tak layak....

Nak jadi PM pulakkk weeeeehhhhh..!!! 

Memang "Bean" betul...Kah! Kah! Kahaaaaaaaakkk kan dia! Khuak ptuihhh..!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!