Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 20, 2012

PANASSSS..!!! ROZITA CHE WAN RAKAM GAMBAR BOGEL..???!!!


Ni apa benda ni? Kalau dah jadi pondan, tak payah la nak memalukan orang lain dengan berbogel dan mengaku diri tu Rozita Che Wan.

Tu laaa... Allah SWT tu dah firman dah dalam Al-Quran bahawa Dia melaknat golongan mutashabihin dan mutashabihat ni. Dan puak-puak Pakatan Haram tu pi sokong pulak puak-puak cam ni...

LGBT tu sebahagian dari hak yang dituntut puak-puak Pakatan Haram, dan tak hairan la kalau negara ni rosak pasal depa...!!!

GEMPAR: Rozita Che Wan Nafi Berbogel, Akui Ada ‘Pondan’ Menyerupai Dirinya!

KUALA LUMPUR –  Aktres Rozita Che Wan terkejut apabila ditanya mengenai gambar yang disiarkan portal murai.com.my ini.

Malah, pelakon Kiah Pekasam itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa wanita di dalam foto berkenaan adalah dia.

“Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam.
“Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.

“Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini.

“Apatah lagi untuk mengaku bahawa gambar itu adalah gambar saya.

“Saya sendiri tidak pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu. Inilah pertama kali saya mendengarnya.

“Lagipun pula, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Takkanlah saya sanggup nak buat benda seperti ini,” katanya ketika dihubungi murai.com.my, sebentar tadi.

Meneruskan penjelasan kepada murai.com.my, Rozita memberitahu gambar itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yang menyerupai wajahnya.

“Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.

“Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.

“Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya,” jelasnya.

Difahamkan, gambar tersebut telah pun disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012.
Malah, wanita yang berada didalam gambar tersebut telah menjadi pujaan ramai kerana wajahnya menyerupai Rozita Che Wan. (Murai.com.my)

BILA POK NIK NAK SURUH RED WARRIORS TUTUP AURAT..?

red warriors

Tahniah saya ucapkan kepada rakyat dan pasukan bola sepak negeri Kelantan kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung hari ini, 20 Oktober, di Stadium Melawati Shah Alam.

Dek kerana kegembiraan terlampau, Kerajaan PAS Negeri Kelantan pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengisytiharkan cuti umum di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang itu pada hari Ahad ini.

Pun begitu, Nik Aziz sempat berpesan kepada umat Islam yang mahu menonton perlawanan akhir piala paling berprestij tanahair itu agar menunaikan solat terlebih dahulu sebelum menonton perlawanan tersebut.

Namun saya tertanya-tanya, kenapa Nik Aziz tidak nasihatkan atau mewajibkan para pemain bola sepak yang mewakili negeri Serambi Mekah itu untuk memakai seluar panjang yang menutup aurat pada setiap perlawanan mereka?

Sekiranya dirujuk kepada skuad bola sepak negeri Kelantan, rasanya hampir semua dari mereka merupakan penganut agama Islam yang sudah akil, baligh, mukallaf dan wajib mengamalkan hukum hakam Islam.

Apatah lagi negeri Kelantan selama lebih 22 tahun kononnya telah dipimpin oleh seorang pemimpin spiritual yang begitu warak, hebat ilmu agamanya dan sangat menjaga auratnya sebagai muslim!

Bukankah sebagai pemain bola sepak Kelantan, mereka juga merupakan rakyat Nik Aziz di mana Menteri Besar itu berkuasa penuh untuk meletakkan syarat sedemikian?

Sebelum ini, puak-puak PAS sering mempersoalkan penampilan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan tidak menutup aurat kerana tidak bertudung dan apakah hukum aurat itu jatuh kepada golongan wanita sahaja?

Padahal, lelaki juga tertakluk kepada hukum menutup aurat di mana menurut mazhab Shafie, lelaki diwajibkan menutup aurat dari paras pusat ke bawah sehingga ke paras lutut!

Jadi, apakah Mursyidul Am PAS itu sengaja melepaskan tanggungjawabnya dengan mewajibkan skuad Red Warriors untuk mengenakan seluar panjang atau sekurang-kurangnya melepasi paras lutut bagi tujuan menjaga aurat?

Kalau orang UMNO, puak-puak PAS begitu lancang menegur tanpa berfikir cara yang berkhikmah untuk menegur.

Tapi bila terkena batang hidung sendiri, mereka seolah-olah buat-buat lupa dan menutup sebelah mata. Mazhab Islam mana yang mereka ikut?

Saya berpendapat bahawa sekiranya benar Nik Aziz merupakan seorang pemimpin Islam yang adil, sudah tentu awal-awal lagi dia sudah mewajibkan setiap muslim yang mewakili skuad bola sepak Kelantan untuk menutup aurat, bukan?

Tapi sehingga dia hampir “expired” (padahal memang sudah “expired” pun!), skuad bola sepak Kelantan masih lagi tidak menutup aurat dan mendedahkan aurat mereka untuk tatapan muslimah di negara ini.

Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan dosa percuma kepada mereka yang menonton perlawanan bola sepak yang membabitkan negeri pimpinan Nik Aziz, bukan?


Sebelum ini Nik Aziz sebok menumpang “glamour” penjaga gawang gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, yang digilai oleh ramai gadis-gadis di seluruh negara dengan menghadiahkan kepada pemain bola itu pelbagai hadiah lumayan.

Tidakkah terlintas di hati Nik Aziz untuk menghadiahkan hidayah kepada Apek untuk menutup auratnya sebagaimana yang ditetapkan oleh ajaran Rasulullah SAW?

Nampaknya Nik Aziz sendiri terlupa tanggungjawabnya. Nasihat saya, memandangkan Nik Aziz selalu uzur keluar masuk hospital dan belum lagi meninggal dunia, tolong pastikan skuad bola sepak Kelantan menutup aurat!

Takkanlah perkara semudah itu pun Nik Aziz tak boleh buat, kan?

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...ANWAR TUNJUK BODOH ATAS PENTAS...!

Orang bentang bajet...dia pun nak bentang bajet...

Orang bentang bajet untuk sihatkan rakyat...

Dia bentang bajet nak suruh rakyat mati cepat!

Itu la dia Anwar Berahim...bodo mengheput dari dok kat unibersiti lagi...heh!

Friday, October 19, 2012

PANASSS 18SX! GAMBAR MODEL SEPARA BOGEL DITAHAN LEPAS LANGGAR ORANG..!!!


Gila betul! Model ditahan dalam separuh bogel! Dah la separuh bogel, dia langgar pulak orang kat tepi jalan! Ada tak mana-mana model yang berperangai macam ni kat Malaysia?

Kalau ada, rasanya apa komen kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin? Heh!

FOTO: Model Terkenal Indonesia Ditahan Memandu Separuh Bogel, Rempuh 7 Pengguna Jalan Raya!

Seorang model terkenal Indonesia, Novie Amelia ditahan setelah kereta Honda Jazz yang dipandunya merempuh sekumpulan pengguna jalan di sepanjang Jalan Gajah Mada, Ketapang di sini beberapa hari lalu.

Lebih mengaibkan, ketika ditahan, dia dalam keadaan separuh bogel!


"Dia seolah-olah berada dalam keadaan tertertekan, hanya pakai baju dalam.

"Bila disuruh pakai baju, dia juga tidak mahu,” kata Kepala Unit Laka Lantas Polres Jakarta Bara, Ajun Komisaris Rahmat Dalizar.


Rahmat menambah, gadis berusia 25 tahun itu juga pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya minggu sebelumnya.

Rahmat berkata, dia yang memandu dari arah pusat bandar kira-kira dari arah kota kira-kira pukul 5 petang pada mulanya melanggar seorang peniaga kopi bermotorsikal berhampiran sebuah lampu isyarat.

Selepas itu, Novie melanggar pula seorang lagi lelaki dan seorang anggota polis di kawasan yang sama.

Tidak cukup dengan itu, Novie merempuh pula beberapa orang pengguna jalan raya yang lain.
Ketika dibawa ke balai polis, Novie mengamuk dan berteriak.

Dia kini sedang disiasat kerana disyaki memandu dalam pengaruh dadah. – Mynewshub.my

Rakyat Selangor Merana Takde Air: Exco PAS Patut Baca Sejarah..!!!

iskandar

Bukan sekadar menjadi “pak turut”, PAS Selangor juga sanggup menjadi “keldai suruhan” PKR dan DAP apabila sanggup “menjilat” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, mungkin kerana takut dipecat dari jawatan Exco sebagaimana yang berlaku pada Hasan Ali.

Baru-baru ini, ADUN Cempaka yang juga merupakan Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad menuduh Kerajaan Pusat sengaja melanggar undang-undang kerana berkeras mahu membina loji Langat 2 tanpa persetujuan “boss”nya, Khalid “Gagap”.

Kononnya, dengan meneruskan pembinaan Langat 2, Kerajaan Pusat akan memburuk-burukkan imej Malaysia di persada antarabangsa dan akan menyebabkan para pelabur takut untuk melabur di negara ini, khususnya di Selangor.

Dengan muka tidak malu, Iskandar “menasihati” Kerajaan Pusat agar tidak terburu-buru membina Langat 2 dan tidak mengaitkan pembinaan loji tersebut dengan sentimen politik!

Pada saya, kenyataan ADUN dari parti PAS ini jelas menunjukkan bahawa dia sememangnya “buta sejarah”, “buta hati” dan “buta” serba-serbi kerana dia sendiri tidak tahu apa yang dia cakapkan.

Iskandar sepatutnya merujuk kepada sejarah Loji Rawatan Air Sungai Labu di mana pembinaan loji tersebut telah diluluskan pada tahun 2008 oleh kerajaan BN yang memerintah Selangor ketika itu.  Pembinaan loji air yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat ini penting untuk memenuhi masalah kekurangan bekalan air di daerah Sepang.

Apabila siap dibina pada penghujung tahun lepas, Khalid “Gagap” dengan sengaja enggan memberikan kebenaran untuk mengambil air daripada sungai untuk diproses walaupun sedar bahawa pada ketika itu kawasan di sekitar Sepang menghadapi masalah kekurangan bekalan air.

Mengenangkan komitmen Kerajaan Pusat terhadap kepentingan rakyat, Kerajaan Pusat telah menuruti kehendak Khalid dengan memberikan hak operasi dan pengendalian loji tersebut kepada anak Syarikat Kerajaan Selangor, Konsortium Air Selangor Sdn Bhd.

Dari kes ini, maka jelaslah Kerajaan Pakatan Haram Selangor menunjukkan kebodohan, keegoan dan pendirian yang lebih mementingkan politik berbanding rakyat sendiri!

Perkara yang sama juga boleh berlaku kepada pelabur yang telah siap pembinaan kilang atau perniagaan, di mana kerajaan Khalid “Gagap” ikut suka mak bapak dia sama ada nak luluskan CF dan pelbagai lesen lagi untuk operasi.

Dari itu, pada siapa nak melabur di Selangor nanti kena fikir betul-betul. Kalau Khalid tak luluskan dah tentu akan rugi besar dan teraniaya..kan?

Dalam hal ini, jelaslah bahawa Khalid begitu mementingkan projek dan keuntungan serta wang ringgit berbanding nasib rakyatnya yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi setiap hari.

Seperkara yang Iskandar dan Khalid perlu belajar dari Kerajaan Pusat berkenaan keputusan rundingan pembinaan loji Sungai Labu itu ialah sikap murni Kerajaan BN yang begitu mementingkan rakyat berbanding Pakatan Haram yang lebih mementingkan sentimen politik dan wang!

Dalam hal ini, siapakah sebenarnya yang menakut-nakutkan para pelabur asing untuk melabur di Malaysia?

Dan siapa pula yang secara turun temurunnya begitu terkenal suka menjatuhkan imej negara di persada antarabangsa dengan menunjukkan sikap tidak profesional, mengada-ngada, mementingkan kepentingan politik peribadi dan busuk hati?

Dari kes pembinaan loji Sungai Labu dan Langat 2 ini, rakyat dengan jelas dapat melihat kebobrokan dan Kerajaan Pakatan Haram serta para pemimpinnya yang mengamalkan dasar-dasar yang merugikan rakyat, ekonomi negeri dan pelabur yang datang mencari rezeki di Selangor.

Misalnya, media baru-baru ini telah melaporkan syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove, menghadapi masalah kekurangan bekalan air sehingga menjejaskan produktiviti kilang tersebut.

Dalam hal ini, jelaslah bahawa Selangor memang mempunyai masalah kekurangan bekalan air dan menyusahkan para pelabur yang menjalankan kegiatan ekonomi mereka di sini.

Khalid mesti salahkan Syabas sebab tidak cukup bekalan air, tapi harus diingat kerajaan negeri punya pegangan 30 peratus dalam Syabas dan lebih menarik lagi ada satu pengarah yang mewakili kepentingan ini.

Kalau Syabas tak cekap, serupalah Kerajaan Selangor juga tak cekap.  Wakil mereka tidur ke?

Dan dari kenyataan pihak pengurusan Top Glove itu juga membuktikan bahawa Khalid sememangnya penipu kerana dia bermati-matian menafikan negeri Selangor sedang dilanda masalah kekurangan bekalan air.

Justeru itu, jelaslah di sini bahawa imej Malaysia sebenarnya dijejaskan oleh dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang dipimpin Khalid “Gagap” dan bukanlah disebabkan oleh tindakan Kerajaan Pusat.

Sesungguhnya Kerajaan Pusatlah yang selama ini memberikan 300 peratus komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat dan meskipun terpaksa berhadapan dengan sikap berkiblatkan politik Khalid dan Iskandar sendiri, Kerajaan Pusat sanggup berkorban demi rakyat Selangor.

Persoalan yang perlu dijawab, sampai bilakah rakyat Selangor akan terus tertipu dengan permainan politik bohong Pakatan Haram? Rasanya cukuplah sepenggal rakyat Selangor tertipu dan Pakatan Haram perlu dinyahkan dari terus merosakkan negeri paling maju itu…kan?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! Talian Hayat Terakhir Khalid Gagap Susut, Camana Nak Proses Air Takde?

empangan-KKB1-565x484

Ke mana lagi Khalid nak lari dan bagaimana lagi Khalid nak putar alam apabila kedudukan paras air di empangan utama yang menyalurkan air ke loji-loji rawatan air telah menyusut sehingga ke paras 52 peratus dari paras asal.

Bukan cakap kosong, beberapa gambar yang dirakamkan oleh beberapa media alternatif, termasuk Mynewshub.my, jelas menunjukkan bahawa empangan Sungai Selangor yang menjadi sumber basin terakhir bekalan air di negeri Selangor menyusut teruk.

Sebagai “talian hayat terakhir”, penyusutan paras air di empangan Sungai Selangor itu menunjukkan bahawa rakyat Selangor dan Lembah Klang bakal menghadapi krisis air yang dahsyat dalam masa yang terdekat.

Begitu juga dengan sungai-sungai utama di negeri itu yang selama ini menjadi sumber bekalan air, tahap pencemarannya kini berada di tahap 3 dan 4 yang sangat membimbangkan di mana ia mampu dilabelkan sebagai “sungai mati” pada bila-bila masa dari sekarang.

Misalnya, Sungai Langat yang menjadi sumber utama bekalan air bagi penduduk di bahagian selatan Selangor kini berada di tahap pencemaran 3 dan 4 di mana hanya 49.3 km sahaja yang masih bersih airnya berbanding lebih 100 km sepanjang sungai itu berada di paras pencemaran kritikal.

Berbalik kepada apa penyusutan air di empangan-empangan utama di Selangor, meskipun hujan turun lebat di sekitar Lembah Klang pada setiap hari, paras air di empangan-empangan utama tetap menyusut. Kenapa jadi begitu?

Adakah ini mengesahkan peningkatan kepada permintaan bekalan air bersih di Selangor, khususnya di bahagian selatan negeri itu di mana pembangunan di kawasan seperti Seri Kembangan, Balakong dan sebagainya memerlukan air yang lebih berbanding dulu?

Dalam ertikata lain, dengan penyusutan paras air di empangan-empangan, pencemaran kritikal di sungai-sungai dan peningkatan permintaan bekalan air bersih di Selangor telah menyebabkan rakyatnya diancam krisis air yang dijangka lebh teruk berbanding yang berlaku pada tahun 1998.

Mungkin untuk tunjuk pandai sambil makan angin di luar negara, Khalid “Gagap” yang menolak pembinaan Loji Langat 2 telah membawa satu pelan yang kononnya di import dari Kanada yang dikatakan lebih murah dan mampu membekalkan air yang cukup kepada rakyat Selangor.

Khalid mahu menggunakan teknologi membran ini untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di loji-loji air di Selangor.  Ibarat satu lagi “mini water filter” bersebelahan loji sedia ada.
Katanya, teknologi membran itu mampu memproses tambahan 1 bilion air bersih setiap hari.

Persoalannya, apa benda teknologi membran itu dan apakah teknologi tersebut tidak ada di negara kita? Setahu saya, teknologi itu ada di Malaysia dan tidak perlu diimport dari luar…

Teknologi membran ini diletakkan di setiap loji dan tugas utamanya adalah untuk memproses air mentah tambahan bagi meningkatkan pengeluaran air terawat.  Tetapi sumber air mentahnya masih yang sama dan pengagihan air terawat kepada pengguna adalah melalui rangkaian paip yang sama.

Paling utama, dengan ketiadaan sumber air di empangan-empangan dan sungai di sekitar Selangor, air dari sumber manakah yang dia nak proses dengan teknologi membran tersebut? Air lombong?

Sebab itulah Selangor memerlukan sumber air yang tambahan baru memandangkan sumber-sumber bekalan air bersih sedia ada sudah hampir kering dan tercemar teruk.

Dan disebabkan itulah juga maka Khalid mahu tidak mahu perlu bersetuju dengan pembinaan Langat 2 di mana sumber bekalan air untuk rakyat di Selangor dan Lembah Klang perlu diperoleh dari Pahang.

Langat 2 bukan untuk kegunaan Kerajaan BN, tapi untuk kegunaan keluarga Khalid dan rakyat Selangor yang kini sedang ternanti-nanti penyelesaian jangka masa panjang. Tidakkah Khalid rasa bersalah dengan kedegilan dan kebodohannya menolak pembinaan Langat 2?

Khalid perlu buktikan komitmennya sebagai MB Selangor yang mementingkan kebajikan rakyatnya dengan menyediakan bekalan air yang secukupnya dan berhentilah dari menuding jari ke pihak lain atau mempolitikkan isu air di negeri pimpinannya itu.

Kerajaan Pusat sudah memberikan komitmen lebih dari 300 peratus dalam memastikan rakyat Selangor dan Lembah Klang tidak menghadapi masalah air dan kini Khalid pula perlu buktikan bahawa dia juga memberikan komitmen yang baik demi kesejahteraan rakyatnya.

Dalam hal yang berkait rapat dengan keperluan hidup manusia seperti air, rasanya tiada kompromi bagi Khalid untuk terus melengah-lengahkan pembinaan Langat 2. Lainlah jika Khalid sengaja berbuat demikian demi kepentingan politik peribadinya..kan?

Sumber: Mykmu.net

HARAP ZAINI HASSAN (Utusan) TAK CEPAT BUAT PERSEPSI SENDIRI TENTANG UMNO KEDAH...

Saya ada membaca tulisan Datuk Zaini Hassan di ruangan Cuit Sikit di portal online Utusan Malaysia mengenai krisis PAS Vs KCS yang sedang hangat berlaku di Kedah. Klik di link yang bergaris tu untuk membaca tulisan Datuk Zaini...

Memang tepat tulisannya. PAS kini secara tidak langsung telah mengisytiharkan "perang" terhadap sebuah institusi berusia ratusan tahun yang bernaung secara terus di bawah DYMM Sultan Kedah sejak sekian lama.

Dalam KCS memang ada yang berpihak kepada BN, tapi depa tak tunjuk pun sokongan depa dan depa buat kerja dengan penuh prinsip profesional. Kalau tak percaya, sila tanya MB Kedah sendiri.

Lagipun, Azizan sebelum ini rapat dengan beberapa KCS yang pro-UMNO, dan atas hubungan baik itu, KCS pro-UMNO ni sangat hormat pada Azizan. Atas rasa hormat itu juga mereka meneruskan tugas dengan profesional tanpa memilih parti (walaupun depa boleh buat lagu tu..).

Tapi, dalam KCS ni pun ramai jugak yang sokong PAS! Dulu masa BN tadbir Kedah, depa terpaksa diam saja dan suka mengutuk di belakang. Tapi bila PAS take over Kedah, KCS pro-PAS ni mula "besar kepala"..!!!

Contohnya Ahmad Fisol tu laaa. Dia tu kalau tanya KCS mana pun, depa akan kata Fisol tu orang PAS totok! Heh! Problemnya sekarang ni ialah bila Fisol bertindak tidak profesional dengan mencampur aduk urusan eksekutif negeri dengan sentimen politik!

Dan hanya kerana sentimen politik itu la jugak dia cari pasal dengan Datuk Rasli. Habis dia keras puak-puak PAS Kubang Pasu untuk serang SUK tu hanya kerana dia kena tukar ke Kota Kuala Muda. Heh! Padahal, tukar daerah berkerja tu memang biasa dalam amalan KCS sebelum ni...

Mengada-ngada, kan?

Cuma, dalam tulisan Datuk Zaini tu, ada part yang aku tak berapa setuju pada perenggan akhir sekali.

Tulis Datuk Zaini...
Bagi UMNO negeri pula, mengapa senyap sepi saja? Sokonglah KCS...!
Pada saya la Datuk, dari tulisan Datuk ni seolah-olah UMNO Kedah tu "tidur" dan tak sokong KCS dalam konflik PAS vs KCS ni. Dan Datuk juga suruh UMNO Kedah sokong KCS..kan?

Untuk pengetahuan Datuk, UMNO Kedah pada pengamatan saya dah tak tidur dah. Depa dah lama jaga dari "tidur".

Setahu saya, UMNO Kedah memang sokong KCS. Tapi, takkan la depa nak tunjuk sangat yang depa sokong KCS? UMNO Kedah sokong KCS atas dasar profesional di mana KCS pernah bersama-sama UMNO Kedah memacu pembangunan di negeri itu.

Kalau UMNO Kedah sokong KCS secara terbuka, ini membawa maksud bahawa UMNO mengajar KCS untuk memasukkan sentimen politik di dalam institusi itu sedangkan ia sepatutnya bersifat adil dan "neutral". 

Kalau UMNO Kedah tunjuk sokongan pada KCS, maka puak-puak PAS yang bodoh "mengheput" tu akan berpeluang menuduh KCS didalangi UMNO, kan? Tak ke sokongan itu akan membawa rebah kepada UMNO Kedah dan KCS sendiri?

Datuk Zaini, saya fikir mungkin Datuk dapat cerita dari satu atau dua source sahaja dan mungkin disebabkan tidak berada di Kedah untuk mengikuti keadaan sebenar yang berlaku menyebabkan Datuk membaut persepsi sendiri.

Jadi, saya memohon jasa baik Datuk untuk mendapatkan gambaran sebenar secara menyeluruh mengenai situasi terkini di Kedah sebelum menulis sesuatu isu. Saya tak pertikai sumber Datuk, cuma saya meminta Datuk supaya tidak cepat membuat persepsi sendiri.

Maafkan saya kalau Datuk marah atau tersinggung dengan tulisan saya. Namun rasanya saya wajar menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di Kedah. Cuma, tak semua saya boleh dedahkan di sini sebab saya terpaksa simpan untuk dijadikan "bom" untuk PAS pada PRU 13 nanti..heh!

PENJELASAN PENUH TENTANG KONFLIK DATUK RASLI - FISOL...

Entry "bodo mengheput" yang terpaksa ditulis di blog Zul Ya...
Aku gelak besar bila baca entri blog upahan PAS, Kedah La, yang dipercayai milik Zul Yahya dan ditulis oleh Enggang Qadha, bertajuk "Rasli ni barua UMNO? Lepas laporan Audit babitkan penyelewengan orang Rasli... pikiag ambiklah!".

Memang lawak la mamat yang diupah Zul Yahya ni. Bodo megheput kata orang Kedah! Tapi pasal Zul Yahya suruh tulis belasah Datuk Rasli, maka dia pun tulis la dengan gaya IQnya yang cetek dan tidak rasional...heh! Kesiannn...

Rasanya, depa pun tak tau KCS tu apa dan apa bidang kuasa depa. Dan aku yakin, depa pun tak tau bidang kuasa MB tu lagu mana....heh!

KCS tu bawah DYMM Sultan, sebuah badan eksekutif yang boleh dikatakan tertua di negara ni dan tidak ada kena mengena dengan sebarang fahaman politik. KCS ni depa melaksanakan dasar kerajaan sebagaimana yang ditentukan oleh MB...

Untuk pengetahuan hangpa, jawatan SUK ni pulak dilantik oleh DYMM Sultan setelah mendapat nasihat MB. Alaaa..macam jawatan Ketua Hakim Negara laaa...dilantik DYMM Agong atas nasihat PM..lebih kurang lagu tu la..

SUK adalah jawatan di dalam Kerajaan Negeri, di mana dia diberikan sebuah kerusi setaraf exco dalam sidang DUN. Satu lagi jawatan yang dapat kerusi macam tu ialah SFO atau State Financial Officer. Kedua jawatan ini adalah wakil kuasa eksekutif DYMM Sultan dalam sidang DUN..

Tapi, KCS ni lain sikit. KCS ni adalah satu kumpulan dalam JUSA Kedah State di mana ia directly bawah Sultan. Lebih kurang macam "kelab eksklusif" JUSA Kedah laaa...dan MB takdak kuasa atas depa ni...paham ke Enggang "Bengong"? 

Seperkara lagi, selalunya ketua KCS dilantik jadi SUK dan penjawat jawatan tu selalunya dilantik berdasarkan rekod perkhidmatan, KPI, seniority dan pengalaman dalam handle hal ehwal negeri..paham?

Dalam kes Datuk Rasli ni, dia hanya jalankan tugas sebagai ketua KCS. KCS ni perlu ditukar dari satu kawasan ke satu kawasan bila tiba masanya. Ikut kesesuaian dan budi bicara SUK tu laaaaa...

Dalam kes Ahmad Fisol yang ditukar dari jawatan YDP MDKP tu, ia adalah proses normal. Semua KCS bertukar-tukar kawasan dan bidang kuasa. Tak pelik pun! Aku ada ramai sedara mara dalam KCS..aku tau laaa...

Ni la Fisol tu...KCS yang sokong PAS nehhh...
Tapi yang peliknya, Fisol ni tak mau pindah! Tak mau ditukarkan! Khabarnya dia seronok kerja kat situ sebab ahli-ahli Majlis (orang PAS la tu..) yang ada kat Kubang Pasu tu. Lagipun, anak dia pun kerja kat situ. Jadi kalau boleh dia nak kerja kat situ sampai mati laaaaa...

Jadi, bila dia dapat surat tukar, dia kalut! Dia panggil puak-puak PAS meeting tergempar kat office dia. Lepas tu depa sepakat dalam meeting tu untuk pertahan Fisol kat situ dan kalau SUK nak tukar Fisol jugak, depa akan buat demo! Hahahahahahaaaa..!!! Macam budak kecik!!!

Padahal, sebagai JUSA dan salah seorang KCS, Fisol ada saluran untuk berbincang untuk tidak ditukarkan. Dia boleh personally berjumpa dengan SUK dan negotiate...

Tapi, ada ke bebalnya Fisol ni ajak puak-puak PAS meeting pertahankan dia! Patutnya, sebagai penjawat awam, dia larang dari sebarang kekecohan berlaku disebabkan dia. Tapi dia pulak yang tumpang sekaki!

Aku tau la Fisol tu orang PAS totok. Lantak dia la nak sokong DAP sekali pun, aku peduli apa! Tapi, bila masuk bab kerja tu profesional dan rasional la sikit! Yang pi guna sentimen politik dalam badan eksekutif tu apahal?

Bila SUK dapat tahu, Fisol diminta berikan surat tunjuk sebab atas apa yang berlaku. Khabarnya, lepas diminta surat tunjuk sebab tu, dia pi mengadu pulak kat geng-geng PAS dia tu. "Geng" punya pasal, depa pun "balun" la Datuk Rasli dengan tuduhan macam-macam...

Antara pak lebai PAS yang "bodo megheput" tak tau apa-apa yang dipergunakan Fisol..
Frankly, aku malas nak sentuh pasal KCS ni pasal macam-macam jenis orang ada dalam KCS tu. Ada yang PAS totok, ada yang UMNO macam aku. Tapi, ada yang memang tak campur politik dan hanya taat pada DYMM Sultan saja. Dan tak kurang jugak ada yang jadi "businessman" dalam KCS..heh!

Jadi, ada yang baik dan ada yang kurang baik dalam KCS ni. Ada yang nakal dan ada yang warak dalam KCS ni..macam-macam ada. Malah ada jugak KCS yang memang tak sokong mana-mana parti politik, depa tau kerja saja setiap hari berkhidmat untuk rakyat...

Jadi pada aku, kes ni sepatutnya bukan satu isu. Tapi bila Fisol gelabah bewak dan ajak geng-geng politik dia masuk campur, maka benda ni jadi panas.. Peliknya, MB relax je aku tengok. Puak-puak PAS pulak yang lebih-lebih...heh!

Kenapa MB relax je? Sebab dia tahu dia takdak kuasa nak defy kuasa yang ada pada SUK. Dia takdak kuasa pun nak pecat KCS..heh! Dan sebab MB tau undang-undang tubuh negeri dan tau puak-puak PAS yang dok menyalak tu "bodo megheput", pasal tu dia diam!

Malangnya, Zul Yahya pikiaq dia bijak dan tahu. Padahal dia pun dungu! Kesian kat Azizan, dapat ketua cybertroopers pun "bodo mengheput"! Elok tukaq je mamat tu jadi tukang kerat newspaper cutting kat Wisma tu...heh!

PANASSS..!!! KERAJAAN PAS KEDAH TAK HABIS-HABIS SUSAHKAN ORANG KAMPUNG..!!!


Saya dah lama nak tulis pasal benda ni. Tapi selalu terbantut disebabkan terlalu sebok dengan tugas-tugas harian. Tapi, perkara yang saya nak sebut ni memang menjadi rungutan ramai rakyat Kedah, khususnya yang tinggal di kampung dan bahagian luar bandar...

Saya selalu bergaul dengan orang ramai, khususnya pakcik makcik di kampung-kampung. Depa kebanyakkannya buat bendang, menoreh, buat kerja kampung dan sebagainya. Nak tahu masalah depa?

Depa merungut tentang pembayaran bil air rumah!

Depa kata, dulu depa mudah saja bayar bil air di Pejabat Pos. Tak payah keluar ke pekan untuk bayar bil air...

Tapi, lepas PAS ubah sistem pembayaran bil air yang dikelola SADA, depa dah tak boleh bayar di Pejabat Pos lagi dah. Mahu tak mahu, kalau nak bayar bil air depa mesti keluar ke pekan! Lebih tepat lagi ke Pejabat SADA di pekan dan bandar-bandar utama...

Bayangkan, pakcik makcik yang tinggal di kampung-kampung di Pokok Sena, Kuala Nerang, Pedu dan utara Kedah terpaksa ke pekan Jitra untuk bayar bil. Sudah la begitu, depa terpaksa tunggu beratur panjang...

Itu belum lagi disebut di kawasan-kawasan lain di mana mereka agak sukar nak keluar kampung sebab takdak kenderaan. Pengangkutan awam pun datang sejam sekali saja..

Depa kata, bila sampai di kaunter nak bayar bil air, depa kena beratur lama sebab ramai sangat orang. Ye laaa..memang ramai pun pasal satu tempat tu je tempat depa nak bayar bil air...

Aku nak tanya, dasar pembayaran bil air ni ditetapkan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah. Tak bolehkah Azizan Razak atau exco berkaitan mudahkan cara rakyat untuk bayar bil air? Depa takdak internet nak bayar secara online pun...

Boleh tak kalau Kerajaan PAS Kedah arahkan SADA sediakan sistem intergrated yang membolehkan bil air dibayar di Pejabat Pos seperti di zaman BN dulu...

Tolong la...kalau UMNO/BN dulu boleh buat, takkan la PAS tak boleh buat? Kalau UMNO/BN dulu boleh permudahkan urusan semudah ni, takkan la PAS nak susahkan rakyat dengan melaksanakan sistem yang tak praktikal ni...kan?

Camana? Nampak sangat PAS Kedah tak reti tabdir negeri dan suka susahkan rakyat...kan!

PANASSS..!!! BILA PAS KATA DAP LEBIH BAIK DARI UMNO...

guan eng poya2

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, memberitahu sidang DUN negeri Cik Siti Wang Kembang itu bahawa DAP lebih baik dari UMNO.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 di sidang DUN Kelantan itu, Husam memuji-muji Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyalurkan beberapa peruntukan kepada beberapa masjid di negeri Kelantan.

Dan hanya disebabkan “peruntukan-peruntukan” itulah maka Husam mendakwa bahawa DAP lebih baik dari UMNO, dari sudut kaca matanya…

Begitulah tanggapan terkini Husam Musa, pemimpin PAS yang paling kanan dan paling rapat dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai DAP setelah mereka bergabung di dalam Pakatan Haram sejak 2008.

Saya tertanya-tanya, apakah hanya kerana peruntukan yang disalurkan kepada beberapa buah masjid di Kelantan itu maka DAP layak dianggap lebih baik dari UMNO?

Saya ingin bertanya kepada Husam, apakah dia buta, pekak, tuli atau cacat akal fikirannya untuk menilai tentang sumbangan serta jasa baik UMNO kepada umat Islam di negara ini sejak zaman berzaman?

Apakah Husam tidak dapat melihat bagaimana Islam diimarah dan dibangunkan oleh UMNO secara wasatiyyah serta menepati ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Jika tidak, takkanlah Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam contoh sehingga banyak negara-negara Islam dunia yang datang untuk belajar dari Malaysia yang diberi gelaran “mini Madinah” di zaman moden ini?

Kalau bantuan dan peruntukan kepada masjid-masjid menjadi ukuran, sudah tentu UMNO jauh lebih baik dari DAP. Malah jasa UMNO yang tidak pernah putus memberikan peruntukan kepada rumah-rumah Allah di seluruh negara membuktikan juga bahawa UMNO jauh lebih baik dari PAS.

Lagipun, apalah sangat jasa PAS yang hanya membina dua buah masjid saja di Kelantan di sepanjang pemerintahan Nik Aziz sedangkan UMNO sudah membina beribu-ribu masjid di seluruh negara, termasuk di negeri Kelantan!

Husam tidak sepatutnya lupa bagaimana DAP menghapuskan perjuangan PAS untuk membina sebuah Daulah Islamiyyah dan hukum Hudud di mana partinya terpaksa melupakan dasar yang menjadi “darah daging” mereka sejak di zaman merdeka lagi.

Husam juga sewajarnya melihat dan sedar tentang sikap “chauvinis ultra kiasu” yang diamalkan oleh para pemimpin DAP yang dilihat mampu menggugat keharmonian kaum yang selama ini berjaya disemai dengan subur oleh Kerajaan UMNO/BN.

Husam juga perlu mengenang tentang kenyataan-kenyataan pucuk pimpinan DAP yang menentang dasar-dasar yang mementingkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu serta hak-hak bumiputera di negara ini.

Apakah Husam lupa bagaimana bencinya Nik Aziz terhadap DAP sehingga “Tok Guru”nya itu pernah melabelkan DAP sebagai “syaitan”?

Dan kini, dengan “syaitan” itulah yang PAS berpeluk dan “syaitan” itulah juga yang dipuji-puja oleh Husam. Wajarkah DAP dikatakan lebih baik dari UMNO?

Husam perlu kaji semula ilmu agamanya kerana Islam menggariskan di dalam ajarannya supaya umat Islam berkasih sayang di antara sesama mereka dan bertindak tegas serta adil terhadap golongan bukan Islam.

UMNO merupakan parti yang disokong oleh saudara seagamanya manakala DAP pula merupakan parti yang mengamalkan dasar membenci dan menafikan kepentingan Islam serta umatnya di negara ini?

Jadi, wajarkah sebagai seorang muslim, Husam berpandangan songsang dengan ajaran yang disampaikan oleg Rasulullah SAW itu?

Rasanya, Nik Aziz belum cukup memberikan tarbiyah terhadap “anak buah”nya yang seorang ini, tapi mungkin juga hasil didikan Nik Azizlah maka Husam jadi “songsang” begini, kan?

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...PAS TAK BERANI SENTUH MAMAT NIHHH...!!!


Depa nak pecat mamat ni tak berani...

Depa nak kutuk mamat ni depa tak berani...

Depa nak belasah terajang mamat ni depa takdak teloq...

Depa nak sekeh kepala dia pun depa takut...

Apa yang depa boleh buat hanyalah pulaukan dia habis-habisan...

Begitu la nasib golongan pro-ulama dalam PAS PIS PUSSS..!!! Heh!

Thursday, October 18, 2012

GEMPARRR..!!! BUKTI PAS DAH BORING GILER KAT POK NIK AJISSS..!!!

nik mazian

Nampaknya salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan bakal berhadapan dengan jutaan caci maki dan kutukan pedas apabila dia dilaporkan menyindir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk melepaskan “baton” yang dipegangnya sejak sekian lama.

ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed dalam kenyataan halusnya ketika sidang DUN membahaskan bajet negeri itu menasihatkan supaya mana-mana pemimpin yang sudah tua dan uzur supaya melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih muda dan kuat.

Paling pedas, Nik Mazian menegaskan bahawa adalah sangat tidak sesuai bagi seseorang pemimpin yang sudah tua itu melepaskan “baton” ketika dia sedang berhenti untuk melegakan rasa lenguh di tengah jalan!

Kenyataan yang dalam dan pedas maksudnya itu dipercayai ditujukan kepada Nik Aziz apabila dia menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu yang sering uzur dan khuatir jika “baton” yang dipegangnya tidak sempat diserahkan kepada penggantinya…

Saya tertanya-tanya, apakah Nik Aziz akan terasa hati dengan sindiran yang tepat terkena di batang hidungnya itu?

Atau Nik Aziz hanya buat tak tahu sahaja, seolah-olah tidak faham dengan kiasan yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin PAS Kelantan itu?

Pada saya, gesaan Dr. Nik Mazian yang meminta agar Nik Aziz meletak jawatan dan tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Kelantan atau PAS itu membuktikan tentang sikap akar umbi PAS yang mahu Mursyidul Am PAS itu bersara secepat mungkin.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang rungutan dan gesaan beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PAS yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun ketika itu, puak-puak PAS begitu marah dan seolah-olah cuba menyembunyikan fakta yang ketika itu sedang hangat diperkatakan di kalangan akar umbi, khususnya golongan pro-ulama PAS yang sudah bosan dengan “fatwa sesat” Nik Aziz.

Hakikatnya, sememangnya betul dakwaan bahawa ramai puak-puak PAS, khususnya di Kelantan sedang tertunggu-tunggu persaraan Nik Aziz dalam masa terdekat disebabkan ketidakupayaan Menteri Besar Kelantan itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah negeri.

Mereka tahu tentang jadual ketat Nik Aziz yang terpaksa mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga tahu tentang keadaan Menteri Besar itu yang lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur di pejabatnya.

Mereka juga sudah bosan melihat Mursyidul Am itu keluar masuk hospital dan gagal melaksanakan pentadbiran negeri itu dengan baik akibat kekangan kesihatan yang buruk dan usianya yang lanjut menyebabkan dia tidak faham banyak isu-isu moden yang berbangkit.

Malah ada di antara mereka yang mengaku malu dengan Nik Aziz yang tidak mampu memahami Bahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi untuk bertutur dalam bahasa dunia tersebut.

Selain itu, dengan ekonomi Kelantan yang masih berada di takuk lama dan prestasi yang tidak stabil turut menyebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap “orang tua” itu.

Persoalannya, mahukah Nik Aziz mengikut dan menuruti gesaan nasihat ADUN Gaal serta golongan akar umbi PAS di Kelantan itu?

Pada pandangan saya, Nik Aziz tetap Nik Aziz dan saya menjangkakan dia akan “buat-buat bodoh” serta akan terus bertanding pada PRU ke-13 nanti sekaligus akan mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia menang di DUN yang ditandinginya.

Sebagaimana maklum, Nik Aziz memang degil, ego dan gilakan jawatan. Dan disebabkan sifat-sifat itulah dia akan terus memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS sehingga ajal menjemputnya.

Cuma, saya mengharapkan agar ADUN Gaal tidak akan kecewa dan kecil hati selepas ini sekiranya “tiket ke syurga” miliknya ditarik balik dan dia bakal dihujani oleh pelbagai kutukan dari para penyokong “Nabi PAS” itu.

Harapan saya, usahlah pecat Dr. Nik Mazian. Bukan apa…nanti payah pula PAS nak menang bila ramai sangat pemimpin yang dipecat PAS..kan?

Sumber: Mykmu.net

LAPORAN AUDIT KEDAH MACAM NI PUNYA TERUK PUN DIKATA "BAIK"..???

haramkah

Terpampang di dada “tabloid” yang menjadi lidah rasmi PAS, Harakah, dan di laman webnya, Harakahdaily, tentang pembentangan laporan audit negeri Pakatan Haram yang kononnya mendapat “penarafan baik dan memuaskan”.

Antara yang dikatakan mendapat pengiktirafan tersebut adalah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya juga begitu cemerlang menguruskan hal ehwal perbelanjaan di negeri itu tanpa sebarang penyelewengan.

Sungguh loya anak tekak saya bila membaca pembohongan demi pembohongan yang disampaikan kepada pak-pak lebai PAS yang sering tertipu dengan permainan politik jijik parti yang kononnya “paling Islamik” itu.

Saya percaya, Azizan Razak pastinya akan mengurut dada melepaskan nafas lega membaca laporan Harakah itu.

Tapi saya juga yakin bahawa Menteri Besar Kedah itu berkemungkinan besar sesak nafas ketika membaca laporan audit yang jelas menunjukkan kelemahan demi kelemahan pentadbirannya menguruskan wang rakyat Kedah.

Saya tertanya-tanya, apakah Harakah terlupa untuk memberitahu pembacanya tentang Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) yang banyak menyumbang kepada kerugian besar melalui GLC itu yang berada dibawah kuasa Azizan Razak?

Projek-projek utama MBI misalnya seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian.

Malah di dalam laporan tersebut jelas menunjukkan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan yang gagal dilaksanakan oleh pihak MBI bagi kesemua projek ratusan juta ringgit.

Selain itu, apakah Harakah sengaja tidak menceritakan tentang pembayaran Kerajaan PAS Negeri Kedah sebanyak RM2.55 juta kepada lima syarikat kontraktor yang tidak berdaftar Pusat Khidmat Kontraktor?

Lebih teruk lagi, pengarah-pengarah bagi kelima-lima syarikat terbabit dikatakan mempunyai hubungan keluarga di antara satu sama lain dan pembayaran tersebut dibuat beberapa kali dibuat atas nama syarikat lain serta tuntutannya dikatakan berulang beberapa kali!

Apakah PAS yang selama ini kononnya mengutuk keras budaya kronisme, tapi kini berubah wajah sebagai “pengamal tegar kronisme” dalam diam setelah mendapat kuasa?

Apakah laporan audit yang sebegini buruk bunyinya layak diberi pengiktirafan sebagai “baik dan memuaskan?

Apakah PAS dan Harakah fikir rakyat tidak tahu membezakan antara perkara yang “baik” dan “buruk” mengenai laporan audit di negeri-negeri jajahannya kali ini?

Bayangkan, pembohongan tersebut berlaku di sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang selama ini mengaku kononnya “terlebih Islam” berbanding umat Islam lain dan bayangkan pula pembohongan yang berlaku di negeri di bawah kuffar harbi laknatullah di Pulau Pinang.

Saya yakin, kalau dihuraikan tentang pembohongan oleh kepimpinan negeri-negeri Pakatan Haram di Malaysia, sudah tentu ramai yang akan terkejut melihat betapa teruknya laporan audit yang dibentangkan baru-baru ini.

Namun peliknya, mengapa media-media pro-Pakatan Haram tidak melaporkan perkara yang benar dan dilihat sengaja menyembunyikan segala kelemahan laporan-laporan audit tersebut yang ternyata lebih banyak dari kelemahannya?

Saya ingin bertanya, puak-puak Pakatan Haram ini tahu atau tidak mentadbir perbelanjaan wang rakyat? Kalau tidak tahu, sila kembalikan semula negeri-negeri itu kepada BN kerana parti kami terbukti jauh lebih bagus dari Pakatan Haram!

Sumber: Mykmu.net

INI SEBABNYA AKU TAK MAU PAKAI FERRARI...HANCURRR..!!!


Ini la sebabnya aku tak mau pakai keta Ferrari... cuba tengok apa jadi kalau accident. Berkecai teruk tu broooo..!!! Kalau keta biasa, rasanya takde la sampai berkecai macam gambar kat bawah ni...kan? Heh!

P/s: Bukan tak mampu nak pakai Ferrari...tapi memang tak mampu pun..! Heh! Kalau bagi free memang aku ambil la...tapi lepas tu aku jual terus! Tak mampu nak bayar roadtax dia wooo..!


Pelajar Cina Malaysia Rakam Aksi Porno Sendiri..!?


Generasi muda kaum Cina sekarang ni dah tak macam generasi muda Cina zaman dulu. Sekarang ni diorang dah terlebih advance. Mungkin disebabkan terpengaruh dengan simptom LGBT yang dipelopori Ambiga...

Jadi tak hairan la kalau kita tengok ramai jugak generasi muda kaum Cina ikut sama berdemo ketika Bershit 3.0 tempohari...kan?

Buktinya? Nah..tengok kat bawah ni bagaimana rosaknya generasi muda Cina bila terjebak dengan LGBT...heh! Jangan marah aaaa...

Blog Porno: Pelajar Malaysia Berdepan Tindakan Disiplin

PETALING JAYA- Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.

Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa Asean, Alvin Tan Jye Lee telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

The Straits Times of Singapore melaporkan , Jurucakap NUS berkata, Tan yang juga pelajar jurusan undang-undang tidak menerima biasiswa berkenaan kerana dia sedang bercuti.

Tan telah dinasihatkan agar membuang semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.

Blog Porno: Pelajar Malaysia Berdepan Tindakan Disiplin

Jurucakap itu berkata pihak universiti mempunyai proses pemilihan ketat terhadap penerima-penerima biasiswa berdasarkan pencapaian akademik mereka dan pencapaian peribadi.

“Ini bukan memberi bayangan bahawa semua sarjana-sarjana kami seperti dia (Tan).
“Kebanyakannya pelajar-pelajar kami memberi sumbangan yang bermakna terhadap komuniti NUS, “ katanya. - Mynewshub.my

ULAMA PAS TERUS BISU DIMALUKAN DAP..!!!

harun din

Sejak berkawan dengan “syaitan-syaitan”, ramai yang melihat dan bersetuju untuk menyimpulkan bahawa PAS kini tidak seperti dulu dan ulama-ulamanya yang dulunya begitu vokal memperkatakan tentang dasar Islam, kini menikus bacul bagai “tidak bertelur”.

Sejak awal tahun 2008 lagi, ketika PAS mula bergabung dengan DAP dan PKR yang berjaya memesongkan PAS untuk menjadi sebuah parti yang lebih liberal, parti yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Fuad itu semakin hilang identitinya.

Paling menghairankan, kemanakah perginya golongan ulama di dalam PAS dan apakah mereka juga bersetuju melihat dasar-dasar perjuangan asal parti itu yang memperjuangkan kepentingan Islam dirosakkan begitu saja oleh “syaitan-syaitan” yang menjadi rakan karib Nik Aziz itu?

Rentetan demi rentetan peristiwa yang memalukan PAS berlaku sejak parti itu bergabung dengan DAP dan PKR.

Antara yang memanaskan punggung PAS ialah mengenai isu penggunaan kalimah “Allah” yang begitu hangat diperdebatkan sehingga ada Ahli Parlimen PAS seperti Khalid Samad yang “dibalun” bertalu-talu di dalam Parlimen oleh Ahli Parlimen PAS yang pro-ulama seperti Taib Azamuddin.

Saya masih ingat ketika itu bagaimana begitu ramai ahli dan pemimpin Dewan Ulama PAS yang bangkit marah kepada pemimpin-pemimpin “Anwarinas” di dalam PAS yang menyokong penggunakan kalimah “Allah” itu di kalangan penganut Kristian di negara ini.

Bagaimanapun, disebabkan kuasa veto yang ada pada Nik Aziz yang begitu sayang pada “syaitan-syaitan” itu, maka PAS mengambil keputusan songsang dengan membenarkan kalimah “Allah” digadaikan kepada penganut agama lain di negara ini dan menidakkan pandangan Dewan Ulama.

Begitu juga apabila bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dikutuk, dihina dan kemudiannya dipecat dari PAS disebabkan oleh keputusannya mempertahankan aqidah umat Islam di negeri itu yang diancam oleh gerakan para pendakwah Kristian di sebuah gereja.

Ketika itu, ramai juga pemimpin PAS yang pro-ulama bangkit mempertahankan Hasan Ali memandangkan keputusannya yang dianggap tepat bagi menghalang aqidah umat Islam diperkotak-katikkan di Selangor.

Namun hanya kerana Khalid Ibrahim dan Khalid Samad yang menyebelahi Kristian dan Gereja, Hasan Ali diancam dan diugut akan digugurkan jawatannya ketika itu.

Dan hanya kerana Azmin Ali yang mendesak PAS menggugurkan individu yang mempertahankan kepentingan Islam itu, maka PAS sanggup memecat Hasan Ali meskipun begitu ramai ahli Dewan Ulama yang menyokong bekas pakar motivasi tersebut.

Kemuncaknya adalah apabila PAS dipaksa untuk melupakan perjuangannya menubuhkan Daulah Islamiyyah dan hukum hudud, apabila perjuangan tersebut terpaksa digantikan dengan Kerajaan Kebajikan dan hudud pula dibuang terus dari perjuangan asal PAS.

Saya yakin, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din, bekas Timbalan Presiden PAS yang digulingkan Mat Sabu,Nasharuddin Mat Isa, Ustaz Harun Taib dan ramai lagi ulama di dalam PAS yang tidak setuju dengan perubahan negatif itu.

Namun, mereka sekali lagi berjaya “dibisukan” oleh Nik Aziz yang berkeras mahu PAS terus menjadi “keldai tunggangan syaitan”!

Terkini, apa yang saya tahu, begitu ramai golongan pro-ulama di dalam PAS seperti Dewan Ulama PAS Pusat dan diperingkat negeri, Dewan Pemuda PAS dan Ahli Majlis Syura parti itu yang merajuk, marah, terkilan dan berkecil hati terhadap kepimpinan Nik Aziz serta Hadi Awang.

Suara mereka-mereka yang pro-ulama di dalam PAS sudah tidak laku sama sekali di dalam parti itu dan ramai di kalangan mereka yang enggan lagi bersuara memperjuangkan dasar-dasar Islam di dalam parti tersebut.

Hasilnya, PAS semakin hanyut di dalam “pelukan syaitan” dan Nik Aziz yang kini dikatakan sudah “expired” begitu degil, angkuh dan berlagak bagus sudah mula disifatkan sebagai liabiliti besar yang menyebabkan parti itu semakin hilang sokongan di kalangan umat Islam di negara ini.

Persoalannya, sampai bilakah para ulama di dalam PAS akan terus bacul, bisu dan “tidak bertelur” sedangkan PAS kini hampir “karam” dan hilang maruahnya?

Sumber: Mykmu.net

MAHFUZ KATA TUN M TIADA PENGARUH..!!!

mahfuz lawak bodo

Saya tidak tahu lagi bagaimana untuk menyifatkan otak yang dimiliki oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang jelas suka bercakap tapi dia sendiri tidak tahu tentang apa yang dia cakapkan kepada khalayak masyarakat Malaysia.

Memang saya kasihan dengan puak-puak PAS yang ditakdirkan untuk memiliki seorang Naib Presiden sebodoh itu, namun apakan daya, dia menang jawatan itu pada Muktamar yang lepas dan tidak habis-habis memalukan PAS siang dan malam.

Terbaru, Mahfuz berkata bahawa setiap kali mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata-kata, maka ia akan memberi kesan negatif terhadap BN di mana undi di kalangan orang Melayu akan turun menjunam.

Dia memberi contoh tentang kenyataan Tun Dr. Mahathir tentang pemberian BR1M yang menurutnya seolah-olah satu tindakan untuk membeli undi dari rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Mahfuz menegaskan bahawa setiap kata-kata dari arkitek pembangunan Malaysia itu langsung tidak memberi sebarang pengaruh terhadap Pakatan Haram dan mereka langsung tidak pernah risau dengan pengaruh yang ada pada Tun Dr. Mahathir.

Pertamanya, saya ingin memberitahu Mahfuz bahawa setiap pandangan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri itu mampu memberi kesan yang cukup positif kepada BN, khususnya UMNO.

Untuk pengetahuan Mahfuz, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu sebenarnya telah disalah tafsirkan oleh otaknya yang berIQ rendah di mana mantan Perdana Menteri yang gemar mengeluarkan kenyataan sinikal itu sebenarnya menyindir Pakatan Haram!

Sebelum ini, Pakatan Haram sebok mencanangkan bahawa BR1M adalah mekanisma Kerajaan BN untuk membeli undi.

Namun, jika benarlah kenyataan Pakatan Haram itu, sehari selepas Kerajaan BN selesai memberikan BR1M, sudah tentu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan PRU ke-13 akan berlangsung.

Ia adalah bagi mendapatkan momentum sokongan rakyat hasil dari pembelian undi tersebut.

Pun begitu, BR1M kali ini adalah pemberian kali kedua yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan sehingga kini beliau belum pun membubarkan Parlimen! Jadi, di mana kebenaran yang dicanangkan oleh puak-puak Pakatan Haram itu?

Sebenarnya, pemberian BR1M itu adalah semata-mata untuk membantu rakyat, dan ikhlas dari sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya.

Manakala kenyataan Tun M itu hanyalah sekadar sindiran kepada Pakatan Haram yang suka sangat memanipulasi keihklasan kerajaan BN! Takkanlah itu pun Mahfuz payah untuk faham?

Lagipun, sekiranya pengaruh Tun M tidak ditakuti oleh Mahfuz dan Pakatan Haram, mengapa perlu Mahfuz mengeluarkan kenyataan untuk menyerang mantan Perdana Menteri itu? Jelaslah Mahfuz sebenarnya “phobia” terhadap sebarang kenyataan Tun M!

Mahfuz perlu tahu tentang kemenangan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen Jerlun pada PRU ke-12 dahulu di mana anak mantan Perdana Menteri itu merupakan “calon bidan terjun” yang tiba-tiba dicalonkan di kawasan tersebut.

Pada awalnya, Muhkriz dijangka akan dicalonkan di Parlimen Langkawi, namun bagaimanapun beliau tercalon di Parlimen Jerlun di saat-saat akhir.

Tahukah Mahfuz bagaimana dan disebabkan apa anak Tun M itu mampu memperoleh kemenangan majoriti lebih 2,000 undi di Parlimen Jerlun sedangkan dua DUN di kawasan tersebut berjaya dikuasai oleh PAS?

Untuk mengetahui jawapannya, Mahfuz perlu turun padang dan bertemu dengan para penyokong PAS di sana yang memberikan undi kepada Mukhriz pada pilihanraya yang berlangsung pada tahun 2008 itu.

Dan kalau Mahfuz rajin, boleh tanya kepada “tok-tok ayah” PAS di Parlimen tersebut mengenai kemenangan anak PM itu dan ketika itu barulah Mahfuz akan tahu sama ada pengaruh mantan Perdana Menteri itu memberi kesan positif atau negatif terhadap Pakatan Haram!

Rakyat Selangor Mahu Hantar Khalid "Gagap" Ke Rakhine 6 Bulan..!?

khalid garu

Sekembalinya saya dari Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Myanmar baru-baru ini, saya diberitahu tentang penyusutan air di empangan yang didapati semakin hari semakin menuju  tahap kritikal sehingga melebihi tahap 50 peratus dari paras sepatutnya.

Perkhabaran ini membuktikan bahawa jangkaan yang menyatakan bahawa seluruh negeri Selangor dan kawasan Lembah Klang bakal mengalami krisis air pada tahun 2014 adalah benar di mana bibit-bibit masalah itu telah mula kelihatan.

Ketika itu, wajah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, terus terbayang di benak fikiran saya dan terus terang saya nyatakan bahawa keinginan untuk meludah mukanya begitu kuat sekali di saat tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah dia sebagai pemimpin yang dipilih rakyat Selangor tidak dapat berfikir tentang keutamaan yang sepatutnya di dahulukan?

Antara pembinaan loji Langat 2 dan penstrukturan semula air di Selangor, yang manakah yang lebih penting demi memastikan rakyat di negeri itu terus mendapat bekalan air bersih yang mencukupi?

Khalid “Gagap” begitu sebok berusaha meminta Kerajaan Pusat memberikan komitmen untuk menjayakan penstrukturan semula air di Selangor dan dia memberi syarat bahawa sekiranya kemahuannya itu dipenuhi maka barulah dia akan membenarkan Langat 2 dibina di negeri itu.

Ketika dia meminta itu dan ini dari Kerajaan Pusat, air di empangan dan sumber-sumber air di Selangor masih lagi banyak dan penuh di paras optimum, namun bekalan air bersih telah ketara berkurangan di loji-loji rawatan air.

Kerajaan Pusat melalui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin memberikan komitmen sepenuhnya dengan membenarkan kerajaan pimpinan Khalid membeli semua keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu.

Malangnya, Khalid yang dikatakan CEO paling “ngetop!” di Malaysia itu gagal dalam perbincangan membeli syarikat-syarikat tersebut. Maklumlah, dia tawarkan untuk membeli dengan harga yang murah, siapa yang nak jual?

Asyik “ding dong, ding dong” sana sini, air di empangan semakin menyusut teruk dan sumber-sumber air di Selangor kian tercemar akibat menunggu “projek penstrukturan semula air Khalid” itu! Musim kemarau yang berpanjangan memburukkan keadaan.

Persoalannya, berapa lama rakyat Selangor nak tunggu Khalid selesaikan penstrukturan semula air di Selangor itu? Sudah lama sangat tempoh yang diberikan, sampai kering air di empangan!

Sekarang, malapetaka itu akan ditanggung sepenuhnya oleh seluruh rakyat Selangor dan di sekitar Lembah Klang di mana penyusutan air di empangan serta pencemaran di sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air itu dijangka bakal menjejaskan kehidupan rakyat di kawasan paling maju itu.

Khabarnya Selangor dan kawasan Lembah Klang merupakan negeri dan kawasan paling “advance” sekali di negara ini, tapi malangnya disebabkan Khalid “Gagap” yang “Gagal”, mereka semua akan menghadapi krisis air seteruk yang dialami pada tahun 1998 dahulu.

Khalid mahu salahkah Allah SWT atas pengurangan paras air di empangan? Kerana hujan tidak turun di kawasan tersebut dan musim kering yang melanda maka Khalid sanggup menyalahkan kuasa Allah yang Maha Menjadikan? Beranikah Khalid?

Nampaknya Khalid begitu angkuh jika dia berani berbuat demikian. Dan sekiranya dia benar-benar seorang yang zuhud kepada kejadian Allah, dia sepatutnya membenarkan Langat 2 dibina segera bagi mengatasi malapetaka yang bakal melanda rakyatnya!

Langat 2 membolehkan sumber air mentah tambahan dari Pahang disalurkan kepada seluruh penduduk negeri Selangor, Wilayah Persekutan dan Putrajaya.

Apalah salahnya jika Khalid segera meluluskan pembinaan Langat 2? Susah sangatkah dia mahu meluluskan sesuatu yang diyakininakan menyelesaikan krisis air di Selangor? Nak buat penstrukturan air pun buatlah, tapi loji Langat 2 itu perlu disegerakan!

Sekarang, keadaan semakin kritikal. Paras air di empangan menyusut teruk dan sungai-sungai sumber bekalan air semakin tercemar. Apa lagi alasan Khalid untuk mengelak diri memandangkan kini kerajaan pimpinannya gagal menyediakan air untuk diproses syarikat-syarikat konsesi.

Jika sebelum ini dia salahkah Syabas, Kementerian, Kerajaan Pusat, SPAN dan semua orang di sekeliling yang tidak menyokongnya, entah siapa lagi yang akan dia persalahkan?

Dan apa pula alasannya kali ini untuk tidak membina Langat 2? Apakah dia akan memberikan alasan bodoh lagi dan mahu terus menunggu penstrukturan semula airnya itu selesai maka barulah dia mahu fikirkan tentang masalah rakyat yang tidak mendapat bekalan air bersih?

Elok rakyat Selangor hantar Khalid “Gagap” tinggal di Rakhine, Myanmar,  selama 6 bulan dan ketika itu barulah dia tahu bagaimana azabnya berkongsi 15 gelen air dengan lebih 8,000 masyarakat Rohingya di sana, baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah!

Sumber: Mykmu.net

Airmata Rohingya Di Rakhine Tidak Mustahil Tumpah Di Malaysia Jika...

mykmu4

Bukan mudah untuk mentadbir sebuah negara berbilang agama, bangsa, kaum, etnik, budaya serta keturunan seperti Malaysia, dan sesungguhnya saya bersyukur atas kurniaan Allah kerana dilahirkan di negara yang makmur, aman dan membangun ini.

Sebenarnya, saya bernasib baik kerana berpeluang untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia yang membawa bantuan seberat 580 tan berisi keperluan harian, ubat-ubatan dan sebagainya ke wilayah bergolak di Rakhine.

Alhamdulillah, satu-satunya misi yang terbesar yang dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan dari kerajaan Myanmar itu berjaya dilaksanakan dan segala amanah yang dibawa dari negara ini berjaya disampaikan kepada masyarakat Islam di sana.

Melihat kemiskinan, perintah berkurung, serangan penyakit dan yang paling utama sekali, tiada lagi erti keharmonian di negara itu menjadikan saya begitu berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN yang begitu berjaya mentadbir Malaysia sehingga kini.

Saya dan rakan-rakan media yang lain tidak dapat menahan airmata melihat kesengsaraan akibat konflik agama dan krisis perkauman yang berlaku di wilayah itu disebabkan kurangnya semangat perpaduan di sana.


Mereka juga sama seperti Malaysia, mempunyai beberapa kaum, etnik dan merupakan penganut agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya, namun kerana kurangnya perpaduan, mereka bertelagah, bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri.

Berpuluh masjid, kuil dan ratusan rumah dibakar setiap minggu akibat pertelingkahan yang begitu sukar untuk “disembuhkan” itu mengakibatkan ramai masyarakatnya terpaksa tinggal di dalam kedhaifan di kem-kem perlindungan sementara di sana.

Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan air besih, tidur di atas tikar buluh, tinggal di rumah panjang seperti kandang kambing, hanya bertandaskan pondok kecil tanpa sistem kumbahan yang baik dan kekurangan makanan, itulah kehidupan saudara-saudara seagama kita di sana sejak Jun lalu.

Paling teruk, seorang makcik tua terpaksa merengkok di pondok buluh tersebut tidak mampu bergerak dan terpaksa menahan sakit sekian lama akibat tiada khidmat perubatan yang sempurna setelah dia dibaling batu oleh pihak pelampau yang bertelagah.

Mendengar keluhan dan tangisannya, ia mampu merentap jiwa setiap insan yang berhati manusia dan hanya binatang sahaja yang tidak berperi kemanusiaan saja yang tidak pilu melihat penderitaan makcik tersebut.


Itu baru satu contoh yang saya berikan dan bayangkan kami terpaksa berdepan dengan puluhan ribu lagi saudara-saudara seagama yang senasib dengannya.

Seorang wanita, Saidatul Niza Abu Sayaf, 25, kini terpaksa tinggal bersama suami dan seorang anaknya setelah 11 anggota keluarganya dibunuh secara kejam oleh puak-puak pelampau Buddha, termasuk kedua ibu bapanya, dua orang anaknya yang berusia 4 dan 5 tahun.


Peliknya, misi kami ini langsung tidak disertai oleh media-media pro-pembangkang seperti Harakah, Malaysiakini, Malaysia Insider dan Suara Keadilan sedangkan penyertaannya dibuka kepada semua media yang berminat.

Kalau mereka bersama kami di misi itu, saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia dan berterima kasih kepada Kerajaan UMNO/BN yang begitu baik hati dan cemerlang mentadbir negara ini meskipun terpaksa berhadapan dengan bajingan-bajingan seperti mereka.

Terlintas juga dibenak saya untuk mencabar Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Rafizi Ramli untuk bersama Lim Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua, Eli Wong dan Teresa Kok untuk tinggal bersama mereka di kem-kem di wilayah Rakhine itu untuk tempoh 6 bulan.

Bukan apa, teringin benar saya untuk melihat mereka berdepan dengan kancah pergolakan di sana yang berpunca dari individu-individu seperti mereka yang suka menghasut dan menyebarkan persepsi buruk sehingga menyebabkan berlakunya pepecahan di negara ini.

Saya yakin, jangankan 6 bulan, sebulan pun rasanya mereka tidak akan sanggup berada di sana dan kalau lebih dari tempoh itu pun saya pasti mereka hanya tinggal nama saja kerana silap haribulan, nyawa mereka boleh terpisah dari tubuh pada bila-bila masa sahaja…

Justeru itu, hargailah keamanan, kesejahteraan dan perpaduan yang tersemai sejak zaman berzaman di Malaysia. Dan belajarlah berterima kasih terhadap sebuah kerajaan yang terbukti terbaik dalam mentadbir sebuah negara yang majmuk seperti Malaysia.

Andai kata Malaysia jatuh ke tangan “agen Yahudi”, puak-puak “chauvinis ultra kiasu” dan “khawarij Syiah”, saya yakin apa yang berlaku di Rakhine, Myanmar, tidak mustahil untuk berlaku di tanahair kita ini, insaflah…

Sumber: Mykmu.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!