Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, September 28, 2012

DAP KUTUK NGEH..TAPI PAS BELA NGEH...BAGUSSS..!!!

nizar ngeh

Agak menggelikan hati apabila beberapa pemimpin PAS baru-baru ini tampil mempertahankan pemimpin DAP Perak, Ngeh Kor Ham, yang telah menghina Rasulullah SAW dan Islam di laman sosial twitter baru-baru ini.

Kenyataan Ngeh itu jelas mengguris hati ramai pihak, khususnya umat Islam di Malaysia yang menyifatkan kenyataan tersebut merupakan bukti kukuh bahawa DAP sememangnya sebuah parti yang anti-Islam.

Bagaimanapun, ada juga pemimpin PAS yang masih waras seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan PAS Johor yang marahkan kebiadapan Ngeh tersebut meskipun dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pun begitu, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila dilaporkan bahawa Ngeh juga telah dihentam hebat oleh para perwakilan DAP ketika deligasi parti itu bersidang di Konvensyen  DAP Perak ke-17 yang berlangsung baru-baru ini.

Khabarnya, Ngeh mungkin menjangkakan bahawa dia bakal dipuji oleh para perwakilan DAP Perak yang hadir memandangkan jawatannya yang tinggi dan dilihat “popular” dengan suara-suaranya yang kononnya “hebat”.

Namun sebaliknya, Kong Ying Hwa yang merupakan Pengerusi DAP Cawangan Lumut memulakan “serangan” terhadap Ngeh apabila dia mempertikaikan permainan politik jijik bekas Exco Negeri Perak itu yang mempergunakan akhbar Cina untuk mengkritik ahli parti secara terbuka.

Kemudian, Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O.P Syed Ibrahim yang merupakan seorang Melayu “murtad” bingkas bangun pula menambah sakit hati di dada Ngeh apabila mempertikaikan tindakannya menyalahgunaka media demi kepentingan politik peribadi.

Lebih parah lagi apabila Ngeh semakin teruk dibalun oleh ramai perwakilan yang mempersoalkan tindakannya memperlekehkan Islam di Twitter baru-baru ini.

Menurut mereka, tindakan bodoh Ngeh tersebut telah membantutkan minat golongan Islam untuk menyertai parti itu sedangkan DAP sedang giat memancing ramai umat Islam untuk berjuang bersama-sama mereka.

Rasanya, berkemungkinan besar bahawa hati Ngeh begitu parah menunggu dan mengharapkan agar konvensyen DAP itu supaya cepat-cepat berakhir supaya sakit hati dan penderitaannya itu tamat segera.

Persoalannya, apakah Ngeh fikir bahawa dia merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan kuat lagi selepas dihentam hebat oleh para perwakilan DAP Perak itu?

Relevan lagikah dia mendabik dada kononnya dialah “hero DAP Perak” yang bakal merampas Perak kembali dari UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti?

Lebih memalukan ialah tentang pendirian PAS Perak yang diketuai oleh Nizar Jamaluddin yang kononnya memperjuangkan Islam dan perjuangan Rasulullah SAW.

Di saat Azizan Razak, PAS Johor dan para pemimpin DAP Perak menghentam Ngeh berhubung kebiadapannya terhadap Islam dan Rasulullah SAW, PAS Perak tidak sedikit pun berani mengusik Ngeh.

Apakah PAS Perak takut dan begitu patuh kepada Pengerusi DAP Perak itu sehingga terpaksa merelakan lelaki kurang ajar itu menghina Islam dan Baginda Rasulullah SAW?

Tidak malukah PAS Perak kepada para perwakilan DAP yang mengkritik keras Ngeh?

Meskipun mereka memarahi Ngeh kerana mengurangkan minat golongan beragama Islam untuk menyertai DAP dan bukan kerana mempertahankan Islam, mereka sedar bahawa tindakan Ngeh itu salah sama sekali dari sudut moral dan politik parti.

Justeru itu, sewajarnya PAS Perak bermuhasabah diri dan mengkaji tentang hala tuju mereka yang kini dilihat hampir berkiblatkan Ngeh Kor Ham berbanding mempertahankan kesucian agama Islam di negeri tersebut.

Semoga Islam terus bersemi di Perak dengan kejatuhan seorang pemimpin DAP yang biadap dan durjana seperti Ngeh!

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! MAHFUZ NAK JAHIT MULUT NASHARUDDIN MAT ISA..???

mahfuz bodoh

Sebagaimana maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan seorang “loyalist” yang begitu setia dan sangat menghormati pada pemimpin tertinggi yang pernah menjadi “boss”nya.

Itu tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau dilihat begitu taat dan sangat patuh kepada sebarang dasar atau arahan yang diberikan padanya sama ada perkara tersebut susah atau senang, Najib tidak pernah merungut atau gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Kita semua tahu bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad merupakan “mentor” atau “guru” kepada Najib di mana beliau mendidik Najib sejak bertugas di dalam barisan kabinet kerajaan.

Namun begitu, mungkin gentar dengan suara Tun M yang begitu lantang membantu dan menyokong kepimpinan Najib, PAS telah menghantar Naib Presidennya yang paling bodoh untuk menjadi “batu api” di antara “Sifu” dan “anak murid”nya itu.

Mahfuz baru-baru ini mendakwa bahawa Najib tidak berani untuk “menjahi” mulut Tun M dan tidak mampu berbuat apa-apa terhadap sebarang kenyataan mantan Perdana Menteri itu berkenaan isu politik negara.

Mahfuz berkata, kononnya kenyataan Tun M itu dilihat menghentam Najib dan kepimpinannya.

Persoalannya, apakah Mahfuz lupa bahawa Tun M baru saja menegaskan bahawa Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang baik dan negarawan genius itu memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak?

Apakah Mahfuz cemburu dengan kekuatan yang ada pada Najib apabila Tun M dilihat begitu banyak membantu secara langsung dan tidak langsung, serta sering menjadi penasihat yang setia kepada kepimpinan Najib?

Saya yakin bahawa Najib tidak pernah terlintas pun untuk menjahit mulut Tun M, sebaliknya saya yakin Perdana Menteri itu sangat berterima kasih atas sokongan dan nasihat dari seorang mantan Perdana Menteri yang disegani oleh kawan dan lawan itu.

Berbanding di dalam PAS, Mahfuz sepatutnya melontarkan persoalan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada dia berani untuk menjahit mulut Mursyidul Am, Nik Aziz, yang dilihat semakin celupar mendendangkan lagu songsang di dalam partinya.

Sedangkan Nasharuddin Mat Isa yang hanya bekas Timbalan Presiden PAS pun tidak ada sesiapa pun yang berani jahit mulutnya dari terus menerus mengkritik PAS yang terpesong dari landasan perjuangan sebenar, inikan pula nak menegur Nik Aziz.

Itu belum lagi disebut bagaimana PAS begitu takut untuk menjahit mulut Karpal Singh dan kepimpinan DAP yang jelas menolak serta menghina Islam dan begitu kebal “memkeldaikan” PAS sewenang-wenangnya selama 4 tahun!

Apakah PAS berani menjahit mulut DAP dan PKR yang jelas menolak perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah secara terbuka di media? PAS tak kisah kehilangan maruah begitu mudah?

Sewajarnya Mahfuz menjaga mulutnya sebelum dijahit oleh Nik Aziz, Abdul Hadi atau Mat Sabu memandangkan perkara-perkara yang keluar dari mulut Ahli Parlimen Pokok Sena itu begitu bodoh dan tidak melambangkan seorang pemimpin yang bijak.

Mahfuz sebenarnya perlu menjaga mulutnya agar kata-kata yang terbit darinya tidak menjadi liabiliti besar dan memalukan kepimpinan PAS kerana mempunyai seorang Naib Presiden yang tolol dalam memperkatakan sesuatu isu.

Mahfuz perlu sedar bahawa begitu ramai para penyokong PAS yang penat kerana terpaksa mempertahankan kesalahan mulutnya yang “busuk” bagaikan “longkang najis” serta menjadikan PAS sebagai bahan gelak ketawa dan sindiran rakyat.

Atau Mahfuz begitu bodoh untuk berfikir dan menilai tentang diri sendiri, dan sebaliknya cuba menyerang seseorang yang jauh lebih bijak dan berIQ lebih tinggi darinya. Saya harap Mahfuz pergi ke kedai dan beli cermin paling besar untuk dirinya…

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...HATI-HATI KALAU NAK NAIK BAS...


Secara peribadi, saya mintak semua rakyat Malaysia berhati-hati dengan BAS...

Silap-silap haribulan, kalau tertahan bas Anwar Berahim, memang naya kita dibuatnya...

Bukan apa...dah la free dibayar menggunakan duit rakyat...Bahaya pulak tu!

Mungkin dah lama sangat tunggu orang UMNO sabotaj bas dia...

Dan memandangkan seorang pun tak sabotaj dia...maka dia terpaksa...

SABOTAJ DIRI SENDIRI..heh!

Mangsanya siapa? Bas la mangsanya wehhhh...!!!

Thursday, September 27, 2012

BUDGET 2014: SILA TUNGGU ULASAN PAKAR BUDGET "MAHFUZ & IDRIS AHMAD"...HEH!


Adehhhh...So sorry... Saya memang letih sangat lately... Ke hulu ke hilir kerja. Dan sebab tu la posting agak berkecamuk sejak kebelakangan ni...

Anyway, saya akan cuba stabilkan apa yang patut lepas ni. Kerja dan perjuangan perlu seiring. Apatah lagi dah dekat dengan general election ni...

Esok, PM bentang budget di Parlimen. Aku rasa memang ramai yang akan beri perhatian penuh kat budget tu. Pembangkang akan serang budget tu macam "skrip" biasa diorang. Walau bagus macamana pun budget tu, pembangkang akan tetap serang punya...heh!

Dah memang dasar Pakatan Haram macam tu. Bangkang apa saja yang keluar dari Kerajaan BN, no matter what. Heh! Memang macam haram perangai diorang, kan?

Apapun, kita tunggu je pembentangan budget esok. Last year, memang saya cover directly budget tahun lepas. Siap buat timeline lagi, heh! Tapi memandangkan kali ni saya takde kat KL..maka saya cover dari jauh je la...heheheheeee...

Tapi yang paling saya tunggu ialah reaksi dari puak-puak pembangkang, especially dari Mahfuz Omar. Heh! Dia ni "pakar budget" nihhh...heh! Tak pun Idris Ahmad...dua-dua orang ni memang "pakar ekonom dunia", tak pernah miss serang budget every year...!!! Heh!

Tuesday, September 25, 2012

KEPUTUSAN #PRKampus: MAHASISWA SOKONG PEMBANGKANG?

pR kampus

Hari ini merupakan hari para mahasiswa dan mahasiswi di kebanyakkan pusat-pusat pengajian tinggi awam turun mengundi di mana Pilihanraya Kampus (PR Kampus) 2012 sedang hangat berlangsung di seluruh negara.

Saya agak tertarik untuk mengupas PR Kampus di zaman ini di mana kebanyakkannya dilihat telah jauh menyimpang dari naturaliti sesebuah universiti memandangkan para siswa dan siswi lebih condong ke arah politik nasional berbanding politik pelajar.

Apa yang saya lihat, budaya PR Kampus di zaman ini sangat berbeza sekiranya dibandingkan dengan budaya dan perjuangan para mahasiswa di zaman saya.

Maksud saya, mahasiswa di zaman dahulu begitu ikhlas dan konsisten memperjuangkan keperluan pelajar di universiti berbanding sekarang yang dilihat begitu senang terpengaruh untuk menjadi “balaci” parti politik pembangkang.

Sebelum ini kita melihat beberapa anak muda berhingus begitu biadap dan kurang ajar apabila bertindak keterlaluan serta mengganas di kampus masing-masing menentang kerajaan.

Kalau yang agenda yang ditentang itu berkaitan dengan mahasiswa dan para pelajar universiti, itu tidak menjadi masalah. Namun peliknya, mereka membawa ideologi Pakatan Haram untuk masuk ke universiti dan cuba mempengaruhi para mahasiswa yang lain.

Nama-nama seperti Adam Adli dan Safwan Anang bukanlah nama asing di negara ini apabila mereka muncul sebagai “bajingan nombor wahid” apabila terbabit di dalam beberapa siri demontrasi anjuran pemimpin Pakatan Haram dan penaung LGBT.

Budak-budak yang kurang matang itu begitu mudah dimanipulasi pihak pembangkang sehingga mereka sanggup bermati-matian menjadi “anjing suruhan” yang rela dipenjara semata-mata mempertahankan ideologi negatif yang merosakkan.

Misalnya, apabila mereka ditahan pihak berkuasa atas sesuatu kesalahan, apakah mereka tidak fikir bahawa rekod peribadi mereka telah tercemar secara tidak langsung sekaligus menyukarkan untuk mereka mencari peluang pekerjaan selepas graduasi kelak?

Selain itu, mahasiswa Pro-pembangkang baru-baru ini mencontohi para pemimpin politik nasional apabila mereka beramai-ramai berkumpul di Dataran Merdeka untuk berdemonstrasi atas kapasiti “Bershit Kampus”.

Sedangkan secara jelasnya, tidak pernah pun sekali pihak pentadbiran berlaku tidak adil atau bertindak kotor ketika mengendalikan PR Kampus di penggal-penggal sebelum ini dan untuk apa sebenarnya mereka berdemo begitu?

Apakah mereka mahu menutup kelemahan dakwaan mereka sebelum ini yang kononnya “mahasiswa menyokong Pakatan Haram”?

Mereka sedar bahawa majoriti mahasiswa di negara ini menolak sekeras-kerasnya Pakatan Haram dan tidak mahu melihat kekotoran parti politik pembangkang itu menular masuk ke dalam kampus mereka.

Mereka juga tahu bahawa mereka tidak mampu menang di majoriti institusi pengajian awam di seluruh negara dan bagi memastikan mereka tidak dimalukan, mereka cuba menuduh pihak pengurusan PR Kampus sebagai tidak telus melalui “Bershit Kampus”.

Ia adalah modus operandi yang sama digunakan oleh Pakatan Haram di persada politik nasional dengan memperalatkan Ambiga dan konco-konconya.

Sewajarnya, para mahasiswa di zaman ini perlu merenung kembali budaya dan perjuangan para pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di zaman dulu di mana kami hanya memperjuangkan agenda pelajar dan menolak politik luar kampus.

Tugas utama mahasiswa adalah belajar sehingga berjaya mendapat segulung ijazah, manakala politik kampus pula hanyalah salah satu mekanisma bagi pelajar untuk mengasah bakat kepimpinan mereka, khususnya bagi mereka yang minat berpolitik.

Namun menyedihkan, mahasiswa belaan Pakatan Haram cuba menukar budaya itu dengan mempelopori budaya negatif tersebut dan ia menyebabkan ramai mahasiswa yang bangkit serta enggan menyertai mereka.

Kumpulan seperti Pro-M di UM dan WUFI di UIAM misalnya, begitu komited serta tebal fahamannya terhadap perjuanga politik pembangkang sehingga dikatakan sanggup melakukan apa saja bagi memastikan mereka menang PR Kampus.

Namun menurut tinjauan rakan-rakan saya yang merupakan pensyarah di universiti-universiti, dikatakan bahawa kebanyakkan IPT akan menolak pengaruh politik Pakatan Haram dan lebih gemar menjadi calon bebas di pusat pengajian tinggi masing-masing.

Apa pun, kita tunggu saja keputusan PR Kampus hari ini dan kita lihat apakah benar pada mahasiswa menyokong pembangkang atau Pakatan Haram sememangnya syok sendiri selama ini, kan?

Sumber: Mykmu.net

#PRKampus : TERKINI DI UM..PRO-M LETAK CALON DI UM..?


Setahu aku, di UIAM atau lebih dikenali sebagai IIUM, mahasiswa bertanding sebagai calon bebas. Tapi kenapa Pengerusi Pro-M di UM kata pihaknya menang di 23 kerusi dari 26 kerusi di UIAM pada penggal lalu?


Siapa calon Pro-M di UIAM? WUFI..kan? kan? kan? Alaaa...aku ex-IIUM...aku tau laa...

So, aku rasa WUFI akan tumbang kali ni sebab rules kat IIUM tak benarkan politik secara berkumpulan. Kalau ada calon bebas yang buat bantahan maka memang WUFI boleh disqualified...

Camana? Nampaknya WUFI tumbang la kat IIUM kali ni...Pro-M menangis lagi..?

PANASS..!!! MAK LAMPIR KEMBALI LAGI...!!!

zuraidah

Sudah lama kita tidak mendengar “suara” Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, yang lebih dikenali sebagai “Mak Lampir” sejak dia disaman oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada awal tahun ini.

Namun baru-baru ini, Zuraidah beranikan diri untuk bersuara lagi dan kali ini dia menyalak meminta agar kepimpinan UMNO Selangor untuk memberikan nama calon Menteri Besar negeri itu sekiranya BN kembali berkuasa.

Saya tertanya-tanya, siapakah yang menyuruh Zuraidah untuk bertanyakan soalan sebodoh itu?

Atau, apakah soalan tersebut terbit dari kotak pemikirannya sendiri untuk memperlihatkan betapa bodohnya dia di kalangan rakyat Selangor?

Saya tidak pasti dari mana Zuraidah belajar “perang” politik, namun saya yakin bahawa dia sememangnya merupakan salah seorang pemimpin politik PKR yang paling lemah, tidak berdaya saing dan selalu tidak menggunakan akal untuk berfikir.

Tidakkah Zuraidah tahu bahawa di dalam mana-mana peperangan sekali pun, termasuk “perang” politik, pihak lawan sudah tentunya tidak akan mendedahkan taktik perang mereka kepada lawannya di seberang sana.

UMNO dan BN tidak bodoh seperti Zuraidah untuk menjawab soalan yang sebodoh itu, khususnya dari orang yang bodoh! Justeru itu, tidak perlulah Zuraidah bertanya tentang perkara itu lagi.

Sebaliknya, Zuraidah perlu bertanya kepada Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim tentang kabinet bayangan Pakatan Haram sekiranya gabungan parti pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.

Anwar sejak tahun 2008 lagi begitu kemaruk kuasa dan sanggup mengelilingi segenap pelosok negara mencanangkan bahawa Pakatan Haram akan menawan Putrajaya pada PRU ke-13, khususnya sejak penipuannya tentang peristiwa 16 September memalukan dirinya.

Anwar mencanangkan bahawa kononnya PKR, DAP dan PAS bakal merampas kuasa dan menjajah negara ini sehingga memberikan harapan kepada segelintir penyokongnya yang masih lagi sanggup tertipu dengan “Raja Putar Alam” itu.

PAS yang dulunya begitu “dihentam” Anwar pun “ter”percaya dengan omongan kosong “agen Yahudi” itu dengan menganjurkan siri-siri Himpunan “Katak” Hijau Ke Putrajaya di seluruh negara dan dihadiri oleh ribuan pak-pak lebai yang begitu naif…

Meskipun begitu, ramai rakyat di negara ini menyedari bahawa gabungan Pakatan Haram itu hanyalah gimik murahan politik Anwar sedangkan PKR, DAP dan PAS tidak pernah sebulu di dalam dasar mereka, khususnya berkenaan hukum hudud dan isu negara Islam.

Jadi, memandangkan Anwar begitu yakin untuk menawan Putrajaya, maka dia wajar memberitahu rakyat tentang perancangannya untuk melantik kabinet sekiranya Pakatan Haram ditakdirkan menang pada PRU ke-13 nanti.

Sememangnya rakyat ingin tahu tentang khabar angin yang mengatakan bahawa Anwar akan melantik seramai tiga orang Timbalan Perdana Menteri, termasuk “kekasih gelap”nya, Azmin Ali, seorang wakil DAP dan seorang lagi wakil dari PAS.

Ramai juga ingin tahu sama ada Anwar akan melaksanakan hudud sebagaimana kemahuan Nik Aziz, Hadi dan para pemimpin PAS lain sekiranya portfolio berkenaan akan diberikan kepada parti yang kononnya terlalu Islam itu.

Anwar juga perlu menerangkan tentang kesamarataan hak yang diperjuangkan DAP itu apakah akan memungkinkan Jabatan Perdana Menteri akan diwujudkan portfolio khas seperti Hal Ehwal Agama Buddha, Hal Ehwal Agama Hindu, Hal Ehwal Agama Kristian dan sebagainya?

Zuraidah perlu bertanya kepada Anwar tentang segala perancangannya dan sekiranya Anwar gagal menjawab persoalan Zuraidah itu maka tak payahlah sebok-sebok untuk “jaga tepi kain” orang lain sedangkan ketuanya sendiri penuh dengan “auta”!

Saya berpendapat, Anwar perlu menasihatkan Zuraidah untuk tidak bersuara lagi selepas ini memandangkan apa yang selama ini keluar dan terbit dari mulutnya hanyalah tentang sesuatu yang akan menyebabkan PKR ditertawakan ramai.

Justeru itu Zuraidah harus sedar bahawa dia hanyalah merupakan “ketua wanita cukup syarat” sahaja memandangkan tiada wanita yang berketerampilan untuk menjadi Ketua Wanita PKR yang bijak dan berkreadibiliti. Diamlah Zuraidah dari terus menjadi liabiliti…

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI... SEMUA FREE DI ZAMAN PAKATAN HARAM..?


Bukan setakat turunkan harga kereta, Rafizi akan bagi free kereta kat rakyat Malaysia ni...

Tapi dengan syarat, korang mesti undi Pakatan Haram dan tadah bontot kat Anwar...

Amacam? Ada berani..?

Kalau berani...bukan setakat kereta free...Pakatan Haram akan kasi petrol FREE...

Amoi free pun ada...tapi kena mintak kat Ronnie Liu..heh!

TERKINI #PRKampuss..!!! MAHASISWA PRO PEMBANGKANG KOMA DIBELASAH GENG SENDIRI..??? @RazaliIbrahim @HishamuddinH2O


Aku dapat tahu dari seorang sahabat bahawa Pengerusi Pro-Menipu di UM telah Erdikoup Lakip Sediyanto telah dipukul sehingga koma dan patah sana sini. Teruk tu bebbb...sampai koma!

Diorang kata Erdikoup telah diugut kat rumah sewa dia sebelum tu dan diorang tak kenal pun siapa yang ugut mamat tu. Lepas tu orang yang ugut tu blah naik kereta Wira kaler merah. 

Tapi pelikjnya, dia tak pasti pulak no plate kereta tu...logik ke? Diorang pun pegi buat report polis...

Tetiba pulak ada khabar kata dia kena pukul sampai koma. Sapa yang pukul dia sampai koma? Heh! Betul ke kena pukul ni? Atau dia suruh bebudak ProM pukul dia untuk raih simpati..?

Bukan apa..aku teringat dulu ada sorang budak pompuan Pro M tu..Mastura namanya. Kononnya dia dikidnap sampai 3-4 hari tak dapat dikesan. Tetiba diorang jumpa budak tu dalam surau..Lepas tu diorang tuduh pulak calon Aspirasi Mahasiswa yang kidnap! Heh!

Sekarang ni puak-puak Pakatan Haram ni makin "advance" dalam taktik menipu ni. Diorang tunggu UMNO/BN serang diorang, tapi UMNO/BN tak serang pun secara fizikal dan perkara tu buat diorang mati akal...

Diorang provoke gila-gila pun UMNO/BN buat cool je. Akhirnya, diorang terpaksa upah geng sendiri untuk pukul diorang. Heh! Gila...terdesak sangat ke nak menang wehhh??? Desperate?

Aku rasa, the same thing happened kat budak Mastura tu, dan the same thing happened kat Erdikoup tu.. semua tu wayang nak tarik simpati, lepas tu tuduh musuh politik diorang buat. Padahal bebudak Aspirasi Mahasiswa tu tengah sedap tidur kat bilik masing-masing...heh!

Aku pelik betul. Puak-puak Pakatan Haram ni memang suka menipu dan penyakit tu dah berjangkit pulak kat budak-budak pelapis Pakatan Haram di UM. Kalau dah dasar penipun tu memang penipu la jugak...Cit poraahhh la..politik murahan!

Monday, September 24, 2012

NGEH HINA ISLAM PUN UMNO YANG SALAH, KATA MAHFUZ


SAYA berpendapat, tentu ramai yang semakin menyampah terhadap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar), yang seolah-olah kehabisan modal untuk menyerang UMNO sehingga menyalahkan parti kerajaan itu dalam semua hal.

Terbaru, Mahfuz ketika ditanya media mengenai kenyataan Ngeh Koo Ham di laman sosial Twitter yang jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW, dia sekali lagi menyalahkan UMNO.

Katanya, UMNO bertanggungjawab mengajar golongan bukan Islam untuk menghina Islam dan mengaitkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, mengenai isu janggut Rasulullah SAW dan pisau cukur “gillete”.

Sebenarnya, sekiranya diberi peluang, mahu saja saya meluku kepala Naib Presiden PAS itu sekuat-kuat hati bila dikenangkan kebebalannya.

Semua kesalahan di negara ini akan dikatakan salah UMNO.

Ngeh keluarkan kenyataan menghina Islam, Mahfuz kata salah UMNO. Mungkinkah kalau dia digigit nyamuk pun nanti dikatakan salah UMNO juga?

Tidakkah Mahfuz fikir bahawa setiap individu itu bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dilakukan sama ada diajar atau pun tidak diajar?

Misalnya, jika seorang murid diajar untuk mecuri oleh gurunya, apakah murid itu perlu mengikut ajaran gurunya itu untuk mencuri?

Atau, sekiranya seseorang muslim diajar untuk menghina Islam oleh rakan Yahudinya, apakah dia tidak boleh berfikir dengan waras untuk tidak melakukan sedemikian?

Saya tidak rasa begitu memandangkan setiap individu itu dikurniakan Allah dengan otak dan akal untuk berfikir secara rasional serta bijak memilih untuk melakukan kesalahan atau membetulkan keadaan dengan tidak melakukan perkara yang salah.

Samalah juga dengan Ngeh.

Jika dia sedar tentang sensitiviti masyarakat di negara ini dan menghormati Islam sebagai agama rasmi yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia, sewajarnya dia tahu bahawa tindakan berlaku biadap terhadap Islam akan mengundang padah baginya.

Pada saya, Mahfuz sepatutnya bertindak mengutuk kenyataan Ngeh tersebut dan mendesak DAP untuk menghadapkan pemimpin itu kepada jawatankuasa disiplin partinya kerana dia jelas menghina Islam yang kononnya menjadi asas perjuangan PAS.

Mahfuz perlu mengambil kes pemecatan Hasan Ali dari PAS ekoran desakan dari Azmin Ali setelah bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dipecat hanya kerana menghentam Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Berkenaan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir, rasanya isu janggut Rasulullah SAW dan pisau cukur “gillete” itu sudah dijawab lama dulu.

Tun Dr. Mahathir sebenarnya tidak menghina Rasulullah SAW dalam kenyataan tersebut dan PAS hanya mengambil kesempatan untuk memutar belitkan kenyataan itu dengan memburuk-burukkan mantan Perdana Menteri itu.

Memang benar bahawa tiada sesiapa pun kini yang dapat menggambarkan rupa fizikal sebenar janggut Rasulullah SAW kecuali melalui riwayat-riwayat para sahabat RA dari mulut ke mulut yang dinukilkan melalui kitab-kitab muktabar.

Begitu pun, para ulama meletakkan hukum haram kepada mana-mana pihak untuk menggambarkan rupa fizikal Rasulullah SAW setelah disepakati dan sebab itulah tiada sesiapa yang berani untuk menggambarkan rupa bentuk fizikal Baginda.

Begitu juga dengan kisah pisau cukur “gillete” yang sememangnya tidak terdapat ketika di zaman Rasulullah SAW dan memang benar bahawa mereka yang hidup di zaman itu agak sukar untuk bercukur kerana ketiadaan pisau khas seperti itu.

Cuma, mereka yang hidup di zaman tersebut tetap bercukur dengan menggunakan pedang dan pisau yang diasah tajam sebagaimana yang diriwayatkan di dalam kisah para sahabat RA.

Justeru itu, Mahfuz perlu mencari modal lain untuk mencerca UMNO memandangkan hujahnya itu langsung tidak masuk akal dan ketinggalan zaman, malah akan ditertawakan sahaja oleh golongan yang celik berfikir.

Amat malang sekali PAS memiliki seorang Naib Presiden yang berhujah sebegitu mudah untuk dipatahkan. Harap tukarlah dengan orang lain di penggal lain…

Sumber: Perak Today

PEDASSS..!!! ANWAR KUTIP DERMA UNTUK NAIK JET..???


anwar jet

Sungguh saya terkejut bila mendapat tahu tentang Anwar Ibrahim, Tian Chua, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa pemimpin Pakatan Haram yang lain terbang ke Labuan dan Kota Kinabalu dari terminal Subang untuk satu majlis mereka di sana.

Menakjubkan minda saya, mereka ke sana menggunakan jet peribadi eksekutif yang kelihatan begitu eksklusif bergaya! Sudah tentu mahal harga penerbangan mereka itu, bukan?

Bukan calang-calang untuk mampu menaiki sebuah jet eksekutif sebegitu. Rasanya kalau golongan berpendapatan sederhana sudah tentu tidak mampu untuk menaiki pesawat semewah itu. Yang miskin tak payah cakaplah, tengok di tepi lapangan terbang sajalah…

Saya benar-benar berkerut dahi melihat senyuman Anwar di atas pesawat tersebut, mungkin juga dia ketawa di dalam hati melihat beberapa orang kanannya yang kelihatan seperti “jakun” yang tidak pernah naik jet sepanjang hayat mereka.


Apatah lagi melihat Zuraidah “Mak Lampir” yang tersengih-sengih macam kerang busuk di atas jet itu dan mungkin gambar tersebut akan disimpan sebagai kenangan terindah seumur hidupnya. Harap-harap dia tidak jaja gambarnya itu ke hulu ke hilir di Parlimen Ampang nanti!

Saya tertanya-tanya, dari mana Anwar dapat wang untuk menyewa sebuah jet eksekutif untuk terbang ke Labuan dan kemudiaannya ke Kota Kinabalu?

Sebelum itu, biarlah saya berbaik sangka terlebih dahulu terhadap segerombolan pemimpin pembangkang ini…



Mungkin Anwar dan gerombolannya ini ditaja oleh seorang ahli perniagaan yang kaya raya dan memiliki rangkaian perniagaan yang bernilai berbilion ringgit. Kalau benar, siapakah ahli perniagaan tersebut? Boleh nyatakan?

Atau mungkin juga penerbangan Anwar dan rombongan “cik kiah”nya itu ditaja sepenuhnya oleh syarikat pemilik jet eksekutif berkenaan. Mungkin kebetulan tiada penyewa, maka sebagai penyokong tegar Anwar, dia menaja penerbangan tersebut secara percuma. Tapi siapa dia?

Saya tertanya-tanya begini memandangkan Anwar selama ini membayangkan bahawa dia begitu telus tidak merompak wang kerajaan ketika di dalam kerajaan dulu, tidak punya perniagaan, tidak bekerja selain menerima elaun Ahli Parlimen, sudah tentu dia tidak sekaya mana.

Jadi, dari mana sumber kewangannya untuk membawa orang-orang kanannya melaram naik jet eksekutif ke Labuan dan Kota Kinabalu?

Lainlah jika jet tersebut sememang milik Anwar sendiri. Cuma, siapa pula yang baik hati sangat kali ini dan menghadiahkan jet eksekutif itu kepada Anwar?


Selama ini memang Anwar berlakon di depan rakyat. Kononnya dia tidak kaya raya, dia hanya bergaji RM1 bila dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan Pakatan Haram terpaksa kutip derma dari rakyat untuk berjuang.

Masih ingat Rafizi Ramli yang kini didakwa atas kesalahan melanggar BAFIA? Masih ingat lagi tentang Tony Pua yang mengadakan majlis makan malam amal untuk mengutip dana membantunya menghadapi kes saman di mahkamah?

Apakah wang derma yang diterima dari karung ceramah PAS, PKR dan jualan meja DAP itu digunakan Anwar, Tian Chua, Dr. Hatta Ramli dan Zuraidah sewenang-wenangnya untuk melaram melancong ke Labuan dan Sabah?

Hebat benar Anwar dan puak-puak penjilatnya bergerak ke sana ke mari. Belum berkuasa di Putrajaya pun mereka sudah tunjuk lagak bermewah-mewah sedangkan mereka sebok mencanang keliling negara bahawa mereka “kering kocek”.

Kalau “kering kocek”, rasanya naik Air Asia pun sudah memadai atau jika mahu membantu MAS, rasanya kos penerbangan kedua syarikat penerbangan itu tidaklah semahal menyewa sebuah jet eksekutif.

Saya tertanya-tanya, tidakkah Rafizi teringin untuk menyiasat segala perincian akaun kos rombongan Anwar dan pasukan gerilanya ke pulau Borneo itu? Atau Rafizi hanya pilih kasih menyiasat sebelah pihak saja? Teluskah begitu?

Sumber: Mykmu.net

AMARAN 18SG..!!! FACEBOOKER PERLU BACA BERITA INI...

Ni kisah benar pasal laki bini. Pelik aku, pasal FACEBOOK pun kena belasah ke? Bukannya laki dia tu menggatal pun..mintak tolong sikit pun kena belasah dengan pisau! Gigit telinga suami pulak tu! Ishhhh..!!! Ada jugak pompuan macam ni...

Kena Belasah Dengan Bini Pasal FB

 

Berikut adalah bahan berita yang diterjemah dari sumber Borneo Post Online. Tajuk di atas kami yang beri.

Kesian betul kat lelaki ni, kena belasah dengan bini dia pasal nak belajar guna Facebook.

SIBU: Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap isterinya yang didakwa mencederakan dirinya di rumah mereka di Jalan Tong Sang, di sini, pukul 1 tengahari semalam.

Lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu berkata, isterinya dalam usia 20-an adalah pengguna Facebook yang kerap sejak kebelakangan ini, dan menjadi sangat marah serta kecewa apabila dia mahu belajar mengenai laman web sosial itu.

“Dia menolak saya dan berkata dia mahu bercerai,” katanya.

Menurut lelaki berkenaan, selepas kejadian itu, isterinya berlari masuk ke dalam sebuah bilik dan kemudiannya kembali dengan sebilah pisau di tangannya.

Wanita itu kemudiannya didakwa telah menyerang suaminya dengan pisau berkenaan dan turut mengigit telinga lelaki itu.

Lelaki itu berkata, dia kemudian melarikan diri menggunakan motosikal dan menuju terus ke balai polis.

Polis kemudian bertindak membawanya ke hospital di mana dia menerima beberapa jahitan.

PEDASSS..!!! NIK AZIZ PERLU MINTA MAAF PADA HASAN ALI...

poknik hasan ali

Saya rasa “tersentuh” dengan gesaan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang meminta umat Islam beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.

Saya tersentuh bukannya kerana gembira dengan tindakannya membela Rasulullah SAW dari dihina oleh seorang lelaki Yahudi di luar negara, namun saya tersentuh dengan sikap “double standard” yang diamalkan Menteri Besar Kelantan itu dalam isu yang berkaitan Islam.

Memang benar bahawa semua berbilion umat Islam di dunia ini marah dan mengutuk keras kandungan video pendek yang menghina junjungan besar Rasulullah SAW dan keluarga Baginda itu.

Namun persoalannya, ketika mana bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mempertahankan aqidah umat Islam dari gejala murtad di Lembah Klang, mengapa dia membisu seribu bahasa?

Ketika itu, boleh dikatakan hampir semua pemimpin PKR di Selangor “membelasah” pengasas PAS di negeri itu semahu-mahunya.

Tidak cukup dengan itu, Khalid Samad yang dipercayai menyimpan dendam kesumat terhadap Hasan Ali, turut sama “membedal” dan mengetuai gerakan menjatuhkan musuh politik dalamannya itu dari kepimpinan PAS.

Hatta ketika mana Azmin yang dipercayai menerima arahan dari Anwar Ibrahim mengarahkan PAS untuk memecat Hasan Ali, Nik Aziz sedikit pun tidak rasa ralat untuk menuruti perintah dua “kekasih gelap” tersebut.

Persoalannya, mengapa Nik Aziz perlu bersikap “double standard” dalam hal Sam Bacile di luar negara berbanding mempertahankan aqidah umat Islam yang menjadi keutamaan Rasulullah SAW ketika hayat Baginda?

Tidak salah, malah dialu-alukan tindakan Nik Aziz yang menyeru umat Islam di seluruh negara untuk mengutuk Sam Bacile seteruk-teruknya. Saya tidak pertikai tentang hal itu.

Namun begitu, Nik Aziz sepatutnya membela tindakan Hasan Ali yang mempertahankan aqidah umat Islam di Selangor dan Wilayah Persekutuan memandangkan diakui wujudnya bukti yang menunjukan usaha tersebut berlaku.

Apakah kerana Sam Bacile berada di luar negara dan bukan seorang pemimpin Pakatan Haram maka Nik Aziz berani untuk mengutuk dan menyelar lelaki Yahudi tersebut?

Apakah kerana Hasan Ali berada di depan mata dan tidak disukai oleh PKR serta beberapa pemimpin PAS Selangor maka Nik Aziz berani mengambil tindakan “tutup kedua-dua belah mata” terhadap kezaliman yang berlaku di dalam partinya?

Apakah kerana Anwar dan Azmin itu sekutu “syaitan”nya maka Nik Aziz tidak berani mempertahankan kedudukan bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam itu dari dipecat oleh kedua-dua makhluk perosak PAS itu?

Nampaknya Nik Aziz bersikap pengecut dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan ajaran yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada umatnya.

Sesungguhnya ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan aqidah umat Islam jelas lebih penting dari mengambil tindakan yang sama sekali tidak memberi kesan terhadap Sam Bacile di luar negara.

Saya tertanya-tanya, jika Nik Aziz sanggup mendoakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan seorang muslim itu supaya dipecahkan perutnya, mengapa Mursyidul Am “agama” PAS itu tidak menunaikan solat hajat agar dicabut saja nyawa Sam Bacile?

Tapi jangankan solat hajat untuk tamatkan riwayat Sam Bacile, mendoakan lelaki Yahudi itu tumbuh bisul di punggung pun Nik Aziz tidak lakukan!

Justeru itu saya menganggap bahawa gesaan Nik Aziz kepada umat Islam untuk menyertai himpunan protes aman terhadap penerbitan filem “Innocence of Muslims” itu hanya gimik politik saja untuk menarik populariti dari kalangan rakyat.

Jika benar Nik Aziz ikhlas dalam mempertahankan Rasulullah SAW, sudah tentu dia akan menggesa para penyokong PAS dan umat Islam untuk menyertai himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan oleh Hasan Ali setelah dipecat dari PAS sebelum ini, bukan?

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...ANWAR PECAT NIK AZIZ SEBAB...


Adehhhh..!!! Marah betul Anwar kat Pok Nik Ajis...

Mursyidul Am pun Anwar berani pecat...?

Tu laaa..sebut lagi perkara-perkara sensitif...kan Anwar dah "tacing.."! Heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!