Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 22, 2012

KENALI SUARA ANAK HARAM MENIPU RAKYAT..!!!


MEMANG melucukan melihat telatah badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang kini dilihat menggelabah apabila disiasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung hubungannya dengan syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Menurut Menteri terbabit, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, SSM akan mengesyorkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa syarikat tersebut di mahkamah di atas laporan kewangan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang mengelirukan.

Selain itu, Suaram yang selama ini dipercayai sibuk menguruskan propaganda untuk kepentingan Pakatan Haram turut mengaku mendapat dana dari penyangak mata wang antarabangsa, George Soros, melalui sebuah yayasan yang berselindung di sebalik kepentingan Yahudi.

Saya sebagai rakyat Malaysia rasa tertanya-tanya, dimanakah kreadibiliti sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan “suara rakyat Malaysia”?

Benarkah rakyat di negara ini merelakan “suara” mereka diwakili oleh sebuah pertubuhan yang mengaku mendapat peruntukan yang besar jumlahnya dari agen propaganda Yahudi yang selama ini menjahamkan dunia Islam?

Pada saya, SUARAM sudah tiada kreadibiliti di mata rakyat negara ini memandangkan perjuangannya yang terbukti karut, dusta, mengelirukan dan penuh pembohongan.

Misalnya, NGO itu menggembar-gemburkan isu kapal selam negara, Scorpene, yang kononnya dikatakan tidak telus dalam urusan jual beli aset pertahanan negara itu dan mereka turut membabitkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal ini.

Malah lebih melampau, ada di kalangan mereka yang mengaitkan isu mendiang Altantuya di dalam isu tersebut sedangkan kes mengenai wanita Mongolia itu telah ditutup dan dibuktikan tiada mengena dengan Perdana Menteri walau secalit sedikit pun.

Paling menarik, SUARAM mendakwa bahawa kes perbicaraan Scorpene telah dibuka di Perancis di mana NGO itu telah mengumpul derma bagi perbelanjaan mereka memperjuangkan kes tersebut di negara itu.

Malangnya, tembelang mereka pecah apabila pihak mahkamah di Perancis mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan ramai apabila mengesahkan bahawa tiada sebarang kes yang melibatkan kapal selam sedang berlangsung di sana.

Nah! Persoalan demi persoalan berkecamuk di fikiran rakyat, khususnya yang pernah menghulurkan derma untuk SUARAM.

NGO itu mendakwa kes Scorpene sedang berlangsung di Perancis, tapi mengapa pula mahkamah di negara itu menafikan kenyataan tersebut dan apakah ada negara lain yang bernama “Perancis” selain dari negara tersebut di atas peta dunia?

Ke mana perginya dana yang dikumpul dari rakyat untuk menyelesaikan kes Scorpene yang selama ini dijaja oleh SUARAM selama bertahun lamanya dan apakah dana tersebut digunakan pertubuhan itu untuk melancong di Perancis?

Lebih memalukan lagi, di mana SUARAM mahu letak muka setelah dikesan menerima dana lumayan dari Yahudi sedangkan mereka selama ini berlakon seolah-olah tiada sumber dana, miskin dan memerlukan pertolongan dari sudut kewangan!

Hakikatnya memang benar SUARAM tidak lagi punya kreadibiliti atau maruah diri, hanya NGO itu saja yang muka tak tahu malu kerana mahu terus berdiri meneruskan propaganda Pakatan Haram yang begitu terkenal menipu rakyat di segenap pelusuk negara…

Sumber: Perak Today

DOUBLE STANDARD! POK NIK HANYA BERANI MARAH SAM, TAK BERANI MARAH KADIAQQQ..!!!


SAM Bacile atau nama sebenarnya, Nakoula Basseley Nakoula, adalah seorang Yahudi yang kini dalam pelarian apabila dia diburu oleh berbilion umat Islam yang mengamuk menghalalkan darah kafir laknatullah itu.

Reaksi itu adalah hasil dari filem pendek yang dihasilkan lelaki Yahudi itu yang bertajuk “Innocence Of Muslims” yang jelas menghina junjungan kita, Rasulullah SAW, sekaligus membuatkan kebangkitan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Di Malaysia, muncul pula “Yahudi kecil” yang tiba-tiba gatal mulut memperlekeh bantahan umat Islam terhadap Sam Bacile dan ia menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati terhadap pemimpin DAP yang bernama Ngeh Koo Ham itu.

Antara yang marahkan Sam Bacile dan Ngeh Koo Ham itu ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menyelar kedua-dua individu terbabit.

Nampaknya Nik Aziz lebih nampak “kuman di seberang laut”, sedangkan “gajah di depan matanya” langsung dia tidak nampak!

Sebelum ini kita digemparkan dengan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh seorang khatib jemputan di Padang Serai di mana dia mendakwa bahawa Rasulullah SAW telah menyebut nama Anwar Ibrahim di dalam mimpi para pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Khatib itu berkata, mimpi tersebut muncul di dalam tidur para pemimpin Ikhwanul Muslimin dan di dalam mimpi itu Rasulullah SAW menyebut bahawa Islam akan menang di Malaysia di zaman Anwar Ibrahim.

Persoalannya, apakah logik dan dapat diterima akal bahawa para pemimpin Ikhwanul Muslimin itu bermimpi perkara yang sama, berbicara dengan Rasulullah tentang perkara yang sama dan menyebut nama individu yang sama?

Benarkah mimpi tersebut atau ia hanyalah rekaan oleh mereka yang terdesak mahu menjadi Perdana Menteri dengan mudah?

Begitu juga dengan insiden baru-baru ini apabila bekas Menteri, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir menyatakan dalam ceramahnya di Sabah bahawa dia mendengar suara Allah yang meminta dia kembali ke arena politik.

Logikkah dakwaan Kadir itu sedangkan diriwayatkan bahawa hanya Rasulullah SAW dan Nabi Musa saja yang pernah mendengar suara Allah.

Siapakah Kadir untuk Allah berbicara dan memperdengarkan suaraNya dan apakah dia terpilih untuk mendengar suara Allah setelah dia menyertai kem Pakatan Haram?

Lagipun, wahyu dari Allah tidak akan diturunkan lagi setelah kewafatan Rasulullah SAW memandangkan Baginda adalah “khatamul anbiya” dan hadis menjelaskan kedudukan Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul yang terakhir sebelum kiamat.

Persoalannya, mengapa Nik Aziz membisu, tidak menegur atau memarahi khatib dan Kadir sedangkan kedua mereka jelas menghina Rasulullah SAW?

Apakah hanya kerana Sam Bacile tidak berada di Malaysia dan Ngeh Koo Ham kebetulan seolah-olah membela Yahudi itu maka Nik Aziz berani menyelar kedua “jenis Yahudi” tersebut?

Saya melihat sikap yang ditunjukkan Mursyidul Am PAS itu sebagai “double standard” dan dia hanya berani marahkan pihak yang dia tahu akan memberikan “mileage” politik kepadanya menjelang pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Mungkin Nik Aziz sedar bahawa usia politiknya sudah “senja” dan ramai pemimpin di dalam partinya sedang menunggu masa dia kehilangan pengaruh sebelum dia disingkirkan secara halus.

Namun, apa yang Nik Aziz tidak tahu bahawa dia sepatutnya bersara dari terus menjadi pemimpin yang memecah belahkan umat Islam di negara ini dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang begitu karut serta menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW.

Persoalannya, apakah Nik Aziz sanggup marah pada dirinya sendiri? Rasanya tidak…

Sumber: Perak Today

Thursday, September 20, 2012

GEMPARRR..!!! KADIAQ NAIK TARAF JADI NABI LEPAS JOIN PAKATAN HARAM..?!!!

kadiaq

Saya agak hairan dengan sikap dan aqidah para pemimpin Pakatan Haram hari ini apabila mereka dengan beraninya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang begitu kontroversi dan dijangka mampu memesongkan umat Islam di negara ini.

Sebelum ini kita dikejutkan dengan seorang khatib “totok” PAS yang dijemput menyampaikan ceramah politik di sebuah masjid di Padang Serai, Kedah, dan mendakwa ada pihak mimpikan Rasulullah SAW dan Baginda ada menyebut nama Anwar Ibrahim.

Dalam khutbah di hadapan jemaah di Masjid Jamek An-Najah itu, Halizal menceritakan tentang mimpi “mursyidul am” Ikhwanul Muslimin dan para pemimpin pertubuhan itu yang kononnya bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi mereka.

Peliknya, dia mendakwa Rasulullah SAW bersabda bahawa zaman kegemilangan Islam akan kembali secara khusus di Malaysia dan akan berlaku di zaman Anwar Ibrahim!

Saya tertanya-tanya, bagaimana para pemimpin Ikhwanul Muslimin itu boleh bermimpi secara serentak dan mimpikan perkara atau dialog yang sama dengan Rasulullah SAW?

Lebih meragukan lagi, Rasulullah SAW boleh menyebut pula nama Anwar Ibrahim secara jelas. Jika benarlah mimpi tersebut, sudah tentu Anwar lebih layak dijadikan pemimpin umat Islam di seluruh dunia berbanding secara khusus memimpin umat Islam di Malaysia sahaja.

Terbaru, bekas pemimpin UMNO yang khianat pada perjuangan alif ba ta, Kadir Syeikh Fadzir pula cuba menyesatkan umat Islam di negara ini apabila mendakwa dia mendengar “suara Allah SWT” yang memintanya agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara.

Saya sangat terkejut dengan kenyataan dahsyat yang diucapkan oleh Kadiaq itu setelah dia berkawan rapat dengan PAS dan Anwar Ibrahim. Terdesak sangatkah dia untuk mengampu Anwar hingga sebegitu rupa?

Di dalam pengetahuan saya, Muhammad SAW bin Abdullah merupakan Rasulullah yang terakhir yang menerima wahyu dari Allah dan merupakan khatamul anbiya’ atau nabi akhir zaman serta tiada nabi lagi selepas Baginda.

Ini membawa maksud bahawa Jibrail atau Allah SWT tidak akan menyampaikan mana-mana wahyu kepada mana-mana individu selepas Rasulullah SAW sehingga ke hari kiamat.

Jadi, bagaimana pula Kadiaq “bowtie” yang berambut merah dan terkenal dengan kehidupannya yang sangat sosial tiba-tiba mendakwa mendengar “suara Allah” yang boleh disifatkan sebagai “wahyu” itu?

Pada padangan saya, sekiranya Kadiaq terdesak sangat mahu memuja Anwar demi kepentingan politiknya, usahlah mengaitkan nama Allah atau kreadibiliti hadis Rasulullah SAW.

Sekiranya Kadiaq terlepas cakap atau sebagainya, sewajarnya dia bertaubat dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam di dunia dengan ketelanjurannya berpolitik sehingga mengenepikan kesucian Islam.

Beginilah jadinya bila berkawan dengan “syaitan”, semakin lama semakin teruk sikap dan tutur bahasa Kadiaq. Bukan saja saya yang berkata begitu, adik beradiknya di Kulim/Bandar Bharu dan Baling pun beritahu perkara yang sama.

Rasanya, ramai pejuang-pejuang UMNO yang bersetuju bahawa tindakan Kadiaq keluar dari UMNO merupakan satu rahmat dari Allah dan sangat ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, dia berambus juga dari terus reput membusuk di dalam UMNO.

Persoalannya, mengapakah PAS masih diam membisu mendengar segala kesesatan yang dibawa oleh para penyokong dan pemimpin Pakatan Haram ini?

Bukankah PAS kononnya pejuang Islam dan aqidah mereka jauh lebih hebat dari umat Islam lain di seluruh dunia? Mengapa mereka enggan menegur atau melakukan demonstrasi memprotes kenyataan-kenyataan yang zalim itu?

Atau PAS terpaksa mendiamkan diri dan menyembunyikan kesesatan rakan-rakan “syaitan” mereka serta merelakan Islam terus dihina? Mungkin PAS benar-benar sudah bertukar menjadi “keldai” Pakatan Haram.

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...BEZA AKHLAK ORANG ISLAM DENGAN ORANG PAS..!!! @NajibRazak #FB

Ini la bezanya akhlak orang Islam dengan orang PAS...

Orang Islam baik budi pekerti...

Orang PAS buruk bangetttt dehhhhh..!!!

Aku tak tahu mana orang-orang PAS ni dapat sifat mazmumah ni...

Mungkin berjangkit dari "setan-setan" yang depa kawan tu kot..! Heh!

Wednesday, September 19, 2012

GAMBAR PANASSS PENERBIT FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS..!!!


Kalau korang nak tahu inilah gambar lelaki keparat yang menerbitkan filem Innocence Of Muslims yang mencetus kemarahan ramai tu. Rasa macam nak sepak muka dia, kan?

Gambar ni dia kantoi bergambar dengan Anna Gurji yang berlakon sebagai anak perempuan Rasullah SAW dalam filem tu. Gatal macam haram je. Awek tu tengok kamera, dia sebok tengok awek tu pulak..entah apa dalam otak dia time tu...

Nama sebenar lelaki haram jadah ni ialah Nakoula Basseley Nakoula dan dia berumur 55 tahun.

Aku cuma nak tanya, kalau mamat ni lalu depan korang, apa yang akan korang buat kat dia? Korang pijak gambar pemimpin agama Islam, tapi gambar mamat ni korang taknak pijak pulak! Dasar PAS bodo..!!!

Mamat ni kononnya nak sorok muka dan taknak expose. Last-last kantoi jugak! Cuba tengok gambar kat bawah ni...rasa macam nak tembak je!


VIDEO PANAS HARI INI..!!! KADIAQ DENGAR SUARA ALLAH SURUH DIA JOIN POLITIK..!!! HEH!



Setahu aku, hanya Nabi Allah Musa AS saja yang pernah berkata-kata dengan Allah. Hanya Nabi Musa saja yang pernah berbicara dengan Allah SWT...Tapi di Malaysia pun ada juga yang setaraf dengan Nabi Musa AS...

Dia tidak lain tidak bukan, Al-Khinzir Al-Bowtie Syiekh Kadiaq Al-Rambut Merahi. Katanya, Allah SWT bersuara padanya untuk memaksa dia kembali ke arena politik Malaysia...

Aku rasa, dah tentu Pok Nik Ajis akan marah gila punya kat mamat pakai bedak sekati kat muka ni. Ye la...Pok Nik tu Mursyidul Am PAS...pun tak pernah dia dengar suara Allah... Tapi Kadiaq ni dah la rambut merah, muka kelabu asap, tapi dapat dengar suara Allah..!!! Heh!

Kalau ya pun nak berpolitik, apa yang ekstrim sangat lagu tu. Dah habih akal sangat ka? Dan terdesak sangat ka? Kalau betul habis idea nak berpolitik, pegi la jumpa Anwar Berahim...dia banyak idea menipu! Heh!

KUIN: 42 KURSUS DEPA HABAQ KAT TUANKU, AIRMATA KAKITANGAN DEPA TAK HABAQ..?!!!

kuin

Agak meloyakan melihat puak-puak PAS yang seolah-olah “kembang semangkuk” dek kerana pujian yang diberikan oleh DYMM Yang DiPertuan Agung kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang kini memiliki 42 kursus di dalam bidang pengajian Islam dan profesional semalam.

Dengan satu pujian tersebut, PAS Kedah yang kini bertanggungjawab terhadap jatuh bangunnya universiti yang ditubuhkan oleh UMNO/BN Kedah itu begitu riak hingga menyiarkan pujian tersebut di lidah rasmi mereka, Harakahdaily.

Ya, saya setuju bahawa KUIN layak dipuji dengan pertambahan kursus-kursus profesional secara mendadak sehingga mencecah 42 kursus dan bakal menerima kampus baru di Kuala Ketil yang sedang dibina sekarang.

Itulah satu-satunya perkara yang boleh dibanggakan mengenai KUIN. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa keadaan KUIN dikala ini sangat menyedihkan disebabkan oleh kewujudan 42 kursus tersebut yang tidak dibuat secara cekap dan terancang dengan baik.

Sebenarnya, KUIN kini sedang dilanda pelbagai masalah yang meruncing dan meresahkan warga universiti itu di mana beberapa siri demonstrasi telah diadakan bagi memohon pertimbangan pengurusan bagi menyelesaikan penganiayaan yang berlaku.

Azizan Razak misalnya sebelum ini telah beberapa dikunjungi oleh wakil-wakil kakitangan KUIN, khususnya para pensyarah untuk mengadu tentang masalah yang dihadapi oleh semua kakitangan universiti itu.

Bukan sekadar Azizan dikejar di Wisma Darulaman, dia juga dicari hingga ke rumahnya di Jalan Sultanah bagi meluahkan kemelut yang dihadapi. Namun biarpun ditemui beberapa kali, Azizan hanya memandang sepi masalah mereka.

Menurut wakil kakitangan KUIN, gaji bulanan mereka sering lewat diterima sehingga ada dikalangan mereka yang menghadapi masalah dengan bank di mana kereta mereka hampir ditarik dan rumah mereka hampir disita.

Selain itu, pembayaran zakat pendapatan yang selalunya dilakukan melalui skim potongan gaji secara automatik juga gagal apabila tiada wang di dalam akaun mereka untuk dipotong masuk ke akaun Lembaga Zakat.

Bukan itu saja, KUIN dikatakan berhutang lebih RM200,000 dengan panel rawatan perubatannya sehingga menyebabkan semua kakitangannya tidak dapat lagi menikmati faedah perubatan tersebut sebagaimana sebelumnya.

Berdasarkan insiden-insiden tersebut, rasanya budak tadika PASTI pun tahu bahawa KUIN kini menghadapi krisis kewangan yang serius dan gagal mengendalikan dana bersumber dari Kerajaan Negeri serta yuran pelajar dengan baik.

Selain itu, yuran pengajian yang dulu hanya berjumlah RM60 bagi satu jam kredit telah dinaikkan mendadak sehingga berjumlah RM200 bagi satu jam kredit, satu kenaikan secara tiba-tiba yang dijangka membebankan mahasiswa.

Nak tahu kenapa? Semuanya kerana kewujudan 42 kursus tersebut yang dilakukan secara tiba-tiba dan tidak dirancang dengan teliti atau mengambil kira kedudukan kewangan institusi pengajian tinggi di bawah Kerajaan Negeri Kedah itu.

Misalnya, kerajaan negeri mewujudkan banyak anak syarikat milik KUIN seperti Insan Medic yang menguruskan fakulti perubatan yang menelan belanja yang banyak iaitu RM350,000 sebulan, sedangkan dikhabarkan fakulti itu hanya memiliki 8 orang pelajar sahaja.

Anak-anak syarikat tersebut memerlukan pembiayaan yang tinggi sedangkan pendapatan KUIN tidak dapat menampung seluruh kos operasinya. Maka disebabkan itulah “kantung” kolej yang dulunya penuh dan terjamin, hampir kering “diboroskan” PAS Kedah.

Mungkin perkara ini tidak diberitahu kepada DYMM Yang DiPertuan Agung. Mungkin PAS Kedah bimbang sekiranya Baginda Tuanku tahu, Baginda mungkin akan menukar “skrip” ucapannya semalam.

Lihatlah sikap hipokrit kepura-puraan dan pembohongan yang dilakukan oleh PAS Kedah setelah memegang kuasa pentadbiran negeri itu. Dalam masa empat tahun, hampir hancur Kedah dibuatnya. Namun pak-pak lebai PAS masih mendongak mendabik dada. Tak malu sungguh!

Sumber: Mykmu.net

PAS BAKAL ROSAKKAN IIUM DALAM #PRkampus KALI INI..!!! @razaliibrahim


Aku sebagai salah seorang Alumni IIUM rasa bengang gak bila Harakah buruk-burukkan tempat aku study dulu. Apa motif diorang campur tangan dalam politik kampus? Anak diorang bertanding atas tiket PAS ke kat IIUM?

Setahu aku, akta kat dalam IIUM tu tak pernah mensyaratkan STADD untuk buat sesi public speaking tu sekali je. Ikut suka la nak buat public speaking tu sampai 20 kali pun. Apa masalahnya?

Salah ke buat public speaking lebih dari sekali? Ada nas dalam Islam yang larang ke? Akta IIUM pun tak larang, tapi Harakah sebok pulak pertikai.

Aku tengok, ada "penyakit" dalam Harakah ni. Diorang ada penyakit hati. Penyakit ni memang parah kalau dijangkiti dengan buruk sangka dan curiga buruk kat orang lain. Dalam kes ni, IIUM jadi mangsa...

Nasib la aku dah lama grad dari situ..kalau tidak memang dah lama aku layak puak-puak pro-M tu! Heh!




Keris terkejut baca kenyataan yang dibuat oleh Harakah iaitu akhbar tempat PAS membohong. Mereka membuat kenyataan bahawa pilihanraya kampus UIA dicemarkan kerana syarat pertandingan sesi public speaking yang menjadi syarat kepada calon yang bertanding dalam pemilihan MPP (SRC) dibuka sebanyak 2 kali.

Betul dua kali dan itu bukan bukti UIA dicemari elemen luar. Menurut maklumat, akta universiti memang boleh menentukan bilangan sesi tersebut. Tak ada masalah!

Pandangan Keris, mereka hanya mahu menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan mahasiswa UIA. Dan yang timbulkan ini sudah pastinya #ProMilitan UIAM. Kalau bukak dua sesi public speaking bermakna lebih ramai calon boleh bertanding. 

Sebab ada 5 gerakan Mahasiswa yang bertanding mungkin ia menimbulkan rasa takut dikalangan #ProMilitan UIA yang dilihat akan kalah teruk dan hilang kuasa. Kalau diikutkan jika harakah masuk campur dan menyokong #ProMilitan UIA, bukankah PAS sebenarnya yang mencemari #PRKampus UIA? - K7L

PILIHANRAYA KAMPUS PUN BUDAK-BUDAK PAKATAN HARAM NAK FITNAH NAJIB..? TERDESAK KE?

surat

Agak menakjubkan apabila budak-budak hingusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) mempunyai ilham untuk menabur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demi meraih undi pilihanraya kampus kali ini.

Untuk makluman, pilihanraya kampus di IIUM dijadualkan bermula hari ini di mana kini sedang berlangsung proses penamaan calon di universiti tersebut.

Semalam, sekumpulan budak-budak hingusan menyiarkan sepucuk surat perlantikan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Datuk Profesor Madya Dr. Mizan Hitam, kononnya telah ditandatangani Perdana Menteri.

Mereka mendakwa Dr. Mizan dilantik bagi memastikan kemenangan para mahasiswa pro-kerajaan di IIUM yang dikini dikuasai oleh kumpulan pro-Mahasiswa yang membawa suara Pakatan Haram di universiti tersebut.

Persoalannya, apakah benar surat bertarikh “7 Ogos 2012” yang disiarkan di laman facebook Buletin UIAM itu adalah sepucuk surat yang sah dan berkreadibiliti untuk dijadikan bahan bukti?

Menariknya, surat berkenaan menggunakan kepala surat UMNO ditujukan kepada Rektor IIUM, Datuk Profesor Dr. Zaleha Kamaruddin dan ditandatangani Najib di atas kapasiti jawatan Presiden UMNO Malaysia.

Saya ingin bertanya budak-budak hingusan yang cuba mereka-reka cerita kartun ini, apakah mereka fikir Perdana Menteri mempunyai masa untuk memikirkan soal perlantikan seorang Timbalan Rektor HEP bagi sesebuah universiti?

Budak-budak suruhan Anwar di IIUM itu perlu tahu bahawa Najib sangat sebok menguruskan negara dan memiliki jadual yang padat berbanding “ketua” mereka yang begitu banyak masa berceramah ke sana sini dan kerap ke luar negara melobi dana PRU!

Lebih-lebih lagi, apakah budak-budak tersebut fikir Perdana Menteri sebodoh mereka untuk menulis sepucuk surat bagi melantik seorang Timbalan Rektor sedangkan beliau mampu berbuat demikian hanya dengan satu panggilan telefon saja?

Untuk makluman budak-budak Pro-M di IIUM, apakah mereka fikir dengan melantik Dr. Mizan sebagai Timbalan Rektor HEP di universiti itu maka beliau mampu memastikan mahasiswa pro-kerajaan menang pada pilihanraya kampus kali ini?


Apakah dalam tempoh sebulan Dr. Mizan boleh mematikan gerakan mahasiswa pro-Pakatan Haram yang sudah bersarang di IIUM sejak di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka gila, kah?

Saya sangat yakin bahawa sekiranya Najib mahu menghapuskan pengaruh Pakatan Haram di IIUM, sudah tentu ia melibatkan lebih ramai pihak dan memerlukan masa lebih dua tahun untuk mematikan nama “Anwar” di situ.

Lagipun, semua orang tahu bahawa nama Anwar agak kuat di IIUM ketika dia di dalam kerajaan dulu dan dia dipercayai sempat meletakkan orang-orangnya di universiti tersebut sebagai percaturan menaikkan imejnya sebagai “Pak Syiekh”.

Justeru itu, adalah tidak logik sama sekali untuk budak-budak hingusan di IIUM itu meletakkan tarik 7 Ogos 2012 lalu untuk memfitnah Najib, Timbalan Rektor HEP dan nama baik UMNO di mata rakyat Malaysia, khususnya para mahasiswa.

Pada saya, sekiranya Anwar terdesak sekalipun mahu “anak-anak ikan”nya menang pada pilihanraya kampus di IIUM kali ini, dia sepatutnya menggunakan strategi yang lebih mantap dan lebih logik supaya tidak dapat dipertikaikan sebegini mudah.

Saya percaya, isu surat lantikan palsu yang didedahkan para pencacai muda Pakatan Haram di IIUM itu akan memakan diri sendiri dan berkemungkinan akan menyebabkan kekalahan yang lebih besar terhadap gerakan Pro-M.

Persoalannya, tidak malukah budak-budak hingusan yang kononnya terpelajar di universiti itu menggunakan taktik kotor untuk menang pilihanraya kampus dan memalukan diri sendiri di khalayak rakyat Malaysia?

Saya berpendapat, hanya mahasiswa yang bodoh dan berotak kelas terbawah saja yang akan terpengaruh dengan dakwaan tidak masuk akal tersebut. Namun yang berakal dan berpandukan Islam sudah pasti akan terpelihara dari fitnah “dajal” itu…

Sumber: Mykmu.net

Tuesday, September 18, 2012

PANASSS..!!! PAS KATA DIA MAMPU GANTI UMNO BELA MELAYU..???!!! KAH! KAH! KAHHH..!!!

dap ganti pas

Agak melucukan apabila bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, begitu yakin menegaskan bahawa PAS mampu mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib Melayu sekiranya Pakatan Haram memenangi PRU ke-13 kali ini.

Dalam kenyataannya baru-baru ini, Idris menyatakan bahawa PAS mampu memastikan nasib masyarakat Melayu terbela dengan memberi alasan yang langsung tidak masuk akal.

Katanya, PAS terbukti mampu membela nasib bangsa Melayu memandangkan rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk di negeri itu selama berkuasa sejak lebih 20 tahun di negeri Cik Siti Wang Kembang.

Secara spontan, saya ketawa besar mendengar alasan bodoh yang diberikan oleh Idris Ahmad tersebut. Saya tertanya-tanya, apakah kena mengenanya menjelaskan hutang lapuk di Kelantan dengan keupayaan membela nasib orang Melayu di negara ini?

Sekiranya kerajaan pimpinan Nik Aziz berjaya menyelesaikan sebanyak RM220 dari hutang lapuk negeri itu kepada kerajaan pusat, maka ia adalah sesuatu yang normal dan menjelaskan hutang itu sememangnya menjadi kebiasaan bagi setiap kerajaan negeri.

Jadi apa istimewanya alasan tersebut? Cuba Idris Ahmad tanya pada kerajaan-kerajaan negeri lain tentang jumlah pembayaran hutang mereka kepada kerajaan pusat sejak tahun 1999, saya yakin jumlahnya lebih besar dari jumlah yang dibayar oleh Nik Aziz itu.

Berbalik kepada isu pembelaan nasib bangsa Melayu yang kononnya mampu diambil alih oleh PAS, saya tertanya-tanya, apakah jasa PAS terhadap bangsa Melayu sejak awal penubuhannya selama lebih 60 tahun sebelum ini?

Apakah tindakan PAS yang memecah-belahkan bangsa Melayu menggunakan sentimen agama dan menjual maruah Islam untuk dijaja di kalangan umat Islam bagi meraih undi politik itu boleh dikategorikan sebagai “jasa”?

Berbanding dengan jasa yang telah ditabur oleh UMNO sejak sebelum zaman merdeka sehingga ke hari ini, apakah mampu PAS menafikan segala pengorbanan, perjuangan dan budi baik yang selama ini dilakukan oleh parti keramat orang Melayu itu?

Idris Ahmad merujuk kepada kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, sebagai “model”, kononnya Kerajaan PAS Kelantan itu membela nasib bangsa Melayu sejak diambil alih oleh PAS pada tahun 1999.

Persoalannya, apakah Idris Ahmad “buta kayu” untuk melihat sendiri penyeksaan yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap rakyat di negeri itu apabila anak-anak Kelantan terpaksa keluar merantau ke negeri-negeri lain untuk mencari rezeki yang lebih?

Lihat pula kemelut air di Kelantan setelah Nik Aziz mengambil alih industri air tersebut di mana rakyat di negeri itu terpaksa menerima air sekeruh “nescafe ais” sebagai sumber minuman, membasuh, memasak dan berniaga setiap hari sehingga kini.

Apakah sebuah negeri yang “lebih Islam” dari negeri-negeri lain di negara ini tidak mementingkan aspek sumber air yang menjadi asas kepada kebersihan dalam kehidupan seorang muslim? Bukankah kebersihan itu sebahagian dari Iman dan Islam?

Apakah PAS boleh dikatakan “membela nasib” bangsa Melayu dan umat Islam apabila Nik Aziz memberikan pelbagai peruntukan kepada wat-wat dan kuil-kuil buddha di Kelantan sedangkan masjid-masjid di sana terbiar sehingga ada kubah utamanya yang “terbang” dibawa angin!

Tiap-tiap tahun, negeri Kelantan dilanda banjir besar yang menyebabkan kerugian besar dialami oleh rakyat negeri itu yang majoritinya orang Melayu beragama Islam dan apa kerja PAS Kelantan hingga tidak mampu menyelesaikan masalah itu selama lebih 20 tahun?

Begitu juga dengan ciri-ciri negeri Kelantan yang dikatakan sebagai negeri “serambi Mekah” yang dimalukan dengan pencapaian jumlah tertinggi pengidap AIDS di Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut. Apakah itu yang dikatakan berjaya membela bangsa Melayu dan umat Islam?

Itu belum lagi diungkit apabila PAS gagal membela Islam di mana seorang pemimpinnya yang banyak berjasa membela Islam seperti Hasan Ali terpaksa digugurkan setelah didesak oleh agen Yahudi yang berselindung di sebalik PKR!

Begitukah rupanya PAS yang dikatakan Idris Ahmad sebagai mampu membela nasib orang Melayu? Lawak jenis apakah yang cuba disampaikan oleh bekas Ketua Penerangan PAS ini? Jika terdesak sangat sekali pun, tak payahlah buat lawak bodoh yang menyakitkan diri sendiri…kan?

Sumber: Mykmu.net

HANGAT DI KEDAH..!!! PHAHROLRAZI MEMANG PANDAI MEMUTAR LIDAH BERMAIN KATA...

phahrolrazi

Saya sangat bersetuju dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah I, Phahrolrazi Zawawi, mengenai kenyataannya kepada media baru-baru ini bahawa dia tidak pernah berkata bahawa Menteri Besar Kedah, Azizan Razak perlu melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan.

Memang benar penafian yang dibuat oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah itu memandangkan dia dilaporkan tidak pernah berkata demikian kepada media sebelum ini.

Namun apa yang saya pasti, maklumat dalaman PAS Kedah memberitahu bahawa Phahrolrazi pernah menyatakan bahawa Azizan perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah memandangkan “boss”nya itu sangat sayangkan UMNO berbanding penyokong PAS sendiri.

Menurut sumber, kenyataan tersebut juga tidak dibuat di depan media dan ia telah diungkapkan di hadapan enam orang individu yang terpaksa dirahsiakan identiti mereka sahaja.

Sumber menjelaskan bahawa ketika meluahkan pandangannya itu, Phahrolrazi dikatakan sudah tidak tahan lagi dengan polisi Azizan Razak yang dilihat begitu menyebelahi para penyokong UMNO sehingga tiada sebarang dasar kerajaan sebelum ini yang ditukar kepada dasar PAS.

Malah Phahrolrazi dikatakan “naik angin” apabila ramai puak-puak PAS datang kepadanya mengadu tidak diberikan projek kerajaan negeri sedangkan kroni-kroni Menteri Besar Kedah itu dilaporkan banyak menerima “durian runtuh” melalui Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI).

Awalnya, para pengusaha tadika PASTI memberontak terhadap MB Kedah itu apabila janjinya untuk menaik taraf dan mengurniakan kontrak membaik pulih tadika anjuran PAS itu tidak dilaksanakan.

Sebaliknya, Azizan dikatakan telah memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar kepada banyak sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di sekitar Kedah, serta tidak mempedulikan nasib tadika-tadika PASTI tersebut.

Phahrolrazi kemudian dikatakan begitu marah dengan tindakan Azizan Razak yang menafikan kuasa yang ada padanya sebagai Exco Kerja Raya apabila MB Kedah itu campur tangan dalam pengurniaan kontrak selenggara jalanraya yang menerima peruntukan ratusan juta ringgit dari Kerajaan Pusat.

Padahal, Phahrolrazi juga khabarnya mahukan projek tersebut bagi mengisi dana peribadinya untuk meluaskan pengaruh menjelang PRU ke-13 nanti selain bakal digunakan untuk perancangan menguasai politik PAS Kedah pada penggal akan datang.

Ketika itu, Phahrolrazi mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap Azizan secara terbuka dan kemuncak pertamanya hadir apabila MB Kedah itu dikejarkan ke IJN bagi mendapat rawatan jantungnya di ibunegara.

Khabarnya ketika itu PAS Kedah dalam diam telah mengadakan pertemuan tidak rasmi secara diam-diam untuk memilih utusan ke Kuala Lumpur bagi bertemu dengan kepimpinan PAS Pusat untuk melucutkan jawatan Azizan atas sebab-sebab kesihatan.

Alasan “masalah kesihatan” itu sebenarnya hanyalah “wayang” untuk mengabui mata kepimpinan PAS Pusat sedangkan para pemimpin PAS Kedah dikatakan sudah sekian lama menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap Azizan Razak.

Biarpun kemudiaannya PAS Pusat menghantar PEMANDU ke Kedah untuk menyelesaikan kemelut dalaman PAS Kedah itu, sehingga kini ia masih belum dapat diselesaikan, malah ia semakin membarah mengusutkan keadaan.

Kemunculan “warlord-warlord baru” di dalam PAS Kedah seperti Dr. Ismail Salleh, Nasir Zakaria dan Nasir Mustapha, serta “warlord-warlord lama” seperti Mahfuz Omar dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang cuba “kacau daun”, lebih mengeruhkan keadaan.

Mereka-mereka inilah yang digelar Azizan sebagai “golongan Wahabi” yang dikatakan cuba menggulingkan kepimpinannya, manakala “golongan Syiah” yang dipimpin oleh “ayatollah” Mat Sabu turut mengancam kedudukan MB Kedah itu.

Hakikatnya, perkara ini sudah tentu tidak akan sekali-kali diakui oleh PAS Kedah memandangkan mereka tidak mahu PEMANDU dari PAS Pusat dapat menghidu gerakan mereka itu selain enggan mendedahkan pergeseran dalaman yang sedang berlaku.

Namun mampukah mereka menutup mulut para penyokong PAS di seluruh Kedah yang kini semakin keliru, bosan dan tidak berpuas hati dengan “peperangan” pemimpin mereka sesama sendiri sedangkan PRU ke-13 sudah semakin hampir.

Mampukah PAS Kedah mempertahankan kuasa mereka di negeri Kedah? Sama-samalah kita nantikan episod “wayang kulit” mereka yang seterusnya…

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! SANUSI SETPOL MB KEDAH MENGAMUK KAT AKU DALAM FB..!!! HEH..!!!


Aku ketawa besar bila Sanusi Setpol marah-marah dalam FB dia dan mengutuk aku macam-macam. Heh! Aku tak sure masa dia post kat FB ni sama ada akal dia waras atau tidak...mungkin sedang kerasukan syaitan kot? (Tu laaa...kawan lagi dengan "syaitan" DAP...heh!)

Sanusi kata aku merapu, meraban dan meroyan. Padahal aku bagi fakta, clue dan pembayang untuk dia bersihkan nama Ustaz Azizan Razak dari terus menjadi "bahan" musuh dalam selimatnya...

Bila dia gagal menyiasat, dia kata aku menuduh yang bukan-bukan. Aku bagi sikit je bukti untuk dia siasat yang selebihnya pasal apa yang berlaku di MBI...tapi dia kata aku macam-macam...lagu ni ke tahap IQ Setpol MB Kedah? Heh!

Lagi satu..dia sindir dan permain nama aku dengan tambah "carimakan" pada nama aku. Aku ulang sekali lagi pada Sanusi, aku tak cari makan dengan UMNO. Aku bantu atas nama perjuangan je. Kalau aku carimakan dengan UMNO, dah lama aku kaya raya...heh!

Lagipun, sebelum ni aku pernah tegur dan "balun" UMNO pun...takkan la UMNO Kedah nak bagi duit kat aku pulak kot? Heh! Agak-agak laaa...heh!

Tolong la Sanusi...bagi la jawapan yang menyakinkan sikit...takat jawapan macam ni, budak tadika PASTI kat Seberang Pumpong tu pun boleh jawab...heh! TMK terus serang..!!! Kah! Kah! Kah!!!

PANASSS..!!! SANUSI TERPAKSA PANGGIL SINAR UNTUK JAWAB PERTIKAIAN AKU..!!!


Sangat lucu bila tengok telatah Sanusi Setpol MB Kedah bila terpaksa panggil Sinar Harian untuk menjawab pertikaian aku mengenai projek 200 ekar kat Mukim Temin, di Kubang Pasu tu...

Sanusi kata aku fitnah. Padahal, aku sekadar melontarkan persoalan. Samalah macam soal jawab dalam sidang DUN tu...salah ke aku bertanya? Dan apakah aku ada buat tuduhan sebelum ni? Heh!

Okay...memandangkan jawapan Sanusi tu tak memuaskan hati aku, maka aku perlu beri "soalan tambahan" padanya...nak tanya dalam sidang DUN dah tak sempat hari tu..heh!

1. Kenapa Sanusi tak beritahu Sinar bahawa salah seorang pemilik (sleeping partner) dalam Quartzcity Global Resources tu merupakan BIRAS kepada MB Kedah, Azizan Razak? Biras memang takde pertalian darah...tapi ada hubung kait persaudaraan...kan? 

Azizan dah putuskan tali persaudaraan dengan BIRAS dia tu ke? Heh!

2. Berdasarkan jawapan Sanusi, dia perlu jawab pula pertikaian aku yang kat sini...

3. Sanusi juga perlu jawab berkaitan perkara ni...

4. Setpol MB tu juga perlu jawab yang ini...

5. Fakta yang ini pun perlu dijelaskan sejelas-jelasnya...

6. Dan perkara yang ini pun juga wajib Sanusi nyatakan jawapan balasnya...

Ini baru sedikit yang aku lontarkan berkenaan projek yang dikurniakan pada QGR melalui MBI, dan takkanlah MB sebagai Pengerusi tak tahu apa-apa...

Untuk pengetahuan Sanusi Setpol dan Sinar Harian, kes ini hanyalah "muqaddimah" saja. Kami ada "bom" yang lebih besar untuk Sanusi, Azizan Razak dan MBI jawab...tunggu masa dan ketikanya..!!!

Aku bagi bayangan dulu pada kes akan datang...kes ni diberikan oleh orang kuat PAS sendiri, MBI rampas tanah yang dah ada geran dengan pertolongan PTG (boss PTG orang kuat PAS..heh!), dan ada "dalang" dalam MBI...heh!

P/s: Sanusi...hang dah ambil cheque kat PTG ke? Dah lama dah cheque tu siap..takkan nak biar sampai cheque tu reput kot? Heh!

LAWAK PAGI INI...APA KATA KHALID GAGAP PASAL SAMPAH & JALAN BERLUBANG DI SELANGOR...


Cehhhhh..!!! Ini jawapan Khalid Gagap pasal sampah yang berterabur kat Selangor?

Jalanraya berlubang teruk kat negeri tu...tapi dia takleh buat apa-apa...

Simpati aku kat rakyat negeri Selangor...

Tapi rakyat Kedah pun terima nasib yang sama jugakkkk...

Apa la nasib rakyat di negeri Pakatan Haram...ishhhh!!!!

Monday, September 17, 2012

VIDEO PANAS..!!! BUKTI BUDAK POMPUAN DI NEGARA NI DAH ROSAK..!!!


Video ni adalah bukti budak-budak pompuan sekarang ni tak layak di buat awek atau bini! Jujur aku kata, budak-budak pompuan skang ni makin ramai yang rosakkk...

Kalau adik-adik korang yang kena pukul cam ni...apa korang rasa? Aku terfikir..camana kalau budak betina yang pukul member dia tu dibelasah ramai-ramai? Apa dia rasa...best? Nak try?

Mana silapnya bila budak-budak pompuan ni rosak? Pada aku...mak bapak diorang la yang punya salah. Problemnya, mak bapak diorang ni salahkan pulak cikgu-cikgu kat sekolah...

Paling teruk, puak-puak pembangkang politikkan perkara ni dan hasut mak bapak yang tak reti pikir ni dengan menyalahkan kerajaan...apa punya bodo la pemikiran macam ni...tu pun diorang tak sedar-sedar diri diorang diperbodohkan pembangkang...

Korang rasa...apa "ubat"nya bagi budak-budak macam ni..? Pada aku...mak bapak diorang patut kembali kepada cara Islam...ajar anak-anak tu solat dulu...bukan ajar anak-anak masuk PAS..!!! PAS tu bukan Islam..dan Islam tu bukannya PAS...!!! Itu fakta!

GEMPARRR..!!! "TOKONG" GUAN ENG BUBAR DUN OKTOBER INI..???


Khabar angin di negeri sebelah zone utara sedang kuat bertiup kencang membayangkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan bakal membubarkan DUN sekaligus mengadakan pilihanraya di negeri itu lebih awal berbanding di peringkat pusat.

Cakap-cakap di kedai kopi juga sedang hangat memperkatakan tentang keyakinan kerajaan DAP untuk mempertahankan kuasanya di Pulau Pinang pada pilihanraya tersebut dan menggunakan kemenangan tersebut sebagai momentum bagi mereka menghadapi PRU ke-13.

Dalam ertikata lain, bukan saja bakal dijadikan “pilot case”, DAP yang dijangka masih mampu menang di pilihanraya negeri Pulau Pinang itu dikatakan akan menyuntik semangat di kalangan para penyokong parti itu di seluruh negara.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan “tokong”nya, Lim Guan Eng, yang sebelum ini mencetuskan pandangan kepada Pakatan Haram untuk tidak melangsungkan pilihanraya di negeri itu serentak dengan PRU ke-13, khususnya Pulau Pinang.

Pada saya, tidak dapat dinafikan bahawa Pulau Pinang sememangnya agak sukar ditawan kembali oleh BN pada PRU ke-13 kali ini memandangkan bangsa Melayu PAS dan Melayu PKR di negeri itu dikatakan masih sanggup menjadi “keldai” kepada “tokong”.

Persoalannya, apakah “tokong” Guan Eng saja yang yakin bahawa Pakatan Haram mampu mengekalkan kuasa di negeri Pulau Pinang?

Bagaimana pula dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, MB Kedah, Azizan Razak dan MB Selangor, Khalid Ibrahim? Apakah mereka bertiga juga akan mengikut jejak langkah “tokong” untuk membubarkan kuasa di DUN masing-masing?

Sekiranya, “tokong” Guan Eng yakin DAP mampu mempertahankan Pulau Pinang, apakah Nik Aziz, Azizan dan Khalid “Gagap” tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mempertahankan kuasa di negeri jajahan mereka masing-masing?

Pada saya, pihak pembangkang kini tersepit dan mereka yakin hanya mampu menipu di Pulau Pinang sahaja, sedangkan di Kedah, Kelantan dan Selangor menunjukkan sokongan yang menurun di kalangan rakyat negeri itu.

Rakyat di Kedah, Kelantan dan Selangor kini semakin celik untuk menilai penipuan serta pembohongan yang ditabur oleh Pakatan Haram, khususnya berhubung manifesto PRU ke-12 dulu yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Di Kedah, bukan saja PAS gagal melaksanakan manifesto yang ditaburkan, malah masalah dalaman yang melanda di dalam perebutan kuasa di dalam kerajaan negeri di kalangan para pemimpin PAS turut “menyemakkan” mata rakyat.

Di Kelantan, rakyat dikhabarkan sudah bosan dengan kepimpinan Nik Aziz yang dilihat semakin mundur ke belakang dan pentadbirannya yang hanya “Islam” di mulut atau papan tanda namun tersasar dari semangat Islam dari sudut perlaksanaannya.

Paling teruk ialah di Selangor di mana dasar-dasar yang dijalankan oleh Khalid “Gagap” dilihat sangat merugikan rakyat di mana pentadbirannya telah diganggu oleh “dasar rompak rakyat Selangor untuk kembungkan poket pemimpin Pakatan Haram” dilaksanakan.

DAP di Pulau Pinang pun sebenarnya tidaklah sekuat mana. Namun setelah DAP berjaya memainkan sentimen “chauvinis ultra kiasu” dan berjaya memperkudakan PAS serta PKR di negeri itu untuk melutut pada mereka, maka “tokong” itu boleh tersenyum lebar…

Pada saya, “tokong” Guan Eng boleh membubarkan DUN pada bila-bila masa dari sekarang namun dipercayai bahawa biarpun dia berbuat demikian pada Oktober ini, keputusan tersebut pasti akan memakan dirinya sendiri.

Tentang bila PRU ke-13 akan berlangsung, biarlah Perdana Menteri yang tentukan dan saya yakin bahawa Najib punya strategi yang mantap untuk memastikan kemenangan majoriti 2/3 berada di dalam genggamannya.

Biarlah Guan Eng, Nik Aziz, Azizan dan Khalid “bersilat” untuk mempertahankan negeri jajahan mereka masing-masing. Namun apa yang perlu mereka tahu bahawa berkemungkinan besar mereka akan hilang semua keempat-empat negeri itu pada pilihanraya kali ini…

Sumbaer: Mykmu.net

PANASSS..!!! GENERASI MUDA DAH TAHU RAHSIA ANWAR...!!!

anwar_16_september


16 September sebetulnya merupakan satu tarikh keramat yang pasti diingati oleh ramai rakyat Malaysia apabila ia diisytiharkan sebagai cuti umum di negara ini bagi menyambut sempena Hari Malaysia.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap secara rasmi memberikan amanatnya kepada seluruh rakyat Malaysia di mana ia telah ditayangkan secara langsung di kaca televisyen masing-masing.
Pun begitu, bagi para peminat dan pemerhati persada politik tanahair, tarikh 16 September juga melambangkan penipuan dan pembohongan yang jelas serta tidak dapat tidak ia akan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun 2008 setelah berjaya menafikan kemenangan 2/3 Barisan Nasional pada PRU ke-12 yang lalu, Anwar kemudiaan telah mencanangkan bahawa dia bakal menjadi Perdana Menteri pada tarikh 16 September.

Anwar menjelajah ke setiap pelosok negeri membayangkan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia bahawa pembangkang akan mengambil alih pentadbiran negara ini sejak merdeka melalui kaedah “lompat parti” beberapa Ahli Parlimen.

Katanya, dia mempunyai lebih 31 orang Ahli Parlimen yang dikenal pasti akan “melompat parti” dari BN bagi menyertai Pakatan Rakyat sekaligus menafikan majoriti mudah yang dimiliki oleh parti yang membentuk kerajaan pusat itu.

Anwar ketika itu turut menjelajah ke luar negara dan memburuk-burukkan Malaysia bagi menakut-nakutkan para pelabur asing selain mengarahkan orang-orang kanannya “mengejar” sekumpulan Ahli Parlimen BN yang turut ke luar negara.

Bapa Nurul Izzah itu juga memberitahu kononnya pihak Istana Negara dan Angkatan Tentera Malaysia turut “merestui” dan “bersedia” dengan “rampasan” kuasa yang bakal dia lakukan pada tarikh 16 September.

Namun pihak Istana dan ATM kemudiaan menafikan dakwaan Anwar itu.
Bersungguh-sungguh benar Anwar cuba meyakinkan rakyat Malaysia pada ketika itu bahawa dia bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan akan memaksa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk turun dari jawatan tersebut.

Peliknya, apabila tiba pada tarikh 16 September pada tahun itu, tiada sebarang perubahan berlaku pada tampuk pemerintahan negara di mana Pak Lah masih lagi Perdana Menteri dan Anwar masih lagi Ketua Pembangkang.

Malah pada tarikh tersebut, Anwar langsung tidak menjejakkan kaki di Pejabat PM di Putrajaya sekali pun, apatah lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri!

Dan sehingga semalam tarikh 16 September berulang sekali lagi setelah 4 kali diulang sejak tahun 2008, dan Anwar masih lagi menjawat jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan tidak mampu langsung mengancam jawatan Perdana Menteri dalam kerajaan pusat.

Persoalannya, sebagai rakyat Malaysia yang mengalami dan pernah diganggu emosi dengan propaganda Anwar itu, apakah kita tidak rasa ditipu, dibohongi, didustai atau dipermainkan oleh seorang individu yang kononnya seorang “Pak Syiekh” yang berimejkan Islam?

Sesungguhnya saya tidak pernah dengar mana-mana manusia yang suka ditipu atau dibohong begitu rupa oleh mana-mana pihak dan bagaimana pula dengan generasi muda hari ini?

Apakah generasi muda di zaman ini suka ditipu oleh individu yang kerap “dibuktikan” menipu dan berdolak-dalik dari kebenaran itu, atau anda semua suka ditipu?

Sumber: SGB

MESTI TONTON..!!! LINTAS LANGSUNG ANWAR ANGKAT SUMPAH JADI "PM" SEMALAM..!!!



Lintas langsung semalam..Anwar angkat sumpah jadi PM....Mesti tontonnnn..!!! Inilah bukti-bukti terbaik untuk Anwar jadi PM...!!! Heh! Wajib tengok broooo..!!!

Kupasan sehari demi sehari...semuanya pasal 16 September..!!! 16 September dicemari Anwar Berahimmmm.. kenapa aku rasa macam nak baling kasut je kat Anwar nihhh...???

VIDEO PANASSS..!!! APA KORANG RASA KALAU ADIK KORANG KENA PUKUL, SEPAK DAN GUNTING RAMBUT CAM NI?



Korang dah tengok video budak-budak betina kurang ajar ni? Entah la..kalau la aku ada kat tempat tu memang dah merasa dah pelempang aku ni...Aku actually memang pantang dengan bebudak kurang ajar ni...

Cuba korang bayangkan kalau yang kena pukul, terajang dan kena gunting rambut tu adik korang ke...kakak korang ke...saudara mara korang ke...awek korang ke...dan ada sangkut paut dengan korang la...apa korang rasa?

Entah la...korang pikir sendiri la apa tindakan terbaik untuk kes ni...kalau aku..heh! Dah tentu kena dahhhh...heh!

LAWAK PAGI INI.. KALAU ABBY ABADI DENGAR DIALOG NI MESTI BERASAP TELINGA..!!!


Adusssss..!!! Pedih...!!! Panassss..!!! Berasap telinga kalau Abby dengar...

Orang lain semua renew tiket ke syurga setiap tahun...

Tapi Abby dapat lesen besar masuk syurga lepas serah borang keahlian seumur hidup...heh!

Mungkin dia sedar dia banyak dosa sangat kot sampai pilih "jalan mudah" ke syurga tu..kan? Heh!

Sunday, September 16, 2012

GEMPARRR..!!! ANWAR CEKIK ANWAR..???


Tu diaaa..!!! Sampai hati Anwar cekik Azizan...Maybe sebab Anwar tahu dan sedar bahawa Azizan sangat rapat dengan Najib berbanding dirinya, seorang lelaki Y...

Aku rasa, Azizan tolak Anwar sebab papa Izzah ni cuai...jam tangan Omega pun tinggal merata tempat..jam mahal tuuuu..!!! Ishhhh...

Karnival #astrofiesta disabotaj? @beliabangkit @portalSGB



Penganjuran Program Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Kota Raja yang berlangsung di Padang Taman Klang Jaya berjaya menepati matlamat penganjurannya semalam.

Idea penganjuran program ini lagi adalah bermula daripada Parlimen Kota Raja yang menginginkan satu program yang boleh melibatkan pelbagai kaum hadir dan terlibat sama dalam setiap penganjuran aktivitinya.

Menurut sumber yang dipercayai, pelbagai aktiviti telah dirancang bermula daripada 14 September sehingga 16 September 2012. 

Antaranya Futsal 1Malaysia di mana sebanyak 38 pasukan telah berjaya dikumpulkan yang terdiri daripada belia kaum India, Cina dan Melayu.

Namun, di sebalik kejayaan penganjuran program ini, terdapat juga isu di mana menurut sumber, begitu banyak kerenah birokrasi dan prosedur untuk mendapatkan tempat penganjuran program ini.

Kain rentang dan bunting yang digantung juga telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan dirosakkan sehingga menyukarkan aktiviti promosi program ini.

Walaupun begitu banyak usaha untuk menggagalkan program ini, usaha promosi tetap dijalankan melalui media siber dan lain-lain medium yang mana pelbagai kaum datang ke program ini.

Harapan beliau hanyalah satu, iaitu agar setiap pengunjung yang hadir bergembira dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Semoga semangat perpaduan 1Malaysia di Parlimen Kota Raja dapat diteruskan demi kebaikkan generasi yang akan datang.


Dari Perspektif Peniaga : Peluang belia untuk membina kerjaya dalam bidang keusahawanan.

Program Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Kota Raja di Padang Taman Klang Jaya memberi peluang kepada belia-belia tempatan untuk menambahkan pendapatan mereka.

Pelbagai gerai jualan yang kebanyakkannya diuruskan oleh belia seperti menjual makanan dan minuman, permainan kanak-kanak, kraf tangan, beg dan kasut, pakaian dan pelbagai lagi.

Salah seorang peniaga belia tempatan, Mohd Nazri, 29 tahun yang berniaga pakaian menyatakan, beliau telah menyertai banyak gerai jualan Karnival Mesra Belia dan pulangan yang diperolehi agak memuaskan. 

Beliau yang juga turut mempunyai premis perniagaan di Seksyen 7, Shah Alam turut menyatakan, walaupun beliau mempunyai ijazah Sains Sukan daripada Universiti Malaysia Sabah, minat yang mendalam bidang perniagaan membuatkan beliau bertekad untuk memulakan perniagaan.

Punca yang menyatakan beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan adalah apabila beliau mendapat pembekal pakaian dan kasut berkualiti tinggi dengan harga yang murah dari pembekal pelbagai luar negara iaitu Australia, China, Indonesia, Bangladesh dan juga India.

Melalui kelebihan ini, digunakan oleh beliau untuk menarik perhatian daripada pelanggan dan terbukti dalam setiap Karnival Mesra Belia, ramai pelanggan yang memuji kualiti pakaian yang dijual walaupun dengan harga yang murah.

Beliau menasihatkan kepada belia-belia yang ingin menceburi dunia perniagaan agar memperkuatkan ilmu dalam bidang yang ingin diceburi dan tidak malu untuk bertanya dengan yang lebih berpengalaman sebagai penutup kata.


Dari Perspektif Pengunjung : Penganjuran yang baik dan berjaya menarik perhatian penduduk tempatan.

Kehadiran sepasang suami isteri ke Program Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Kota Raja menarik perhatian wartawan SuaraGenerasiBaru yang bertugas pada malam ini.

Chua Teng Swee, 58 tahun yang merupakan penduduk setempat menyatakan, beliau dan isteri merasa terpanggil untuk hadir kerana tertarik dengan gerai-gerai jualan yang ada di karnival ini.

Beliau kini yang telah menyerahkan perniagaan keluarga kepada anak-anaknya menyatakan, beliau hadir untuk melihat produk-produk yang dijual di karnival ini sambil membawa isterinya bersiar-siar.

Apa yang menarik perhatiannya adalah terdapat pelbagai jenis barangan dijual dengan harga amat berpatutan dan berkualiti.

Apabila ditanya mengenai pendapatnya tentang pengajuran program ini, beliau memuji penganjuran program ini yang mana dapat memberi peluang kepada penduduk setempat untuk berhibur dan berehat.

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan juga banyak melibatkan aktiviti kekeluargaan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga dan juga penduduk setempat.

Pendapatnya mengenai 1Malaysia pula, ianya satu usaha yang amat baik daripada kerajaan dan berharap ia dapat diteruskan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!