Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    44 minutes ago

Saturday, September 15, 2012

1MALAYSIA ADA DI MANA-MANA DI #ASTROFIESTA @PortalSGB @NajibRazak @BeliaBangkit

Kaum Cina turut memeriahkan suasana...
Latest update live dari Astro Fiesta Karnival Belia 1Malaysia Parlimen Kota Raja... 8 gambar panas yang buat Pakatan Haram terbakar...

Macam pasar malam...panassss..!!!

Kaum India datang berhibur sambil beramal...

1Malaysia di mana-mana..!!!

JC Lee...artis jemputan...

Penuh perasaannnnn..!!! Heh! Sampai berpeluh...

Peminat ramai datang bebbb..!!!
Membeli belah...macam-macam ada...!!!

JOM TURUN KE #ASTROFIESTA RAMAI-RAMAI..!!! MACAM-MACAM ADA... #astrofiestakotaraja @najibrazak @shabery_myg


Saya kini sedang berada di Karnival Astro Fiesta di Kota Raja Shah Alam...menarik bebbbb..!!! Sudah selesai solat maghrib, jom ramai-ramai ke karnival ni...macam-macam ada...

Well...nak jalan-jalan sat...will update you all later...byeeeee..!!!

SIRI BERCAKAP DENGAN SANUSI SETPOL MB..siri ke-5...


Sila rujuk kepada jawapan MB Kedah kepada soalan aku. Sanusi disuruh Azizan untuk beritahu aku perkara kat atas tu...

Dari perenggan 1, nampak sangat Azizan serah bulat-bulat semua GLC Kedah kepada CEO masing-masing. Kononnya, takkan dia nak buat semua kerja tu? Heh! Bodoh punya soalan. Siapa yang suruh dia buat semua kerja? Orang lantik dia jadi Pengerusi tu sebab nak suruh dia pantau la..ambil tahu!

Gila ke pengerusi main lepas tangan macam tu? Kalau GLC tu handle projek RM1 ke..RM2 ke takpa la jugak. Ni GLC tu handle projek RM juta-juta yang membabitkan hak rakyat dan kerajaan negeri. Orang kat GLC tu boleh "kona-kona" bila-bila masa saja wehhh..!!!

Patut pun bila media tanya Azizan, dia kata dia tak tau apa-apa! Dia pakai lepas tangan rupanya. Kalau lagu tu baik suruh aku jadi Pengerusi. Goyang kaki, tiap-tiap bula gaji masuk. Tak payah pantau pun takpa...Azizan ingat senang ke tanggungjawab jadi Pengerusi GLC? Heh! Budus!

Perenggan kedua, senang sangat Azizan bagi projek kat orang. Buat kajian sikit, lepas tu tunjuk kat dia. Padahal Azizan bukannya paham pun hasil kajian yang di present kat dia tu. Orang kata quartz, maka dia kata pi la amik. Padahal kat situ lebih dari quartz pun ada.

Aku nak tanya Azizan. Kalau orang tipu dia, macamana? Orang tu kata kat kawasan tu ada quartz, tapi sebenarnya kat situ katakanlah ada emas, tapi dia tak declare pun kat situ ada emas. Lepas MBI luluskan atas arahan Azizan, quartz kontraktor tu sebat, emas pun dia sebat sampai licin, siapa rugi?

Lepas ni apa kata kalau kita semua pakat-pakat pi buat kajian kat semua tanah kat Kedah ni. Kalau ada mineral dan hasil bumi, kita pergi tunjuk kat Azizan. Lepas tu dia akan suruh MBI luluskan... Kalau MBI tak luluskan kita luku kepala Azizan...amacam? Heh!

Friday, September 14, 2012

SIRI BERCAKAP DENGAN "JIN" SANUSI SETPOL MB KEDAH..SIRI 4..!!!


Dalam jawapan Sanusi Setpol mengenai struktur MBI, nampaknya dia hanya tahu struktur di atas kertas sahaja. Dia tahu bahawa CEO MBI yang pertama sejak PAS ambil alih Kerajaan Negeri Kedah ialah Che Had Dali...

Apakah dia tahu apa yang terjadi kepada Che Had Dali sehingga dia terpaksa meninggalkan MBI pada 2011? Heh! Sila tanya SPRM dan orang-orang lama KCS jika mahu tahu kisahnya...heh! PAS yang lantik Che Had Dali...


Keduanya, kenapa sekejap sangat Bakar Din jadi CEO MBI? Apa salah dia masa jadi CEO MBI? Dia tak sebulu dengan siapa sehingga digulingkan dari MBI? Heh! Sanusi pergi siasat sendiri dengan pemimpin PAS yang dengki sangat kat dia dulu...

Dan kini, Datuk Shabudin yang jadi CEO MBI, kan? Alaaa..Shabudin yang tak kenal dan tak reti bezakan antara "PROPOSAL" dengan "APPROVAL" tuuu..!!! Ingat lagi EIA untuk projek "PAS Botakkan Gunung Inas"? Heh! Shabudin begitu mudah dipermainkan...

Siapa yang mainkan Shabudin? Dan jika Sanusi tak tahu, jelaslah Sanusi memang "buta kayu"..

Atas kertas, memang Shabudin jadi CEO. Tapi realitinya, siapa yang uruskan projek-projek MBI? Siapa yang berkuasa bagi itu dan ini kepada kontraktor? Siapa yang jadi "Raja Tanah" dalam MBI? Heh!

Sanusi boleh pergi tanya pada Mihat Shaari...mungkin dia tahu...heh! Errr..siapa yang sign surat "anugerah" tu? Heh!

EKSKLUSIF..!!! JAWAPAN SANUSI SETPOL MB KOSONG, NAMPAK SANGAT DIA TAK TAHU APA-APA...


Dalam penerangan Sanusi Setpol pasal dasar Pakatan Haram Kedah, kononnya GLC mengamalkan usahasama yang menguntungkan Kerajaan Negeri melalui pembahagian keuntungan sebanyak 51% - 49%, di mana kerajaan negeri memegang 51% keuntungan.

Dan kemudian, Sanusi Setpol menuduh pula kerajaan BN terdahulu mengamalkan dasar pembahagian keuntungan 30% - 70% dan kononnya kerajaan negeri hanya memegang 30% keuntungan berbanding pengusaha sebanyak 70%.

Persoalannya, apa buktinya GLC Kedah di bawah PAS memegang keuntungan sebanyak 51% dalam usahasama itu? Sanusi perlu kemukakan bukti-bukti sahih dulu sebelum keluarkan kenyataan memandangkan ia perlu bagi mengelak dia dari cakap kosong...

Kemudian, Sanusi perlu buktikan bahawa kerajaan BN dulu hanya dapat 30% dari keuntungan usahasama tersebut berbanding 70% bagi habuan pengusaha. Setelah dibuktikan barulah adil dan tidaklah Sanusi hanya cakap kosong saja..!

Namun, ada satu perkara yang perlu Sanusi nyatakan. Sekiranya QGR itu dibenarkan untuk melombong Quartz sahaja, bagaimana pula dengan sumber-sumber mineral lain yang diperoleh oleh pengusaha tersebut?

Misalnya, selalunya selain quartz, pengusaha juga boleh memperoleh mineral lain seperti aluminium, tungsten, iron dan pelbagai lagi esktrak mineral dari tapak lombong tersebut. Jadi, Sanusi perlu mengambil kira perkara itu juga...

Dalam ertikata lain, mungkin QGR hanya membayar hasil dari keuntungan quartz sahaja kepada GLC terbabit dan "mencuri" hasil galian yang lain dari tapak yang sama. Jadi, ia akan menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian, bukan?

Justeru itum, jika dikira dengan hasil yang "dicuri" itu, maka berkemungkinan besar bahawa kerajaan negeri hanya memperoleh 10% sahaja dari hasil keuntungan usahasama itu, manakala pengusaha pula mendapat 90% keuntungan, bukan?

Untuk kajian kes, Sanusi boleh ke kawasan Merbok. Saya tak mahu beritahu lokasi sebenar secara terperinci. Sanusi siasatlah sendiri di kawasan itu dan saya yakin dia akan peroleh bukti yang saya katakan itu...

Kesimpulannya, Sanusi sebenarnya bercakap kosong. Tulis saja panjang-panjang, tapi isinya kosong tidak berisi.Ia membayangkan bahawa Sanusi merupakan seorang bekas land surveyor yang tak tahu apa-apa, tapi berlagak macam tahu...heh!

Weh Sanusi...pergi sekolah lagi la wehhhh..!!! Heh!

P/s: Sambungan pertikaian saya dan Sanusi akan bersambung lagi selepas ini...heh!

SETPOL MB KEDAH DEDAH AZIZAN TAKTAU APA-APA PASAL GLC..!!!?


Sebelum aku nak "sekolahkan" Sanusi Setpol, aku nak bagitau dia bahawa status aku bukanlah "blogger upahan UMNO" memandangkan aku tak makan gaji dengan depa. Aku kerja kat tempat lain, halal dan insyaAllah berkat dengan hasil titik peluh aku setiap hari..

Jadi, sebelum aku bidas dia dia teruk-teruk, lebih baik dia ubah apa yang patut...heh!

Mungkin kerana Sanusi Setpol tak tau nak jawab soalan aku mengenai pemberian projek bernilai jutaan ringgit kepada Quartzcity Global Resources, maka dia terpaksa tanya MB Kedah, Azizan Razak untuk menjawab soalan aku tu...

Sanusi kata, Azizan suruh dia tanya kat aku...


PKB dok korek batu besi di Gurun, siapa korek aku tak tau, tapi aku juga jadi Pengerusi PKB, adakah aku yang bagi batu besi tu kat depa, dan adakah depa tu juga kroni aku?

Aku juga pengrusi PKNK dan ada banyak syarikat dapat batu besi depa di Aman Jaya, aku bagi juga ka? Kroni aku ka?

Aku juga Pengerusi KUIN dan banyak syarikat dok buat bangunan baru di Kuala Ketil, adakah aku juga bagi projek tu kat depa dan depa tu kroni aku juga ka?
Memang la tak semua projek PKB, PKNK dan KUIN tu tak diberi pada kroni Azizan. Kroni Azizan tu mana larat nak buat semua projek dari semua GLC Kedah tu...tak menang cekak depa nak kaut monopoli semua projek..!!! Heh!

Lagipun, fikir logik sikit la...kalau Azizan bagi semua projek GLC kat Kedah ni kat kroni dia, nampak sangat la dia monopoli semua projek, kan? Jadi untuk mengabui mata rakyat, dah tentu dia kasi projek kat orang lain sama...kan?

Aku minta Sanusi Setpol kaji dan gali lagi fail-fail lama kat MBI tu since 2008. Sejak 2008, dah berapa banyak syarikat yang mempunyai kepentingan Ikhram tu dah dapat projek dari MBI. Tu dari MBI saja...GLC lain yang bagi projek kat dia lagi camana tu?

Cuba tengok, Azizan jadi Pengerusi PKB. Tapi dia sendiri tak tau siapa yang korek besi kat Gurun tu. Nampak sangat Azizan ni tak ambik tahu hal ehwal GLC yang dia pengerusikan. Kalau rasa tak sempat nak ambil tahu, letak jawatan je la dalam GLC tu...patut pun banyak projek GLC lingkup!

Sampai di sini dulu...aku akan sambung lagi lepas ni...heh! Kasi Sanusi fikir dan jawab satu persatu..heh!

PANASSS..!!! SANUSI SETPOL MENGESAHKAN MBI BERI PROJEK PADA KRONI AZIZAN...


Saya nak ucapkan terima kasih kepada Setpol MB, Sanusi Md Noor sebab mendedahkan pekung di dalam kurniaan projek MBI yang diberikan kepada kroni-kroni MB yang melibatkan "Pak Su Am" atau nama sebenarnya Ikhram Shafie di sini...

Dalam jawapan balas Sanusi tu, dia ada sebut...
Dalam kes galian quartz (apa benda quartz tu saya pun tak tahu) yang diteroka dan ditemui di satu kawasan hutan simpan oleh sebuah syarikat  (Quartzcity Global Resources yang dituduh sebagai kroni MB Kedah yang dapat anugerah projek berjuta- juta) yang dimiliki oleh seorang lelaki berketurunan siam dan seorang lelaki melayu bernama Ikram Shafie.
Dalam kenyataan ini, jelas menunjukkan bahawa Sanusi memang jenis tak sekolah. Kalau tak tahu apa benda Quartz tu, sila la belajar dan ambil tahu benda apa Quartz tu. Aku malas nak ajar Sanusi tentang benda apa Quartz tu, suruh dia cari sendiri...

Namun, salah satu fakta penting yang Sanusi perlu tahu, Quartz tu berharga dan boleh dijual dengan harga yang mahal..itu fakta umum.

Dan bila dia sentuh pasal Quartzcity Global Resources tu, maka dia perlu tahu bahawa Pengarah Kedua bagi syarikat tu ialah Ikhram Shafie yang merupakan biras kepada MB Kedah, Azizan Razak. Paham ke "biras" tu apa? Takkan nak aku terangkan jugak kot?

Jadi, secara tak langsung, MBI sebenarnya telah dan sedang memberikan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat milik biras MB. Dan aku nak Sanusi siasat, sejak bila Ikhram tu dilantik oleh "Jan Siam" untuk jadi "Pengarah Kedua" syarikat mineral tu...heh!

"Jan Siam" tu memang aku tak pertikai sebab memang dia yang gali buat kajian mineral dan mintak kontrak dari kerajaan negeri. Usahasama, aku tak marah. Tapi, sila check nama Pak Su Am tu dan aku nak tanya berapa banyak kontrak yang diberikan kepada Quartzcity Global Resources tu...

Sebelum Kerajaan PAS Kedah ambil alih kerajaan negeri dulu, apakah nama Pak Su Am tu ada dalam syarikat QGR tu? Atau "Jan Siam" sengaja lantik dia dalam QGR tu sebagai "sleeping partner" untuk bolot banyak projek menerusi MBI...? Heh!

Game businessman nihhh..Takkan Sanusi tak paham? Atau Sanusi buat-buat tak paham? Heh!

Untuk pengetahuan Sanusi, bukan projek itu saja yang telah diberikan kepada QCR oleh MBI dan aku mempunyai beberapa dokumen sebagai bukti untuk Sanusi "gali" lagi. Tapi buat masa ni aku tak mahu dedahkan dulu...

Sanusi perlu cari lagi projek-projek yang diberikan MBI directly kepada QCR tanpa sistem tender terbuka...heh!

Dengan itu, aku ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Sanusi sebab mengesahkan bahawa Ikhram tu mempunyai pertalian saudara dengan isteri pertama Azizan. Azizan memang takdak pertalian darah dengan Ikhram sebab depa tu "BIRAS". Biras mana ada pertalian darah! Ngok..!!!

Itu saja buat masa ni dan aku akan pertikaikan lagi kenyataan Sanusi Setpol tu pada entry yang seterusnya. Aku harap Sanusi boleh bagi jawapan yang mantap dan kalau betul salah tu, mengaku saja la weiiiii..!!! Qulil Haqqa, Walau Kaana Murran..am I rite? Heh!

KERAJAAN PUSAT TAK RELA LIHAT RAKYAT LEMBAH KLANG JADI MANGSA KHALID GAGAP..!!!

krisis air sngor

Saya benar-benar teruja apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin selamba “jentik telinga” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, di mana beliau mengumumkan tender terbuka loji Langat 2 bakal dikeluarkan dalam masa terdekat.

Memang kedua-dua pemimpin ini bergelar “Tan Sri”, tapi rasanya sudah tentu ramai yang dapat menilai bahawa Muhyiddin jauh lebih bijak dari Khalid, kalau tidak, takkanlah beliau jadi Timbalan PM, kan?

Bila diumumkan tender pembinaan Langat 2, secara tidak langsung maka Kerajaan Pusat bakal berdepan dengan tindakan saman dari Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor memandangkan Khalid degil tidak mahu meluluskan perintah pembangunan di negeri jajahannya.

Jelas di sini Timbalan Perdana Menteri membuktikan bahawa Kerajaan BN lebih rela disaman demi memastikan keperluan rakyat di sekitar Lembah Klang terjamin dan mendapat bekalan air bersih secukupnya.

Khalid tak sedar-sedar lagi ke bahawa kepentingan bekalan air bersih untuk rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jauh lebih penting dari ego dan kepentingan politik Pakatan Haram?


Khabarnya, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier mencadangkan agar Majlis Perbandaran Kajang melalui pejabat tanahnya memfailkan saman sekiranya tender dan projek tersebut diteruskan oleh Kerajaan Pusat.

Saya ingin bertanya kepada Majlis Perbandaran Kajang, apakah mereka sanggup lihat rakyat dan pejabat mereka sendiri tidak mendapat bekalan air?

Dan kemudian mereka saman pula pihak yang mahu membantu untuk memastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi, wajarkah begitu?

Khalid “Gagap” katanya lagi tidak mahu meluluskan projek Langat 2 selagi penstrukturan semula industri air dijalankan di negeri itu di mana Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor dibenarkan mengambil alih Syabas sepenuhnya.

Untuk menjayakan penstrukturan semula industri air di Selangor, Khalid perlu membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya yang sedang menguruskan industri air di negeri pimpinannya itu terlebih dahulu.

Persoalannya, mampukah Khalid melalui Kerajaan Negeri membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit itu? Kerajaan negeri pimpinan Khalid itu ada duit ke nak beli?

Rasanya Khalid perlu seluk poket perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor dan cermin diri sendiri dahulu sebelum bercita-cita membeli Syabas dan anak-anak syarikatnya.

Pada saya, Khalid sebenarnya takut kena bayar lebih banyak wang kepada Syabas jika loji Langat 2 dibina nanti. Maklumlah, bila lebih banyak rumah yang guna air, sudah tentu dia terpaksa beri “air percuma” pada rakyat.

Status “air percuma” itu hanya percuma untuk rakyat saja, tapi harga “air percuma” itu perlu dibayar oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor kepada Syabas! Mungkin sebab itu Khalid susah hati dan tak mahu luluskan pembinaan Langat 2…


Sebelum ini Khalid pernah bongkak dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya kaya raya dan memiliki wang berbilion ringgit.

Tapi apa yang jelas hutang di UniSel dan KUIS pun tak mampu dilangsaikan sehingga ramai pelajar yang tak boleh masuk asrama. Lepas digadai beberapa bidang tanah milik UniSel maka barulah para pelajar itu boleh masuk asrama. “Kaya” sangatkah begitu?

Apa pun, syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Pusat kerana begitu bertegas dan biar pun menyedari risiko disaman Khalid “Gagap”, projek dan tender Langat 2 tetap dikeluarkan demi kepentingan rakyat di Lembah Klang.

Memang agak berisiko untuk meneruskan projek berkenaan, apatah lagi apabila Kerajaan Pusat terpaksa berdepan dengan ugutan dibawa ke mahkamah. Namun rasanya sebuah mahkamah yang adil pastinya akan memberi kemenangan kepada kepentingan rakyat, bukan ego politik.

Sumber: Mykmu.net

HARI INI UNTUK LONDEHKAH SETPOL MB KEDAH, SANUSI MD NOOR..!!!


Hari ni aku akan pertikaikan satu persatu segala jawapan yang diberikan oleh Sanusi Setpol di blognya berkenaan persoalan yang aku dedahkan sebelum ini mengenai pemberian projek mewah kepada kroni MB Kedah, Azizan Razak.

Dah lama aku bagi masa pada Sanusi untuk bersedia dan kaji fail-fail lama mengenai syarikat keluarga terdekat MB yang dapat projek juta-juta ringgit tu...

Padahal, sebelum PAS perintah, syarikat kroni MB tu tak pun hebat mana. Syarikat tu dapat projek sama adil je dengan syarikat-syarikat lain...

So..insyaAllah lepas Jumaat ni, aku akan counter balik jawapan Sanusi tu satu persatu. Aku ingat Sanusi ni "genius" sangat dan bijak nak cover Azizan. Rupanya, dia kusutkan MB lagi ada laaaa...heh!

Apa pun aku akan pertikai balik jawapan Sanusi tu satu persatu bermula pada jam 3 petang ni. Kalau Sanusi ada teloq...dia perlu jawab pertikaian aku tu satu persatu dan kalau dia tak jawab, maknanya dia kalah la tu...heh!

LAWAK PAGI INI...LAYAK KE "KELDAI" JADI PM..???!!! HEH..!


Tu diaaaaa...!!! Bendera mana yang nak jadi PM nihhh..? Heh!

PKR nak jadi PM...PM bonek pun takpa asalkan jadi PM...

DAP tak jadi PM pun takpa...sebab depa adalah TUAN kepada PKR...

PAS? Errr..."keldai" boleh ke jadi PM..???!!! Heh..!

Thursday, September 13, 2012

REMAJA GILA PANJAT TINGKAP UNTUK CIUM SELUAR DALAM WANITA KANTOI..!!!


Macam-macam perkara dilakukan manusia pada akhir zaman ini.

Kadang-kala ada yang sampai tak masuk akal!

Misalnya, kejadian mencuri seluar dalam wanita.

Mungkin dia teringin nak pakai sebab tak mampu nak beli seluar dalam yang mahal atau berkenan dengan corak seluar dalam itu.

Tapi kalau lelaki yang curi, apa kes?

Walaupun kejadian mencuri seluar dalam wanita ini bukan perkara baru yang berlaku di seluruh dunia, namun penulis masih tertanya-tanya apakah yang mereka lakukan pada seluar dalam itu.

Gambar di bawah menyaksikan seorang lelaki berusaha memanjat tingkap rumah yang dipercayai jirannya untuk mencapai dan mencuri seluar dalam wanita.

Dah curi tu satu hal, lepas tu pergi bau pula! Gila betul lah.

Mungkin dia nak hidu bau sabun kot.

Wangi sangat agaknya. Entahlah…

Sumber: - Mynewshub.my

APA KOMEN SAIFUL BUKHARI LEPAS ANWAR BATAL SAMAN...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 30hb Jun 2008, iaitu 2 hari setelah saya membuat laporan polis bahawa diri saya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim , beliau telah memfailkan saman fitnah ke atas saya atas dakwaan kononnya saya telah membuat satu laporan palsu.

Namun setelah 4 tahun, dan berulang kali ia dilengah dan ditangguh, semalam, beliau menarik balik saman ke atas saya, dengan alasan namanya sudah bersih. Sebenarnya dari awal lagi, saya amat bersetuju jika kes saman ini diteruskan, kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran pada semua.

Pada pendapat saya, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hanya disebabkan faktor-faktor teknikal.

Ini kerana didalam penghakiman penuh, saya percaya bahawa kredibiliti dan keterangan saya adalah “intact”.

Saya juga percaya bahawa bagi mana-mana perbicaraan saman sivil, plantif (dalam kes ini adalah DSAI) pada kebiasaannya perlu memberikan keterangan secara BERSUMPAH dari kandang saksi untuk disoal balas oleh pihak defendan. 

Adakah keadaan ini yang membuat beliau gusar dan takut?

Kebiasaannya, setiap langkah beliau ada muslihat di sebaliknya. Semoga saya terus dibawah bimbingan dan perlindunganNya.

Apapun saya telah lama bersedia dan tidak gentar. Jauh sekali berganjak dari apa yang saya perjuangkan selama ini.

Yang pasti, saya akan terus berdoa, Istiqamah dan sabar.

Berani kerana benar.

GEMPARRR..!!! MAHFUZ MENGAMUK SURUH AZIZAN BUBAR DUN KEDAH..???

azizan kcx8

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak akhirnya mengaku bahawa PAS Kedah sangat sukar untuk mempertahankan kuasa di negeri Kedah yang dimenanginya pada empat tahun lalu apabila tidak berani untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Dalam kenyataannya kepada akhbar baru-baru ini, dia yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah menyatakan bahawa dia hanya akan membubarkan DUN sekiranya penilaian politik menunjukkan bahawa Pakatan Haram akan menang.

Berkata pada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini, Azizan menyatakan pendirian PAS Kedah sama ada akan membubarkan DUN serentak dengan tarikh pembubaran Parlimen.

Dengan kenyataan itu, maka jelaslah bahawa Azizan dan kepimpinan PAS sama sekali tidak yakin bahawa mereka mampu mempertahankan Kerajaan PAS di Kedah kerana takut untuk membubarkan DUN sehingga sekarang.

Mendengar kenyataan Azizan Razak ini, saya teringat tentang gesaan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang sebelum ini beriya-iya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan tarikh PRU ke-13.

Mahfuz kononnya mahu tarikh PRU ke-13 diumumkan bagi memudahkan rakyat untuk mengatur jadual kehidupan mereka dan tidak bertindih dengan aktiviti lain seperti menunaikan haji, mengadakan kenduri kendara dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, Kerajaan PAS Kedah berhak untuk membubarkan DUN pada bila-bila masa dan tidak dipaksa sama sekali untuk mengadakan pilihanraya negeri itu serentak dengan tarikh PRU ke-13.

Dalam kata lain, Azizan Razak mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN Kedah sesuka hatinya seperti Najib Razak yang dijangka bakal membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU ke-13 dalam masa yang terdekat.

Persoalannya, mengapakah Mahfuz tidak mendesak Azizan Razak untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN Kedah dan memaksa Pesuruhjaya PAS Kedah itu untuk memberitahu tarikh pilihanraya negeri itu?

Padahal, kalau dilihat dari sudut keakraban, Mahfuz sudah tentu lebih mudah untuk bekerjasama dengan Azizan untuk mendapatkan tarikh pembubaran DUN Kedah memandangkan mereka dari satu parti dan Mahfuz sendiri berasal dari Kedah.

Mengapa Mahfuz tidak pulang ke Kedah dan bertanya kepada Azizan tentang tarikh tersebut dan umumkan kepada rakyat Kedah supaya rakyat di negeri itu boleh menyusun jadual kehidupan mereka supaya tidak bertindih dengan tarikh pembubaran DUN?

Jelaslah di sini bahawa Mahfuz tidak ikhlas dalam gesaannya terhadap Najib Razak dan bersikap “double standard” dalam desakan tersebut. Mahfuz hanya berani meminta tarikh PRU dari Najib dan begitu takut untuk mendapatkan tarikh pembubaran DUN dari Azizan!

Lebih jelas lagi ialah tentang keupayaan PAS Kedah yang sama sekali tidak yakin untuk mengekalkan kuasa mereka di negeri Jelapang Padi itu memandangkan keadaan politik Kedah yang sama sekali tidak menyebelahi mereka.

Azizan secara tidak langsung mengesahkan bahawa kedudukan PAS di Kedah adalah tidak stabil sama sekali di mana parti pimpinannya itu dalam keadaan huru-hara sehingga ramai pemimpin PAS di negeri tersebut yang berani mengadakan gerakan saraf untuk menggulingkannya.

Mungkin Azizan sedar bahawa jawatannya sebagai MB Kedah bakal berakhir tidak lama lagi apabila puak-puak PAS seperti Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Mahfuz Omar dan kini Mat Sabu pula cuba menjatuhkan kedudukannya.

Ditambah pula dengan kebangkitan rakyat yang semakin celik dengan kepincangan pentadbiran PAS – Pakatan Haram yang tidak teratur, merugikan kerajaan negeri, menyusahkan rakyat dan menipu mereka “hidup-hidup” selain tidak menepati janji serta manifesto mereka yang lalu.

Selain itu, kedudukan UMNO/BN Kedah yang hampir pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat turut merisaukan PAS Kedah serta menyebabkan Azizan tidak berani untuk membubarkan DUN meskipun kuasa tersebut berada di tangannya.

Pada saya, Azizan sedar bahawa sekiranya dia membubarkan DUN Kedah, maka sudah pasti dia akan kehilangan kerusi Menteri Besar Kedah lebih awal, dan kalau boleh, dia mahu terus berada di kerusi empuk itu sehingga tamat tempoh penggal ini.

Begitulah dilema yang sedang melanda Azizan Razak. Kalau dibubarkan DUN, maknanya dia kehilangan kuasa. Kalau tidak dibubarkan DUN, maknanya dia masih lagi boleh makan gaji buta. Maka lebih baik dia kekalkan DUN sampai habis tempoh…kan?

Sumber: Mykmu.net

TERKINI DARI KEDAH..!!! LAPORAN POLIS DAH DIBUAT, KHATIB SESAT TAKLEH LARI DAH..!!!


Saya diberitahu bahawa sekitar 20 orang anak qariah Masjid Jamik An-Najihin telah hadir ke Balai Polis Karangan di Kulim bagi memfailkan laporan polis terhadap "khatib penipu" yang berkempen politik melalui khutbah Jumaat pada 7 September baru-baru ini.

InsyaAllah saya akan menyiarkan laporan polis tersebut dalam masa terdekat....

Nampaknya Mohd Halizal tak boleh lari ke mana-mana lagi. Identitinya sudah dapat dikesan dan tunggulah di depan rumah sehingga pihak berkuasa datang...heh!

Lain kali, nak berpolitik pun agak-agaklah! Tak payah la nak berpolitik dalam masjid. Sampai khutbah Jumaat pun nak ditukar jadi ceramah politik...tu dah kira melampau la tu...

Paling melampau bila dia buat cerita karut pasal mimpi tu. Dah la cerita pasal politik dalam khutbah Jumaat, dia buat pulak cerita karut pasal Rasulullah SAW. Kalau nak diikutkan, nak je saya tampar budak Halizal ni...

Kalau nak berpolitik, berpolitik la kat luar masjid. Masjid tu tempat umat Islam bersatu dalam satu jemaah berasaskan persaudaraan Islam. Bila sebut bab politik dalam masjid, maka ia boleh menyebabkan pepecahan di kalangan anak-anak qariah tu...sebab tu orang marah!

Nak bodek Anwar pun agak-agak la. Apa yang jasa Anwar kat kawasan Padang Serai tu? Heh! Masjid tempat Halizal ceramah politik tu Anwar ke yang bina? Agak-agak la...jangan la salah gunakan masjid...

Hang duduk la diam-diam kat Taman Tunku Putra tu. Bila polis datang nanti, ikut je la ke balai. Aku nak tengok...Anwar datang ke jamin hang nanti...heh! Silap-silap dia hantar wakil je datang jamin hang kat situ...heh!

GEMPARRR..!!! GAMBAR NI BUAT MAHFUZ SAWAN KHINZIR SETAHUN..!!!


TERBARU, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyebarkan spekulasi bodoh dan jahat untuk melaga-lagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Mahfuz berkata di Harakahdaily kononnya dia bimbang pertelingkahan di antara Najib dan Muhyiddin akan menyebabkan kepentingan institusi pelajaran dan para pelajar di negara ini menjadi mangsa.

Kononnya lagi, Muhyiddin kini sedang meluaskan pengaruhnya melalui Kementerian Pelajaran dengan merencana pelbagai program untuk para pelajar melalui portfolionya itu dan Mahfuz bimbang program-program tersebut akan “dicantas” oleh Najib.

Menurut “tukang karut” PAS itu, Najib sebagai Menteri Kewangan kononnya akan memotong peruntukan yang diminta oleh Muhyiddin untuk Kementerian Pelajaran, sekaligus menjejaskan kepentingan bidang pendidikan di negara ini.

Persoalannya, bila pula masanya Najib dan Muhyiddin bertelingkah sesama sendiri dan dari mana pula Mahfuz peroleh maklumat kononnya kedua pucuk pimpinan negara itu bergaduh?

Apakah Mahfuz sangat rapat dengan kedua-dua pemimpin utama Barisan Nasional itu dan mengekori mereka ke mana saja mereka pergi setiap waktu siang dan malam sehingga memungkinkan dia tahu apa yang berlaku di antara mereka?

Sejak bila pula Mahfuz pandai “menilik membaca fikiran orang” dan apakah dia diberikan kelebihan “kasyaf” untuk tahu apa yang terkandung di dalam perasaan diri seseorang itu? Setahu saya, Mahfuz itu SRP pun tidak lulus!

Memang benar Muhyiddin sedang memperkasakan Kementerian Pelajaran dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di mana ia akan menjadi satu mekanisma terbaik memastikan generasi berilmu di negara ini pada masa akan datang.

Malah pelan tersebut begitu meriah dilancarkan baru-baru ini dan tahukah Mahfuz gerangan siapakah yang melancarkan pelan pendidikan jangka panjang itu?

Pemimpin yang melancarkan pelan pendidikan yang genius itu adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO dan BN, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, serta disaksikan sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin!

Dari itu, tuduhan Mahfuz yang mengatakan bahawa kedua  pucuk pimpinan kerajaan itu sedang bertelagah adalah tidak benar sama sekali dan merupakan satu fitnah jahat yang dipercayai bertujuan untuk memecah-belahkan UMNO/BN menjelang PRU ke-13.

Saya pasti, ramai rakyat Malaysia yang celik akan dapat menghidu dengan mudah agenda jahat Ahli Parlimen paling bodoh di dalam sejarah Malaysia ini dan sudah pasti ramai yang tidak akan termakan dengan dakyah dungunya itu.

Nama saja Naib Presiden Parti “Islam” SeMalaysia, tapi hatinya begitu busuk bak bau bangkai dan sesiapa yang terpercaya dengan dakyahnya itu pastinya akan terus mati seluruh jiwanya…

Pada saya, PAS dan kepimpinannya sudah terdesak untuk menghadapi kekuatan sebenar UMNO/BN menjelang PRU ke-13 ini memandangkan UMNO/BN semakin kuat mendapat perhatian dan sokongan rakyat, khususnya umat Islam di negara ini.

Manakala mereka meyedari bahawa sokongan terhadap PAS semakin merosot teruk dari hari ke hari menjelang PRU ke-13 sejak parti itu bergabung dengan DAP dan PKR sehingga tergadai perjuangan asal mereka serta merelakan diri menjadi “keldai”.

Justeru itu, saya yakin bahawa dakyah jahat Mahfuz ini tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada gandingan mantap Najib – Muhyiddin, apatah lagi selepas PRU ke-13 ini kita akan menyaksikan Anwar Ibrahim bakal menjadi guru seumur hidup!

Sumber: Perak Today

CERITA PANASSS PASAL KEDAH YANG TAKKAN ADA DALAM HARAKAH..!!!


MEMANG benar berita mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semakin sihat dan dibenarkan untuk kembali bertugas di Wisma Darulaman, namun begitu dia terpaksa berulang alik ke hospital swasta termahal di Kedah itu sekerap 3 kali seminggu untuk rawatan lanjut.

Setelah reda dari terlantar sakit di wad hospital berkenaan, kehadiran Azizan di pejabatnya baru-baru ini telah menimbulkan keresahan kepada Exco-Exco kanan Kerajaan PAS Kedah kerana mereka lebih suka Menteri Besar itu berada di pejabatnya.

Khabarnya, mereka kini sedang rancak menyusun gerakan masing-masing untuk memastikan nama mereka tercalon pada PRU ke-13 nanti dan menumpukan fokus kepada agenda “persaraan” Azizan Razak selepas pilihanraya kelak.

Sebagaimana maklum, Exco paling kanan yang mahu menggulingkan Azizan Razak ialah Phahrolrazi Zawawi. Bukan lagi rahsia, gerakan tersebut begitu giat dijalankan sama ada secara terbuka di media atau secara halus melalui sabotaj yang memeningkan kepala Azizan.

Misalnya, Phahrolrazi dikatakan sengaja mendedahkan peningkatan lesen pusat-pusat hiburan yang diluluskan oleh Kerajaan PAS Kedah semata-mata untuk melihat media dan ahli-ahli PAS “menyerang” Menteri Besar yang sering uzur itu.

Malah lebih parah, Phahrolrazi juga dikatakan telah membuka pekung kelemahan pentadbiran Azizan Razak kepada beberapa pemilik blog dan cybertroopers pro-UMNO/BN melalui identiti-identiti rahsia.
Lebih parah bagi Azizan Razak, Phahrolrazi dikatakan mendapat sokongan penuh dari beberapa pemimpin PAS Kedah yang lain khususnya ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh.

Ismail dikatakan marah terhadap Azizan yang mahu menggulingkannya sebagai calon PRU ke-13 dengan meletakkan nama Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya sebagai calon di Alor Mengkudu.

Selain itu, Mahfuz Omar juga dikatakan bercita-cita untuk menjadi MB Kedah menggantikan Azizan. Namun dia dikatakan telah disekat oleh bala tentera pro-Menteri Besar itu yang diketuai oleh Setiausaha Politiknya, Sanusi Mohd Nor.

Bagaimanapun, Mahfuz melalui kuasa dan jawatan Naib Presiden PAS di peringkat Pusat dikatakan telah menggunakan kelebihannya itu untuk menempatkan dirinya sebagai calon di kerusi DUN dan Parlimen di Kedah pada PRU ke-13 nanti.

Mahfuz kemudiaannya dikatakan begitu khuatir dengan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 nanti. Mahfuz secara peribadi dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik dengan Mat Sabu dari dulu lagi.

Persoalannya, apa pula kata Azizan? Sebagaimana yang dimaklumkan di media, Azizan mahupun mana-mana pemimpin PAS Kedah menafikan segala kemelut yang sedang panas menggelegak di dalam parti tersebut.

Bau busuk yang cuba disembunyikan itu bagaikan tidak mampu lagi dibendung apabila pergolakan dalaman itu meniti dari mulut ke mulut akar umbi PAS sehingga tersebar meluas di kalangan rakyat negeri Kedah.

Azizan semakin panas punggung. Namun apakan daya, meskipun dia merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar negeri itu, dia sangat lemah untuk mempertahankan kerusi empuknya di Wisma Darulaman.

Hari semakin hari, PAS Kedah semakin bergolak dan siapa pula yang akan menaiki “takhta” MB selepas Azizan Razak digulingkan?

Kalau nak diikutkan, Azizan lebih rela serahkan kerusi MB kepada UMNO/BN berbanding menyerahkan kuasa tersebut kepada puak-puak PAS. Itulah yang dikatakan Azizan pada salah seorang pegawai JUSA Kedah sebelum ini.

Dan menjelang PRU ke-13 ini, sama-samalah kita saksikan perebutan kuasa di kalangan puak-puak PAS yang semakin rakus menggila demi kepentingan politik masing-masing. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Yang pastinya UMNO/BN semakin dekat dihati rakyat Kedah…

Sumber: Perak Today

GEMPARRR..!!! KHALID GAGAP LARI KE BANGKOK TAKUT BERDEBAT SEMALAM..!!!


Debat yang sepatutnya berlangsung antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee  Yong berkaitan isu penyelewengan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) malam ini tidak menjadi realiti apabila Abdul Khalid gagal menampilkan diri.

Beliau dikatakan berada di Bangkok, Thailand atas urusan yang tidak mampu diperjelaskan oleh wakil-wakilnya yang hadir malam ini.

Sebaliknya, empat orang wakil Abdul Khalid yang dihantar untuk berdebat dengan Tee Yong berkaitan isu dakwaan penyelewengan itu juga bertindak keluar dewan selepas duduk seketika apabila Tee Yong dengan jelas menyatakan beliau enggan berdebat dengan mereka.

Tee Yong sebelum ini secara konsisten menyatakan hanya mahu berhadapan dengan Abdul Khalid sahaja berhubung skandal yang didakwa melibatkan penyelewengan sehingga RM1 billion.

Keempat-empat wakil Menteri Besar yang hadir ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, William Leong (Selayang) dan Dr. Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) serta  Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

“Saya tidak halau wakil-wakil MB dari dewan, mereka keluar sendiri.

“Apa pun, selepas ini saya akan cari MB lagi dalam bulan ini untuk tetapkan tarikh baru debat,” kata Tee Yong pada sidang akhbar yang diadakan selepas Abdul Khalid gagal muncul.

Bagi pihak Tee Yong, beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk berdebat dengan mana-mana wakil yang dihantar oleh Kerajaan Selangor dan terus berazam untuk berdepan dengan Abdul Khalid bagi mendapatkan kebenaran di sebalik isu Talam.

Walaupun acara debat tidak berlangsung seperti yang dirancang, Tee Yong meneruskan majlis dengan melakukan pembentangan dan pendedahan skandal Talam kepada penyokong  yang hadir selepas wakil-wakil Menteri Besar pulang.

Dalam pada itu, keempat-empat wakil Khalid Ibrahim gagal memberitahu tujuan menteri besar ke negara jiran.

“MB tidak ada pada malam ini, kerana pergi ke Bangkok. Itu sahaja saya boleh katakan,” jelas Tony Pua dalam sidang akhbar berasingan sejurus selepas keluar dari dewan  debat.

Sementara itu, berlaku kekecohan hampir 10 minit sewaktu empat wakil kerajaan negeri Selangor keluar meninggalkan dewan.

 


Kejadian berpunca dari sikap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang bertindak menjerit dan memaki penyokong MCA yang masih menunggu di dalam dewan.

Tindakan seorang penyokong pembangkang berbangsa Melayu menjerit perkataan ‘Cina Babi’ hampir menimbulkan pergaduhan di kalangan penyokong parti masing-masing.

Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan.  - Mynewshub

Bila Kak Su Bersuara... Heh!