Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 8, 2012

EKSKLUSIFFF 18SX DARI KEDAH..!!! GADIS-GADIS PAHA GEBU PAKAI BAJU "KECIK" GEDIK ATAS PENTAS PAS..!!!?



Perghhhh..!!! Alor Setar dah jadi macam Danoq dah nihhh..!!! Gadis-gadis Melayu seksi berbaju "kecik" dan berseluar sangat pendek menampakkan paha gebu di atas pentasss..!!! Heh!

Hebat betul PAS...ni di zaman UMNO/BN tak ada ni. Kalau ada pun, tak la melampau sampai ke tahap ni. Tapi lepas PAS perintah Kedah lebih teruk pulak yang timbul! Dah nak jadi macam kat Siam dah la Kedah nihhh...! Heh!

Padan pun gejala sosial budak-budak Kedah sekarang ni makin teruk. Ada "Mahaguru" pulak yang ajar depa buat semua tu..! Heh! Tak sangka PAS "pandai" temberang orang Kedah...

Patutnya lepas dapat kuasa, PAS bina lebih banyak masjid dan kuatkan gerakan Islam, bersesuaian dengan nama partinya. Tapi lain pulak yang depa buat bila dah dapat kuasa... Over la pulak!

Bukan senang nak dapat peluang berhibur dengan puak-puak PAS Kedah ni. Depa pi senyap-senyap saja, mungkin depa takut "kantoi" kot..!!!

Kat atas tu merupakan sebuah pusat hiburan yang disokong penuh oleh kepimpinan Azizan Razak. Tapi khabarnya pusat hiburan tu sengaja diluluskan oleh "exco"nya untuk menyakitkan jantung MB Kedah tu...


PEDAS BERAPI..!!! AJK PAS PUSAT IDRIS AHMAD KENA "TAMPAR"...!!!

Sama Perangai - Li Guan Eng

Sekiranya saya ditakdirkan Allah menjadi ayah kepada AJK PAS Pusat, Idris, sudah tentu saya akan tempeleng kepalanya berkali-kali dan malu terhadap seluruh rakyat Malaysia berikutan kebodohannya yang alang bukan kepalang.

Idris Ahmad baru-baru ini mendakwa bahawa kebiadapan rakyat di negara ini disebabkan oleh UMNO yang kononnya menjadi “guru” yang mengajar masyarakat untuk bertindak kurang ajar sedemikian.

Mengulas mengenai kebiadapan remaja-remaja yang bekelakuan tidak senonoh pada malam Ambang Merdeka baru-baru ini, Idris meroyan menyalahkan Utusan Malaysia dan penceramah UMNO yang menyiarkan gambar lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Dia turut membela “tokong” tersohor di Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang kononnya menjadi “mangsa” dipijak gambar tidak lama dulu.

Kadang-kadang, saya rasa agak sedih apabila PAS dikurniakan beberapa pemimpin yang dungu seperti Idris Ahmad, Mahfuz Omar dan mereka yang seangkatan dengan mereka.

Bukan apa, tidakkah mereka sedar bahawa gambar-gambar yang dikaitkan dengan Anwar itu telah disahkan oleh pakar-pakar forensik bahawa lelaki tersebut adalah 99% menyerupai Ketua Pembangkang itu?

Bersumberkan dari peralatan teknologi dan masalah tersebut dirungkaikan oleh pakar-pakar yang sememangnya “ahli” di dalam bidang tersebut, apakah fakta tersebut boleh dinafikan oleh seorang ahli politik yang “buta” teknologi sepertinya?

Begitu juga dengan gambar Azmin, baju yang dipakai Timbalan Presiden PKR itu begitu “familiar” dan pernah “madu” Anwar itu dirakamkan memakai baju kemeja yang serupa warna, sifat dan coraknya.

Apakah UMNO yang suruh Anwar melakukan perkara tidak senonoh melanggan “China Doll”?
Dan apakah UMNO juga yang menetapkan supaya Azmin mengenakan kemeja yang sama seperti yang dipakai lelaki yang “diaiskrimkan” itu?

Paling teruk ialah apabila bekas Ketua Penerangan PAS itu membela Guan Eng yang konon-konon gambarnya telah dipijak oleh orang-orang UMNO.

Persoalannya, apakah para penyokong UMNO sengaja suka-suka tanpa sebab memijak gambar pemimpin pujaan Idris yang begitu terkenal dengan ketebalan sifat chauvinis ultra kiasu dan komunisme itu?

Cuba Idris lihat gambar ini dan fikirkan tentang punca sebenar mengapa gambar Guan Eng dipijak oleh para penyokong UMNO!

 



Rasanya mahu saja saya “tenyeh-tenyeh” muka Idris Ahmad dengan gambar yang memaparkan Guan Eng memijak gambar-gambar musuh politiknya sambil menari “twist” di atas..!!!

Sebenarnya, Anwarlah “mahaguru” sebenar yang mengajar rakyat di negara ini untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan moral dan bila dia “kantoi”, dia tidak akan mengaku serta menyalahkan UMNO.

Begitu juga dengan “kekasihnya”, Azmin yang mungkin tidak mendapat layanan istimewa dari Shamsidar dan dikatakan menyimpan perempuan simpanan, tapi turut menyalahkan UMNO bila gambar skandal “aiskrim”nya itu disebarkan oleh “musuh politik”nya.

Lebih jijik lagi apabila Guan Eng dipercayai menjadi “sifu” kepada Sing Yee dengan mengajar gadis cina itu untuk bertindak liar memijak gambar individu yang tidak disukainya sesuka hati mempamerkan kebiadapan melampau kepada rakyat.

UMNO tidak pernaha mengajar rakyat menjadi biadap dan apa yang jelas, Pakatan Haramlah yang menjadi “MAHAGURU” kepada segelintir anak muda yang bertindak aggresif melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan budaya ketimuran.

Sebelum Anwar terlepas dari penjara dan ketiga-tiga parti pembangkang itu belum bergabung, rasanya tidak ada rakyat Malaysia yang sebiadap para penyokong Pakatan Haram seperti hari ini.

Namun setelah Anwar pulang ke tanahair dari “buangan”nya dari negara Yahudi, segelintir rakyat Malaysia yang ekstrimis seolah-olah dilatih oleh Anwar, Azmin, Ambiga, DAP dan PAS untuk berlaku biadap serta kurang ajar di Malaysia.

Saya yakin ramai yang setuju dengan fakta ini, bukan?

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! AZIZAN BAKAL TUMBANG, SIAPA BAKAL NAIK JADI MB..?!!!

azizan terbaru

Saya mendapat maklumat bahawa ramai pemimpin PAS yang rasa kecewa apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, dibenarkan keluar dari wad hospital baru-baru ini yang menandakan Pesuruhjaya PAS Kedah itu telah “sihat”.

Rasanya tidak perlulah dinyatakan di sini berkenaan nama-nama pemimpin PAS Kedah yang geram melihat Azizan mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabat.

Lagipun, mereka sebelum ini puas “membahankan” Azizan sebagai “objek” gelak ketawa mereka dan menyebarkan propaganda bahawa Azizan akan mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di wad hospital itu.
Namun gelak tawa mereka dihentikan apabila Azizan “menguatkan diri” dan sanggup “menahan sakit” untuk mempertahankan kedudukan sebagai MB Kedah sehingga hari ini…
Sebenarnya saya agak terkejut apabila sumber menjelaskan bahawa keadaan kesihatan Azizan itu masih lagi memerlukan dia untuk terus berada di wad hospital swasta itu, namun MB Kedah itu dikatakan berdegil mahu keluar dari hospital berkenaan.

Khabarnya, Azizan mahu ke pejabat dan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar serta enggan disifatkan sebagai “tunggul buruk” yang menanti untuk dijadikan “kayu api” oleh musuh-musuh politik dalaman PAS Kedah.

Diberitakan bahawa meskipun Azizan “dilepaskan” doktor, dia perlu ke hospital tersebut untuk mendapat rawatan sebanyak tiga kali seminggu dan dia bersetuju dengan syarat itu.

Saya agak terharu dengan “pengorbanan” Azizan yang sanggup bertugas meskipun menyedari bahawa dia bermain dengan maut dengan melanggar nasihat pakar perubatan yang merawatnya.

Khabarnya dia disahkan mengidap penyakit buah pinggang yang agak membimbangkan pula kali ini, betulkah begitu?

Namun rasanya Azizan perlu mengikut nasihat Rasulullah SAW untuk menghargai tahap kesihatannya dengan mendapatkan rehat yang cukup sebelum keadaan dirinya itu memudaratkan diri.

Lagipun, saya percaya bahawa kedua isterinya sudah tentu tidak mahu melihat Azizan menemui ajal kerana degil mempertahankan kuasa di dunia yang fana ini dan tidak menghiraukan kesakitan yang dialaminya.

Rasanya Azizan boleh meletak jawatan sebagai MB Kedah memandangkan kesihatan adalah lebih berharga dari kuasa, bukan?

Saya pernah diberitahu bahawa Azizan dikatakan sudah berputus asa dengan sifat para pemimpin PAS Kedah yang semakin kuat cuba menggulingkannya dari jawatan tersebut dan enggan lagi mempertahankan PAS Kedah.

Khabarnya dia tidak sayang lagi kepada kuasa yang dimilikinya namun Azizan berikrar bahawa tidak akan melepaskan jawatan MB kepada puak-puak PAS dan dia menegaskan bahawa mengembalikan kuasa pada UMNO/BN adalah lebih baik berbanding menyerahkan kuasa kepada PAS Kedah.

Saya pasti itu tidak akan berlaku, namun rasanya tidak salah untuk Azizan lepaskan jawatan MB kepada para pemimpin PAS sendiri memandangkan rakyat Kedah mahu melihat prestasi puak-puak Anwarinas di negeri itu.

Apa kata kalau Azizan lepaskan jawatan kepada salah seorang dari mereka dan selepas itu kita lihat bagaimana “hebat”nya mereka mengendalikan Kerajaan Negeri Kedah?

Bukanlah saya mahu menjahanamkan negeri Kedah. Namun saya agak teruja untuk melihat bagaimana PAS bergaduh sesama sendiri berebutkan jawatan yang ditinggalkan Azizan Razak tersebut.

Ketika itu, saya yakin bahawa seluruh peminat politik tanahair akan menumpukan fokus mereka di negeri Kedah dan percayalah bahawa “lawak jenaka” yang bakal dipertontonkan PAS itu akan menjadi bahan untuk lebih 50 tahun kemudian nanti…

PANASSS..!!! "Tokong" Suruh Rafizi "Bunuh" Perniagaan Orang Melayu..??!!!





PENGARAH Strategi PKR, Rafizi Ramli dilihat sengaja mencetus kontroversi baru dengan melepaskan tuduhan rambang yang tidak berasas terhadap tokoh ahli perniagaan Melayu, Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari, baru-baru ini.


Rafizi mendakwa kononnya Tan Sri Syed Mokhtar melalui MMC Corp. Bhd miliknya mempunyai agenda tersembunyi mahu membolot kekayaan tanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang bernilai RM50 bilion menerusi pengambil alihan operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Tuduhan tersebut dilakukan oleh Rafizi berdasarkan dia “difahamkan” bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambil alihan pada awal tahun ini dan kerajaan sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan itu.

Sebagaimana maklum, Rafizi kini sedang menghadapi dakwaan mahkamah yang serius berhubung kesalahannya yang melanggar akta BAFIA yang menyaksikan kemungkinan besar dia bakal ke penjara tidak lama lagi.

Justeru sebelum “disumbat ke kandang” penjara, berkemungkinan besar Rafizi diarahkan pihak tertentu untuk melakukan serangan “kamikaze” terhadap tokoh perniagaan Melayu yang banyak berjasa untuk rakyat di negara ini, khususnya umat Islam.

Tuduhan tersebut mampu membuat Rafizi muflis sekiranya di saman oleh tokoh korperat Melayu terkemuka itu dan mungkin dia akan papa kedana di dalam penjara nanti…

Persoalannya, siapakah yang “memahamkan” Rafizi bahawa MMC bakal memiliki RAC melalui pengambil alihan KTMB itu dan apakah benar syarikat GLC itu akan dijual kepada Tan Sri Syed Mokhtar sebagaimana POS Malaysia sebelum ini?

Sebagaimana maklum, Tan Sri Syed Mokhtar merupakan individu ke-5 yang terkaya di Malaysia dan berada di belakang seramai 4 orang “taikun-taikun” perniagaan yang terdiri dari ahli-ahli perniagaan berbangsa Cina.

Sebelum ini tokoh terkemuka perniagaan Melayu itu pernah disekat oleh “tokong” Lim Guan Eng untuk mengambil alih Penang Port dengan pelbagai alasan tidak munasabah dan sengaja direka-reka untuk menyekat kemajuan perniagaan beliau.

Kali ini, Tan Sri Syed Mokhtar disekat sekali lagi dari mengambil alih KTMB dan memandangkan syarikat itu tidak punya sangkut paut dengan Pulau Pinang, maka “tokong” yang sememang tak boleh tengok orang Melayu maju itu tidak punya kuasa untuk menghalangnya lagi.

Mungkin kerana itulah “dia” menghubungi “bakal banduan PKR” itu untuk menyerang Tan Sri Syed Mokhtar untuk melebarkan sayap perniagaannya dan menghalang cadangan pengambil alihan KTMB tersebut.

Persoalannya, mengapa Rafizi tidak pernah menyerang seorang pun dari 4 orang individu yang lebih kaya berbanding Tan Sri Syed Mokhtar dan apakah ia disebabkan bahawa keempat-empat mereka itu sebangsa dengan “tokong” puak-puak PKR dan PAS itu?

Berapakah juta ringgitkan jumla “upah” yang diterima Rafizi untuk “menyerang” Tan Sri Syed Mohktar, dan apakah “adik jambu” Anwar Ibrahim itu dijanjikan pulangan yang lumayan untuk melangsaikan kos guamannya di mahkamah tidak lama lagi?

Lagipun, apa salahnya Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih KTMB memandangkan beliau dilihat lebih dari layak untuk memiliki KTMB yang sememangnya tertera perkataan “Melayu” di nama syarikat tersebut.

Apakah sesuai sekiranya syarikat Keretapi Tanah “Melayu” Berhad itu dimiliki oleh empayar Robert Kuok, empayar Teh Hong Piow, empayar Lee Shin Cheng, empayar Quek Leng Chan, empayar  Lim Kok Thay atau empayar Tiong Hiew King?

Saya ingin bertanya Rafizi, mengapakah dia tidak mempersoal seorang pun dari taikun-taikun bilionare berbangsa Cina itu tentang jumlah keluasan tanah milik mereka di “Tanah Melayu” ini yang telah berjaya dikuasai oleh mereka? Berani..?

Lagipun, sepanjang hayat empayar perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar, rekod beliau menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan dan lebih menariknya ialah tokoh perniagaan Melayu itu sering berkongsi hasil kekayaannya dengan seluruh umat Islam di negara ini.

Jadi, apa yang membuatkan Rafizi dengki sangat terhadap Tan Sri Syed Mokhtar yang banyak berjasa kepada Islam, Melayu dan “Tanah Melayu” itu?

Justeru itu, saya rasa Rafizi tidak perlulah “menyalak” mengikut telunjuk “tokong” memandangkan kad pengenalannya tertera bahawa dia beragama Islam dan berbangsa Melayu sama seperti Tan Sri Syed Mokhtar.

Usahlah Rafizi menjadi “anjing DAP” yang menkhianati bangsa dengan menjanjikan “kuasa” sedangkan maruah bangsa tercemar dan kemajuan umat Islam terbantut oleh kerakusan cita-cita politik Anwar yang kotor…

Sumber: Perak Today

LAWAK PAGI INI...BILA HARGA KERETA JADI MURAH BERHARGA RM3,000


Ini la jadinya kalau ikut sangat kata janji Pakatan Haram....

Nak turunkan harga kenderaan..? Heh!

Nanti bebudak sekolah pun drive kereta pegi sekolah...

Dah la kat Kedah ni PAS sebat peruntukan selenggara jalan...

Rosak abih laaa....

Friday, September 7, 2012

ALERT..ALERT UNTUK SANUSI SETPOL..!!! AMARAN KERAS UNTUK PAS KEDAH..!!! HEH..!!!


Semalam, aku dan rakan-rakan TMK dah siarkan beberapa dokumen berkenaan bukti pemberian projek mewah kepada saudara terdekat Azizan Razak, MB Kedah...

Sebelum ni aku dah beri peringatan pada Sanusi Setpol untuk berjaga-jaga dengan pendedahan dari kami tu...tapi dia eksyennn...belagakkkkk...nah sekarang amik sebijikkk...

Tapi tu baru sikit...baru kasi sikit je...baru "bunga"...belum buah-buahannya...heh! Kalau kena "buah: nanti lebih "sedap"..!!!

Aku nak kasi amaran lagi kat Sanusi.. Aku nak dia investigate lebih banyak lagi kes...Bukan apa..aku ada banyak lagi bukti ni...dan dia perlu dedahkan sebelum aku dedahkan kat public...

Azizan ada sebut pasal Bukit Kaci baru-baru ni yang di siasat SPRM...tapi apa yang dia kata tu kes kecik jer...heh! Memang ada yang tak betul dalam kes tu...tapi apa yang kami ada lebih besar...heh!

So, aku nasihatkan Sanusi pi korek cepat...

Jangan terkejut kalau kami kata bahawa sumber-sumber kami ni datangnya dari sumber dalaman PAS sendiri...tapi kami kena rahsiakan identiti...heh!

Dari "geng Pharolrazi" dan mereka-mereka yang nak pedajal Azizan? Heh! Cari sendiri la wehhhhhh...!!!

GEMPARRR..!!! PAKATAN HARAM SEDIA RM1 JUTA UNTUK BELA BUDAK-BUDAK KURANG AJAR..???!!!

gambar-peserta-janji-bersih


Sehingga kini pihak polis telahpun mengedarkan 11 keping gambar yang memaparkan wajah 11 peserta Himpunan Janji Demokrasi yang disyaki telah melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram tersebut pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu.


Antara individu yang dikehendaki polis itu termasuklah seorang pemuda yang menunjukkan aksi punggungnya seakan mahu buang air besar di khalayak ramai serta beberapa individu lain yang mengibarkan bendera sang saka Malaya yang dicipta oleh anak buah Anwar Ibrahim.

Menurut laporan terbaru pemuda yang menonjolkan punggung sendiri itu telahpun ditahan. Sebelum ini di awal kekecohan saat gambarnya tersiar, lelaki tersebut yang juga seorang pelajar kolej swasta telah melarikan diri ke Johor.

Bagaimanapun terdapat berita baik untuk pemuda tersebut dan baki 10 orang lagi soldadu pembangkang merangkap penderhaka negara yang masih bebas.

Melalui sumber dalaman PR yang baru diperolehi, dana bantuan guaman berjumlah sekurang-kurangnya RM 1 juta sudah siap menanti bagi membantu menyelamatkan kesemua 11 orang penderhaka tersebut dari disabitkan dengan kesalahan.


Lagipun berdasarkan beberapa sejarah perbicaraan lalu telah terbukti ramai peguam pro pembangkang berupaya memanipulasi undang-undang untuk kepentingan anak guam mereka lebih-lebih lagi jika melibatkan penyokong pembangkang mahupun penjenayah tegar yang lain.

Yang penting bagi mereka jumlah upah yang besar bermakna lebih kuat mereka gigih berusaha mencari kelemahan undang-undang demi manfaat anak guam dan poket mereka sendiri. Soal keadilan dan keluhuran undang-undang bukannya satu masalah besar kerana bagi mereka soal bayaran itu yang lebih utama.

Manakala bagi PR pula, soal besar mana saiz dana tidak pernah menjadi persoalan rumit sementelah lagi terlalu banyak sumber kewangan dari dalam dan luar negara yang bila-bila masa sahaja bersedia menyumbangkan bantuan wang ringgit demi menjayakan misi menjahanamkan keharmonian negara ini.

Jadi tidaklah pelik kenapa sejak akhir-akhir ini terlampau banyak tingkah laku bobrok, sumbang dan kelakuan jenayah kerap berlaku saban waktu dan acapkali pihak berkuasa pula yang akhirnya dituding jari sebagai perlu beratnggungjawab.

Dana pembelaan sentiasa tersedia dan peguam bela yang membelakangi undang-undang pun sudah kian ramai, jadinya logiklah makin ramai yang tidak takut membuat kesalahan termasuklah menghina bendera negara, merompak, meragut dan menunjukkan punggung di depan ramai.

Legoland di Nusajaya Bawa “Durian Runtuh” Pada Rakyat Johor


Welcome to Legoland..!!!
Korang ada dengar cerita pasal Legoland kat Johor tu tak? Aku ada dengar cerita pasal Legoland tu. Jom aku share beberapa info penting pasal taman tema tu dengan korang semua. Terbaik bebbb..!!!

Kalau korang nak tahu, kat dalam dunia hanya ada 5 Legoland dan yang taman tema Legoland yang dibina di Nusajaya tu adalah yang ke-6 dalam dunia dan yang pertama di Asia. Kiranya Malaysia merupakan negara pertama yang ada Legoland di Asia..bangga betul aku!

Menariknya, Legoland tu akan berikan sebanyak lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Johor dan aku rasa pekerjaan paling menarik kat situ ialah jawatan pembina model Legoland.

Korang ingat senang ke nak bina model lego? Kerja membina model lego di Legoland tu bukannya buat model kereta “kartun” macam kita selalu tengok kanak-kanak buat tu...

Pergghhh...Korang boleh bina model Bangunan Sultan Abdul Samad ni dengan lego?

KLCC ni bebbbb..!!!

Ni Pejabat PM kat Putrajaya...best..!!!
Tak! Diorang bina KLCC bebbb..!!! Tuuuu...pejabat PM kat Putrajaya pun diorang bina..!!! Selain itu, pembina model Legoland turut membina replika-replika bangunan terkenal di Asia macam Taj Mahal dan Angkor Wat. Mencabar minda tuuu...korang boleh buat? Heh!

Selain 1,000 peluang pekerjaan di Legoland, ribuan lagi peluang pekerjaan dijangka bakal ditawarkan kepada rakyat di premis-premis perniagaan yang bakal tumbuh bak cendawan lepas hujan di kawasan bandar terancang berprospek tinggi tu...

Aku dengar, memandangkan kawasan tu dijangka jadi tarikan ramai macam Universal Studio di Singapore, beberapa hotel akan dibina di sekitarnya dan ia juga dijangka akan memberikan ribuan peluang pekerjaan.

Seterusnya, kawasan tu akan ada business centre, pusat-pusat kormesial, universiti bertaraf antarabangsa dan dilengkapi dengan beberapa buah hospital swasta. Aku dengan Gleneagles adalah di antara yang akan dibina di situ...

Sebanyak RM700 juta telah dilaburkan untuk Legoland tu saja dan korang bayangkan berapa lagi jumlah pelaburan yang akan dibawa masuk ke Nusajaya yang merupakan salah satu agenda Wilayah Iskandar di Johor. Aku pasti, rakyat Johor mesti bangga punya dengan Nusajaya ni...

Aku tak sure la sapa punya idea yang bertanggungjawab untuk bangunkan kawasan Nusajaya ni, tapi siapa pun dia atau mereka, idea membangunkan Nusajaya ni memang brilliant. 

Dulu kawasan ni hanya ada kebun kelapa sawit dan kurang membangun. Tapi sekarang ni dengan perancangan yang bersifat berpandangan 100 tahun jauh ke hadapan, Nusajaya bakal menjadi tarikan utama di Johor. 

Mungkin lepas ni Nusajaya akan jadi famous dan glamour di seluruh dunia...siapa tahu, kan?

Pada pandangan aku, pembangunan di Nusajaya ni memang terbaik di mana ia mengambil kira kepentingan rakyat di semua peringkat sama ada miskin, sederhana mahupun golongan berada. 

Aku dengar ada yang merungut, kononnya tiket Legoland mahal. Ye ke mahal? Harga tiket promosi pengenalan Legoland berharga RM96 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak. Aku rasa harga tu lebih murah dari Universal Studio kat Singapore tu...

Lepas promosi habis, harga tiket dewasa berharga RM245 dan kanak-kanak pula perlu bayar RM180. Tapi kalau korang tunjuk mykad atau mykid masa nak beli tiket, korang dapat diskaun RM30.

Budak-budak la paling happy...!!!
Lagipun, aku rasa harga barang cenderamata dan makanan kat dalam Legoland tu tak la semahal kat dalam Universal Studio tu. Kat Universal Studio tu semua pakai Singapore Dollar. Kat Legoland pakai Ringgit Malaysia. 

Bayangkan aku perlu bayar RM18 untuk beli keychain kat Universal Studio! Mahal tu beb! Padahal keychain je tu. Aku beli satu je keychain kat Universal Studio. Tapi aku rasa kat Legoland tu nanti tak la semahal tu...maklum la...pakai ringgit Malaysia jer..kan?

Actually, banyak tarikan di Legoland tu. Kat situ ada 7 taman iaitu Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Lego Technic, The Beginning, Lego City dan Miniland. Semuanya menarik..!!!

Selain tu, semua kemudahan pelancong ada kat Legoland seperti kemudahan meletak kenderaan yang luas dan restoran-restoran turut ada kat situ. Tidak dilupakan yang paling penting, SURAU untuk umat Islam bersolat dengan selesa juga disediakan.

Aku dengar, taman tema Legoland tu pun ada rollercoster! Nama rollercoster tu ialah “Dragon Coaster” yang akan membawa kita semua meneroka segala yang ada di dalam Lego Kingdom. Dah tentu anak-anak korang suka punya..!

Frankly aku cakap, memang aku teringin sangat nak pegi ke Legoland tu. Teringin jugak aku nak jalan-jalan kat dalam Legoland tu dan berangan-angan jadi “gergasi” merentasi bangunan-bangunan hebat Asia yang dibina dari lego tu... 

Antara pembina model di Legoland...

Salah seorang pembina model Legoland yang cun...aku tahu nama awek ni tapi takmau kasi tahu korang...heh!

Taman tema tu akan dibuka kepada pengunjung secara rasmi pada 15 September ni. Aku tak sure bila aku akan pegi melawat Legoland dan Nusajaya. Tapi memang aku teringin sangat nak melawat tempat tu. Aku memang suka travel pun...

Aku kat Kedah. Kat sebelah utara. Legoland tu kat Johor. Tapi kalau Universal Studio kat Singapore tu aku boleh pegi, kenapa tak boleh pegi Legoland yang hanya kat Johor tu, kan? Heh! Aku akan ke sana jua suatu hari nanti...insyaAllah...

LAWAK PAGI INI...BEZA ANTARA BODOH DAN BIJAK...

Kalau orang bodoh...

maka dia akan ikut kata bodoh Anwar Berahim...

Kalau orang bijak dan berpandangan jauh....

maka dia akan setuju dengan Najib...

Semudah itu pun puak-puak Pakatan Haram tak leh fikir...?

Ishh..ish...ishhhhhhhhh....!!!

Thursday, September 6, 2012

PANASSS..!!! PERCUMA SEX SEKALI LEPAS 9 KALI CUCI KERETA DI NEGERI KHALID GAGAP..!!!


Kalau bercakap pasal masalah rumuh urut di Selangor, penyokong pembangkang akan marah kata itu propaganda sahaja dan negeri-negeri di bawah BN pun ada masalah yang sama.

Benarkah?

Kalau ada pun, rasanya memang sukar untuk mengatasi masalah atau kanser yang sedang menular di Selangor. Selangor sudah terlalu tenat sebenarnya dalam isu rumah urut ini.

Berkata tidak atau hidup dalam penafian tidak akan menyelesaikan masalah di negeri berkenaan.

Di Sunway Mentari umpamanya, kita boleh berkata, sebuah rumah urut (atau rumah pelacuran) dan sebuah kedai mencuci kereta di sana telah memberikan erti baru kepada ‘Program Kesetiaan Pelanggan”.

Caranya begini…jika seorang pelanggan membasuh kereta sebanyak 9 kali, dia layak mendapat seks percuma di rumah urut berkenaan untuk cucian pada kali yang ke-10.

Wow….hebat….sebijik macam klip video Special Offer….tukar tapak kasut…free massage bersama Chantell…beli baju bundle…free massage bersama Olga….beli kueyteow….free massage bersama Syakiraaaaa…

Itu dalam klip…di Sunway Menteri…betul-betul berlaku!

Persahabatan dan kerjasama antara rumah urut berkenaan dengan kedai cuci kereta itu telah berlangsung selama 3 bulan.

Kes itu diketahui melalui serbuan yang dilakukan pukul 9 malam, Isnin lalu oleh Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai ASP Emmi Shah Fadhi.

Tidak berapa lama selepas penahanan dilakukan, polis menjumpai beberapa kad kesetiaan pelanggan milik sebuah kedai mencuci kereta.

“Untuk mendapatkan ‘extra offer’ itu, pelanggan perlu menghantar kereta mereka untuk dibasuh sebanyak 9 kali dalam tempoh masa tertentu, untuk cucian kali ke-10 akan melayakan pelanggan itu mendapatkan khidmat seks percuma,” kata Emmi seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Malay Mail.

Kalau tidak mahu menghantar kereta dan hanya berminat untuk seks, maka perlu membayar antara RM130 hingga RM180.

Dalam serbuan itu, seramai sembilan pelacur dan pegawai khidmat pelanggan warga Vietnam antara umur 18 hingga 28 tahun ditahan.

Polis Selangor sudah melakukan 4,220 serbuah antara Januari hingga Ogos tahun ini di mana seramai 2,394 wanita yang terbabit dalam aktiviti maksiat dan pelacuran ditahan.

Daripada jumlah itu, 214 merupakan waniat warga tempatan manakala 2,090 warga asing.

Selepas habis membaca berita ini, jangan lupa menonton klip video Special Offer…dan tengok…sama tak dengan Sunway Mentari punya kes…?


Sumber: - Mynewshub.my

PANASSS..!!! AKHIRNYA FAEKAH "AWEK" KHALID GAGAP LETAK JAWATAN 24 JAM..?!!!

faekah

Terlalu pedih! Memang perit dan sememangnya sangat memalukan! Itulah yang boleh saya katakan sekiranya saya di tempat Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang “dikantoi”kan menipu rakyat mengenai sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.

Kerajaan Pakatan Haram Selangor sebelumnya diselar oleh para pemimpin UMNO/BN atas kebiadapan mereka tidak menjemput atau memaklumkan DYMM Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan tersebut.

Bagaimanapun, mungkin mahu membela “boss”nya, Faekah yang didesak meletakkan jawatan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Baginda Tuanku tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka sebelum ini di zaman UMNO/BN.

Malah kononnya dia memberitahu media bahawa kerajaan UMNO/BN sebelum ini tidak pernah menjemput DYMM Sultan Selangor ke masjlis sambutan tahunan itu.

Mungkin dilahirkan sebagai “penipu tegar”, dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan kepada media bahawa Baginda Tuanku pernah menghadiri majlis sambutan ambang merdeka ketika pentadbiran UMNO/BN.

Menurut beliau, pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan dan sentiasa dimaklumkan oleh Kerajaan UMNO/BN walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada Baginda Sultan.

Malah Datuk Mohamad Munir Bani turut memberitahu bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor dan sebaliknya menjemput Anwar Ibrahim yang diberi slot ucapan khas pada malam tersebut.

Lebih teruk lagi, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor itu menjelaskan bahawa Baginda Tuanku “tidak gembira” berkenaan hal ini..!

Mana lagi Faekah nak tunjuk muka apabila mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa menjemput dan memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor mengenai sambutan Hari Merdeka pada setiap tahun.

Menurutnya, sama ada secara lisan atau rasmi, Baginda Tuanku pasti akan dijemput atau dimaklumkan mengenainya, dan sama ada DYMM Sultan Selangor sudi mencemar duli menyertai program tersebut adalah terletak di bawah budi bicara Baginda.

Lebih pedih lagi apabila Dr. Khir sempat menyindir Faekah dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor untuk memohon ampun dari DYMM Sultan Selangor atas kesalahan diri sendiri berbanding terus menerus menyalahkan pihak lain!

Paling menarik, kedua-dua pihak sama ada pihak Istana mahupun Dr. Khir mempersoalkan “keistimewaan” Anwar di majlis berkenaan.

Pihak Istana mempersoalkan jasa dan sumbangan Anwar di Selangor memandangkan dia merupakan Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, manakala Dr. Khir pula mempertikaikan status Anwar sebagai “tetamu khas” yang sepatutnya diberikan kepada DYMM Sultan Selangor sahaja.

Rasanya, Faekah sudah tidak punya jalan lagi untuk memutar belitkan keadaan. Segalanya sudah tersimpul mati dan Faekah berhadapan dengan perkara yang sangat memalukan dirinya seumur hidup.

Bayangkan, dia begitu yakin menghentam para pemimpin UMNO/BN, tiba-tiba hujahnya itu dimatikan oleh pihak-pihak yang tidak mampu dilawan langsung olehnya. Rasanya, Khalid “Gagap” sendiri pun tak mampu melindungi Faekah lagi…

Mungkin selepas Faekah meminta maaf atas penipuannya itu, maka dia perlu meletak jawatan serta merta. Dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, maka mungkin dia akan terpaksa menebalkan mukanya setiap kali berhadapan dengan mana-mana pihak, terutamanya media dan rakyat Selangor.

Dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit MB, Faekah dengan sendirinya akan memenuhi permintaan ramai, termasuk para pemimpin Pakatan Haram Selangor sendiri yang sudah lama meluat dengan lagak kuasanya yang “lebih sudu dari kuah”.

Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Faekah selepas dia meletakkan jawatan kelak. Kalau Anwar mahu jadi “guru” selepas PRU ke-13 nanti, Faekah nak pilih profesyen apa sebagai pilihan lepas meletak jawatan?

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF TERHANGAT DARI KEDAH..!!! BUKTI KRONI AZIZAN DIBERI PROJEK BALAK JUTAAN RINGGIT..!!!


Sebagaimana yang dijanjikan, dokumen di atas gagal dicari oleh Setpol MB Kedah, Sanusi Md Nor, untuk menyelamatkan "boss"nya yang sedang berada di ward KMC...

Belek, baca dan teliti betul-betul kandungan surat tu, original aku dapat dari "orang PAS" sendiri. Namun identiti sumber terpaksa dirahsiakan supaya tak dipukul puak-puak kanibal PAS macam Afzainizam Abdullah (Facebooker PAS totok)...

Melalui surat ni, kita dapat tahu Quartzcity Global Resources dapat konsesi dari Menteri Besar Inc. untuk kaut hasil batu quartz kat lot 152 di HS(D)19248. Kalau tanya orang Pejabat Tanah, depa tau la kedudukan tanah tu...

MBI bagi batu quartz kat QGR...QGR "alibaba"kan... Aku percaya kat tanah tu bukan setakat batu quartz saja yang ada..lebih banyak mineral yang ada kat situ! Declare keluarkan quartz saja, padahal depa sebat hasil galian lain...mana PTG..??? 

Alaaaa...satu Kedah tahu Pengarah PTG Negeri, Md Nor tu orang PAS totok..!!! Heh! Tak payah cover lagi la woiiii..!!!

Dan tengok pulak kes kedua ni...


Kat atas ni pulak adalah "projek ANUGERAH" dari MBI kepada Quartzcity Global Resources (QGR). Projek "sisa kayu balak"? "Sisa" saja? Heh! Jangan salah faham...

Tanah tu sebenarnya tanah hutan yang penuh dengan pokok-pokok kayu bernilai tinggi. Balak le tu...! Cuma tanah seluas 200 ekar tu dah diambil MBI untuk dijadikan "Ladang Sejahtera". Jado, QGR diberikan projek tanpa tender terbuka untuk licinkan semua hasil balak kat situ...

Dalam ertikata lain..."cuci mangkuk" la bro! Dari sekecil pokok besar pokok kemucut sampai la pokok sebesar 8 pemeluk! Habis QGR sapu...!!! Lepas tu diorang buat teres untuk tanam pokok getah atas nama "ladang sejahtera"...

Persoalannya, siapa pemilik QGR? Heh! SILA KE RUMAH AZIZAN DAN TANYA DEPA KENAL TAK SIAPA IKRAM SHAFIE...PAK SU? Heh!

Dulu, aku ada bagitau dengan Sanusi suruh siasat siapa dari kalangan keluarga terdekat Azizan yang dapat projek RM juta-juta. Tapi dia eksyeeeennn...!!! Belagak macam harammm..!!! Nah sekarang hang pi siasat Sanusi weiiii..!!!


Okey..kita tengok pulak siapa yang bagi projek tu...Mihat Shaari, kan? Siapa Mihat ni? Kenapa dia suka sangat bagi projek kat QGR? Apa yang istimewanya QGR sampai boleh dapat projek banyak sangat nihhh?

Sapa pulak Mihat ni? Heh! Dia KCS dulu...tapi dah pencen. Bekas KCS yang sokong PAS untuk cari makan lepas pencen! Heh! Semua KCS seluruh Kedah tahu perangai Mihat ni..memang tak leh pakai punya orang...heh! Tapi Azizan lantik dia...heh!

Aku ada banyak story untuk diceritakan pasal Mihat dan Menteri Besar Inc ni...heh! Tapi aku bagitau...Mihat memang "RAJA TANAH KEDAH MODEN"! Semua dah ada dalam genggaman...tebal la jugak dokumen yang aku dapat..heh! Penat jugak la cari bahan.. Heh!


Kat atas nu semua kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh QGR. Sikitkan? Melalui jumlah deposit RM1 juta, korang semua dapat agak tak berapa jumlah sebenar harga projek tu? 

Korang berani letak deposit duit RM1 juta untuk projek yang beri untung RM2 juta - RM3 juta ke? Heh! Lumayan tu brooo..!!!

Kepada Sanusi...ni baru sikit je bro! Just intro! Aku ada banyak lagi nihhh... Hang standby je time to time...aku ada plan baik punyaaaa..!!! Heh! Selamat jaga Azizan kat ward...jangan sampai dia masuk penjara sudah la sebab aku dengar SPRM dah mula serbu...heh!

LAWAK PAGI INI...RAFIZI BAKAL DEDAH AKAUN BANK KHALID GAGAP..???!!!


Tu diaaaa..!!! RM5 juta pun tak cukup untuk Rafizi...

Dia nak lebih dari RM5 juta dari Khalid Gagap untuk lepaskan dia dari BAFIA...

Lagipun, dia tahu Khalid Gagap ada lebih dari RM5 juta dalam bank...

Kaya betul la Khalid...dah la bagi RM5 juta percuma je kat Rafizi...

Ada baki lagi dalam akaun Khalid Gagap...banyak betul duit Khalid..ekkk?

Err...bila Rafizi nak dedah akaun Khalid Gagap? 

Alang-alang seluk pekasam, dedah la sekali akaun Khalid Gagap..!!! Heh!

Wednesday, September 5, 2012

PENGUMUMAN..!!! ESOK ADA "BOMB" SKANDAL UNTUK PAS KEDAH DAN SANUSI SETPOL..!!!


Sukacitanya aku nak beritahu bahawa geng-geng TMK akan menghadiahkan "bomb" kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah, khususnya kepada Azizan Razak di KMC, Exco-Exconya dan para pemimpin PAS di negeri ini...

"Bomb" tersebut juga aku tujukan khas kepada Setiausaha Politik MB Kedah, Sanusi M.d Nor, yang telah diberi tempoh selama lebih sebulan untuk bersedia untuk cover boss dia...

Sebagaimana maklum, aku dah beri amaran dan peluang pada Sanusi sebelum ni. Tapi dia riak, takbur dan tak reti nak berterima kasih kat aku. Bukan apa...dokumen-dokumen tu memang dah lama ada kat tangan aku...cuma aku malas nak publish jer...

Tapi rasanya, aku tak perlu kasi peluang lagi... Esok pagi aku, Mctheory, Pisau Kedah dan rakan-rakan TMK akan dedahkan satu demi satu...

Sanusi nampak gambar kat atas tu? Yang tu hanya "bayangan" saja...nantikan esok pada jam 11.15 pagi kat blog aku ni...heh! Aku kasi full version..!!!

Nak tahu apa versi penuh edisi bongkar kali ni...tunggu esok kami londeh ramai-ramai. Harap Sanusi standby dengan alat bantuan pernafasan di ward Ustaz Azizan kat KMC...bukan apa..takut semput nak bernyawa tak lepassss..!!!

GAMBAR PANAS..!!! LIHATLAH BUKTI BETAPA LEMAHNYA PAS DAN PKR DI BAWAH KAKI DAP..!!!


Cuba tengok betul-betul gambar kat atas ni...nampak sangat puak-puak PAS dan PKR ikut cara Kafir Harbi ni...

Patutnya Kafir Harbi tu yang ikut cara PAS dan PKR...tapi dah jadi terbalik pulakkkk..!!!

Lemah sungguh PAS dan PKR di mata DAP...kan?

GEMPARRR..!!! GAMBAR TERBARU MB KEDAH AZIZAN RAZAK..!!!


Ini merupakan gambar terbaru Azizan Razak yang diperoleh dari rakan TMK. Jelas digambar menunjukkan Azizan sememangnya sedang mengalami masalah kesihatan yang kritikal...

Sebagai saudara seagama, saya mendoakan Azizan sembuh dari penyakitnya dan dipanjangkan umurnya oleh Allah SWT. Aminnnn...

Dan memandangkan keuzuran beliau, saya memohon agar Azizan melepaskan jawatan sebagai MB dengan segera kepada mana-mana pemimpin yang berkelayakan. 

Kalau tak mau lepas jawatan, lantik la Timbalan MB Kedah sebagaimana yang dicadangkan...

Lagipun, saya tak mau la rakyat dan negeri Kedah ni terabai macam di Kelantan nuuuu... Pok Nik tu dah nyawa-nyawa ikan pun masih dok gila kuasa lagi...Saya rasa Ustaz Azizan tak macam Pok Nik tu kot...kan? kan? kan?

TERKINI DARI KEDAH..!!! Taulan Tak Payah Nafi, Azizan Bakal Tersingkir Dalam Masa Terdekat..??!!!


Aku terbaca pasal kenyataan Taulan Rasul yang mengatakan bahawa "tiada sebarang usaha untuk menggulingkan Azizan Razak" sebagai MB Kedah walaupun dia sakit teruk sampai terpaksa lepak di ward KMC berhari-hari...

Kononnya, Taulan nak nafikan cubaan untuk gulingkan Azizan? Heh! Betul la tu...siapa yang nak mengaku ada taik berterabur dalam rumah dia..kan? Heh! Siap nafikan kat Sinar Harian lagi baru-baru ni...

Tapi sumber-sumber grass root dalaman PAS sendiri yang mengesahkan wujudnya gerakan nak gulingkan Azizan Razak..! Itu faktanya...kalau tak percaya, sila tanya Yusrin, bekas menantu Azizan yang kerja di pejabat MB tu sendiri...

Aku jumpa Yusrin dalam 2-3 tahun lepas. Time tu dah mula bunyi tak puas hati terhadap kepimpinan Azizan yang tak bagi projek kat orang-orang PAS...

Yusrin kata, paling kuat pun Azizan jadi MB selama sepenggal. Katanya Azizan akan dilantik sebagai "penasihat", satu jawatan khas yang akan diwujudkan PAS Kedah. Alaaa...nak ambik hati Azizan la supaya dia bersetuju untuk turun takhta...

Katanya, pemimpin PAS paling senior dijangka akan dilantik ganti Azizan. Masa tu dia sebut nama Taulan Rasul. Tapi memandangkan Taulan kata dia nak pencen, maka dijangka senior yang menjadi pilihan ialahhhhhh...PHAHROLRAZI ZAWAWI..!!! Heh!

Masalahnya, Azizan memang tak ngam dengan Phahrolrazi apatah lagi lepas ADUN Pengkalan Kundor tu buat hal baru-baru ni... Heh! Tu yang bergaduh sakan tuuuuu...Phahrolrazi banyak serang Azizan. 

Banyak rahsia dan kegagalan Azizan yang sengaja didedahkan Phahrolrazi supaya Azizan nampak buruk. Tak caya? Tanya orang-orang kuat Azizan sendiri...heh! Tu pun kalau depa nak mengaku la...

Maka Amiruddin Hamzah pun ambil kesempatan nak masuk line...tapi masalahnya Amiruddin ni junior yang sakan dok bodek MB...heh! Maka ramai la pemimpin senior PAS yang marah dan hangin kat Amiruddin...heh!

Tapi, Amiruddin ni dikatakan ada hubungan baik dengan Anwar. Khabarnya, dia ni "kuda trojan" Anwar dalam PAS Kedah...heh! Bayangkan kalau "kuda Anwar" jadi MB Kedah...heh! Hancur wehhhh...!!!

Dr. Ismail Salleh pun gaduh gak dengan Azizan sebab MB Kedah tu nak "cantas" dia dari bertanding pada PRU ke-13 ni. Azizan dok promote Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, untuk dijadikan calon di DUN Alor Mengkudu, nak ganti tempat Dr Ismail...

Apa lagi..!!! Mengamuk la Dr. Ismail. Tapi dia cekap...dia guna kabel PAS Pusat. Lepas lobi sakan kat KL...dia dikatakan menerima endorsement dari "Pemandu" Azizan. Tu yang buat Azizan "sesak nafas" tu kot...heh!

Banyak lagi kisah yang berjaya dicungkil dari grass root PAS yang dah tak tahan tengok PAS Kedah makin hari makin teruk bergaduh sesama sendiri. Depa sendiri mengaku ada gerakan nak gulingkan Azizan Razak...

Lagipun, antara kenyataan Taulan Rasul dan puluhan grass root PAS, kita nak percaya kat sapa? Takkan Taulan nak mengaku kejijikan sikap dan perkara buruk yang berlaku dalam PAS Kedah, kan? Heh! Kena tanya grass root PAS laaaa...baru la reliable sikit info tu...heh!

Sebenarnya, aku siasat dulu info dari grass root PAS ni. Aku counter dengan ramai sumber-sumber yang ada di seluruh Kedah. Kalau tipu, aku tak publish. Tapi memandangkan ada asas yang kukuh, maka aku tulis laaaa...kan?

Heh! Jadi camana ni Taulan? Betoi ka tak betoi? Biasa laaa...politician takkan nak mengaku...kan? Heh! Teruk la Azizan lepas ni....heh! Spekulasi? Atau memang benar faktanya? 

P/s: Aku yakin jauh di sudut hati Taulan, dia akui kebenaran aku ni...heh! Kan? Kan? Kan? Heh!

LAWAK PAGI INI...RAFIZI KECUT PERUT DI AMBANG BAFIA...


Apa cerita Rafizi dengan AKTA BAFIA? Heh!

Tu laaa...lain kali jangan dedah dokumen sebarangan...kan dah kena...!!!

Korang suka ke aku dedahkan akaun korang kat public? Heh!

Lagi satu..aku rasa, para pegawai bank kat Malaysia ni dah tak boleh dipercayai lagi dah...

Macam haram je dia dedahkan maklumat akaun orang...heh!

Tuesday, September 4, 2012

GEMPARRR..!!! OSTAZAH ABBY "SEKOLAH"KAN DR. MAZA @drmaza @abby_abadi112





Tu diaaa..!!! Hebat sungguh Ostazah Abby Abadi kita ni... Selamba je dia "balun" bekas mufti Perlis, Dr. Asri pasal hudud..!!!


Aku rasa, ilmu Abby memang lebih tinggi dari Dr. Asri. Maklum la...Abby ni menuntut dengan Pok Nik Ajissss...dah tentu maqamnya lebih tinggi dari Dr. Asri...

Lagi pun, Abby dah "confirm" masuk syurga...Dr. Asri ada ke "tiket ke syurga"? Heh!

Dr. Asri Kepada Abby: Ilmu Agama Penting Sebelum Memberi Pandangan…

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu.

Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi pandangan kepada orang lain.

“Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan.

“Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam.

Pada 29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang menulis: “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”

Abby kemudian mencelah, “Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.”

Komen Abby kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: “Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen.”

Sementara itu, Abby ketika dihubungi Metro Ahad semalam berkata, komennya dalam laman sosial itu adalah pandangan peribadinya yang tidak berniat menghentam atau memaki penceramah itu.

“Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia.

“Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya.

“Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal,” katanya.

Menurut Abby, ada segelintir pihak menyebelahinya kerana mereka faham, namun dia tetap menghormati setiap pandangan orang lain.

Katanya, dia mahu berbaik dengan ramai pihak, termasuk individu bergelar ustaz. Selepas berhijrah dengan imej bertudung sejak pulang umrah pertengahan Mac lalu, dia mengakui menerima banyak jemputan menghadiri majlis keagamaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Memang tak menang tangan dan saya pun tidak sangka atas jemputan diterima. Apapun, saya tahu kemampuan sendiri walaupun ada yang mengharapkan sesuatu yang lebih daripada saya.

“Sebagai sahabat, saya bukan mahu mengajar tetapi berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya akui memang dilahirkan Islam tetapi apabila tidak faham dan mengikut perintah Tuhan, orang panggil jahil,” katanya. - Mynewshub.my

KIT SIANG DICABAR SAMAN TANDA PUTERA SEGERA..? ISHHH..BILA NAK SAMAN NIHHH..???





Pengarah dan penerbit filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menanti tindakan susulan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya gara-gara filem itu.


Shuhaimi atau mesra disapa Shumi berkata, pada waktu ini pihaknya enggan memikirkan mengenai isu tersebut sehingga hasrat yang disuarakan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu untuk mengambil tindakan benar-benar dilaksanakan.

“Kami hanya tunggu dan lihat sahaja buat masa ini. Kini kita lebih relaks dan bersabar dalam menghadapi isu itu walau apa sekali pun cerita yang ditimbulkan.

“Kami tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara itu melainkan pihaknya (Lim) benar-benar meneruskan tindakan undang-undang seperti yang dikatakan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.


Kontroversi berkenaan bermula apabila laman Facebook Tanda Putera memaparkan gambar Lim “dikasari” dengan kapsyen yang mendakwa ia diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.

Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan daripada laman itu pada Julai lalu setelah krew produksi filem berkenaan menerima ugutan dan ancaman.

Lim dalam kenyataannya sebelum ini berkata, gambar berserta kapsyen yang bertulis “Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris” di laman filem itu adalah tidak benar dan memalukannya pada mata khalayak.

Susulan itu, beliau mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah di laman itu.

Mengenai dakwaan kononnya filem itu cuba mencetuskan isu perkauman, Shumi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk memutar-belitkan fakta sejarah semata-mata untuk kepentingan tertentu.


“Sebagai penggiat seni, kami menghasilkan Tanda Putera mengikut apa yang berlaku dan tidak ada niat atau idea untuk memutar-belitkan fakta sebenar semata-mata untuk kepentingan atau agenda tertentu.

“Saya hanya mahu berkarya dan bukan mencari pasal dengan sesiapa pun menerusi karya-karya yang dihasilkan. Sebab itu saya hairan apabila beliau mahu saman kerana isu dalam laman Facebook itu sudah pun selesai,” katanya.

Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

Filem genre epik kenegaraan ini akan ditayangkan pada 15 November depan. - mStar Online

Bila Kak Su Bersuara... Heh!