Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 1, 2012

GEMPARRR DARI KEDAH..!!! AZIZAN RAZAK SERAH JAWATAN MB PADA AMIRUDDIN..???!!!

azizan amiruddin

Mungkin ramai terfikir bahawa isu ketiadaan Azizan Razak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah itu di Sri Mentalon pada 25 Ogos lalu adalah merupakan isu hangat di negeri Jelapang Padi itu.

Sebagaimana maklum, banyak media menyiarkan laporan tentang Azizan yang tidak dapat hadir ke majlis sambutan tahunan tersebut ekoran keadaan kesihatannya yang uzur dan tidak mengizinkan Persuruhjaya PAS itu bersama rakyat di hari lebaran itu.

Bagaimanapun, topik utama yang paling hangat diperbualkan oleh pak-pak lebai PAS mengenai insiden pada hari tersebut bukanlah tentang ketiadaan Menteri Besar itu memandangkan mereka semua tahu Azizan sememangnya “parah” sebelum Hari Raya lagi.

Topik utama yang menjadi pilihan pak-pak lebai kulup PAS itu adalah mengenai ADUN Anak Bukit, Amiruddin Hamzah, yang telah menggantikan tempat Menteri Besar itu sebagai wakil untuk melayani tetamu yang hadir.

Sudah tentunya pada hari tersebut Amiruddin telah mengerahkan seluruh jentera politiknya untuk melobi diri sebagai pengganti jawatan Menteri Besar Kedah paling ideal sekiranya Azizan berjaya digulingkan.

Bagaimanapun, dikhabarkan Amiruddin langsung tidak menyuarakan keinginannya itu dikhalayak ramai, namun dia hanya mengunakan “soldadu-soldadu” untuk menjual namanya supaya dia dilihat popular dan paling layak berada di kerusi Azizan Razak.

Sebenarnya, para “warlord” PAS ada menghantar “soldadu-soldadu kerahan” mereka untuk hadir meninjau keadaan di majlis rumah terbuka MB Kedah tersebut.

Menurut sumber dalaman yang diperoleh baru-baru ini, lagak Amiruddin yang seolah-olah “lebih sudu dari kuah” di Sri Mentaloon itu telah menyebabkan ramai yang sakit hati, mengamuk dan merancang sesuatu terhadapnya.

Antara yang dikatakan tersinggung dengan lagak Amiruddin itu ialah “musuh politik” Azizan nombor satu iaitu Phahrolrazi Zawawi. Marahnya bukan kepalang terhadap Amiruddin yang bernaung di bawah PAS kawasannya…

Sumber memberitahu bahawa ADUN Pengkalan Kundur itu sememangnya berhajat untuk menggulingkan Pesuruhjaya PAS Kedah serta bakal menjadikan keuzuran serta hubungan baik Menteri Besar itu dengan para pimpinan UMNO sebagai alasan untuk menumbangkan Azizan.

Selain Phahrolrazi, antara pemimpin PAS lain yang marah pada Amiruddin kerana insiden “berlagak MB” itu adalah Mahfuz Omar, Dr. Ismail Salleh, Hamdan, Nasir Mustafa dan ramai lagi.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak dapat mengemukakan bukti-bukti kemarahan “warlord-warlord” PAS Kedah tersebut memandangkan ia hanya berkisar dari mulut ke mulut.

Saya sebenarnya tidak terkejut dengan cerita itu memandangkan gerakan menjatuhkan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar telah bermula sejak tahun kedua selepas PAS berjaya berkuasa di negeri tersebut.

Pernah saya berbicara dengan Yusrin yang merupakan bekas menantu Azizan Razak dan bekerja di Pejabat MB Kedah memberitahu bahawa bekas mertuanya itu dijangka tidak lama memegang jawatan tersebut.

Menurut Yusrin, Azizan akan dipaksa turun dari kerusi Menteri Besar serta Pesuruhjaya PAS Kedah dengan alasan keuzurannya untuk menguruskan hal ehwal negeri Kedah dan parti di negeri itu.

Bagaimanapun untuk menjaga hati Azizan yang terkenal dengan panas barannya itu, gerakan konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu akan memberikan jawatan baru bergelar “penasihat PAS Kedah” kepadanya untuk menutup mulut.

Lagipun, puak-puak PAS di Kedah begitu khuatir dan meragui Azizan sekiranya dia bertindak keluar PAS serta menyertai UMNO akibat dari perbuatan mengenakannya itu.

Begitulah permainan politik PAS Kedah yang terkini. Kecoh memang kecoh dan dijangka Amiruddin yang kini sedang mengintai kerusi MB Kedah bakal berhadapan dengan ramai “warlord-warlord” PAS Kedah, khususnya dari Phahrolrazi Zawawi.

Kita tunggu saja kesudahan perebutan kuasa dan kemelut PAS Kedah yang semakin meruncing itu. Pastinya menarik untuk melihat mereka menafikan sengketa di antara mereka, namun secara realitinya kalau boleh mereka bagaikan peserta “royal rumble” bergaduh teruk!

Sumber: Mykmu.net

Friday, August 31, 2012

VIDEO AWEK #merdeka55 PALING HANGAT..!!! MESTI TONTON..!!! @twtupmerdeka @najibrazak



Video paling menarik #merdeka55..!!! Bersama awek paling panasss..!!!Perghhh..!!!

Video ni Pisau Kedah yang buat... Bangga aku ada kawan kreatif macam dia. Tambahan pulak awek dalam video dia tu memang menarik..!!! Heh! 

Kin salam kat dia PK...heh! Cakap Duke kin salam... Hahahahaaa... 

Selamat Hari Merdeka yang ke-55..!!!

GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF PM DI MAJLIS AIDILFITRI 1MALAYSIA UMNO KEDAH..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
PM dah sampaiiii..!!! Aik..!!! Naik Proton Perdana jer..???

http://dukeofumno.blogspot.com/
Azizan naik Mercz baru...PM naik Proton Perdana...berbezanyaaaaa....

http://dukeofumno.blogspot.com/
Naik Perdana pun orang sambut hangat...lebih hangat dari MB Kedah...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Najib jalan dalam hangat matahari...sehangat sambutannya...
http://dukeofumno.blogspot.com/
Rasanya PM pun tak jangka ramai yang datang sambut..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
PM memang mesra rakyat...macam arwah ayahnya jugak...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Jauh gak la PM jalan....

http://dukeofumno.blogspot.com/
Tak sampai-sampai lagi...Tok Bashah escort PM dari awal sampai habis...!
http://dukeofumno.blogspot.com/
PM salam dengan orang Kedah yang serbu nak salam dengannya...bukan senang nak jumpa PM!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Tok Bashah berucap sebagai Tuan Rumah...mantap Datuk...!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
PM memulakan ucapan...slow and steady...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Relax and cool...
http://dukeofumno.blogspot.com/
Mula nak panassss...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Dah panasss dahhhhh...!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Sempat PM sindir "orang yang tak tepati janji"...heh!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Beri "hints" PRU ke-13..???!!!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Datin Seri Rosmah...serba ungu tahun ni...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Nampak garang..but she's very friendly and really nice lady...

GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF MAJLIS AIDILFITRI 1MALAYSIA UMNO KEDAH SEMALAM..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Orang Kedah serbu sejak pukul 11 pagi...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Sedapppp...!!!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Tok Rozai depan booth UMNO Pendang...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Anak muda Pendang tulang belakang booth UMNO Pendang...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Koewteow goreng...mee goreng..!!! Pendang mariii...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Goreng pisang pun ada...
http://dukeofumno.blogspot.com/
Laris pulak tuuuu...!!! Sik mari...!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Ketua Pemuda Langkawi sebok potong buahhh..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Booth Puteri UMNO Kedah...hidangkan ICE CREAM..!!! Perli Azmin atau Anwar?

http://dukeofumno.blogspot.com/
ICE CREAM di serbuuuu..!!!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Booth UMNO Jerai..Lemang bebbbb..!!! Lemang panassss..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Booth UMNO Kulim - Bandar Bharu...Sate..!!! 20,000 cucuk habisss..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
1Malaysia maaa...kaum Cina contoh...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Tok Bakri sebok melayan tetamu yang hadir...
http://dukeofumno.blogspot.com/
Pukul 12...orang makin ramai..!!! Serbu booth UMNO Sg Petani...

http://dukeofumno.blogspot.com/
SU Perhubungan UMNO Kedah..Tok Man Aziz...segak tampan bergaya...sebok layan tetamu...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Tok Det Khalid...khusyuk layan tetamu veteran...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Tak ramai pun yang mai...lebih kurang 100 orang je?
http://dukeofumno.blogspot.com/
Tak ramai, kan? 100 orang jer...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Ni booth UMNO Jerlun...kawasan Tok Man Aziz ni...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Booth paling laris..UMNO Alor Setar...Teh Tarikkkk...!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Dok tunggu Datuk Seri Najib...standby..!!!
GAMBAR-GAMBAR LEBIH MENARIK LEPAS NIHHHH....

Khalid Gagap Buktikan Manifesto Pakatan Haram Hanya Satu Pembohongan!




Sebagaimana maklum, air merupakan satu elemen penting dalam kehidupan setiap kehidupan manusia. Dalam Islam pula, air merupakan sesuatu yang amat penting membabitkan kebersihan yang berkait rapat dalam soal ibadah.

Pada tahun 1998 dulu, Selangor sebagai negeri maju telah mengalami krisis air yang teruk. Setelah masalah tersebut diatasi, satu kajian telah dibuat untuk memastikan masalah tu tak berulang semula pada masa akan datang.

Kajian pada tahun 2000 menjangkakan Selangor akan mengalami krisis air yang teruk sekali lagi pada tahun 2014 dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi dan permintaan penduduk di negeri itu yang meningkat. Kilang dan penduduk makin ramai, dah tentu la permintaan air meningkat jugak...

Jadi, Kerajaan time tu dah plan awal-awal untuk atasi masalah ni dan pembinaan Loji Langat 2 adalah langkah terbaik untuk mengatasi masalah tu...

Tiba-tiba, “bunga-bunga” krisis air di Selangor bermula awal dari jangkaan. Beberapa kawasan takde air dan banyak kawasan yang mengalami tekanan air rendah. Tapi kerajaan negeri pimpinan Khalid Gagap pulak tak benarkan Loji Langat 2 tu dibina...

Menghadapi kedegilan dan kebebalan Khalid Gagap, serta berniat mahu menyelesaikan masalah air yang dihadapi rakyat Selangor, Kerajaan Pusat terpaksa menggunakan cara mitigasi di samping membekalkan air melalui lori-lori tangki air di kawasan-kawasan yang terbabit.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Pusat berusaha untuk membina Loji Langat 2 tu dan baru-baru ini mengumumkan sanggup memberikan geran khas kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk membina loji tersebut.

Kalau dibina Loji Langat 2 tu, dijangka seluruh rakyat Selangor tidak akan mengalami masalah air lagi buat jangka masa panjang. 

Tapi, tahu tak apa reaksi Khalid Gagap yang bahlol tu terhadap niat murni Kerajaan Pusat tu?


Khalid Gagap selamba memperlekeh kenyataan Kerajaan Pusat yang menjanjikan pemberian geran tu. Sedangkan dia takde langsung perancangan strategik untuk selesaikan masalah air yang dihadapi rakyat! Tak malu betul! Orang nak tolong rakyat Selangor, dia pulak yang jual mahal!

Katanya “tidak ada yang percuma” memandangkan geran tersebut adalah “hasil kutipan cukai rakyat dan dibayar dari awal. Selain tu, Khalid kutuk pulak Kerajaan Pusat, “Ia menunjukkan beliau kurang faham tentang belanjawan negara”, katanya...

Lebih bahlol lagi, bila ditanya mengenai ratusan ribu rakyat Selangor yang menggunakan meter air pukal yang tak dapat air percuma, Khalid tanpa rasa bersalah menyatakan bahawa “manifesto” pasal Pakatan Haram nak beri air percuma di Selangor pada PRU ke-12 dulu tu BUKAN JANJI!
“Abdul Khalid berkata, manifesto bukanlah satu perjanjian,” – Sinar Harian, 30 Ogos 2012.
Apa yang Khalid kecoh sangat pasal geran tu? Geran untuk Kerajaan Selangor bina Loji Langat 2 dari Kerajaan Pusat tu memang la duit rakyat. Tapi aku nak tanya Khalid, duit yang Kerajaan Selangor yang dok bayar air percuma pada syarikat konsesi tu duit sapa? Duit rakyat Selangor jugak, kan?

Jadi, apa salahnya Kerajaan Selangor terima geran tu memandangkan duit rakyat dari Kerajaan Pusat tu digunakan untuk rakyat jugak, khususnya rakyat negeri Selangor! Khalid tak sayang rakyat Selangor ke? Atau dia sengaja nak susahkan hidup rakyat Selangor?

Berkenaan dengan manifesto pada PRU ke-12 tu, aku nak tanya, selama ni apa ertinya “manifesto” Pakatan Haram pada setiap PRU? 

Manifesto tu setakat kata-kata kosong Pakatan Haram untuk beli undi rakyat ke? Kata nak tunaikan manifesto, tapi sekarang dia kata manifesto tu bukan janji pulak! Apa yang dia putar alam sangat nih?

Bagi setiap individu beragama Islam, setiap katanya mesti dikota. Kalau Khalid Gagap fikir manifesto tu bukan janji, tapi kata-kata manifesto tu keluar dari mulutnya. Jadi, dia mesti kotakan apa yang dia kata..!

Menurut hadis Rasulullah SAW, golongan manakah yang “berkata-kata tapi tidak mengotakan kata-katanya” itu. Itu golongan munafik “al-kazzab” yang gemar menipu namanya! Apakah Khalid boleh dikategorikan sebagai sebahagian dari gologan tersebut?

Apa yang Khalid takut sangat dengan Loji Langat 2 tu? Dia kecoh dok canang “air percuma”. Tapi apa gunanya air percuma kalau rakyat takde air kat rumah diorang?


Lagi pun, dia hanya beri air percuma tu kat rumah-rumah orang-orang kaya yang dok di rumah-rumah banglo, semi-d, teres dan kondo-kondo mewah yang pakai meter air persendirian. 

Rakyat berpendapatan sederhana dan miskin yang tinggal di rumah-rumah flat, rumah panjang dan pangsapuri macam “Mentari Court” tu tak dapat pun air percuma. Kena bayar penuh! Adil ke macam tu? Khalid ni dari Parti Ke“TIDAK”adilan Rakyat ke?

Atau Khalid takut kalau dia terpaksa bayar lebih kepada syarikat konsesi air selepas Loji Langat 2 dibina? Menurut rekod, Kerajaan Khalid Gagap bayar RM68.7 juta (2008), RM131.5 juta (2009), RM136.2 juta (2010), RM140.7 juta (2012) dan RM47.8 juta pada tahun ni.

Semua sekali Khalid bayar sebanyak RM524.9 juta untuk air percuma tu! Kalau Loji Langat 2 tu dibina, dah tentu Khalid terpaksa bayar lebih banyak untuk dasar “air percuma” tu kan? Duit yang dia guna nak bayar “air percuma” tu duit bapak dia ke?

Sudah-sudah la Khalid oii..!!! Kerana politik, Khalid ketepikan kepentingan asas hidup rakyat di Selangor. Tak payah la nak menganiaya rakyat Selangor lagi. Lain la kalau Khalid nak sangat tengok Pakatan Haram kalah di Selangor pada PRU ke-13 ni..kan? kan? kan?

Sambut Merdeka Cara Islam..!!! #merdeka55 @twtupmerdeka




Tak mau cakap banyak..! Sapa yang tak sambut merdeka tahun ni memang tak cukup patriotik la...


Tapi jangan la sambut merdeka macam puak-puak Pakatan Haram malam tadi...

Entah mana depa import "Cina Singapork" pun kita tak tau...tiba-tiba nak tukar bendera Malaysia jadi macam bendera negara idola depa tu pulak...


Setahu aku, hanya Pok Nik Ajis je yang suka sangat dengan Singapork nihhh...kan?

GAMBAR-GAMBAR PANAS DI SEKITAR HIMPUNAN JANJI "DEMOKERAS" MALAM MERDEKA..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Tu diaaa....Malaysia bakal jadi negara Republik..!!! Sebijik macam Singapore..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Ni ke 5,000 orang yang Nurul Izzah kata tu?
http://dukeofumno.blogspot.com/
Ni risalah apa ni..??? Dah melampau dah niii...elok hukum buang negara je ni...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Gambar Datuk Seri Najib jadi mangsa...contoh sikap tidak bertamadun puak Pakatan Haram...
http://dukeofumno.blogspot.com/
Ni ke jumlah 5,000 orang? Apasal macam 1,000 je nihhh..???

http://dukeofumno.blogspot.com/
Ramainya...!!! 5,000 orang..??? Campur dengan jin dan jembalang ke Nurul Izzah?
http://dukeofumno.blogspot.com/
Gambar terpaksa "di superimposed" untuk ramaikan "baju kuning"?

http://dukeofumno.blogspot.com/
Alamakkkk..!!! Ramainyaaaa....ni "lebih" dari 5,000 orang nihhh..!!!

Nak tengok bukti beruk-beruk masuk buat kacau di malam ambang Merdeka..? Ini dia...


Sebijik macam beruk..kan? Heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!