Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 25, 2012

PANASSS..!!! Berani Penyokong Anwar Sebut Pasal “16 September”..!!!?

anwar

Anwar Ibrahim Club (AIC) semalam telah mempertikaikan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan Anwar Ibrahim kini di dalam keadaan tertekan ekoran gagal menunaikan janji-janjinya kepada rakyat di negara ini.

AIC yang merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan khusus untuk membodek “pemimpin anugerah Tuhan” itu berkata, Anwar tidak wajar disamakan dengan Obama yang kini dikatakan menerima tekanan politik domestik disebabkan isu yang sama – janji tidak ditepati.

AIC mempersoalkan kenyataan Tun Dr. Mahathir itu yang membidas Anwar secara “direct” yang dipetik oleh sebuah portal. Pertubuhan itu juga mendakwa Tun Dr. Mahathir mempunyai “dendam yang amat mendalam” terhadap Anwar selama ini…

Mungkin justeru kerana dendam itulah maka kononnya Tun Dr. Mahathir menyerang Anwar begitu, ulas AIC mengenai negarawan ulung yang banyak berjasa itu.

Saya tertanya-tanya, siapakah Presiden AIC yang bernama Saifuddin Shafi Muhammad ini dan apakah latar belakangnya?

Begitu teruk sekali ketaksubannya terhadap Anwar sehingga membuatkan dia “buta”, “tuli” dan seolah-olah tidak mampu berfikir dengan waras lagi untuk menilai tentang kenyataan Tun Dr. Mahathir itu sama ada benar atau tidak.

Bukanlah saya mahu menyebelahi Tun M, namun di atas nama berkata benar tentang sesuatu kebenaran, saya berpendapat bahawa kenyataan mantan Perdana Menteri itu sangat tepat mengenai sifat Anwar.

Siapa tidak kenal Anwar dengan janji-janji bohongnya? Kalau sehari tidak berbohong, mungkin Anwar tidak mampu bergerak. Bohong mungkin adalah candu terbaik untuk Anwar berpolitik di zaman millenium ini…

AIC ingat tentang janji “16 September 2008” dulu? Kini kita sudah di tahun 2012, empat tahun selepas janji Anwar itu dilafazkan. Kenapa AIC tidak pertikai tentang janji itu dan melabelkan Anwar memiliki ciri-ciri seorang munafik? Adilkah AIC dalam sokongannya?

AIC masih ingat lagi cerita kampung Buah Pala di Pulau Pinang? Sebagaimana maklum, Anwar juga dari Pulau Pinang dan pada PRU ke-12 yang lalu dia telah bersumpah kepada penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan geran tanah untuk mereka.

Itu sumpah dan bukan lagi janji. Malah lebih buruk lagi, sumpah tersebut Anwar lafazkan di atas kepala salah seorang penduduk beragama Hindu di kampung itu untuk menyelesaikan masalah mereka sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Pulau Pinang.

Malangnya, selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri, bukan saja tanah kampung tradisi masyarakat India itu dijual kepada pemaju perumahan, malah mereka dihalau secara tidak wajar oleh Guan Eng melalui pemaju tersebut.

Itu baru satu kes dan belum lagi diceritakan bagaimana Anwar berjanji mahu menghapuskan DEB dan meramaikan JUSA dari kalangan bukan Melayu di PRK Bukit Selambau kemudiaannya.

Paling menarik, sekiranya diselak sehelai demi sehelai kitab suci pegangan Anwar, Buku Jingga, beratus-ratus janji “bulan dan bintang” yang dijanjikan Anwar sedangkan dia sedikit pun tidak mengemukakan formula yang realistik dan praktikal untuk melaksanakan janji-janji itu.

Mungkin kerana itulah Anwar rasa sangat tersinggung dengan tema Hari Kemerdekaan, Janji Ditepati, memandangkan dia sememangnya tidak menepati janji-janji yang ditaburkankepada rakyat sebelum ini.

Anwar mahu turunkan harga minyak ke paras paling rendah. Namun dia tidak beri formula terperinci untuk berbuat demikian melainkan mahu menggunakan wang petronas sebagai subsidi kepada rakyat.
Mana kerajaan nak cari duit untuk tanggung kos yang selama ini dibiaya melalui GLC terkaya itu?

Begitu juga baru-baru ini Anwar kecoh mahu menurunkan harga kereta di negara ini. Tapi apakah mereka berfikir secara waras tentang apa yang akan berlaku kepada peniaga kereta terpakai, pengimport kenderaan, Proton, Perodua dan lain-lain pengeluar kenderaan tempatan.

Memang sedap dengar janji Anwar mahu turunkan harga kenderaan. Benda murah, siapa yang tak suka? Tapi rasanya rakyat lebih suka kalau kereta-kereta itu diberi secara percuma kepada mereka. Kenapa Anwar tidak beri kereta percuma saja pada setiap rakyat Malaysia? “Gerenti” menang!

Rasanya AIC perlu berpijak di bumi yang nyata. Saifuddin Safie patutnya bubarkan saja AIC dari terus “hidup segan mati tak mahu”. Atau lebih baik kelab tersebut tubuhkan kelab baru “Anti Anwar Ibrahim Club”, tentu lebih ramai yang akan sertai..kan?

Sumber: Mykmu.net

PEDASSSS..!!! PKR Pulau Pinang Terletak Dibawah Kaki Guan Eng..!!!

CHOT 1

Agak menarik apabila Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman, kelam-kabut apabila minit mesyuarat tidak rasmi PKR negeri itu yang dibocorkan di media internet sehingga dia terpaksa memberi penjelasan mengenainya.

Minit mesyuarat yang dikatakan hanyalah lebih menjurus kepada perbincangan tidak berekod itu mendedahkan bagaimana Mansor menggelar Guan Eng sebagai “tokong” yang membayangkan pengaruh Ketua Menterinya itu yang dilayan seolah-olah “Tuhan” di Pulau Pinang.

Dan kerana itulah juga menurut Mansor, Guan Eng dan DAP di negeri dikatakan bersifat angkuh serta sombong terhadap PKR serta parti chauvinis ultra kiasu itu dijangka bakal menuntut lebih banyak kuota kerusi DUN di negeri itu pada PRU kali ini.

Justeru itulah maka Mansor dikatakan “geram” dan berjanji pada orang-orang bawahannya bahawa PKR akan memastikan kuota mereka tidak “dirampas” oleh DAP pada PRU ke-12 ini serta bersedia untuk bertanding tiga penjuru sekiranya DAP tetap berdegil mahukan kerusi mereka.

Kerana “kantoi” dan terdedahnya minit mesyuarat tersebut, maka mengamuklah DAP Pulau Pinang di mana Pengerusinya, Chow Kon Yeow, mendesak Timbalan Ketua Menteri I itu memberikan penjelasan segera mengenainya.

Maklumlah, Mansor kutuk Guan Eng macam-macam dan sudah tentu puak-puak DAP tidak beri muka terhadap “keldai” yang selama ini berada di bawah tapak kaki mereka.

Mungkin kerana itulah maka Mansor semalam terpaksa memberi penjelasan palsu mengikut skrip yang dipercaya telah disediakan Guan Eng untuknya mengenai apa yang berlaku meskipun tanpa rela dan berbohong kepada media.

Semua orang tahu bahawa kenyataan media Mansor tiba-tiba terganggu dan terpaksa dihentikan apabila Guan Eng hadir di majlis itu dan mahu bertemu dengan Timbalannya itu. Kenyataan media Mansor dilaporkan terhenti selama 15 minit!

Persoalannya, kenapa secara tiba-tiba Guan Eng “menyerbu” sidang media Mansor dan mengganggu sidang tersebut selama 15 minit?

Apakah Guan Eng tidak percaya dan tidak yakin dengan kreadibiliti Mansor sebagai Timbalannya untuk menjelaskan isu tersebut sehingga terpaksa bergegas ke sidang media itu dan berpakat untuk menggunakan satu skrip yang sama untuk isu tersebut?

Apakah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng tidak punya kerja lain yang lebih penting untuk dibuat berbanding hadir di sidang media itu untuk “membetulkan” kenyataan Mansor supaya selari dengan kenyataannya nanti?

Bukan itu saja, malah media juga melaporkan bahawa Guan Eng sendiri menulis nota di atas sekeping kertas dan diberikan kepada Mansor di sidang media tersebut. Apakah kandungan nota tersebut?

“Skrip” yang diberikan Guan Eng itulah yang dikatakan menjadi panduan kepada Mansor di dalam sidang medianya semalam dan pada saya ia adalah satu penghinaan yang jelas kepada PKR.

Nampaknya, Guan Eng pandai bermain politik. Nampaknya, dia seolah-olah mahu Mansor tertekan dan menjawab mengikut acuan apa yang dikatakannya di dalam nota tersebut. Ini akan menghilangkan kreadibiliti Mansor.

Mungkin juga Guan Eng mahu seluruh rakyat Malaysia tahu dan lihat sendiri bagaimana Mansor yang kononnya “orang kanan” Anwar begitu mudah diarah mengikut kemahuannya dan membuktikan bahawa PKR terletak di bawah kakinya sahaja…

Saya tertanya-tanya, apakah PKR tidak malu bila dipermaikan oleh anak lelaki Kit Siang ini sebegitu hina sekali? Mungkin PKR tak kisah “dikeldaikan” begitu asalkan mereka mendapat kuasa, mungkin…

Dan sekiranya PKR pun dilayan begitu hina sekali, cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS di negeri itu. Saya berpendapat bahawa kedudukan PAS mungkin jauh lebih rendah “kasta”nya di mata DAP.

Kalau PKR disifatkan DAP sebagai “kuli batak yang terletak dibawah kaki”, cuba pula kita bayangkan kedudukan PAS yang mungkin hanya “dibakul sampahkan” saja oleh parti kesayangan Nik Aziz itu. Kalau PKR tak malu, PAS lagilah tak malu…kan?

Memang memalukan Melayu Muslim saja PKR dan PAS. Entah bilalah mereka akan sedar tentang kejahilan dan kebodohan mereka yang “dilembukan” DAP. Kasihan…

Sumber: Mykmu.net

LAGI-LAGI BOCORRR..!!! Minit Mesyuarat Strategik PKR PP – Siri 3

Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy.
Minit Mesyuarat Strategik PKR PP – Siri 3

Dr Mansor:Kita menang putrajaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahahaDuta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcraThousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..

If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…U think u want to retain umno guy …no way…Senator?

Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…Mansor:Seats i agree…Cume seng kiat tolong talk to haji rashid…i have already called him..

I punya problem…tasek gelugor punya cabang…johari kassim…mintak duit..Kalau bukan sebab election..i will kick these people out…I might give that seat to pas..sebb pas mintak one more seat sangat..

Mokhtar…boss nak turun sg acheh..die suruh orang boikot sbab tak go thru cabang die..And he is the s/usaha phubungan negeri

Tulis surat sume jkkk ..and u imagine surat dapat kat umno…Bila umno dapat..ayoyo…mampuih kitaDie punya argument…sebab tak discuss dgn die..juz like that…Ini big boss punya programm..see the kind of problem we are dealing..Tu la..jadi duta cukup la…

Now our job we kick umno...we have to swallow everything..we must not give an inch to umno..cannot make mistake..mistake mcam ni lah…During election time, u all must come to malay areas..sg lembu, kg cross..u divide among urself…- Sumber

BOCORRR LAGI..!!! Minit Mesyuarat Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 2

Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy.
Minit Mesyuarat Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 2

Question:What if they threaten a 3-corner fight if we dont bow to their their (dap) demand?

Mansor replied “ “We will fight ..thats y i asked to preapare another list..like sg pinang, jawi…

I have asked Lau to prepare..kite tak mau bising but we have to get ready for possibility.”

"Must have names in potential seats..seri delima…sg pinang…you must prepare a number of extra candidates.not only 5…this election you must hv at least 10 chinese candidates..

Politics is the art of possibilities..macam2..but we hope not to believe in all our members Prepare some extra names….get more young people..

Mansor : Machang bubok ada resentlment..(problem) he (incumbent) might not get it..

Question:Resistant from where?

Mansor replied: Dalam kawasan pun ada,,,Die (hock leong) pun ada history sikit tak brapa (turn kawasan)…kita tak mau kata..i sayang la die..we were together.. i was chairman and he was timbalan…u kene cakap hock leong..nanti i tak mau die bertanding bebas..

Mansor : Pusat might throw in kai loon (for machang bubok)…he is from penang what.. Others in meeting objected..

Mansor said : He is from Bukit Mertajam you know..permatang pauh..

Question:What is our strategy in getting more seat from DAP in future?

Mansor: Where? In Penang? We prepare ghost area lah..get prepared.. die orang lawan satu u orang lawan la..Statement:The watihah will be issue if there is 3-corner fight..

Mansor:We hope not happen..kita pun tau dap tak strong..Guan eng macam tokong u know..to the chinese…U cannot deny that..he is just like a tokong…

Itu yg buat die org sombng,,,very2 angkuh and arrogant..

Get ourselves stronger..Every seat kita target nak bertanding..kene ada orang

Stock ready candidates for areas nak bertandingI have already asked Lau to identify areas for pkr to stand

Die lawan kacau tampat kita, kite kene lawan. - Sumber

BOCORRR..!!! Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 1

"Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy."
Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 1

PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13

ATTENDEES:-Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri And John Ooi (the operative)

POINT 1

Mansor said – Penang scenario quite different with DAP’s drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP) The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU) Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)

All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU)

We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide To put young candidate..

You orang ada opinion..i will listen

Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR) We are considering hj razali to replace him there I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…

I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat Whatever pusat finalised we will support

Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?

Mansor replied : “I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)

Statement: But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo

To this Mansor replied: “Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy.

Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak.

They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).” - Sumber

Amaran Untuk SANUSI SETPOL..Tempoh Dah Nak Expired..!!! Heh!


Opppsss...aku nak tanya Sanusi Setpol je...dah dapat trace ka projek-projek yang aku kata diberi pada adik beradik Ustaz Azizan tu? Heh! 

Okay laaa...aku bagi clue sikit...

1. Pi check kat PMBKed...
2. Projek Kuari...
3. Projek kasi clear 200 ekar...
4. Ada kena mengena dengan adik paling last...
5. Dia bukan "tauke sebenar"..dia dok no. 2...(pakai nama dia untuk lobi projek..!) Heh!

Amacam? Dah la tu...aku bagi 5 clues... Hang pi cari la Sanusi weiii...!!! Selamatkan Ustaz Azizan dari dianiaya dan dipecahkan rahsianya oleh puak PAS sendiri yang busuk hati perutttt...heh!

Aku panjangkan sikit tempoh Sanusi cari dokumen tu sampai 28 Ogos ni...sebab lepas tu aku ada hal sikit nak kasi settle! Heh! So, harap Sanusi appreciate la dan cari dokumen tu sampai dapat. Kalau dah dapat, sila inbox aku kat FB...heh!

P/s: Sanusi...Cheque hang kat PTG tu bila nak pi ambik? Dah bertahun dah tuuuu...!!! Lemau nanti wehhhh...dengar kata berpuluh ribu la jugakkkk...heh!

LAWAK PAGI INI..Kenapa Pok Nik Ajis Kena Marah Dengan Bini Nihhhh..???


Aku dah kata dahhhh...Pak-pak lebai PAS ni memang gatal-gatal belaka....

Tu...cuba tengok...Pok Nik pun teruja ke bebbbb...?

Bila artis masuk PAS...janda pulak tu...heh!

Tak kira la...janda gemuk ke...janda wayar putus ke...asalkan artis popular...heh!

Depa kira nak sebat je tuuuuhhhh...

Jom kita tunggu sapa bakal laki Abby...sapa bakal laki Aishah...heh!

Friday, August 24, 2012

MESTI BACA..!!! Bila Anwar Menipu Lagi Di Kampung Halamannya Di Aidilfitri...

anwar berahim

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim pulang ke kampungnya di Permatang Pauh setelah jarang-jarang balik jenguk kawasan sendiri. Sebagaimana biasa, dia sudah suruh orang-orangnya di sana sambut dia pulang, kononnya kepulangannya itu dinanti-nantikan…

Dalam satu ucapan di majlis rumah terbukan Aidilfitri di parlimennya itu, Anwar tiba-tiba menuduh UMNO takut kepada “hubungan baik” di antara PAS dan DAP.

Kononnya, kerana itulah UMNO berusaha memecah belahkan “hubungan akrab” PAS – DAP dengan menyerang mereka melalui isu Negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Semakin tua, semakin bodoh pula Anwar Ibrahim. Mungkin inilah bukti yang menunjukkan betapa Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Malah, rasanya Anwar nak jadi Ketua Kampung pun dia tak layak!

Saya ingin bertanya kepada Anwar, sejak bilakah dia berkecimpung di dalam bidang politik di negara ini sehingga begitu bengap untuk melihat sendiri tentang perjuangan asal PAS yang mahu mendirikan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Setahu saya, ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu pun dia tahu dan pernah “membelasah” PAS berkenaan isu negara Islam dan hukum hudud sehingga dia dibenci oleh pak-pak lebai PAS di masa itu.

Dan saya juga pasti bahawa Anwar arif, sedar dan mengetahui tentang betapa bencinya DAP, khususnya Karpal Singh dan Lim Kit Siang terhadap agenda perjuangan asal PAS itu sehingga sanggup mencabar PAS untuk melangkah mayat mereka untuk melaksanakannya.

Jadi, sudah tentunya dia sedar bahawa perbalahan dan sengketa di antara DAP dan PAS mengenai dua agenda tersebut memang tidak pernah reda atau mencapai titik pertemuan di antara mereka, bukan?

Oleh itu, apa pula kena mengenanya pula dengan UMNO? PAS dengan DAP yang bergaduh tentang agenda masing-masing, tapi UMNO pula yang dituduh dan disalahkan “agen Yahudi Zionis Israel kesayangan Woltfowitz” ini?

 Tanpa sebarang alasan yang kukuh Anwar menuduh UMNO lagi? UMNO tidak perlu pun untuk menjadi “batu api” bagi melaga-lagakan PAS – DAP memandangkan kedua parti itu sememangnya berlainan dasar, agenda mahupun perjuangan.

Perbezaan  yang ketara di antara PAS dan DAP sememangnya disedari oleh para penyokong kedua-dua parti itu dan ia menjadikan mereka saling ragu-meragui di antara satu sama lain.

Di depan rakyat, kedua parti pembangkang itu terpaksa memperlihatkan keakraban mereka sedangkan bila bercakap mengenai dasar dan perjuangan di meja bulat, mereka bercakaran antara satu sama lain yang dikatakan selalunya berakhir dengan kemenangan DAP dan kekalahan PAS.

Sebenarnya, yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Haram ekoran “diperkudakan” dan dasar mereka yang dinafikan DAP itu datangnya dari dalam PAS sendiri, dan bukannya sebagaimana yang didakwa Anwar. Dia pun tahu tentang itu…

Ustaz Hasan Basri dan Ustaz Nasharudin Mat Isa misalnya adalah pemimpin PAS yang mahukan parti mereka itu bermufaraqah dari Pakatan Haram kerana sudah tidak sanggup lagi bertahaluf siyasi dengan DAP.

Iyalah. Asyik-asyik PAS saja yang dikeldaikan dan diperguna DAP dan PKR, tahaluf siyasi jenis apa begitu?

Maka ramailah ahli-ahli dan para pemimpin PAS, khususnya dari kem pro-ulama, marah dan mahu parti itu kembali kepada identiti asal serta keluar dari gabungan pembangkang yang haram tersebut. Pada mereka, biar mereka sendirian asalkan tidak berada di bawa h telunjuk “syaitan”.

Kalau ada pun teguran dari para pemimpin UMNO mengenai hubungan PAS – DAP yang tidak lebih dari bersifat “plastik kosmetik” itu, ia hanyalah sebagai salah satu tanggungjawab dari saudara sesama Islam.

Bukan apa, UMNO mungkin tidak sanggup untuk melihat saudara seagama mereka dijadikan “balaci pencacai” atau “keldai malang” oleh DAP. “Cubit paha kiri, paha kanan terasa jua”, mungkin itulah sifat UMNO meskipun PAS pernah mengkafirkan semua ahli dan pemimpinnya.

Justeru itu, Anwar tak payahlah memperlihatkan kebodohannya dengan mengada-adakan apa yang tidak ada mengenai UMNO.

Patutnya ketika ini Anwar perlu mendapatkan borang permohonan menjadi guru pelatih “veteran” dari jabatan berkaitan di Tel Aviv memandangkan mungkin dia diperlukan di negara haram Israel Yahudi laknatullah itu selepas PRU ke-13 nanti.

Anwar nak masuk kursus KPLI atau DPLI?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS AIDILFITRI: Azmin Tak Takut Dosa Besar..?

mak tom

Sudah genap setahun Azmin Ali tidak pulang-pulang menjenguk ibunya di rumah peninggalan ayahnya di Keramat. Bukan saja tidak menjenguk, dia dikatakan langsung tidak menghubunhi ibu tua itu walaupun melalui panggilan telefon.

Kira-kira setahun lalu juga pada Hari Raya Aidilfitri, Azmin mengamuk memaki hamun adik beradiknya dan memarahi ibu kandungnya itu sebelum bergegas merambus dari rumah keluarga mereka. Ke mana dia menuju, ibu tua itu tidak tahu…

Apa yang Mak Tom tahu, dia hanya mampu menangis melihat sikap Azmin yang kurang ajar dan sangat melukakan ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan di dalam rahim. Mungkin kerana terlalu marah dan kecewa, Mak Tom sempat menyumpah anak lelakinya yang lupa daratan itu…

Peristiwa perderhakaan Azmin terhadap ibunya itu bukanlah sesuatu yang direka-reka atau sekadar lakonan. Malah ibunya turut dikunjungi media dan meluahkan kelukaan hati seorang ibu berhubung perbuatan Azmin tersebut.

Meskipun dituduh “dipaksa” dan “dibeli” UMNO, Mak Tom sedar tentang anaknya yang sudah jauh “dihanyutkan” oleh petualang sialan yang bernama Anwar Ibrahim yang berjaya meracuni seorang anak muda yang dulunya begitu taat untuk berubah menjadi penderhaka tegar!

Pada Aidilfitri ini, Mak Tom merajuk. Dia “membawa diri” ke Melaka bersama anak-anaknya yang lain dan menyambut hari lebaran di negeri Hang Tuah itu. Ini adalah kali pertama Mak Tom tidak mengambut Hari Raya Aidilfitri di rumah peninggalan ayah Azmin itu sejak 40 tahun.

Mungkin saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran Timbalan Presiden PKR itu mengenai ibunya kini. Dan saya juga mungkin tidak tahu apa yang menjadikan Azmin begitu tegar berkeras melukakan hati Mak Tom.

Namun biar apa pun alasan yang diberikan Azmin, saya tetap beranggapan bahawa dia adalah sememang seorang anak yang derhaka pada ibu kandungnya.

Ini bukan soal politik. Sekiranya seorang pemimpin UMNO sekali pun yang berbuat sebagaimana Azmin terhadap Mak Tom, sudah tentu saya akan memberikan label yang sama. Sekiranya Azmin Presiden UMNO sekali pun, saya akan tetap mengatakan dia adalah PENDERHAKA!

Bukankah jelas tentang firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang menyatakan adalah berdosa bagi mana-mana hambanya untuk melukakan hati ibunya meskipun dengan berkata “uh!” sekali pun? Azmin tidak belajarkah tentang firman Allah itu?

Bukankah jelas bahawa Islam menggariskan bahawa menderhaka dan menyakitkan hati seorang ibu itu dikategorikan para ulama Islam sebagai salah satu dosa besar?

Dalam hal ini, Azmin bukan sekadar mengeluarkan kata “uh!”, malah dia dikatakan menengking dan selama lebih setahun tidak kembali bertemu dengan ibunya untuk meminta maaf di atas kebiadapannya itu.

Meskipun ibunya pernah menjelaskan tentang insiden ini dan merayu Azmin untuk pulang ke pangkuannya sambil airmatanya berlenangan di pipinya, Timbalan Presiden PKR itu tetap degil dan tidak terbuka hatinya untuk mentaati permintaan ibunya itu.

Pada saya, manusia seperti itu tidak lagi boleh dikategorikan sebagai insan. Malah dia lebih layak dianggap sebagai “binatang” atau “syaitan” yang bertopengkan manusia.

Saya tidak marah sekiranya dia mahu terus bersama PKR atau terus menjadi “hamba” Anwar, namun sebagai anak yang dididik dan diberikan pelajaran yang cukup sempurna oleh kedua ibubapanya, dia sepatutnya mendahulukan ibunya berbanding perkara lain di dunia ini.

Malah, ada sabda Rasulullah SAW yang memerintahkan umatnya untuk berhenti serta merta ketika mendirikan solat dan menyahut sekiranya  dipanggil oleh ibunya.

Malah sabda Rasulullah SAW, ibu adalah manusia paling berhak untuk dilayan sebaik-baiknya oleh seorang anak berbanding manusia lain di muka bumi ini. Saya petik sabda Rasulullah SAW yang tertulis di sudut sebelah atas kanan portal ini;
Abu Hurairah RA berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.
Saya tertanya-tanya, apakah Anwar, Nik Aziz dan para pemimpin Islam di dalam Pakatan Haram ulas mengenai penderhakaan kubra Azmin Ali ini dan apakah mereka masih redha untuk menjadikan seorang penderhaka kepada ibu kandungnya sendiri untuk menjadi pemimpin Rakyat?

Sekiranya Anwar pernah “memecat” Dr. Hasan Ali melalui Azmin sebelum ini, apakah PAS tidak boleh bertindak “memecat” Azmin melalui Mat Sabu, Mahfuz Omar, Tuan Ibrahim atau Salahuddin Ayub? Nik Aziz ada masalah sakit tekak sampai hilang suara, kah?

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...POK NIK TAK NAK CAMPUR...


Pok Nik ni memang pandai putar alam fatwa...

Kalau puak-puak dia yang buat...ada je dolak daliknya...

Selalunya, siap keluarkan fatwa mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram...

Macam-macam "ulama ussuuuk" di akhir zaman ni kan?

Rasa macam nak tempeleng dia pun ada....

Sunday, August 19, 2012

PANASSS..!!! Bidasan Nasharudin Benar-Benar Buat PAS Jadi Sawan..!!!

pok nik malu

Saya ketawa besar melihat telatah para pemimpin PAS yang tiba-tiba melenting apabila di “smash” bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menggesa agar kepimpinan partinya memutuskan hubungan sekutu dengan DAP yang disifatkan sebagai anti-Islam.

Bermula dengan sekeping gambar Nasharuddin bersama Perdana Menteri di dalam satu pertemuan dengan para ulama di Masjidil Haram, mereka mula membuat spekulasi sendiri dan “tanduk syaitan” mereka jelas kelihatan di atas kepala mereka.

Apatah lagi apabila mereka mendengar sendiri kenyataan yang dibuat oleh Nasharuddin menerusi media yang melabelkan Karpal dan DAP yang “disayangi” PAS itu sebagai seorang anti Islam kerana menentang penubuhan Daulah Islamiyyah serta perlaksanaan hudud.

Maka melentinglah tokoh PAS paling berIQ rendah sepanjang zaman, Mahfuz Omar yang menyerang Nasharuddin dengan menyifatkannya sebagai seorang yang cetek ilmu dan takut untuk berdepan dengan para pemimpin PAS di dalam mesyuarat.

Mahfuz hentam Nasharuddin cukup-cukup menerusi portal pembangkang, Malaysiakini, dan terus mempamerkan kebengapan akal fikirannya yang bodoh bukan kepalang sebagai Naib Presiden PAS.

Menariknya, kenyataan bodoh Mahfuz itu disambut pula oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang terikut-ikut dengan sifat semula jadi Naib Presidennya dan “membelasah” Nasharuddin tanpa usul periksa.

Tokoh “Kristian” dan “Anwarinas” di dalam PAS, Khalid Samad pula lebih lancang mulutnya mengatakan bahawa Nasharuddin seorang pemimpin yang “gila jawatan”!

Itu belum lagi disebut tentang Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, yang kali ini jelas menunjukkan bahawa dia memang “busuk hati” terhadap Nasharuddin seraya menyatakan bahawa dia “tidak hairan” untuk seorang seperti  bekas Timbalan Presiden PAS itu untuk keluar parti!

Itulah hasil dari sekeping gambar dan beberapa potong kenyataan pedas Nasharuddin yang bertujuan menegur kepimpinan PAS yang dilihat semakin jauh terpesong dari agenda sebenar parti itu.

Setelah puas menghentam Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden itu dalam nada bersahaja menjawab dengan sabar dan selamba menjelaskan bahawa dia langsung tidak berniat untuk menyertai UMNO.

Lebih pedas lagi, Nasharuddin meluahkan rasa “kasihan” kepada para pemimpin PAS yang menghentamnya yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal!

Malah lebih pedih lagi telinga Mahfuz, Tuan Ibrahim, Khalid Samad, Nik Aziz dan para pemimpin PAS yang lain apabila Nasharuddin “menasihati” mereka agar tidak membuat andaian, tuduhan dan buruk sangka terhadap saudara seagama!

Lebih-lebih lagi apabila dia meminta para pak-pak lebai kulup PAS itu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dan bersitghfar, khususnya pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan!

Pedih, pedas dan memang mantap sekali kenyataan balas Nasharuddin terhadap mereka-mereka yang bencikan dirinya. Kalau saya di tempat Mahfuz, memang saya letak jawatan Naib Presiden PAS kerana tak sanggup menahan malu apabila sifat jijik saya didedahkan! Di bulan Ramadhan pulak tu!

Nasharuddin menjelaskan bahawa dia ke Makkah untuk berbincang tentang perkara yang lebih besar berbanding maslahah UMNO – PAS iaitu krisis yang sedang dialami oleh masyarakat Islam dunia, khususnya di Rohingya dan Syria.

Lagi sekali saya ketawa besar! Melalui kenyataan itu, jelas Nasharuddin membidas akal Mahfuz, Tuan Ibrahim, Nik Aziz dan Khalid Samad yang hanya berkisar tentang perkara di dalam “tempurung” berbanding dirinya yang membawa misi yang global bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib!

Sekaligus juga kenyataan itu menjelaskan bahawa Najib dan Nasharuddin sememangnya diiktiraf sebagai pemimpin Islam yang penting di dalam dunia Islam berbanding Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang menjadi “kiblat” PAS selama ini.

Saya tak tahulah di mana lagi PAS nak sorok muka para pemimpin mereka. Sudahlah mereka “dipijak-pijak” DAP di dalam Pakatan Haram, rakyat pun dah mula jelas dengan “kedayusan” PAS mempertahankan kepentingan Islam, kini parti itu “dibakul sampahkan” pula oleh Nasharuddin!

Tak tahulah saya sekiranya PAS masih lagi berdolak-dalik dan masih lagi tidak mahu sedar-sedar tentang kesilapan mereka untuk terus menjalinkan kerjasama dengan puak-puak “kafir harbi khafi” dan “agen Yahudi Zionis Israel itu. Nampaknya masa depan PAS makin hancur…

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! DR. ISMAIL SALLEH BAKAL DITALKINKAN AZIZAN RAZAK DI KAWASAN SENDIRI..???!!!


Sebagaimana yang aku janjikan baru ni, aku akan dedahkan "bau busuk bangkai" yang tak dapat lagi disembunyikan di dalam PAS Kawasan Alor Setar, khususnya melibatkan DUN Alor Mengkudu...Heh! 

Dedah tetap kena dedah walaupun di Hari Raya...Heh!

Menurut sumber aku, MB Kedah, Azizan Razak sedang "berperang sakan" dengan Dr. Ismail Salleh berkenaan calon pilihanraya bagi DUN Alor Mengkudu...

Azizan nak naikkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, sebagai calon pilihanraya bagi DUN Alor Mengkudu dan menggantikan ADUN sedia ada, Dr. Ismail Salleh. Perkara ni dah jadi kecoh di kalangan orang-orang PAS di Alor Setar...

Malah orang yang menceritakan perkara ini adalah mereka yang berjawatan tinggi di dalam kepimpinan PAS Kedah. Tapi demi keselamatannya supaya tidak dipukul macam blogger PAS yang baru kenal pukul baru-baru ni, aku terpaksa rahsiakan idenititi pemberi maklumat tu..heh!

Begini ceritanya...
Khabarnya pasal Azizan tak mahu ada "gunting dalam lipatan" di dalam pentadbirannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Maka Azizan pun naikkan nama Ahmad Yahaya dan usung dia ke hulu ke hilir bagi menaikkan imej calon pilihannya itu.

Mungkin menyedari dirinya akan "dicantas" Pesuruhjaya PAS Kedah itu, Dr. Ismail Salleh pun sebok mempromosikan dirinya di bulan Ramadhan dengan meletakkan banner-banner dengan gambarnya terpampang besar di jalan-jalanraya sekitar Alor Setar...

Kiranya, naikkan diri sendiri la nihhhh..!!! "Masuk lif, tekan sendiri"! Kah! Kahh! Kahhh..!!!

Kiranya dengan tindakan itu, Ismail fikir dia akan jadi lebih "glemer" berbanding Ketua Pemuda PAS Kedah laaaa...heh! Dia cantas orang muda tuuuuu...! Muahahahahahahaaaa...
Aku pelik! Kononnya PAS ni mementingkan "orang muda". Tapi depa sendiri "cantas" peluang orang muda! Heh! Teruk betul..!!! Kalau dah jadi "parasit" dalam PAS tu..memang parasit la sifatnya...

Sebenarnya, puak-puak PAS ni memang gila jawatan! Heh! Dia fikir nak jawatan saja. Bukannya dia kira dia tu sesuai atau tidak pegang jawatan tu. Bila pegang jawatan, dia nak gulingkan pulak Azizan Razak yang lantik dia...heh! kan? kan? kan? Heh!

Aku rasa, Ismail Salleh nak tiru Phahrolrazi. Dia fikir dia cukup hebat? Phahrolrazi lain laaa..dia tu senior dalam PAS Kedah...seangkatan dengan Taulan dan Azizan Razak! Otai PAS Kedah! Phahrolrazi tu kalau kena gaya, boleh tumbang Azizan tu...heh!

Tapi Ismail Salleh nak lawan dengan Azizan? Heh! Sorry la...kena jerkah sekali, tercabut kepiah kat atas kepala tu! Heh!

Ismail Salleh kalau nak gulingkan Azizan, dia kena ikut dan dok di bawah Phahrolrazi. Dia kena join geng Mahfuz, Mat Sabu dan Amiruddin untuk gulingkan Azizan tu. Alaa...macam la orang tak tahu apa yang berlaku kat PAS Kedah sekarang ni..heh!

Karier politik Azizan tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah tu. Amiruddin khabarnya jadi "spy" untuk team Mat Sabu and the geng. Kalau PAS menang lagi kat Kedah lepas ni, berkemungkinan besar peluang Amiruddin untuk jadi MB naik ke 60%. Itu pun kalau Phahrolrazi tak "cantas"...heh!

Tapi terpulang macamana Amiruddin nak bodek Mat Sabu. Khabarnya Mat Sabu jadi "mastermind" gerakan ni dan dibantu oleh ribuan puak-puak Syi'ah di kawasan Pendang. Taulan katanya dah bagi "greenlite"! Heh!

Jangan terkejut lepas ni kalau Azizan "tumbang" lepas ni. Azizan dah tak boleh pasang "aircond" kat bilik dia kat Wisma tu dan khabarnya tiap-tiap bulan kena buat treatment kat Kedah Medical Centre (KMC). Lepas kena "taruk" dengan "taiko-taiko" PAS ni, berkemungkinan besar dia "tumbang"...

Seban tu kalau kita tengok, cybertroopers PAS Kedah dah kurang dah nak highlight pasal Azizan Razak. Kalau ada pun, perkara yang "back fire" Azizan sendiri..heh! Siapa punya kerja? Heh!

Lagi satu aku nak bagitau..agak-agak hangpa, siapa yang dok bagi info dan isu kat kami blogger pro-UMNO/BN? Heh! Geng Azizan ada...geng Phahrolrazi pun ada bebbbb..!!! Heh! Sebab tu ramai yang goyang dengan kami...TMK..!!!

P/s: Zul Yahya...tak payah spin la wehhhh...banyak dah cerita hangpa dok dalam poket nihhhh...heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!