Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 9, 2012

SYHHHHHHH 18SX..!!! CARA BAGAIMANA NAK TAHU WANITA TERANGSANG SEKS..!!!




Bagaimana mengetahui bahawa seorang wanita sedang berghairah dan terangsang?


Bukan hal mudah untuk mengetahuinya, sebab umumnya wanita malu untuk mengutarakan perasaannya, bahkan kepada pasangannya sendiri.

Nah, kini ada sejenis pakaian wanita pintar yaang dinamakan Intimacy 2.0, yang dapat digunakan untuk mengetahui pemakainya (wanita) tersebut sedang terangsang atau tidak.

Menurut kajian, ketika seseorang wanita itu dia ‘ghairah’, maka suhu tubuhnya akan meningkat.

Prinsip inilah yang mendasari pakaian berteknologi tinggi ini.

Di mana saat perempuan tersebut terangsang maka Intimacy 2.0 akan semakin ‘transparan’.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Pakaian ini direka oleh Daan Roosegaardedari Belanda.

Ciptaan futuristik ini menggunakan sejenis kain pintar yang akan menjadi lut sinar apabila kadar jantung pemakainya meningkat.

Roosegaarde kini dalam perbincangan untuk menghasilkan pakaian itu secara besar-besaran.
Beliau berkata: “Pakaian ini menerokai hubungan antara keintiman dengan teknologi.”

Macam-macam…. - - Mynewshub

PANASSS..!!! RAMAI ARTIS BERTUDUNG TAK SUKA ABBY...?!



 

BOLEH dikatakan tindakan transformasi golongan artis dan selebriti yang memilih untuk berhijab mengenakan tudung di kepala merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal oleh rakyat, khususnya para peminat industri hiburan tanahair.

Boleh dikatakan lebih 30 orang artis dan selebiriti yang masih muda jelita telah memilih untuk “berhijrah” dengan memakai tudung dan membayangkan bahawa mereka kini berminat untuk mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih Islamik.

Antara artis yang telah berimej dan berbusana muslimah ialah Catriana Ross, Abby Abadi, Aishah, Liza Hanim, Sharifah Aleya, Noryn Aziz, Nastasha Hudson, Raja Farah, Irma Hasmie, Siti Fazurina, Yatt Hamzah, Farah AF, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Begitu juga dengan beberapa selebriti yang turut bertransformasi mengenakan tudung seperti Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Azizah Ariffin, Abby Fana, Teh Syuhada dan ramai lagi yang berminat menuju ke arah Islam.

Bagaimanapun, dalam ramai-ramai tersebut, ada juga yang seolah-olah mahu mengejar populariti segera dengan mencetus kontroversi dan memburuk-burukkan imej rakan-rakan artis yang berhijrah tersebut.

Misalnya Aishah dan Abby masing-masing telah secara terbuka mengumumkan bahawa mereka kini menceburkan diri di dalam bidang politik setelah bertudung.

Aishah dan Abby dengan bangga “memeluk agama PAS”, tanpa segan silu mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong atau menyertai parti itu, maka tidak lengkaplah keIslaman dan ketaqwaan mereka kepada Allah.

Malah lebih memalukan apabila Abby yang dipercayai kurang berpengetahuan mengenai Islam sebelum ini menegaskan bahawa dia takut sekiranya dia akan disoal malaikat di dalam kubur jika dia tidak menyokong PAS.

Kononnya, Abby tidak mahu namanya tercicir dari disebut oleh malaikat bahawa dia sempat memeluk PAS sebelum mati.

Persoalannya, apakah Abby fikir dengan mengaku bahawa dia adalah seorang ahli PAS maka dia tidak akan dihisab di dalam kubur, tidak akan dihakimi di Padang Mahsyar dan dikecualikan dari melintas titian silatulmustaqim untuk ke syurga kelak?

Apakah dia fikir dengan memberitahu malaikat dalam kubur nanti bahawa dia berguru dengan “Nik Aziz Nik Mat” maka serangga, ular, kala jengking dan sebagainya tidak akan menyeksanya?

Rasanya, Abby dan Aishah perlukan percerahan sewajarnya mengenai ajaran Islam sebenar dan tidak terikut-ikut dengan fahaman “agama PAS” yang sudah sekian lama berjaya memesongkan umat Islam dengan dakyah karut marut.

Lebih dari 50 tahun kita merdeka dan selama lebih dari tempoh itulah umat Islam terpecah dua sebelum dipecahkan lagi kepada tiga kumpulan apabila seorang agen Yahudi terlatih memaksa isterinya menubuhkan sebuah parti khas untuknya, Keadilan.

Pada saya, saya menyanjung tinggi beberapa artis seperti Farah Asyikin yang baru-baru ini diasak oleh puak-puak PAS di markaz mereka di Taman Melewar tentang pendiriannya tentang soal politik.

Dengan selamba, Farah Asyikin menghampakan pak-pak lebai PAS itu dengan menegaskan bahawa dia memilih Islam dan tidak terpengaruh dengan sentimen “masuk PAS barulah Islam sebenar” sebagaimana yang dijaja Abby sebelum ini.

Mungkin puak-puak PAS kecewa, namun pada saya, Farah Asyikin bercakap benar dan pendiriannya yang fokus terhadap Islam itu adalah tepat berbanding Aishah dan Abby yang riuh rendah berpolitik bagai nak bertanding menjadi calon PRU!

Tindakan Abby dan Aishah itu sebenarnya mencemarkan nama para artis dan selebriti yang berhijrah di mana dikhabarkan bahawa rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara dan tindak tanduk mereka berdua yang lebih cenderung ke arah politik berbanding Islam.

Saya percaya, sekiranya dakyah “artis bertudung perlu peluk agama PAS maka baru disahkan keIslaman” itu tidak diperbetulkan sebaik-baiknya, dikhuatiri ramai artis lain yang berniat untuk berhijrah rasa takut untuk berbuat demikian. Wallahua’alam.

Sumber: Perak Today

TAZKIRAH 10 MINIT SEBELUM BERBUKA: JIN BUAT LOVE BITE KAT PAHA SEBAB MANDI BOGEL..!!!



Hangpa mandi pakai kain basah tak? Heh! Tak risau jin buat love bite kat paha hangpa ke? Hangpa suka ka? Heh! 

Suka? Tak takut jin jatuh cinta kat hangpa? Lepas tu hangpa jadi tak laku. Nak ngorat awek, awek tak mau kat hangpa. Boypren nak masuk minang, tak laku...nak? Heh! 

Hangpa dengar tazkirah Ustaz Kazim siri yang ke 7 ni... Esok siri yang terakhir....Lepas tu aku siarkan siri yang lain pulak. Semoga kita semua dapat manfaat bersama...insyaAllah...

MAJORITI ARTIS BERHIJRAH PILIH ISLAM..TAK PILIH PAS..!!! PAS PENING KEPALA..!!!


Sekarang ni, makin ramai golongan artis yang dah bertudung. Gambar-gambar kat atas ni adalah sebahagian dari golongan artis yang sudah bertranformasi imej ke arah yang lebih sopan, beradab dan lebih penting, menutup aurat...

Tapi, setahu aku dalam ramai-ramai artis yang bertudung ni, hanya 2 orang yang dah declare "memeluk agama PAS" iaitu Aishah dan Abby Abadi, dan seorang lagi terpengaruh dengan doktrin agen Yahudi Asia Tenggara iaitu, Dayangku Intan...

Alhamdulillah...pertamanya aku puji semua artis, termasuk Aishah, Abby dan Dayangku Intan. Sekurang-kurangnya mereka bertiga bertudung meskipun transformasi mereka sangat-sangatlah diragui kerana terlebih sudah ke arah politik...

Pada aku, aku lebih memuji golongan artis dan selebriti kita yang bertudung kerana Islam. Namun, aku harap, bukan saja bertudung, mereka juga perlu tahu mengenai kaifiyyah menutup aurat yang telah ditetapkan oleh Sunnah Wal Jamaah...

Dalamilah ilmu agama dari mereka yang ahli Islam dan bukannya mendalami "ilmu politik" yang menjual dan memperdagangkan Islam atas dasar kepalsuan serta nafsu gilakan kuasa...

Alhamdulillah...dari ramai-ramai artis, hanya 3 orang saja yang agak "tersesat" sedikit dari landasan Islam yang sebenar, manakala majoriti yang lain tidak berminat untuk berhijrah ke arah politik dan memberikan fokus terhadap Islam...

Misalnya, Farah Asyikin yang baru-baru ni menghadiri forum di Markaz PAS Taman Melewar. Tapi, Farah sedikit pun tidak goyah dan menjawab dengan yakin bahawa dia tidak memilih mana-mana parti politik (termasuk PAS), dan hanya memilih Islam sebagai cara hidupnya...

Itulah yang terbaik. PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS. Rasanya, Farah sedar tentang hakikat itu dan mungkin ramai lagi artis kita yang berhijrah sependapat dengannya...

Islam atau tidak, bertaqwa atau tidak, ia sama sekali tidak terletak kepada PAS. Sama ada menyokong PAS atau tidak, ia tidak akan menjamin kita masuk syurga dan digolongkan di dalam golongan yang beriman...

"Inna akramakum 'aindAllahi Atqaakum.." Sesungguhnya golongan yang paling mulia di sisi Allah itu adalah taqwa yang ada pada mereka...

Jadi, apa yang diajar PAS bahawa menyertai PAS dapat pahala, undi PAS/PKR/DAP masuk syurga dan pelbagai dakyah lain yang terpesong adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Kalau nak tahu, sertai persatuan belia pun kalau kena dengan niat kerana ibadah, insyaAllah dapat pahala. Beri undi seumur hidup kepada PAS/PKR/DAP pun belum tentu masuk syurga kerana syurga itu bukan harta mak bapak mereka..

Aku fikir, majoriti umat Islam berbangsa Melayu dan bukan Melayu akan setuju dengan pandangan aku ni. Bukan mahu meletakkan diri dipihak yang benar pun, tapi memang hakikatnya Islam begitu...kan? Heh!

Jadi, jangan dan tak payah la terpengaruh dengan "depa-depa" tu...heh! Kita sayang Islam dan UMNO/BN tidak sempurna, tapi kita lebih meluat kat PAS/PKR/DAP yang memang hampehhhh..!!! Heh!

EKSKLUSIF..!!! SANUSI SETPOL DAPAT KONTRAK BUAT BANNER MERDEKA DI KEDAH..???!!!


Kah! Kah! Kahhhh..!!! Aku gelak sakan bila dapat tahu PAS Kedah "terpaksa" tukar tema Hari Kebangsaan tahun ni. Tukar tema "Terus Berbakti", juga membawa maksud depa kena print balik semua sepanduk, bunting, banner dan sebagainya yang dah digantung di seluruh Kedah sebelum ni!

Heh! Aku nak tanya, sapa yang dapat kontrak print banner semua tu? Heh! Geng Azizan? Geng Phahrolrazi? Atau Geng Sanusi Setpol..? Heh!

Aku dengar, Sanusi Setpol beriya-iya bersungguh-sungguh usaha supaya tema tu ditukar kepada "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"...heh!

Khabarnya, Cikgu Pa call PAS Kedah kelmarin dulu dan mintak PAS Kedah tukar tema hari merdeka tu. Lepas tu, semalam PAS Kedah meeting dan putuskan untuk tukar tema tu ikut apa yang Cikgu Pa "Pemandu" tu suruh...heh!

Mungkin seronok punya pasal, Sanusi pun call Cikgu Pa mengumumkan "khabar gumbira" tu! Heh! Pulun la hang wehhhhh..!!! Ada masyukkkk ke? Heh!

Abih la Ustaz Azizan lepas ni...Setpol dia pun dah "lain macam" dah bunyi tu. Surat tak keluar, dia pulak lebih kuah dari sudu..! Heh! Awat? Hanphone Ustaz "masuk ayaq" ka sampai Setpol yang inform Cikgu Pa? Heh!

Sanusi..Nampak sangat la pulun tu wehhhhh...!!!

P/s: Cheque kat PTG dah ambik ke Sanusi? Dah jumpa ke kontrak yang PAS Kedah bagi kat keluarga terdekat Azizan tu..? Heh!

PANASSS..!!! IPT DI NEGERI JAJAHAN PAKATAN HARAM LINGKUP HABISSS..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/

Bila mendengar tentang perkara yang “percuma”, sudah tentu ramai yang akan tertarik dan menyokong tindakan mana-mana pihak sangat bermurah hati untuk menawarkan perkara “percuma” tersebut.

Saya masih ingat lagi para pelajar “bodoh” yang sanggup tidur atas jalan semata-mata menuntut Pendidikan “Percuma” untuk mereka dan ibubapa mereka yang “bengap” itu menyokong mereka berkhemah di Dataran Merdeka semata-mata mahu lari dari tanggungjawab membayar yuran…

Sama ada dalam bentuk barangan produk atau perkhidmatan yang “percuma”, sesiapa sekali pun sanggup berbaris panjang untuk mendapatkannya. Itulah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Pakatan Haram melalui beberapa dasar “percuma”nya di dalam “kitab suci” mereka, Buku Jingga.

Namun, apabila tiba pada perlaksanaannya, Pakatan Haram jelas menunjukkan sikap berdolak-dalik dalam memberikan perkhidmatan “percuma” yang dicanang ke seluruh negara.

Misalnya, di dalam isu Pendidikan Percuma yang diilhamkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang telah menyusahkan dan memeningkan kepala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak di Kedah.

Sebagaimana maklum, Kerajaan Negeri Selangor memiliki UniSEL dan Kerajaan Negeri Kedah pula memiliki KUIN sebagai universiti yang dibiayai penuh oleh kerajaan negeri masing-masing.

Bila Rafizi melontarkan dasar Pakatan Haram untuk memberikan pendidikan percuma untuk memancing sokongan rakyat, maka peninglah kepala Khalid dan Azizan memikirkan perlaksanaan dasar itu yang memerlukan mereka berdua memikirkan cara menguruskan IPT itu secara percuma.

Di Selangor, UniSEL dikatakan hampir bankrap di mana pihak pengurusan IPT itu berhutang kepada kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd, sebanyak lebih dari RM15 juta berhubung penyelanggaraan dan pengurusan kampusnya.

Faktanya, Jana Niaga telah menghantar berpuluh-puluh pucuk surat untuk membincangkan tentang cara penyelesaian bagi masalah tersebut, namun Kerajaan Negeri Selangor memberikan banyak alasan dan tidak mengendahkan cadangan perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu.

Pada saya, alasan-alasan Khalid itu adalah semata-mata untuk “lari” dari bayar hutang! Khalid tahu, kos untuk operasi asrama UniSEL membabitkan peruntukan sebanyak RM200 juta dan kampus pula sebanyak RM600 juta.

Khalid tahu UniSEL tak mampu bayar kerana kerajaan negeri pimpinannya sudah hampir bankrap dan dana yang dulunya beratus juta di UniSEL hampir kering sehingga memaksa Khalid bercadang untuk pajak tanah milik UniSEL untuk mendapatkan RM30 juta bagi melangsaikan hutang!

http://dukeofumno.blogspot.com/

Di Kedah pula, Azizan sudah berkali-kali diperli, disindir dan dipermainkan apabila gagal membuktikan kedudukan kewangan KUIN yang semakin meruncing “dikerjakan” oleh Rektor pilihan MB Kedah itu, Prof Jamil.

Fakta menunjukkan bahawa kedudukan KUIN kini sedang nazak di mana para kakitangannya dinafikan hak kenaikan gaji 13 peratus, lewat dibayar gaji setiap bulan sehingga dikejar bank-bank setiap hari dan kereta mereka ditarik.

Malah lebih kritikal lagi, wang potongan zakat para kakitangan KUIN juga “dipusingkan” dan tidak dibayar pengurusan KUIN kepada Lembaga Zakat!

Ia dipercayai berpunca dari kegelojohan pengurusan KUIN dan Azizan yang menubuhkan banyak anak syarikat IPT itu sehingga kos operasi jauh melebihi kos pendapatan. Misalnya, Insan Medik memerlukan kos RM350,000 sebulan sedangkan jumlah pelajarnya hanyalah 8 orang sahaja!

Kemudian, Azizan dengan “bangga”nya mengumumkan kenaikan yuran pengajian dari RM60 bagi seunit kredit sehingga mencecah RM200 seunit kredit! Kononnya ia bertujuan bagi menjana pendapatan lebih untuk IPT yang ditubuhkan UMNO/BN itu!

Persoalannya, dengan krisis kewangan yang meruncing di IPT yang diambil alih oleh Khalid dan Azizan itu, bagaimana Pakatan Haram boleh mendakwa bahawa mereka akan memberikan Pendidikan “PERCUMA” kepada rakyat Malaysia?

“Pilot Case” mereka di dua universiti sekecil itu pun gagal dilaksanakan, bagaimana mereka mahu melaksanakan dasar itu di seluruh IPTA di seluruh negara? Apakah mereka mahu menjahanamkan seluruh pusat-pusat pengajian tinggi yang selama ini begitu lancar ditadbir UMNO/BN?

Mungkin kerana itulah Rafizi menghadapi tekanan kuat dan goyah “dikerat” Khalid Ibrahim di Selangor dan Azizan Razak enggan melayan sebarang kerenah PKR di Kedah. Mungkin mereka bosan dengan idea Rafizi yang kononnya “paling strategik” di pandangan Anwar!

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...PAKATAN HARAM CIPLAK SLOGAN MERDEKA UMNO/BN...!!!

Hangpa ingat tak lirik lagu 1Malaysia...?

"Kita satu bangsa kita satu negara...kita satu matlamat...ooooo...."

Lagi satu lirik lagu patriotik zaman Tun M...

"Seiya...sekata sehati SEJIWA...menghadapi cabaran..."

UMNO/BN dah lama dah pakai slogan tu...

Tu pun Pakatan Haram "recycle" dan kata depa punya "idea"..? 

Heh! Memalukan..!!! Heh!

Wednesday, August 8, 2012

KRISIS AIR KELANTAN: ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH SELAGI RAKYATNYA TAK BERUBAH...


ISLAM itu adalah sebuah agama yang cintakan kebersihan.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, Islam itu merupakan sebuah agama yang bersih lagi suci. Bak kata pujangga Islam di zaman silam, kebersihan dan Islam tidak dapat dipisahkan.

Begitulah pentingnya kebersihan di dalam agama rasmi negara. Bila disebut soal kebersihan, tidak dapat tidak, ia sudah tentu sangat berkait rapat dengan air yang menjadi mekanisma untuk membersihkan sesuatu di dalam muamalah kehidupan manusia.

Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan air. Buktinya, boleh dikatakan setiap tahun, negeri Cik Siti Wan Kembang itu akan mengalami banjir yang agak teruk sehingga pernah menenggelamkan banyak kampung di sana.

Namun, sedar atau tidak, rakyat negeri Kelantan sangat sengsara akibat tidak mendapat bekalan air bersih yang sempurna sebagaimana yang dinikmati oleh negeri-negeri lain di negara ini.

Kira-kira lebih 20 tahun yang lalu, PAS telah berjaya menawan Kelantan dari pentadbiran UMNO/BN dan sejak itulah PAS telah diperintah oleh seorang bekas guru subjek agama Islam, Nik Abdul Aziz, yang kemudiannya di angkat menjadi “Tok Guru Spiritual” atau “Mursyidul Am” parti itu.

Ketika itu, pentadbiran negara masih lagi ditunjangi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang genius Melayu Muslim yang diiktiraf sebagai “arkitek pembangunan negara”.


Nik Aziz kemudiaannya telah melakukan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir dan merayu kepada negarawan itu untuk mengambil alih perkhidmatan air di Kelantan di bawah pengurusan Kerajaan Negeri.

Tun Dr. Mahathir meluluskan permohonan Nik Aziz itu dengan senang hati dan mungkin beliau mahu melihat sendiri sehebat mana Mursyidul Am PAS itu menguruskan sesuatu yang menjadi asas kebersihan komuniti Islam di negeri tersebut.

Namun kini, sudah lebih 20 tahun Nik Aziz mentadbir negeri Kelantan dan dianggarkan bahawa lebih dari 60 peratus rakyat di negeri itu tidak menerima bekalan air bersih. Itu fakta terkini.

Rata-rata rakyat di negeri Kelantan memang menerima bekalan air. Tapi bekalan air yang diterima mereka itu bukanlah bekalan air bersih, tapi lebih tepat kalau dikatakan bahawa mereka lebih 20 tahun menerima bekalan air “keruh”!


Air yang bercampur dengan keladak yang tebal sering masuk ke mulut mereka ketika minum, berkumur, memasak, membasuh dan ada di kalangan rakyat Kelantan yang tinggal di pedalaman lebih gemar mendapatkan air dari aliran jeram di dalam kawasan hutan berdekatan.

Menurut mereka, sumber air jeram dan telaga dikatakan lebih bersih serta jernih berbanding sumber air yang dibekalkan oleh anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd.

Persoalannya, apakah seorang pemimpin “suci” yang kononnya memperjuangkan Islam itu tidak mampu memastikan umat Islam dan rakyatnya menikmati air bersih walaupun diberi peluang menguruskan masalah itu lebh dari 20 tahun?

Memang tidak munasabah sekiranya ia gagal diselesaikan oleh seorang yang kononnya mementingkan Islam, sedangkan Islam itu mementingkan kebersihan, termasuk sumber yang membersihkan kehidupan umatnya.

Apa Nik Aziz rasa sekiranya jubah, ketayap, izar dan serban putihnya itu dibasuh dengan air keruh berkeladak serta kemudiaannya bertukar warna menjadi kuning keperang-perangan?
Marah? Geram? Rasa tidak yakin dengan kebersihan pakaiannya?

Begitulah yang dirasai oleh pakcik makcik, paksu maksu, adik kakak dan abang sebagai rakyat di Kelantan selama 20 tahun. Mungkin bekalan air di rumah Menteri Besar itu bersih dan jernih, dan itu menjadikan Nik Aziz tidak menghiraukan bekalan air “keruh” di rumah rakyat marhain?


Mungkin kerana sifat semulajadi yang ada pada ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, yang sering turun padang dan merasai sendiri kesulitan serta masalah rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir Kelantan suatu hari nanti.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada rakyat di negeri itu sama ada mereka masih mempercayai individu biasa yang bertopengkan kewarakan seperti Nik Aziz yang jelas tidak tahu berkhidmat untuk rakyat, atau mereka wajar percaya kepada seorang insan “versatile” yang terbukti mahir memberi khidmat terbaik buat rakyat.

Semuanya terletak kepada kebijaksanaan rakyat Kelantan sendiri dan kali ini mungkin mereka sedar tentang betapa pentingnya mereka memilih BN pada PRU ke-13 yang akan datang di mana segala kemudahan asas dan kehidupan mereka untuk beribadah kepada Allah lebih terjamin, Insyaallah.

Sumber: Perak Today

PANASSS..!!! PAS HANGIN SATU BADAN BILA ARTIS NI HIJRAH PILIH ISLAM..TAK PILIH PAS..!!!?

Saya tidak dapat bayangkan betapa malunya PAS apabila artis yang sudah berhijrah, Farah Asyikin, mendedahkan bahawa dia hanya tertarik dan menyokong Islam sahaja, serta tidak mahu terbabit dengan mana-mana pergerakan parti politik tanahair.

Pada satu majlis anjuran PAS baru-baru ini, Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 itu hadir di KUIZM Taman Melewar, sebuah markaz PAS terbesar di ibu negara bagi memenuhi jemputan.

Farah Asyikin hadir sebagai salah seorang jemputan di wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad, Membangun Negara Berkebajikan.

Agak menarik apabila artis berusia 33 tahun itu berani untuk hadir ke pusat “pembaptisan PAS” itu dan hatinya tetap kukuh bersama Islam.

Menurut sumber, ketika diajukan soalan “sokong apa” di majlis berkenaan, Farah Asyikin tidak berganjak dari pendiriannya untuk menegaskan bahawa dia menyokong Islam.

Malah, dia kemudiaannya menjelas lanjut bahawa tindakan segelintir artis untuk menyokong dan menyertai PAS adalah hak individu masing-masing, manakala dia tetap enggan mengikut rentak itu sambil mengulangi pendiriannya untuk menyokong Islam sekali lagi.

Namun yang paling menarik di majlis itu apabila Farah Asyikin menyatakan bahawa dia menolah 100 peratus mana-mana pihak atau parti yang tidak menyokong Islam!

Rasanya, kenyataan itu benar-benar mengecewakan PAS dan jawapan itu bukanlah satu jawapan yang ditunggu-tunggu atau yang diharapkan parti itu dari artis tersebut.

Menolak parti yang tidak menyokong Islam adalah sama maksudnya bahawa Farah Asyikin tidak akan mengundi DAP memandangkan parti itu menolak 100 peratus penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud.

Dengan kenyataan itu juga mencerminkan bahawa iktiqad dan prinsip hidup Farah Asyikin lebih kuat dan utuh terhadap Islam berbanding pak-pak lebai dan mak-mak aji PAS yang tidak segan silu mengundi dan menyokong DAP!

Mungkin PAS sebelum ini berfikir bahawa mana-mana artis wanita yang memakai tudung sebagai tanda penghijrahan mereka membawa maksud artis-artis itu menyokong parti mereka dan memilih Pakatan Haram sebagai wadah perjuangan!

Mereka fikir artis-artis yang kini bertudung litup itu begitu mudah dipengaruhi ajaran “agama PAS” seperti Aishah, Abby Abadi dan Dayangku Intan (PKR) yang dijangka bakal “disembelih” sebagai “korban” melampias nafsu buas pak-pak lebai PAS.

Pada pandangan saya, sekiranya seseorang individu sama ada artis atau tidak, dia perlulah ikhlas berhijrah ke arah Islam sekiranya berniat mahu mendekatkan diri dengan ajaran sebenar yang disampaikan Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya bahawa sebarang perbuatan itu bergantung kepada niat di mana jika dia berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka benarlah dia berhijrah ke arah tersebut dan mendapat pahala atas penghijraha tersebut.

Manakala jika dia berhijrah kerada dunia, maka kerana dunialah penghijrahannya itu dan ia tidak boleh disamakan dengan penghijrahan kepada Allah dan RasulNya.

Selain itu, sudah tentu mereka yang baru berhijrah itu agak cetek pemahamannya berkenaan Islam sebenar sebagaimana yang disampaikan Rasulullah SAW dan mereka memerlukan bimbingan yang diiktiraf tidak berkepentingan.

Sewajarnya, mereka perlu belajar mengenai Islam dari ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang disediakan di Jabatan-Jabatan Agama Islam serta mereka yang bertauliah untuk menyebarkan dakwah Islam.

Takkan mereka yang berhijrah itu terlalu dhaif untuk berfikir sama ada diajar tentang ilmu agama atau diajar ilmu untuk berpolitik?

Berhati-hati dan ketahuilah bahawa satu-satunya pihak yang menjual Islam untuk kepentingan politik mereka adalah PAS dan sesungguhnya saya tidak pernah redha apabila agama Islam dinodai oleh golongan yang tidak bertanggungjawab itu…

Sumber:  Mykmu.net

TAZKIRAH 10 MINIT SEBELUM BERBUKA: KENYATAAN PEDIH TENTANG SOLAT TERAWIKH DAN SOLAT FARDHU...



Pelik betul sikap orang kita ni...Solat sunat diorang boleh ramai ke masjid... Tapi kalau solat fardhu, nak dapat penuh satu saf pun payahhhh..!!!

Antara solat sunat dan solat wajib, yang mana satu yang lebih dituntut Islam..???

Cuba bayangkan kalau umat Islam beramai-ramai pada setiap waktu solat fardhu sebanyak 5 kali setiap hari. Rasanya mereka yang bukan Islam pun respect dan kagum dengan kekuatan mental serta perpaduan umat Islam, kan?

Aku nak tanya...dalam sehari...tak payah sehari la...dalam seminggu, berapa kali kita ke masjid untuk berjemaah solat fardhu? Heh! Boleh jawab ikhlas tak...? Heh!

PAS TETAP PERTAHAN "KHALIFAH" WALAU DIA HINA UMAT ISLAM WARGA EMAS...ASTAGHFIRULLAHIL'AZIMMM...

guan eng

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyindir golongan warga emas di negeri itu apabila menyatakan bahawa mereka yang dulunya memulangkan kembali wang RM100 yang diberikan, kini berbaris di barisan hadapan untuk menerima wang tersebut.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Guan Eng di  Dewan Besar Sungai Dua kelmarin, dia menuduh kononnya UMNO adalah dalang yang memburuk-burukkan pemberian wang RM100 kepada warga emas dan penduduk miskin di Pulau Pinang sehingga ramai yang memulangkan duit tersebut.

“Khalifah” PAS itu berkata, golongan yang menyerahkan kembali duit tersebut pada tahun lalu adalah antara mereka yang paling hadapan untuk menerima bantuan dari tangan anak Lim Kit Siang itu pada tahun ini.

Pada saya, nampaknya Guan Eng masih lagi tidak sedar dan “buta” dalam isu pemberian wang sumbangan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Dia seolah-olah masih tidak jelas mengenai sensitiviti umat Islam yang tidak mahu dan enggan sekali-kali menerima wang dari sumber haram atau syubhah. Dalam ertikata lain, sumber pemberian atau sumbangan itu lebih diyakini jika bersumberkan dari sumber yang bersih dan meyakinkan.

Pada tahun sebelum ini, rahsian Guan Eng yang menerima wang dari sumber judi lumba kuda untuk diberikan kepada fakir miskin di negeri itu telah terbongkar.

Dalam sepucuk surat yang didedahkan di internet, jelas menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima sumbangan berjumlah RM500,000 dari sebuah pusat perjudian lumba kuda yang beroperasi di negeri itu.


Dalam surat tersebut, Setiausaha Sulitnya, Farida Hani M Yacob telah mengutus sepucuk surat kepada Pengurus Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di Batu Gantung, Leow Khin Ming, sebagai tanda “terima kasih” atas pemberian wang tersebut.

Atas sebab itulah para umat Islam di Pulau Pinang mengembalikan semula wang tersebut kepada Kerajaan pimpinan Guan Eng.

Di dalam diri umat Islam di negeri itu, tersemat prinsip tegas pada mereka bahawa biarlah mereka miskin dan hidup kekurangan asalkan darah daging mereka tidak dinodai oleh sumber haram yang akan dimamah api neraka di akhirat kelak.

Kerana itulah mereka memulangkan wang tersebut pada tahun sebelum ini dan ia tiada kena mengena dengan UMNO atau mana-mana dalang sekali pun.

Apa yang dilakukan oleh UMNO sebelum ini hanyalah membantu umat Islammengumpulkan kembali wang “haram” itu untuk dikembalikan kepada “Khalifah” junjungan PAS dengan mesej jelas bahawa umat Islam di negeri itu tidak “kebulur” dengan wang sumber yang syubhah tersebut.

Salahkah tindakan para pemimpin UMNO itu?

Berbanding pada tahun ini, tiada sebarang dakwaan pun yang menyatakan bahawa sumbangan yang mahu diberikan oleh Guan Eng itu berasal dari sumber yang haram. Tiada surat pun yang dibongkarkan yang menjadikan sumber wang tersebut sebagai “syubhah”.

Justeru itu, maka tiadalah sebarang masalah untuk umat Islam dan golongan “fuqara’ wal masakin” di negeri itu untuk menerima wang itu.

Jadi, kalau benar Guan Eng ikhlas dalam pemberian tersebut, tidak perlulah dia mengungkit kisah golongan warga emas yang mengembalikan wang yang diterima tahun lalu.

Dan tidak perlulah “Khalifah” PAS itu menyindir golongan warga emas dan umat Islam yang beratur di barisan hadapan untuk menerima sumbangan tersebut memandangkan mereka layak menerima hak mereka yang “dirompak” Guan Eng selama lebih 4 tahun sebelum ini.

Itu pun jumlahnya amat sedikit berbanding apa yang diberikan Guan Eng kepada “buah hati”nya.

Para umat Islam yang terdiri dari golongan warga emas, ibu tunggal dan kurang berkemampuan itu hanya menerima sebanyak RM100 untuk setahun dan cubalah bandingkan dengan wang sebanyak RM1.5 juta yang khabarnya digunakan untuk membiayai rumah mewah “Rainbow”!

Tidak perlu Guan Eng menghina umat Islam yang kurang bernasib baik itu kerana percayalah bahawa berkemungkinan kali ini adalah “kali yang terakhir” mereka menerima bantuan “seciput” itu dari tangan “kafir harbi” itu.

InsyaAllah, UMNO/BN akan kembali merampas negeri itu pada PRU ke-13 nanti…

Sumber: Mykmu.net

PANASSSS..!!! NI APA CERITA NI HAIRIE OTHMAN..?!!!


Menarik betul perangai "Leftenan Adnan"...Tak padan dari mai hulu Kedah nunnnn..heh! Baik sungguh budi bicaranya lepas masuk PAS...mungkin dia dah ditarbiyah Nik Aziz kot? Heh!

Cuba tengok kat atas tu...macam ni ke yang dikatakan "berhijrah ke arah Islam"? Heh!

Apa pendapat hangpa semua? Hairie Othman ni berhijrah ke arah Islam atau ke arah PAS? Aku rasa dia lebih berhijrah ke arah PAS kot nooooo..! Heh!


Lu pikir sendiri la "lefttenan Adnan" oiiiii..! Heh! Patut pun teruk dia kena balun dengan peminat!!! Heh!

PECAH REKOD..!!! PADERI GAY ANJUR MAJLIS RESEPSI DI MALAYSIA..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/

Nampaknya Ambiga, Marina Mahathir, Anwar Berahim dan sekutu-sekutunya boleh menarik nafas lega dan berbangga dengan paderi gay ni yang pecah rekod paling tak senonoh di Malaysia...

Paderi gay ni buat majlis resepsi lepas "kahwin" dengan "balak" dia kat KL..!!! Heh! Aku rasa depa jemput Ambiga, Marina dan Anwar..cuma mungkin depa "takut" nak pegi kot...! Takut media rakam gambar depa... Heh!

Aku nak tanya, zaman-zaman sebelum ni pernah ke berlaku perkara ni kat Malaysia? Tapi sejak Anwar, Ambiga dan konco-konconya mempromosikan LGBT, puak-puak kaum Nabi Luth AS ini makin berani "naik tocang" kat negara kita ni...

Tak boleh ke Paderi tu kahwin kat oversea je dan tak payah bawak masuk budaya paling buruk tu kat Malaysia? Malaysia kaya dengan budaya dan adab susila norma masyarakat bertamadun. Tapi dirosakkan oleh puak-puak macam ni...

Apa pandangan hangpa pulak? Heh!

Paderi Gay Anjur Majlis Resepsi Kahwin


KUALA LUMPUR – Paderi gay rakyat Malaysia yang ‘berkahwin’ dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini.

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

”Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,” kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia ‘mengahwini’ Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.

”Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.

”Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,” katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay.

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin. – AGENSI

LAWAK PAGI INI...POK NIK PAKSA RAKYAT KELANTAN BERTAYAMMUM DI BULAN RAMADHAN...


Ni la nasib rakyat Kelantan...sampai ke tahap terpaksa tayammum..??? Heh!

Parah tu bebbbbb..!!!

Ni baru kes nak mandi...kalau kena kes nak buang air besar camana pulak tu ek?

Serius aku malas nak pi Kelantan lepas ni...heh!

Naya wooooo..!!! Aku tak rela pakai tisu macam Guan Eng tuhhhhh...!!!! Heh!

Tuesday, August 7, 2012

PERGGHHH..!!! FESYEN ARTIS KITA BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADHAN..!!! MELETOPPPP..!!!


http://dukeofumno.blogspot.com/
Yang ni bajet paling meletop..!!! Baju dia boleh buat langsir..!!! Heh!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Erra masih mengancam..lebih mengancam kalau pakai tudung..kan?kan?kan?
http://dukeofumno.blogspot.com/
Ni artis baru yang kecoh gaduh hari tu...gaduh lagi ke bulan Ramadhan ni?

http://dukeofumno.blogspot.com/
Yang ni aku tak tahu fesyen berbuka puasa jenis apa...heh! Sorry yek!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Memang cunnn..!!! Tapi tu la dik...kalau kawan dengan abang dah tentu abang suruh pakai tudung..! Heh!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Yang ni katanya dah bertunang...tunang tak marah ke tak pakai tudung?
http://dukeofumno.blogspot.com/
Ada member aku sorang tu minat betul dengan Amy Mastura ni..Tapi pasal dia tak pakai tudung..member aku cancell masuk minang artis nih...! Heh!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Alamakkk...aku memang minat kat minah ni..tak makan tua bebbb..!!! No komen..tetap kena tutup aurat..heh!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Bro...aku tau la ko hensem sikit je lebih dari aku...tapi tarbiyah la sikit minah sebelah tu pakai tudung bro..berani?
http://dukeofumno.blogspot.com/
Errrr..Marsha ni Islam gak ke? Bukan apa...seksinya sebelum ni lain macam bebbb..!!! Kalah artis hollywood..!!!

ehhhhh…..lupa pulak sorang lagi, ‘scroll’ ke bawah ye……
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
JENG JENG JENG!!!!!!
http://dukeofumno.blogspot.com/
Yang ni hero mana lak nihhh..!!! Adeh...dah masuk PAS ke belom?

HIKAYAT MP KUALA PENGAT: HALAU ISTERI SEBAB DAPAR "BUMPER BARU"..!!!?



Korang tahu tak kes ADUN Kuala Langat yang dikatakan dah dapat "bumper baru" dan dia buang "bumper lama" macam kucing kurap? Aku dengar, cerita tu dah "difilemkan"...!!! Heh!

Macam drama swasta pulak aku dengar cerita ni. Aku tak sure betul ke tidak tentang cerita tu...tapi video kata atas tu memang best...lawak pun lawak...ada ke patut dia pakai name tag "Ahli Parlimen Kuala Pengat"..!!!

Sinopsis cerita sebenarnya dikatakan begini...
Pada 22 Julai lalu, seorang wanita berusia 48 tahun telah membuat laporan polis apabila dia telah dihalau oleh suaminya.

Maka, isu tersebut mula tersebar luas apabila wanita tersebut rupanya isteri kepada Ahli Parlimen (PKR) Kuala Langat, Abdullah Sani Abd Hamid.

Wanita tersebut yang tiba di Hentian Bas Klang Sentral mendakwa suaminya telah menghalaunya dan tidak membenarkan dia pulang ke rumah kediaman mereka di Banting, Selangor.

Si suami juga memberi amaran kepada anak-anaknya supaya tidak mengambil ibu mereka di hentian bas berkenaan.

Tambah tragis, kejadian itu berlaku pada sambutan awal Ramadhan yang lalu.

Lantaran dari kejadian itu, adalah pihak yang rajin membuat klip mengajuk (parody clip) berkenaan isu itu.

Perasaan penulis bercampur baur ketika melihat klip tersebut.
Rasa kasihan pun ada terhadap wanita tersebut.

Namun seperti ada sedikit unsur jenaka apabila pihak ketiga (yang didakwa isteri kedua) muncul dalam klip berkenaan.

Wanita yang mendakwa sebagai isteri kedua itu pandai memainkan watak sebagai ‘orang ketiga’.
Turut mencuit hati penulis apabila si pelakon lelaki sentiasa memakai tanda nama ‘Ahli Parlimen Kuala Pengat’. - Mynewshub.my

KALAU KHALID TAK RASA APA-APA DENGAN ARTIKEL NI MAKA DIA BUKAN MANUSIA LAAA...


Adehhhh..!!! Memang pedih siottt..!!! Kalau aku jadi Khalid Gagap...dah tentu dah letak jawatan dahhh... Pedih giler kena bantai.. Apatah lagi yang bantai tu bukan calang-calang orang! Heh!

Dah la nak mengurus pun gagal...apatah lagi nak membina! Adusssss..!!! Panas telinga bebbbb!!! Aku harap Khalid Berahim ni sedar la diri tu sikitttt... Heh! Err..dia akan sedar diri ke? Heh!

Mengurus Pun Gagal, Apa Lagi Mahu Membina

1. Apabila terlalu banyak bercakap bohong akhirnya realiti akan menghukum kita. Inilah yang berlaku dalam kontroversi kerugian Universiti Selangor (Unisel). Isu ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana ia telah beberapa kali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sejak setahun yang lalu. Namun setiap kali dibangkitkan isu ini, kerajaan negeri tampil menafikan.

2. Yang terbaru dalam sidang Dewan yang lalu, ADUN Permatang, YB Sulaiman Abdul Razak membangkitkan keadaan Unisel yang makin layu dan mengalami penyusutan pendapatan. Menurut Sulaiman, pendapatan Unisel menyusut daripada RM 94.4 juta pada 2008 kepada 93.51 juta (2009) dan RM 75.48 juta (2010). Amatlah menghairankan ketika kerajaan Negeri menafikan kemerosotan pelajar, pendapatan pula merosot. Bukankah kenyataan ini sangat kontradik?

 3. Masalah Unisel bertambah sukar apabila kos pengurusan meningkat begitu besar RM 93.97 juta pada 2008, 106.13 (2009) dan RM 113.11 juta pada 2010. Khalid perlu menjawab kepada umum mengapa kos pengurusan meningkat sedemikian rupa tanpa pengingkatan yang signifikan kepada pendapatan Unisel.  4. Pelajar meningkat, pendapatan berkurangan, kos pengurusan meningkat! Apa sebenarnya yang berlaku kepada Unisel di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat? Unisel adalah institusi pendidikan tinggi swasta yang sewajarnya ditadbir secara efisyen dan mengikut logik ekonomi. Namun apa yang berlaku sekarang sangat huru-hara dan tidak mencerminkan pengurusan ekonomi yang efektif oleh kerajaan negeri dan pengurusan Unisel.

5. Kenyataan Menteri Besar bahawa masalah Unisel berpunca daripada isu Build–operate–transfer (BOT) hanya satu lagi jalan "mengkambinghitamkan" orang lain untuk mengelakkan masalah sendiri.


6. BOT merupakan satu inisiatif bagi membolehkan Unisel berkembang dengan lebih pantas tanpa menunggu mempunyai wang sendiri untuk membina asrama dan infrastruktur kemudahan pelajar. Dalam konsep BOT, pada akhir konsesi, bangunan dan infra yang dibina menjadi milik Unisel sepenuhnya.


7. Konsep ini diluluskan setelah pelbagai pihak termasuk bank yang memberi pinjaman kepada projek ini mempunyai keyakinan ia berdaya maju. Ini termasuk keupayaan asrama untuk menghuni jumlah tertentu pelajar untuk membolehkan ia menampung kos pembinaan bangunan.


8. Hari ini jika Unisel gagal menjelaskan hutang kepada konsesi maka jelas sekali mereka gagal menguruskan perkembangan Unisel seperti yang dirangka oleh kerajaan BN sebelum ini. Apabila Pakatan mengambil alih Kerajaan segala-galanya telah tersedia. Tidak perlu lagi memikirkan sebarang idea atau mencari jalan membinanya. Malangnya, untuk menguruskan pun mereka tidak mampu.


9. Lebih aneh, yuran penginapan pelajar dikutip tanpa sesen pun dikurangkan tetapi pihak yang menguruskan asrama tidak pula mendapat bayaran. Ke manakah perginya wang yang dibayar oleh penghuni asrama?


10. Agaknya pengurusan Unisel pun sudah pandai melakukan "round-tripping" seperti boss mereka. Pemimpin Yang Patut Jadi MB Selangor (Pilihan Tun M!)

TAZKIRAH 10 MINIT SEBELUM BERBUKA: USTAZ KAZIM BIDAS MUFTI HARAMKAN BUFFET IFTAR DI HOTEL



Aku tak la pandai sangat ilmu agama ni. Tapi rasanya alhamdulillah, setakat nak jadi "khalifah" untuk "qaaid" bacaan tahlil tu insyaAllah aku boleh buat...

Tapi, pada padangan aku mengenai hujah Ustaz Kazim  pasal berbuka di hotel ni, aku setuju dengan hujahnya yang mempunyai asas atas dasar "maqasid syariah" yang berpaksikan "masolih mursalah" yang bernas...

Bukan la aku nak nafikan fatwa (fatwa tu maknanya pandangan/pendapat) Mufti. Tapi dari sudut fiqh, adalah biasa bagi mana-mana ulama itu berselisih pendapat dengan hujah masing-masing selagi tidak bersalahan dengan sumber Al-Quran, Hadis, Qias atau Ijma'...

So, ada sesiapa yang dah pergi berbuka di hotel dengan buffet mahal? Aku belum mampu lagi... Errr...ada sesapa nak belanja aku berbuka kat hotel tak? Heh!

P/s: Teringin...tapi sedar diri tak mampu dan bersyukurlah dengan apa yang ada...heh!

APAKAH HUBUNGAN PAS DENGAN DAP & PKR SEJAJAR "MASOLIH MURSALAH" BER"MAQASID SYARIAH" YANG SEBENAR..?

perpaduan ummah

Selalunya saya akan bertadarrus di sepanjang bulan Ramadhan pada setiap tahun dan ada kalanya saya sempat khatam Al-Quran sebanyak dua kali. Namun pada tahun ini saya amat tertarik dengan firman Allah SWT mengenai perpaduan umat Islam.

Boleh dikatakan bahawa lebih dari 10 ayat dari pelbagai surah di dalam Al-Quran yang saya baca menyeru umat Islam supaya bersatu padu di dalam muamalah kehidupan yang berpaksikan kepada Islam, termasuk firman Allah yang tersohor dibaca pada Surah Al-Imran.

Dalam kata lain, nas-nas yang jelas di dalam Al-Quran itu merupakan dalil naqli yang tidak mampu disangkal oleh mana-mana dalil yang berdasarkan logik akal atau aqli.

Bagaimanapun, ulama silam menggariskan bahawa harus hukumnya untuk menjalinkan kerjasama politik dengan organisasi kuffar dengan syarat ia bersumberkan “Istislah” atau  “Masolih Mursalah” yang diwajar dari sudut “Maqosid Syariah”.

Bagi yang kurang memahami istilah “Istislah”, ia merupakan salah satu cabang muamalah Islam berkenaan memulihkan sesuatu ke arah yang lebih baik atau memulihkan sesuatu yang tidak wajar dengan cara yang berhikmah.

Manakala “Masolih Mursalah” pula adalah satu bentuk hak untuk memilih tentang sesuatu yangmewajar mengikut kesesuaian bagi ummah mendapatkan sesuatu yang memberi manfaat kepada Islam.

Misal bagi kedua muamalah tersebut ialah mengenai jalinan kerjasama politik di antara UMNO dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA atau MIC yang memberikan kelebihan dam keuntungan yang jelas terhadap Islam.

Dalam ertikata lain, hubungan atau kerjasama UMNO di dalam BN adalah sejajar dengan garisan “Maqosid Syariah” berdasarkan muamalah “Istislah” atau “Masolih Mursalah”.

Persoalannya, apakah tindakan PAS menjalinkan hubungan politik dengan DAP dan PKR itu boleh dianggap sebagai satu tindakan yang dibuat berdasarkan “Istislah” atau “Masolih Mursalah” yang bertepatan dengan “Maqasid Syariah”?

Untuk menepati ciri-ciri hubungan politik dengan golongan kafir yang diharuskan Islam, PAS perlu memastikan agar jalinan mereka dengan sekutu-sekutu politik mereka itu memberikan kelebihan kepada Islam.

Namun secara realitinya sejak bergabung di dalam Pakatan Haram pada tahun 2008, apakah PAS boleh dikatakan “dominan” dan berjaya menjadi tunjang dalam perlaksanaan dasar-dasar Islam di dalam pakatan tersebut?

Di sepanjang lebih 4 tahun bersama DAP dan PKR, PAS telah kehilangan perjuangan asal parti itu di mana perjuangannya untuk menubuhkan sebuah “Daulah Islamiyyah” atau Negara Islam terpaksa dilupakan begitu saja.

Begitu juga dengan perlaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS sejak sekian lama juga terpaksa dibuang dari perjuangan parti itu.

Mengapa PAS bertukar arah perjuangan dengan meninggalkan kedua perjuangan asal yang menguntungkan muamalah Islam itu?

Sudah tentu kerana DAP dan PKR yang membantah kedua-dua dasar asal perjuangan PAS itu, bukan? Baru disebut soal penubuhan Negara Islam dan Hudud, PAS dibalun habis-habisan oleh DAP, dan PKR pula memberikan sokongan penuh kepada DAP.

Jelaslah di sini bahawa PAS gagal mempertahankan kepentingan perjuangan Islam yang selama ini diperjuang oleh parti itu sejak sekian lama. Hanya kerana jalinan politik dengan DAP dan PKR, PAS mengenepikan kepentingan “Maqasid Syariah” di dalam hubungan tersebut dan merugikan Islam!

Padanlah dikatakan kini bahawa PAS semakin hilang sokongan dari golongan pro-ulamanya di mana pak-pak lebai PAS ini lebih gemar menyendiri dan enggan lagi aktif di dalam PAS, serta membiarkan parti itu didominasi oleh golongan Anwarinas yang baru nak kenal agama…

Golongan pro-ulama PAS ini dikatakan mengambil sikap “mufaraqah” dari parti tersebut memandangkan tindakan kepimpinan parti itu sendiri yang lari dari “Maqasid Syariah” dengan menjalinkan hubungan dengan “syaitan”.

Mungkin Nik Aziz sebelum ini melaungkan mengenai istilah “tahaluf siyasi” untuk menjustifikasikan tindakan bersekutu dengan kafir harbi dan agen Yahudi itu.

Namun, atas dasar “tahaluf siyasi” jenis apa mewajarkan PAS bersekutu dengan DAP dan PKR? Apakah PAS “buta” tentang pengorbanan yang jelas merugikan maruah Islam disebabkan kepentingan sekutu-sekutunya itu?

Rasanya, fatwa Nik Aziz untuk berkawan dengan “syaitan” untuk menumbangkan UMNO merupakan satu fatwa karut marut yang bersumberkan nafsu politik yang merugikan umat Islam di seluruh negara.

Sebaliknya, tidakkah Nik Aziz dan Abdul Hadi terfikir tentang keuntungan yang bakal dikecapi oleh Islam jika PAS bergabung bersama di dalam payung BN? Atau para pucuk pimpinan PAS begitu rendah Iqnya untuk memikirkan dan membuat perbandingan tersebut? Wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

PEDASSSS..!!! MANOHARAN LAMBANG DAP SEJATI..!!!

manoharan

Teruk juga ADUN Kota Shah Alam, M Manoharan yang mewakili parti chauvinis ultra kiasu DAP dibalun rakyat Malaysia dan para peminat sukan tanahair apabila dia mengutuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang berjaya meraih pingat perak di sukan Olimpik, semalam.

Dalam kenyataan Manoharan di laman sosial Twitternya berkenaan kekalahan Chong Wei kepada seteru utamanya dari China, Lin Dan, dia kelihatan bersahaja mempersenda nama bintang badminton negara itu dengan ejekan yang tidak wajar – Lee Chong “AWAY”.

Manoharan kemudiaannya memuja-muji Lin Dan yang dikatakan bergaya dan moden ekoran pemain badminton ternama negara Tembok Besar itu bertatoo di tubuhnya. Kononnya gaya itu “moden” pada pandangan pemimpin DAP itu.

Yang jelas, Chong Wei yang mungkin tersinggung dengan “tweet” dari Manoharan itu selamba menjawab, membalas kenyataan Manoharan itu, “Ya, ya, orang Cina tinggal dalam hutan,”!

Lebih teruk lagi, ADUN DAP itu mempolitikkan kekalahan Chong Wei dengan menyatakan bahawa Malaysia hanya akan berjaya mendapat pingat emas sukan Olimpik selepas Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya. Kononnnn..!!!

Gara-gara sikap melampau itulah Manoharan dikutuk habis-habisan oleh seluruh rakyat Malaysia dan tindakan mengecam Ahli Parlimen DAP itu dilihat hampir-hampir membuat dia terduduk bisu seribu bahasa sehingga kini.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pakatan Haram seperti ADUN Subang Jaya (DAP) Hannah Yeoh, dan ADUN Seri Setia (PKR) Nik Nazmi cepat-cepat cuba “cover line” dengan bertindak seolah-olah mereka marah dengan kenyataan Manoharan.

Pada pandangan saya, insiden Manoharan menghina Chong Wei ini adalah bukti jelas tentang sikap sebenar puak-puak Pakatan Haram, khususnya DAP, yang mengamalkan fahaman rasis yang tebal di negara ini.

Bukan sekadar tidak menunjukkan semangat kesukanan, pemimpin DAP itu juga tidak mempunyai ciri-ciri nasionalisma atau sifat cintakan negara apabila dengan mudah memperlekeh seorang rakyat yang mengharumkan negara di bidang sukan tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, sikap buruk Manoharan itu diperlihatkan secara terbuka di laman sosial utama di mana ia mampu memburukkan imej Lee Chong Wei dan Malaysia di mata umum di seluruh dunia.

Sekiranya anda di tempat Chong Wei ketika itu dan membaca kenyataan Manoharan di twitter tersebut, apakah yang anda rasa?


Dalam keadaan tertekan, perit kerana kalah kepada musuh utama dan terlalu kecewa mengimpikan emas Olimpik sulung negara, apakah tindakan yang paling wajar untuk anda balas terhadap kenyataan kurang ajar Manoharan itu?

Saya percaya, jika Mahfuz Omar atau Mat Sabu di tempat Chong Wei, silap-silap mereka sepantas kilat akan pulang ke Malaysia malam itu juga dan tanpa perlu membalas di Twitter, mungkin mereka akan tampar muka Manoharan setibanya mereka di tanahair.

Apa perlunya Manoharan mempolitikkan kekalahan Chong Wei dan kilauan emas di Olimpik untuk Malaysia sekiranya Pakatan Haram menjadi Kerajaan?

Apakah Manoharan fikir bahawa perubahan politik mampu menjamin pingat emas Olimpik untuk Malaysia?

Kepada Hannah Yeoh dan Nik Nazmi pula, tak payahlah cuba “cover line” berhubung kebodohan dan kebiadapan Manoharan itu. Apa kurangnya mereka berdua yang selama ini lebih teruk mempolitikkan sesuatu isu yang tidak wajar.

Pada saya, Manoharan perlu meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Lee Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia, serta mengakui bahawa dia sememangnya celupar, tidak mempunyai semangat kesukanan dan memang tak layak jadi pemimpin!

Atau lebih tepat lagi kalau Manoharan bersara saja dari politik dan pulang ke negara asalnya, itu yang terbaik, kan?

Sumber: Mykmu.net

MESTI BACA..!!! KORANG FAHAM KE KRISIS AIR SELANGOR..?!


1. Banyak spekulasi telah dibuat mengenai isu air di Selangor.

2. Ada yang mengatakan bahawa benar, sedang berlaku satu krisis air yang agak kritikal. Ada juga yang mengatakan bahawa ia cuma satu permainan politik untuk menggagalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim.

3. Tetapi setelah mendengar sendiri penjelasan yang dibuat oleh pihak Puncak Niaga dan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat, banyak pencerahan dapat dibuat dan dikenal pasti.

Latar Belakang


4. Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi di bawah seliaan Puncak Niaga.

5. Mereka memproses air mentah untuk dijadikan air terawat supaya boleh digunakan oleh orang ramai.

6. Air yang diproses akhirnya akan dijual kepada pihak Syabas. Syabas pula akan menyalurkan air ini kepada isi rumah di kawasan-kawasan tertentu.

7. Loji Rawatan Air Sungai Langat memproses air untuk dibekalkan kepada kawasan Selatan Selangor termasuk Kuala Lumpur.

8. Loji ini secara rekabentuknya mampu memproses 386 MG (million gallon) setiap hari. Tetapi kini beroperasi sehingga 460-470 MG setiap hari, bermakna loji ini beroperasi pada tahap 121% keupayaan.





Krisis Air

9. Krisis air ini berlaku apabila loji ini tidak dapat memenuhi permintaan pengguna atas dasar kapasiti sudah mencapai tahap maksima.

10. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat ini juga menyebabkan kadar penggunaan air bertambah dari masa ke semasa

11. Kadar pertambahan penduduk menyebabkan kadar penggunaan air juga bertambah.

12. Dengan kapasiti yang sedia ada, penggunaan air semakin tinggi tetapi prasarana masih pada keadaan 3, 4 tahun yang lampau.

13. Antara tugas Syabas adalah untuk menasihatkan kerajaan negeri tentang krisis air 3 TAHUN sebelum berlakunya krisis tersebut.

14. Permohonan telah dibuat oleh Syabas dan sudahpun diluluskan oleh kerajaan pusat tetapi belum diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini. Untuk membolehkan loji baru dibina memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri.

Menjawab Spekulasi

Kenyataan I
"Air di empangan tinggi, mana ada masalah air!"
Jawapan
Air di empangan memang tinggi, tetapi masalah bukan bekalan air mentah, tetapi air terawat. Analogi mudah; sebuah ladang lembu mempunyai 5,000 ekor lembu tetapi tukang sembelihnya hanya ada seorang. Kemampuan untuk mengeluarkan daging ke pasaran terletak kepada tukang sembelih dan bukannya berapa banyak lembu yang ada.

Kenyataan II
"Sepanjang tahun hujan, bekalan air mesti mencukupi!"
Jawapan
Sekali lagi jawapan adalah sama seperti sebelumnya iaitu masalah bekalan air terawat. Dan tambahan lagi, sekiranya hujan lebat, loji tidak akan mampu memproses air tersebut kerana faktor kekeruhan yang tinggi. Pam loji akan rosak kerana kandungan lumpur yang terlalu tinggi untuk diproses sehingga memaksa loji perlu ditutup.

Kenyataan III
"Kita akan menggunakan air lombong!"
Jawapan
Masih lagi jawapan yang sama! Air lombong sekalipun, air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu dan perlukan loji untuk merawat.

Kenyataan IV
"Syabas menangguhkan bayaran kepada loji sebanyak RM 2 billion untuk mencipta krisis air!"
Jawapan
Loji ini sudahpun beroperasi pada tahap 121%. Dan semua air yang diproses dijual terus kepada Syabas. Tangki 4 iaitu di Balakong yang boleh memuatkan 4 MG habis digunakan. Apabila air di tangki tersebut sudah mencapai tahap 3-4 inci ataupun setinggi buku lali, tangki tersebut tidak lagi mempunyai tekanan yang cukup untuk menyalurkan air ke isi rumah. Setiap kali air sampai ke tangki 4 ini, habis terus digunakan.

Kenyataan V
"Kerajaan BN berpakat dengan Syabas untuk tutup bekalan air untuk mencipta krisis air!"
Jawapan
Sekiranya benar, maka loji air tersebut tidak perlu untuk memproses air pada tahap 121% keupayaan. Loji-loji air yang sedia ada sudahpun beroperasi lebih daripada kadar yang sepatutnya. Jika benar Syabas tutup bekalan air, maka melimpah-limpahlah air di setiap tangki simpanan air yang ada di seluruh Selangor.

Penyelesaian
1. Cara penyelesaian yang terbaik adalah dengan membina lebih banyak loji-loji rawatan air si sekitar Selangor.

2. Syabas sudahpun menasihatkan kerajaan negeri 3 tahun yang lalu tentang krisis air yang akan berlaku.

3. Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dipolitikkan oleh PKR dan perlu dibina segera untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pentingkan rakyat dan bukannya politik parti sahaja.

4. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor perlu faham dengan jelas krisis air yang dihadapi dan bukannya bercakap dengan sembrono sahaja.

5. Mengikut pandangan profesional dari Puncak Niaga sendiri, sekiranya keadaan ini tidak berubah dan tiada tindakan selanjutnya diambil, Selangor secara keseluruhannya akan mengalami masalah krisis air ini dalam tempoh 10-12 bulan lagi.

6. Masalah bukan tentang air banyak di empangan, tetapi air terawat yang dikeluarkan oleh loji!

Sumber: Truthvaccine

PANASSS..!!! ANAK MUDA DARI MESIR INI MENYESAL SOKONG AMBIGA..!!!

HASHIM NGAH

Agak menarik untuk mengulas mengenai seorang pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar, Muhamad Hasyim Che Ngah, yang menyesal dengan penglibatannya dengan himpunan Bershit 2.0 yang dianjurkan di Mesir pada tahun lalu.

Himpunan yang diadakan di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, itu disertai oleh beberapa pelajar Malaysia di universiti tersebut dan termasuk 9 orang pelajar yang mendapat tajaan pinjaman dari Yayasan Terengganu.

Hasyim juga tidak terkecuali telah menyertai himpunan “Ambiga” itu sehingga menyebabkan perjanjian pinjaman pengajiannya di situ telah dibatalkan oleh pihak Yayasan atas sebab melanggar kontrak kerana terlibat dengan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

Mendengar tindakan yang diambil terhadap Hasyim, PAS yang kononnya “prihatin” cepat-cepat mengambil kesempatan menyelar, mengutuk, mencaci dan memburuk-burukan Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu yang kononnya “zalim” terhadap para pelajar Malaysia di Al-Azhar…

Selepas puas mengutuk UMNO/BN, barulah PAS kemudiannya berjanji kepada pelajar-pelajar itu untuk menolong mereka mencari dana bagi membantu membiayai yuran dan kos sara hidup mereka sementara menghabiskan pengajian mereka di sana.

Menariknya, khabarnya PAS telah berjaya mengumpul sebanyak puluhan ribu ringgit dari ceramah-ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara bagi membantu para pelajar tersebut.

Dan sememannya melucukan apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Hasyim hanya menerima wang sebanyak RM50 sahaja dari puak-puak PAS..!!! RM50 sahaja? Biar betul..!

Dan kerana RM50 itulah Hasyim menyedari betapa teruknya perangai puak-puak Pakatan Haram, khususnya PAS, yang begitu mudah memanipulasi minda para pelajar Al-Azhar untuk menyokong mereka.

Apatah lagi apabila dia menerima tamparan hebat di mana PAS gagal menunaikan janji parti itu untuk membiayai kos pengajian dan sara hidupnya sehingga tamat pengajian di Al-Azhar.

Ditemani bapanya, Hasyim akhirnya terpaksa menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula oleh Yayasan Terengganu.

Mungkin memahami betapa mudahnya anak-anak Malaysia di luar negara yang tidak tahu apa-apa di luar sana dipengaruhi dakyah jijik pembangkang dan dengan ehsan bagai seorang “ayah kepada anaknya”, pinjaman tersebut diluluskan kembali.

Nak tahu berapa jumlahnya? Pinjaman yang diluluskan kepada anak muda “bekas” peserta Bershit itu berjumlah RM301,144 dan daripada jumlah itu sebanyak RM170,000 bakal digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup Hasyim di sana.

Paling pedih ialah puak-puak Pakatan Haram. Hasyim sendiri mengaku bahawa tindakannya menyertai Bershit 2.0 itu adalah satu tindakan yang sia-sia dan tidak bermanfaat untuk dirinya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab!

Apakatah lagi PAS yang sememangnya memalukan apabila gagal menunaikan janji membiayai dan membela nasibnya, serta dikatakan hanya menyumbang sebanyak RM50 sahaja!

Soalan “cepu mas” untuk dijawab oleh puak-puak PAS, ciri-ciri golongan apakah apabila mereka berjanji dan kemudiaannya mereka gagal serta tidak menunaikan janji tersebut? Ciri-ciri orang munafik atau ciri-ciri orang PAS?

Justeru itu, saya berpendapat supaya para pelajar Malaysia di luar negara agar tidak terlalu cepat terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan jahat para pemimpin Pakatan Haram yang berkunjung universiti-universiti mereka “menjual gula-gula racun berbisa”.

Mungkin para pelajar di luar sana agak terhad untuk mengetahuai cerita-cerita sebenar yang berlaku di tanahair, namun mereka sebagai golongan yang terpelajar, mampu berfikir dengan baik dan adil dalam tindakan sepatutnya memeriksa dulu “gula-gula” yang diberikan pembangkang.

Bukan apa, rakyat Malaysia di tanahair sudah jelak dan makin ramai yang sudah terkena “badi racun” yang diberikan oleh Pakatan Haram sehingga ada yang meraung hiba hampir tergadai punggungnya…

Apakah para pelajar di Al-Azhar mahu menerima nasib yang sama? Jika tidak, pandai-pandailah fikirkan yang terbaik demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini…

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI.. PAGI-PAGI LAGI ANWAR DAH MARAH PAK SAMAD JANGGUT...KESIAN...


Adehhhh..!!! Marah sungguh Anwar Berahim kat Pak Samad Janggut..!!!

Dia marah Pak Janggut sebab slogan merdeka Pakatan Haram tu menyokong gagasan Najib???

Ye laaa.."1bangsa, 1negara, 1jiwa" tu semuanya membawa pengertian 1Malaysia..!!!

Patutnya, Pak Janggut perlu fikir slogan yang lebih sesuai untuk Anwar...

Contohnya macam...

"Omega Merdeka" ke..."31 Ogos Omega" ke..."Chin Peng Wira Merdeka Omega" keee..

Slogan macam tu baru la Anwar sukaaaa..!!!

Monday, August 6, 2012

NELOOFA TUNJUK DADA DI BULAN RAMADHAN UNTUK HABIB JEWEL..?!!!


Aku hairan jugak dengan Neelofa ni. Setahu aku, Neelofa ni beragama Islam. Tapi dalam satu majlis baru-baru ni, selamba je dia pakai baju "ala-ala berkemban"..! Majlis tu dianjurkan oleh Habib Jewel..

Aku tak sure la sama ada majlis tu dibuat di bulan Ramadhan ni. Tapi kalau ikut gaya tu, bila disebut "baru-baru ni", maka berkemungkinan besar majlis tu diadakan di bulan Ramadhan..! Alaaa adik oiii...tak reti-reti nak hormat bulan Ramadhan ke..???!!!

Aku tahu la Neelofa ni cantik molek orangnya...elok paras rupa tubuhnya...tapi agak-agak la. Jaga la sikit pemberian dan kurniaan Allah tu. Mak bapak Neelofa ni tak ajar ke asas-asas agama tu sampai biarkan anak depa berpakaian macam tu?



Aku harap Neelofa berubah lepas ni. Bukan apa, kesian kat bapak dia tanggung dosa. Lagi pun, aku percaya Neelofa boleh berfikir dengan waras. Hari tu dia pegi umrah..boleh pakai elok-elok. Kenapa lepas balik umrah tak boleh pakai macam dia pegi umrah tu..?

Berubah la Neelofa ye. Tapi jangan la berubah macam Abby tu pulak! Abby tu bukan berubah, bukan berhijrah. Abby tu BERPOLITIK! Heh! Ikut la ajaran Islam sebenar...bukan ikut ajaran PAS PIS PUS..!!! Boleh Lofa..?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!