Sebagaimana maklum,
air merupakan satu elemen penting dalam kehidupan setiap kehidupan manusia.
Dalam Islam pula, air merupakan sesuatu yang amat penting membabitkan
kebersihan yang berkait rapat dalam soal ibadah.
Pada tahun 1998
dulu, Selangor sebagai negeri maju telah mengalami krisis air yang teruk.
Setelah masalah tersebut diatasi, satu kajian telah dibuat untuk memastikan
masalah tu tak berulang semula pada masa akan datang.
Kajian pada tahun
2000 menjangkakan Selangor akan mengalami krisis air yang teruk sekali lagi
pada tahun 2014 dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi dan permintaan
penduduk di negeri itu yang meningkat. Kilang dan penduduk makin ramai, dah
tentu la permintaan air meningkat jugak...
Jadi, Kerajaan time
tu dah plan awal-awal untuk atasi masalah ni dan pembinaan Loji Langat 2 adalah
langkah terbaik untuk mengatasi masalah tu...
Tiba-tiba,
“bunga-bunga” krisis air di Selangor bermula awal dari jangkaan. Beberapa
kawasan takde air dan banyak kawasan yang mengalami tekanan air rendah. Tapi
kerajaan negeri pimpinan Khalid Gagap pulak tak benarkan Loji Langat 2 tu
dibina...
Menghadapi
kedegilan dan kebebalan Khalid Gagap, serta berniat mahu menyelesaikan masalah
air yang dihadapi rakyat Selangor, Kerajaan Pusat terpaksa menggunakan cara
mitigasi di samping membekalkan air melalui lori-lori tangki air di
kawasan-kawasan yang terbabit.
Dalam masa yang
sama, Kerajaan Pusat berusaha untuk membina Loji Langat 2 tu dan baru-baru ini
mengumumkan sanggup memberikan geran khas kepada Kerajaan Pakatan Haram
Selangor untuk membina loji tersebut.
Kalau dibina Loji
Langat 2 tu, dijangka seluruh rakyat Selangor tidak akan mengalami masalah air
lagi buat jangka masa panjang.
Tapi, tahu tak apa
reaksi Khalid Gagap yang bahlol tu terhadap niat murni Kerajaan Pusat tu?
Khalid Gagap
selamba memperlekeh kenyataan Kerajaan Pusat yang menjanjikan pemberian geran tu.
Sedangkan dia takde langsung perancangan strategik untuk selesaikan masalah air
yang dihadapi rakyat! Tak malu betul! Orang nak tolong rakyat Selangor, dia
pulak yang jual mahal!
Katanya “tidak
ada yang percuma” memandangkan geran tersebut adalah “hasil
kutipan cukai rakyat dan dibayar dari awal. Selain tu, Khalid kutuk
pulak Kerajaan Pusat, “Ia menunjukkan beliau kurang faham tentang
belanjawan negara”, katanya...
Lebih bahlol lagi,
bila ditanya mengenai ratusan ribu rakyat Selangor yang menggunakan meter air
pukal yang tak dapat air percuma, Khalid tanpa rasa bersalah menyatakan bahawa “manifesto”
pasal Pakatan Haram nak beri air percuma di Selangor pada PRU ke-12 dulu tu BUKAN
JANJI!
“Abdul Khalid
berkata, manifesto bukanlah satu perjanjian,” – Sinar Harian, 30 Ogos 2012.
Apa yang Khalid
kecoh sangat pasal geran tu? Geran untuk Kerajaan Selangor bina Loji Langat 2
dari Kerajaan Pusat tu memang la duit rakyat. Tapi aku nak tanya Khalid, duit
yang Kerajaan Selangor yang dok bayar air percuma pada syarikat konsesi tu duit
sapa? Duit rakyat Selangor jugak, kan?
Jadi, apa salahnya
Kerajaan Selangor terima geran tu memandangkan duit rakyat dari Kerajaan Pusat
tu digunakan untuk rakyat jugak, khususnya rakyat negeri Selangor! Khalid tak
sayang rakyat Selangor ke? Atau dia sengaja nak susahkan hidup rakyat Selangor?
Berkenaan dengan
manifesto pada PRU ke-12 tu, aku nak tanya, selama ni apa ertinya “manifesto” Pakatan
Haram pada setiap PRU?
Manifesto tu
setakat kata-kata kosong Pakatan Haram untuk beli undi rakyat ke? Kata nak
tunaikan manifesto, tapi sekarang dia kata manifesto tu bukan janji pulak! Apa
yang dia putar alam sangat nih?
Bagi setiap
individu beragama Islam, setiap katanya mesti dikota. Kalau Khalid Gagap fikir
manifesto tu bukan janji, tapi kata-kata manifesto tu keluar dari mulutnya.
Jadi, dia mesti kotakan apa yang dia kata..!
Menurut hadis
Rasulullah SAW, golongan manakah yang “berkata-kata tapi tidak mengotakan
kata-katanya” itu. Itu golongan munafik “al-kazzab” yang gemar menipu namanya!
Apakah Khalid boleh dikategorikan sebagai sebahagian dari gologan tersebut?
Apa yang Khalid
takut sangat dengan Loji Langat 2 tu? Dia kecoh dok canang “air percuma”. Tapi
apa gunanya air percuma kalau rakyat takde air kat rumah diorang?
Lagi pun, dia hanya
beri air percuma tu kat rumah-rumah orang-orang kaya yang dok di rumah-rumah
banglo, semi-d, teres dan kondo-kondo mewah yang pakai meter air persendirian.
Rakyat
berpendapatan sederhana dan miskin yang tinggal di rumah-rumah flat, rumah
panjang dan pangsapuri macam “Mentari Court” tu tak dapat pun air percuma. Kena
bayar penuh! Adil ke macam tu? Khalid ni dari Parti Ke“TIDAK”adilan Rakyat ke?
Atau Khalid takut
kalau dia terpaksa bayar lebih kepada syarikat konsesi air selepas Loji Langat
2 dibina? Menurut rekod, Kerajaan Khalid Gagap bayar RM68.7 juta (2008),
RM131.5 juta (2009), RM136.2 juta (2010), RM140.7 juta (2012) dan RM47.8 juta
pada tahun ni.
Semua sekali Khalid
bayar sebanyak RM524.9 juta untuk air percuma tu! Kalau Loji Langat 2 tu
dibina, dah tentu Khalid terpaksa bayar lebih banyak untuk dasar “air percuma”
tu kan? Duit yang dia guna nak bayar “air percuma” tu duit bapak dia ke?
Sudah-sudah la
Khalid oii..!!! Kerana politik, Khalid ketepikan kepentingan asas hidup rakyat
di Selangor. Tak payah la nak menganiaya rakyat Selangor lagi. Lain la kalau
Khalid nak sangat tengok Pakatan Haram kalah di Selangor pada PRU ke-13
ni..kan? kan? kan?