Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 4, 2012

TAZKIRAH 10 MINIT : BERTARAWIKH PUKUL 4 PAGI...APA HUKUMNYA?



Semalam kita dan mula dengan siri pertama tazkirah 10 minit mengenai puasa, solat terawikh dan digigit jin dari Ustaz Kazim Elias... 

Hari ni kita sambung siri yang kedua... 

Siri ni mengandungi sebanyak 8 siri semuanya dan akan disiarkan di sini secara berterusan selama 8 hari bermula semalam... 

Semalam, 88 orang mengikuti tazkirah pertama...hari ni berapa orang pulak? Heh!

PEDIHHHH..!!! AKHIRNYA DIA MENGAKU KALAH TERKULAI DI KAKI KARPAL...


AKHIRNYA dia mengaku kalah. 

Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi tunduk “kow tow” kepada Karpal Singh dan DAP yang menentang habis-habisan pelaksanaan hukum hudud ciptaan PAS.
Dalam kenyataan terbarunya, Nasrudin mengaku bahawa DAP tidak dapat menerima hudud walaupun sudah berkali-kali berbincang dengan kepimpinan dan para ulama PAS mengenai perlaksaan hukum tersebut.

Namun, Nasrudin menegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hukum tersebut sekiranya diberi mandat majoriti untuk menjadi kerajaan, sekaligus mengenepikan bantahan DAP yang menjadi sekutunya sejak 2008 itu.

Nampaknya, ternyata PAS kini dikuasai sepenuhnya oleh DAP dan partinya hanya dilayan bagai parti kelas bawahan di dalam gabungan pembangkang itu.

Itulah fakta terkini kedudukan PAS di dalam Pakatan Haram yang dibangga-banggakan sebelum ini.
Kononnya PAS parti dominan? “Dominan” apa kalau tiada satu pun dasar perjuangan PAS diterima oleh DAP dan PKR? Malah dasar perjuangan utama PAS seperti hudud pun boleh diketepikan.

Pada pandangan saya, PAS sebenarnya tersalah pilih kawan. Dia fikir dia boleh “menjinakkan” kafir harbi, tapi sebaliknya PAS sendiri yang “dijinakkan” oleh parti chauvinis ultra kiasu dan agen Yahudi itu.

Ketika PAS bercadang mahu bergabung dengan DAP dan PKR pada tahun 2008 dulu, parti itu begitu riak dan takbur menyatakan bahawa gabungan pembangkang itu dibuat atas dasar yang ikhlas dan “satu hati”.

Malah Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat begitu bongkak menegaskan bahawa PAS sanggup dan lebih rela berkawan dengan syaitan untuk menumbangkan UMNO/BN di persada politik negara.

Setelah diuji Allah dengan beberapa kemenangan di peringkat negeri pada PRU ke-12, PAS kemudiannya begitu optimis menyatakan bahawa mereka akan berdakwah kepada DAP untuk menerima syiar Islam dan membentuk sebuah kerajaan Islam.

Di Pulau Pinang, PAS pernah menimbulkan dakwaan bahawa Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang dianggap sebagai “Khalifah Umar Abdul Aziz” itu bakal memeluk agama Islam dalam masa terdekat setelah menerima dakwah PAS.

Padahal,Guan Eng makin hari makin teruk menekan umat Islam di Pulau Pinang dan menjalankan dasar chauvinis ultra kiasu dengan mengenepikan kepentingan bangsa Melayu dan masyarakat berbilang kaum di negeri itu.

Itu termasuklah tindakannya yang cuba menghalang ahli perniagaan Melayu Muslim terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dari mengambil alih Penang Port.

Kemudian, pada muktamar PAS yang lalu, PAS mengejutkan golongan ulamanya dengan mengumumkan pembatalan perjuangan menubuhkan kerajaan Islam dan menggantikannya dengan kerajaan kebajikan.

Hudud pula turut dibatalkan apabila DAP bermati-matian menolak hukum tersebut sambil disokong penuh oleh PKR yang menyebelahi DAP dalam hal ini.

Persoalannya, apakah PAS kini masih lagi mahu menegakkan benang yang basah?

Begitu ramai umat Melayu Islam yang dapat melihat dengan jelas, termasuk para penyokong PAS sendiri yang mengakui bahawa PAS kini dibawah telunjuk DAP dan PKR di dalam ikatan gabungan pembangkang itu?

Bagaimana lagi PAS mahu menipu diri sendiri? Takkanlah mahu terus meletakkan PAS di dalam keadaan begitu yang mampu merosakkan masa depan PAS?

Sewajarnya PAS bermuhasabah mengenai kedudukannya di dalam Pakatan Haram. Di Perak misalnya, keghairahan Nizar Jamaluddin yang dikawal bagaikan boneka oleh DAP begitu terserlah sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati para penyokong PAS di negeri itu.

Malah di beberapa kawasan, para pemimpin PAS dan ahli-ahlinya setuju melabelkan Nizar sebagai liabliti kepada PAS Perak dan tidak lagi menyokong bekas Menteri Besar itu pada masa akan datang.

PAS harus memperbaiki reputasinya dengan bermufaraqah keluar dari gabungan Pakatan Haram untuk berdiri sendiri sebagai entiti parti berasingan atau bergabung bersama BN untuk menjadi “check and balance” di dalam parti pemerintah itu.

Saya percaya, tindakan menyendiri atau bergabung dengan BN lebih disokong oleh ramai umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini sebagai lambang perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu yang akan menggerunkan mana-mana pihak yang mahu memijak agama Allah dan bangsa bumiputera di negara ini.

Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku, PAS…

Sumber: Perak Today

LAWAK PAGI INI...PEPAGI BUTA ANWAR BUAT LAWAK...! HEH!


Anwar merajuk..!!! Cuba tagih simpati rakyat untuk menang pada PRU ke-13...

Kononnya, kalau dia dan Pakatan Haram kalah, dia akan bersara serta merta...heh!

Dia tak tahu ke berapa ramai yang melompat gembira kalau dia resign sekarang...?

Dia tak tahu ke orang-orang dia sendiri seronok gila kalau dia resign? Heh!

Siap buat banner awal wehhhh..!!!

BREAKING NEWS..!!! UPIN & IPIN MASUK PAS..???!!!



Sebagaimana maklum, ikon kartun kanak-kanak Upin & Ipin sememangnya menjadi satu fenomena di negara ini. Namun bagaimana jika ikon itu dikaitkan dengan agenda POLITIK..? Heh!

Setahu aku, Upin & Ipin ni diterbitkan oleh syarikat penerbitan animasi, Les' Copaque Sdn Bhd. Persoalannya, bila pulak Upin & Ipin ni masuk PAS? PAS dah beli ke hak penerbitan Upin & Ipin dari Les Copaque?

Jadi, aku menggesa Les Copaque untuk tampil beri penjelasan mengenai perkara ni. Kalau tak betul Upin & Ipin dah jadi "balaci" PAS, sila saman PAS segera. Segala bukti dah ada kat atas...

Bukan aku jeles tak kena gaya. Tapi aku rasa, biarlah Upin & Ipin yang menjadi ikon kebanggaan negara ni tidak diambil kesempatan mana-mana pihak untuk dipolitikkan...tak sesuai..heh!

Friday, August 3, 2012

VIDEO 18SX OPS MAKSIAT BULAN RAMADHAN..!!! KHALID BAKAL DIMAKI RONNIE LIU..???



Perghhh..!!! Mengamuk la Ronnie lepas nihhhh...!!! Abih laaaa Khalid Gagap kena maki...heh!

Bila orang kata Selangor dah jadi pusat maksiat, depa nafikan...

Sama la macam kat Kedah ni....

Bila kami kata Kedah Sejahtera dah jadi "mini Danoq", ramai yang kata kami bohong..!!! Heh!

Ingat kami tak tau dosa pahala ke? Well...tunggu je la...lepas ni ada pendedahan lagi...

Kali ni...memang pedas dan panas pungkoq la puak-puak PAS..!!! Heh!

Tunggu pendedahan dari aku dan TMK yang seterusnyaaaa..!!! Heh!

TAZKIRAH 10 MINIT SEBELUM BERBUKA PUASA...14 RAMADHAN 1433H



Tazkirah ni hanya memakan masa 10 minit saja.. Tak rugi kalau luangkan masa 10 minit mendengar dan menimba ilmu dari tazkirah bermanfaat ni, kan? 

Semoga kita semua dapat keberkatan dariNya... 

"Talabul ilmi fariidhatun 'ala kulli muslimina wal muslimat..." 

Sambungan tazkirah ini akan disambung esok...insyaAllah...

PENGUMUMAN: TAZKIRAH 10 MINIT SEBELUM IFTAR DI BLOG INI SETIAP HARI...


Sukacita aku nak maklumkan kat sini, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, blog aku ni akan menyiarkan siri-siri tazkirah ringkas yang mencuit hati..!!! Memang rugi kalau tak ikuti tazkirah ni...

InsyaAllah...semua tazkirah tu takdak bentuk politik..semuanya adalah berkenaan Islam sebenar...

Waktu siarannya ialah pada 7.20 malam setiap hari...lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu berbuka...jadi masa dok tunggu masuk waktu iftar tu...rasanya dapat jugak ilmu dan pahala dengan menimba ilmu dari siri tazkirah ni...insyaAllah...

Jadi, aku harap para pengunjung setia blog aku ni ambil kesempatan untuk menuntut ilmu melalui siri-siri tazkirah ni...aku dedicate khas untuk seluruh umat Islam di dalam dan di luar negara...

Aku fikir, kalau sambutan bagus, aku akan teruskan siri-siri tazkirah ni sampai bila-bila dan tidak terhad pada bulan Ramadhan saja...semoga kita semua dapat manfaat darinya, Aminnnn...

PERINGATAN UNTUK SANUSI SETPOL MB SEBELUM PI SOLAT JUMAAT...HEH!


Sebelum aku nak pi solat Jumaat hari ni, aku saja nak ingatkan SANUSI SETPOL pasal kontrak dan projek mewah yang diberikan pada adik beradik terdekat MB Kedah...

SANUSI dah jumpa ke belum file projek tu? Dah jumpa? Projek yang mana satu tu SANUSI?

Bila nak dedahkan? Berani tak dedahkan? Heh!

Bukan apa...kalau SANUSI tak mau dedah...aku akan dedahkan dokumen-dokumen tu...tapi bukan sekarang la....lepas raya 6...heh!

Saja ja aku nak tengok SANUSI ni jenis bacul atau tidak...SANUSI ni jenis bertanggungjawab atau tidak kat boss dia...heh!

BREAKING NEWS PENTING..!!! INILAH WAJAH KANAK-KANAK MATI DIDERA..TOLONG SEBARKAN...

Astaghfirullahil Azim...sebak aku tengok wajah kanak-kanak yang dah jadi mayat ni. Apa salah dia sehingga didera sampai mati..??!!! 

Tak sangka...di bulan Ramadhan macam ni pun ada lagi manusia yang berhati lebih hina dan jijik dari binatang...setan laknatullah betoi..!!! 

Aku harap semua umat Islam sebarkan berita ni...insyaAllah...

Sebarkan: Wajah Kanak-kanak Mati Didera

Kanak-kanak ini dianggarakan berusia antara tujuh ke sepuluh tahun. Tidak ada sebarang maklumat lanjut mengenai dirinya.
Mengikut pihak polis, dia telah meninggal dunia selepas dihantar oleh seorang wanita ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 28hb Julai 2012.

Pihak Polis dengan itu memohon kerjasama dan bantuan waris atau ahli keluarga kepada kanak-kanak yang didera itu agar tampil membantu siasatan.

Orang ramai yang mengenali mangsa bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Sebarkan maklumat dan nombor di atas bagi memudah usaha mengesan manusia kurang ajar yang mendera kanak-kanak ini sehingga mati dapat dikesan.

*Kepada manusia-manusia hina yang hidup dengan mendera kanak-kanak, admin harapkan anda mati dalam keperitan dan berdoa agar tempat anda kelak adalah di neraka!

Sekiranya anda mengetahui mana-mana kes dera yang lain, sila hubungi polis atau talian Nur – 15 999 - Mynewshub.my

LAWAK GEMPAR PAGI INI...GUAN ENG MANGSA KEGANASAN RUMAHTANGGA TERBARU..???


Thursday, August 2, 2012

DERIH AHMAD DIGESA BALIK TANAM JAGUNG DI KAMPUNG...


BARU-BARU ini AJK PAS Pusat, Idris Ahmad bersuara lagi dengan mendakwa bahawa slogan “Sayangi Selangor, Yakini BN” yang dilancarkan selepas BN tewas di Selangor hanya satu bentuk “candu” untuk menipu rakyat.

Beliau mempertikaikan mengapa selepas BN tewas pada PRU ke-12 yang lalu maka slogan sebegitu ditimbulkan dan bekas Ketua Penerangan PAS itu mempertikaikan tentang peranan UMNO/BN memerintah Selangor sejak lebih dari 51 tahun dahulu.

Katanya, sepanjang 51 tahun UMNO/BN memerintah Selangor, kononnya negeri itu telah dipersia-siakan dan Idris Ahmad tidak nampak sebarang keistimewaan Selangor berbanding dengan negeri-negeri lain.

Lebih meloyakan tekak, dia kemudiannya menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan Haram yang baru memerintah negeri Selangor selama lebih 4 tahun telah membuktikan kehebatan mereka mentadbir negeri itu.

Agaknya Idris Ahmad ini “buta” fakta? Atau dia dungu dan bengap tidak terkata? Apakah dia baru keluar dari tempurung kelapa di kampungnya dan baru mengenali Selangor?

Rasanya tidak perlu dijelaskan di sini pun saya yakin bahawa majoriti rakyat di negara ini akan mengiktiraf Selangor sebagai sebuah negeri termaju dan merupakan sebuah negeri yang memiliki sumber pendapatan tertinggi di Malaysia.

Itu fakta. Meskipun tidak dibantu sebarang royalti minyak, Selangor di bawah pentadbiran UMNO/BN sejak 51 tahun dulu adalah negeri yang paling menonjol di dalam arus kemodenan dan pembangunan negara.

Apa jenis pembangunan yang tidak ada di Selangor? Sektor mana yang tidak membangun di Selangor sepanjang pentadbiran UMNO/BN di negeri itu?

Berdasarkan rekod, jabatan yang tidak “profit oriented” pun boleh kaya raya di sepanjang pentadbiran UMNO/BN di Selangor. Begitu juga dengan segala keperluan, kehendak dan prasarana bagi membantu kehidupan rakyat, semuanya ada!

Ketika UMNO/BN memerintah Selangor, JAIS memang tidak beri muka kepada gerakan memurtadkan umat Islam.

Tapi baru dua tiga tahun mentadbir Selangor, Pakatan Haram buat-buat tak tahu dan menyokong pula gerakan tersebut.

Dulu, DYMM Sultan Selangor sangat sayangkan UMNO/BN kerana berjaya membina Selangor sebagai sebuah negeri maju dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan kepimpinan kerajaan ketika itu di atas jasa-jasa yang tidak ternilai.

Namun baru dua tiga tahun mentadbir, DYMM Sultan Selangor murka dan sering menegur kepimpinan Pakatan Haram yang selalu boros menghabiskan duit rakyat negeri itu dengan perkara-perkara tidak berfaedah.

Isu pasir yang masih belum selesai kerana dimonopoli abang kepada Menteri Besar, kini timbul pula isu krisis air di Selangor yang jelas memperlihatkan sikap kebudak-budakan pemimpin kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim yang mementingkan soal politik lebih dari kepentingan rakyat sendiri.

Pada Khalid, biar rumah rakyat tidak ada air pun tidak mengapa asalkan dia dan konco-konconya puas hati dengan enggan memberi kerjasama dengan Kerajaan Pusat yang dipimpin BN.

Dulu, wang dan aset Yayasan Islam Selangor memang bernilai ratusan juta ketika di bawah UMNO/BN. Kini, yayasan itu hampir muflis dikerjakan Khalid dan kroni-kroninya, hasil nasihat Penasihat Ekonomi “RM1”.

Banyak lagi kebodohan pentadbiran, penyelewengan, skandal, salahguna kuasa, “makan komisyen” dan sebagainya di dalam pentadbiran Pakatan Haram di Selangor. Rasanya kalau diceritakan, hingga selepas PRU ke-13 pun belum tentu habis..!

Persoalannya, di mana Idris Ahmad letakkan segala isu-isu tersebut? Dia kata rakyat bijak untuk menilai. Memang rakyat bijak untuk menilai tentang kebobrokan dan segala penipuan Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

Apa yang Idris Ahmad tahu? Perak negeri kelahirannya itu pun belum tentu mampu dirampas balik Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti, tapi dia menyibuk pula di negeri orang. Dia sepatutnya balik kampung saja daripada terus bersuara macam orang gila tak tentu hala…

Sumber: Perak Today

KHALID GAGAP GUNA DUIT RAKYAT MACAM DUIT BAPAK DIA PUNYA..!!!

rafizi

Sebagaimana maklum, hari ini dunia politik negara gempar apabila bekas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah ditahan polis dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mendedahkan dokumen kewangan NFC di khalayak ramai.

Bekas pelajar Leeds Universiti itu dituduh melalui BAIFA yang melarang sama sekali akaun kewangan bank mana-mana syarikat untuk didedahkan sewenang-wenangnya.

Lebih menarik ialah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan satu dana khas bagi membantu Rafizi membiayai kos guaman pendakwaan tersebut!

Pada saya, penangkapan Rafizi memang sudah dapat dijangka lebih awal memandangkan dia terbukti mendedahkan dokumen terlarang NFC kepada media tidak lama dulu. Media yang membuat liputan mengenai berita itu punya bukti kukuh menunjukkan perlakuan Rafizi itu.

Agak menghairankan apabili seorang yang terpelajar tidak tahu mengenai BAIFA yang melarang tindakan tersebut dan selamba mengaku tidak bersalah di kandang tertuduh?

Namun apakan daya, mungkin atas dasar mahu naik cepat dengan mengejar publisiti murahan di dalam dunia politik, Rafizi mengenepikan undang-undang itu demi melonjakkan namanya. Jadi, jawablah sendiri di mahkamah nanti.

Apa yang menghairankan saya di sini ialah mengenai Khalid Ibrahim yang tiba-tiba menyatakan di dalam laman sosial twitternya bahawa kos guaman Rafizi bagi kes itu akan dibantu oleh Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor.


Bila disebut soal “kos”, maka sudah tentu ia akan membabitkan soal kewangan dan bila disebut soal “membiayai” maka ia sudah tentu membabitkan sejumlah wang yang akan diberikan kepada Rafizi bagi menyelesaikan pembiayaan guamanannya bagi kes itu.

Apa yang “istimewa”nya ialah kenyataan Khalid itu mendedahkan bahawa dana bantuan kos guaman tersebut adalah bersumberkan dari Kerajaan Negeri Selangor!

Bila melibatkan sejumlah peruntukan kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor, maka tentulah ia bakal melibatkan wang rakyat Selangor.

Persoalannya, apakah rakyat Selangor berikan wang mereka kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan membantu pemimpin politik Pakatan Haram yang didakwa di mahkamah? Apakah rakyat Selangor menghalalkan wang mereka digunakan untuk tujuan itu?

Saya tertanya-tanya, sejak bila Kerajaan Negeri Selangor menyediakan dana khas untuk membantu kos guaman bagi kes individu-individu di mahkamah?

Kes Rafizi yang melanggar BAIFA itu adalah sebuah kes yang melibatkan hal peribadi aktivis PKR itu. Tindakan yang dibuat oleh Rafizi itu juga dibuat atas kapasiti politik dan jelas tidak melibatkan langsung Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi, apa halnya Kerajaan Negeri Selangor mahu menyediakan bantuan kos guaman untuk kes Rafizi?

Jelaslah bahawa di sini kita dapat melihat bagaimana Pakatan Haram tidak telus di dalam menjaga amanah wang rakyat Selangor. Wang rakyat digunakan begitu saja untuk menyelamatkan pemimpin PKR di mahkamah.

Saya percaya, mungkin bukan Rafizi saja yang mendapat bantuan kos guaman dari Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini, berkemungkinan besar ramai lagi pemimpin Pakatan Haram yang menggunakan dana rakyat untuk kepentingan peribadi mereka.

Justeru itu, penyelewengan wang rakyat Selangor itu perlu disiasat sedalam-dalamnya oleh pihak berwajib dan memandangkan SELCAT seolah-olah tidak berfungsi di dalam menjaga ketelusan perbelanjaan wang rakyat oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor, maka ia wajar dibubarkan.

Lagipun, sudah banyak kali SELCAT “tutup mata” bila didedahkan mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim dan elaun yang diterima anggota panel SELCAT pun bukannya sedikit, bukan?

Justeru itu, rakyat Selangor wajar “membuka mata” mereka melihat kepincangan dan penyelewengan wang mereka yang diuruskan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Saya percaya, majoriti rakyat Selangor “tidak buta”, bukan?

Sumber: Mykmu.net

Wednesday, August 1, 2012

BILA ARTIS PKR CAKAP PASAL EKONOMI JOHOR DAN KELANTAN...

dayangku intan bengap

Memang payah bila berbicara dengan artis “tak sekolah” tapi dinobatkan bagaikan “ustazah”. Apatah lagi dia baru kenal politik 2 – 3 hari, tapi kata-kata politik dan faktanya cukup lemah untuk digunakan sebagai hujah.

Namun, kata-kata dan hujah bodoh itulah yang diangkat oleh Harakahdaily untuk menipu rakyat, khususnya di Johor.

Baru-baru ini, Dayangku Intan berkunjung ke Johor bersama rombongan PKR membawa mesej politik yang diselindungkan di dalam projek amal dan ibadah agama di bulan Ramadhan. Mungkin PKR kini sedang mencuba modus operandi PAS, jual agama untuk politik.

Ketika di Johor, Dayangku Intan menyatakan bahawa kemajuan Johor hanyalah “indah khabar dari rupa”. Katanya, dia menjangkakan negeri Johor tidak ada orang miskin kerana negeri itu kaya, namun memang nyata ada orang miskin di negeri itu yang memerlukan bantuan.

Dia membandingkan Johor dengan Kelantan. Katanya negeri Kelantan miskin, tapi rakyatnya kaya-kaya belaka. Kelantan tidak kaya, tapi rakyatnya memang berharta dan jauh lebih mewah dari rakyat di Johor…

Itulah yang saya katakan bahawa Dayangku Intan ini “bebal” dan “bengap”. Maaf sekiranya kasar bahasa, tapi rasanya itulah perkataan yang paling “lunak” untuk otak dan akal sebegitu…

Cuba sebutkan di negara manakah yang tidak mempunyai orang miskin? Negara paling kaya seperti Brunei, Arab Saudi dan negara-negara maju di dunia penuh dengan golongan gelandangan dan miskin papa kedana, apatah lagi di Malaysia atau Johor.

Kaya atau miskin sebenarnya bergantung kepada rezeki yang ditetapkan Allah. Kalau ditetapkan miskin, maka berusaha bagaimanapun sekali Allah akan tetap menentukan bahawa individu atau keluarga itu miskin jua dan begitu juga sebaliknya.

Politik sebenarnya membabitkan cara sesebuah parti politik yang memerintah negeri atau negara itu menetapkan dasar yang seimbang iaitu menentukan kemajuan ekonomi negeri atau negara meningkat maju bersama rakyatnya.

Di Johor, kerajaan BN sememangnya mentadbir dengan baik dengan memajukan dan memastikan Kerajaan Negeri Johor kaya dan rakyatnya menikmati kemajuan ekonomi dengan meningkatkan taraf ekonomi masing-masing di negeri itu.

Ia menjadikan negeri Johor makmur dan ekonominya kukuh.

Berbanding dengan Kelantan, rakyatnya lari keluar dari negeri itu dan mencari rezeki di negeri lain. Kemudian, mereka membawa pulang kekayaan negeri itu ke Kelantan dan disebabkan itulah mereka kaya raya.

Sebagai contoh lain, rakyat indonesia sanggup menggadai nyawa, hidup dalam ketakutan dan merempat di Malaysia semata-mata untuk mencari rezeki di negara ini. Mengapa mereka keluar dari negara asal mereka dan mencari rezeki di Malaysia?

Sudah tentulah kerana di Malaysia menawarkan rezeki yang lebih dan taraf ekonominya lebih kukuh berbanding negara jiran kita itu. Dan senario itu samalah seperti Kelantan.

Apakah Dayangku Intan boleh mengiktiraf Kelantan sebagai negeri maju dengan sebuah Tesco yang dibuka di negeri itu? Apa yang rakyat Kelantan dapat di negeri asal mereka dan mengapa mereka perlu keluar dari negeri itu?

Sudah tentu kerana di Kelantan tidak punya sumber rezeki yang banyak sebagaimana yang terdapat di negeri-negeri lain. Perkara sebegitu mudah pun PKR tak boleh ajar “ustazah artis” itu, kah? “Mak Lampir” tak boleh ajar?

Saya mencadangkan kepada PKR supaya mengupah artis yang lebih cerdik untuk menyertai dan bercakap untuk PKR. Sudahlah otak “Mak Lampir” tak boleh pakai, dibawanya pula “artis bengap” yang tak reti apa-apa..? Agak-agaklah sikit…

Sumber: Mykmu.net

BUKTI PAS TAK SEDAR DIRI TAK TAHU MALU DIPERMAIN DAP..!!!

keldai

Saya ketawa besar membaca kenyataan Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Nor Harun, mengenai “boss”nya Salleh Man yang baru dilantik menjadi Yang DiPertua MAIPP, kononnya UMNO/BN tidak lagi punya peluru untuk menembak PAS di negeri itu.

Katanya, UMNO “gigit jari” memandangkan “Khalifah”nya telah menunaikan janjinya untuk melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu untuk menjawat jawatan tersebut, sambil bersungguh-sungguh dia membodek Salleh Man di Harakahdaily.

Mohd Nor menyatakan bahawa perlantikan itu akan menutup mulut UMNO yang sebelum ini mendakwa PAS diperkotak-katikkan oleh DAP di Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan para pembaca, pertama kali saya membaca kenyataan Setiausaha PAS Pulau Pinang itu, mahu saja rasanya saya tempeleng kepalanya laju-laju ekoran kebodohan bukan kepalang yang ditunjukkannya itu.

Tidakkah dia sedar bahawa PAS benar-benar dipermainkan dan diperkotak-katikkan bagai budak-budak “lapar susu”?

DAP pertama kalinya menjanjikan jawatan tersebut kepada PAS Pulau Pinang ialah pada PRU ke-12, pada tahun 2008, kira-kira lebih 4 tahun lalu. Ketika itu PAS “kembang bontot”nya kerana dijanjikan “khalifah”nya dengan jawatan tersebut.

Maka mereka mula mengharap. Namun sehingga Pilihanraya Kecil Permatang Pasir berlansung pada tahun 2009, jawatan tersebut masih juga tidak diserah kepada PAS.

Malah jawatan itu diberikan pula kepada Abdul Malik “itik” Kassim yang mewakili PKR dan bayangkan pula bagaimana raut muka puak-puak PAS Pulau Pinang yang masam macam “mengkudu kecut” melihat perlantikan itu…

Pada PRK Permatang Pasir, Guan Eng yang mahu mengambil hati puak-puak PAS yang marah padanya, berjanji sekali lagi untuk memberikan jawatan itu kepada Salleh Man jika Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menang pada PRK itu.

Dan menjadi kenyataan, Salleh Man menang di DUN Permatang Pasir. Namun sekali lagi puak-puak PAS rasa tertipu bila jawatan tersebut tidak juga diserahkan kepada Salleh Man yang sebelum ini berangan-angan dengan janji Guan Eng tersebut.

Apatah lagi Malik “itik” ketika itu bermati-matian enggan meletak jawatan tersebut dan sengaja mencari alasan teknikal untuk menafikan jawatan yang sepatutnya diberikan kepada PAS itu. Maka bertambah marah dan kecewalah puak-puak PAS di Pulau Pinang pada Guan Eng dan DAP.

Dan kini, baru Salleh Man dilantik sebagai Yang DiPertua MAIPP? Selepas lebih 4 tahun barulah PAS diberikan jawatan tersebut? Mengapa perlu tunggu begitu lama? PAS tak malukah dipermainkan sebegitu? PAS ada maruah lagikah untuk menerima jawatan itu?

Menurut sumber, jawatan itu dikatakan sebenarnya terpaksa diberikan Guan Eng kepada PAS akhirnya ekoran “sistem barter” berhubung isu calon DAP di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Guan Eng berikan jawatan itu kepada PAS kerana mahu dilihat “bertolak ansur” dengan PAS berkenaan jawatan utama di negeri-negeri Pakatan Haram.

Sebagai timbal balasnya, DAP mahu PAS Pusat mengarahkan Azizan Razak di Kedah memenuhi permintaan DAP untuk bertanding lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen di negeri jiran Pulau Pinang tersebut.

DAP Kedah memang bertegas mahu lebih kerusi pada PRU ke-13 nanti, namun Azizan berkeras dan enggan melayan kehendak DAP itu. Maklumlah, Azizan memang “manis” di depan DAP, tapi dibelakang DAP dia selalu maki hamun parti chauvinis ultra kiasu itu.

Jadi, dikatakan Guan Eng menggunakan kuasa veto dari PAS Pusat dan PEMANDU Azizan Razak untuk menunaikan kehendak DAP Kedah dan Ketua Menteri itu “berkorban” sedikit memberikan jawatan YDP MAIPP kepada PAS.

Siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh? DAP beri jawatan Yang DiPertua MAIPP kepada PAS dan PAS perlu mengorbankan kerusi-kerusinya di Kedah, sekaligus mencabar kewibawaan dan maruah PAS di negeri Jelapang Padi itu.

Jelaslah PAS memang parti kelas bawahan bagi DAP. PAS tetap diperkotak-katikkan dan diperbodohkan begitu saja oleh DAP. Peliknya, PAS tetap fikir mereka dihargai oleh DAP! Mungkin otak dan akal para pemimpin PAS memang “cacat” agaknya…?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! LAGI MP SABAH MASUK PAKATAN HARAM...??!!!

dzul ahmad

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini menegaskan bahawa dia optimis bahawa Pakatan Haram akan mendapat 14 kerusi di Sabah rentetan dari insiden perletakan jawatan dua Ahli Parlimen negeri itu.

Kononnya, kedua Ahli Parlimen BN Sabah yang bertukar haluan menyokong Pakatan Haram itu akan membuktikan bahawa gabungan pembangkang itu telah berjaya membolosi “peti deposit BN” di negeri kepulauan Borneo tersebut.

Pemimpin “agama PAS” yang kononnya “pakar strategi” itu turut mendakwa tindakan Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing keluar BN kononnya kejutan bukan kepalang dan amat menyeksakan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Peliknya, dakwaan “pakar strategi” itu tidak disertakan dengan sebarang kajian, penilaian fakta atau penyelidikan secara ilmiah. Tiba-tiba saja dia kata BN akan hilang 5 kerusi di Sabah hanya disebabkan oleh dua orang pengkhianat itu?

Atas dasar apakah Dzulkefly membuat kenyataan tersebut? Jika setakat “cakap-cakap” di kalangan orang Sabah yang gila jawatan dan mengampu Pakatan Haram untuk dicalonkan pada PRU ke-13 ini, rasanya tak payah sebutlah…

Tak malukah seorang “pakar strategi” mengeluarkan satu kenyataan yang tidak disertakan dengan penyelidikan secara terperinci dan “accurate”?

Apatah lagi kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin “agama PAS” yang kononnya tidak menipu dan tidak memutar belit fakta. Tidak berdosakah berbuat demikian di dalam hukum “agama PAS”?

Sebelum ini Majlis Profesor Negara yang membuat kajian secara ilmiah, berfakta, terperinci dan berhati-hati telah menyimpulkan bahawa Kedah bakal dirampas kembali oleh UMNO/BN ekoran sokongan rakyat yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Kajian tersebut mengambil masa yang agak panjang untuk dikaji dan terpaksa diselidik secara terperinci sehingga di peringkat akar umbi tanpa sebarang unsur berat sebelah atau memikirkan kepentingan mana-mana pihak oleh MPN.

Tapi, hasil kajian MPN itu diperlekeh dan dikatakan “tipu” oleh para pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar, Azizan Razak dan ramai lagi.

Pelik betul! Kenyataan Dzulkefly langsung tiada kajian, tiada fakta kukuh atau penyelidikan dijalankan, tapi kenyataannya dipercayai PAS, Pakatan Haram dan Harakahdaily.

Manakala kajian MPN yang “accurate”, berkreadibiliti dan berfakta kukuh itu pula dikatakan tidak benar, berat sebelah, diperlekeh sewenang-wenangnya dan dianggap satu propaganda UMNO/BN untuk menipu rakyat.

Akal siapa yang setuju dengan kenyataan “pakar strategi” PAS itu?

Seperkara lagi, benarkah dakwaan Dzulkefly yang menyatakan bahawa Najib terkejut dan amat terseksa dengan tindakan Lajim dan Wilfred yang keluar dari parti?

Setahu saya, tindakan dua individu yang khianat pada rakyat Sabah itu telah diketahui lebih awal sebelum pengumuman dibuat oleh mereka. Najib dan kepimpinan tertinggi sudah tahu mengenainya dan tiada apa yang nak diterkejutkan oleh mereka.

Dalam ertikata lain, saya percaya mereka sudah sediakan payung lebih awal mengenainya. Silap-silap, kenyataan akhbar dari Najib atau Muhyiddin telah disiap lebih awal sebelum Lajim dan Wilfred mengumumkan keluar parti.

Kecewa yang amat menyeksakan? Tolonglah! Saya berpendapat bahawa tindakan kedua Ahli Parlimen Sabah itu langsung tidak mengecewakan atau menyeksa sesiapa pun. Itu hak mereka untuk meletak jawatan atau nak beralih arah sekali pun.

Cuma, tindakan mereka itu mendedahkan bahawa mereka memang tidak setia, khianat dan memiliki sikap “opportunis” yang tidak berpendirian. Misalnya, dulu mereka mendakwa Anwar pengkhianat, meliwat dan “raja” rasuah, tapi sekarang mereka “menjilat” Anwar pula…

Orang sebeginikah yang harus “disimpan” di dalam UMNO/BN? Rasanya, spesis-spesis ‘sesumpah” seperti ini sangat dialu-alukan untuk keluar dari UMNO/BN dari terus menjadi “virus” yang mampu membarah sepertimana yang dilakukan Anwar dahulu.

Justeru itu, kenyataan “pakar strategi” PAS ini langsung tidak boleh dipakai. Saya hairan juga mengapa Dzulkefly dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS. Mungkin kerana gelaran “doktor”nya?

Ini bukan pakar strategi. Ini namanya “pakar tohmah” atau “pakar putar alam” yang hanya bijak bermain dengan persepsi bodoh yang tidak berpijak pada fakta atau bukti kukuh. Pakai cakap ikut suka mak bapak dia saja. Itu pun PAS bangga dan lantik dengan dia?

Sumber:  Mykmu.net

"KAMI NAK UMNO DAN SULTAN SEMUA DIHAPUSKAN..!!!" - ANAK MUDA MELAYU DAP


Memang keterlaluan..! Melampau..!!! Aku desak agar rakyat Malaysia yang sayangkan Institusi Raja-Raja dan Kesultanan Melayu supaya laporkan kes ini kepada SKMM dan siasat mamat ni segera...

Orang macam ni tak layak duduk di Malaysia. Jadi rakyat Malaysia pun tak layak..!!!

Dia berani mati pula tu untuk pertahan pendirian dia... Korang berani mati ke untuk pertahan Institusi DiRaja di Malaysia..?!


BILA ARTIS MAK JANDA PAS TAGIH SIMPATI PAK LEBAI PAS...

abby

Agak mengharukan untuk melihat perkembangan “ustazah PAS”, Abby Abadi, yang baru-baru ini mengadu di laman sosial Twitter, kononnya kontraknya sebagai duta di sebuah syarikat jualan tudung, Al-Humaira Contemporary, telah tamat pada 4 Julai lalu.

Kononnya dia mahu menarik simpati dari para ahli-ahli PAS terhadapnya yang “ditamatkan” kontrak itu. Maklumlah, dia ibu tunggal dan penamatan kontrak itu dijangka sedikit sebanyak akan menjejaskan punca pendapatannya.

Maka ramailah para peminatnya yang dipercayai tergolong dari kumpulan “katak-katak hijau ke Putrajaya” yang bersimpati terhadap artis yang baru naik pangkat sebagai “ustazah hijau” itu.

Mereka telah melancarkan kempen memboikot syarikat jualan tudung itu atas rasa simpati kepada “ustazah ibu tunggal” itu yang kononnya teraniaya ditamatkan kontrak. Hebat betul Abby berlakon di Twitter..!

Padahal, syarikat Al-Humaira Contemporary di dalam sidang akhbarnya baru-baru ini menjelaskan bahawa mereka belum lagi menamatkan kontrak Abby Abadi memandangkan tiada sebarang dokumen hitam putih yang mengesahkan penamatan kontrak tersebut.

Apa yang mereka tidak mengerti ialah mengenai kenyataan Abby di Twitter yang seolah-olah menganggap kontraknya sudah tamat! Mungkinkah Abby mahu meraih publisiti murahan dan menagih simpati orang ramai dari tindakan itu?


Lebih menarik, syarikat jualan tudung itu juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman mana-mana pihak yang menjejaskan reputasi syarikat tersebut sehingga perkara itu selesai dengan baik.

Menurut syarikat itu lagi, mereka masih sedang berbincang dengan Abby mengenai kontraknya memandangkan “ustazah” itu dikatakan tidak mampu memberikan komitmen kepada tugasannya sebagai duta di syarikat itu.

Jelaslah di sini bahawa “ustazah PAS” ini bukan saja pandai berlakon di dalam filem, di alam kehidupan nyata pun dia pandai berlakon juga!

Faktanya, Abby tidak lagi mampu memberikan komitmen berhubung kontraknya dengan syarikat juala tudung itu memandangkan dia dilihat sebok dengan aktiviti-aktiviti bersama “katak-katak hijau” yang lain.

Jadi, dia fikir mungkin lebih baik kontraknya ditamatkan. Jadi dia tulis di Twitternya menyatakan dia ditamatkan kontrak dan dia tidak lupa menulis seolah-olah kontraknya itu tamat disebabkan penglibatannya dengan aktiviti bersama PAS…

Setelah berjaya mencetus persepsi itu, dia menjangka ramai yang akan simpati terhadapnya. Maklumlah, dia ibu tunggal beranak tiga. Sudah tentu sukar hidup memandangkan dia sebelum ini hidup agak mewah…

Jadi, syarikat itulah jadi “mangsa”nya. Syarikat itulah yang akan dianggap zalim kerana menamatkan kontrak Abby. Syarikat itu akhirnya dikecam dan diboikot oleh sebilangan orang yang mungkin mereka sendiri tak pakai tudung pun!

Sepatutnya sebagai seorang “ustazah glamour PAS”, Abby boleh terus menghubungi pucuk pimpinan PAS untuk memohon bantuan sara hidup dirinya dan anak-anaknya.

Sebagai ibu tunggal, sudah tentu ramai pak-pak lebai PAS yang sanggup membantu Abby dan anak-anaknya. Lagipun, pak-pak lebai PAS memang terkenal dengan kemurahan hati mereka terhadap wanita, khususnya janda lawa yang masih bergetah macam Abby.

Untuk pengetahuan Abby, pak-pak lebai PAS memang tak boleh lihat perempuan hidup susah dan bermasalah seperti Abby. Saya yakin, mereka ada “jalan terbaik” untuk menyelesaikan masalah kontrak ditamatkan itu…

Tapi, bersediakah Abby “dibantu” melalui cara “ala-ala lebai PAS”?

Bukan apa, selalunya wanita yang dibantu pak-pak lebai PAS itu perlu bersedia untuk menjadi “nombor dua”, “nombor tiga” atau “nombor empat”! Pernah tak pak-pak lebai PAS itu menawarkan “payung emas” pada Abby?

Pada saya, Abby baru nak mengenal agama. Malangnya, dia terjumpa “agama PAS” dan “agama” itu membawanya jauh ke jalan yang salah. Jalan yang sepatutnya “lurus”, PAS bawa Abby melalui jalan-jalan yang terpesong dan songsang arahnya.

Ketahuilah Abby bahawa Islam itu bukanlah PAS dan PAS itu bukanlah Islam. PAS hanya parti politik. Cuba buang perkataan “Islam” pada nama PAS, sudah tentu parti itu tidak ubah seperti DAP. Malah mungkin lebih teruk dari DAP…

Tapi apakan daya, Abby telah menyerahkan “borang ke syurga” kepada Nik Aziz dan mungkin kini Abby sedang menanti “payung emas” untuknya sebelum diberikan “tiket ke syuga” oleh Mursyidul Am tersebut. Wallahua’alam…

Sumber: MyKmu.net

PENANG PORT: GUAN ENG CARI PASAL DENGAN MELAYU KEDAH..!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/

SEMEMANGNYA memualkan anak tekak melihat sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang meminta hartawan Bumiputera berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk menyerahkan laporan terperinci mengenai perancangan berhubung Penang Port.

Sedangkan, Tan Sri Syed Mokhtar sudah pun menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang perancangan utamanya terhadap pelabuhan yang semakin hari semakin mencatat kerugian demi kerugian.

Guan Eng boleh merujuk keterangan Tan Sri Syed Mokhtar di dada-dada akhbar atau “google” saja di internet, sudah pasti dia akan dapat mengetahui apakah “master grand plan” ahli perniagaan kebanggaan bangsa Melayu itu dengan mudah.

Sekiranya dia tidak puas hati, rasanya dia sebagai Ketua Menteri boleh bertemu dengan Tan Sri Syed Mokhtar atau pihak pengurusan syarikatnya bagi mendapatkan perincian mengenai masa depan Penang Port di bawah pengurusan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar tidak perlu pun menjelaskan segala perancangan Penang Port yang bakal diambil alih itu kepada Guan Eng memandangkan pelabuhan terkenal di utara Semenanjung itu adalah milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia.

Namun, Tan Sri Syed Mokhtar sebagai ahli perniagaan yang profesional dan masak dengan sikap seorang Cina yang tebal dengan sikap chauvinis ultra kiasu, telah pun menjelaskan segala tohmahan yang dibuat terhadap pengambil alihan Penang Port tersebut.

Pada pandangan saya, pengambilalihan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar itu sepatutnya bukanlah satu isu. Tender pengambil alihan itu dibuat secara terbuka dan bidaannya berjaya memikat hati dan memberi keyakinan kepada Kementerian Kewangan, itu saja.

Tapi sebaliknya, Guan Eng telah banyak “berhutang” kepada rakyat mengenai beberapa isu besar yang gagal dijawab dengan baik.

Ia termasuklah skandal sebidang tanah yang sepatutnya didirikan kawasan perumahan mampu milik yang dibatalkan dan diberikan kepada pihak pemaju tertentu.

Apa yang Guan Eng perlu jelaskan mengenainya apakah “kurniaan tanah” kepada pihak tersebut lebih penting berbanding kepentingan rakyat yang memerlukan rumah yang mampu mereka beli dengan harga mampu?

Atau Guan Eng lebih mementingkan keuntungan RM90 juta yang dipercayai akan masuk ke “kocek” DAP dan Pakatan Haram?

Guan Eng juga perlu menjelaskan ketidakpuasan hati rakyat Pulau Pinang yang marah padanya berkenaan sebidang tanah rizab Melayu yang sepatutnya dibina sebuah masjid di atas tapak tersebut.

Sebaliknya, Ketua Menteri yang dikelilingi oleh para pegawainya yang “pekat” dengan sifat rasis itu telah memberikan tanah tersebut kepada pihak pemaju yang dikatakan mahu membina pusat komersil dan kondo mewah.

Apakah Guan Eng lupa atau buat-buat lupa dengan skandal-skandal tersebut?

Sepatutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu menjelaskan dan menyelesaikan masalah tersebut secara terperinci kepada rakyat negeri itu bersama fakta dan bukti-bukti kukuh yang mewajarkannya “mencabul” tanah umat Islam.

Itu belum lagi disebut mengenai Kampung Buah Pala di mana dikatakan bahawa lebih separuh dari kalangan masyarakat India yang berkampung di situ sejak turun temurun benar-benar marah pada Pakatan Haram Pulau Pinang.

Memang Guan Eng berikan rumah sebagai pampasan kepada para penduduk Kampung Buah Pala. Tapi, dikhabarkan bahawa mereka terpaksa membayar lebih separuh harga rumah yang diberikan tersebut memandangkan harga “kampung warisan” itu dikatakan lebih rendah dari rumah-rumah baru mereka.

Dulu, mereka tidak menanggung hutang ketika tinggal di Kampung Buah Pala, tapi sekarang mereka terpaksa membayar sejumlah wang yang besar setiap bulan kepada bank sedangkan mereka terdiri dari golongan berpendapatan rendah.

Sekiranya nanti mereka tidak dapat membayar sewa beli rumah tersebut dan bank merampas rumah mereka, apakah Guan Eng sanggup memberikan rumahnya sendiri kepada masyarakat India Kampung Buah Pala itu?

Sebenarnya, rakyat Pulau Pinang khususnya bangsa Melayu dan kaum India kenal benar dengan sikap rasis pentadbiran Guan Eng yang memilih bulu dan tidak berdasarkan keadilan kepada semua kaum.

Malah dikatakan kaum Cina yang menyokong MCA dan Gerakan di Pulau Pinang pun terkena tempias berat sebelah Guan Eng yang meminggir dan menekan mereka cari makan berbanding kaum Cina yang menyokong DAP dan Pakatan Haram.

Berbalik kepada pengambil alihan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar, sudah tentu akan “dikerat” memandangkan Guan Eng dan para penasihat di kiri kananya memang tidak suka melihat bangsa Melayu bertapak dan maju di pulau yang konon-konon “milik”nya itu.

Persoalannya, apakah PAS dan PKR yang rata-ratanya Melayu begitu “buta” untuk melihat dasar Guan Eng yang dilihat cuba menghalau bumiputera dan mereka-mereka yang dia tidak suka dari Pulau Mutiara tersebut?

Fikir-fikirkanlah. Janganlah hanya kerana politik, Melayu PAS dan PKR sanggup menggadai tanahair kepada Cina chauvinis ultra kiasu itu.

Sampai bila PAS dan PKR mahu “menjilat bontot” Guan Eng?

Sumber: Perak Today

Tuesday, July 31, 2012

PANASSS 18SX..!!! KENALI CALON PAS PARLIMEN PENDANG..!!!



Aku tak mau cakap banyak kali ni. Kalau nak kenal betul-betul perangi dan sejarah calon PAS yang akan bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 ni, korang tengok la video kat atas ni...heh!

Kalau korang agak sangsi, sila cari bekas suami Normah tu dan tanya sendiri kat dia pasal isu ni..heh!

Jadi, pada pak-pak Lebai PAS di Pendang...jaga bini anda masing-masing sebelum jadi mangsa calon PAS nihhhh...heh!

SANUSI SETPOL "TER"PAKSA ATAU "DI"PAKSA..??? HEH!

mat sabu love

Marah benar Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, mengenai dakwaan bahawa terdapat usaha mencantas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, untuk bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 kali ini.

Dengan bersemangat, dia menulis di blognya menafikan segala dakwaan sumber dalaman PAS Pendang mengenai insiden mencantas Mat Sabu dari bertanding di parlimen itu. Katanya, PAS di negeri itu tidak punya masalah untuk Mat Sabu bertanding di Kedah.

Namun, dia kemudiannya menyatakan dakwaan dari sumber akar umbi di Pendang itu hanya membuka pekung keaiban PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang, serta tidak boleh dibiarkan berlaku di dalam parti tersebut.

Selain itu, Sanusi mengatakan bahawa sumber itu jelas menjejaskan dan mencalar imej Mat Sabu serta intergriti atau ketokohannya sebagai Timbalan Presiden PAS.

Agak pelik juga bila saya membaca tulisan Sanusi di blognya. Pada mulanya dia menafikan Mat Sabu dicantas dan disambut baik PAS Kedah. Tapi kemudiaannya dia menyatakan sumber dalaman PAS Pendang itu memalukan PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang.

Yang mana satu betul? Sanusi yang betul atau sumber dalaman itu yang betul?

Pada saya, sebagai seorang yang mempunyai sumber dalaman yang bergerak aktif di Pendang, saya lebih yakin kepada sumber saya sendiri. Dan lebih menariknya, sumber saya agak mirip kepada sumber yang ditulis oleh Malaysiakini baru-baru ini.

Sebenarnya, Mat Sabu pernah meminta kerusi Parlimen Kuala Kedah untuk ditandingi, tapi Azizan yang sememangnya tidak sukakan Mat Sabu telah menolak dengan memberi alasan bahawa parlimen itu adalah milik kuota PKR.

Menurut sumber saya, memang benar wujud gerakan menyekat Mat Sabu dari bertanding di Pendang. Di situ, terdapat dua pihak yang bertelagah, satu pihak pro-ulama dan satu lagi pro-liberalisme Anwarinas…

Golongan pro-ulama sudah lama merajuk dan enggan ambil tahu mengenai parti dan membiarkan golongan Anwarinas menguasai PAS Pendang. Sebagai bukti, seramai 14 orang pro-ulama meletak jawatan di dalam jawatankuasa PAS Pendang serentak sebagai tanda mereka merajuk!

Kesempatan itu digunakan Mat Sabu untuk masuk ke Kedah semula setelah ditolak sebelum ini. Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Osman “ditolak” ke peringkat DUN dan Mat Sabu mahukan kerusi Parlimen di situ.

Maka riuh rendahlah juak-juak PAS Pendang mengenai hasrat Mat Sabu. Golongan Anwarinas menyokong penuh, manakala golongan pro-ulama yang lebih besar pengaruhnya menolak dan menyindir kemahuan suami Normah itu untuk masuk ke kawasan mereka.

Setelah kisah ini saya dedahkan di sini, Malaysiakini yang dapat menghidu “bau bangkai” PAS di Pendang itu segera “masuk kampung” mencara berita dan kemudian terbitlah cerita Mat Sabu cuba dicantas di situ…!

Menariknya, Sanusi bagaikan dipaksa untuk menafikan dan menyembunyikan segala masalah dalaman yang dihadapi PAS di Kedah. Mungkin dia menggunakan hukum “tahaluf siyasi” untuk menutup “bau bangkai” tersebut.

Padahal, boleh dikatakan kisah ini riuh rendah dibicarakan oleh puak-puak PAS Pendang dan gerakan mencantas itu telah berlaku sekian lama di sana. Khabarnya, ada pihak tertentu dari kem Azizan Razak sendiri yang mahu menyekat kemaraan “komunis” di Pendang!

Nampaknya PAS Kedah semakin kucar-kacir. Itu baru saja masalah di Pendang yang melibatkan maruah Timbalan Presidennya. Belum lagi disentuh mengenai gerakan “bawah tanah” yang cuba “coup de tat” Azizan Razak menjelang PRU ke-13 ini.

Sebenarnya, menurut tinjauan saya dan maklumat-maklumat dalaman yang diperoleh dari orang-orang kuat PAS yang semakin menyampah dengan parti itu menjelaskan dengan tepat senario PAS yang huru-hara di Kedah.

Peliknya, sebelum PAS mendapat kuasa membentuk kerajaan di Kedah, parti itu dilihat begitu tenang dan sekata di dalam segala keputusannya. Saya sendiri tak tahu penyakit apa yang melanda PAS Kedah sekarang, para pembaca tahu?

Sumber: Mykmu.net

AMARAN UNTUK PAK-PAK LEBAI PAS PENDANG..!!! JAGA BINI ANDA MASING-MASING..!!!


Memang benar Mat Sabu dikatakan bakal bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 ni...Jadi, rasanya aku perlu beri peringatan kepada semua Pak-Pak Lebai PAS di Pendang supaya "jaga" bini masing-masing...

Mat Sabu memang terkenal suka kat "bini orang", terutamanya "bini-bini orang" yang bernama "NORMAH" dan yang berbunyi lebih kurang dengan nama tu...

Jadi, pak-pak lebai PAS Pendang yang bininya bernama Normah, Nurmah, Nirmah, Salomah, Sarimah dan ada bunyi "MAH", sila sembunyikan bini-bini anda di dalam rumah dan jangan tunjukkan pada Mat Sabu...

Bukan apa...sejarah hidup Abang Mat kita ni lain macam sikit...heh! Kalau tak caya, cuba tanya Normah 2nd. Heh! Aku dengar rakaman bualan telefon dia pun naik geli telinga..! Heh!

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! DUN EXCO AGAMA KEDAH JADI PUSAT JUDI EKOR HARAM...!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Ni ke "tauke judi ekor haram" Tokai..???
Sebelum Ramadhan, aku ada turun ke Pendang. Atau lebih tepat, aku turun ke DUN Tokai bersama seorang skuad TMK, Tombak Pusaka. Menariknya, dia bagi satu cerita best kat aku...heh!

Apa yang aku dapat di Tokai? Heh!

Rupanya di pekan Tokai, terdapat lebih 5 kedai nombor ekor haram! Perghhh..!!! Ni sindiket judi haram, bukan macam Sport Toto, Magnum atau judi yang dapat lesen tu. Judi haram ni takdak lesen dan sebab tu aku kata ia beroperasi secara haram...

Menariknya, nombor-nombor judi haram tu dijual dikedai-kedai runcit di sekitar Pekan Tokai, tidak jauh dari rumah EXCO AGAMA, Taulan Rasul..!!! Jauhnya hanya sekitar 500 meter dari rumahnya...

Pada mulanya, aku tak caya. Tapi lepas lalu depan rumah Taulan Rasul (dia dah pakai Camry baru kaler hitammm!!! Perghhh..!!! kaya bebbb..!!!), aku suruh la member aku buktikan...

Dia kata dia tak reti beli sebab tak pernah main nombor. Dia mintak tolong kawan dia belikan. Kawan dia tu "orang PAS"...???!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Nombor yang mamat tu tulis...
Kawan dia tu mulanya tulis nombor atas kertas. Sumpah Wallah! Aku pun tak tahu cara nak tulis untuk beli nombor tu. Lepas tu dia hulur kat kaunter kedai tu. Selamba je kedai tu bagi "resit"! Kiranya resit tu ialah nombor yang dipertaruhkan laaa...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Tu diaaa....nombor ekor haram dalam bentuk resit kedai..!!! Heh!
Perghhh..!!! Macam tu rupanya cara judi ekor haram di DUN di bawah EXCO AGAMA PAS ni...

Lebih best lagi, ada sebuah rumah tu dikatakan pusat jual beli nombor ekor haram paling popular! Lokasinya betul-betul dekat dengan Masjid As-Syakirin depan rumah Taulan Rasul..!!! Perghhh..!!!

Aku tertanya-tanya, takkanlah Taulan Rasul tak tahu pasal semua judi ekor haram ni? Kalau dia tak tahu, maka sahlah dia tak buat kerja. Dan jika dia tahu pun, lebih sah la dia memang tak reti buat kerja...kerja goyang telur je la sambil bersiar-siar naik Camry baru...

Tak sangka perkara macam ni berlaku di dalam kawasan PAS totok! Kawasan tu PAS pekat tuuhhh..!!! Sebut DUN Tokai, semua tahu kawasan tu kuat PAS.. orang PAS suka main judi ekor haram ke...???



Aku gesa Taulan Rasul buat operasi, siasat perkara ni dan ambil tindakan segera. Kalau tidak, Azizan perlu dipertanggungjawabkan. Sanusi Setpol pula perlu jawab isu ni. Kalau kami check lagi lepas ni dan judi ekor haram tu masih ada...siap la kena balun dengan TMK lagi lepas niii..heh!

DAHI TAULAN RASUL, AZIZAN RAZAK, SANUSI SETPOL, LEMAN DAN ZUL YAHYA AKAN BERKERUT PADA JAM 12 TENGAHARI INI...!!!?

http://dukeofumno.blogspot.com/

Aku ada pengumuman untuk seluruh rakyat Kedah hari ni...dan aku rasa rakyat Kedah berhak tahu apa yang berlaku di DUN yang dikawal selia oleh EXCO AGAMA PAS KEDAH...

Susah jugak untuk mendapatkan bukti pendedahan ni...tapi aku terpaksa jugak beranikan diri untuk buktikan kebobrokan dan betapa PAS main "wayang" pada rakyat Kedah...

Nak tahu apa kisahnya? Heh! Tunggu lebih kurang pukul 1.30 tengahari ni...

InsyaAllah...segala kemungkaran dan sikap "goyang telur" PAS Kedah tu akan dibongkarkan tengahari ni...heh!

Aku tak sabar nak tengok muka Taulan Rasul, Azizan Razak, Sanusi Setpol, Leman Raja Lawak dan Zul Yahya berkerut seribu membaca pendedahan ini...heh!

Nantikan pendedahan aku dan TMK tengahri ni...heh! Zassssss..kita cantas sama diaaaa..!!! Kasi tukar balik Kedahhhh..!!!

LAWAK PAGI INI...BUKTI ANWAR MEMANG "ISTIMEWA"..!!! HEH!


Anwar memang berbeza dengan ramai lelaki di dunia ni...

Dan dia juga memiliki ciri-ciri yang sangat berbeza dengan Presiden Mesir yang baru...

Presiden Mesir happy dengan satu-satu isterinya...

Anwar pulak "happy" dengan isterinya, isteri balacinya, China Dolls, Siam Dolls, dan jantan-jantan kabaretnya...heh!

Kita "mesti pilehhhh" Anwar dengan "kelebihannya" itu...heh!

Monday, July 30, 2012

PANAS DARI KEDAH..!!! LEMAN RAJA LAWAK PUN TAKUT KAT BLOGGER KEDAH..???

Sebenarnya, aku tak sangka bahawa TMK ni mampu menggegarkan dunia politik Kedah, khususnya pihak PAS dan cybertroopers upahan mereka. Lebih mengharukan lagi, Leman Raja Lawak yang baru masuk PAS sehari dua pun "bengang" kat Team Media Kedah..heh!

Antara puak PAS yang marah sangat dengan gerakan dan edisi bongkar TMK ialah Setpol MB Kedah, Sanusi Md Nor, Leman Raja Lawak, Zulkifli Yahya dan pemimpin-pemimpin PAS yang aktif cari bini muda dalam Facebook..!!! Heh!


Baru-baru ni, Leman maki hamun TMK. Katanya TMK bohong, fitnah dan dibayar untuk serang PAS di Kedah. Dia tuduh macam-macam kat atas tu kan..? Heh! Aku gelak jer..!!! Muahahahahaaaa..!!!

Dalam kenyataan Leman tu, satu haram pun takde fakta! Semuanya tuduhan dan makian saja. Heh! Aku rasa, Leman ni takdak point yang intelek atau ilmiah sikit pun dalam hujahnya. Dalam kata lain, dia ni boleh dikategorikan "otak sampah"...heh! Sorry la Leman..memang tu ja taraf hang...

Aku nak bagitau, TMK ni dianggotai oleh McTheory, Medan Tempur Kedah, Pisau Kedah, Aktivis Umno Pekan Naka, Dahlia B.Lada, Aiman Rosis, Nizam Wahab dan ramai lagi sahabat sahabat yang sanggup berjuang bersama bersama TMK. 

Aku pun termasuk jugak di dalam TMK. Tapi aku tak la hebat macam kawan-kawan aku kat atas tu...heh!

Kami tidak difund oleh sesiapa. Itu fakta. Kami bergerak sendiri. Kami guna duit, masa, tenaga dan kudrat sendiri. Kenapa? Sebab kami berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Kami tak berjuang demi AGAMA PAS..!!! Heh!

Jadi, aku sarankan kepada Sanusi, Leman, Zul Yahya dan cybertroopers-cybertroopers upahannya supaya jawab dan berikan respon kepada isu-isu yang kami siarkan setiap hari di blog, facebook dan twitter kami. Setiap hari wehhhhh..!!!

Selama ni kami biaq saja PAS buat sesuka hati mak bapak depa kat Kedah. But enough is enough. Kami perlu bongkar dan londehkan segala kezaliman hangpa kat Kedah dan rakyatnya. Kami takkan berhenti dan perjuangan kami belum selesai...

Ingat...TMK akan terus menggegar PAS Kedah dan Pakatan Haram. Jangan harap hangpa boleh tidur mata terbuka lepas ni...tak lena malam la wehhhhhh..!!! Heh!

PANASSS..!!! INI CARANYA PAKATAN HARAM TIPU RAKYAT MALAYSIA..!!!

tipu

Kalau benar-benar mahu memenangi hati rakyat, kononnya sesebuah kerajaan perlu menurunkan semua cukai, harga barangan dan segala keperluan atau kehendak rakyatnya. Mungkin itulah doktrin ekonomi negara Pakatan Haram.

Sekiranya mahu mendapatkan undi rakyat, sesebuah kerajaan juga perlu memberikan segala keperluan hidup kepada rakyat secara percuma dan menurunkan cukai kepada semua kehendak kepada paras seminimum mungkin.

Dalam ertikata lain, keperluan seperti pelajaran, makanan ruji, bekalan air, elektrik dan sebagainya perlu diberikan secara percuma.

Manakala kehendak rakyat seperti kereta, harga barangan runcit, petrol dan sebagainya perlu diturunkan harga dan cukainya sehingga di bawah paras RM1.

Pada saya, siapalah yang tidak mahu sekiranya segala keperluan hidup diberikan percuma dan menikmati harga petrol serendah RM0.50 seliter dan harga sebuah kereta serendah RM4,000?
Terus terang, saya pun mahu! Gilalah orang itu jika dia tidak mahu sesuatu yang percuma dan berharga semurah itu…

Jadi perkara-perkara seperti inilah yang dijanjikan oleh Pakatan Haram kepada rakyat Malaysia sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Harapan mereka, rakyat akan memilih mereka kerana “tawaran hebat” itu.

Namun jika difikirkan semasak-masaknya, apakah polisi atau dasar sebegitu akan menjamin sebuah negara yang membangun, maju dan mampu mengawal ekonomi dengan baik?

Prinsip ekonomi secara jelas menyatakan bahawa sistem atau polisi sebegitu akan membuatkan sesebuah negara itu muflis dengan begitu drastik. Tanpa sebarang pulangan atau pendapatan yang seimbang, sesebuah negara itu kekurangan dana dengan dahsyat.

Terlalu banyak memberi dan kehilangan sebilangan besar prospek-prospek pendapatan negara juga akan menyumbang ke arah pembinaan negara miskin yang akan dinafikan sebarang peluang pembangunan yang mungkin berlaku.

Rasanya, Pakatan Haram tahu dan sedar mengenai perkara ini. Cuma mereka terus memberikan harapan palsu dan menipu rakyat dengan “janji-janji bulan dan bintang” mereka demi mendapatkan undi.

Kalau mereka berjaya mentadbir, saya yakin 100% bahawa mereka takkan mampu melaksanakan segala janji-janji mereka. Siapa yang tertipu dan kecewa ketika itu kalau bukan rakyat?

Lebih perit, ada pula rakyat yang percaya dengan muslihat untuk mendapatkan undi tersebut tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan “gula-gula politik” tersebut.

Maka mereka-mereka yang mengharap inilah yang akan turun ke jalanraya, tidur di atas jalan, mengibarkan bendera DAP, memaki hamun saudara seagama sendiri, mempercayai fitnah dan enggan mempercayai kebenaran!

Dalam ertikata lain, rakyat seperti inilah yang diperkudakan dan dimanipulasi mindanya oleh Pakatan Haram.

Setiap kali mereka cuba disedarkan, Pakatan Haram akan mengatakan mereka adalah antara golongan yang bijak berfikir untuk memilih pembangkang dan mereka tidak bodoh untuk memilih kerajaan yang kononnya korup dan banyak menyeleweng.

Padahal, Pakatan Haram sendiri dipimpin oleh “Raja” penyeleweng, salahguna kuasa, tidak bermoral, penipu besar, agen Yahudi dan bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa dialah pengkhianat Islam, bangsa dan negara!

Namun dengan akal yang diperhebat dengan kelicikan syaitan, iblis serta pengaruh Yahudi, Pakatan Haram masih lagi dipercayai dan diharapkan segelintir rakyat yang dimanipulasi mindanya itu.

Kadangkala, saya sendiri agak “letih” untuk menjelaskan kepada mereka mengenai “modus operandi” Pakatan Haram yang cuma mahukan undi dengan menabur pembohongan dan perkara-perkara yang tidak realistik.

Selepas mereka “ditarbiyah”, mereka mengangguk bersetuju dengan hujah saya. Namun mungkin kerana “baiah” yang dibuat, mereka bagaikan “buta”, “pekak” dan “tuli” dari fakta-fakta yang menunjukkan betapa teruknya Pakatan Haram.

Namun apakan daya, saya terpaksa kuatkan diri dan memotivasi diri meneruskan perjuangan ini. Demi sebuah perjuangan yang belum selesai, saya fikir bahawa ramai lagi rakan-rakan yang setuju untuk kita terus berjuang menjelaskan agenda busuk Pakatan Haram.

Demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu, itulah perjuangan kita menentang sebuah kepalsuan ciptaan Pakatan Haram yang merosakkan segalanya…

Sumber: Mykmu.net

TERKINI DARI KEDAH..!!! MB KEDAH TERUS DEGIL "ROMPAK" BALAK GUNUNG INAS..!!!

Pada 20 Julai lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan agar aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dihentikan serta merta oleh Kerajaan PAS Kedah. Rujuk di sini.

Namun, menurut tinjauan rakan TMK, Kamera Kupang, dia menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembalakan masih belaku di kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Inas. Cuma kali ini, kontraktor yang dilantik untuk merompak balak tu gunakan cara lain...


Menurut hasil tinjauan dan fakta dari orang kampung di kaki Gunung Inas, serta penjelasan dari "taiko-taiko" balak di situ, mereka menebang balak dan membiarkan balak yang ditebang tidak diangkut seperti biasa di tempat simpanan balak seperti biasa.




Balak-balak tersebut dibiarkan sehingga seolah-olah telah lama ditebang dan setelah lori balak sedia, barulah ia diangkut untuk diletakkan terus di atas lori dan dibawa keluar dari kawasan itu...

Kamera Kupang yang turun padang pada bulan puasa baru-baru ini merakamkan bukti bahawa aktiviti pembalakan masih berlaku di situ meskipun lesen pembalakan di compartment itu telah tamat tempoh dan notis menghentikan aktiviti balak telah diberikan.

Nampaknya, PMBKed telah melanggar peraturan, undang-undang dan arahan pihak berkuasa.

Saya juga mendapat maklumat bahawa pihak Jabatan Hutan Negeri yang cuba memantau ketat aktiviti pembalakan di situ telah mendapat tekanan dari pihak tertentu. Siapakah yang mengancam penguatkuasa yang menjaga sumber alam tersebut?

Seperkara lagi, apakah usaha yang dibuat oleh MB Kedah, Azizan Razak dan apakah jawapan dari Setpolnya, Sanusi Md Mor mengenai pencabulan notis larangan tersebut. Apakah PMBKed punya sebarang jawapan mengenai kedegilan ini dan terus merompak hasil hutan Kedah?

Jawab brooo...!!! Jawabbbbb..!!!

MAHFOOZZSS PEDASSS..!!! MAHFUZ TAKUT PADA GANDINGAN MANTAP UMNO KEDAH..!!!


NAMPAKNYA Mahfuz Omar semakin hari semakin gerun apabila mengetahui bahawa UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, manakala PAS semakin berantakan dan teruk bergaduh sehingga ada yang mahu menggulingkan Menteri Besar.

Hakikat yang berlaku di negeri Kedah membuatkan Naib Presiden PAS itu benar-benar takut dan mengelabah sehingga membuat dia terpaksa berbohong menimbulkan persepsi buruk terhadap beberapa tokoh pemimpin UMNO di negeri Kedah.

Baru-baru ini Majlis Profesor Negara mendedahkan bahawa UMNO/BN berpeluang cerah untuk merampas Kedah kembali berdasarkan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh badan tidak berpihak tersebut.

Faktanya menunjukkan bahawa nama-nama tokoh seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah, Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Seri Mahadzir Khalid benar-benar diharapkan rakyat untuk mengembalikan pentadbiran di negeri itu.

Mendengar pendedahan tersebut, maka sebagai Ahli Parlimen PAS paling bengap dan tidak mampu mengawal mulutnya, Mahfuz terpanggil untuk mengulas mengenai keputusan kajian tersebut.
Katanya, keputusan kajian itu bakal memporak-perandakan UMNO Kedah ekoran kononnya karier Mukhriz akan terkubur sekiranya dia dilantik menjadi Menteri Besar Kedah kelak.

Mahfuz mendakwa populariti Mukhriz di Kedah bakal menjadikan anak mantan Perdana Menteri itu sebagai Menteri Besar negeri itu dan mendahului tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang lebih senior berbanding diri beliau.
Pada saya, dakwaan Mahfuz itu seolah-olah dia tidak tahu fakta sebenar mengenai kekuatan keempat-empat tokoh tersebut dan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS itu tidak berpaksi kepada realiti kebenaran yang sebenar.

Sebenarnya, UMNO di Kedah memang berada ditahap paling mantap sejak tewas pada PRU ke-12 kira-kira empat tahun yang lalu di mana Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri itu memiliki kekuatan yang cukup sempurna.

Sebagaimana maklum, Datuk Paduka Ahmad Bahshah merupakan pemimpin yang paling lama menjawat jawatan ADUN di negeri itu, tidak pernah kalah dan sangat berpengalaman di dalam dunia politik Kedah.

Dipercayai dengan kekuatan beliau itulah maka Ahmad Bashah dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berbanding pemimpin yang lain.

Timbalan Pengerusi UMNO Negeri itu pula disandang oleh Datuk Mukhriz Mahathir dan sebagaiamana yang kita ketahui bahawa beliau merupakan ikon paling hangat, dihormati dan digemari oleh golongan muda di negeri itu.

Datuk Seri Jamil Khir pula merupakan seorang yang memiliki ketinggian ilmu agama dan ilmuwan Islam sepertinya amat dihargai dan disegani oleh rakyat Kedah.

Manakala Datuk Seri Mahadzir Khalid pula merupakan bekas Menteri Besar Kedah yang banyak mengetahui soal selok belok pentadbiran kerajaan dan maklumat-maklumat dalaman kerajaan negeri Kedah.

Justeru itu, dengan gabungan keempat-empat tokoh inilah maka UMNO Kedah dilihat semakin gagah dan mendapat kepercayaan rakyat yang mahu kerajaan BN kembali mentadbir di negeri itu.

Apatah lagi melihat prestasi Kerajaan PAS Kedah yang tidak tahu serba-serbi dan hanya tahu “merompak” hasil sumber alam negeri tanpa menjana ekonomi, membuatkan rakyat semakin serik dan meluat pada para pemimpin PAS, termasuk Mahfuz yang malas balik kawasan.

Pada saya, kenyataan Mahfuz itu sebenarnya adalah untuk menyembunyikan ketakutannya untuk kehilangan Kedah dan menutup kepincangan serta pepecahan dalaman PAS yang semakin meruncing bagaikan “telur di hujung tanduk”.

Justeru itu, rasanya tak payahlah Mahfuz cuba “memporak peranda”kan UMNO di Kedah kerana setahu saya sememangnya kesemua pemimpin UMNO di negeri itu sedang ketawa besar melihat kebodohan Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mereka tahu, sekiranya UMNO/BN tidak menang di Kedah, bagaimana pula Najib mahu melantik Menteri Besar dari kalangan  mereka, kan?

Sebenarnya, para pemimpin UMNO/BN di Kedah tidak pernah kisahkan pun tentang siapa yang bakal menjadi Menteri Besar di negeri itu kelak kerana mereka sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk menawan Kedah kembali dari PAS.

Para pemimpin UMNO Kedah sedang berusaha menyelamatkan Kedah dan rakyatnya demi memastikan kesejahteraan di negeri itu kembali setelah kehilangan dan disusahkan oleh kebobrokan puak-puak yang sebodoh Mahfuz Omar!

Sumber: Perak Today

Bila Kak Su Bersuara... Heh!