Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    59 minutes ago

Saturday, July 28, 2012

GEMPARRR..!!! BEKAS AHLI PAS TUBUH KELAB MURTAD DI MALAYSIA..???!!!


Aku agak marah malam semalam bila aku dapat tahu mengenai kewujudan blog "Kelab Murtad Di Malaysia". Aku pun "melawat" blog terkutuk tu untuk meninjau sikap kurang ajar "binatang" pemiliknya...

Agak terkejut, aku lihat profilenya..! Dia mengaku sebagai bekas ahli "Parti Ajaran Sesat"..!!!

Aku tertanya-tanya, apakah benar dia bekas ahli PAS..???

Jadi, aku mendesak agar SKMM dan pihak berwajib menyiasat blog dan pemilik blog berkenaan dengan segera. 

So far, dia mengaku namannya "Hasan bin Mohamed Ali". Aku tak sure sama ada nama tu nama sebenarnya atau tidak. Ye la...kengkadang, menipu je kerjanya orang macam ni dan mencetus isu sensitif rakyat Malaysia...

Sebab tu aku minta SKMM siasat...!

Tapi, kalau betul la dia bekas ahli PAS, maka rasanya parti politik yang kononnya "paling Islam di muka bumi Allah" itu perlu jawab isu ini. Kenapa ahlinya jadi begitu..??? Heh!

Friday, July 27, 2012

TAZKIRAH KEBENARAN YANG TAK SANGGUP PUAK PAS DENGAR SEBELUM SOLAT JUMAAT..!!!



Sempena bulan Ramadhan dan sebelum solat Jumaat hari ni, rasanya lebih afdhal kalau puak-puak "katak hijau" yang nak melompat ke Putrajaya tu dengar tazkirah dari ustaz ni... 

Bukan apa, apa yang disampaikan ustaz ni memang betul pun...aku sebagai seorang yang dibesarkan dalam kehidupan keluarga PAS lebih 25 tahun, bersetuju dengan tazkirah Ustaz Kazim ni... 

 Aku tahu, ramai puak-puak "berdarah hijau" akan tutup telinga rapat-rapat mendengar tazkirah ini..tapi itulah hakikat...puak-puak PAS memang tak suka pada kebenaran yang pahit... 

"Qulil Haq walau kaana murran"...pergi tanya Ustaz apa maknanya...heh!

PANASSS..!!! BUKTI PAS KAKI MELALAK LAGU TAK HENGATTTT..!!!



Bila kami bagitau puak-puak PAS ni suka pi karaoke, hangpa kata kami tipu. Hangpa tuduh kami fitnah...Tapi kami ada bukti..!!! Tak caya? Cuba tengok youtube kat atas ni..melalak baik punya..!!!

Dan cuba tengok kat pulak bendera apa yang ada kat studio tu..!!! Tauke studio ni pun sokong PAS jugakkkk..??? Heh! Rock bro..rock kapakkkk...melalak sampai tak hengattttt..!!! Heh!

Aku tertanyat-tanya jugak...apa pulak fatwa PAS pasal perangai suku-sakat dia kat atas nihhh...heh!

LAWAK PAGI INI...ANTARA 3 TOK LEBAI PAS, SIAPA YANG ABBY PILIH...? @abby_abadi112


Adehhhh... Baru masuk PAS 2 - 3 hari, dah ada tok-tok lebai PAS yang dok "phewwwiiitt" kat Abby...

Amacam Abby? Nak jadi bini sapa nihhhh...?

Yang sorang tu dah tua dahhh...22 tahun jadi MB...dia nak jadi MB sampai mati...Abby berkenan?

Yang sorang lagi tu memegang rekod Ahli Parlimen paling bengap...SRP pun tak pass..!!! Abby nak?

Yang sorang lagi tu terkenal menyebabkan penceraian, anak tak ngaku mak bapak, mak bapak tak ngaku anak dan solat dua imam..hanya kerana "amanat keramat"nya...Abby suka kat dia..?

Kalau ketiga-tiga tok lebai PAS ni masuk meminang Abby, yang mana satu Abby pilih...? Heh!

P/s: Bermadu la Abby lepas nihhhhh...heh!

Thursday, July 26, 2012

PERHATIAN KEPADA BLOGGER PAS KEDAH, KEDAH LA DAN ANGKATAN PERANGNYA..!!! JUGA KEPADA SEMUA PEMINAT POLITIK KEDAH..!!! #TukarKedah





Agak serius juga dakwaan dari blog pro-PAS/Pakatan Haram, Kedah La, yang kononnya kami, TEAM MEDIA KEDAH, menyiarkan posting-poting berbaur fitnah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini...


Sebagai umat Islam, saya tahu hukum menabur fitnah, apatah lagi di bulan yang mulia ini. Namun, 

Blog tersebut mendakwa kami memfitnah pemimpin dan Kerajaan PAS Kedah mengenai isu balak di Gunung Inas, balak yang dicuri pihak tertentu di Pendang, dan terbaru mengenai projek-projek bernilai jutaan ringgit yang dipercayai diberikan kepada keluarga terdekat MB Kedah, Azizan Razak.


Selain itu, kami juga dituduh pergi ke Danoq mengambil gambar pusat hiburan di sana dan pulang memfitnah Kerajaan PAS Kedah dengan mengatakan bahawa pusat hiburan itu berlaku di Kedah.

Namun, bagi satu isu mengenai kononnya Sanusi Setpol disiasat SPRM berkaitan rasuah RM1.3 juta, kami tegaskan bahawa TMK tidak terlibat dalam dakwaan tersebut. Isu tersebut didakwa SEBUAH BLOG YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN TMK.

Lagipun, maklumat yang kami terima bahawa Sanusi tidak disiasat oleh SPRM. Hanya seorang dua KCS yang telah disiasat SPRM. Kami tak cover isu tersebut dan kami tak tahu detailnya...

Sebenarnya, kami sudah membongkar dan mengulas kebenaran mengenai isu-isu tersebut. Gambar-gambar dan modus operandinya sudah pun dibuktikan.

Untuk isu balak di Gunung Inas, rasanya memang jelas bahawa Kerajaan PAS Kedah melanggar undang-undang dan tiada EIA bagi projek "rompak" balak seluas 5,000 hektar di hutan simpan itu. Kalau tidak, takkanlah Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian arahkan projek gondolkan balak di situ dihentikan sehingga selesai siasatan, kan?
Wakil Jabatan Hutan Negeri Kedah
Pengarah JAS Kedah




Lagipun, kami turun padang ke sana berhari-hari. Dan dalam kepayahan, kami masuk ke hutan simpan itu walaupun dikatakan bahaya dan diancam oleh pihak-pihak tertentu...


Mengenai isu balak yang dicuri di Pendang, saya sendiri pergi ke kawasan tersebut hasil aduan beberapa hamba Allah yang melaporkan isu berkenaan. Hasilnya, memang ada bukti bergambar yang menunjukkan wujudnya kes balak dicuri pihak tertentu di Bukit Perak.



Sila masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak dan lihatlah sendiri. Jika tidak silap saya, Ahli Parlimen PAS Pendang, Dr. Hayati dan Renjer Perhutanan pernah mengesan isu kecurian balak di situ sebelum ini. Sila tanya Dr. Hayati.

Apa yang dipersoalkan ialah sikap lepas tangan PAS yang membiarkan balak-balak bernilai tinggi itu dicuri. Bukannya kami tuduh PAS curi balak di Pendang. Yang terasa sangat tu apsal? Lain la kalau betul-betul hangpa yang curi..! Heh!

Pasal projek-projek mewah yang dipercayai telah diberikan kepada keluarga Azizan Razak tu, rasanya blogger TMK, Kedah Ke KL dah sebut nama syarikatnya. Aku ulang nama syarikat, Paksi Sempena dan Quartzcity Global. Tak payah tipu pasal Board OF Director syarikat-syarikat tu sebab kami tahu siapa dibelakangnya...heh!

Aku dah cabar Sanusi Setpol pasal tu. Kalau dia rasa dia nak selamatkan reputasi Azizan Razak, atau cuba menegakkan benang yang basah, sila sahut cabaran aku. Sebagai Setpol MB, memang tu kerjanya. Lainlah kalau nak kerja dengan MB Kedah yang "baru"...heh!

Aku bagi satu tips lagi kat Sanusi Setpol..."Sila cari di PMBked...heh! Alaaa..MBI tu laaaaa....". Ni aku tolong ni....heh!

Paling best ialah cerita pusat hiburan House Bar kat Alor Mengkudu tu..!!! Heh! Dah memang jelas blogger PAS Kedah FITNAH kami..!!! Aku dan kawan-kawan aku tak payah pergi ke Danoq punnn..!



Sebenarnya, memang aku tak pernah ke Thailand seumur hidup. Kawan-kawan TMK gelak kat aku sebab aku buktikan aku tak pernah ke sana. Ye la..dah memang betul aku tak pernah ke Siam. Nak cakap apa lagi??? Heh!

Aku tegaskan, aku tak pergi ke Danoq dan gambar-gambar yang kami siarkan tu bukan dirakam di sana. Faktanya, gambar-gambar itu kami ambil dari FB House Bar sendiri..!!! Heh! Kat Kedah pun dah ada Danoq. Buat apa buang duit kami, masa dan tenaga kami ke sana??? Heh! Ingat perangai kami macam perangai tok-tok lebai PAS yang suka ke sana tu kaaaa..??? Heh!


Jadi, siapa yang fitnah sekarang? TMK yang fitnah atau Kedah La yang fitnah? Heh! Kedah La yang berak tengah jalan, tapi kami pulak yang dituduh..!!! Patut ka lagu tu? Aku nak pesan kat blogger Kedah La..KALAU NAK BLOGGING PUN, BLOGGING LA CARA ISLAM..!!! Heh!

Kami TMK diajar oleh Islam yang kami pegang untuk tidak menabur fitnah. Kami diajar oleh Rasulullah SAW untuk berpegang pada haq dan menentang kebatilan. Kami bertindak dan berjuang demi membongkar penipuan demi penipuan yang dilakukan PAS Kedah dan konco-konconya...

Selama ni blogger pro-UMNO/BN agak kurang menyerang PAS Kedah secara berterusan dan efektif. Jadi kami bersatu sesama kami untuk mendedahkan segala penipuan, penyelewengan, salah laku, salah tadbir dan dasar PAS serta para pemimpinnya yang TAK BUAT KERJA CARA ISLAM..!!!


Perjuangan kami belum selesai. Nantikan lagi pendedahan dan edisi bongkar kami yang seterusnya selepas ini...heh! Siap la hangpa puak-puak "katak hijau yang nak melompat ke Putrajaya". Tak takut kena tindih kereta keeee..??? Baru sampai KL, dah kena tindih dengan kereta kat Highway Sg Besi..heh!

Yang pentingnya, kami dengaq nasihat Ustaz Azizan...KAMI BUAT KERJA CARA ISLAM..!!! HEH!


LAWAK PAGI INI...ISSSHHH...!!! TAK SANGKA ROSMAH BUAT KERJA NI PEPAGI HARI DI BULAN POSA...!!!


OOoooo...ini kerjanya Datin Seri pagi-pagi hari di bulan posa ni yerrr..??? Ishhhhhh...!!!

Rasanya tak senang duduk la puak-puak PAS tengok gambar ni....

Mungkin ada pulak yang kata gambar ni fitnahhhh...superimposed..!!! Heh!

Agak-agak perlu tak kita hantar gambar ni ke luar negara untuk disahkan kesahihannya?

99% Datin Seri Rosmah atau 99% Anwar Berahim...??? Heh!

Wednesday, July 25, 2012

PEDASSSS BERAPIII..! MAHFUZ TAK SEDAR DIRINYA LIABILITI UTAMA PAS..!!!?

mahfuz1

Kisah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, yang suka berkata-kata tanpa menggunakan akal fikiran yang waras sememangnya telah diketahui ramai. Meskipun begitu, dia tidak pernah sedar tentang kecacatan dirinya itu dan terus-menerus melontarkan kebodohannya untuk diketawakan rakyat.

Terbaru, Mahfuz mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak “not in control”. Terkejut juga mendengar Mahfuz bercakap menggunakan bahasa Inggeris! Mungkin dia ambil kursus intensif bahasa Inggeris baru-baru ini? Itu pun “rojak”!

Mahfuz menuduh kononnya Najib tidak mampu membuat keputusan sendiri dan dibayangi oleh dua tokoh yang kononnya lebih superior iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Dia membayangkan bahawa Tun Dr. Mahathir masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan alasan kononnya kroni-kroni negarawan itu dikurniakan projek-projek mewah.

Selain itu, Mahfuz menyatakan bahawa kononnya Muhyiddin mahu PRU ke-13 berlangsung pada tahun ini dan bertentangan dengan kehendak Najib yang dikatakan mahu mengadakan PRU ke-13 pada tahun depan.

Begitulah Mahfuz dengan “otak udang”nya. Dia tidak sedar bahawa dia sedang berjaya dicelarukan oleh kebijaksanaan Najib!

Mahfuz cuba memcetus persepsi dengan melaga-lagakan Najib dengan Tun Dr. Mahathir dan Muhyiddin sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang dikatakan itu sama ada benar atau tidak. Ia sekadar persepsi bodoh orang yang tidak lulus SRP…

Benarkah kroni-kroni mantan Perdana Menteri itu dikurniakan projek-projek mewah? San Miguel? Exxon Mobil? Petron Malaysia? Cuba dikaitkan dengan Mokhzani?

Rasanya Mahfuz boleh upah mana-mana pencacainya untuk melawat website-website syarikat yang dikatakan milik Mokhzani itu dan lihat sendiri sama ada nama anak mantan Perdana Menteri itu tersenarai sebagai salah seorang board of director atau tidak.

Selanjutnya, Mahfuz boleh upah “private investigator” untuk merisik sama ada Mokhzani memiliki syarikat-syarikat tersebut atau Mahfuz sendiri yang hanya dengar cakap-cakap kedai kopi yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Peliknya, tak malu betul seorang Naib Presiden parti yang kononnya berjuang atas nama Islam suka menabur fitnah di bulan Ramadhan ini…kan?

Berkaitan tuduhan Mahfuz mengenai kenyataan Muhyiddin yang kononnya bertentangan dengan kenyataan Najib, rasanya Naib Presiden PAS itu tidak punya akal seorang lelaki mumayyiz untuk berfikir.

Siapa Perdana Menteri? Najib atau Muhyiddin? Sudah tentulah Najib! Dari itu, sudah tentulah tarikh PRU ke-13 terletak ditangan Najib! Biar siapa pun yang umumkan tarikh PRU ke-13 selain Perdana Menteri, maka bolehkah individu itu membubarkan parlimen?

Pada pandangan saya, lebih teruk Mahfuz mendesak mahu Najib mengumumkan tarikh PRU ke-13, makin teruklah juga dia dipermainkan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya itu.

Kalau lebih teruk Mahfuz dipermainkan oleh kedua pemimpin utama negara itu, saya risau juga jika rakyat di Pokok Sena akan kehilangan Ahli Parlimen mereka akibat tekanan mental dan kecelaruan pemikiran tahap 12!

Justeru itu, saya merayu kepada Mahfuz untuk mengambil inisiatif bertemu dengan pakar jiwa untuk menenangkan tekanan dalam “kepala otak”nya.

PAS juga perlu mengambil peranan untuk melaksanakan dasar “tutup mulur Mahfuz” segera. Bukan apa, lebih banyak Mahfuz bercakap, makin teruk dia tunjukkan kebodohan dirinya dan PAS. Mahfuz tidak sedar dirinya adalah liabiliti utama untuk PAS!

Sumber: Mykmu.net

RAFIZI RAMLI "KEBETULAN" TERRRR..FITNAH PM DI BUKAN RAMADHAN...?

rafizi

Saya fikir, sebagai seorang anak muda yang dikatakan “well educated” dan berpengaruh di dalam PKR, Rafizi Ramli menghormati bulan Ramadhan dan menghindarkan diri dari menabur fitnah seperti amalan kebiasaannya.

Malangnya, meskipun mengaku beragama Islam dan berpuasa, dia masih juga tidak dapat meninggalkan perangai buruk yang dipelajarinya dari mentor merangkap “abang terangkat”nya, Anwar Ibrahim dan memfitnah Perdana Menteri.

Sebelum ini, kecoh di pentas-pentas ceramah mengenai dakwaan Rafizi yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya telah menyalahgunakan kuasanya dengan bertindak campur tangan di dalam kontrak lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang.

Dalam tuduhannya yang dicanang di serata ceruk negara, Najib bertanggungjawab dalam satu penyalahgunaan kuasa dengan memberikan projek berkenaan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

Tapi, setelah mendengar penafian tegas dari Perdana Menteri dan syarikat yang dikaitkannya itu, Rafizi terus membuat kenyataan bahawa kenyataannya itu lebih kepada sifat “bertanya” mengenai sesuatu yang berkait dengan kepentingan awam!

Kebetulan? Kebetulan melemparkan fitnah kepada Perdana Menteri?

Saya ingin bertanya kepada Rafizi yang kononnya “berguru” dengan seorang “Pak Syiekh” itu, apakah dia boleh jawab di depan Allah SWT nanti di Padang Mahsyar bahawa fitnahnya terhadap Datuk Seri Najib hanyalah satu kebetulan?

Jelas sangat dia menabur fitnah! Apakah dia fikir dia boleh lepas dengan dosa fitnah begitu saja di depan Allah kelak? Sudahlah begitu, Rafizi langsung tidak memohon maaf atas tohmahan yang dilakukannya itu!

Mungkin Rafizi cukup bernasib baik memandangkan Perdana Menteri begitu ehsan dan tidak bertindak menyamannya di mahkamah.

Namun saya percaya bahawa dosa fitnah sudah tentu “tidak makan dek saman” bila di depan Allah nanti selagi dia tidak memohon maaf kepada Najib.

Pada pandangan saya, sebagai umat yang mengaku Islam, Rafizi perlu meminta maaf secara terbuka atas fitnahnya terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

Selain itu, Rafizi juga perlu “tawaf” ke seluruh negara mengadakan “roadshow” untuk membersihkan nama Datuk Seri Najib yang ditohmah sesuka hatinya di pentas-pentas ceramahnya itu. Kemudian, Rafizi perlu bertaubat agar tidak melakukan dosa fitnah lagi.

Sewajarnya, sebagai seorang anak muda yang berpelajaran tinggi, Rafizi perlu berfikir secara waras tentang mentornya, Anwar Ibrahim, yang banyak mengajarnya menabur fitnah, tohmahan, persepsi kebencian dan amalan berbohong setiap hari.

Rafizi perlu belajar dengan mereka-mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu dan kini menjauhkan diri dari “Pak Syiekh temberang” itu. Pergilah jumpa Zulkifli Noordin, Ezam, Zahrain dan pengasas Keadilan yang dulu bermati-matian kerana Anwar.

Bekas Pengarah Strategi PKR ini juga perlu belajar sejarah dan latar belakang Anwar yang “gelap gelita” serta sama sekali tidak normal berbanding tabi’i fitrah kejadian manusia.

Bukan apa, usia Rafizi masih muda dan sayang sekali untuk disia-siakan dengan pembohongan mimpi “16 September” dan digula-gulakan dengan jawatan dunia. Berjuang memang bagus, namun ingatlah sama tentang perjuangan akhirat…

Ingat Rafizi! Jangan fitnah orang lagi dan periksa dulu fakta sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan atau anda akan dituduh “syababul mufsidun” yang merosakkan pemikiran generasi akan datang. Wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

TERKINI...!!! NASRUDIN TANTAWI CABAR KARPAL BERDEBAT..???!!!

nasrudin karpal

Nampaknya kedunguan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mungkin dia semakin teruk setelah disergah dengan hujah-hujah ilmiah oleh Presiden Sekretariat ILMU, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jayaha baru-baru ini.

Semalam, Nasrudin mempertahankan dua fakta debatnya bersama ilmuan muda Islam itu dan menegaskan bahawa Presiden DAP, Karpal Singh serta parti sekutunya itu sedia berkompromi mengenai perlaksanaan hukum hudud.

Fakta kedua yang dipertahankan Nasrudin pula ialah mengenai dakwaannya yang menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti “dominan” di dalam Pakatan Haram!

Malah dia yang tidak berpuas hati dengan pertikaian mengenai “fakta-fakta”nya itu mencabar mana-mana pihak untuk menganjurkan debat kali kedua antaranya dengan Ustaz Fathul Bari!

Terus terang saya katakan bahawa apabila mengetahui mengenai “penegasan fakta-fakta” oleh Nasrudin itu, saya di antara mereka yang ketawa berdekah-dekah melihat kebodohan Ketua Dewan Pemuda PAS itu.

Benar-benar saya tidak menyangka seorang yang dikatakan “ustaz berkaliber” dan dijangka menjadi calon PAS pada PRU ke-13 nanti boleh menunjukkan tahap IQ yang begitu rendah dan dangkal mengenai “fakta-fakta”nya.

Apakah Nasrudin pekak, bisu, tuli atau buta huruf untuk membaca kenyataan Karpal Singh yang membidas secara spontan dan tidak berpuas hati dengan kenyataannya mengenai soal DAP berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud!

Suatu masa dahulu, Karpal pernah mencabar mana-mana pihak untuk melangkah mayatnya sekiranya mahu melaksanakan hudud di Malaysia. Atau mungkin Nasrudin belum lahir lagi ketika itu?

Atau tidakkah Nasrudin membaca laporan NST yang menyatakan bahawa Karpal begitu marah dengan kenyataan sesuka hati Ketua Dewan Pemuda PAS itu yang kononnya Karpal dan DAP sanggup berkompromi mengenai perlaksanaan hudud sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya?

Apa punya jenis manusialah Nasrudin ini. Sudah terang lagi bersuluh. DAP bertegas tidak mahukan hudud, apakah susah benar untuk Nasrudin memahami kenyataan Karpal tersebut?
Inilah yang dikatakan “tak reti bahasa”!

Lebih menggamatkan ketawa saya ialah mengenai kononnya PAS adalah parti dominan di dalam gabungan pembangkang itu. Rasanya, kalau disampaikan pada Datuk Dr. Hasan Ali mengenai kenyataan Nasrudin ini, berkemungkinan beliau akan ketawa guling-guling di hadapan rumahnya!

Kalau dilihat di Selangor dan Pulau Pinang, PAS bagaikan “melukut ditepi gantang”! Layaknya PAS bagaikan “hidup segan mati tak mahu”! Hasan Ali contohnya dipecat bagai “anjing kurap” atas “arahan” Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Di Pulau Pinang, sebelah mata pun Guan Eng tak pandang PAS!

Kalau di Kedah dan Kelantan pula, PAS dikawal oleh Pakatan Pembangkang di peringkat pusat. Pentadbiran Azizan yang serba tidak tahu itu dikawal sepenuhnya oleh PEMANDU yang rata-ratanya pro-PKR dan DAP!

Di Kelantan pula tak payah ceritalah. Rasanya, Nik Aziz itu seolah-olah sudah menjadi boneka Husam Musa yang rapat dengan Anwar dan golongan Anwarinas semakin menghakis golongan pro-ulama PAS di negeri itu.

Macam itu Nasrudin boleh katakan bahawa PAS itu parti dominan di dalam gabungan Pakatan Haram? Nasrudin berminat menyertai program realiti Maharaja Lawak?

Rasanya, tak payahlah Nasrudin mencabar lagi Ustaz Fathul Bari untuk berdebat kali kedua. Risau juga nanti kalau-kalau Dewan Pemuda PAS kehilangan Ketuanya yang semakin mengarut dengan “fakta-fakta” tahap tidak siuman itu.

Kalau Nasrudin mahu sangat berdebat, patutnya Ketua Dewan Pemuda PAS itu berdebat saja dengan Karpal Singh mengenai perlaksanaan hudud. Itu pun kalau Nasrudin ada “telur”lah!

Kalau tak ada “telur”, lebih baik dia saja dan tunggu Karpal mati. Sekurang-kurangnya, Nasrudin mungkin berpeluang untuk melangkah mayat Karpal Singh. Itupun kalau dibenarkan Gobind, anaknya. Atau tunggu saja hingga Nik Aziz selesai buat kajian draf hudud, itu pun kalau dia reti la…

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIFFF..!!! SETPOL MB KEDAH SANUSI MD NOR DICABAR BLOGGER TEAM MEDIA KEDAH..!!!


Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada Setpol MB Kedah, Tn Hj. Sanusi Md Nor yang sudi "menjawab" cabaran saya. Rasanya, bukan mudah untuk seorang yang berjawatan tinggi dan hebat di opis berhawa dingin untuk menjawab persoalan dari seorang blogger kecil seperti saya...

Tn. Hj. Sanusi menyatakan saya "bodoh". Saya mengaku bahawa ilmu saya sangat sedikit untuk dibandingkan dengan ilmu Allah. Namun percayalah, sepandai-pandai Tn Hj Sanusi, pandai lagi orang lain. Maka jatuhlah kedudukan Tn Hj Sanusi sebagai orang "bodoh" juga seperti saya...

"Sedap" juga bahasa Tn Hj. Sanusi ni. Saya ingat penganut agama PAS tak maki hamun orang. Namun saya silap. Rupanya ajaran agama PAS menggalakkan umat PAS memaki hamun. 

Maafkan saya kerana lupa bahawa penganut agama PAS berpenghulukan kitab suci "Shit!" karangan Shahnon Ahmad sebagai pegangan...


Berbalik kepada isu yang saya utarakan, Tn Hj Sanusi bertanya...
"Mula2 kita tanya dulu projek apa? Buat apa dimana? Berapa nilainya...esok kita suruh dia namakan penerima projek tu pulak...jgn pulak umno lebih lekeh dr gerakan...kheng liang ada juga dokumen walaupun draf."
Rasanya, belum masanya untuk saya jawab lagi semua soalan itu lagi.

Projek apa? 

Biarlah saya rahsiakan dulu. Tn Hj Sanusi pergilah periksa projek-projek membabitkan Kerajaan PAS Negeri Kedah sejak memerintah Kedah pada tahun 2008 sehingga sekarang. Ada tak projek yang mempunyai ciri-ciri yang saya ceritakan...

Jika ada, tolong sembunyikan segera. Bukan apa...saya takut terlepas ke tangan orang pula. Tapi periksalah satu persatu. Sudah tentu ada yang diberikan kepada keluarga MB Kedah. Tapi masa dah "kantoi" tu jangan tipu diri sendiri pulak! Heh!


Buat dimana? 

Buat di dalam Kedah la bro...! Heh! Takkan projek tu kat Nicaragua pulakkk..heh! Teruskan check satu persatu...heh!
Berapa nilainya? 

Nilainya saya dah beritahu anggarannya...cari la sendiri bro. Rajin la sikit buat kerja tu. Harap bro dapat bersihkan nama Ustaz Azizan Razak. Tu pun kalau boleh laaaaa...Heh!
Nama penerima projek?

Identiti penerima projek pun saya dah beri bayangan. Teruskan periksa fail-fail projek tu...heh! Jangan berhenti bro...! Takut malu bro nanti...heh!

Berkenaan bukti berdokumen tu, Tn Hj Sanusi jangan risau. Percayalah, insyaAllah saya akan meminta Allah bongkarkan dokumen-dokumen tersebut. Bukan setakat draf lagi bro...dah "jalan" dahhhhhh...! Heh!

Saya cabar Tn Hj Sanusi untuk periksa semua projek-projek yang pernah diberikan kepada keluarga MB. Yang mana satu? Aik? Banyak benar ke yang PAS Kedah dah bagi kat keluarga Ustaz Azizan? Heh! Cari bro...cariiiiii...!

Saya dengan rendah diri memberikan TEMPOH sehingga SEHARI SELEPAS HARI RAYA PUASA 6. Maknanya, kira-kira seminggu selepas hari pertama Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Saya fikir, tempoh tersebut adalah adil memandangkan saya memberikan tempoh yang agak lama untuk Tn Hj Sanusi semak satu persatu fail-fail berkenaan. Dalam masa yang sama, saya akan terus bertanya dari masa ke semasa memperingatkan cabaran saya pada Tn Hj Sanusi...

Sekiranya Tn Hj Sanusi gagal, maka bersedialah untuk menerima sebarang kemungkinan berkenaan dokumen-dokumen tersebut. Jadi, saya harap Tn Hj Sanusi berusaha membersihkan nama Ustaz Azizan dari dikotorkan oleh "orang-orang PAS" sendiri..! Heh!

Harap cabaran saya ini tidak spoil sambutan Hari Raya Aidilfitri Tn Hj Sanusi nanti...heh!

P/s: Bro Sanusi, PTG kata bro tertinggal "cheque" kat opis depa. Dah lama dah..."cheque" tu katanya ada lagi kat opis PTG...bila nak pi ambik, bro? Err..."cheque" apa tu..??? Heh!!!

FAKTA: IHH BAKAL JADI PRODUK KEBANGGAAN MALAYSIA..!



Kalau kita tengok peta dunia, Malaysia ni kecik je, kan? Tapi, rasanya siapa pun tak sangka sekecil-kecil Malaysia, negara ini mampu memiliki rangkaian perubatan swasta terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Kecil...tapi hebat!

Hakikatnya, itulah kedudukan tanahair kita sekarang dan ia dijangka cukup dicemburui oleh pihak-pihak tertentu yang suka memburuk-burukkan Malaysia. Rasanya rakyat mampumenilai sama ada nama Malaysia yang busuk atau pihak “itu” yang busuk hatinya...

Saham-saham IHH Healthcare Berhad (IHH) yang pertama seumpamanya di rantau benua ini secara rasminya didagangkan di Bursa Malaysia dan Singapura dan bakal membuka lebaran prospek baru ke arah negara yang lebih maju kehadapan.

Apa benda IHH ni?

IHH sebenarnya ialah sebuah syarikat pengendali rangkaian perubatan swasta yang dikuasai Khazanah yang mula diniagakan hari ini pada harga tawaran RM2.80 sesaham dan S$1.113 dengan jumlah sebanyak 2.23 bilion saham.

Menariknya, jumlah saham tersebut merupakan tawaran yang kedua terbesar dan tertinggi di Malaysia selepas saham FGVH (Felda) dan adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas jumlah saham Facebook!
Dari itu, dijangka kewujudan IHH bakal menyaksikan Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang memainkan peranan utama di dalam sektor perkhidmatan perubatan di dunia! Siapa yang tak bangga bebbb..!

Bercakap mengenai saham dan perubatan, saya pasti kedua perkara ini sangat menarik rakyat, khususnya masyarakat Cina, yang sangat mementingkan tentang kewangan dan kesihatan diri serta keluarga.

Sebab itu kita boleh lihat begitu ramai rakyat yang sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk membayar insuran kesihatan dan begitu juga saham-saham terbitan baru (IPO) yang diterbitkan GLC atau kerajaan. 

Jika tidak, takkanlah PKNK nak beli saham FGVH sampai 500,00 unit, bukan? Tapi kerana terlalu cintakan politik, MB Kedah suruh jual balik saham tu walaupun dia tahu saham-saham FGVH tu mampu menjana keuntungan ratusan ribu ringgit. Itu“otak”pembangkang...

Saya percaya, majoriti rakyat sudah tentu akan berbangga melihat Khazanah, sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia yang bakal menguasai pasaran pengendali pusatkesihatan kedua terbesar dunia, hanya satu tangga di belakang Hospital Corporation, Amerika Syarikat.


Tahun lalu,negara mencatat keuntungan melebihi sasaran dengan mencatat pendapatan sebanyak RM511 juta dari bidang perubatan pelancongan dan rekod sejak Januari hingga Mei tahun ini menunjukkan Malaysia berjaya memperoleh sebanyak RM200.4 juta dari sektor itu.

Cuba bayangkan dalam masa beberapa tahun lagi, berapakah bilion ringgitkah yang bakal dijana Khazanah dan Malaysia dari IHH pada masa akan datang?

Selain itu, melalui langkah bijak Khazanah tersebut, IHH dijangka akan berjaya memikat rakyat-rakyat Malaysia yang bekerja sebagai doktor-doktor pakar diluar negara untuk pulang menawarkan perkhidmatan mereka di negara ini.

Lebih menarik lagi, masalah kekurangan doktor pakar di tanahair pasti akan selesai dan pada masa yang sama IHH akan menjadi sebuah “universiti” paling praktikal untuk melatih lebih ramai doktor pakar serta bakal doktor.

Saya tidak pasti sama ada pihak pembangkang sama ada dari DAP, PKR atau PAS mampu memikirkan soal pembangunan industri perkhidmatan perubatan sehebat ini. 

Maklumlah, Khalid nak uruskan air untuk kegunaan rakyat Selangor pun mereka gagal! Apatah lagi Kerajaan PAS di Kedah, projek ikan keli pun boleh “bungkus”?! 

Di Pulau Pinang pula DAP sedang sebok memikirkan cara apa lagi untuk “menghalau” Melayu dan India keluar dari pulau itu. Di Kelantan pula tak payah cakaplah, Nik Aziz sebok berceramah dan mengeluarkan fatwa karut-marut demi menghidupkan survival politik PAS.

Mungkin tidak pernah terlintas di “kepala otak” mereka tentang cara menjana pendapatan yang menguntungkan bagi jangka masa pendek dan panjang. 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, ceramah politik saja dalam otak mereka...


 Pada saya, rasanya tidak perlu sebut nama sesiapa berhubung tindakan genius melancarkan IHH ni. Nanti ada pulak orang kata “masuk bakul, puji PM”! Apapun, saya fikir rakyat sudah bijak untuk menilai tentang fakta ini. Ternyata, Najib lebih berkualiti berbanding pihak “itu”, kan? Heh!

URGENT UNTUK SANUSI MD NOR DAN PEMBACA LAIN YANG BERMINAT NAK TAHU....


Makluman terkini untuk Bro Sanusi Md Nor....

"Bingkisan" tu tak sempat lagi untuk saya tulis buat masa sekarang...

Namun, jangan takut...tunggu je pukul 4.09 petang ni kat blog saya ni...

Kali ini insyaAllah..."bingkisan" tu akan sampai jugak petang ni...Heh!

Sorry la pasal ni...tapi raanya ini peluang untuk Bro Sanusi tarik napas dalam-dalam...kan?

Ingat bro...ditunda pada jam 4.09 petang ni...! Heh!

PENGUMUMAN UNTUK SETPOL MB SANUSI MD NOR..!!! ADA "BINGKISAN" UNTUK ANDA...


Perhatian kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Tn Hj Sanusi Md Nor. Saya ada "bingkisan" buatnya hari ini...

Jadi, saya meminta Bro Sanusi bersedia di depan PC/Notebook/Tablet/Blackberry/Iphone/Smartphone atau apa saja gadjet asalkan ada INTERNET dan sila nantikan "bingkisan" dari saya untuknya di blog ini...

Masanya tepat pada jam 12.09 tengahari ni. InsyaAllah kalau tiada sebarang perubahan yang tak dapat dielak...

Itupun kalau Setpol MB tu berani dan sanggup sahut cabaran untuk selamatkan Ustaz Azizan laaaa..Heh!

Apa pun terserah kepada Bro Sanusi kita yang "bijak pandai" tu..heh!

Apa isi "bingkisan" tu? Tungguuuu...!!! Heh! Jam 12.09 tengahari ni...

LAWAK PAGI INI...ANWAR TERGAMAK SONTOT BONTOT KUDA...???


Adehhhh...!!! Nampaknya ada orang kantoi pakai duit judi lumba kuda...??? Heh!

Sapa tu? 

Marah benar dia nampaknya....

Jangan sampai dia sontot bontot kuda tu sudah laaaaa...!!! Heh!

Terdesak sangat keeeee...??? Desperado...

Tuesday, July 24, 2012

PEDASSS..!!! FITNAH 10 TAHUN, BILA PAS NAK MINTAK MAAF PADA ROSMAH..???

ScreenHunter_179 Jul. 24 03.12



Rasanya lebih dari 10 tahun fitnah ini meniti dibibir para pemimpin dan penyokong Pakatan Haram, khususnya para penganut agama PAS. Lebih dari 10 tahun itulah mereka menjaja dosa yang terkutuk dan lebih teruk dari dosa membunuh.

Ketika mereka menyampai fitnah tersebut, boleh dikatakan tidak ada sekelumit pun perasaan bersalah atau berdosa kepada mangsa yang difitnah. Tohmahan itu dijaja di segenap pelusuk negara tanpa memikirkan balasan neraka atau syurga…

Itulah yang berlaku kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi sudah difitnah sebelum suaminya menjawat jawatan Perdana Menteri lagi. Dan fitnah itulah yang ditelan oleh “wanita besi” itu dengan tabah demi menjaga maruah suaminya yang tercinta…

Kira-kira lebih 10 tahun yang lalu, timbul dakwaan dari pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Datin Seri Rosmah adalah bekas isteri kepada pembaca berita Dunia Jam 10 yang terkenal di RTM, Farid Ismeth Emir.

Dari mana sumbernya pun saya tidak tahu dan tiba-tiba timbul dakwaan yang tidak berasas langsung itu. Tapi, takkanlah cerita-cerita seperti itu akan timbul dari kanak-kanak sekolah di Tadika Kemas pula.

Rupa-rupanya, ini semua kerja pembangkang. Ketika itu, tiada siapa menyangka bahawa Datuk Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah diserang hanya semata-mata kerana bersuamikan seorang pemimpin kanan UMNO/BN.

Sejak itulah fitnah tersebut tersebar luas dan meniti dibibir rakyat, khususnya pak-pak lebai dan mak-mak aji PAS yang sememangnya gemar dengan gosip-gosip yang berkaitan hal “dalam kain” orang. Apatah lagi ia berkaitan musuh politik mereka!

Dan selama itulah dosa fitnah itu berkisar sehingga sebati di kalangan rakyat. Datin Seri Rosmah dilihat hanya bersabar dan berdiam diri, serta menyerahkan segalanya kepada Allah SWT berkenaan fitnah tersebut.

Agak susah juga untuk bersabar dalam tempoh selama 10 tahun. Rasanya, kalau Zuraida “Mak Lampir” yang difitnah begitu, sudah tentu dia akan meroyan bagai orang gila talak dan menyalak ke sana ke mari..!

Tiba-tiba, baru-baru ini Farid Ismeth tampil menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai fitnah terhadap Datin Seri Rosmah yang dikaitkan dengan dirinya itu. Rasanya macam nak terbalik serban puak-puak PAS yang selama ini menjaja tohmahan tersebut!

Peliknya, tiada seorang pun di kalangan mereka yang tampil memohon maaf secara terbuka kepada Datin Seri Rosmah, suami dan keluarganya, atau pun kepada Farid Ismeth, isteri dan keluarganya!

Lebih pelik lagi, lidah rasmi PAS, Harakahdaily menyedari mengenai penafian Farid Ismeth mengenai fitnah tersebut dan menyiarkan laporan berita mengenai penafian itu di laman webnya semalam!

Sesungguhnya, sekiranya para pemimpin PAS dan para penyokongnya benar-benar mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, sudah tentu penafian tersebut akan menyedarkan mereka dan pastinya merekalah orang pertama yang akan memohon maaf secara terbuka.

Malangnya, biarpun tahu mereka berdosa kepada dua keluarga muslim berkenaan, hati mereka tidak terbuka untuk menyatakan permohonan maaf mereka kepada mangsa-mangsa mulut busuk mereka itu.

Mungkinkah hati puak-puak tukang fitnah seMalaysia itu sudah begitu hitam dan sangat susah untuk disental untuk menanggalkan kekotorannya yang jijik bernanah itu?

Rasanya, “tiket syurga” milik mereka tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Silap haribulan, menjawablah mereka di depan Allah kelak di Padang Mahsyar atas fitnah jahat itu dan mungkin juga “tiket ke syurga” itu akan bertukar tangan menjadi milik isteri Perdana Menteri!

Benarlah Ramadhan adalah bulan keberkatan dan kebenaran. Fitnah berusia lebih 10 tahun yang dilemparkan pada Datin Seri Rosmah akhirnya dibongkarkan Allah SWT sebagai sebuah cereka ciptaan pembangkang yang berniat menyerang suami hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Justeru itu, maka benar dan terbuktilah sifat semulajadi PAS yang menghalalkan segala cara untuk memenuhi matlamat dan nafsu serakah politik mereka. Pada PAS, memfitnah pun “dihalalkan”, asalkan hasrat “katak hijau” ke Putrajaya tercapai!

Sumber: Mykmu.net

PEDASSS..!!! PAS BUKAN TEMPAT ULAMA, TAPI TEMPAT TAMBAH BINI DAN MAKAN GAJI BUTA..!!!

derih ahmad

Sebagai bekas Ketua Penerangan PAS Pusat yang turunkan pangkat mungkin kerana selalu merapu, Idris Ahmad, baru-baru ini sekali lagi merapu dengan menyatakan bahawa UMNO kononnya bukanlah tempat untuk golongan ulama dan hanyalah tempat “cari makan”.

Kata Idris Ahmad, UMNO tidak menghargai ulama dan tidak mendengar suara golongan itu dan hanya mengikut telunjuk parti untuk mencari rezeki.

Tapi, dia mengakui dan memberikan nama-nama tokoh agama yang pernah berada bersama UMNO seperti Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad dan Datuk Dr Yusuf Noor yang memiliki ilmu yang tinggi sebagai ulama di dalam UMNO.

Nampaknya Idris Ahmad semakin hari semakin “buta”. Mungkin dia tidak buta matanya, tapi “buta hati” atau lebih tepat lagi “buta kayu” kata orang Melayu.

Sejak zaman berzaman, sejak UMNO mentadbir negara, belum ada satu pun keputusan atau dasar negara yang dilaksanakan didapati bertentangan dengan sumber perlembagaan iaitu Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijma’.

Nak tahu mengapa?

Ini adalah kerana setiap dasar atau perlembagaan negara dikaji berkali-kali, diperbahas di peringkat kabinet dan parlimen, serta ditandatangani oleh Ketua Tertinggi Agama Islam di negara ini iaitu DYMM Yang DiPertuan Agung.

DYMM Yang DiPertuan Agong pula dinasihati oleh jemaah Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan barisan para sahibussamahah Mufti-Mufti yang jauh lebih tinggi ilmunya berbanding Idris Ahmad sendiri, mahupun Majlis Syura ciptaan PAS.

Sudah tentu juga Kerajaan Barisan Nasional juga memiliki Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, iaitu satu portfolio khas untuk menguruskan hal ehwal agama Islam serta dibantu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hujah Idris Ahmad yang mengatakan bahawa UMNO bukan tempat ulama adalah sangat bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh UMNO dan Kerajaan BN.

Misalnya UMNO, Kerajaan BN dan Mykmu.net sendiri saban tahun berkali-kali meraikan, memuliakan dan menganjurkan majlis ilmu bersama para ilmuan Islam yang muktabar dari dalam dan luar negara.

Malangnya, kapasiti dan ilmu yang ada pada ulama PAS agak corot untuk dijemput bersama di dalam majlis himpunan para ulama muktabar yang diikitiraf dunia tersebut.

Apa yang menghairankan, setelah disampaikan cerita dan penjelasan secara menyeluruh kepada para ulama-ulama muktabar yang dijemput, mereka amat kagum dengan corak pentadbiran Kerajaan Malaysia dan mengiktiraf negara ini sebagai negara Islam contoh!

Maaflah kepada para ulama PAS. Sebenarnya umat Islam di negara ini hanya mengiktiraf kemuktabaran para ulama Islam sahaja dan kami tidak mengiktiraf ulama politik PAS yang sanggup menjual nama Islam untuk sesuap nasi!

Sejarah penubuhan PAS menunjukkan betapa parti itu ditubuhkan atas dasar gila kuasa. PAS ditubuhkan selepas Ustaz Fuad tewas merebut jawatan Presiden UMNO, bukan?

Katakanlah Ustaz Fuad ditakdirkan Allah SWT untuk menang bertanding sebagai Presiden UMNO ketika itu, saya fikir sudah tentu PAS takkan wujud dan pak-pak lebai PASlah yang akan bertenggek diatas kerusi empuk sambil menggoyang telur kerana tak tahu buat kerja untuk rakyat!

Saya berikan satu contoh PAS “goyang telur” yang sedang berlaku di dalam kerajaan yang ditadbir oleh parti itu.

Di Kedah, Menteri Besarnya Azizan Razak dan para Exconya satu haram pun tak tahu buat kerja, apatah lagi mahu menjana kewangan dan kemajuan negeri. Buat projek ikan keli pun boleh bankrap! Pandai apa begitu?

Bila wartawan tanya sesuatu kepada Azizan, jawapan paling popular yang diberikan ialah “Saya tak tahu”! Sebagai MB Kedah, apa yang Azizan tahu? Mungkin Azizan hanya tahu tambah isteri dan kerah KCS untuk buat kerja saja kot?

Mengenai para Exconya pula, lagi teruk dari Azizan Razak! Azizan sendiri tidak percaya pada mereka yang lebih sayangkan KCS yang tolong buat kerja untuk rakyat. Exconya hanya tahu berebutkan projek di sana sini.

Sudahlah tidak ada projek di Kedah, berebut projek mesin rumput pun bergaduh sebulan!

Itulah buktinya bahawa PAS merupakan tempat “ulama” PAS buat duit dan mengkayakan diri sendiri. Mungkinkah ulama jenis ini boleh dikategorikan sebagai “ulama us-suuk”? Saya tidak berani menghakimi sifat tersebut. Kita serahkan kepada Allah SWT untuk menilainya.

Justeru itu, saya berpandangan bahawa Idris patut cerminkan mukannya yang hitam itu dicermin lebih lama. Manalah tahu dia akan dapat melihat kelemahan diri sendiri yang cuba dipalitkan kepada orang lain.

Orang lain bersih dan terbukti mendaulahkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, tapi PAS yang hanya mentadbir negeri pun tidak mampu membuktikan bahawa parti itu memperjuangkan Islam sepenuhnya.

PAS hanya tahu mengutuk dan mengecam, tapi tidak tahu membina. PAS hanya tahu komplen sana sini, tapi tak tahu buat kerja. Kalau PAS terus dibiarkan meracun fikiran rakyat, maka meranalah rakyat sebagaimana kami merana di Kedah!

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF TERPANAS DARI KEDAH..!!! AZIZAN BAKAL DITUMBANGKAN BEBERAPA JAM LAGI..???!!!


Sebagaimana yang dijanjikan, aku terpaksa juga ceritakan perkara ni kepada korang semua. Azizan Razak adalah subjek utama dalam cerita aku ni...jadi aku nak korang baca betul-betul...

Sumber aku baru-baru ni ada cerita kat aku tentang cara Azizan bahagi-bahagikan projek Kerajaan PAS Kedah. Khabarnya, projek-projek tu bernilai ratusan juta ringgit..!!!

Nak tahu dia beri pada siapa? Bukan pada Phahrolrazi dan bukan pada Amiruddin. Dan jauh sekali mahu diberikan Azizan pada Hamdan, Ismail Salleh atau Taulan...

Sumber memberitahu bahawa banyak projek mewah dari Kerajaan PAS Kedah telah diberikan kepada adik beradik Azizan sendiri. Banyak wehhh..!!!

Projek-projek berkenaan termasuklah konsesi tarah balak di satu kawasan yang luassss..!!! Heh! Kaya la sapa yang ada pertalian darah dengan Azizan lepas ni...

Selain itu, ada juga projek-projek mewah lain yang diberikan pada saudara-maranya. Heh! Okay la tu...sepenggal PAS perintah Kedah, depa kaut habis sumber alam di Kedah ni bawak balik rumah depaaaa..!!! Heh!

Aku tak sure sama ada Azizan nak mengaku atau tidak. Tapi cuba hangpa pi tanya dia. Heh! Dia berani mengaku tak? Jangan harap la dia nak mengakuuuuu..!!! Biasa laaa...puak-puak PAS kan "telusssss.."!

Aku harap puak-puak PAS kat Kedah, terutamanya cybertroopers PAS kat Kedah ni jangan marah-marah kat Azizan yang membahagi-bahagikan sumber kekayaan di negeri Kedah ni di kalangan keluarganya saja...maklum la..PAS memang perangai lagu tu...heh!

Aku cabar Azizan untuk balas dakwaan aku ni. Tu pun kalau dia boleh bernafas dan tak diserang "heart attack" laaaa...Harap Sanusi Setpol sediakan "strecher" awal-awal...aku risau Azizan tumbang saja...heh!

Amacam? Berani Azizan atau Sanusi Setpol jawab dan sangkal dakwaan aku ni? Heh!

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! CERITA BEST TENTANG AZIZAN RAZAK..!!!


Sebenarnya, aku ada cerita best nak cerita kat korang semua. Rasanya cerita ni akan sedikit sebanyak akan membantu Azizan menuju ke IJN lagi. So aku harap dia bawak ubat dalam poketnya...

Tapi aku terpaksa hold sekejap sebab aku ada hal nak buat tengahari ni...

Tapi jangan risau...InsyaAllah aku akan ceritakan jugak petang ni...!

So...just tunggu depan PC masing-masing dan buka blog aku lebih kurang pada pukul 3 petang ni...heh!

Tak sabar? Heh! Sabar la bro...posa ke tak posa ni...

Kalau nak lebih best, ajak sekali puak-puak kat Wisma Darulaman tu bukak blog aku petang ni..heh!

Semuanya pasal "boss" depa laaaaa....heh! Kantoi bro...kantoi..!!!

BALAK OH BALAK..!!! AZIZAN TAU ROMPAK BALAK SAJA..YANG LAIN TAK TAU..!!!


http://dukeofumno.blogspot.com/

Agak menarik untuk mengikuti perkembangan pertadbiran dan perlaksanaan dasar Kerajaan PAS Negeri Kedah yang tidak dilaksanakan tanpa menghiraukan ketetapan perundangan dan sekaligus tidak dibuat dengan cara Islam, khususnya mengenai aktiviti pembalakan.

Sebagaimana maklum, Islam itu mengutamakan sistem perundangan sebagaimana yang dijelaskan melalui ajaran Rasulullah SAW bahawa Islam itu adalah agama undang-undang dan patuh pada sistem yang melambangkan tamadun manusia itu.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Namun, lain halnya dengan Menteri Besar Kedah dan Kerajaan PAS Kedah yang bertindak dengan cara tidak bertamadun dan mengingkari ketetapan prosedur perundangan aktiviti pembalakan di negeri Jelapang Padi itu.

Di Kedah, Hutan Simpan Kekal Gunung Inas merupakan kawasan hutan yang dipelihara kehijauannya dan ketika pentadbiran BN dulu, aktiviti pembalakan yang dijalankan di situ dikawal ketat oleh Kerajaan Negeri,  Jabatan Perhutanan Negeri dan pihak berwajib yang lain.

Di situ, hanya balak yang matang saja ditebang dan jumlah balaknya sangat terhad bergantung kepada saiz balak yang dibenarkan undang-undang sahaja.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Begitu juga dengan Hutan Simpan Kekal Pedu yang merupakan kawasan hutan tadahan air yang begitu kaya dengan pokok-pokok balak bernilai tinggi dan tidak pernah disentuh oleh 8 Menteri Besar dan Kerajaan BN Kedah sejak merdeka.
Namun malang, setelah PAS mentadbir Kedah, kedua-dua hutan warisan rakyat itu “dibotakkan” selicin-licinnya oleh rejim Azizan Razak dan konco-konconya dengan berselindung di sebalik “Ladang Sejahtera”.
Dalam ertikata lain, mereka gondolkan hutan-hutan simpan itu selicin-licinnya tanpa membiarkan sebatang pokok pun. Pokok kecil atau besar, habis ditarahnya.

Akibatnya, Lata Celak yang menjadi lokasi pelancongan di kaki Gunung Inas terjejas teruk dan tidak lagi menjadi lokasi pilihan. Ia tercemar teruk, mati tidak berpengunjung dan airnya yang dulu jernih diiktiraf antara yang paling bersih di Malaysia telah menjadi keruh serta tidak selamat.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Begitu juga kawasan hutan simpan di Pedu yang menjadi punca sumber bekalan air bersih dan
Dikatakankan bahawa konsesi-konsesi balak diagih kepada syarikat-syarikat kroni secara “direct nego” dan tidak melalui tender terbuka sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Menurut fakta, Azizan telah melibatkan kawasan seluas 15,000 hektar kawasan hutan, termasuk hutan-hutan simpan kekal di Kedah, untuk dijadikan Ladang Sejahtera. Dalam ertikata lain, 15,000 hektar itu akan diratakan tanpa sebarang pokok dan kemudian akan dijadikan ladang getah.

Padahal, Ladang Sejahtera itu hanyalah alasan untuk “merompak” kekayaaan hutan Kedah yang tidak disentuh dan dikawal dengan baik oleh Kerajaan BN Kedah sebelumnya.

Ia adalah satu usaha Kerajaan PAS Negeri Kedah untuk menjana pendapatan memandangkan mereka gagal untuk menarik pelabur masuk ke negeri itu dan membawa pembangunan ekonomi sebagaimana BN dahulu.

http://dukeofumno.blogspot.com/
 
Paling sadis, Azizan memberikan kuasa penuh kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) untuk melaksanakan projek Ladang Sejahtera itu dan bersikap lepas tangan selain memberi kepercayaan penuh kepada CEO dan Exco lantikannya menguruskan segalanya.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Azizan tidak tahu apa-apa mengenai cara perlaksanaannya dan dia begitu mudah ditipu kononnya perlaksanaan projek itu mengikut prosedur dan kehendak perundangan. Padahal, PMBKed tidak mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut Pegawai Perhutanan Negeri, laporan jabatan yang diberikan kepada PMBKed sebenarnya menolak projek tersebut dan menurut Pengarah JAS Negeri, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan EIA dari tahun 2008.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Namun, CEO PMBKed cuba memperbodohkan Azizan dan para media dengan mengemukakan buku tebal yang kononnya “kelulusan EIA”, padahal terang-terang di buku tersebut tertulis “buku cadangan”! Apakah CEO itu begitu tolol untuk membezakan antara “kelulusan” dan “cadangan”?

Kerana itulah JAS mengeluarkan notis mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas dihentikan serta merta sehingga kajian dan kelulusan EIA dikeluarkan. Namun Azizan degil dan mahu projek tersebut diteruskan juga.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Begitulah keadaannya perihal aktiviti pembalakan di Kedah yang tidak dikawal dan dilakukan secara ikut suka hati seolah-olah hutan-hutan di negeri ini hak milik mak bapak mereka. Sudahlah Kedah tidak memiliki hutan yang banyak, tapi yang sedikit itu pun mahu ditarah PAS Kedah hingga licin!

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir semua rakyat di kawasan terbabit sedar dan sudah bangkit menentang projek tersebut, namun Azizan terus memekakkan telinga. Mungkin Azizan terpaksa berbuat demikian demi mengisi dana PRU ke-13 tidak lama lagi? Wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!