Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 21, 2012

GEMPARRR..!!! MAZLAN ALIMAN BODOHKAN MAHFUZ, MAHFUZ BODOHKAN AZIZAN RAZAKKK..!!! HEH..!

azizan

Nampaknya dengan kuasa yang ada pada seorang AJK PAS Pusat, Menteri Besar Kedah gagal mempertahankan keputusan GLC milik penuh negeri Kedah untuk menjana keuntungan untuk syarikat itu apabila terpaksa menjual kembali saham FGVH yang dibeli sebelum ini.

Ternyata, Mazlan Aliman yang hanya berjawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor lebih hebat pengaruhnya berbanding Azizan Razak yang berjawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedan dan memimpin sebuah kerajaan negeri.

Akhirnya, Azizan tunduk kepada kehendak bodoh Mazlan dan mengarahkan pihak pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk menjual saham sebanyak 500,000 unit, semalam.

Terus terang saya katakan bahawa tindakan Azizan itu merupakan satu kesilapan besar dan antara tindakan yang paling bodoh yang dibuat olehnya. Mungkin juga Azizan terpaksa tunduk ekoran keputusan PEMANDUnya…

Sebagaimana maklum, sebuah GLC ditubuhkan sesebuah kerajaan untuk menjana keuntungan pagi pihak kerajaan tersebut. Dalam ertikata lain, GLC seperti PKNK dipertanggungjawabkan untuk mencari wang untuk diisi di dalam tabung perbendaharaan kerajaan negeri.

Melihat kepada keperluan menjana keuntungan tersebut, PKNK telah bertindak pantas untuk memohon pembelian saham FGVH sebanyak 1 juta unit berdasarkan perspektif saham tersebut yang dijangka sangat menguntungkan.

Lagipun, takkanlah perancang kewangan sesebuah GLC itu akan menasihatkan supaya syarikat tersebut membeli saham yang dijangka rugi. Tidak masuk akal, bukan?

Namun, MITI hanya memberikan sebanyak 500,000 unit saham saja untuk dibeli oleh PKNK atas dasar kuota yang sewajarnya diberikan kepada GLC dan itu merupakan satu kelegaan kepada para pegawai yang terbabit.

Maklumlah, jika PKNK membawa keuntungan ke syarikat itu, sudah tentu para pegawainya akan dilihat sebagai “tidak tidur”, pandai buat kerja, kreatif dan bijak menjana sumber kewangan kepada syarikat terbabit.

Manakala sekiranya PKNK rugi, sudah tentu Kerajaan PAS Negeri Kedah akan marah pada anak syarikatnya itu dan mungkin timbul pula suara-suara sumbang dari pak-pak lebai PAS untuk menyalahkan para pegawai syarikat tersebut.

Lagipun, pak-pak lebai PAS itu dikhabarkan sudah lama mengintai peluang untuk mengambil alih jawatan-jawatan utama di PKNK, cuma mereka tidak punya cukup alasan untuk berbuat demikian…

Malangnya, tindakan yang membawa keuntungan kepada GLC Kedah itu dipandang serong pula oleh PAS dan jasa mereka yang menjana keuntungan yang halal dari sudut Islam itu seolah-olah dipandang haram pula hukumnya.

PKNK dipaksa untuk menjual saham FGVH yang membawa keuntungan dan ia dilihat satu tindakan tidak profesional yang paling buruk pernah dilakukan serta dijangka akan merugikan GLC itu pada jangka masa panjang.

Pelik betul perangai puak-puak PAS. Kerana politik, mereka sanggup rugi berniaga dan melepaskan peluang untuk menjana keuntungan meskipun urusan jual beli perniagaan tersebut adalah halal dari sudut agama Islam.

Kerana politik juga mereka sanggup bertindak bodoh menjual sesuatu yang amat menguntungkan kerajaan negeri pimpinan mereka. Kononnya tidak mengapa mereka rugi besar asalkan hati mereka puas memperjuangkan sesuatu yang bodoh!

Saya percaya, jauh di dalam lubuk hati Menteri Besar Kedah tersimpan satu perasaan yang amat marah dengan tindakan terpaksa tanpa rela menjual saham FGVH itu kerana dia tahu saham-saham tersebut adalah satu sumber kewangan yang baik untuk kerajaan pimpinanannya.

Azizan tahu bahawa dia bukannya pandai menjana sumber kewangan negeri Kedah, namun kerana busuk hati Mahfuz, Mazlan Aliman dan PEMANDU PAS, dia terpaksa menelan kebodohan tersebut serta membiarkan GLC Kedah itu rugi besar melepaskan saham FGVH itu.

Jelaslah bahawa PAS sememangnya mengamalkan dasar “bodoh sombong” dan “egois” yang merugikan diri sendiri dalam setiap tindakan mereka. Hakikat itu mereka sedar, namun mereka malu untuk mengakui kebodohan mereka sendiri. Itulah PAS sebenarnya.

Sumber: Mykmu.net

PANASSSS..!!! ANAK NIK AZIZ KATA UMNO SEMBAH SYAITAN...!!!?

nik abduh

Di saat umat Islam di Malaysia sedang di dalam “mood” mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz cuba mencipta kekecohan apabila menghasut rakyat Malaysia untuk menyerang dan merampas kuasa kerajaan di Putrajaya.

Nik Abduh yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS di dalam ceramahnya di salah satu siri Himpunan “katak” Hijau PAS Ke Putrajaya baru-baru ini mendakwa Allah telah memilih para penyokong PAS untuk merampas kuasa yang kini dimiliki BN.

Agak keras kenyataannya apabila menyatakan lagi bahawa mereka-mereka yang berbaju hijau (PAS) menyembah Allah manakala mereka-mereka yang memakai baju biru (BN) pula menyembah syaitan laknatullah.

Saya tertanya-tanya, fatwa atau ajaran siapakah yang Nik Abduh bawa sehingga dia tergamak berkata demikian?

Pada pandangan saya, sekiranya ada mana-mana individu atau pemimpin dari UMNO/BN yang berkata demikian di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram seperti di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, sudah tentu dia akan dituduh sebagai pelampau.

Malah secara ekstrimnya, adalah tidak mustahil untuk PAS menjadikan insiden itu sebagai isu dan mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri menahan individu berkenaan atas dakwaan di bawah akta hasutan membabitkan soal keselamatan dalam negeri.

Saya ingin bertanya kepada anak Nik Aziz itu, sekiranya pemimpin Pemuda UMNO di Kelantan misalnya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata bahawa para penyokong UMNO akan menyerang dan merampas kuasa Kerajaan PAS Negeri Kelantan, apa yang akan dia kata?

Rasanya, sudah tentu satu laporan polis akan dibuat oleh Nik Abduh mendakwa pihak UMNO berura-ura untuk mengancam kerajaan pimpinan ayahnya yang dimenangi secara demokratik.

Saya faham bahawa Nik Abduh merupakan lulusan dari universiti di Timur Tengah. Namun usahlah dibawa budaya buruk menggulingkan kerajaan di negara-negara di sana di Malaysia kerana senario politik dan budaya kita di sini amat berbeza.

Paling menyedihkan, sanggup dia katakan bahawa umat Islam yang menyokong BN menyembah syaitan? Astaghfirullahilazim…

Sampai hati Nik Abduh menafikan ibadah dan aqidah orang UMNO  yang menyembah Allah SWT lima kali sehari semalam. Apakah hak Nik Abduh untuk berkata sedemikian?

Apakah umat Islam yang menyokong UMNO meletakkan berhala di depan tikar sejadah ketika bersolat? Apakah kami para penyokong dan ahli UMNO menyebut dan memuji nama Latta dan Uzza ketika bersolat?

Apakah Nik Abduh sedar bahawa Tuhan yang kami sembah adalah sama dengannya Tuhan yang dia sembah setiap hari? Dan apakah dia sedar bahawa Islam yang kami amalkan di dalam setiap detik hidup kami ini adalah ajaran Muhammad SAW dan bukan ajaran ayahnya?

Saya tidak tahu siapa yang mengajar Nik Abduh untuk mengeluarkan fatwa dan berpendirian sedemikian. Namun pada saya, berkemungkinan besar segala fatwanya itu berkait rapat dengan pendirian ayahnya yang merupakan pengasas kepada ajaran “agama PAS”.

Pada saya, PAS bukanlah Islam dan Islam itu bukanlah PAS. Itu fakta jelas.

Saya yakin bahawa seluruh umat Islam yang menyokong UMNO/BN sangat sayang dan taat pada Islam, namun kami tidak sayang dan bencikan PAS yang memecah belahkan umat Islam di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Saya mencabar Nik Abduh untuk membuang perkataan “Islam” yang ada pada PAS dan saya yakin bahawa rakyat Malaysia akan melihat parti itu tidak lebih dari sebuah parti politik yang setaraf dengan DAP dan PKR yang penuh dengan kejijikan dan kelemahan.

Jangan berkecil hati dengan kenyataan tersebut dan sempena Ramadhan ini, renungkan dan muhasabahkan mengenai padangan saya itu kerana sememangnya ia adalah satu fakta yang sangat berkait rapat dengan PAS.

Sempena Ramadhan ini juga saya memohon kepada Allah SWT agar PAS dan para penyokongnya diberikan hidayah sewajarnya agar celik tentang kebenaran dan bersedia meninggalkan fahaman politik demi sebuah ummah yang bersatu di bawah satu kalimah, “Asyhaduan la ilaha illah, wa asyhadu anna muhammadan rasulullah”…wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...ANWAR CEMBURU KAN FAEKAH...???


Adehhhh....Tak sangka pulak Anwar dah tua-tua ni pandai cemburu...

Kalau dia cemburu pasal ada orang nak tackle Kak Wan tu okay la jugak...

Tapi malangnya dia cemburu bila Azmin macam ada "sesuatu" dengan Faekah...heh!

Rasanya...kalau Azmin masuk meminang, Faekah nak tak?

Atau Faekah nak rujuk pinangan tu pada MB Selangor jugak? Heh!

Lepas kawin dengan Faekah, Azmin suruh Faekah resign kerja dengan MB...amacam? Heh!

Friday, July 20, 2012

PANASSSS..!!! MAHFUZ PANASSS DIPERBODOH MAZLAN ALIMAN..!!!?

mahfuz

Saya tersenyum sumbing apabila mendapat tahu bahawa PAS Pusat sengaja “menyuruh” Naib Presidennya dari Kedah, Mahfuz Omar, untuk menguruskan isu pembelian saham FGVH oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sebanyak 500,000 unit baru-baru ini.

Menariknya, Mahfuz yang bodoh bukan kepalang itu kononnya cuba tunjuk bijak apabila menyalahkan para pegawai PKNK yang kononnya bertindak sendirian tanpa merujuk kepada Pengerusinya, Azizan Razak, yang juga Menteri Besar Kedah.

Dalam ertikata lain, Mahfuz menyalahkan Ketua Pegawai Eksekutif PKNK yang baru-baru ini mengesahkan bahawa anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu membeli saham sebanyak setengah juta unit itu.

Justeru itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang bakal “tumbang” itu menggesa agar PKNK menjual seluruh saham tersebut dengan seberapa segera sebagai menghormati “boss”, semangat politik dan sokongan kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Mungkin Mahfuz malu bila dia dan PAS beriya-iya menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia dan memburuk-burukkan penyenaraian tersebut dengan alasan akan merugikan para peneroka Felda, tiba-tiba anak syarikat kerajaan negeri pimpinan mereka sendiri pula menyokong penyenaraian tersebut…

Benar-benar memalukan, bukan?! Ia membuat saya tersenyum lebih lebar dengan reaksi dungu Mahfuz itu.

Tanpa Mahfuz sedari, hasil kecekapan pengurusan PKNK, GLC Kedah itu telah menerima keuntungan sebanyak RM47,000 hasil penjualan sebanyak 50,000 saham FGVH baru-baru ini.

Dalam ertikata lain, jika PKNK menjual 500,000 sahamnya, maka sudah tentu GLC utama negeri pimpinan Azizan Razak itu akan mendapat keuntungan lebih kurang RM470,000, bukan?

Saya ingin bertanya kepada Mahfuz, apakah keuntungan sebanyak RM47,000 itu padanya adalah sesuatu yang merugikan PKNK dan Kerajaan PAS Negeri Kedah?

Bayangkan berapa banyak perkara yang boleh diselesaikan oleh PKNK dengan wang sebanyak RM47,000 yang diperoleh dari keuntungan menjual saham FGVH itu? Bukankah ia cukup membantu sekiranya digunakan untuk membayar gaji para pekerja?

Mahfuz pun tahu bahawa Azizan dan PAS Kedah tidak berkemampuan untuk menjana kewangan bagi Kerajaan Negeri Kedah melalui hasil saham dan mereka hanya mengharapkan hasil “rompakan” balak mereka serta bersembunyi di sebalik alasan “Ladang Sejahtera”.

Sepatutnya, Mahfuz berterima kasih kepada PKNK yang bertindak bijak dengan mengambil kesempatan atas kuota GLC untuk membeli saham FGVH yang begitu menguntungkan anak syarikat tersebut.
Sewajarnya juga Mahfuz perlu tunjal-tunjal kepala Mazlan Aliman yang bodoh itu kerana menentang penyenaraian FGVH dan memperbodohkan dirinya serta para pengikut “agama PAS” yang lain untuk sama-sama bodoh berhimpun memakai baju oren baru-baru ini.

Seperkara lagi, Mahfuz perlu bertanya kepada Mazlan Aliman bahawa sekiranya PKNK menjual saham FGVH miliknya sebanyak 500 lot itu, apakah tanah-tanah para peneroka akan turut terjual sama?

Ini adalah kerana Mazlan Aliman selalu berteriak bahawa penjualan saham FGVH itu akan membuat tanah-tanah para peneroka akan terjual kepada pihak asing dan kononnya ia akan merugikan negara…

PKNK telah menjual sebanyak 50,000 unit saham FGVH dan apakah dengan penjualan saham itu menyebabkan tanah para peneroka terjual?

Dan sekiranya Mazlan Aliman menjawab “ya”, Mahfuz perlu tanya pada dirinya sendiri bahawa apakah penjualan saham milik PKNK sebanyak 500,000 unit itu akan menyebabkan para penerokan Felda akan kehilangan lebih banyak tanah?

Saya yakin bahawa Mahfuz akhirnya akan sedar bahawa penjualan saham FGVH itu tidak memberikan sebarang kesan kepada tanah-tanah peneroka dan para peneroka juga tidak akan kehilangan walau sejengkal pun tanah mereka sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Dan ketika itu, Mahfuz mungkin juga akan sedar bahawa Mazlan Aliman selama ini hanya berbohong pada rakyat dan para peneroka mengenai isu “tanah peneroka tergadai” itu dan himpunan oren baru-baru ini tidak lebih dari propaganda politik paling jijik dalam diari PAS.

Itu pun kalau IQ Mahfuz mampu berfikir, memahami dan menyedari hal itu dengan baik. Maklumlah, Mahfuz memang lemah IQnya. Namun saya yakin, Naib Presiden PAS itu takkan faham dan dia akan terus diperbodohkan Mazlan Aliman lagi selepas ini.

Kasihan Mahfuz. Dia terus dipermainkan dan diperbudak-budakkan oleh golongan yang lebih muda dan cerdik sedikit darinya. Tapi, mereka punya satu persamaan iaitu mereka sememangnya berkongsi kebodohan mengenai isu yang sama. Itu saja tahap para penganut “agama PAS”, bukan?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! RAKYAT MARAHHHH..KHALID GAGAP TERUS GAGAP KETAKUTANNNN..!!!

air 1

Saya pelik benar melihat sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang begitu bodoh sombong dengan ego politiknya dan enggan mengaku bahawa dia merupakan MB Selangor paling teruk dalam sejarah negeri termaju di Malaysia itu.

Sudahlah gagal melaksanakan manifesto yang disenaraikan pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU ke-12) yang lalu, segala sentuhan Khalid melalui dasar Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor begitu sumbang dan menghancurkan negeri tersebut.

Terkini, dia tetap berdegil mahu mengambil alih pengurusan industri air di Selangor dari SYABAS dan mahu mengendalikan sektor keperluan asas rakyat negeri Selangor itu sepenuhnya melalui kerajaan pimpinannya.

Kononnya, SYABAS tidak pandai mentadbir air di Selangor dan dia mengesyaki syarikat pengurusan bekalan air bersih itu cuba mensabotaj kepimpinan Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

Melihat kepada kebebalan Menteri Besar Selangor itu, saya jangkakan, mungkin ramai di kalangan rakyat Selangor yang mahu tampar saja “boneka” kepada para pemimpin DAP di negeri paling maju itu.

Mana tidaknya? Sedang rakyat terseksa kerana mengalami gangguan bekalan air di rumah mereka, Khalid tetap tidak mahu beralah untuk membenarkan Kerajaan Persekutuan membina Loji Langat 2 bagi menampung kekurangan bekalan air terawat di Selangor.

Rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang kini berdepan dengan catuan air ekoran beberapa loji air terawat mengalami kekurangan simpanan air disebabkan dari peningkatan permintaan drastik penduduk yang bertambah.

Selain itu, jangkaan Kerajaan Persekutuan melalui kajian yang dijalankan selepas krisis air Selangor 1998, menunjukkan bahawa krisis air di negeri itu bakal berulang pada tahun 2014 turut dikatakan bakal berlaku lebih awal.

Sebenarnya, Kerajaan Pusat dan Kerajaan BN Selangor sebelum ini telah menyediakan rancangan terbaik bagi mengatasi krisis air di negeri itu agar tidak berulang.

Pada tahun 2005, projek penyaluran sumber air dari Pahang ke Selangor telah ditandatangani dan kerja-kerja pemasangan saluran air dari Pahang ke Selangor telah bermula sejak itu dan hampir siap, kecuali pembinaan loji Langat 2 yang belum sempat disiapkan.

Namun ekoran Pakatan Haram berjaya menjajah Selangor pada tahun 2008, kerajaan pimpinan Khalid tidak membenarkan pembinaan loji Langat 2 itu diteruskan, kononnya projek berkenaan melibatkan kos yang tinggi dan diberikan kepada kroni-kroni UMNO/BN.

Padahal, ia hanyalah helah alasan Khalid untuk mengambil alih projek tersebut untuk diberikan kepada kroni-kroni Pakatan Haram dengan mengambil kesempatan ke atas projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat itu.

Hasilnya, tiada persetujuan dicapai untuk membina loji Langat 2 meskipun Kerajaan Pusat beberapa kali memujuk Khalid untuk meluluskan projek berkenaan tanpa melibatkan sebarang kos dari Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, Kerajaan Pusat terpaksa menanggung hutang dan faedah pembiayaan kewangan di atas projek berkenaan kerana 75 peratus dari projek berkenaan adalah hasil usahasama dengan sebuah syarikat pakar dari Jepun.

Bukanlah Kerajaan Pusat nak berkira dengan pembayaran tersebut, namun pihak UMNO/BN lebih memikirkan kehidupan rakyat Selangor dan Lembah Klang yang bakal terjejas ekoran kekurangan bekalan air bersih yang bakal berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak mahu melihat kebajikan rakyat terjejas kerana kepentingan politik bodoh Khalid tersebut dan mahu membina loji berkenaan secepat mungkin.

Inilah jadinya bila Pakatan Haram meletakkan kepentingan peribadi dan politik melebihi dari kepentingan serta kebajikan untuk rakyat. Kerana UMNO/BN merupakan musuh politik Khalid, maka rakyat terpaksa menjadi mangsa kekurangan bekalan air di rumah mereka.

Peliknya, Pakatan Haram tidak malu untuk mengaku kononnya mereka mahu membina “Negara Berkebajikan”, padahal mereka lebih mementingkan soal kuasa dan politik mereka.

Mereka cemburu melihat UMNO/BN menabur jasa dan bijak merancang kehidupan dan memastikan masa depan rakyat terjamin berbanding mereka yang tidak habis-habis berceramah siang dan malam sejurus selepas PRU pada tahun 2008 lagi.

Itu saja kerja Pakatan Haram di seluruh negara. Rakyat suruh kerja dan laksanakan khidmat terbaik kepada rakyat, tapi mereka sebok keliling negara berpolitik dan mengutip derma dalam karung.

Entah bilalah Pakatan Haram nak buat kerja untuk rakyat…wallhua’alam. Harapnya, jangan Khalid dan Pakatan Haram kecil hati sekiranya rakyat Selangor akan mengundi UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti disebabkan kebodohan yang mereka cipta sendiri…

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! KIT SIANG MENGAKU TAKUT KAT CYBERTROOPERS UMNO/BN..!!!?

kit Siang

Nampaknya para pemimpin dan gerakan cybertroopers pembangkang mula gerun dan takut dengan senario gerakan-gerakan para penyokong UMNO/BN yang semakin menguasai medan politik di ruang maya internet.

Semalam, Lim Kit Siang melahirkan rasa risau dan susah hati dengan kewujudan puluhan ribu para penyokong UMNO/BN yang bermati-matian menyerang pembangkang dan mempertahankan maruah parti dari fitnah serta propaganda busuk Pakatan Haram.

Mungkin panik dengan keadaan ruang maya yang semakin hangat mendedahkan pelbagai pembohongan pembangkang, penasihat DAP itu jelas “tenggelam punca” apabila menuduh para penyokong UMNO/BN di ruang maya itu sebagai anti-nasional.

Lantaran itu, dia menyalahkan beberapa agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang cukai rakyat di negara ini dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.

Pada pandangan saya, tuduhan Kit Siang bahawa pengamal media baru internet pro-kerajaan sebagai “anti-nasional” adalah satu tuduhan terdesak dan tidak masuk logik akal sama sekali.

Siapa Kit Siang untuk menuduh begitu sedangkan kebangkitan para pengamal media internet yang menyokong gagasan dan wawasan kerajaan itu berpunca dari tindakan Pakatan Haram sendiri yang mempergunakan medium media baru itu sebagai saluran persepsi buruk dan memfitnah pemimpin dan kerajaan.

Apatah lagi sejarah media baru itu memperlihatkan bagaimana pembangkang menjajah pemikiran rakyat supaya memberontak, berfikiran negatif, tidak konstruktif dan sering menimbulkan propaganda keji yang menimbulkan ketegangan isu sensitif, termasuk isu perkauman dan keagamaan.

Kita masih ingat lagi bagaimana kerajaan yang mengamalkan polisi ketelusan dan kebebasan bersuara telah disalahgunakan oleh media dan bloggers pro-pembangkang di internet dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.

Dari sekecil-kecil kes seperti longkang pecah dirumah Pak Ali hinggalah kepada fitnah-fitnah besar seperti kes mendiang Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak pembangkang tidak jemu-jemu menabur tohmahan.

Malah, para pemimpin pembangkang seperti Nizar Jamaluddin beberapa kali mempergunakan medium internet untuk berlaku biadap, kurang ajar dan derhaka kepada institusi DiRaja dan pihak Istana.

DAP mengutarakan ideologi rasis chauvinis ultra kiasu, PKR begitu popular dengan cerita-cerita karut dan rekayasa yang tidak masuk dek akal, manakala PAS pula semakin giat menjalankan “perniagaan menjual agama” mereka kepada umat Islam di negara ini.

Peliknya, pembohongan serta propaganda jijik mereka itu tetap juga dipercayai oleh para penyokong Pakatan Haram meskipun segala bukti dan penjelasan berfakta diberikan bagi menafikan fitnah jahat tersebut.

Sedangkan, perkara benar dan sahih dibongkarkan mengenai skandal rakaman video yang jelas 99 peratus Anwar itu pula tidak dipercayai dengan alasan bahawa ia merupakan “besi” yang tidak boleh dijadikan bukti kukuh!

Dan sehingga kini, laman-laman web pro-pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Harakahdaily, laman-laman blog dan portal masih lagi begitu aktif memburuk-burukkan keadaan serta menghuru-harakan pemikiran rakyat.

Jadi, salahkah rakyat Malaysia yang celik IT dan bijak membezakan antara mana satu yang benar dan mana satu yang salah untuk tampil di media internet menyatakan kebenaran dan pendapat yang bernas mengenai isu-isu tersebut?

Salahkah cybertroopers yang cintakan keharmonian di antara kaum di negara ini bangkit menentang dakyah politik jahat pembangkang itu?

Salahkah cybertroopers yang sayangkan sifat hormat menghormati antara antara agama di negara ini bingkas bangun meredakan ketengangan yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang itu?

Berdosakah para penyokong UMNO mempertahankan kesucian agama Islam dari diperkotak-katikkan oleh para penganut “agama PAS”?

Dan apakah bertentangan dengan perlembagaan apabila rakyat Malaysia bertegas mempertahankan kedaulatan DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dari terus diperlekeh serta dihina dengan beditu biadap sekali oleh para pemimpin Pakatan Haram.

Dan persoalan terbaik kepada Kit Siang, salahkah kami mempertahankan kerajaan BN yang kami sayang dan salahkah kerajaan memberikan penghargaan kepada mereka-mereka yang membantu menafikan kebobrokan pihak pembangkang yang mahu mempolitikkan semua isu di negara ini?

Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh untuk terus diperbodohkan dengan kebejatan politik tidak bertamadun pihak pembangkang kerana kami tahu tentang taktik baru Pakatan Haram untuk menjajah minda kami dengan dunia persepsi jahat ciptaan kalian semua!

Tunggulah PRU ke-13 nanti kerana Pakatan Haram akan diajar untuk menerima kekalahan teruk dan dikala itu harapnya mereka sedar bahawa rakyat sememangnya sudah bosan dan benci kepada sikap buruk para pemimpin pembangkang!

Sumber: Mykmu.net

LAWAK PAGI INI...AWNAR TENGKING AZMIN LAGI...!!!


Kalau Anwar jadi PM, dia janji nak turunkan harga minyak sehingga RM1 seliter....

Tapi, aku tak sure la minyak apa yang dia maksudkan...

Mungkin minyak angin...atau mungkin minyak masak...

Tapi...setahu aku, harga minyak dikawal oleh harga di pasaran dunia dan bukan Anwar...

Dan heran jugak aku kenapa dia marah sangat bila Najib turunkan harga petrol baru-baru ni...

Errr...Anwar rugi besar ke bila harga petrol turun..?

Naya je Azmin kena marahhhh...heh!

Thursday, July 19, 2012

PANASSSS..!!! SEKS BEBAS DI "PONDOK CINTA": APA KAITAN DENGAN ANWAR..?!!!


Pelik betul dengan sindrom "Pondok Cinta" ni. Ada ke patut anak dara duduk kat pondok untuk dan amalkan seks bebas sampai jumpa lelaki yang depa berkenan untuk dijadikan suami! Pergghhhh...!!! Itu macam pun ada kaaaa...???

Lebih pelik lagi di Malaysia ni, ada suami yang sudah beristeri, beranak pinak dan bercucu, masih lagi dok menggatal dan mengadakan hubungan sulit dengan bini "macai" sendiri! Peliknya, "macai"nya tu tak marah bebbbbbbb..!!!

Rasanya kes suami "tu" lebih pelik dari cerita "Pondok Cinta" ni. Dah la tu...dia bergelar Pak Syiekh pulak tuuuuu..!!! Malu la kat anak cucu weeeeiii..!!!

Pondok Cinta Untuk Seks Bebas

Kemboja – Sebuah kampung di Kemboja mempunyai cara tersendiri untuk menggalakkan anak perempuan mereka memilih pasangan, dengan membina sebuah pondok cinta.

Apabila gadis tersebut baligh, atau mungkin lebih muda, pondok cinta itu akan menjadi tempat tinggal mereka dan gadis ini boleh memilih teman lelaki sebelum menentukan yang mana satu cinta hati mereka.

Adat ini diamalkan oleh puak Kreung, yang percaya ia merupakan langkah terbaik untuk wanita memilih pasangan hidup mereka.

Gadis-gadis berkenaan juga bebas melakukan hubungan seks tanpa halangan daripada keluarga.
Bagi seorang gadis, Nang Chan, 17, dia kini menetap di pondok cinta berkenaan yang dibina di belakang rumah ibu bapanya.

“Pondok ini memberikan kebebasan kepada kami dan ia merupakan satu cara terbaik untuk kami mencari cinta sejati.

“Jika saya menemui teman lelaki yang istimewa dan saling mencintai, maka kami akan melakukan seks di pondok ini,’’ katanya.

Namun, kata Nang Chan, jika dia menemui lelaki lain yang lebih menarik, maka dia tidak akan melakukan lagi seks dengan bekas teman lelakinya itu.

Menurut penduduk di situ, dengan melakukan adat tersebut, perceraian dan keganasan seks di kampung itu dielakkan manakala gadis-gadis pula akan bertunang lebih awal dengan pasangan pilihan mereka.

Bagaimanapun di sebalik hubungan seks bebas di kalangan pasangan muda yang berkahwin ini, ia bukan sahaja menyebabkan merebaknya masalah sosial malah menyebabkan penyebaran HIV dengan cepat.- Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! SYARIKAT KELUARKAN KONDOM KHAS UNTUK AHLI-AHLI PAS SAHAJA..???!!!


Kali ni aku betul-betul panasss..!!! Ada ke patut diorang ni cipta kondom khas untuk kegunaan ahli-ahli PAS..???!!! Ni yang buat aku tak puas hati nihhhhh..!!!

Dah la kaler tulisan "Hurex" tu sebijik dengan kaler rasmi PAS, kondom tu direndamkan pulak dengan air zam-zam...kononnya tak nak bagi setan ada kat kondom tu masa tengah "ehem..ehem.."!!!

Memang teruk betul la sapa yang buat kondom ni.. Aku harap PAS saman je sapa syarikat pengeluar kondom ni...memalukan PAS betullll..!!! Hisshhhhh...!!!

PEDASSS..!!! TAK PAYAH ADA "CAT" DAN "SELCAT" PUN UMNO/BN MEMANG TELUS..!!!


Baru-baru ni, Shaziman Mansor turun ke Alor Setar untuk melakukan satu perkara yang dikatakan tak pernah dibuat orang sebelum ini. Pelik, tapi apa yang beliau buat tu memang benar-benar merisaukan puak-puak pembangkang!

Apa yang Menteri Kerjaraya ni buat? Dia buat cabutan undi tender projek bebbb..!!! Bukan sekadar tender terbuka, malah dia buat sistem undian pulak tu..!!!

Paling best, semua permohonan projek tu tidak memilih bulu atau fahaman politik. Puak-puak PAS pun ramai yang masukkan borang dalam peti undi..!!! Hahahahahahahahaaaaa...!!!

Hasilnya, sorang budak berumur 20 tahun berjaya mendapat projek bernilai RM1.4 juta! Dia dapat projek buat jalan Kupang-Grik. Pergghhh...bertuah la awek budak muda tu...Lepas ni ramai la awek berebutkan Muhaddis...heh!

Errr...Kat Penang terkenal dengan CAT. Kat Selangor pulak lebih panjang sikit "kucing"nya, dipanggal SELCAT...

Tapi, dah 4 tahun dah CAT dan SELCAT ni ditubuhkan, tapi masih ada lagi tender yang dibuat secara direct nego dan tidak terbuka. Apatah lagi nak buat cabutan undi! Heh!

Kat Selangor paling teruk. Si Khalid bagi projek kat DAP secara "tender terancang" sehingga dikatakan berjaya meragut nyawa seorang lelaki Cina yang bernama Teoh Beng Hock....

Kalau la TBH tu boleh bangun cerita balik "modus operandi" aktiviti bolot-membolot projek di Selangor...rasanya 4 orang ADUN DAP kat Selangor tu memang terjun lombong laaaa..!!! Heh!

Penang dan Selangor ada CAT dan SELCAT pun tak guna. Letak 1 juta "kucing" kat Pakatan Haram pun tak guna sebab depa memang takde CAT punya worangggg..!!! Itu fakta...

LAWAK PAGI INI..POK NIK MENIPU...DIA KUTIP TOL UNTUK HIGHWAY DI KELANTAN..!!!


Hadoiiii..!!! Pagi-pagi lagi dah bertepek kena kat atas batang hidung Pok Nik Ajisss..!!!

Dia kata highway yang dia nak buat kat Kelantan tu takde tol...

Ni apa ke hal pulak ni...???

Belom ada highway pun dan mula kutip tol ke...???!!!

Hadoi laaaaaa....!!! Teruk la lagu nihhhhh...!!! Heh!

Wednesday, July 18, 2012

GEMPARRR..!!! TEAM MEDIA KEDAH DISERANG HARAKAHDAILY..!!!


Agak "menakutkan" apabila Harakahdaily menyiarkan berita mengenai Team Media Kedah. Lidah rasmi PAS itu mendakwa bahawa kami Team Media Kedah menyabitkan segala perkara buruk yang berlaku dengan PAS...

Lebih best lagi, kami dituduh telah dilatih oleh APCO di Janda Baik, Pahang! Heh!

Pertamanya, aku nak tanya, hangpa rasa betul ke apa yang dikatakan blogger "Kedahla" yang dipetik Harakahdaily tu..?

Untuk pengetahuan Harakahdaily dan Kedahla, aku tak pernah pun pi ke Janda Baik tu. Apatah lagi nak berkursus. Jangan kata kursus cyber, kursus masak pun aku tak pernah ikut kat situ...heh!

Jadi, first point, Harakahdaily dan Kedahla fitnah kami...

Kedua, depa kata kami kaitkan yang buruk-buruk saja dengan PAS Kedah. Dan dia kata takdak pun rumah anak yatim bawah PAS di Padang Terap. Heh!

Tu dia la, kalau aku kata cybertroopers PAS bodo, hangpa nak marah! Mana ada kami kata rumah anak yatim tu bawah PAS.

Kami kata, ia dibawah Majlis Daerah dan terima peruntukan JKM. Cuma...yang mengendalikan rumah anak yatim tu dikhabarkan sebagai seorang penyokong PAS tegar di sana..! Bukan kami yang kata, penduduk Kampung Terik yang kata...

Jadi, di mana yang kata kami nak burukkan PAS tu? Kami tak burukkan PAS. Kami hanya melaporkan tentang PAS yang gagal kawal penyokongnya. PAS gagal tarbiyah dan ajar penyokongnya untuk mengamalkan akhlak mahmudah...

Kami khabarkan supaya PAS mengambil tindakan memantau apa yang berlaku di sana dan mengakui kebenaran biar pun pahit..!!!

Sepatutnya PAS Kedah berterima kasih kepada kami, Team Media Kedah. Kami hanya tarik perhatian depa supaya memandang serius tentang dosa makan hak anak yatim yang sedang dilakukan oleh penyokong depa sendiri...

Tapi malang, bukan terima kasih yang kami dapat, kami dikutuk pulakkkkk..!!! Heh! Mungkin PAS Kedah menghalalkan hak anak yatim untuk diseleweng. Dan mungkin PAS juga suka kalau anak-anak yatim tu dicabul...kot?

Sorry la. Tak payah nak cover-cover lagi. Satu kampung kat situ dah tahu. Sinar pun dah siarkan awal-awal lagi..heh! Harap PAS pergi tarbiyan warden haram jadah tu...heh!

Krisis Air Selangor: Antara Kepentingan Rakyat Dan Politik



Penulis percaya bahawa rakyat Selangor kini di dalam keadaan yang tertekan, gelisah, meradang dan mungkin ada yang tidak dapat mandi pagi sebelum ke pejabat ekoran bekalan air bersih di negeri itu sering ‘putus-putus’ serta tidak menentu keadaannya.

Kadang-kadang ada air, kadang-kadang airnya mengalir begitu perlahan dan kadang-kadang bekalan air terputus langsung!

Risik punya risik, rupanya bekalan air bersih di Selangor terganggu berpunca dari kurangnya bekalan air terawat di negeri itu di mana beberapa empangan utama yang selama ini menjadi sumber bekalan air menunjukkan penurunan paras air yang ketara.

Malah ada di antara empangan tersebut yang mencatat bacaan negatif dan puratanya kurang dari 20 peratus simpanan air terawat yang sepatutnya menjadi penanda aras mininum atau kritikal.

Selain itu, permintaan bekalan dan penggunaan air meningkat secara mendadak oleh hampir sejuta penduduk di beberapa kawasan seperti di daerah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat, turut menyumbang kepada penyusutan loji penyimpanan air.

Berdasarkan sejarah krisis air 1998 yang melanda Selangor, Kerajaan Persekutuan telah membuat kajian khusus mengenainya dan menjangkan ia bakal berulang sekali lagi pada tahun 2014.


Untuk menjamin keadaan tersebut diatasi dengan baik, kajian menyeluruh dan persediaan rapi dilakukan bagi memastikan bekalan air di Selangor terjamin.

Justeru itu, Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membiayai sepenuhnya pembinaan sebuah loji rawatan air di Hulu Langat (Langat 2) bernilai RM3.936 bilion pada tahun 2005.

Namun rancangan untuk memastikan krisis air Selangor yang dihadapi pada tahun 1998 itu tidak tercapai apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri dan enggan meneruskan projek demi rakyat Selangor itu.

Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tiada pengalaman mengendalikan industri air itu mahu kontrak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dihentikan dan beliau mahu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mengendalikan urusan tersebut sepenuhnya.

Khalid memberi alasan SYABAS gagal melaksanakan perbelanjaan modal syarikat dan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) sebanyak 20 peratus mengikut perjanjian konsesi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua turut terlibat memburuk-burukkan imej SYABAS di mana tindakan beliau itu membuatkan syarikat itu mengheretnya ke Mahkamah atas tuduhan memfitnah.

Tony didapati bersalah atas tuduhan memfitnah SYABAS dan diperintahkan untuk membayar sebanyak RM200,000 kepada syarikat itu, namun beliau ‘bijak’ meminta simpati rakyat untuk tolong bayarkan saman fitnah yang dilakukan secara peribadi itu.

Sedang pertikaian dan keengganan Khalid yang memberikan ‘jutaan’ alasan untuk menggagalkan pembinaan Loji Langat 2 tersebut, beliau tidak sedar tentang kehidupan rakyat Selangor yang sedang diancam catuan air di negeri di bawah tanggungjawabnya itu.

Paling melucukan, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar mencadangkan agar rakyat Selangor dibekalkan dengan air yang bersumberkan bekas-bekas lombong di sekitar negeri tersebut.

Setelah pasir dikaut secara tidak terkawal dan mengakibatkan Selangor berwajah baru dengan kawah-kawah tinggalan lombong pasir seperti permukaan bulan, maka Khalid mahu rakyat di negeri itu minum pula saki-baki airnya?

Lagipun, masalah kecil seperti kerja-kerja pengutipan sampah pun Khalid tidak mampu uruskan dengan baik, inikan pula beliau mahu menguruskan sesuatu yang lebih kronik dan melibatkan keperluan asas bagi kelangsungan kehidupan rakyat di Selangor.


Bukanlah mahu memperlekehkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu, namun dengan segala masalah yang tidak terungkai di Selangor, sewajarnya beliau tidak membebankan diri untuk memikirkan tentang pengurusan air.

Apa salahnya beliau membenarkan pembinaan Loji Langat 2 itu tanpa sebarang syarat yang tidak masuk akal dan tidakkah boleh beliau ikhlas dengan mengenepikan muslihat politik demi kebajikan rakyat di negeri Selangor?

Bukankah pembinaan Loji Langat 2 itu tidak membabitkan walau RM1 pun dari Kerajaan Negeri Selangor dan salahkah sekiranya Menteri Besar Selangor itu mendahulukan kepentingan hidup rakyat berbanding kepentingan politik?

Penting sangatkah politik di mata Khalid sehingga menafikan pembinaan Loji Langat 2 dan sekaligus mengancam kehidupan rakyat di negeri pimpinannya yang kini berhadapan dengan catuan dan krisis air yang meruncing?

Mungkin para pegawai khas Khalid tidak akan membiarkan rumah kediamannya sekeluarga terputus bekalan air, tapi bagaimana pula dengan rakyat yang tidak mempunyai status sepertinya? Takkanlah mereka perlu merayu di depan pintu pagar rumah Menteri Besar untuk mandi di setiap pagi, kan?

Tuesday, July 17, 2012

PANASSS BERAPIII..!!! GADIS "PENJILAT AISKRIM" HILANG...?!!!

 
April lalu seluruh negara digemparkan dengan penyiaran foto aksi panas oleh beberapa blog yang menunjukkan lelaki dalam foto-foto tersebut agak mirip rupanya dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tak semena-mena sehari dua selepas penyiaran foto aksi panas tersebut, Azmin segera tampil menafikan yang lelaki dalam foto tersebut adalah dirinya.

Mujurlah dalam kenyataan penafiannya itu, tidak pula beliau beralasan punggung lebih kecil atau 'pedangnya' lebih tajam berbanding 'lelaki' di dalam foto itu bagi menguatkan hujah penafian.

Jikalau tidak, tentu sahaja ramai yang akan senyum sumbing menahan gelak sambil membandingkan panjang pendek antara 'pedang' Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Sebetulnya ramai pihak tertanya-tanya kenapa sehingga kini Azmin tidak membuat laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mengetahui kebenaran foto tersebut.

Bukannya sesuatu yang sukar untuk melakukannya, cukup sekadar meluangkan sedikit waktu untuk ke Balai Polis berdekatan dan mengadu pada polis yang dirinya telah sengaja dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral.

Lagipun jika sudah begitu yakin langsung tak terlibat dengan aktiviti 'jual beli aiskrim' di dalam tandas, apa nak ditakutkan sangat dengan risiko dituduh membuat laporan polis palsu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa maklumat dari sumber-sumber tertentu menyebut wanita 'peminat aiskrim' yang dikaitkan dengan Azmin Ali kini sudah lari dari Malaysia, betulkah?

Wanita tersebut dikatakan sengaja dihantar ke luar negara oleh seseorang demi mengelakkan kebarangkalian disiasat oleh pihak berkuasa disamping untuk melindungi lelaki yang dikaitkan dengan dirinya.

Setakat ini tiada kesahihan yang pasti berhubung maklumat tersebut, harapnya ia hanya sekadar khabar angin semata-mata. Maklumlah, entah-entah wanita itu cuma keluar melancong seketika bercuti merehatkan minda, mungkin juga.

Apapun, diharapkan Azmin Ali dapat mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk segera membuat laporan polis supaya kebenaran dapat diketemui dan lelaki 'penjual aiskrim' itu dapat segera dikenalpasti. -BB

PEDASSSS BERAPI..!!! TONY PUA TERBUKTI FITNAH, HANGPA TOLONG BAYAR SAMAN DIA..???!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/

Agak pelik bila Tony Pua mengutip derma untuk bayar saman kepada Syabas. Dia buat fitnah kat Syabas. Lepas kena saman dan diperintah bayar saman, dia kutip derma dari orang ramai untuk tolong bayarkan saman dia tu...

Aku nak tany hangpa, kalau hangpa kena saman speed trap, saman parking atau saman trafik apa pun, hangpa kutip derma dari orang kampung untuk bayar saman ke?

Ataupun, kalau hangpa buat fitnah kat orang dan hangpa disaman oleh orang tu, dan kemudiannya hangpa diperintah mahkamah untuk bayar kat orang yang hangpa fitnah tu, APAKAH HANGPA KUTIP DERMA UNTUK BAYAR SAMAN TU..???

http://dukeofumno.blogspot.com/

Hangpa yang buat salah dan berdosa, tapi hangpa suruh orang lain tolong bayar? Patut ke? Adil ke? Perlu diingat, menurut Islam, dosa fitnah tu lebih teruk dari dosa membunuh, kan? Tapi hangpa benarkan rakyat dibunuh sekali sebab fitnah hangpa tu? 

Aku tak heran la pasal kes Tony Pua ni sebab dia kafir harbi yang memang suka buat fitnah. Tapi, macamana dengan orang-orang PAS yang tolong Tony Pua ni bayar saman? Dah terang-terang dia salah, tapi hangpa tolong jugak? Pelik betoi la sebab hangpa tolong kafir harbi ni buat salah...

http://dukeofumno.blogspot.com/

Jangan salahkan Tony Pua lagi kalau lepas ni dia fitnah para pemimpin PAS pulak. Kalau pemimpin PAS yang kena fitnah tu saman Tony dan Tony kena bayar, hangpa nak tolong dia jugak?

Setahu aku, rakyat Malaysia ni memang ada akal. Tapi, hanya orang-orang PAS saja yang  letakkan kepala otak dan perjuangan depa kat kepala lututtttt..!!! Heh! Kan?

Ulasan dari tulisan K7L...

PANASSS..!!! RATU TUNJUK NENEN PERASAN POPULARRR..!!!?

Payah betul kalau dah rasa popular ni... Kalau dia popular pasal benda baik takpe laaa.. Tapi dia popular sebab profile yang teruk..terlalu sosial..terlalu seksi..terlalu kontroversi...semua perkara tak elok..!!!

Tu pun dia nak bangga ke??? Poddahhh la weiii..!!! Orang macam ni pun ada kaaa..???

Saya Rasa Saya Popular, Kalau Tak, Mana Mungkin Jadi Duta Produk – Zarina Anjoulie

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Zarina Anjoulie dilantik jadi duta minyak wangi. Macam pantun dua kerat la pulak.

Rupa-rupanya dalam diam, Zarina dilantik menjadi duta minyak wangi jenama Ched Solid Perfume sejak 2 bulan yang lalu.

Dan Zarina menganggap dirinya popular kerana kalau tak popular takkanlah dilantik menjadi duta sesebuah produk.

Kata Zarina kepada portal Murai:-

” Saya gembira kerana diberi kepercayaan oleh mereka untuk menjadi duta kepada produk ini.
” Saya tidak tahu sebab sebenar mereka memilih saya tetapi setahu saya peranan duta adalah untuk menjalankan sebahagian daripada aktiviti pemasaran serta promosi yang mereka jalankan. 

” Jadi, untuk mempengaruhi orang lain atau pelanggan, seseorang duta yang dipilih atau dilantik itu haruslah popular serta diketahui ramai. 

” Saya rasa…saya popular. Kalau saya ini tidak popular, tidak mungkin mereka akan pilih saya sebagai duta mereka. “

Betul jugak kata-kata si Zarina nie.

Abang Nara pun rasa Zarina nie sebenarnya agak popular.

Mungkin kepopularitian Zarina tercipta menerusi kontroversi-kontroversi yang melanda dirinya, namun itu tetap serba sedikit membantu menaikkan nama Zarina.

Semoga selepas ini Zarina akan lebih banyak mendapat tawaran sebegini.  - Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! MAZLAN ALIMAN UGUT NAK BUAT HIMPUNAN OREN DEPAN RUMAH AZIZAN RAZAK..???!!!


Nampaknya makin teruk Azizan Razak kena balun. Bukan setakat MB Kedah saja, Setiausaha Politiknya, Sanusi Md Noor yang cuba menyelamatkan "boss"nya pun kena tibai sekaliii..!!! Heh!

Terbaru, Mazlan Aliman marah kat MB Kedah. Ye laaa...sebagai Pengerusi PKNK, dia bertanggungjawab di GLC Kedah tu dan Mazlan Aliman suruh Azizan jual semua saham FGVH yang PKNK beli..!!!

Hahahahahahahaaa..!!! Memang makin kelam kaburt la Sanusi dan Azizan nak jawab lepas ni..heh!

Dan jangan haraplah Exco-Exco Kedah nak bantu Azizan. Katanya, Amiruddin pun dah tak mau cover Azizan dah...dia nak jadi MB gantikan Azizan..!!! Muahahahahahaaaa....!!! Nak harapkan Phahrolrazi? Heh! Dia tembak Azizan lagi ada laaaaa...

Amacam Azizan? Baru tau hati perut orang-orang PAS ni lagu mana? Tu laaaa...dulu Pak Teh (abang Azizan Razak) kata jangan masuk PAS, tapi Azizan degil. Sekarang, baru tau betapa teruknya sikap puak-puak PAS...kan? Heh!

Err..bila Azizan nak jual saham FGVH tu? Aik? Takkan nak melawan arahan Mazlan Aliman? Heh! Kalau Mazlan demo depan rumah Azizan pulak lepas ni macamana? Azizan nak Mazlan Aliman buat himpunan oren depan rumah dia kat Jalan Sultanah tu..??? Heh!

Ulasan lebih menarik sila layari di sini...heh!

Monday, July 16, 2012

GARA-GARA TIRU ANWAR..PAM ANGIN DIMASUKKAN DALAM LUBANG DUBUR..!!!




Payah betul kalau terpengaruh dengan aksi-aksi gay macam Anwar Berahim ni...semua depa nak sumbat dari belakang! Sampai bebudak berusia 13 tahun pun jadi mangsa..!!!


Apa korang rasa kalau Anwar sumbat pam angin dalam lubang bontot korang? Heh! Rasanya Anwar memang suka aksi-aksi macam tu...heh!

Kawan Masukkan Pam Angin Dalam Dubur, Kanak-Kanak Tenat

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di bandar Dezhou, di wilayah Shandong, yang cedera parah apabila dua pekerja memasukkan pam angin ke dalam duburnya, dipindahkan ke bandar raya ini bagi rawatan lanjut, Jumaat lalu.

Du Chuanwang yang mengalami kerosakan di kebanyakan organnya segera dikejarkan ke Hospital Xiajin selepas kejadian itu.

Ketua unit rawatan rapi hospital itu, Ai Qingze, berkata keadaan remaja itu adalah serius.



 “Tekanan dalam perutnya sangat tinggi hingga kakinya bertukar menjadi ungu. Pakar bedah segera membedah perutnya bagi membuang keluar angin dan menemui usus kecilnya mengalami pendarahan teruk,” katanya.

Du menjalani pembedahan bagi merawat ususnya di hospital.

Ai berkata, tekanan angin merosakkan hati, buah pinggang dan perut Du.

“Kami menyarankan kepada keluarga pesakit supaya memindahkannya ke hospital lebih baik kerana sebagai hospital daerah, hospital kami tidak mempunyai peralatan perubatan yang lengkap bagi merawatnya,” kata  Ai.

Du mengalami kecederaan itu ekoran insiden pada 30 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, Du sedang bekerja di garaj di Xiajin, Dezhou sebelum diserang dua lelaki terbabit.

Polis di Xiajin kemudian menahan dua pekerja berkenaan kerana disyaki mencederakan Du.

“Dua suspek bernama Zhao dan Chen mencederakan Du dengan menolaknya hingga dia rebah ke lantai sebelum mengepam angin menerusi duburnya dengan pam angin,” kata polis. – Agensi.

PANASSS..!!! DI SIDANG DUN KEDAH PAGI TADI..!!!

39 soalan lisan...tapi Kerajaan PAS Kedah berani jawab 5 saja..!!! Heh!
Siang tadi, berlangsung sidang DUN Kedah di Wisma Darulaman untuk penggal ke-5 bagi yang ke-12... Boleh dikatakan ramai ADUN-ADUN yang hadir...

Tapi, sidang DUN tu mengambil masa 1 1/2 jam saja. Start pukul 9 pagi, habis pukul 10.30 pagi. Perghhhhh...!!! Sempat tanya dan bahaskan 5 soalan saja...padahal, semuanya ada 39 soalan dari seluruh wakil DUN di negeri Kedah..!!!

Meh sini aku cerita sejarah sidang DUN ni...

Dulu masa BN memerintah Kedah, memang sidang untuk penggal ke-5 ni berlangsung sekejap saja. Lebih kurang 2 jam. Maknanya, mula pukul 9 pagi, dan selesai pukul 11 pagi. 

Masa tu BN bagi extra 1/2 jam sebab kesian kat ADUN-ADUN PAS yang menyalak tak cukup suara mahukan masa lebih untuk tanya soalan kat Kerajaan BN time tu... Tu yang jadi extra time tu...heh!

Lepas keluar dewan, maka ADU-ADUN PAS ni (termasuk Azizan Razak..tu pun kalau dia ingat!), maki hamun Kerajaan BN sebab buat sidang DUN selama 2 jam saja. Depa nak lebih masa. Depa nak buat sidang DUN sampai 2-3 hari...!!! Heh!

Tapi, bila depa dah pegang kuasa di Kedah, ADUN-ADUN PAS ni tak panjangkan tempoh sidang DUN tu punnnn..!!! Dulu depa complain...sekarang ni depa tak buat pun apa yang depa complain tu..!!! Heh!

Apa ke jadahnya ni? Nampak sangat puak-puak PAS ni lari dari tanggungjawab! Heh! Yang best...ADUN-ADUN BN cool saja...tak maki hamun macam depa dulu punnnn...heh!

Patutnya, ADUN-ADUN PAS tu malu pada diri depa sendiri dan malu pada rakyat! Kononnya depa "buat kerja cara Islam"! Heh! Cara Islam apa je jadahnya nihhh? Ni cara "agama PAS" nihhhh..!!! Heh!

P/s: Esok aku cerita lagi selanjutnya apa yang berlaku...heh!

BUKTI CINA PAKATAN RASIS..!!! BOLEH TAK KITA PIJAK JE KEPALA DIA..?!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/

Apahal dengan lelaki Cina ni? Pakai baju Bershit..tapi apahal poster dia berbau rasis..? Apa kena mengena bangsa Melayu dengan tuntutan pilihanraya yang bersih..?

Ni la contoh dan bukti yang menunjukkan Cina dari Pakatan Haram yang tinggi semangat perkaumannya, tebal sifat rasis, chauvinis ultra kiasu..!!!

Woi Ah Chai..!!! Lu nak mampos ke? Nak kena tibai..??? Lu nak perang ke apa dengan Melayu? Lu tahu tak lu pijak atas tanah apa? Tahu tak nama Malaysia ni sebelum ditukar..? 

Pernah dengar nama "Tanah Melayu"?????!!!!

Setahu aku, himpunan Bershit ni menuntut pilihanraya yang bersih (memang dah bersih pun, nak tuntut apa lagi???).

Jadi, gua nak pesan kat lu Ah Chai.. Lu jangan nak cari pasal..!!! Gua tak kisah la lu nak sokong Bershit ke..lu nak kena sontot dengan Anwar ke...lu nak sontot Ambiga ke...itu lu punya hal laaa..

Tapi apahal lu sentuh sentimen perkauman..? Lu nak kena terajang ke? Lu nak rasa penangan Melayu? Pernah kenal erti perkataan "AMOK"? Lu nak rasa..? Emmm..? Nak?

GEMPARRR..!!! PAS KEDAH TAK DENGAR RAYUAN ANAK YATIM YANG DIZALIMI...!!!?


Sampai anak yatim yang dizalimi terpaksa merayu pada Kerajaan PAS Kedah? Terpaksa merayu pada "Kerajaan Sejahtera"..???!!! Agak-agak la sikit puak-puak PAS weiiii..!!!

Ramadhan dah dekat nih...PAS benar-benar zalim terhadap anak-anak yatim..!!! Tiada pembelaan pun..!!!!

Rayuan Anak Yatim Mangsa Cabul Di Padang Terap

KUALA NERANG – “Saya mahu terus bersekolah.” Itu luahan penghuni asrama anak yatim dan miskin yang berusia 12 tahun, yang kini tidak dapat pergi ke sekolah mendakwa dicabul warden asrama berkenaan, hujung bulan lalu.

Luahan itu dinyatakan sewaktu Sinar Harian berkunjung ke rumah mangsa bersama pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Padang Terap, untuk bertemu dengan ibunya yang berusia 48 tahun.

Murid terbabit berkata, dia tidak lagi dapat pergi ke sekolah kerana tidak lagi tinggal di asrama berkenaan dan rumahnya pula terletak terlalu jauh dari sekolah untuk membolehkannya berulang-alik ke sekolah dari rumah.

“Sudah masuk minggu ke dua saya tidak ke sekolah, saya mahu belajar di sekolah bersama kawan-kawan dan dapat keputusan yang baik dalam UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah).

“Dalam tempoh ini, saya sering mengikut emak ke ladang dan membantunya, dan kelapangan pada waktu malam pula, saya penuhi dengan mengulang kaji secara sendirian,” kata anak kelima daripada enam beradik itu.

Sementara itu, ibunya yang ketika itu baru pulang dari ladang tembikai yang terletak agak jauh dari rumah, menceritakan bahawa dia terpaksa menyara anak-anaknya bersendirian sejak lebih lima tahun lalu, selepas suaminya dipenjarakan berhubung satu kes jenayah.

Menurutnya, kemiskinan dan ketiadaan kemudahan pengangkutan menyebabkan dia tidak dapat menghantar dan menjemput anaknya pulang di sekolah.

“Jika saya ingin ke pekan Kuala Nerang pun saya terpaksa menelefon teksi dan membayar tambang RM28 untuk perjalanan pergi dan balik, dan saya hanya ke pekan sekiranya ada perkara penting.

“Kini saya hanya bekerja di ladang tembikai dan perlu pergi ke lokasi yang diarahkan oleh majikannya, apabila tugas di satu-satu lokasi itu sudah selesai. Pendapatan pula sekitar RM15 sehari dan gaji dibayar tiga hari sekali,” katanya.

Katanya, dia turut menerima bantuan kanak-kanak daripada JKM berjumlah RM200, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kawasan rumah mereka, mendapati keadaan rumah itu terlalu uzur dan tiada penambahbaikan dilakukan sejak ia didirikan kira-kira 20 tahun lalu.

Malah, cuma terdapat satu bilik di rumah berkenaan, ruang tamu yang agak kecil serta dapur yang tidak sempurna dengan dindingnya pula banyak yang sudah reput.

Terdahulu, laporan media menyatakan bahawa satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Nerang berhubung dakwaan murid terbabit yang mengatakan dicabul oleh warden sebuah asrama anak yatim dan miskin, yang dihuninya, sewaktu dia sedang membasuh baju.

Sinar Harian bagaimanapun gagal mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan asrama. Begitupun, difahamkan bahawa asrama berkenaan baru-baru ini diarahkan tutup sementara oleh jabatan kesihatan atas faktor kebersihan. - Darulaman.my

KONSEP AGAMA PAS: WAL HALAAAAALU KU..WAL HARAAAAAAMU MU..!!!

lanun

Marah betul Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi, mengenai penyebaran karikatur-karikatur para pemimpin dan idola pihak pembangkang yang mencerminkan perangai sebenar dan kejijikan moral “dewa-dewa” pujaannya itu.

Nasruddin menganggap karikatur-karikatur itu begitu menghina para pemimpin Pakatan Haram dan dilakukan oleh mereka-mereka yang tidak bertamadun untuk memburuk-burukkan imej kepimpinan pembangkang menjelang PRU ke-13.

Dia mahu karikatur-karikatur itu ditarik balik. Katanya, kalau tidak ditarik balik, dia akan mendedahkan identiti atau dalang di sebalik penghasilan karikatur-karikatur tersebut.

Amboi..!!! Marah betul Nasruddin. Rasanya, kalau kartunis atau individu yang bertanggungjawab menyebarkan karikatur itu berada di depannya, mungkin Nasrudin sudah “makan” dan ratah bersama Unit Amal yang sememangnya “ganas-ganas” belaka…

Paling menarik, laman portal paling “berat sebelah” yang sememangnya pro-Pakatan Haram, Malaysiakini, mendedahkan bahawa Nasrudin paling marah dengan karikatur “lanun” yang sangat mirip kepada Anwar, Mat Sabu, Hadi Awang dan Ambiga Sreevenasan.

Karikatur tersebut mempamerkan Anwar bermata satu sedang bersama Hadi, Mat Sabu dan Ambiga di dalam sebuah tongkang lanun yang tertulis “Pirates of Kuala Lumpur” dan di bawahnya pula tertulis “perompak warna DiRaja!!”, sambil memegang parang…

Apa yang tidak betulnya dengan karikatur “lanun” itu? Bukankah “kuning” itu melambangkan warna DiRaja di negara ini dan sewajarnya pihak Pakatan Haram atau Ambiga perlu pilih warna lain yang lebih sesuai untuk mereka gunakan untuk memburuk-burukkan negara.

Institusi DiRaja tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan selama ini namun kerana puak-puak kuning Bershit dan sikap pemimpin Pakatan Haram yang mengancam kedamaian negara, DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu terpaksa bersuara mahu huru-hara itu dihentikan.

Pelik betul bila Nasrudin menunjukkan perangai kebudak-budakan yang tidak matang, buta sebelah mata dan bersikap tidak adil di dalam mengutarakan isu yang sememangnya menjadi amalan pihaknya sendiri.

Saya tidak tahu sejak bila Nasruddin terjun ke dalam kancah politik negara. Namun jika dia mengikuti perkembangan politik Malaysia sejak 1998 hingga kini, dia akan temui beribu-ribu gambar dan karikatur yang direka-reka untuk memburuk-burukkan pemimpin UMNO/BN.

Ia berlaku sejak di zaman reformasi lagi di mana ruang media dan propaganda di internet dikuasai sepenuhnya oleh cybertroopers-cybertroopers pro-pembangkang. Ketika itu, media-media pro-Kerajaan di internet rasanya boleh dikira dengan jari.


Gambar-gambar superimpose dan karikatur-karikatur “maha-firaun” dan “maha-zalim” begitu popular ketika itu. Dan sehingga kini karikatur-karikatur yang menghina dan memburukkan kepimpinan Tun M, Najib dan para pemimpin UMNO masih banyak disiarkan oleh pihak pembangkang.

Sewajarnya, Nasruddin perlu mengecam dan mengutuk Zunar serta cybertroopers-cybertroopers pro-pembangkang yang begitu banyak menabur fitnah terhadap kepimpinan kerajaan BN terlebih dahulu sebelum marah-marah pada penyiaran karikatur-karikatur yang mengutuk Anwar serta kepimpinan Pakatan Haram.

Nasruddin perlu sedar bahawa pihak pembangkanglah yang menjuarai karikatur-karikatur menghina dan memfitnah para pemimpin UMNO/BN dan mereka jugalah yang memperkenalkan cara jijik, kotor dan tidak bertamadun itu di negara ini.

Kalau pihak pembangkang yang buat karikatur maka Nasruddin bolehkan. Tapi kalau pihak penyokong UMNO/BN yang melakar dan menyiarkan karikatur yang menunjukkan sikap dan polisi sebenar Pakatan Haram maka Nasruddin mengamuk macam budak kecil..!!!

Adilkah kemarahan Nasruddin itu? Atau apakah sikap Nasruddin itu membuktikan PAS masih lagi menggunakan dasar “Wal Halaaaaalu Ku, Wal Haraaaamu Mu”?

Saya berpendapat, Nasrudin perlu cermin dulu dirinya sebelum bertindak mengajar atau mengecam karikatur yang jelas melondehkan sikap dan rupa sebenar para pemimpin Pakatan Haram yang sememangnya jelek dan memalukan itu.

Sepatutnya, dia ajar dulu pihak PAS dan penyokong Pakatan Haram tentang erti etika, tamadun dan akhlak mahmudah kerana pihaknya lebih terkenal dengan sikap-sikap kurang ajar, jijik, jelek dan kaya dengan akhlak mazmumah.

Kalau rumah sendiri busuk dan jelek, janganlah tuduh rumah jiran yang bersih itu kotor. Kalau diri sendiri yang buruk perangai, janganlah menuding jari pada pihak yang jelas lama bersabar dengan kerenah tidak bertamadun pihak pembangkang.

Karikatur “lanun” itu baru sedikit. Nantikanlah kemunculan karikatur-karikatur yang lebih pedas dan mampu membuat para pemimpin Pakatan Haram tak dapat tidur malam! Nasruddin pernah tengok karikatur “Omega”?

Sumber: Mykmu.net

KEDAH PANASSS..!!! WARDEN PAS CABUL ANAK YATIM, YANG HANGPA PI BELA WARDEN TU BUAT APA..???

cabul

Agak menyakitkan hati apabila mendengar cerita kurang enak mengenai pencabulan dan penyelewengan lebai-lebai PAS di sebuah pusat perlindungan anak-anak yatim yang diselenggara di bawah pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Bukan sekadar mendengar khabar angin, saya dan beberapa rakan berkunjung ke rumah mangsa dan mendengar cerita sendiri dari kalangan orang-orang kampung di sekitar rumah anak yatim yang terletak di Padang Terap, Kedah itu.

Sebenarnya, isu ini mula timbul dari seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Yayasan Al-Bukhari yang hadir ke rumah anak-anak yatim itu membuat kajian kertas kerjanya.

Setelah seminggu membuat kajian, dia mendapati berlaku kes cabul dan penyelewengan sumbangan di rumah anak-anak yatim itu dan menggesa agar pihak dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terbabit datang memantau situasi berhubung aduan anak-anak yatim itu padanya.

Hasilnya, beberapa kaunselor dari PPD datang mendapatkan maklumat dan berdasarkan aduan anak-anak yatim itu, maka dua laporan polis telah dibuat terhadap warden pusat perlindungan anak-anak yatim tersebut oleh dua orang mangsa.


Setelah isu cabul anak-anak yatim itu terbongkar, maka semakin kelam-kabutlah pihak pengurusan rumah anak-anak yatim itu memandangkan ia diuruskan oleh beberapa orang pak lebai yang sememangnya PAS “totok”.

Lebih menarik, beberapa orang penduduk kampung di sekitar rumah anak yatim di situ turut tampil menceritakan dan menyokong cerita anak-anak yatim itu tentang penyelewengan dan pencabulan yang berlaku.

Menurut mereka, anak-anak yatim yang malang itu pernah mengadu kepada mereka mengenai pak lebai PAS yang suka mencabul, memeluk mereka tanpa rela, masuk ke dalam bilik air ketika mereka sedang mandi dan sebagainya.

Namun, apabila mereka bertanyakan hal tersebut kepada warden tersebut, anak-anak yatim yang mengadu itu menjadi mangsa kemarahan pak lebai itu di mana mereka dimaki hamun dan dimarah dengan kata-kata lucah yang sangat tidak sesuai didengar oleh remaja bawah umur.

Lebih pelik lagi, pak lebai PAS itu memilih untuk menjaga asrama puteri di rumah anak yatim itu dan mengarahkan isterinya untuk menjaga asrama putera! Pelik, bukan? Tapi itulah pentadbiran oleh Pak Lebai PAS yang sangat dibela oleh pihak pengurusan rumah anak yatim itu.

Selain itu, para penduduk kampung itu juga menceritakan bahawa rumah anak yatim itu sering mendapat sumbangan dan bantuan dari beberapa pihak dan individu, di mana boleh dikatakan bahawa penghuninya sepatutnya menikmati kehidupan yang selesa.

Sumbangan berbentuk keperluan makanan seperti beras, gula, milo dan sebagainya sering didermakan ke rumah anak yatim tersebut. Selain itu, rumah anak yatim itu juga dikatakan mendapat sumbangan kewangan yang agak kerap dari pelbagai pihak.

Namun begitu, dikatakan bahawa hanya peruntukan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja yang direkodkan, manakala sumbangan lain yang dibuat secara terus kepada rumah anak yatim itu “direkodkan ke dalam kocek” pak lebai PAS itu.

Melalui cerita-cerita anak-anak yatim itu, mereka sering dihidangkan dengan lauk ikan temenung goreng setiap hari manakala pak lebai tersebut menikmati hidangan mewah seperti lauk ayam, daging, udang, ketam dan sebagainya.


Paling teruk, dikatakan bahawa warden itu membawa anak isterinya memasak dan “bersantap” di rumah anak yatim itu tanpa rasa bersalah memakan harta anak yatim.

Para penduduk kampung di situ juga mendedahkan bahawa pak lebai PAS itu pernah menjual sekampit beras padanya dengan harga RM10 sahaja, dan dipercayai beras tersebut adalah beras sumbangan dari orang ramai kepada rumah anak yatim tersebut.

Memandangkan isu ini telah terbongkar, pihak pengurusannya telah bertindak menutup rumah anak yatim tersebut di mana semua penguninya terpaksa pulang ke rumah saudara mara masing-masing sebagai “hukuman” membocorkan rahsia dalaman mereka.

Pelbagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan rumah anak yatim itu dikatakan cuba menutup rahsia tersebut dari pengetahuan masyarakat, namun tidak berjaya apabila beberapa media telah membuat liputan mengenai pekung PAS Kedah itu, termasuk Sinar Harian edisi Utara.

Begitulah nasib anak-anak yatim di Kedah setelah PAS memerintah di negeri itu. Peliknya, Azizan masih berbangga dan mendabik dada kononnya negeri Kedah sangat “sejahtera” di bawah pentadbiran PAS.

Persoalannya, mampukah Azizan Razak berbangga di depan Allah kelak di Padang Mahsyar berkenaan pentadbirannya yang begitu menzalimi hak-hak anak yatim di Kedah? Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

Bila Kak Su Bersuara... Heh!