Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 14, 2012

PEDASSS..!!! BILA MELAYU BARUA DAP BERSUARA MELAGAKAN PEMIMPIN UMNO/BN..!!!

aspan

Agak melucukan membaca tulisan Aspan Alian, bekas ahli UMNO yang kecewa dan kini menyertai DAP, yang cuba menabur persepsi buruk kepada UMNO seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang terdesak meminta sokongan dari ahli-ahli Mubarak.

Kononnya, dua tiga orang ADUN dan bekas Exco kerajaan negeri menghubunginya memberitahu kemarahan mereka terhadap kepimpinan Najib, dan cuba membayangkan bahawa “ketika terdesak barulah Najib nak panggil dan hargai Mubarak”.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita,” kata bekas ADUN itu, dakwa Aspan Alias.

Sebagaimana maklum, Aspan Alias bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada Islam, Melayu dan Tanah Melayu memandangkan dia melompat menyertai DAP yang terkenal dengan sikap rasis, chauvinis dan ultra kiasunya lebih pekat dari komunis.

Meskipun DAP tidak mengangkat senjata seperti Chin Peng dan gerombolannya, DAP yang disertai Aspan itu meneruskan doktrin komunis secara halus melalui saluran kuasa politik. Buktinya begitu mudah untuk dilihat di Pulau Pinang.

Justeru itu, bolehkah kita pakai dan percaya segala dakwaan Aspan Alias itu bulat-bulat tanpa sebarang prasangka bahawa dia cuba menimbulkan persepsi buruk melaga-lagakan Najib dengan “orang-orang lama” UMNO/BN?

Sekiranya kita mengikut perkembangan pentadbiran Najib sejak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak pernah membelakangkan orang-orang lama dan veteran, terutamanya Mubarak.

Sedangkan bekas-bekas perajurit, bekas penjawat awam dan bekas-bekas polis pun Najib raikan dengan penghargaan dan kemuliaan, apatah lagi ahli-ahli Mubarak yang dulu pernah banyak menabur jasa kepada rakyat bersama UMNO/BN.

Sudah tentulah mereka diraikan dan dihargai sepenuhnya. Lainlah DAP yang kini langsung tidak menghargai Tunku Aziz yang menjawat jawatan tertinggi parti dan banyak menghabiskan umurnya bersama parti rasis tersebut.

Jika benarlah apa yang dikatakan Aspan mengenai kemarahan 2 – 3 orang ahli Mubarak itu, rasanya UMNO dan Najib tidak memerlukan individu yang menghubungi Aspan tersebut memandangkan dia sangat berpotensi menjadi talibarut DAP dan membelot kepada parti.

Jika direnung kata-kata salah seorang dari mereka yang berkata seperti di atas, ternyata ahli Mubarak itu mengharapkan habuan dari perjuangannya dan perjuangannya itu lebih bersifat berkepentingan peribadi.

Pendirian individu yang mengadu kepada Aspan itu jelas sangat bertentangan dengan perjuangan UMNO/BN yang mewajibkan diri mereka berkhidmat sepenuh hati kepada rakyat tanpa mengharapkan atau mementingkan kepentingan diri sendiri.

Sebenarnya, 2 – 3 orang yang bersikap seperti itulah yang memburukkan nama UMNO dan mereka sangat dialu-alukan untuk meninggalkan parti seterusnya menyertai Aspan Alias kerana sikap tersebut adalah sama dengan Aspan yang mahukan “sesuatu” dari UMNO sebelum ini, bukan?

Untuk pengetahuan Aspan, boleh dikatakan semua ahli-ahli Mubarak menyokong penuh kepimpinan Najib dan 2 – 3 orang yang menghubunginya itu dikatakan hanyalah mereka yang kecewa sepertinya setelah “permintaan” mungkin mereka tidak dapat dipenuhi.

Sepanjang lebih 3 tahun pentadbiran Najib, belum pernah sekalipun kita terdengar perselisihan pendapat atau rungutan dari Mubarak terhadapnya dan saya yakin bahawa jika ada yang tidak puas hati dengan Najib, sudah tentu sudah lama mereka bersuara.

Misalnya, Tun M keluar parti bagi menunjukkan protesnya terhadap kepimpinan Pak Lah yang lemah dan kembali menyertai UMNO setelah Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Perlu Aspan tulis didahinya bahawa Tun M merupakan ahli Mubarak!

Justeru, tak payahlah Aspan cuba melaga-lagakan Najib dengan Mubarak kerana mereka semua ahli politik dan mereka masak benar permainan politik DAP yang kini memperkudakan Aspan sebagai “tin kosong” mereka. Najib dan Mubarak tidak bodoh seperti Aspan Alias.

Apa yang Aspan perlu buat sekarang ialah pergi jumpa dengan kepimpinan DAP dan beritahu mereka bahawa bersedialah berdepan dengan kebangkitan rakyat yang sudah 4 tahun lebih tertipu dengan kata-kata dan manifesto Pakatan Haram pada PRU ke-12 dulu.

Rakyat tidak bodoh dan mereka mampu menilai KPI Pakatan Haram yang hanya bagai burung kakak tua, pandai berkata-kata tapi tak tahu buat satu perkara sekali pun. Dan bersedialah untuk menerima kekalahan Pakatan Haram yang paling teruk dalam sejarah.

Aspan, pergi beritahu “tuan” kamu. Pergi. Syuh..syuh…!!!

Sumber: Mykmu.net

PEDASSS..!!! UNTUK BACAAN BLOGGER PAS KEDAH SAHAJA..!!!


Aku ucapkan "sama-sama" kepada blogger pro-PAS Kedah, Kedahlanie atas ucapan "terima kasih" mereka kepada kami yang membongkarkan siri-siri pendedahan pusat hiburan House Bar Of PAS Kedah di Alor Mengkudu baru-baru ini.
Ucapan "sama-sama" aku tu bukan bererti isu ini selesai di situ saja...heh!

Blog PAS Kedah tu meletakkan kesalahan utama pada pihak Penguatkuasa atau PBT. Tapi wajarkah depa diletakkan di tempat pertama untuk "dibelasah"?

Aku nak tanya Kedahlanie, kalau EXCO luluskan lesen pusat hiburan tu, apakah Ahli Majlis ada kuasa untuk marah atau larang pusat hiburan tu beroperasi? Kalau cukup syarat, tauke pusat hiburan tu berhak memohon lesen operasi, kan?

Pantau atau tidak, terletak pada kelulusan lesen tu. Selalunya, lesen pusat hiburan tu dipohon dari Jawatankuasa Mesyuarat Perlesenan Kerajaan Tempatan (PBT la tuuhh). Dan selalunya kelulusan dibuat berdasarkan dasar yang ditentukan pihak Kerajaan Negeri (Kerajaan PAS Kedah la tuuuu..).

Dan ia tertakluk juga pada kuasa di bawah Exco Kerajaan Tempatan. Siapa Exco tu kalau bukan Phahrolrazi (musuh Azizan la tuuuu..). Phahrolrazi sebelum ini mendedahkan banyak pusat hiburan dan rumah urut tumbuh melata di Kedah.

Dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, Phahrolrazi sengaja mendedahkan lebih 450 buah premis pusat hiburan dan rumah urut diluluskan di Kedah dan dia meminta agar yang beroperasi secara haram (tidak berlesen) agar memohon kelulusan lesen dengan segera..! 

Heh! Nampak sangat dia nak tunjuk pentadbiran Azizan ni penuh dengan penganjuran pusat maksiat! Padahal, dia yang luluskan...Muahahahahahaaaa...Kononnya Phahrolrazi fikir dia bijak la tu...

Jadi, aku nak tanya Kedahlanie lagi, patutnya hangpa balun Phahrolrazi tu dulu pasal dia yang luluskan lesen-lesen pusat hiburan tu. Dia yang ada kuasa kawal semua pusat-pusat hiburan tu. Dia boleh batalkan, gantung dan tak luluskan lesen premis tu, tapi kenapa dia luluskan jugak? Heh!

PBT nak pantau pusat hiburan? Hahahaha..apa punya low class la pemikiran hangpa nihhh! Kalau hangpa nak tau, ahli-ahli majlis hangpa tu dok sebok claim duit meeting saja. Apa yang depa meeting pun depa tak ketahuan punca! Heh! 

Hangpa tak payah salahkan sangat PBT tu. Depa makan gaji dan depa hanya menurut arahan dan dasar pemimpin Kerajaan PAS Kedah. Kalau Kerajaan PAS Kedah bawak dan suruh depa mengimarahkan masjid, maka depa akan imarahkan masjid...

Tapi kalau Kerajaan PAS Kedah "pandu" depa suruh "mengimarahkan pusat hiburan", maka akan jadi macam sekarang ni laaaa..!!!

Hangpa tak payah nak kona-kona lagi la weiii..Dah jelas dah memang perlaksanaan dasar kerajaan PAS Kedah tu hanya RETORIK semata-mata. Cakap saja lebih. Macam la hangpa tu innocent dan pandai sangat...poddahhh..!!!

Dulu, hangpa kutuk BN. Kononnya kerajaan BN tak Islamik. Padahal, kerajaan BN realistik dan beri kebebasan kepada golongan bukan Islam untuk berhibur secara terkawal. Kelulusan pusat hiburan dan rumah urut tak la sebanyak sekarang ni...

Tapi bila hangpa PAS take over Kedah, bukan setakat yang ada lesen, yang haram tu beroperasi sesuka hati saja. Kalau yang berlesen pun hangpa tak mampu nak pantau, apatah lagi yang haram..!!! Sudah la weiiii..!!!

Patutnya hangpa puak-puak PAS kena sedar bahawa hangpa dah tersilap sokongan. Patutnya, PAS jadi pembangkang kat sini dan DAP/PKR takdak chance masuk Kedah. Tapi rakus nak kuasa punya pasal, sekarang PAS Kedah dan jadi lebih "thoghuuut" dari DAP dan PKR..! 

Dan yang paling sadis, hangpa tak sedar bahawa DAP makin lama makin kuat di Kedah dan desak Ustaz Azizan bagi kerusi DUN sama banyak dengan PAS di Kedah! Heh! Hangpa sedar tak apa yang berlaku nihhh? Heh! Ikut suka hangpa la weiiiii..!!!

PEDASSS..!!! HADI PERLU TANGGUNG KEZALIMAN YAHYA KEPADA CHE HASNAH..!!!

po_07.1

Seorang suami beragama Islam berhak untuk menceraikan atau mentalakkan isterinya mengikut kemahuan sendiri. Talak atau penceraian bukanlah satu permainan di mana seorang isteri boleh jatuh talak meskipun hanya bergurau, tanpa niat, mabuk atau berlakon.

Dan sebagaimana yang kita tahu, perkara halal yang paling dimurkai Allah SWT ialah talak.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, di Kelantan yang diceraikan suaminya, Yahya Ibrahim, 78, hanya kerana dikatakan tidak menyokong PAS.

Suaminya pula membalas kenyataan tersebut menyatakan bahawa dia menceraikan isterinya itu kerana tidak mengamalkan ajaran Islam dan menafikan penceraian di usia lanjut itu adalah kerana politik.

Kemudian, Che Hasnah menegaskan bahawa dia yang merupakan seorang guru agama taat kepada semua ajaran Islam, mengerjakan solat lima waktu dan mengajar orang ramai membaca Al-Quran bagi lebih mengimarahkan Kitabullah itu.

Lebih menarik, di sepanjang perkahwinan mereka yang berusia 14 tahun itu, Yahya tidak pernah menegur segala amalan hariannya yang membabitkan agama Islam kecuali bertengkar kerana politik.

Menurut Che Hasnah, Yahya suka berceramah mengenai politik dan dia sebagai isteri dan rakyat yang berhak mengundi hanya mengeluarkan pendapatnya sahaja. Dan dikatakan bahawa kerana perbezaan pendapat politik itulah suaminya marah padanya.

Meskipun begitu, Che Hasnah tidak diketahui sama ada seorang ahli UMNO, PPP, PAS, PKR, atau DAP. Mungkin juga dia hanya golongan “atas pagar” yang tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, namun celik pendirian mengenai sesuatu pendapat yang bernas.

Sebenarnya pada saya, ini bukan insiden penceraian perkahwinan pertama yang disebabkan oleh politik. Sebelum ini memang banyak terjadi, khususnya apabila ketaksuban melampau mereka melebihi had yang sepatutnya. Dalam kata lain, ekstrim!

Pada sekitar tahun 1980’an dulu, selepas Hadi Awang mengeluarkan amanatnya yang terkenal, maka ramailah suami isteri yang bercerai berai kerana perbezaan fahaman politik. Ada isteri yang sokong PAS, suaminya sokong UMNO dan ada juga yang sebaliknya, jodoh mereka berakhir dengan penceraian.

Ketika itu memang gawat. Solat dua imam bukanlah satu perkara yang asing di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Selain itu, haiwan sembelihan orang yang menyokong UMNO juga diharamkan oleh PAS untuk dijamah penyokong mereka. Payah jugalah tuan rumah nak buat kenduri-kendara ketika itu…

Saya percaya, orang-orang lama sudah tentu tahu dengan budaya mengkafirkan orang UMNO pada ketika itu dan lebih menyayat hati, ada anak-anak yang tidak mengaku ibubapa sendiri sebagai ayah dan ibu kandung sendiri kerana ibubapa mereka itu menyokong UMNO.

Bagitulah pepecahan umat Islam ketika itu, hasil dari amanat seorang individu yang kini bergelar Presiden PAS. Dan pada saya, insiden penceraian Yahya dan Che Hasnah adalah salah satu kes contoh membuktikan bahawa amanat itu masih kukuh dipegang oleh orang-orang PAS.

Pada para penyokong PAS berpegang kepada prinsip, “sesiapa yang tidak menyokong parti itu akan dianggap sebagai tidak lengkap keIslaman mereka dan boleh dikatakan tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar”. Mungkin kerana itulah Che Hasnah diceraikan Yahya yang merupakan seorang penyokong PAS “totok”.

Saya tertanya-tanya, sejak bila rukun Islam bertambah menjadi enam perkara? Sejak bila “memberi sokongan kepada PAS” diiktiraf sebagai rukun Islam yang ke-enam?

Saya tidak pasti jika Rasulullah SAW pernah bersabda “barang siapa yang tidak menyokong PAS maka tidak Islamlah dia”. Anda pernah dengar hadis begitu? Siapa periwayatnya? Riwayat Nik Aziz dan Hadi, kah?

Sebetulnya, PAS dan Hadi perlu memperbetulkan aqidah para umat Islam yang menyokong parti mereka. PAS bukan Islam dan Islam itu bukanlah PAS. Itu perlu diterangkan dan diberikan pencerahan kepada para penyokong PAS.

Jika tidak, tanggunglah kezaliman Yahya di akhirat nanti. Bukankah melakukan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya itu bermaksud zalim. Dan Yahya memang bertindak zalim mempergunakan haknya menceraikan Che Hasnah begitu…

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF OPS PUSAT HIBURAN DI KEDAH..!!! LEPAS HOUSE BAR, KINI BALI-BALI PULA DIBONGKARKAN..!!!




Menarik tak video kat atas? Seksi bukan main! Skirt pendek...goyang bontot tak hengat atas pentas..!!! Tengok gayanya, memang pompuan Melayu pun...

Dan yang paling best, video ni memaparkan suasana pusat hiburan Bali-Bali yang terletak di Alor Setar..!!! Dekat sangat dengan Masjid Aman dekat simpang menghala ke Kuala Kedah.

Kalau tak silap aku, Bali-Bali ni dah masuk kawasan Kuala Kedah. Ahli Parlimennya Ahmad Kassim (PKR), dalam DUN Pengkalan Kundor di bawah Phahrolrazi Zawawi (PAS)..!!!

Aku nak tanya la PAS dengan PKR ni. Apa cerita ni? Kedah dah jadi lebih "panas" dari Danok ni? Ni ke dasar PAS Kedah? Bali-Bali ni produk pelancongan Kedah ke? Mana Exco Agama, Taulan Rasul? Takkan bisu kot? 

Bak kata MB Kedah Azizan Razak...
LAGU NI KE BUAT KERJA CARA ISLAM..???!!!

LAWAK PAGI INI...ANWAR DAH BOOKING TIKET UNTUK BERSARA....


Betul ke Anwar nak sambung balik mengajar kalau dia kalah PRU ni..?

Heh! Iye la tu...korang boleh percaya kat Mat Omega tu..? Heh!

Aku sikit pun dah tak caya dah kat dia....

Pada aku, lebih baik dia blah dari Malaysia sekarang jugak sebab dia confirm kalah pada PRU kali ni...

Apa tunggu lagi wehhh..!!! Syuuhhhh...poddah la wehhh..syuhhhhh...syuuuhhh..!!!


Thursday, July 12, 2012

EKSKLUSIF..!!! ASAL USUL PUSAT HIBURAN PAS KEDAH YANG LEBIH BEST DARI DANOKKK..!!!


Semalam seronok tak tengok aku promosi pusat hiburan PAS? Best? House Bar of PAS Kedah, best? Okay...sekarang aku nak cerita sikit asal-usul macamana House Bar of PAS Kedah tu.

Actually, House Bar of PAS Kedah tu aku jangka mula beroperasi pada sekitar lewat tahun 2011. Tahun lepas. Maknanya, baru lagi la tu. Masa UMNO jadi kerajaan, pusat hiburan tu belum ada lagi...

Tapi, Grand Opening Ceremony (majlis pelancaran) pusat hiburan PAS tu diadakan pada 2 April 2012. Tahun ni, kan? Dan sekarang ni bulan 7, maknanya baru dilancarkan 3 bulan lalu...

Alamat penuh House Bar of PAS Kedah ni ialah di...Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar, Kedah. Pusat hiburan ni bukan kat Danok macam blogger PAS dok fitnah aku tu tauuuu..!!! Heh! No. telefonnya 017-419 4**5. Terletak bersebelahan dengan Caltex Alor Mengkudu...heh!



Majlis pelancaran pada 2 April 2012...Dr. Ismail Salleh rasmikan?
Aku nak tanya...masa nak buat House Bar Of PAS Kedah tu, Exco Agama hangpa tu tak bantah ka? MB kata apa? Exco Kerajaan Tempatan buat tak tau dan luluskan macam tu saja?

Lepas diluluskan, kenapa hangpa tak pantau pusat hiburan PAS tu? Alaaa...hantar la Unit Amal dok tiap-tiap malam kat depan pusat hiburan PAS tu. Mana-mana umat Islam cuba nak masuk, Unit Amal hangpa wajib  halang depa. Kalau depa degil, tangkap...

Apa? Unit Amal takdak kuasa? Heh! Bukan Unit Amal ada kuasa ka? Aku dengaq, Unit Amal ni lebih hebat dari polis! Amar maqruuf wannahyu anil mungkar..! Kan?





Tak payah la hangpa nak salahkan tauke dan pekerja pusat hiburan tu. Depa cari makan. Depa bukan Islam pun dan depa mana ada halal atau haram. Depa tak salah...

Siapa yang salah? Tu hangpa kena tanya Azizan Razak. Dia suruh buat kerja cara Islam. Jadi, pusat hiburan kat Kedah ni semua buat kerja cara Islam la kot...heh!


Amacam? Ada berani pi suruh Unit Amal dok depan House Bar of PAS Kedah? Atau Unit Amal semuanya teloq dah kena genggam dengan DAP? Heh! Hangpa boleh biar DAP genggam teloq hangpa, noooo..? Heh!

JAWAPAN UNTUK GENG PAS YANG LIDAH BERCABANG-CABANG..!!!


Actually geng blogger PAS tujukan kata-kata ni kat geng UMNO kononnya lidah kami bercabang. Alhamdulillah. Kami terima teguran tu dengan positif dan kini telah berubah, insyaAllah.

Lagipun, PM pun dah sebut slogan "janji ditepati", kan? Setahu aku, UMNO tak pernah mungkir janji. Cuma mungkin lupa. Biasalah..Melayu ni kadang-kadang senang lupa. Jadi, tolonglah ingatkan dengan cara yang berkhikmah dan diredhai Allah SWT...

Tapi kali ni, aku tujukan balik kata-kata kat atas tu kat semua geng-geng PAS di Kedah. Bukan apa, kali ni memang tepat kena kat hangpa balik. Hangpa memang menyusahkan orang lain dengan perangai hangpa yang semua orang meluat, menyampah dan benci...

So...tolong betulkan balik lidah hangpa yang bercabang-cabang tu. Sapa ajaq hangpa jadi bercabang? Anwar Berahim? Heh! Ubah sebelum malaikat maut tu mai jemput hangpa...heh!

Psssssttt..!!! PAS KEDAH GEMPUR PUSAT HIBURAN DI SG. PETANI SEMALAM..???


Kesan dari pendedahan aku semalam, beberapa pihak dalam PAS tak dapat menahan rasa malu dan marah depa terhadap para kepimpinan PAS Kedah yang tak buat kerja makan gaji buta sambil goyang teloq di rumah masing-masing...

Maka depa pun kelam kabut semalam kumpul orang. Kononnya nak buat pemantauan pusat-pusat hiburan kat Sg Petani. Heh! Hangpa nak pantau gerakan sapa sebenarnya, pusat hiburan atau kami bloggers pro-UMNO? Heh!

Aku nak muntah, boleh? Dah 4 tahun perintah Kedah, lepas aku bongkarkan baru hangpa nak pi serbu pantau pusat-pusat hiburan tu? Kepala hotak hangpa! Patutnya hangpa pi serbu tukang bagi lesen tu..!!! Cepat pi demo guling atas jalan desak Exco Kerajaan Tempatan letak jawatan!

Tu pun kalau hangpa ada teloq laaaa... Errr...puak-puak PAS ni ada teloq? Heh! Ka hangpa semua bapuk macam Anwar Berahim?
Woi Aduka Taruna..terlepas pandang kepala bapak hang! Pusat hiburan tu 1km je dari Pusat Khidmat DUN Alor Mengkudu! Bingai la bagi alasan bodo lagu tu...hang ingat Dr. Ismail Salleh tu bodo dan buta ka? Dia celik laaaaa...
Kalau pantau pusat hiburan tu pun, apa yang hangpa boleh buat? Hangpa boleh bakar pusat hiburan tu? Depa ada lesen la bro...silap-silap hangpa yang "ke dalam" nanti. Errr..sapa yang bagi lesen? Heh! Takkan kerajaan UMNO/BN pulak kot...? Dah 4 tahun dah UMNO/BN tak kerja kat Wisma tu...heh!

Nak pantau kami? Heh! Sorry la bro. Kami tak pi tempat-tempat lagu tu. Tu semua kami trace sendiri je...gambar pun ambik dari Facebook..tolong promosi tempat-tempat "menarik" di DUN Alor Mengkudu...DUN bawah PAS la tu kan...heh! Kami tolong promosi sajaaaa...takkan marah kot?

Amcam semalam? Berapa ramai UNIT AMAL yang turun? Berapa banyak pusat hiburan yang hangpa dah bakar? 4? 5? 50? 400? Heh! Buat la apa pun hangpa nak..sekarang kan hangpa yang perintah Kedah.. lagi pun Kedah ni bapak hangpa yang punya...! Heh!

Cuma aku pesan, tak payah la nak kritik sangat dasar pusat hiburan tu. Pusat hiburan tu untuk golongan bukan Islam. Dulu BN memang benarkan dan luluskan lesen. Tapi hangpa kafirkan kami sebab semua tu...

Tapi sekarang ni hangpa pulak yang lebih-lebih sampai hilang kawalan? Heh! Mengata orang, PAS yang lebihhhh...!!! Heh! Malu kaaa..??? Oooo...baru tau rasa malu ka? Dulu masa kafirkan UMNO dulu tak rasa malu? Kepala bapak hangpa!

PANASSSS..!!! BLOGGER PAS KEDAH TERPAKSA FITNAH BLOGGER PRO-UMNO KEDAH UNTUK COVER MALU..!!!



Sebenarnya aku sedih bila difitnah begini. Semalam, lepas kami blogger pro-UMNO/BN Kedah membongkar sebuah pusat hiburan, House Bar OF PAS KEDAH, blogger PAS Kedah fitnah kami ada pergi buat maksiat ke Danok..

Kat sini aku nak buat pengakuan, aku tak pernah cross boarder ke Siam seumur hidup. Mungkin aku pernah pergi ke luar negara, tapi aku tak pernah ke Thailand. Hangpa semua nak ketawakan aku atau nak kata aku tipu, lantaklah. Tapi aku memang tak pernah ke sana pun.



Aku ingat, bila depa ni blogger PAS, maka depa tak siarkan berita fitnah. Maklum la..depa kan "suci, murni, tulus, mulus, kudusssss". Tapi, aku tak sangka depa sanggup fitnah kami...

Ni aku bagi alamat penuh dan lokasi sebenar House Bar Of PAS Kedah tu....



Aku nak pesan la kat blogger-blogger PAS Kedah. Kalau betul pun malu dan terdesak sangat nak cover malu PAS kat Kedah, tak payah la buat dosa fitnah... Tak pasal-pasal je dapat dosa besaqqq, kan? 

Aku dedahkan isu ni bukan nak suruh hangpa maki hamun sana sini. Aku cuma nak hangpa tau ada gerakan dalam PAS sendiri yang nak musnahkan Azizan Razak tu. Hangpa pi la cari sendiri siapa...

Sebenarnya, kami tak pi pun ke situ. Semua gambar tu kami ambik dari facebook milik House Bar Of PAS Kedah tu...bukan apa...kami tolong promosikan pusat hiburan PAS kat Alor Mengkudu tu....

Bukan Phahrolrazi atau Dr. Ismail. Aku dengar depa dua orang tu "keldai" suruhan saja. Ciri-ciri orang yang aku maksudkan tu ialah "dia masih muda, seorang ADUN, bapanya seorang ahli UMNO, dia bekas ahli UMNO dan dia berbini 2"..Dialah "kuda trojan" sebenar...heh! Terkejut???!!!

Nampaknya Dr. Ismail Salleh lepas ni famous la dia....heh! Kan? Dia dah boleh jadi "superstar", terkenal dengan House Bar Of PAS Kedah yang ada kat tempat dia. Errr...dia ada pi rasmi tempat tu kaaa..??? Heh!

LAWAK PAGI INI..ISTERI GUAN ENG AKUI SOI LEK LAGI "UMMMPPHH..!!!"


Antara Soi Lek dengan Guan Eng, Betty akui bahawa Soi Lek lebih "best"..!!!

Maksudnya, Soi Lek gentleman sebab mengaku ada mistress dan letak jawatan masa kantoi...

Tapi Guan Eng tak mengaku..!!! Tak gentleman laaaa..!!! Heh!

Alaaa..Betty tau laaa...bukannya dia tak kenal "Rainbow"....

Pernah berkongsi katil..??? Heh!

Wednesday, July 11, 2012

PANASSS..!!! FAKTA KETUANAN DAP YANG BUAT PAS DAN PKR TAK BOLEH TIDUR LENA..!!!

keldai dap

Nampaknya para pemimpin PAS dan PKR seolah-olah tidak percaya dengan desas-desus maklumat jangkaan yang menyatakan bahawa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen pada PRU ke-13 nanti.

Beberapa pemimpin Pakatan Haram seperti Dr Johari Mat dan Syed Shahir Syed Mohamud menganggap ia adalah propaganda pihak Barisan Nasional (BN) yang mahu menakut-nakutkan bangsa Melayu mengenai isu berkenaan.

Malah mereka juga menganggap dakwaan seperti itu adalah sesuatu yang amat mustahil untuk berlaku dan yakin bahawa DAP tidak akan meletakkan calon dengan jumlah tersebut.

Pada saya, ulasan para pemimpin Pakatan Haram berkenaan isu tersebut jelas menunjukkan mereka tidak peka dengan perkembangan semasa dan seolah-olah tertipu dengan cara lama yang tidak sedar tentang pergerakan rakan sekutu mereka itu.

Lagi pula, mereka yang memberi kenyataan itu bukanlah pemimpin utama parti yang bertikam lidah di dalam mesyuarat Pakatan Haram di mana setiap parti di dalam gabungan haram itu bertengkar mahu jumlah kerusi yang lebih.

Johari Mat dan Syed Syahir bukan pemimpin utama, mereka hanyalah senator Dewan Negara yang dilantik sahaja. Saya yakin, boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah dengar nama mereka, bukan? Mungkin mereka ini spesis “katak di bawah tempurung”?

Sekiranya mereka melihat kepada sistem daftar pemilih pilihanraya yang terkini, mungkin mereka akan terkejut melihat pertambahan drastik yang tinggi dari kalangan para pengundi Cina di merata-rata kawasan di seluruh negara.

Bukankah DAP merupakan “johan” yang mendaftarkan jumlah pengundi baru paling ramai?

Seterusnya, “kuda-kuda kayu” PAS dan PKR yang tidak sedar diri itu perlu merujuk kepada statistik pemindahan kawasan mengundi di seluruh negara. Boleh dikatakan bahawa kawasan parlimen yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti yang besar pada PRU 2008 dulu akan menyusut.
Kemana perginya nama-nama pengundi Cina itu?

Menurut maklumat, para pengundi Cina tersebut dipindahkan kawasan mengundi mereka di kawasan yang berpotensi untuk memberi kemenangan kepada calon-calon DAP. Ia dikhabarkan dibuat secara berkala pada setiap tiga bulan bermula selepas tahun 2008 lagi.

Cuba bayangkan berapa jumlah pengundi DAP dalam jarak masa tersebut yang telah berjaya dipindah kawasan mengundi mereka dan dicampur pula dengan jumlah pengundi baru dari DAP yang berjumlah ratusan ribu!

Rasanya puak-puak PAS dan PKR perlukan kalkulator untuk mengira jumlahnya.

Berdasarkan statistik dan bilangan pengundi itu jugalah DAP berani “demand” lebih kerusi Parlimen untuk diberikan kepada mereka pada PRU ke-13 nanti. Dan berdasarkan fakta itulah yang menyebabkan para pemimpin utama PAS dan PKR yang bermesyuarat terkedu tidak melawan!

DAP boleh mengugut PAS dan PKR sekiranya kedua parti itu tidak bersetuju dengan permintaan mereka, DAP boleh keluar dari Pakatan Haram serta merta dan menamatkan impian Anwar untuk menjadi PM dan PAS menjadi menteri kabinet.

Mahu atau tidak, PKR dan PAS dilihat tidak mempunyai pilihan lain selain dari bersetuju dengan DAP.

Itu belum lagi disebut mengenai gerakan DAP yang memancing ramai golongan Melayu untuk menyertai parti itu dengan menggula-gulakan mereka untuk dijadikan calon parti itu pada PRU ke-13 nanti. DAP mampu menang tanpa PAS dan PKR, dan parti itu mampu membentuk kerajaan!

Hakikatnya, perkara itulah yang tidak disedari oleh para pemimpin PAS dan PKR diperingkat bawahan dan diberikan sedikit jawatan kecil untuk diperbodoh-bodohkan secara naif. Agak menyedihkan, mereka termakan dengan “umpan” tersebut.

Begitulah sikap para pemimpin PAS dan PKR yang hanya menyokong Pakatan Haram secara membuta tuli dan malas untuk mencari maklumat sendiri. Golongan sepertinya begitu mudah “dikeldaikan” oleh rejim DAP. Tak hairanlah jika mereka sanggup tidur atas jalan kerana DAP!

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF OPS PUSAT HIBURAN KEDAH..!!! LADIES NITE DI ALOR MENGKUDU DUN PAS..!!! Part VI


Pada 4 Julai baru-baru ni, House Bar Of PAS KEDAH telah menganjurkan LADIES NITE..!!! Full house gua cakap luuuu..!!! Perghhh..!!! Dah tentu la...nama pun "ladies nite", kan? 

Aku terfikir, macamana la Kerajaan PAS Negeri Kedah boleh kata depa ni menuju dan membangun bersama Islam. Kalau ye pun, agak-agak la....

Dulu masa BN perintah memang BN benarkan semua ni sebab ikut permintaan golongan bukan Melayu (MCA, MIC dan sebagainya). Tapi terkawal laaa...

Tapi, PAS masa tu kutuk BN macam-macam...depa kata BN kerajaan "thoghuuut" (sesat) dan macam-macam PAS maki hamun BN. Sampai ada yang kafirkan UMNO sebab pusat-pusat hiburan macam ni...

Tapi bila PAS perintah Kedah...bukannya PAS tutup pun pusat-pusat hiburan ni. PAS Kedah luluskan lebih banyak lesen..!!! Perghhhh..!!! Sekarang, siapa yang "thoghuuut" dan siapa yang sesat? Siapa pulak yang kerajaan kafir..??? Taulan boleh jawap?

Ni gambar-gambar bukti Ladies Nite anjuran House Bar Of PAS KEDAH tu...








EKSKLUSIF KEDAH MEMBANGUN BERSAMA PAS KEDAH..!!! CRAZY PARTY DI ALOR MENGKUDU..!!! Part V

Gambar-gambar ini pula melibatkan CRAZY PARTY yang berlangsung di House Bar of PAS KEDAH, di Alor Mengkudu, pada 29 Jun lalu...

Pergghhh...!!! Hebat, kan?

Aku nak cadang la sikit. Lain kali, event-event macam ni sesuai jemput ADUN PAS Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh untuk datang rasmi majlis...baru la ada "barakah" sikit...

Tak pun, ajak la Exco Agama, Taulan Rasul datang baca doa pembukaan CRAZY PARTY...Heh! Tu pun kalau dia nak datang la...Heh! Taulan mau datang?

Cuba bagi dia gambar-gambar CRAZY PARTY ni...rasanya mungkin pukul 8 malam pun dia dah terpacak kat Alor Mengkudu tunggu Dr. Ismail Salleh sampai...Heh! Kawan Phahrolrazi la tuuu..!!! Heh!







EKSKLUSIF OPS PUSAT HIBURAN KEDAH..!!! PAS KEDAH ANJUR PERTANDINGAN CARI MODEL..??? Part IV


Pengumuman..!!! House Bar OF PAS KEDAH akan menganjurkan pertandingan cari model pusat hiburan tu bermula pada 17 Julai ni. Paling best, ORANG MELAYU PUN BOLEH SERTAI..!!!

Berdasarkan maklumat, Amber Chia akan jadi hakim pertandingan tu. Aku cadangkan pihak penganjur ajak sekali Exco Agama, Taulan Rasul, ADUN PAS Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh dan Exco Kerajaan Tempatan, Phahrolrazi jadi HAKIM BERSAMA...

Kalau nak lebih cun, jemput Ustaz Azizan sebagai VVIP kehormat pertandingan. Alaaa...kira level macam "mursyidul am" pertandingan laaaaa...Heh!

Aku terbayang, kalau la anak dara Mahfuz ke..anak dara Taulan ke..anak dara Azizan ke..anak dara Phahrolrazi ke yang sertai pertandingan ni...agak-agak boleh menang tak? Errr...gerenti menang? Ceiiiisss...tak aci la macam tu...pilih kasih..!!! Heh!

Berikut adalah butiran pertandingan, ada sesiapa berminat?







Bila Kak Su Bersuara... Heh!