Tuesday, July 31, 2012

PANASSS 18SX..!!! KENALI CALON PAS PARLIMEN PENDANG..!!!



Aku tak mau cakap banyak kali ni. Kalau nak kenal betul-betul perangi dan sejarah calon PAS yang akan bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 ni, korang tengok la video kat atas ni...heh!

Kalau korang agak sangsi, sila cari bekas suami Normah tu dan tanya sendiri kat dia pasal isu ni..heh!

Jadi, pada pak-pak Lebai PAS di Pendang...jaga bini anda masing-masing sebelum jadi mangsa calon PAS nihhhh...heh!

SANUSI SETPOL "TER"PAKSA ATAU "DI"PAKSA..??? HEH!

mat sabu love

Marah benar Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, mengenai dakwaan bahawa terdapat usaha mencantas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, untuk bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 kali ini.

Dengan bersemangat, dia menulis di blognya menafikan segala dakwaan sumber dalaman PAS Pendang mengenai insiden mencantas Mat Sabu dari bertanding di parlimen itu. Katanya, PAS di negeri itu tidak punya masalah untuk Mat Sabu bertanding di Kedah.

Namun, dia kemudiannya menyatakan dakwaan dari sumber akar umbi di Pendang itu hanya membuka pekung keaiban PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang, serta tidak boleh dibiarkan berlaku di dalam parti tersebut.

Selain itu, Sanusi mengatakan bahawa sumber itu jelas menjejaskan dan mencalar imej Mat Sabu serta intergriti atau ketokohannya sebagai Timbalan Presiden PAS.

Agak pelik juga bila saya membaca tulisan Sanusi di blognya. Pada mulanya dia menafikan Mat Sabu dicantas dan disambut baik PAS Kedah. Tapi kemudiaannya dia menyatakan sumber dalaman PAS Pendang itu memalukan PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang.

Yang mana satu betul? Sanusi yang betul atau sumber dalaman itu yang betul?

Pada saya, sebagai seorang yang mempunyai sumber dalaman yang bergerak aktif di Pendang, saya lebih yakin kepada sumber saya sendiri. Dan lebih menariknya, sumber saya agak mirip kepada sumber yang ditulis oleh Malaysiakini baru-baru ini.

Sebenarnya, Mat Sabu pernah meminta kerusi Parlimen Kuala Kedah untuk ditandingi, tapi Azizan yang sememangnya tidak sukakan Mat Sabu telah menolak dengan memberi alasan bahawa parlimen itu adalah milik kuota PKR.

Menurut sumber saya, memang benar wujud gerakan menyekat Mat Sabu dari bertanding di Pendang. Di situ, terdapat dua pihak yang bertelagah, satu pihak pro-ulama dan satu lagi pro-liberalisme Anwarinas…

Golongan pro-ulama sudah lama merajuk dan enggan ambil tahu mengenai parti dan membiarkan golongan Anwarinas menguasai PAS Pendang. Sebagai bukti, seramai 14 orang pro-ulama meletak jawatan di dalam jawatankuasa PAS Pendang serentak sebagai tanda mereka merajuk!

Kesempatan itu digunakan Mat Sabu untuk masuk ke Kedah semula setelah ditolak sebelum ini. Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Osman “ditolak” ke peringkat DUN dan Mat Sabu mahukan kerusi Parlimen di situ.

Maka riuh rendahlah juak-juak PAS Pendang mengenai hasrat Mat Sabu. Golongan Anwarinas menyokong penuh, manakala golongan pro-ulama yang lebih besar pengaruhnya menolak dan menyindir kemahuan suami Normah itu untuk masuk ke kawasan mereka.

Setelah kisah ini saya dedahkan di sini, Malaysiakini yang dapat menghidu “bau bangkai” PAS di Pendang itu segera “masuk kampung” mencara berita dan kemudian terbitlah cerita Mat Sabu cuba dicantas di situ…!

Menariknya, Sanusi bagaikan dipaksa untuk menafikan dan menyembunyikan segala masalah dalaman yang dihadapi PAS di Kedah. Mungkin dia menggunakan hukum “tahaluf siyasi” untuk menutup “bau bangkai” tersebut.

Padahal, boleh dikatakan kisah ini riuh rendah dibicarakan oleh puak-puak PAS Pendang dan gerakan mencantas itu telah berlaku sekian lama di sana. Khabarnya, ada pihak tertentu dari kem Azizan Razak sendiri yang mahu menyekat kemaraan “komunis” di Pendang!

Nampaknya PAS Kedah semakin kucar-kacir. Itu baru saja masalah di Pendang yang melibatkan maruah Timbalan Presidennya. Belum lagi disentuh mengenai gerakan “bawah tanah” yang cuba “coup de tat” Azizan Razak menjelang PRU ke-13 ini.

Sebenarnya, menurut tinjauan saya dan maklumat-maklumat dalaman yang diperoleh dari orang-orang kuat PAS yang semakin menyampah dengan parti itu menjelaskan dengan tepat senario PAS yang huru-hara di Kedah.

Peliknya, sebelum PAS mendapat kuasa membentuk kerajaan di Kedah, parti itu dilihat begitu tenang dan sekata di dalam segala keputusannya. Saya sendiri tak tahu penyakit apa yang melanda PAS Kedah sekarang, para pembaca tahu?

Sumber: Mykmu.net

AMARAN UNTUK PAK-PAK LEBAI PAS PENDANG..!!! JAGA BINI ANDA MASING-MASING..!!!


Memang benar Mat Sabu dikatakan bakal bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 ni...Jadi, rasanya aku perlu beri peringatan kepada semua Pak-Pak Lebai PAS di Pendang supaya "jaga" bini masing-masing...

Mat Sabu memang terkenal suka kat "bini orang", terutamanya "bini-bini orang" yang bernama "NORMAH" dan yang berbunyi lebih kurang dengan nama tu...

Jadi, pak-pak lebai PAS Pendang yang bininya bernama Normah, Nurmah, Nirmah, Salomah, Sarimah dan ada bunyi "MAH", sila sembunyikan bini-bini anda di dalam rumah dan jangan tunjukkan pada Mat Sabu...

Bukan apa...sejarah hidup Abang Mat kita ni lain macam sikit...heh! Kalau tak caya, cuba tanya Normah 2nd. Heh! Aku dengar rakaman bualan telefon dia pun naik geli telinga..! Heh!

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! DUN EXCO AGAMA KEDAH JADI PUSAT JUDI EKOR HARAM...!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Ni ke "tauke judi ekor haram" Tokai..???
Sebelum Ramadhan, aku ada turun ke Pendang. Atau lebih tepat, aku turun ke DUN Tokai bersama seorang skuad TMK, Tombak Pusaka. Menariknya, dia bagi satu cerita best kat aku...heh!

Apa yang aku dapat di Tokai? Heh!

Rupanya di pekan Tokai, terdapat lebih 5 kedai nombor ekor haram! Perghhh..!!! Ni sindiket judi haram, bukan macam Sport Toto, Magnum atau judi yang dapat lesen tu. Judi haram ni takdak lesen dan sebab tu aku kata ia beroperasi secara haram...

Menariknya, nombor-nombor judi haram tu dijual dikedai-kedai runcit di sekitar Pekan Tokai, tidak jauh dari rumah EXCO AGAMA, Taulan Rasul..!!! Jauhnya hanya sekitar 500 meter dari rumahnya...

Pada mulanya, aku tak caya. Tapi lepas lalu depan rumah Taulan Rasul (dia dah pakai Camry baru kaler hitammm!!! Perghhh..!!! kaya bebbb..!!!), aku suruh la member aku buktikan...

Dia kata dia tak reti beli sebab tak pernah main nombor. Dia mintak tolong kawan dia belikan. Kawan dia tu "orang PAS"...???!!!

http://dukeofumno.blogspot.com/
Nombor yang mamat tu tulis...
Kawan dia tu mulanya tulis nombor atas kertas. Sumpah Wallah! Aku pun tak tahu cara nak tulis untuk beli nombor tu. Lepas tu dia hulur kat kaunter kedai tu. Selamba je kedai tu bagi "resit"! Kiranya resit tu ialah nombor yang dipertaruhkan laaa...

http://dukeofumno.blogspot.com/
Tu diaaa....nombor ekor haram dalam bentuk resit kedai..!!! Heh!
Perghhh..!!! Macam tu rupanya cara judi ekor haram di DUN di bawah EXCO AGAMA PAS ni...

Lebih best lagi, ada sebuah rumah tu dikatakan pusat jual beli nombor ekor haram paling popular! Lokasinya betul-betul dekat dengan Masjid As-Syakirin depan rumah Taulan Rasul..!!! Perghhh..!!!

Aku tertanya-tanya, takkanlah Taulan Rasul tak tahu pasal semua judi ekor haram ni? Kalau dia tak tahu, maka sahlah dia tak buat kerja. Dan jika dia tahu pun, lebih sah la dia memang tak reti buat kerja...kerja goyang telur je la sambil bersiar-siar naik Camry baru...

Tak sangka perkara macam ni berlaku di dalam kawasan PAS totok! Kawasan tu PAS pekat tuuhhh..!!! Sebut DUN Tokai, semua tahu kawasan tu kuat PAS.. orang PAS suka main judi ekor haram ke...???



Aku gesa Taulan Rasul buat operasi, siasat perkara ni dan ambil tindakan segera. Kalau tidak, Azizan perlu dipertanggungjawabkan. Sanusi Setpol pula perlu jawab isu ni. Kalau kami check lagi lepas ni dan judi ekor haram tu masih ada...siap la kena balun dengan TMK lagi lepas niii..heh!

DAHI TAULAN RASUL, AZIZAN RAZAK, SANUSI SETPOL, LEMAN DAN ZUL YAHYA AKAN BERKERUT PADA JAM 12 TENGAHARI INI...!!!?

http://dukeofumno.blogspot.com/

Aku ada pengumuman untuk seluruh rakyat Kedah hari ni...dan aku rasa rakyat Kedah berhak tahu apa yang berlaku di DUN yang dikawal selia oleh EXCO AGAMA PAS KEDAH...

Susah jugak untuk mendapatkan bukti pendedahan ni...tapi aku terpaksa jugak beranikan diri untuk buktikan kebobrokan dan betapa PAS main "wayang" pada rakyat Kedah...

Nak tahu apa kisahnya? Heh! Tunggu lebih kurang pukul 1.30 tengahari ni...

InsyaAllah...segala kemungkaran dan sikap "goyang telur" PAS Kedah tu akan dibongkarkan tengahari ni...heh!

Aku tak sabar nak tengok muka Taulan Rasul, Azizan Razak, Sanusi Setpol, Leman Raja Lawak dan Zul Yahya berkerut seribu membaca pendedahan ini...heh!

Nantikan pendedahan aku dan TMK tengahri ni...heh! Zassssss..kita cantas sama diaaaa..!!! Kasi tukar balik Kedahhhh..!!!

LAWAK PAGI INI...BUKTI ANWAR MEMANG "ISTIMEWA"..!!! HEH!


Anwar memang berbeza dengan ramai lelaki di dunia ni...

Dan dia juga memiliki ciri-ciri yang sangat berbeza dengan Presiden Mesir yang baru...

Presiden Mesir happy dengan satu-satu isterinya...

Anwar pulak "happy" dengan isterinya, isteri balacinya, China Dolls, Siam Dolls, dan jantan-jantan kabaretnya...heh!

Kita "mesti pilehhhh" Anwar dengan "kelebihannya" itu...heh!

Monday, July 30, 2012

PANAS DARI KEDAH..!!! LEMAN RAJA LAWAK PUN TAKUT KAT BLOGGER KEDAH..???

Sebenarnya, aku tak sangka bahawa TMK ni mampu menggegarkan dunia politik Kedah, khususnya pihak PAS dan cybertroopers upahan mereka. Lebih mengharukan lagi, Leman Raja Lawak yang baru masuk PAS sehari dua pun "bengang" kat Team Media Kedah..heh!

Antara puak PAS yang marah sangat dengan gerakan dan edisi bongkar TMK ialah Setpol MB Kedah, Sanusi Md Nor, Leman Raja Lawak, Zulkifli Yahya dan pemimpin-pemimpin PAS yang aktif cari bini muda dalam Facebook..!!! Heh!


Baru-baru ni, Leman maki hamun TMK. Katanya TMK bohong, fitnah dan dibayar untuk serang PAS di Kedah. Dia tuduh macam-macam kat atas tu kan..? Heh! Aku gelak jer..!!! Muahahahahaaaa..!!!

Dalam kenyataan Leman tu, satu haram pun takde fakta! Semuanya tuduhan dan makian saja. Heh! Aku rasa, Leman ni takdak point yang intelek atau ilmiah sikit pun dalam hujahnya. Dalam kata lain, dia ni boleh dikategorikan "otak sampah"...heh! Sorry la Leman..memang tu ja taraf hang...

Aku nak bagitau, TMK ni dianggotai oleh McTheory, Medan Tempur Kedah, Pisau Kedah, Aktivis Umno Pekan Naka, Dahlia B.Lada, Aiman Rosis, Nizam Wahab dan ramai lagi sahabat sahabat yang sanggup berjuang bersama bersama TMK. 

Aku pun termasuk jugak di dalam TMK. Tapi aku tak la hebat macam kawan-kawan aku kat atas tu...heh!

Kami tidak difund oleh sesiapa. Itu fakta. Kami bergerak sendiri. Kami guna duit, masa, tenaga dan kudrat sendiri. Kenapa? Sebab kami berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Kami tak berjuang demi AGAMA PAS..!!! Heh!

Jadi, aku sarankan kepada Sanusi, Leman, Zul Yahya dan cybertroopers-cybertroopers upahannya supaya jawab dan berikan respon kepada isu-isu yang kami siarkan setiap hari di blog, facebook dan twitter kami. Setiap hari wehhhhh..!!!

Selama ni kami biaq saja PAS buat sesuka hati mak bapak depa kat Kedah. But enough is enough. Kami perlu bongkar dan londehkan segala kezaliman hangpa kat Kedah dan rakyatnya. Kami takkan berhenti dan perjuangan kami belum selesai...

Ingat...TMK akan terus menggegar PAS Kedah dan Pakatan Haram. Jangan harap hangpa boleh tidur mata terbuka lepas ni...tak lena malam la wehhhhhh..!!! Heh!

PANASSS..!!! INI CARANYA PAKATAN HARAM TIPU RAKYAT MALAYSIA..!!!

tipu

Kalau benar-benar mahu memenangi hati rakyat, kononnya sesebuah kerajaan perlu menurunkan semua cukai, harga barangan dan segala keperluan atau kehendak rakyatnya. Mungkin itulah doktrin ekonomi negara Pakatan Haram.

Sekiranya mahu mendapatkan undi rakyat, sesebuah kerajaan juga perlu memberikan segala keperluan hidup kepada rakyat secara percuma dan menurunkan cukai kepada semua kehendak kepada paras seminimum mungkin.

Dalam ertikata lain, keperluan seperti pelajaran, makanan ruji, bekalan air, elektrik dan sebagainya perlu diberikan secara percuma.

Manakala kehendak rakyat seperti kereta, harga barangan runcit, petrol dan sebagainya perlu diturunkan harga dan cukainya sehingga di bawah paras RM1.

Pada saya, siapalah yang tidak mahu sekiranya segala keperluan hidup diberikan percuma dan menikmati harga petrol serendah RM0.50 seliter dan harga sebuah kereta serendah RM4,000?
Terus terang, saya pun mahu! Gilalah orang itu jika dia tidak mahu sesuatu yang percuma dan berharga semurah itu…

Jadi perkara-perkara seperti inilah yang dijanjikan oleh Pakatan Haram kepada rakyat Malaysia sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Harapan mereka, rakyat akan memilih mereka kerana “tawaran hebat” itu.

Namun jika difikirkan semasak-masaknya, apakah polisi atau dasar sebegitu akan menjamin sebuah negara yang membangun, maju dan mampu mengawal ekonomi dengan baik?

Prinsip ekonomi secara jelas menyatakan bahawa sistem atau polisi sebegitu akan membuatkan sesebuah negara itu muflis dengan begitu drastik. Tanpa sebarang pulangan atau pendapatan yang seimbang, sesebuah negara itu kekurangan dana dengan dahsyat.

Terlalu banyak memberi dan kehilangan sebilangan besar prospek-prospek pendapatan negara juga akan menyumbang ke arah pembinaan negara miskin yang akan dinafikan sebarang peluang pembangunan yang mungkin berlaku.

Rasanya, Pakatan Haram tahu dan sedar mengenai perkara ini. Cuma mereka terus memberikan harapan palsu dan menipu rakyat dengan “janji-janji bulan dan bintang” mereka demi mendapatkan undi.

Kalau mereka berjaya mentadbir, saya yakin 100% bahawa mereka takkan mampu melaksanakan segala janji-janji mereka. Siapa yang tertipu dan kecewa ketika itu kalau bukan rakyat?

Lebih perit, ada pula rakyat yang percaya dengan muslihat untuk mendapatkan undi tersebut tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan “gula-gula politik” tersebut.

Maka mereka-mereka yang mengharap inilah yang akan turun ke jalanraya, tidur di atas jalan, mengibarkan bendera DAP, memaki hamun saudara seagama sendiri, mempercayai fitnah dan enggan mempercayai kebenaran!

Dalam ertikata lain, rakyat seperti inilah yang diperkudakan dan dimanipulasi mindanya oleh Pakatan Haram.

Setiap kali mereka cuba disedarkan, Pakatan Haram akan mengatakan mereka adalah antara golongan yang bijak berfikir untuk memilih pembangkang dan mereka tidak bodoh untuk memilih kerajaan yang kononnya korup dan banyak menyeleweng.

Padahal, Pakatan Haram sendiri dipimpin oleh “Raja” penyeleweng, salahguna kuasa, tidak bermoral, penipu besar, agen Yahudi dan bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa dialah pengkhianat Islam, bangsa dan negara!

Namun dengan akal yang diperhebat dengan kelicikan syaitan, iblis serta pengaruh Yahudi, Pakatan Haram masih lagi dipercayai dan diharapkan segelintir rakyat yang dimanipulasi mindanya itu.

Kadangkala, saya sendiri agak “letih” untuk menjelaskan kepada mereka mengenai “modus operandi” Pakatan Haram yang cuma mahukan undi dengan menabur pembohongan dan perkara-perkara yang tidak realistik.

Selepas mereka “ditarbiyah”, mereka mengangguk bersetuju dengan hujah saya. Namun mungkin kerana “baiah” yang dibuat, mereka bagaikan “buta”, “pekak” dan “tuli” dari fakta-fakta yang menunjukkan betapa teruknya Pakatan Haram.

Namun apakan daya, saya terpaksa kuatkan diri dan memotivasi diri meneruskan perjuangan ini. Demi sebuah perjuangan yang belum selesai, saya fikir bahawa ramai lagi rakan-rakan yang setuju untuk kita terus berjuang menjelaskan agenda busuk Pakatan Haram.

Demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu, itulah perjuangan kita menentang sebuah kepalsuan ciptaan Pakatan Haram yang merosakkan segalanya…

Sumber: Mykmu.net

TERKINI DARI KEDAH..!!! MB KEDAH TERUS DEGIL "ROMPAK" BALAK GUNUNG INAS..!!!

Pada 20 Julai lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan agar aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dihentikan serta merta oleh Kerajaan PAS Kedah. Rujuk di sini.

Namun, menurut tinjauan rakan TMK, Kamera Kupang, dia menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembalakan masih belaku di kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Inas. Cuma kali ini, kontraktor yang dilantik untuk merompak balak tu gunakan cara lain...


Menurut hasil tinjauan dan fakta dari orang kampung di kaki Gunung Inas, serta penjelasan dari "taiko-taiko" balak di situ, mereka menebang balak dan membiarkan balak yang ditebang tidak diangkut seperti biasa di tempat simpanan balak seperti biasa.




Balak-balak tersebut dibiarkan sehingga seolah-olah telah lama ditebang dan setelah lori balak sedia, barulah ia diangkut untuk diletakkan terus di atas lori dan dibawa keluar dari kawasan itu...

Kamera Kupang yang turun padang pada bulan puasa baru-baru ini merakamkan bukti bahawa aktiviti pembalakan masih berlaku di situ meskipun lesen pembalakan di compartment itu telah tamat tempoh dan notis menghentikan aktiviti balak telah diberikan.

Nampaknya, PMBKed telah melanggar peraturan, undang-undang dan arahan pihak berkuasa.

Saya juga mendapat maklumat bahawa pihak Jabatan Hutan Negeri yang cuba memantau ketat aktiviti pembalakan di situ telah mendapat tekanan dari pihak tertentu. Siapakah yang mengancam penguatkuasa yang menjaga sumber alam tersebut?

Seperkara lagi, apakah usaha yang dibuat oleh MB Kedah, Azizan Razak dan apakah jawapan dari Setpolnya, Sanusi Md Mor mengenai pencabulan notis larangan tersebut. Apakah PMBKed punya sebarang jawapan mengenai kedegilan ini dan terus merompak hasil hutan Kedah?

Jawab brooo...!!! Jawabbbbb..!!!

MAHFOOZZSS PEDASSS..!!! MAHFUZ TAKUT PADA GANDINGAN MANTAP UMNO KEDAH..!!!


NAMPAKNYA Mahfuz Omar semakin hari semakin gerun apabila mengetahui bahawa UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, manakala PAS semakin berantakan dan teruk bergaduh sehingga ada yang mahu menggulingkan Menteri Besar.

Hakikat yang berlaku di negeri Kedah membuatkan Naib Presiden PAS itu benar-benar takut dan mengelabah sehingga membuat dia terpaksa berbohong menimbulkan persepsi buruk terhadap beberapa tokoh pemimpin UMNO di negeri Kedah.

Baru-baru ini Majlis Profesor Negara mendedahkan bahawa UMNO/BN berpeluang cerah untuk merampas Kedah kembali berdasarkan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh badan tidak berpihak tersebut.

Faktanya menunjukkan bahawa nama-nama tokoh seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah, Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Seri Mahadzir Khalid benar-benar diharapkan rakyat untuk mengembalikan pentadbiran di negeri itu.

Mendengar pendedahan tersebut, maka sebagai Ahli Parlimen PAS paling bengap dan tidak mampu mengawal mulutnya, Mahfuz terpanggil untuk mengulas mengenai keputusan kajian tersebut.
Katanya, keputusan kajian itu bakal memporak-perandakan UMNO Kedah ekoran kononnya karier Mukhriz akan terkubur sekiranya dia dilantik menjadi Menteri Besar Kedah kelak.

Mahfuz mendakwa populariti Mukhriz di Kedah bakal menjadikan anak mantan Perdana Menteri itu sebagai Menteri Besar negeri itu dan mendahului tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang lebih senior berbanding diri beliau.
Pada saya, dakwaan Mahfuz itu seolah-olah dia tidak tahu fakta sebenar mengenai kekuatan keempat-empat tokoh tersebut dan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS itu tidak berpaksi kepada realiti kebenaran yang sebenar.

Sebenarnya, UMNO di Kedah memang berada ditahap paling mantap sejak tewas pada PRU ke-12 kira-kira empat tahun yang lalu di mana Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri itu memiliki kekuatan yang cukup sempurna.

Sebagaimana maklum, Datuk Paduka Ahmad Bahshah merupakan pemimpin yang paling lama menjawat jawatan ADUN di negeri itu, tidak pernah kalah dan sangat berpengalaman di dalam dunia politik Kedah.

Dipercayai dengan kekuatan beliau itulah maka Ahmad Bashah dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berbanding pemimpin yang lain.

Timbalan Pengerusi UMNO Negeri itu pula disandang oleh Datuk Mukhriz Mahathir dan sebagaiamana yang kita ketahui bahawa beliau merupakan ikon paling hangat, dihormati dan digemari oleh golongan muda di negeri itu.

Datuk Seri Jamil Khir pula merupakan seorang yang memiliki ketinggian ilmu agama dan ilmuwan Islam sepertinya amat dihargai dan disegani oleh rakyat Kedah.

Manakala Datuk Seri Mahadzir Khalid pula merupakan bekas Menteri Besar Kedah yang banyak mengetahui soal selok belok pentadbiran kerajaan dan maklumat-maklumat dalaman kerajaan negeri Kedah.

Justeru itu, dengan gabungan keempat-empat tokoh inilah maka UMNO Kedah dilihat semakin gagah dan mendapat kepercayaan rakyat yang mahu kerajaan BN kembali mentadbir di negeri itu.

Apatah lagi melihat prestasi Kerajaan PAS Kedah yang tidak tahu serba-serbi dan hanya tahu “merompak” hasil sumber alam negeri tanpa menjana ekonomi, membuatkan rakyat semakin serik dan meluat pada para pemimpin PAS, termasuk Mahfuz yang malas balik kawasan.

Pada saya, kenyataan Mahfuz itu sebenarnya adalah untuk menyembunyikan ketakutannya untuk kehilangan Kedah dan menutup kepincangan serta pepecahan dalaman PAS yang semakin meruncing bagaikan “telur di hujung tanduk”.

Justeru itu, rasanya tak payahlah Mahfuz cuba “memporak peranda”kan UMNO di Kedah kerana setahu saya sememangnya kesemua pemimpin UMNO di negeri itu sedang ketawa besar melihat kebodohan Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mereka tahu, sekiranya UMNO/BN tidak menang di Kedah, bagaimana pula Najib mahu melantik Menteri Besar dari kalangan  mereka, kan?

Sebenarnya, para pemimpin UMNO/BN di Kedah tidak pernah kisahkan pun tentang siapa yang bakal menjadi Menteri Besar di negeri itu kelak kerana mereka sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk menawan Kedah kembali dari PAS.

Para pemimpin UMNO Kedah sedang berusaha menyelamatkan Kedah dan rakyatnya demi memastikan kesejahteraan di negeri itu kembali setelah kehilangan dan disusahkan oleh kebobrokan puak-puak yang sebodoh Mahfuz Omar!

Sumber: Perak Today

MASA UNTUK UMNO KENAL PASTI SIAPA YANG SETIA PADA PERJUANGAN...

lajim

Baru-baru ini dunia politik negara sekali lagi digegarkan dengan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melepaskan semua jawatannya di dalam UMNO, tapi sengaja tidak meletak jawatan di dalam kabinet Malaysia.

Selain itu, dia juga bersama 2 – 3 orang pemimpin BN Sabah juga dikatakan bakal menganjurkan sebuah majlis yang dikatakan menyokong Pakatan Haram di negeri bumi kenyalang itu dan menjemput Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormatnya.

Tindakan tersebut disambut riang gembira oleh ramai pemimpin Pakatan Haram, khususnya Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Tian Chua dan ramai lagi. Kononnya, Lajim Ukin merupakan “perintis” perubahan di Sabah.

Memandangkan Lajim Ukin sengaja tidak meletak jawatan di dalam kabinet, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengumumkan mengenai kedudukan Ahli Parlimen Beaufort itu pada Isnin, 30 Julai ini.

Jika saya mengikut kata hati yang panas terhadap Lajim Ukin dan tindakannya itu, rasanya kemarahan saya itu tidak sampai ke mana. Marah atau tidak, dia tetap akan berkhianat kepada UMNO dan BN sesuka kehendak hatinya.

Bagaimanapun, di sebalik insiden pengkhianatan Lajim Ukin itu, saya merasa cukup bersyukur bila direnung tentang hikmah yang tersirat di mana akan berkuranglah seorang pemimpin yang boleh dikatakan tidak ikhlas di dalam perjuangan UMNO.

Inilah masanya kita mahu menilai dan melihat tentang siapa kawan dan siapa lawan, siapa setia dan siapa pengkhianat, siapa ikhlas dan siapa berkepentingan, serta siapa yang benar-benar bersama UMNO/BN dan siapa yang benar-benar “musuh di dalam selimut”!

Dalam ertikata lain, pada saya, seseorang yang bersifat “oppoturnis”, khianat, tidak ikhlas, tidak tetap pendirian dan tidak setia pada perjuangan tidak layak untuk berada di dalam UMNO, apatah lagi berjawatan besar dan menjadi pemimpin UMNO Bahagian atau kabinet Kerajaan.

Justeru itu, tindakan Lajim Ukin itu sekurang-kurangnya akan mengurangkan lagi bilangan pengkhianat yang sedang bersembunyi di dalam UMNO dan merosakkan parti keramat itu dari dalam.

Sesungguhnya kita menyedari bahawa UMNO itu tetap bersih dan gagah.

UMNO selama ini cuma dikotorkan oleh para pemimpinnya yang tidak berguna serta merosakkan seperti Anwar Ibrahim, Lajim Ukin dan ahli-ahli PKR yang dulu merupakan golongan yang kecewa dan opportunis selain mempunyai kepentingan agenda diri sendiri di dalam perjuangan mereka.

Sekiranya dilihat dari sudut sejarah misalnya, Anwar Ibrahim dahulu dilihat cukup berwibawa, bersih dan mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam UMNO dan di kalangan anak-anak muda ketika itu.

Namun setelah dilondehkan satu persatu bersama bukti-bukti yang sangat menyakinkan, maka jelaslah Anwar lebih molek jika dilihat sebagai “syaitan yang bertopengkan manusia”, berselindung di sebalik ayat-ayat Al-Quran yang dia sendiri tidak amalkan.

Saya sebenarnya sangat bersyukur kepada Allah setelah Anwar dikeluarkan dari UMNO dan dia tidak lagi mampu merosakkan UMNO dari dalam. Begitu juga perihalnya dengan Lajim Ukin dalam pengkhianatan terbaru ini.

Saya suka melihat seorang yang tidak mampu lagi menyembunyikan pengkhianatannya untuk terus berada di dalam UMNO dan merosakkan imej parti keramat yang selama ini mentadbir negara dengan baik serta menjaga kebajikan rakyat mengikut garis norma yang terbaik.

Terima kasih saya ucapkan kepada Lajim Ukin di atas perletakan jawatannya itu dan sekurang-kurangnya para ahli UMNO serta kepimpinan parti di Beaufort tidak perlu bersusah payah untuk menendang pengkhianat parti itu keluar dari parti pada pemilihan agung UMNO yang akan datang.

Mengenai jawatannya di dalam kabinet, rasanya lebih afdhal jika kita serahkan segalanya kepada Datuk Seri Najib untuk menguruskannya dan saya percaya bahawa beliau cukup bijak untuk menyelesaikan perkara sekecil itu.

Kes “precedent”nya sudah ada. Anwar dahulu berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan dilucutkan jawatannya atas pengkhianatannya, inikan pula seorang yang hanya berjawatan Timbalan Menteri. Rasanya mudah sangat untuk “dibungkuskan”…

Saya cadangkan agar semua rakan orang UMNO tidak melatah dalam hal ini dan bertepuk tangan dengan pemergian pengkhianat parti yang tidak diperlukan ini.

Sumber: Mykmu.net

TOLONG..!!! TOLONGLAH BIARKAN SUAMI NORMAH BERTANDING DI PENDANG..!!!

mat sabu

Sebelum ini saya ada menulis mengenai “komunis” yang dikatakan bakal bertanding di Parlimen Pendang. Siapa lagi “komunis” itu kalau bukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang mempunyai “agenda tersembunyi” di Kedah…

Baru-baru ini portal pro-pembangkang, Malaysiakini, mengesahkan kesahihan maklumat yang saya sampaikan mengenai wujudnya pihak yang cuba mencantas Mat Sabu dari menjadi calon Parlimen Pendang pada PRU ke-13 nanti.

Namun sebagaimana yang didakwa portal itu, dikatakan bahawa usaha mencantas Mat Sabu itu telah gagal dan PAS di kawasan itu telah menetapkan bahawa mereka mahu Timbalan Presiden PAS itu bertanding di Parlimen Pendang, Kedah.

Justeru itu secara tidak langsung, laporan tersebut juga mengesahkan bahawa ada pihak yang berpengaruh di dalam PAS Kedah yang enggan membenarkan suami kepada dua orang “Normah” itu masuk ke Kedah.

Persoalannya, siapakah gerangan yang mahu mencantas “komunis alaf baru” itu?

Menurut sumber dalaman yang saya peroleh baru-baru ini, pihak yang dikatakan cuba mencantas Mat Sabu dari masuk bertanding di Kedah ialah Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri iaitu Datuk Seri Azizan Razak.

Sumber tersebut menyatakan bahawa Azizan Razak sememangnya tidak sebulu dengan Mat Sabu dan sekiranya Timbalan Presiden PAS itu tercalon di negeri Kedah, maka ia sudah tentu akan berlaku “perang saudara” di dalam PAS Kedah.

Selain itu, dikatakan bahawa tujuan Mat Sabu untuk tercalon di Kedah adalah untuk melemahkan kuasa Azizan Razak yang kini begitu dibenci oleh ramai pemimpin-pemimpin PAS negeri yang gagal memonopoli projek-projek kerajaan negeri tersebut.

Dia khabarnya merupakan dalang di sebalik komplot menjatuhkan Azizan Razak dan menyerahkan negeri itu di bawah penguasaan “suku kaum” Anwarinas yang semakin bermaharajalela “menerajang” golongan pro-ulama PAS di Kedah.

Menariknya, Mahfuz semalam menegaskan bahawa dia tidak tahu mengenai sebarang usaha untuk mencantas Mat Sabu dari menjadi calon di Pendang dan menafikan sebarang pergolakan dalaman di dalam PAS Kedah.

Pada saya, terdapat dua kemungkinan dari kenyataan Naib Presiden PAS itu.

Pertamanya, takkanlah dia nak mengaku bahawa ada usaha untuk mencantas “boss” yang menjadi “batu loncatan” untuknya bertanding di peringkat DUN dan Parlimen serentak pada PRU ke-13 nanti?

Keduanya, nampak sangat Mahfuz jarang-jarang pulang ke Kedah mengambil tahu hal ehwal Parlimen Pokok Sena yang diwakilinya. Kalau Mahfuz selalu balik ke kawasan dan bercampur dengan orang-orang PAS Kedah, sudah tentu dia tahu betapa teruknya partinya dilanda “ribut taufan”!

Atau, mungkin juga Mahfuz tahu mengenai kemelut PAS Kedah yang sedang bergoncang panas, tapi sengaja dia sembunyikan dari media. Dia fikir rakyat Kedah bodoh sepertinya yang tidak tahu perkembangan politik dalaman PAS?

Saya sebenarnya sangat berminat untuk melihat Mat Sabu bertanding di Pendang. Kalau boleh, saya teringin sangat melihat calon luar yang bertopengkan “komunis” itu tumbang ditewaskan oleh seorang calon “underdog” UMNO/BN di Kedah.

Yang lebih menarik, saya mendapat maklumat bahawa Mat Sabu sengaja dicalonkan oleh PAS Pendang bagi “membunuh” Timbalan Presiden PAS yang cuba campur tangan dalam hal ehwal PAS Kedah itu.

Khabarnya, hanya segelintir saja yang mahu Mat Sabu bertanding di Pendang dan dikatakan bahawa lebih separuh dari golongan pro-ulama PAS Pendang yang berpengaruh di bawah “Tok Guru” Hj Rahim menolak Timbalan Presiden PAS itu sepenuhnya.

Kita sama-sama nantikan sama ada Mat Sabu akan tercalon di Pendang atau tidak. Dan kita sama-sama lihat sama ada suami kepada “dua orang Normah” ini akan berjaya menjajah kubu kuat bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadhil Noor atau tidak…

Sumber: Mykmu.net

TERKINI DARI KEDAH..!!! SANUSI SETPOL BAKAL DISAMAN TEAM MEDIA KEDAH..!!!?


Mula-mula pagi ni aku nak rembat Sanusi Md Nor, Setpol MB Kedah. Mungkin sebelum ni aku ada rasa hormat sikit padanya. Namun lepas aku baca posting di blognya yang jelas tidak benar sama sekali, maka hilang rasa hormat aku kat dia...

Sanusi...

Kalau ikut fakta tulisan kat blog hang, hang menyatakan bahawa...

Aku nak tanya hang, Sanusi. Mana hang tau Padijantan tu merupakan salah seorang anggota Team Media Kedah (TMK)..??? Sejak bila pulak Padijantan tu anggota TMK? Heh!

Dey brooo..!!! Lain kali, kalau nak tembak tu, fakta kasi clear la. Check dulu dan jangan main serbu tak pakai helmet..! Heh!

Padijantan tu langsung takdak kena mengena dengan TMK. He's not apart of us. Faham ke, Sanusi? Team Media Kedah tak pernah pun main isu hang kena tangkap SPRM tu...yang hang dok tuduh kami fitnah hang tu apahal???

Nampaknya, hang yang fitnah kami..!!! Heh! Dah jadi terbalik kuang! Nasib baik la TMK tak register...kalau register, dah lama dah aku saman hang kat Mahkamah..!!! Heh!

Jadi, sebagai umat Islam, aku demand hang mintak maaf kat semua anggota TMK sebab kaitkan kami dengan Padijantan dan buat cerita fitnah kononnya kami fitnah hang...

Fakta hang tu salah 100%! Dan kalau hang tak mintak maaf, kami akan tuntut di akhirat nanti bai..! Heh! Jangan ingat boleh lepas gitu jer...

LAWAK PAGI INI...ADA ORANG HILANG BARANG BERHARGA...TOLONG CARIKAN UNTUKNYA..DIA NAK JADI PM..!!!


Adoi la...masalah lagi menimpa Anwar Berahim...

Katanya, Presiden Mesir yang baru mempunyai rahsia di sebalik kejayaannya jadi Presiden di Mesir..

Menurut sumber, rahsia yang dikongsinya itu ialah...

Dia tak pernah hilang jam tangannya...heh!

Masalahnya, Anwar pernah hilang jam tangan... Omega pulak tuuuu..!!! Heh!

Ada sesapa jumpa jam tangan Anwar..???

Sunday, July 29, 2012

AIKKK..??? TOLONG LA BAGI BONUS KAT MAHFUZ JUGAKKK..!!! NANTI DIA MENANGIS PULAKKK...!!!

ALHAMDULILLAH, majoriti rakyat Malaysia khususnya para penjawat awam dan golongan pesara bersyukur kepada Allah SWT atas rezeki yang dilimpahkan kepada mereka di bulan Ramadhan Al-Mubarak melalui bonus yang diberikan melalui Kerajaan BN.

Rata-ratanya bersyukur kerana Malaysia dikurniakan sebuah kerajaan yang prihatin dan cukup membantu, khususnya umat Islam yang memerlukan perbelanjaan lebih menjelang persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

Yang tak bersyukurnya ialah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, yang cukup terkenal dengan kedunguan dan kedangkalan pemikiran.

Terbaru, Mahfuz mengkritik pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 yang diberikan kepada kakitangan awam dan golongan pesara kerajaan yang bakal diterima pada 9 Ogos ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menuduh bahawa pemberian itu tidak menyelesaikan masalah rakyat yang kesempitan hidup dan bonus tersebut adalah untuk menutup mulut rakyat.

Mahfuz juga cuba mencetus spekulasi kononnya pemberian bonus tersebut akan disusuli dengan kenaikan harga barang yang kemudiaannya akan menyulitkan lagi kehidupan rakyat di negara ini.
Persoalannya, apakah Mahfuz tahu apa erti bonus?

Sebenarnya, Mahfuz perlu tahu bahawa bonus itu bermaksud pemberian majikan kepada kakitangannya atas sumbangan mereka melaksanakan tanggungjawab di tempat kerja mereka dan pemberian tersebut adalah “optional” serta terpulang kepada majikan untuk diberikan atau tidak.

Jelas dan terang sekali bahawa pengumuman yang dibuat Perdana Menteri mengenai pemberian bonus itu adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan awam dan pesara atas sumbangan mereka di dalam perkhidmatan kepada kerajaan sebelum ini.

Mahfuz juga perlu tahu tentang erti keikhlasan dan penghargaan yang diberikan melalui bonus tersebut dan betapa besar nilainya kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan. Mereka tidak kaya raya seperti Mahfuz dan jumlah RM500 itu besar ertinya pada mereka…

Mengenai kesempitan hidup, rasanya tiada siapa pun yang suka hidup mereka sempit. Namun Mahfuz perlu percaya bahawa rezeki setiap makhluk Allah itu sudah tersurat sejak azali lagi. Ada yang miskin rezeki dan ada pula yang kaya.

Untuk pengetahuan Mahfuz, sekiranya kerajaan memberikan sebanyak RM10 juta pada seorang individu yang miskin, belum tentu dia akan menjadi kaya sekiranya Allah tidak izinkan. Begitu juga jika kerajaan memberikan RM1 kepada orang kaya, belum tentu orang kaya itu akan miskin.

Jadi, kesempitan hidup adalah berpunca dari rezeki yang ditetapkan Allah dan pemberian bonus tersebut adalah sebagai satu usaha meringankan beban mereka-mereka yang kurang pendapatannya agar mereka menikmati Ramadhan dan Aidilfitri dengan lebih sempurna.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis “pancing” kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk kakitangan awam dan pesara melalui pelbagai program dan peluang-peluang pekerjaan, serta skim persaraan yang munasabah.

Justeru itu, tiada salahnya pemberian bonus tersebut yang bertujuan untuk meringankan beban kakitangan awam dan pesara. Hanya Mahfuz saja yang suka memutar belitkan fakta dan memburuk-burukkan kebaikan yang kerajaan lakukan.

Mengenai kenaikan harga barang, rasanya Mahfuz tidak perlu risau. Perdana Menteri sudah menyediakan “payung sebelum hujan, perahu sebelum banjir”.

Mahfuz pernah dengar nama “Kedai Rakyat 1Malaysia” atau KR1M? Kedai yang menawarkan barangan murah, berpatutan dan berkualiti yang diburuk-burukkan Pakatan Haram sebelum ini? Pernah dengar?

Justeru itu, Mahfuz tak perlu gusar. Rakyat di negara ini bijak memilih untuk membeli-belah di kedai yang dijamin harga rendah itu dan harga-harganya sememangnya dikawal kerajaan. Mungkin saudara mara Mahfuz ramai yang membeli-belah di KR1M…

Apa yang perlu ialah Mahfuz sewajarnya memuji tindakan kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, itu saja. Tidak perlulah memutar belit perkara yang hak semata-mata kerana politik murahan PAS.

Kalau kerajaan BN lakukan sesuatu yang baik, sewajarnya Mahfuz puji. Barulah nanti rakyat akan melihat Mahfuz sebagai seorang yang bijak dan membelakangkan politik demi kepentingan rakyat. Itu pun Mahfuz tak boleh fikir? Memang sah Mahfuz rendah IQ…

Sumber: Perak Today

PANASSSS..!!! MAT SABU "TAMPAR KEPALA" MAHFUZ OMAR..???


SAYA rasa, saya tidak perlu untuk menceritakan mengenai tahap IQ dan pemikiran Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, kepada para pembaca semua.

Rasanya, semua sedia maklum mengenai “kecacatan” Ahli Parlimen yang memalukan rakyat Pokok Sena itu.

Cuma saya tidak dapat menahan diri dari mengulas mengenai tuduhan terbaru Mahfuz terhadap UMNO. Semalam, Mahfuz tanpa berfikir panjang menuduh kononnya “UMNO terbukti telah diresapi komunis”!

Dahsyat benar tuduhan Mahfuz itu bukan? Kalau tidak difikirkan sedang berpuasa di bulan yang mulia, rasanya ramai yang berniat mahu menampar kepala Mahfuz sebanyak 14 kali!

Mahfuz pada mulanya ditanya media mengenai soal dakwaan pihak PDRM yang menyatakan bahawa terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang.

PDRM juga menyatakan bahawa ada cubaan dari unsur subversif itu untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Tiba-tiba, dia tuduh pula UMNO diresapi unsur komunis dan JI? Patutkah begitu? Bukan itu saja, Mahfuz kata dia ada bukti pula!

Bukti apa yang Mahfuz ada? Bukti Mat Sabu iktiraf komunis yang membunuh anggota polis Bukit Kepong sebagai “wira negara”?! Mahfuz nak kena tempeleng dengan Mat Sabu, kah?

Pada saya, hanya orang yang tidak berakal saja yang akan memberi ulasan sedemikian kepada media. Dan saya yakin bahawa sekiranya saya berada di kalangan wartawan tersebut, sudah tentu ketawa sayalah yang paling kuat mentertawakan kenyataan Mahfuz itu!

Atas dasar dan kajian apa yang Mahfuz boleh buktikan bahawa UMNO diresapi fahaman atau perjuangan JI dan komunis?

Saya sendiri tidak tahu dan tidak pasti bagaimana seorang yang dikatakan tidak lulus SRP boleh membuat kajian, siasatan terperinci dan memiliki maklumat dalaman sebagaimana yang diperoleh oleh pasukan PDRM.

Setahu saya, PDRM memiliki anggota dan pasukan yang cukup mantap untuk melakukan penyiasatan mengenai soal-soal gerakan subversif, termasuk anggota komunis dan JI yang dikatakan masih bergerak bebas di dalam negara ini.

Misalnya, kita tidak lupa mengenai isu Al-Maunah yang digempur pihak PDRM kerana terbukti cuba mengancam keamanan dalam negara dan mencetus keganasan yang membabitkan penggunaan senjata.

Selain itu, kita tahu bahawa perjanjian damai dengan komunis dahulu hanya membabitkan perletakan senjata oleh pihak pengganas itu. Namun dipercayai bahawa lebih dari 2,000 penyokong dan ahli pergerakan komunis masih aktif berkeliaran di negara ini.

Pernah satu sumber memberitahu bahawa hampir 2,000 rakyat negara ini pernah ke Thailand beberapa tahun lalu untuk menyambut hari lahir Chin Peng dan identiti mereka-mereka yang terlibat sememangnya telah dikenal pasti pasukan PDRM.

Tapi, takkanlah semua maklumat terperinci mengenai siasatan dan bukti itu perlu didedahkan kepada rakyat? Sudah tentulah ia tidak wajar kerana ia dijangka mampu menyebabkan kekecohan dan kebimbangan di kalangan rakyat marhain.

Pada saya, sekiranya pihak PDRM mendedahkan bahawa gerakan JI dan komunis kini sedang meresapi parti politik pembangkang, sudah tentu mereka punya bukti kukuh, fakta dan alasan yang konkrit untuk diketengahkan kepada rakyat.

Takkanlah PDRM mahu mencemar kreadibiliti unit risikan mereka dengan cerita-cerita palsu begitu? Sangat mustahil untuk sebuah pasukan yang menjaga keamanan di dalam negara untuk menjatuhkan kreadibiliti sendiri, bukan?

Yang pelik dan bodohnya ialah Mahfuz yang membenarkan dirinya dilihat bodoh lagi kali ini. Dia tidak punya sebarang asas untuk mengaitkan UMNO dengan unsur negatif yang mengancam negara itu, tiba-tiba saja dia “main tuduh-tuduh” sesuka hati mak bapak dia.

Malang benar PAS punya seorang ahli seperti Mahfuz Omar. Tapi, dia jugalah yang diangkat menjadi Naib Presiden! Mungkin tahap pemikiran dan IQ mereka-mereka yang memilihnya sebagai Naib Presiden PAS itu lebih rendah dari Mahfuz…kan?

Sumber: Perak Today

PANASSSS..!!! PAS DIPIJAK DI PULAU PINANG..!!! TAKEBEERR...!!!


BILA Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi menegaskan bahawa PAS merupakah parti yang dominan dalam gabungan Pakatan Haram di Malaysia, ramai yang tertawa mendengar hujahnya di program debat bersama Pengerusi Sekretariat ILMU, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

Entah bagaimana hujah itu terkeluar daripada mulutnya, namun ia masih lagi menjadi bahan gelak ketawa orang ramai yang sememang menyedari tentang Nasrudin yang terdesak menipu diri sendiri berkenaan hujah tidak masuk akal itu.

Benarkah Nasrudin menipu dan benarkah PAS merupakan parti dominan di dalam Pakatan Haram?
Mari kita renungkan kes yang menjadi contoh terbaik untuk dikaitkan dengan dakwaan Ketua Dewan Pemuda PAS itu.

Pada Pilihanraya Umum ke-12 yang berlangsung pada Mac 2008 yang lalu, Pakatan Haram berjanji untuk memberikan jawatan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kepada PAS sekiranya mereka berjaya menjajah Pulau Mutiara itu.

Namun, setelah menang pada pilihanraya umum tersebut, “Khalifah” Lim Guan Eng yang dilantik dan “dibaiah” taat setia para penganut agama PAS itu tidak menunaikan janji tersebut.

Ketika itu, para penyokong PAS di negeri Pulau Pinang masih bersabar dan enggan mendesak “Khalifah” mereka itu untuk menunaikan janji tersebut dengan melantik pemimpin PAS sebagai  Yang DiPertua MAIPP.

Pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir kemudiaannya, Pakatan Haram Pulau Pinang sekali lagi menabur janji untuk melantik calon PAS di PRK tersebut, Salleh Man, sebagai Yang DiPertua MAIPP jika dia berjaya menang sebagai ADUN.

Mendengar janji manis Guan Eng itu, maka pak-pak lebai PAS bekerja keras untuk memenangkan Salleh Man pada PRK DUN Permatang Pasir tersebut, dengan harapan pemimpin tertinggi PAS Pulau Pinang itu diberi jawatan penting itu selepas kemenangannya.

Ditakdirkan Allah, Salleh Man menang sebagai ADUN Permatang Pasir dan para penyokong PAS mula menyuarakan kehendak mereka serta meminta janji tersebut ditunaikan segera.

Namun, malang bagi PAS yang dilayan seperti “parti berkasta paling hina”, Salleh Man tidak dilantik pun memegang jawatan Yang DiPertua MAIPP sebagaimana yang dijanjikan.

Ekoran itu, ramai para penyokong PAS di negeri itu yang tidak berpuas hati dan marah-marah kepada kepimpinan “Khalifah” junjungan mereka itu.

Namun, mereka dikatakan hanya berani merungut di belakang memandangkan mereka sudah berjanji dan berbaiah sebagai tanda taat setia kepada “Khalifah” Guan Eng yang disifatkan sebagai bayangan Khalifah Umar ibnu Abdul Aziz itu.

Namun semalam, Salleh Man akhirnya secara sah dilantik jua sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Paling melucukan, jawatan tersebut berkuatkuasa semalam dan lantikan tersebut dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2013!

Menarik bukan? Janji yang ditabur pada Mac 2008 hanya ditunaikan semalam, 27 Julai 2012, iaitu lebih kurang empat tahun selepas janji manis itu dibuat oleh Pakatan Haram Pulau Pinang!

Persoalannya, apakah PAS tidak rasa terhina dengan perlantikan tersebut dan apakah PAS tidak sedar bahawa mereka seolah-olah dipermain-mainkan oleh Lim Guan Eng yang dikatakan langsung tidak memandang kepentingan parti itu di Pulau Pinang?

Apakah Nasrudin Hasan Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS tidak dapat menilai tindakan DAP itu sebagai satu petanda bahawa PAS hanyalah parti kelas terbawah dalam Pakatan Haram dan bertentangan dengan hujahnya di program debatnya baru-baru ini?

Pada saya, sekiranya saya di tempat Salleh Man, InsyaAllah saya akan menolak mentah-mentah perlantikan tersebut dan saya tidak rela membiarkan maruah diri saya dipijak-pijak oleh Guan Eng yang terkenal dengan sifat chauvinis ultra kiasu itu.

Melalui kes ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa PAS bukanlah sebuah parti dominan dan hanyalah sebuah parti yang di”hanjing”kan oleh DAP dan PKR.

Apakah PAS dan para penyokongnya “buta” menyenai fakta ini? Wallahua’alam.

Sumber: Perak Today

KUBAH MASJID ROBOH DI KELANTAN TANDA BALA UNTUK NIK AZIZ..?


MASIH terngiang-ngiang di telinga saya mendengar tohmahan puak-puak PAS yang mendakwa bahawa peristiwa sebuah kubah masjid yang roboh menyembah bumi di Port Dickson pada sekitar pertengahan tahun lalu adalah tanda kemurkaan Allah kepada Kerajaan UMNO/BN Negeri Sembilan.

Habis dimaki hamunnya UMNO/BN yang didakwa kononnya mengamalkan amalan rasuah dan menzalimi rakyat di negeri itu menjadi punca kepada peristiwa tersebut.

Begitu juga dengan peristiwa bumbung stadium Sultan Zainal Abidin yang tiba-tiba roboh tempohari, maka gegak gempitalah puak-puak ini ini berbunyi menyatakan bahawa Allah murka kepada Kerajaan UMNO/BN di Terengganu pula.

Tidak cukup dengan tuduhan begitu, berpandukan kitab suci agama PAS karangan Shahnon Ahmad, “Shit!”, puak-puak PAS dan PKR mencaci dan melemparkan pelbagai carutan terhadap kepimpinan UMNO/BN di negeri itu.

Namun kali ini, peristiwa yang sama berulang sekali lagi yang melibat sebuah kubah masjid telah tercabut dan berpusing-pusing beberapa kali sebelum jatuh ke bumi di halaman masjid, akibat dipukul ribut yang melanda.

Peliknya, peristiwa berkenaan berlaku di Kelantan, sebuah negeri pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan setaraf dengan para nabi!

Saya tertanya-tanya, apa pula kata puak-puak PAS mengenai peristiwa yang berlaku di Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas, itu?

Apakah puak-puak PAS tidak mahu menyalahkan kepimpinan “Tok Guru” Nik Aziz Nik Mat dan memaki hamun ustaz tua itu semahu-mahunya?

Apakah puak-puak ini  yang mahu ke Putrajaya tidak mahu menuduh bahawa peristiwa itu adalah satu bala dari Allah SWT terhadap tindakan PAS yang memperdagangkan agama Allah demi kerakusan kuasa dan nafsu politik mereka?

Mengapa tidak berani bersuara begitu?

Apakah puak-puak PAS itu takut kemurkaan “nabi” PAS itu dan risau sekiranya “tiket ke syurga” mereka ditarik balik atau dibatalkan?

Saya berpendapat bahawa kami orang-orang UMNO tidak akan pendek akal, bebal, jumud dan bodoh untuk menghukum peristiwa itu sebagai bala atau ujian dari Allah.

Kami sedar bahawa hanya Allah saja yang tahu tentang hikmah di sebalik kejadian kubah runtuh di Kelantan itu dan menyerahkan kepada Allah saja yang lebih layak untuk menghuraikan hikmah sebenar kejadian tersebut.

Pada pandangan saya, peristiwa itu adalah satu petanda bahawa Kerajaan PAS Negeri Kelantan tidak mengambil berat tentang rumah Allah SWT yang menjadi pusat utama anak-anak qariah beribadah dan mengamal muamalah Islam di situ.

Apa yang perlu ialah saya menasihatkan agar PAS, khususnya Kerajaan PAS Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat bermusahasabah atas peristiwa tersebut dan berfikir tentang sebab atau punca kejadian itu.

Sebagai langkah pertama, Kerajaan PAS Negeri Kelantan perlu memperbaiki masjid tersebut seberapa segera bagi keselesaan ibadah anak qariah terbabit.

Kemudian, perbaikilah masjid itu dan masjid-masjid yang sedia ada di Kelantan

Masjid-masjid berkenaan dibina ketika di zaman pemerintahan Kerajaan UMNO/BN kira-kira lebih 22 tahun dahulu dan sudah semestinya ia sudah uzur struktur bangunannya dan perlu diselenggara dengan sebaik mungkin.

Nak diharapkan Kerajaan PAS Negeri Kelantan? Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS itu hanya merekodkan pembinaan sebanyak 2 buah masjid saja sepanjang 22 tahun pemerintahannya di negeri Serambi Mekah itu.

Mungkin Nik Aziz lebih berminat membina rumah berhala terbesar di Asia Tenggara di Kelantan berbanding mendirikan rumah ibadat umat Islam yang menjadi masyarakat majoriti di negeri itu.

Rasanya, mungkin Nik Aziz cuba mereformasikan Kelantan dari gelaran Serambi Mekah kepada gelaran baru, Serambi Patung Buddha?

Apa pun, rasanya rakyat Kelantan yang dikatakan begitu kuat pegangan dan prinsip agamanya perlu membuka mata mengenai keutamaan dan fokus pembangunan Islam di negeri Kelantan, khususnya di bawah pentadbiran PAS.

Kelantan kini kononnya hebat dengan pemimpin spiritual, tapi menjadi “johan” pesakit AIDS paling ramai di Malaysia. Masjid pun hampir tidak dibina. Jadi, apa hebatnya Islam di Kelantan di bawah pentadbiran PAS? Ayuh tukar kepada yang lebih baik..!!

Sumber: Perak Today

LAWAK PAGI INI...KHALID GAGAP DAN ISU AIR SELANGOR...


Korang nak aku main isu Air kat Selangor takkk..??? Heh!

Jangan ingat aku kat Kedah maka aku tak tau apa-apa pasal Kerajaan Gagap..Eh..Selangor...

Nanti la hang Khalid...siap la hang...

Aku tengah kumpul bahan...heh!

Saturday, July 28, 2012

GEMPARRR..!!! BEKAS AHLI PAS TUBUH KELAB MURTAD DI MALAYSIA..???!!!


Aku agak marah malam semalam bila aku dapat tahu mengenai kewujudan blog "Kelab Murtad Di Malaysia". Aku pun "melawat" blog terkutuk tu untuk meninjau sikap kurang ajar "binatang" pemiliknya...

Agak terkejut, aku lihat profilenya..! Dia mengaku sebagai bekas ahli "Parti Ajaran Sesat"..!!!

Aku tertanya-tanya, apakah benar dia bekas ahli PAS..???

Jadi, aku mendesak agar SKMM dan pihak berwajib menyiasat blog dan pemilik blog berkenaan dengan segera. 

So far, dia mengaku namannya "Hasan bin Mohamed Ali". Aku tak sure sama ada nama tu nama sebenarnya atau tidak. Ye la...kengkadang, menipu je kerjanya orang macam ni dan mencetus isu sensitif rakyat Malaysia...

Sebab tu aku minta SKMM siasat...!

Tapi, kalau betul la dia bekas ahli PAS, maka rasanya parti politik yang kononnya "paling Islam di muka bumi Allah" itu perlu jawab isu ini. Kenapa ahlinya jadi begitu..??? Heh!

Friday, July 27, 2012

TAZKIRAH KEBENARAN YANG TAK SANGGUP PUAK PAS DENGAR SEBELUM SOLAT JUMAAT..!!!



Sempena bulan Ramadhan dan sebelum solat Jumaat hari ni, rasanya lebih afdhal kalau puak-puak "katak hijau" yang nak melompat ke Putrajaya tu dengar tazkirah dari ustaz ni... 

Bukan apa, apa yang disampaikan ustaz ni memang betul pun...aku sebagai seorang yang dibesarkan dalam kehidupan keluarga PAS lebih 25 tahun, bersetuju dengan tazkirah Ustaz Kazim ni... 

 Aku tahu, ramai puak-puak "berdarah hijau" akan tutup telinga rapat-rapat mendengar tazkirah ini..tapi itulah hakikat...puak-puak PAS memang tak suka pada kebenaran yang pahit... 

"Qulil Haq walau kaana murran"...pergi tanya Ustaz apa maknanya...heh!

PANASSS..!!! BUKTI PAS KAKI MELALAK LAGU TAK HENGATTTT..!!!



Bila kami bagitau puak-puak PAS ni suka pi karaoke, hangpa kata kami tipu. Hangpa tuduh kami fitnah...Tapi kami ada bukti..!!! Tak caya? Cuba tengok youtube kat atas ni..melalak baik punya..!!!

Dan cuba tengok kat pulak bendera apa yang ada kat studio tu..!!! Tauke studio ni pun sokong PAS jugakkkk..??? Heh! Rock bro..rock kapakkkk...melalak sampai tak hengattttt..!!! Heh!

Aku tertanyat-tanya jugak...apa pulak fatwa PAS pasal perangai suku-sakat dia kat atas nihhh...heh!

LAWAK PAGI INI...ANTARA 3 TOK LEBAI PAS, SIAPA YANG ABBY PILIH...? @abby_abadi112


Adehhhh... Baru masuk PAS 2 - 3 hari, dah ada tok-tok lebai PAS yang dok "phewwwiiitt" kat Abby...

Amacam Abby? Nak jadi bini sapa nihhhh...?

Yang sorang tu dah tua dahhh...22 tahun jadi MB...dia nak jadi MB sampai mati...Abby berkenan?

Yang sorang lagi tu memegang rekod Ahli Parlimen paling bengap...SRP pun tak pass..!!! Abby nak?

Yang sorang lagi tu terkenal menyebabkan penceraian, anak tak ngaku mak bapak, mak bapak tak ngaku anak dan solat dua imam..hanya kerana "amanat keramat"nya...Abby suka kat dia..?

Kalau ketiga-tiga tok lebai PAS ni masuk meminang Abby, yang mana satu Abby pilih...? Heh!

P/s: Bermadu la Abby lepas nihhhhh...heh!

Thursday, July 26, 2012

PERHATIAN KEPADA BLOGGER PAS KEDAH, KEDAH LA DAN ANGKATAN PERANGNYA..!!! JUGA KEPADA SEMUA PEMINAT POLITIK KEDAH..!!! #TukarKedah





Agak serius juga dakwaan dari blog pro-PAS/Pakatan Haram, Kedah La, yang kononnya kami, TEAM MEDIA KEDAH, menyiarkan posting-poting berbaur fitnah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini...


Sebagai umat Islam, saya tahu hukum menabur fitnah, apatah lagi di bulan yang mulia ini. Namun, 

Blog tersebut mendakwa kami memfitnah pemimpin dan Kerajaan PAS Kedah mengenai isu balak di Gunung Inas, balak yang dicuri pihak tertentu di Pendang, dan terbaru mengenai projek-projek bernilai jutaan ringgit yang dipercayai diberikan kepada keluarga terdekat MB Kedah, Azizan Razak.


Selain itu, kami juga dituduh pergi ke Danoq mengambil gambar pusat hiburan di sana dan pulang memfitnah Kerajaan PAS Kedah dengan mengatakan bahawa pusat hiburan itu berlaku di Kedah.

Namun, bagi satu isu mengenai kononnya Sanusi Setpol disiasat SPRM berkaitan rasuah RM1.3 juta, kami tegaskan bahawa TMK tidak terlibat dalam dakwaan tersebut. Isu tersebut didakwa SEBUAH BLOG YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN TMK.

Lagipun, maklumat yang kami terima bahawa Sanusi tidak disiasat oleh SPRM. Hanya seorang dua KCS yang telah disiasat SPRM. Kami tak cover isu tersebut dan kami tak tahu detailnya...

Sebenarnya, kami sudah membongkar dan mengulas kebenaran mengenai isu-isu tersebut. Gambar-gambar dan modus operandinya sudah pun dibuktikan.

Untuk isu balak di Gunung Inas, rasanya memang jelas bahawa Kerajaan PAS Kedah melanggar undang-undang dan tiada EIA bagi projek "rompak" balak seluas 5,000 hektar di hutan simpan itu. Kalau tidak, takkanlah Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian arahkan projek gondolkan balak di situ dihentikan sehingga selesai siasatan, kan?
Wakil Jabatan Hutan Negeri Kedah
Pengarah JAS Kedah




Lagipun, kami turun padang ke sana berhari-hari. Dan dalam kepayahan, kami masuk ke hutan simpan itu walaupun dikatakan bahaya dan diancam oleh pihak-pihak tertentu...


Mengenai isu balak yang dicuri di Pendang, saya sendiri pergi ke kawasan tersebut hasil aduan beberapa hamba Allah yang melaporkan isu berkenaan. Hasilnya, memang ada bukti bergambar yang menunjukkan wujudnya kes balak dicuri pihak tertentu di Bukit Perak.



Sila masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak dan lihatlah sendiri. Jika tidak silap saya, Ahli Parlimen PAS Pendang, Dr. Hayati dan Renjer Perhutanan pernah mengesan isu kecurian balak di situ sebelum ini. Sila tanya Dr. Hayati.

Apa yang dipersoalkan ialah sikap lepas tangan PAS yang membiarkan balak-balak bernilai tinggi itu dicuri. Bukannya kami tuduh PAS curi balak di Pendang. Yang terasa sangat tu apsal? Lain la kalau betul-betul hangpa yang curi..! Heh!

Pasal projek-projek mewah yang dipercayai telah diberikan kepada keluarga Azizan Razak tu, rasanya blogger TMK, Kedah Ke KL dah sebut nama syarikatnya. Aku ulang nama syarikat, Paksi Sempena dan Quartzcity Global. Tak payah tipu pasal Board OF Director syarikat-syarikat tu sebab kami tahu siapa dibelakangnya...heh!

Aku dah cabar Sanusi Setpol pasal tu. Kalau dia rasa dia nak selamatkan reputasi Azizan Razak, atau cuba menegakkan benang yang basah, sila sahut cabaran aku. Sebagai Setpol MB, memang tu kerjanya. Lainlah kalau nak kerja dengan MB Kedah yang "baru"...heh!

Aku bagi satu tips lagi kat Sanusi Setpol..."Sila cari di PMBked...heh! Alaaa..MBI tu laaaaa....". Ni aku tolong ni....heh!

Paling best ialah cerita pusat hiburan House Bar kat Alor Mengkudu tu..!!! Heh! Dah memang jelas blogger PAS Kedah FITNAH kami..!!! Aku dan kawan-kawan aku tak payah pergi ke Danoq punnn..!



Sebenarnya, memang aku tak pernah ke Thailand seumur hidup. Kawan-kawan TMK gelak kat aku sebab aku buktikan aku tak pernah ke sana. Ye la..dah memang betul aku tak pernah ke Siam. Nak cakap apa lagi??? Heh!

Aku tegaskan, aku tak pergi ke Danoq dan gambar-gambar yang kami siarkan tu bukan dirakam di sana. Faktanya, gambar-gambar itu kami ambil dari FB House Bar sendiri..!!! Heh! Kat Kedah pun dah ada Danoq. Buat apa buang duit kami, masa dan tenaga kami ke sana??? Heh! Ingat perangai kami macam perangai tok-tok lebai PAS yang suka ke sana tu kaaaa..??? Heh!


Jadi, siapa yang fitnah sekarang? TMK yang fitnah atau Kedah La yang fitnah? Heh! Kedah La yang berak tengah jalan, tapi kami pulak yang dituduh..!!! Patut ka lagu tu? Aku nak pesan kat blogger Kedah La..KALAU NAK BLOGGING PUN, BLOGGING LA CARA ISLAM..!!! Heh!

Kami TMK diajar oleh Islam yang kami pegang untuk tidak menabur fitnah. Kami diajar oleh Rasulullah SAW untuk berpegang pada haq dan menentang kebatilan. Kami bertindak dan berjuang demi membongkar penipuan demi penipuan yang dilakukan PAS Kedah dan konco-konconya...

Selama ni blogger pro-UMNO/BN agak kurang menyerang PAS Kedah secara berterusan dan efektif. Jadi kami bersatu sesama kami untuk mendedahkan segala penipuan, penyelewengan, salah laku, salah tadbir dan dasar PAS serta para pemimpinnya yang TAK BUAT KERJA CARA ISLAM..!!!


Perjuangan kami belum selesai. Nantikan lagi pendedahan dan edisi bongkar kami yang seterusnya selepas ini...heh! Siap la hangpa puak-puak "katak hijau yang nak melompat ke Putrajaya". Tak takut kena tindih kereta keeee..??? Baru sampai KL, dah kena tindih dengan kereta kat Highway Sg Besi..heh!

Yang pentingnya, kami dengaq nasihat Ustaz Azizan...KAMI BUAT KERJA CARA ISLAM..!!! HEH!