Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 9, 2012

ANWAR TAK LEMBAB, TAPI DIA BONEKA BERJAYA..!!!

anwar murung
Memang melucukan apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa”dia bukannya lembab” untuk membiarkan mana-mana pemimpin DAP, khususnya yang bukan Melayu beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam kenyataan media yang dibuat di Kota Bharu, Kelantan, Anwar yang bercakap di negeri yang majoritinya umat Islam menyatakan bahawa DAP sememangnya “faham” bahawa Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan orang Melayu memandangkan bangsa itu sebagai majoriti di Malaysia.

Anwar dalam kenyataannya menafikan dakwaan Hasan Ali yang sebelum ini menjelaskan bahawa beliau tidak menolak kebarangkalian Anwar hanya akan menjadi PM selama 3 bulan sahaja sebelum menyerahkan jawatan itu kepada DAP, atau lebih tepat lagi Lim Guan Eng.

Apa yang menariknya, kenyataan Anwar itu jelas sangat bertentangan dengan cita-cita Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu melihat seorang yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Dalam kenyataan Karpal sebelum ini, adalah menjadi matlamat baginya untuk melihat perkara itu berlaku dengan menegaskan bahawa tiada peruntukan di dalam perlembagaan yang melarang bagi seorang bukan Melayu dan bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, setelah 4 tahun bergabung di dalam satu pakatan parti politik yang tidak berdaftar (Pakatan Haram), kini barulah PKR, DAP dan PAS mengaku bahawa mereka tidak berkongsi hala tuju yang sama.

Anwar sebagaimana maklum dari dulu lagi memperjuangkan dirinya sebagai “ketua” bagi gabungan parti pembangkang itu sejak 2008. Dia beriya-iya mempromosikan dirinya sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya.

DAP pula dari dulu lagi sememangnya konsisten mahu meng“Singapura”kan negara ini dengan tujuan mendapatkan kuasa tertinggi ke tangan bukan Melayu Muslim. Pada mereka, jika DAP mampu menguasai “Temasik” yang dulunya bersultan, mengapa DAP tidak boleh merepublikkan negara ini?

PAS pula hanya berani “bercakap di belakang” dan “berbisik di dalam kelambu”. Mereka hanya mampu melihat bagaimana DAP dan PKR memperjuangkan pemimpin masing-masing untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin PAS tidak berani menyuarakan hasrat mereka memperjuangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri memandangkan mereka mahu “menjaga hati” PKR dan DAP yang juga mahukan kuasa tertinggi mentadbir negara itu.

Pada saya, dari pengamatan selama 4 tahun terhadap hubungan DAP, PKR dan PAS, tidak dapat dinafikan bahawa Anwar Ibrahim mungkin adalah pemimpin yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang pilihanraya.

Memang Anwar “tidak lembab”, tapi dia dijangka akan menjadi “boneka” DAP sahaja. DAP tak perlukan jawatan PM kerana dengan mengugut keluar dari Pakatan Haram, Anwar boleh tumbang sekelip mata.

PAS pula tidak akan menjadi masalah bagi DAP dan PKR. Ini adalah kerana parti itu boleh “dijinakkan” dan “dikawal” melalui parasit-parasit Anwarinas yang ditanam di dalam parti tiu sejak sekian lama.

Saya percaya, sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil Malaysia akan “direpublikkan” menurut acuan DAP. Apa yang rakyat boleh buat ketika itu selain menyesal?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! NAJIB "PAU" RM3.8 BILION DARI SCORPENE..???!!!

Payah betul la kalau dah dasar menipu ni..Apatah lagi kalau apa yang ditipu tu tak logik... Diorang kata kita menipu. Padahal, diorang yang tipu rakyat. Lepas tu paksa-paksa pulak rakyat percaya... 

SUARAM ni hebat sangat ke? Suaram kata kes Scorpene ni dah masuk mahkamah kat Perancis. Lepas tu diorang mintak pulak derma dari rakyat. Jual tiket dinner kat hotel satu meja sampai harga cecah RM10,000...

Khabarnya diorang dapat kumpul derma lebih RM500,000 dah!

Tapi, bila di check kat Perancis, TAKDE PUN KES KAPAL SELAM dibicarakan..!!! Abih tu SUARAM mintak derma untuk apa? Untuk bertanding PRU 13 ke..???

Scorpene: Najib Minta RM3.8 Billion Rasuah?


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. 

Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.

LAWAK PAGI INI...PERANGAI POK NIK AJIS BILA DATANG KE RUMAH NAJIB...


Mungkin ini la dia yang dikatakan sebagai 'ADAB-ADAB AGAMA PAS" yang dianjurkan oleh Pok Nik Ajisss...

Dah la bertandang ke rumah Najib...dia pulak yang bagi syarat..! Heh! 

Memang takde adab tetamu betul la Pok Nik Ajis nih...

Friday, June 8, 2012

GEMPARRR 18SX..!!! PENARI TIANG YANG DIBAWA MASUK RONNIE LIU DIBERKAS..???!!!



Adoi laaa...!!! Ronnie Liu punya kerja ke ni..? Atau Khalid Gagap ada share sekali?

Dah 7 kali dah kena serbu, tapi tetap beroperasi jugak? Ada back up kuat kot? Sapa taiko besar pusat-pusat hiburan yang marah kat Hasan Ali masa dia serbu pusat maksiat kat PJ dulu?

Hebat betul Selangor...kan? Kedah bila nak tiru? Lepas PRU 13 ni kalau Pakatan Haram menang lagi, dah tentu ada punya...heh!

PEDASSS BERAPIII..!!! BARU BEKU PTPTN SEKEJAP..MERAUNG MACAM BUDAK LAPAR PUTING..!!!

ptptn



Sangat menggelikan hati apabila melihat reaksi Pakatan Haram apabila dipermainkan melalui dasar “pendidikan percuma” karut-marut mereka berhubung isu PTPTN yang mahu dimansuhkan sebelum ini.

Ekoran ‘menyokong’ mahu memansuhkan PTPTN yang dicanang Pakatan Rakyat di seluruh negara, pihak PTPTN telah membekukan pinjaman dari tabung pendidikan itu dari disalurkan kepada para pelajar di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Unisel dan KUIS adalah IPTS yang bernaung di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim. Anwar juga bekas Menteri Kewangan “paling berjaya dalam sejarah” dilantik sebagai “penasihat ekonomi” negeri itu.

Maknanya, Selangor memang kaya memandangkan ia ditadbir oleh “tokoh-tokoh ekonomi” (masuk poket sendiri), dan sudah tentu “mampu” untuk membiayai yuran serta memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar Unisel dan KUIS.

Malangnya, tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada dua IPTS di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor itu dikatakan telah menekan pihak negeri dan disifatkan sebagai taktik “membalas dendam”.

Pelik. Mereka mahu pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN. Tapi bila PTPTN dibekukan di negeri itu, mereka melenting tak tentu pasal dan menyalahkan Kerajaan Pusat?

Baru tiada PTPTN sebulan dua pun sudah gelabah dan tertekan? Bagaimana nak mansuhkan PTPTN jika baru beku sedikit pun dan jadi macam “ayam berak kapur”?

Paling pedas ialah kenyataan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said…

“Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik. Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti”.

Difahamkan bahawa ketika pinjaman PTPTN dibekukan, yang paling merana ialah para pelajar Unisel dan KUIS. Walaupun pembekuan itu hanya melibatkan tempoh yang singkat, ramai pelajar di situ yang hampir tidak dapat meneruskan pengajian mereka.

Dan dilaporkan juga pihak Unisel dan KUIS juga telah mengalami “krisis kewangan” apabila kedua pihan IPTS itu tidak dapat memotong wang pinjaman PTPTN dari akaun pelajar seperti biasa untuk yuran pengajian. Miskin sekejap…

Maka puak-puak Pakatan Haram pun makin kuatlah memaki hamun PTPTN dan Kerajaan, kononnya mahu mendera dan membalas dendam terhadap mereka.

Balas dendam? Balas dendam untuk apa? Apa yang perlu didendamkan di dalam isu PTPTN? Bila Pakatan Haram mahu memansuhkan PTPTN, pihak PTPTN hanya cuba merealisasikan kehendak Pakatan Haram melalui pembekuan itu saja.

Patutnya, Pakatan Haram patut berterima kasih kepada PTPTN kerana ‘menyokong’ dasar pendidikan percuma dan memansuhkan tabung pinjaman tersebut.

Baru sebulan dua PTPTN melakukan simulasi “pemansuhan” melalui pembekuan pinjaman di Unisel dan KUIS, Pakatan Haram sudah mahu menangis macam budak kecil tak dapat botol susu?

Mujurlah hari ini pihak Kerajaan mengarahkan pihak PTPTN menarik balik pembekuan pinjaman tersebut. Jika tidak, makin meroyanlah puak-puak pembangkang jika sumber pendapatan Unisel dan KUIS “kering kontang”…

Jelaslah bahawa PTPTN memang sangat-sangat diperlukan oleh para pelajar di IPTA dan IPTS di seluruh negara. Kerajaan arahkan pembekuan pinjaman PTPTN itu pun kerana memikirkan tentang para pelajar…

Pada mulanya, mungkin Kerajaan sebelum ini menjangkakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor mampu menampung pengajian para pelajarnya dan memberikan pendidikan percuma di IPTS itu tanpa memerlukan PTPTN.

Namun, melihat kerajaan pimpinan Khalid itu gagal lagi meneruskan dasar pendidikan percuma di kedua IPTS itu, maka pembekuan pinjaman tersebut ditarik balik setelah memikirkan nasib ribuan pelajar yang memerlukan pinjaman PTPTN tersebut.

Itulah! Lain kali jangan sombong! Bila orang kata dasar Pakatan Haram mahu mansuhkan PTPTN dan beri pendidikan percuma itu tidak wajar, pembangkang nak berdegil jugak!

Lain kali, fikir dulu sebelum dengar kata Adam Adli. Pelik benar bila pembuat dasar dengar kata budak “kanyaq” yang tak tentu hala macam Adam Adli. Patut pun rakyat kata Pakatan Haram ni memang “poyo” dan “hampeh”..!!!

Sumber: Mykmu.net

PEDASSS..!!! PAKATAN HARAM MEMANG FAIL BAB DEFENCE...

A4PTM_M32-29_071207

PAKATAN haram di Malaysia ni kelihatan macam tahu semua benda dalam soal pentadbiran sebuah negara.  Penulis tegaskan disitu, ‘kelihatan’.  Termasuklah dalam hal ini, soal pertahanan.

Macam pembohongan dalam isu kapal selam Scorpene yang masih cuba dipertahankan walaupun dah banyak kali dibuktikan salah.

Untuk cerita kapal selam ini saja, dari dakwaan rasuah, tak boleh menyelam sehinggalah kepada tuduhan seorang wanita dibunuh kerananya, semuapun sekadar menunjukkan bahawa Pakatan haram ini sebenarnya tidak tahu apa-apa pasal pertahanan.

Biarlah penulis buka rahsia disini.  Kalau pakatan haram ini ada otak, mereka patut tahu negara kita memang pernah buat beberapa kesilapan dalam perolehan untuk menguatkan pertahanan negara ini dulu.

Kesilapan ini bagaimana pun bukan disengajakan, tapi lebih kepada tertekan dengan kemungkinan pengaruh komunis merebak setelah kejayaan Vietnam Utara menawan Saigon pada 1975. Kita sendiri pada waktu itu sedang berhadapan dengan perang gerila oleh Parti Komunis Malaya (PKM) aka hero Mat Sabu.

Pertama, kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Tun Hussein Onn pada akhir 70-an telah meluluskan pembelian 84 buah pesawat terpakai A4 Skyhawk dari Amerika Syarikat di bawah program PERISTA.  Ramai tidak tahu yang Amerika sendiri pun pelik kenapa Malaysia nak beli pesawat tinggalan perang Vietnam yang dah lama tersadai di padang pasir Arizona.

Kepelikan ini menyebabkan Amerika Syarikat beri designasi baru kepada pesawat Skyhawk itu sebagai A4 Skyhawk PTM – Perculiar To Malaysia.  Perkataan perculiar ini banyak digunakan untuk mengambarkan keanehan, walaupun ada kata ia merujuk kepada ‘khas’.

Sebetulnya, tidak pelik, cuma masa yang diambil untuk menilai pesawat baru, bukannya pendek tapi panjang.  Maka itu keputusan segera dibuat untuk membeli pesawat terpakai.

Dari 84 yang dibeli, hanya separuh yang dibaik pulih untuk digunakan, manakala separuh lagi ditinggalkan sebagai sumber alat ganti sebab Amerika dah tak keluar lagi dah jenis pesawat perang macam itu.  Dari separuh yang digunakan, hampir 1/3 jatuh terhempas termasuk satu yang menyebabkan juruterbangnya tidak dijumpai sehingga sekarang.

Kenapa pada waktu itu, DAP dan PAS tidak membangkitkan soal perolehan yang ternyata silap ini?  Tak payah jawab, sebabnya mereka tidak tahu, bodoh.  Walhal kalau nak dijadikan isu, memang ada isu disitu.  Mungkin bukan dari segi rasuah dan penyelewengan, tapi dari segi kewajaran memilih pesawat tidak layak terbang, yang akhirnya terbukti merugikan negara.

Kesilapan kedua, ialah bila negara hampir membeli pesawat pejuang tercanggih (waktu itu) jenis Tornado Gr-2 dari Britan pada 1987, sedangkan pada waktu tersebut tidak ada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berkelayakan mengendalikan pesawat canggih seumpama itu.


Menteri Pertahanan waktu itu ialah Datuk Abdullah Haji Ahmad Badawi, jadi sendiri mau fahamlah
Keputusan itu akhirnya dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada 1988 oleh  Menteri Pertahanan yang menggantikan Abdullah, siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Mohd dan pesawat Tornado digantikan dengan pesawat pejuang ringan/serangan darat Hawk Mk 208/209 yang masih digunakan sehingga sekarang.

Tujuan penulis bangkitkan semua ini bukan sangat nak mengenang kisah lama, tapi sekadar nak memaklumkan kepada generasi muda hari ini bahawa Pakatan haram ini bodoh.  Bab yang ada isu dia tidak kompang-kompang kan, bab yang tidak ada isu itu yang dikecohkannya.
Scorpene ini tidak terkecuali.

Hakikatnya, tidak ada salah dan betul tentang perolehan sistem pertahanan.  Semuanya ikut keperluan negara masing-masing, disamping pakej persenjataan yang dimasukkan dalam perolehan.  Contoh kapal selam Scorpene yang diperolehi Chile dan Malaysia, berbeza dari segi harga (walaupun jenis sama) sebab Scorpene Chile tidak dilengkapi torpedo tercanggih jenis Blackshark, sedangkan Malaysia ada.

Syarikat Perimekar yang dituduh menerima rasuah bagi pihak Perdana Menteri sebanyak  €114 juta itupun sebenarnya adalah pembekal perkhidmatan sokongan untuk projek Scorpene selama 6 tahun.  Diulangi, pembekal perkhidmatan, bukan orang tengah seperti yang rancak difitnahkan Pakatan haram.

Pendek kata, Pakatan ini bodoh dan mereka cuba mengajak rakyat Malaysia ikut jadi bodoh macam depa juga.  Sebab itu penulis tidak bimbang bila mereka bangkitkan hal pertahanan, sebab dah tahu memang tidak akan sampai ke mana.

Sumber: Mykmu.net

Thursday, June 7, 2012

BILA "AWEK SKANDAL" KHALID GAGAP BERSUARA LAGI...


 Apabila Faekah membuka mulut dan berkata-kata, pasti akan ada sahaja sesuatu yang luar daripada biasa, dalam keadaan tertentu bolehlah disebut “bodoh”.

Apabila kerajaan negeri membelanjakan wang rakyat sebanyak RM1 juta untuk tujuan kononnya “membersihkan” senarai pengundi hantu sebagai langkah memberi tanggapan negatif kepada SPR, Faekah seharusnya membuka minda akan sifat “buta demokrasi” yang sebenar.

Pertama, mengapa mempertikaikan jumlah penambahan pengundi sebanyak 300 ribu, sedangkan angka yang lebih membimbangkan ialah terdapat 600 ribu rakyat Selangor yang layak masih belum mendaftar menjadi pengundi.

Dalam erti demokrasi, setiap rakyat sebenarnya wajib mempunyai kuasa memilih, dan bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk kempen daftar pemilih, sekiranya kerajaan negeri benar-benar inginkan demokrasi (hak untuk memilih) wujud dalam diri setiap rakyat. Ini lebih menyeluruh, tanpa punya apa-apa kepentingan politik.

Keduanya, penggunaan wang rakyat itu sebenarnya demi keuntungan politik kerajaan negeri, apatah lagi cuba mencari kesalahan SPR, sedangkan tempoh bantahan pengundi baru yang diragui diwujudkan sebelum senarai terkini diwartakan.

Tentu sahaja mana-mana wakil parti berhak membuat bantahan dalam tempoh yang diperuntukkan, tetapi bukan selepas tempoh tersebut.

Mengapa kerajaan negeri berbuat demikian selepas tamat tempoh bantahan? Tak syak lagi, mereka hanya mencari kesalahan yang akhirnya dianggap sebagai konspirasi UMNO, sebagaimana isu video Chinadoll dan Aisrkim Jamban.

Wang rakyat digunakan untuk kepentingan politik mereka, yang cuba diselindungkan atas nama hak rakyat.

Dan istilah pengundi hantu harus difahami dengan mendalam oleh Faekah, yang mungkin tidak pernah mendengar taklimat cara-cara pengundian dijalankan oleh SPR. Atau lebih parah, mungkin Faekah sebenarnya tidak pernah mengundi!

Tidakkah Faekah tahu, bahawa prosedur pengundian cukup ketat, dan dipantau oleh wakil dari parti-parti yang bertanding, untuk membuat “check and balance”? 

Hanya apa yang tercatat di kertas undi sahaja yang rahsia, tetapi bukan berapa jumlah yang keluar mengundi kerana setiap wakil parti dibenarkan membuat kira-kira, atau catatan tatkala pantauan diadakan! 

Di mana wujudnya pengundi hantu?

Kasihan Faekah, buta demokrasi.

Dan andai Faekah tertanya-tanya bagaimana boleh terdapat pertambahan mendadak senarai pengundi berdaftar, seharusnya Faekah analisa sendiri senario politik tanahair dari 2008 hingga ke perkembangan mutakhir.

Kehaprakan pentadbiran kerajaan negeri tidak dapat dibendung lagi, dan semakin ramai rakyat yang membuka mata akan kepentingan mengundi pada PRU akan datang. Itu pun masih ada 600 ribu yang masih belum mendaftar.

Faekah rupanya menghina kesedaran politik di kalangan rakyat. Ketebalan minyak dimukanya menghalang logika dari diterima masuk ke dalam kepalanya.

Alasan Faekah bahawa Selangorku Bersih dianjurkan bagi memastikan pengundi benar-benar bermastautin di negeri ini benar-benar menyerlahkan ketidakbijaksaan otaknya berfikir.

Agak sukar mencari pengundi, khususnya di kawasan bandar. 

Andai Faekah beralamat di Selangor dan tinggal di rumah sewa, yang kemudiannya berpindah ke Johor, namun alamat masih lagi di Selangor, apakah Faekah seorang pengundi hantu hanya kerana tidak tinggal di Selangor tetapi mengundi di Selangor atas sebab alamat belum bertukar?

Faekah, are you ok? 

PANASSSS..!!! "CIKGU ZAKIAH" BERBAJU JARANG...!!!


Anda masih ingat cikgu yang manis bertudung dalam drama Juvana?

Siapa tak ingat lakonan mantap Izreen Azminda sebagai Cikgu Zakiah dalam drama Juvana.

Dalam drama tersebut dia ayu bertudung tetapi dalam masa yang sama sangat tegas apabila mendidik.

Justeru, watak yang dibawa oleh Izreen berjaya memukau ramai penonton.

Namun, watak Cikgu Zakiah yang ayu bertudung hanya di dalam drama.

Secara tiba-tiba, beberapa blog hiburan menyiarkan gambar Izreen berbaju jarang. Amboi Cikgu Zakiah, berbaju jarang?

Mungkin isu yang terjadi kepada Izreen sama seperti apa yang terjadi kepada Tiz Zaqyah.

Ramai di luar sana yang beranggapan perwatakan mereka ini sama seperti di dalam drama. Tapi, itulah kenyataan.

Khabarnya Izreen bakal mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012.

Apa-apa pun, masih ramai yang suka melihat Izreen bertudung, nampak manis dan sejuk mata memandang. - Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! POK NIK AJIS DAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS PUTAR BELIT HADIS RASULULLAH SAW...?!!!

 msp

Majlis Syura Ulama PAS semalam menetapkan fatwa terbaru “agama” PAS apabila mendakwa bahawa demontrasi Bershit 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu sangat bersesuaian dan selari dengan kehendak syari’at.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS itu menegaskan bahawa menyertai demonstrasi Bershit boleh jatuh ke tahap hukum “wajib” bagi umat PAS, kononnya demi menentang “kezaliman dan kemungkaran”.

Nik Aziz turut memberikan contoh sebuah hadis Rasulullah SAW mengenai seramai 70 wanita yang datang bertemu Baginda dan mengadu bahawa mereka telah dizalimi apabila dipukul suami mereka.

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW telah mengeluarkan arahan agar suami tidak memukul isteri dan menceritakan kepada para sahabat RA mengenai isteri-isteri yang datang “berdemontrasi” meminta pembelaan.

Itu alasan Majlis Syura Ulama PAS yang dinyatakan oleh Nik Aziz semalam untuk “menghalalkan” tindakan PAS menyertai demonstrasi Bershit, anjuran kafir harbi, Ambiga Sreevenasan.

Himpunan itu TELAH berlangsung pada 28 April lalu dan baru semalam Majlis Syura Ulama PAS mahu bersidang menentukan sama ada ia “halal” atau “haram”?

Setelah Nik Aziz memakai baju Bershit 3.0, memberikan wang rakyat untuk para penyokong PAS berdemonstrasi dan mengganas di Dataran Merdeka, baru mahu jatuhkan hukumnya?

Pelik. Sepatutnya, Majlis Syura Ulama PAS perlu bersidang terlebih dahulu sebelum “menghalalkan” sesuatu fatwa. Kini sudah terbalik caranya?

Persoalannya, sekiranya benar Kerajaan BN itu zalim dan mungkar sekalipun, apakah “halal” di mata PAS untuk menghantar para penganut agamanya mengganas dan mencetus huru-hara sehingga mengganggu keamanan serta ketenteraman rakyat lain?

Apakah demonstrasi merupakan satu-satunya cara yang dianjurkan Islam untuk menentang kezaliman dan kemungkaran pemerintah?

Saya terkenang kembali riwayat-riwayat kisah di zaman Rasulullah SAW di mana kezaliman serta kemungkaran para musyirikin dan kuffar Quraisy ditangani dengan secara diplomasi dan bijaksana oleh Rasulullah SAW.

Di zaman itu, meskipun umat Islam dibunuh, diseksa dan diancam oleh kuasa Quraisy di Makkah, Rasulullah SAW berkali-kali menggunakan uslub berdiplomasi melalui beberapa perjanjian, termasuk dengan kaum Yahudi yang membencinya.

Lebih menarik lagi, Rasulullah SAW hanya menggunakan akhlaknya yang terpuji untuk menundukkan kezaliman dan kemungkaran terhadap Allah SWT oleh kaum-kaum arab di zamannya.

Apakah Nik Aziz fikir dia mencontohi sunnah Rasulullah SAW dengan menghantar “askar-askar merah”nya untuk mengganas, menyerang pihak polis, memaki hamun, mencarut dan sebagainya terhadap pihak berkuasa?

Mengenai hadis Baginda SAW tentang 70 isteri yang mendakwa dizalimi suami mereka, apakah wanita-wanita itu benar-benar “berdemonstrasi” seperti yang dilakukan oleh pengganas-penganas Bershit?

Apakah isteri-isteri itu datang mengganas menzahirkan protes mereka di depan Rasulullah SAW, mengeji dan menghina suami mereka, membaling batu dan besi, menterbalikkan unta atau keldai tunggangan suami mereka?

Jika tidak, apakah wanita-wanita yang datang mengadu kepada Rasulullah SAW itu wajar disifatkan sebagai “berdemonstrasi” atau lebih sesuai untuk menyifatkan mereka sebagai “mengadu” sahaja?

Padanlah Majlis Syura Ulama PAS semakin tidak dihormati oleh umat Islam di negara ini, lebih-lebih lagi Nik Aziz dikatakan menggunakan “kuasa veto”nya untuk memaksa jawatankuasanya mengiyakan “fatwa” politiknya yang menyesatkan!

Sumber: Mykmu.net

PANASSS 18SX..!!! FESYEN BRA POMPUAN TERKINI...???!!!

Pelik betul aku dengan orang pompuan ni. Suka benar dengan benda pelik-pelik sampai BRA diorang pun pelik-pelik..!!! Ishhhh...ni ha...fesyen terbaru bra diorang....

Korang suka ke? Aku rasa cam tak best pun...tak seksi..kelakar ada laaaa...! Heh!







HANGATTT..!!! GAMBAR SEKSI LISA SURIHANI YANG TERAKHIR...???!!!

Baru-baru ni Lisa Surihanidah declare tak suka berpakaian seksi. Frankly, aku salute dan hormati perubahan Lisa tu...

Korang tengok gambar kat atas, kan? Jangan kutuk Lisa. Tu gambar lama...masa tu tak berapa popular lagi...dan belum bergelar isteri orang lagi...

Jadi, hormati la dia...doakan dia pakai tudung pulak lepas ni...mintak dia pakai tudung kerana Allah... 

Dan bukannya pakai tudung pasal PAS macam segelintir orang tuuuu...kan! Heh!

PAKATAN HARAM JANJI TAK MENGGANAS, HANGPA PERCAYA KE..???!!!

pakatanharamjamin



SELEPAS Bersih 3.0 berakhir dengan keganasan, Pakatan haram cukup trauma dikaitkan dengan perkataan itu (keganasan).  Maklumlah, nak cakap mereka pencinta keamanan pun dah tak  boleh sebab banyak bukti menunjukkan Pakatan haram dan 3 komponennya PAS, PKR dan DAP adalah pejuang keganasan.

Justeru mereka reka dan provok banyak kejadian selepas 28 April untuk kaitkan pihak lain dengan keganasan, terutama sekali UMNO atau paling tidak polis.

Beberapa kejadian di kesan antaranya di Johor, di Lembah Pantai malah di Himpunan Langau Hijau di Alor Star 1 Jun lepas pun ada cubaan mengaitkan polis cuba menimbulkan keganasan disitu, berikutan penemuan 2 bungkusan plastik berisi Bateri kereta dan jam loceng – gambarannya bom buatan sendiri.

Apa bateri kereta dan jam loceng boleh dikaitkan dengan letupan, dari segi logik mustahil sama sekali, tapi yang dah tuduh pun Mahfuz, SRP tak lulus, terima sajalah tuduhan itu macam lawak jenaka biasa.

Tapi pokoknya disini ialah cubaan Pakatan haram menunjukkan pihak lain, bukan mereka yang ganas.

Sebab itu bila bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menuduh PAS, DAP dan PKR akan menimbulkan kekecohan jika kalah dalam pilihanraya umum akan datang, perkara pertama sekali yang dilakukan Pakatan haram ini ialah mengeluarkan kenyataan berbentuk keamanan seperti sopan (Hadi), gentleman (Anwar) dan seumpamanya.


Kalau difikirkan, ini respon balas yang agak pelik melainkan Pakatan haram ini memang rancang sesuatu dan terperanjat bila Mahathir menyebutkannya, “macam mana Mahathir tahu?”, mungkin itu yang bermain diminda.

Dalam keadaan biasa, Pakatan haram akan menyerang Mahathir dulu, selepas itu baru cerita.  Ini dia cerita dulu, kondem Mahathir kemudian.

Dan sememangnya kita perlu risau dengan kebarangkalian itu (keganasan kalau Pakatan kalah).  Sekarang pun Anwar sudah main persepsi Pakatan haram ini kuat dan akan menang, kalau kalah itu sebab penipuan.  Dia main isu ini hari-hari, tanam dalam pemikiran rakyat, jadi kalau mereka kalah besok, senanglah dia nak tekan butang merah – serang (cetus keganasan).

Kalau tak percaya lagi, masuklah juga dalam blog dan facebook pro Pakatan haram, semuanya penuh dengan kebencian, penuh dengan kemarahan dan penuh dengan provokasi.  Kalau takde isu dia reka, isu kecil dia besar-besarkan, isu besar, depa letup-letupkan.

Ini semua persediaan untuk memulakan kekecohan nanti sebab Pakatan haram ini tahu depa akan kalah.  Lagipun takde sebab mereka boleh menang, tahun 2008 itu berbeza, itu ada isu Paklah & co.  Anwar watu itu pun tak tahu nak menang banyak, sebab itu kualiti ahli parlimennya hancur bancau, yang tak reti cakap melayu pun ada.

Tak tahu dunia mana Anwar hidup, sebab logiknya tidak ada siapa yang berani meramalkan Pakatan haram ini menang.  Temberang banyak, janji banyak tak tunai, sokong yahudi, pertahan negara Israel, masalah air tak selesai dan sebagainya.

Sedangkan BN laksana begitu banyak janji, yang tak dijanjikan pun dilaksanakan juga.  Rakyat nampak dan rakyat merasainya sendiri, bukan sekadar angan-angan kosong macam janji palsu Anwar.

Oleh yang demikian, penulis yakin Pakatan akan kalah dan kekecohan besar besaran menolak kekalahan itu akan dilaksanakan Anwar.  Ingat saja cakap penulis ini sebab inilah yang akan berlaku nanti.

Bersih 3.0 membuktikan Pakatan haram ini ada keupayaan melakukan keganasan dalam skala besar, yang melegakan, Bersih 3.0 juga menunjukkan polis kita sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan.

Sumber: Mykmu.net

HARI NI DUKEOFUMNO MOGOK..???!!!


Well hari ni aku sangat busy. Aku pindah masuk ke rumah baru hari ni. Rumah sendiri. Alhamdulillah...baru sekarang aku mampu beli rumah. Tu pun hutang...

Anyway, aku tetap bersyukur kepada Allah SWT di atas izinNya aku dikurniakan pondok buruk ini. Walaupun buruk, insyaAllah akan aku pastikan keluarga aku terpelihara dari panas dan hujan bagi tujuan beribadah kepadaNya selagi bernyawa...

Tapi macam biasa la kan...kalau pindah rumah ni memang busy dan sangat-sangat meletihkan. Jadi, izinkan aku berehat sekejap dari berblog hari ni walaupun aku tahu jari jemari aku tak boleh duduk diam kalau tak menulis...heh!

Doakan aku tenang, bahagia dan sihat bersama keluarga di teratak ini sehingga ke hujung nyawa...See ya guys..!!!

LAWAK PAGI INI...RONNIE LIU BUKTIKAN SELANGOR TAKDE MASALAH AIR..!!!


Chehhh..!!! Siapa kata Selangor ada problem air..? Mengarut laaaa... Selangor mana ada problem air...

Selagi Ronnie Liu ada dalam kerajaan dan "boneka"kan Khalid Gagap, air di Selangor takkan ada masalah..Ronnie boleh supply air any time la wehhhh..!!!

Tak caya? Tengok kat atas tu...hehehheee..berbotol-botol air tuuuu..!!!

Wednesday, June 6, 2012

PANASSS 18SX DARI KEDAH..!!! PAK LEBAI PAS KANTOI BERGESEL DENGAN "MUSLIMUT"..!!!



Bercampur lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah haram hukumnya!

Itu alasan yang seringkali diberikan oleh orang PAS setiap kali ada perhimpunan atau perkumpulan UMNO. 

Dicanang di merata-rata tempat dan medium kononnya UMNO tidak tahu menjaga adab-adab agama.

 Kononnya juga UMNO menggalakkan pergaulan bebas. Berbanding UMNO, PAS pula dikatakan dan diuar-uarkan sebagai penjaga agama dalam sebarang keadaan. 

Konon-kononnya mereka tidak mahu kemurkaan Allah Taala dengan mengabaikan perkara-perkara 'sekecil' itu. 

Benarkah?

Sudah tentu tidak!



Cakap-cakap agama daripada orang PAS biasanya hanyalah retorik untuk menunjuk baik. Hakikatnya mereka juga seperti orang yang mereka umpatkan. Bahkan lebih teruk lagi, mereka berselindung di sebalik topeng agama untuk melindungi kebuasan nafsu masing-masing. 

Itu yang berlaku dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darul Aman pada Jumaat lepas. 
Kita tidak kata kesemua yang terlibat dalam perhimpunan tersebut berperangai begitu. Lebih ramai yang berperangai sopan dan tahu menjaga batas susila. 

Namun segelintir yang berperangai hodoh itulah yang memberikan cerminan kepada kegagalan pentarbiyahan PAS kepada ahli-ahlinya untuk mendidik hati. 

Pentarbiyahan menerusi pendekatan agama-politik, ternyata tidak memperbaiki hati atau mendidik nafsu agar meningkat maqamnya. 


Percampuran lelaki dan perempuan dalam sesuatu perhimpunan mungkin dianggap biasa. Malah ada yang segera mengambil qiyas dengan apa yang berlaku di Makkah dan Madinah ketika ibadat ziarah dilaksanakan bagi menghalalkan perbuatan dan amalan mereka di tanahair. 

Tak guna sebenarnya bercakap tentang perkara-perkara besar sekiranya perkara sekecil ini pun gagal diperbetulkan lagi. 

PAS mungkin akan lebih dihormati sekiranya WALK THE TALK dan tidak sekadar terus hidup dengan retorik jalan ke syurga semata-mata kerana TIDAK ADA SATU NAS DAN DALIL pun yang menyatakan, menyokong pemimpin atau kelompok tertentu dalam siyasah akan dimasukkan ke syurga.

Kerana untuk masuk ke syurga, bukan semata-mata kerana pahala tetapi yang lebih penting RAHMAT Allah Taala. 

Dan untuk mendapatkan rahmat Allah Taala, hati perlulah dididik dan perlu ditundukkan. Bukannya membusungkan dada dengan menyibuk hal orang lain sedangkan pungkur sendiri bercelomes dengan tahi!!!

INFO PANASSS..!!! CARA TENTUKAN MASIH DARA ATAU SUDAH BOLOSSS..!!!

1. Orang yang tidak perawan jalannya mengangkang

Hal ini sama sekali tidak berhubungan dengan perawan atau tidak perawan. Kerana cara berjalan seseorang dipengaruhi oleh pertumbuhan dan perkembangan fiziknya, seperti lebar tulang pinggul dan juga banyaknya lemak di sekitar peha.

2. Orang yang tidak perawan bahagian punggungnya terlihat berkurang ketegangannya

Bentuk punggung yang kendur atau berkurang elastik tidak berhubungan dengan perawan atau tidak perawan. Seseorang yang kurang berolahraga atau aktiviti fizik boleh membuat punggungnya kendur.

3. Orang yang tidak perawan salah satu payudaranya akan terlihat lebih besar

Hal ini boleh membuat orang beranggapan perempuan dengan payudara cukup besar sudah tidak perawan. Padahal payudara seseorang memang boleh membesar ketika terangsang, tapi umumnya ia akan kembali ke bentuk semula dan tidak permanen.

4. Orang yang tidak perawan urinennya jernih

Kualitas urine ditentukan oleh asupan air yang diterima oleh tubuh, semakin banyak air yang diminum maka urinenya akan jernih dan bersih. Sedangkan warna urine yang tidak jernih boleh disebabkan oleh kurang minum atau ada penyakit tertentu seperti infeksi kandung kemih bukan kerana perawan atau tidak perawan.

5. Gadis yang tidak berdarah ketika pertama kali berhubungan seks sudah tidak perawan

Darah yang keluar terjadi ketika selaput dara yang menutupi pembukaan vagina robek saat berhubungan seksual. Tapi selaput dara ini boleh robek melalui kegiatan fisik seperti berbasikal, jatuh, menggunakan pembalut tidak tepat atau senam yang berlebihan.

Selain itu beberapa gadis ada yang memiliki selaput dara fleksibel sehingga tidak mengeluarkan darah ketika pertama kali berhubungan seks.

Mengetahui riwayat gaya hidup dan pergaulannya mungkin cara yang tepat untuk mengetahui apakah seorang wanita masih berstatus perawan atau tidak... - Sumber

OH YEAHHH..!!! POK NIK BER"K-POP" BERSAMA ANWAR BERAHIMMM..!!!

bertam+nite+tari[1]


Tika ini sesetengah media maya  masih seronok memperdebatkan isu K-pop terutama sekali yang melibatkan persembahan artis Korea di Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB 2012) minggu lalu.

Di masa yang sama sebahagian lagi turut mengulas perihal penyertaan kumpulan K-pop di Konsert MTV World I-City di Shah Alam yang berlangsung kurang seminggu sebelum Ramadhan 2011.


Dalam pada itu, paling terbaru entah apa k-pop pula yang memeriahkan majlis makan malam anjuran PKR Pulau Pinang sampaikan kalut habis pimpinan PKR melakukan sesegera mungkin langkah damage control.
http://1.bp.blogspot.com/-FWUWgrXfyf0/T830tY3iKyI/AAAAAAAADKg/iiomsOBBjEQ/s1600/bertam+nite+tkm+pp.jpg 
Macam biasalah modus operandinya sama, bila kena atas dahi sendiri tak payah mengaku salah melainkan di cari saja kambing hitam ataupun sapu saja bawah karpet semata-mata takut di kritik dan enggan mengaku kesalahan sendiri.
 
Inilah yang terjadi bila tiga orang wanita seksi ala-ala 60-an tergedik-gedik menari sambil gelek kiri kanan di majlis PKR, punyalah tertekan dengan pendedahan video tarian jelik tersebut tak semena-mena mereka menyalahkan penaja program.
Pihak penaja telah dengan sengajanya mencemarkan majlis ini yang membuatkan Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Adun Penanti Dr Mansor Othman terkejut biawak sehingga tamatnya tarian ini muncul di atas pentas pihak pengacara majlis yang telah menjelaskan tentang perkara ini…
jelas pihak penaja dengan sengajanya telah mensabotajkan program ini…jika masih ada keraguan boleh hubungi saya ditalian 0124607557..-saya yang menjalankan tugas,Khairul Nadzmi Ramli,AMK Permatang Pauh- (link)
Yang syok tu, dalam pada terkejut biawak dan menyalahkan pihak penaja, boleh pula dibiarkan saja tarian gelek itu berlangsung hingga tamat. Berjurus sungguh.

Dah jadi macam lebai malang pula, terkejut beruk tengok jantan spastik meliwat kambing sambil mata memandang dengan penuh gelora nafsu sampailah si jantan spastik itu selesai aksi songsangnya. Tak ke gila namanya tu? Mengarut punya alasan.
 
Berbeza sekali dengan isu K-pop yang melibatkan program anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS), bila ramai pihak termasuk mufti mengkritiknya, pihak KBS tidak pula menuding jari menyalahkan pihak penyelia atau penaja program sebaliknya mengambil tanggungjawab penuh meminta maaf dan bersedia memantaunya pada masa akan datang.
PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang. (Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek)
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN
PUTRAJAYA, 1 JUN 2012– Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.
Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.
“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.
“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.
KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.
Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.
Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.
Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.
DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

1 JUN 2012
Dua isu yang hampir sama – hiburan oleh artis yang berpakaian menjulingkan mata, tapi cara bertindak yang berbeza. Satu pihak macam biasa mencari kambing hitam sambil sapu sampah ke bawah karpet, satu pihak lagi gentleman menghadapi kritikan dan bersedia mengakui kesilapan.

Perbandingan di antara dua pihak ini dalam menghadapi situasi tertentu dan permasalahan yang dihadapi, rasanya mencukupi untuk kita membuat penilaian yang tepat siapa yang lebih layak untuk terus mentadbir negara kita. 

Kalau suka hidup dalam denial syndrome pilihlah parti yang suka bermain dengan tetek kambing, tapi kalau sebaliknya, anda tahu pihak mana yang selayaknya.

* sambil itu apa kata kita layan seketika video kat bawah dari genre kelate pop (k-pop jugak). ini pun satu lagi masalah syndrome down aka denial syndrome, masih ada lagi yg malu-malu kucing nak mengaku yang minah-minah tembam seksi ni semuanya anak Kelate. Balik-balik puak tu kata ni artis dari Siam. ha..ha..

PANASSS 18SX..!!! PUNYA BERNAFSU TENGOK AWEK SEPARA BOGEL SEHINGGA....

Punya la bernafsu tengok awek seksi..!!! Sampai berdarah hidunggg..!!! 

Pergghhh..!!! Ingat...kita yang patut kawal nafsu...bukan nafsu kawal kita...heh! 

Cuba tengok lelaki ni..tak reti nak kawal nafsu la tuuuu...!!!


PANASSS..!!! BEKAS KETUA PENERANGAN PAS KANTOI MENIPU..!!!

Bekas Ketua Penerangan PAS yang diturunkan pangkat menjadi AJK PAS biasa, Idris Ahmad, cuba menonjolkan dirinya seolah-olah cuba menjadi juara apabila menafikan sebarang bentuk pembayaran atau “duit minyak” kepada para penyokong PAS yang menyertai Himpunan Hijau 100k Ke Putrajaya baru-baru ini.

Dalam kenyataannya di laman rasmi PAS, Harakahdaily, semalam, dia yang bagaikan “kemaruk mahukan jawatan Ketua Penerangan” parti itu kembali, menyatakan bahawa orang PAS tidak seperti orang UMNO yang kononnya perlu disogok untuk ke majlis anjuran parti.

Sebenarnya, tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya para pemimpin UMNO terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi para penyokong tidak mampu mengeluarkan belanja, tapi bersemangat mahu menghadiri majlis anjuran parti.

Sebagai contoh, sekiranya majlis tersebut berlangsung di Alor Setar, para penyokong yang tinggal jauh seperti di Baling, Sik dan kawasan-kawasan lain terpaksa mengeluarkan wang yang agak membebankan mereka dan keluarga.

Namun, atas dasar membantu dan meringankan beban para penyokong tersebut, maka mereka diberikan sedikit wang untuk mengisi minyak kenderaan.
Salahkah pemberian seperti itu?

Dan untuk pengetahuan Idris Ahmad, para penyokong yang tidak layak, mampu dan tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut sememangnya tidak mendapat apa-apa bayaran dari mana-mana pihak. Tapi mereka tetap juga hadir di majlis…

Tapi, Idris menafikan sepenuhnya bahawa PAS tidak membayar sebarang bayaran meskipun dalam bentuk “duit minyak” sebagaimana UMNO.

Benarkah dakwaan Idris Ahmad itu? 

Pada saya, sama ada orang PAS atau UMNO, kita semua beragama Islam dan Islam melarang umatnya berbohong.

Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan PAS, khususnya dari golongan muda bahawa ramai di kalangan para penyokong parti itu menerima bayaran “duit minyak” dari pemimpin-pemimpin mereka.

Tidak banyak pun bayaran yang mereka terima.

Katanya, bagi penunggang motosikal akan diberikan sebanyak RM20 untuk petrol. Bagi mereka yang datang dengan bas pula akan diberikan sebanyak RM50 dan mereka yang datang dengan kereta sendiri pula akan diberikan sebanyak RM150.

RM20 itu ialah untuk satu kepala. Ia diberi sebanyak itu memandangkan mereka yang menunggang motosikal dipercayai tinggal berdekatan dengan Alor Setar dan memadai untuk mengisi minyak dan membeli air bagi melepaskan dahaga mereka menjerit atau bertakbir.

RM50 juga diberikan ikut jumlah kepala bagi yang menaiki bas. Ia diberikan sebanyak itu kerana dipercayai mereka datang dari jauh dari luar Kedah seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor, Perak dan sebagainya. Sekurang-kurangnya bayaran itu boleh menampung perbelanjaan makan minum mereka di sepanjang perjalanan.

Bagi yang berkereta pula, RM150 itu untuk satu kepala itu diberikan kepada mereka yang juga datang dari luar Kedah, atau yang tinggal agak jauh dari Alor Setar seperti di Sik, Baling dan sebagainya.

Wang tersebut diberikan untuk “milage claim”, minyak dan makan minum, yang diselalunya dikongsi bersama  bagi seisi kereta. 

Pada saya, bayaran atau pemberian itu adalah wajar dan patut diberikan kepada para penyokong PAS yang hadir di majlis Himpunan tersebut.

Namun, rakan-rakan PAS saya itu juga tidak menafikan bahawa ada juga para penyokong PAS yang hadir dan tidak mendapat sebarang bayaran dari mana-mana pihak. Ia adalah kerana dipercayai mereka mampu atau “tidak diberitahu” mengenai bayaran tersebut.

Persoalannya, semua maklumat tersebut diceritakanoleh rakan-rakan saya dari Kelantan dan Terengganu yang kebetulan masih di Kedah. Lebih penting lagi, mereka menceritakan soal bayaran tersebut ketika saya bertemu dengan mereka pada malam himpunan itu.

Dalam ertikata lain, mereka menceritakan “rahsia bayaran” dari PAS kepada para penyokong parti SEBELUM Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan menafikan bayaran tersebut. Rahsia terbuka lebih awal dari penafian?

Jadi, siapa yang berbohong? Idris Ahmad atau rakan-rakan saya yang membelanja saya makan bihun sup di gerai himpunan pada malam itu dengan “duit bayaran” tersebut? Idris Ahmad menipu atau para penyokong PAS (rakan-rakan saya) yang menipu?

Saya ingatkan sekali lagi, penganut agama Islam sebenar tahu bahawa hukum menipu adalah berdosa dan jangan ingat saya tiada rakan-rakan yang menyokong PAS secara “totok”…

PENDEDAHA BERANI MATI..!!! GADIS CINA AGEN WANITA MENYELINAP MASUK HIMPUNAN HIJAU 100K PAS..!!!


Sumber di Pejabat Menteri Besar Kedah melaporkan, salah seorang Pegawai Khas Menteri Besar bernama Roslizan bin Zakaria dengan nombor kad pengenalannya 651209-02-5303 dan seorang ahli PAS Yan bernama Mohd Tazizi sedang disiasat oleh pihak Interpol berhubung kes kemasukan dana asing dari uar bagi membiayai aktiviti politik PAS Kedah terutama untuk PRU13.

Walaupun berita ini tidak dihebahkan menerusi media-media massa, namun sumber di Pejabat Menteri Besar Kedah telah mengesahkan berita ini.

Beberapa minggu lepas, laporan tentang kehadiran agen Kerajaan Singapura ke Kedah telah dibuat oleh media-media sosial dan alternatif. 

Walau bagaimanapun, agen yang dimaksudkan tidak pula dipaparkan. Agen berkenaan dikatakan telah dihantar oleh PAP Singapura untuk 'memberikan nasihat' kepada kelompok PARASIT PAS Kedah terutama dalam gerak kerja menjatuhkan Azizan Abdul Razak bagi memastikan penguasaan DAP yang lebih meluas di Kedah.

Bagaimanapun, Himpunan Hijau Ke Putrajaya telah mengesahkan kehadiran agen Singapura tersebut. 


Seorang wanita yang dikenali sebagai CEROLIN HONG yang dikenalpasti sebagai agen Singapura telah hadir ke Himpunan Hijau Ke Putrajaya. CEROLIN HONG menyamar sebagai wartawan dan mencatatkan setiap butiran untuk dihantar ke Singapura.

Justeru siasatan Interpol ke atas Roslizan Zakaria dan Mohd Tazizi dilihat mempunyai kaitan dengan CEROLIN HONG.

Kemasukan dana asing untuk membantu promosi Pakatan Rakyat telah dilakukan secara berleluasa, terutama ketika Pilihanraya Kecil Bukit Selambau di mana Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilihat berurusan dengan seorang agen Singapura yang dikenali dengan nama Walter Chia untuk menguruskan dana bantuan.

Pakatan Rakyat juga mendapat bantuan daripada agensi dan pertubuhan-pertubuhan Zionis bagi menjayakan demonstrasi BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 menerusi pengakuan yang dibuat oleh Ambiga Sreevanasan.

Antara penyumbang utama Zionis kepada Pakatan Rakyat adalah George Soros dan Paul Wolfowitz.


PARASIT PAS merupakan kumpulan yang paling dekat dengan kumpulan pengutip dana Zionis.

Di Kedah, kumpulan ini diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi dengan 'BIMBINGAN' Mat Sabu yang sengaja diangkat ke jawatan Timbalan Presiden bagi membolehkan PAS mengutip dananya sendiri dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim dan DAP.

Tenaga penggerak utama yang mengatur kewangan asing ini adalah Kamaruddin Jaafar, bekas Setiausaha Agung PAS yang merupakan Ahli Parlimen Tumpat.

Kamaruddin Jaafar merupakan sekutu kuat Anwar Ibrahim dan sewaktu di dalam UMNO dahulu, Kamaruddin Jaafar merupakan antara orang yang paling banyak menyapu projek kerajaan yang dihadiahkan oleh Anwar Ibrahim termasuklah pembinaan KL SENTRAL.

Selain daripada cubaan untuk menunjuk kuat di Kedah selain menakut-nakutkan Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar, himpunan di Kedah sebenarnya dibuat untuk membuktikan kepada PKR dan DAP yang PAS juga pandai mencari duit. Disebabkan itulah, sudah beberapa program besar PAS dijalankan di Kedah termasuklah yang terbaru, Himpunan Hijau Ke Putrajaya.

Program Ijtima' Bersama Ulama PAS yang sepatutnya diadakan pada 2 Jun di Tanah Merah, Jitra terpaksa dibatalkan kerana FAKTOR-FAKTOR CEROLINE HONG!



Bila Kak Su Bersuara... Heh!