“Saya ambil sedikit
aje..!”, mungkin itu yang dikatakan Faekah di atas. Meskipun dihujani
dengan pelbagai kutukan dan desakan meletak jawatan dari para pemimpin
serta penyokong PKR, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah
Husin mengaku masih “kebal” dan “tebal kulit muka”nya menahan segala
cemuhan itu.
Dalam kenyataan terbarunya hari ini,
Faekah menegaskan bahawa Khalid mempercayainya, malah menyerahkan lebih
banyak tugasan dan tanggungjawab kepadanya untuk menguruskan hal ehwal
Kerajaan Negeri Selangor.
Setiausaha Politik MB Selangor itu
dikecam hebat oleh para pemimpin PKR Selangor ekorang tindakannya
menggunakan “letter head” Kerajaan Negeri itu dan memberikan kontrak
PNSB yang dikatakan “terpilih” kepada firma guaman anak saudaranya.
Antara yang dikatakan sangat marah
terhadap Faekah ialah kumpulan pro-Azmin Ali, termasuk Shuhaimi Shafie
yang menyelar tindakan Faekah baru-baru ini dan menuduhnya sebagai
menyalahguna kuasa di pejabat MB.
Desas desus bertiup kencang semalam
menyatakan bahawa pihak tertinggi PKR telah bermesyuarat mengenai Faekah
dan dia dijangka akan meletak jawatan pada Jumaat (esok) selepas
dipujuk oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah.
Persoalannya, mengapa hanya Faekah saja
yang didesak untuk berundur? Mengapa hanya dia? Apakah kerana dia
seorang wanita yang tidak bersuami maka dia boleh diperkotak-katik dan
diserang sebegitu?
Memang benar Faekah “tersalah langkah” dan “langkah silap”nya itu telah berjaya dihidu oleh kroni-kroni Azmin Ali di Selangor.
Dan memang tidak dapat dinafikan ia
menjadi ‘point” paling ampuh untuk mengenakan Faekah yang merupakan
seorang yang paling dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan kroni-kroni Wan
Azizah yang bermusuh dengan golongan pro-Azmin.
Tapi sebenarnya, kesalahan Faekah itu
dikatakan amat kecil berbanding ramai lagi kroni-kroni Anwar dan Azmin
yang telah mengambil kesempatan membolot projek-projek yang lebih besar
di negeri itu.
Antaranya ialah projek-projek membabitkan
pasir, perumahan, tanah dan projek-projek besar yang membabitkan urusan
bernilai ratusan juta ringgit. Kalau projek harga berbilion, selalunya
ia hanya diberikan kepada Anwar sahaja memandangkan gajinya hanya RM1 di
Selangor, bukan?
Sewajarnya untuk berlaku adil dalam hal
ini, PKR sepatutnya menyerang DAP yang dikatakan telah mengaut hampir
semua projek-projek di Selangor melalui sistem “tender proksi terancang”
sebelum diserahkan kepada sebuah syarikat khusus yang dikaitkan sebagai
milik DAP.
Mujurlah mendiang Teoh Beng Hock sudah
mati. Jika mendiang masih hidup, rasanya tidak kurang dari empat ADUN
DAP di Selangor yang akan berjaya di heret oleh SPRM ke mahkamah
berdasarkan maklumat dari mendiang Beng Hock.
Jadi, jika dilihat mengenai kontrak
guaman PNSB yang “disebat” oleh anak saudara Faekah dan dibandingkan
dengan kontrak-kontrak yang lebih lumayan yang diperoleh oleh
kroni-kroni Azmin dan DAP, rasanya ia sangat berbeza nilainya.
Faekah hanya makan “ikan bilis”, tapi
kroni-kroni Azmin dan DAP makan ikan Siakap, dan sesekali mereka akan
berjaya menikmati “hidangan undang kara (lobster)” yang paling mewah!
Justeru itu, tak payahlah para pemimpin
PKR dan DAP mendesak atau menekan Faekah kerana mereka lebih “pelahap”
berbanding Setiusaha Politik kesayangan Khalid Ibrahim itu.
Sepatutnya, para pemimpin PKR Selangor
patut desak Ketua Umum mereka untuk mengembalikan wang rakyat berjumlah
RM3 bilion yang dimilikinya sebagaimana yang didakwa ramai pihak. Tak
malukah mereka membuli seorang “gadis perawan” seperti Faekah?
Biarlah Faekah bertugas di Pejabat MB
Selangor. Lagipun, PKR memang terkenal dengan sifat suka menyalahguna
kuasa dan Faekah hanya mencontohi perangai Anwar dulu, salahkah? Kalau
Anwar dulu boleh salahguna kuasa, mengapa Faekah tak boleh?
Simpanlah Faekah baik-baik. Lagipun, PRU
dikatakan bakal menjelang tidak lama lagi. Faekah boleh dijadikan antara
bahan terbaik untuk “mengebom” Pakatan Haram Selangor. Simpanlah dia,
nanti senang sikit BN masa berkempen PRU ke-13 di Selangor..
Faekah lambang penyalahgunaan kuasa,
kronisme, nepotisme dan penipuan Pakatan Haram di Selangor. Kalau
individu berjawatan kecil macam Faekah pun dah teruk, bayangkan para
pemimpin Pakatan Haram yang lebih tinggi jawatannya di Selangor!

























