BARU-BARU ini, Ahli Parlimen PAS paling berIQ rendah dalam sejarah,
Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan ‘tahniah’ kepada negarawan ulung,
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kononnya pandai membuat rakyat tertawa.
Dalam fikiran Mahfuz, dia cuba mempermain-mainkan kenyataan Tun M
yang mengatakan bahawa Pakatan Haram sedang bersiap sedia untuk
memporak-perandakan negara sekiranya tewas pada Pilihanraya Umum ke-13
nanti.
Menurut Tun M, Pakatan Haram sedar bahawa mereka takkan dapat
memenangi PRU ke-13 melalui saluran demokrasi dan beliau menjangkakan
para pembangkang akan mencetus huru-hara serta demonstrasi jalanan
dengan menggunakan alasan kononnya “pilihanraya yang tidak adil”.
Mengikut otak dungu Mahfuz, kenyataan Tun M itu memberikan isyarat
bahawa rakyat Malaysia kononnya perlu memberikan undi kepada Pakatan
Haram sekiranya mereka mahu negara ini aman.
Begitulah tahap otak dan akal seorang Naib Presiden PAS yang bernama Mahfuz Omar.
Dia suka bercakap, tapi dia tidak sedar bahawa rakyat akan ketawa pada setiap perkataan bodoh yang terbit dari mulutnya.
Lagi dia bercakap, lagi banyak perkara bodoh terbit dan lebih ramai
rakyat yang mentertawakannya. Nama timangan pun “Mr. Bean PAS”, kan?
Sebenarnya, apa yang Tun M maksudkan ialah pihak pembangkang telah
mempergunakan Ambiga, Bershit, beberapa NGO dan para penyokongnya
melalui himpunan-himpunan Bershit untuk “mempotray”kan di minda rakyat
kononnya “plihanraya di negara ini kotor dan tidak adil”.
Jadi, jika rakyat terpengaruh dengan propaganda jahat dan permainan
Pakatan Haram itu, maka Pakatan Haram ada alasan untuk mencetus
huru-hara, demonstrasi ganas, memporak-perandakan negara dan mungkin
akan melarat kepada “perang saudara”!
Maksud Tun M, Pakatan Haram sememangnya sedar bahawa mereka tidak
akan menang walaupun SPR yang berlaku adil selama ini, sekali lagi
berlaku adil pada PRU ke-13 ini, dan satu-satu caranya mereka mampu
berkuasa ialah dengan mencetus kekacauan serta keganasan melampau di
Malaysia.
Sekiranya huru-hara dan kekecohan itu berlarutan, berkemungkinan
besar Anwar melalui sahabat-sahabat karib Yahudinya akan melobi pihak
Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar dunia lain untuk campur tangan
dan mencemar kedaulatan negara.
Pada saya, pandangan Tun M itu ada kebenarannya.
Beliau hanya meluahkan rasa bimbangnya mengenai keputusan PRU ke-13
kerana beliau tahu bahawa Datuk Seri Najib kini mendapat sokongan besar
dari majoriti rakyat Malaysia!
Tun M berkata begitu kerana beliau yakin dengan kekuatan Najib dan
negarawan yang menjadi arkitek kemodenan negara itu sedar bahawa Najib
mampu menang 2/3 pada PRU ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Namun, yang tidak fahamnya ialah Mahfuz Omar! Seorang manusia malang
yang kini dibenci oleh majoriti rakyat Pokok Sena yang menyesal
mengundinya pada PRU ke-12 dahulu.
Rakyat Pokok Sena marah sebab Mahfuz sebok “menyalak” di ibunegara
dan jarang-jarang sekali pulang ke kawasan untuk mengambil tahu tentang
keadaan rakyat yang diwakilinya.
Sedarkah Mahfuz bahawa dia semakin ditolak dan dibenci di Kedah? Saya
dimaklumkan bahawa PAS “pening kepala” memikirkan dimanakah Parlimen
paling sesuai untuk Mahfuz tandingi pada PRU ke-13 ini.
Khabarnya, ada yang mencadangkan dia dihantar bertanding di Sarawak atau Sabah.
Ada pula yang mencadangkan agar dia bertanding di Pekan atau Pagoh.
Tapi yang paling banyak ialah cadangan supaya dia tidak bertanding
langsung pada PRU ke-13 ini.
Sekiranya Mahfuz tidak dipertandingkan pada PRU ke-13, punahlah
harapannya untuk menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Menteri
Besar Kedah.
Mahfuz dikatakan sudah lama “aim” jawatan-jawatan tersebut!
Saya yakin, sekiranya Mahfuz tidak dipertandingkan, berkemungkinan
besar dia akan meletak semua jawatannya di dalam PAS, keluar dari parti
itu dan dia diyakini akan melompat masuk DAP menggantikan Tunku Aziz
yang sudah insaf!
Maka bolehlah dia jadi calon PRU..!!! Itu angan-angannya, kan?