Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 28, 2012

BERSHIT 3.0: POK NIK BAYAR SORANG RM150, BAS & HOTEL FREE UNTUK KENA PUKUL DENGAN POLIS..!!!

Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah ‘memberikan wang’ untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri hari ini.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu ‘menyuap’ duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan itu yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta daripada Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.

Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi “duit poket” sebanyak RM150 setiap seorang.

“Semasa perhimpunan tahun lalu (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel.
 
“Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka),” katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

“Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka,” katanya.

Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata, mereka didatangkan dengan 20 bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.

Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata, beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu.

Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor.

“Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh,” katanya. - Mynewshub.my

P/s: aku mintak maaf...dua kali kena teargas hari ni..kuran tidur..sakit badan dan nak demam... kasi aku rehat malam ni...boleh? Nanti aku cerita...

UPDATE TERKINI LIVE 2.22pm DARI DATARAN MERDEKA..!!!

Sorry...blom sempat nak update gambar. Keadaan makin tegang sekarang. Diorang nak rempuh sekatan polis berkawat besi yang ada duri-duri tu. Anwar dok hasut bebudak bodoh tu suruh rempuh pagar..

 Dia kata..."Kita akan merdekakan Dataran Merdeka hari ini..!!!"

Maka melaunglah keldai-keldainya menyambut..."Yaaaaa..!!! Kita rempuhhh.!!!", macam haram, kan?

Truck-truck FRU dan water cannon dah stand by...

Okay...got to go..busy nihhh...nanti aku update lagi....

LIVE BROADCASTING DARI DATARAN MERDEKA BERKAWAT DURI..!!!

Tadi aku dah upload gambar-gambar Bershit 3.0 yang aku snap semalam. Sorry la...broadband aku lembab dan "masuk air"..!!! Heheee...anyway..aku akan teruskan broadcasting ni walau dalam kepayahannn...

Blog ini akan membawakan berita-berita dan gambar-gambar terkini dari Bershit 3.0 di Dataran Merdeka dari masa ke masa...live broadcasting...heh!

Nantikan berita-berita panas dan "busuk" dari Bershit 3.0..dan kita nantikan siapa pula yang akan "mati" kali ni...heh!

28 GAMBAR-GAMBAR PANAS BERSHIT 3.0 DI DATARAN MERDEKA SEMALAM..!!!

Amoi ni teruja betul masa aku amik gambar dia...heh! Dia bantah Lynas..tapi dia pakai hanphone yang lebih banyak radiasi dari rare earth..! Ni species Fuziah Toron ni...takleh pakai punya akal...

Semua gambar-gambar ni aku snap semalam masa kat Dataran Merdeka. Frankly, aku dapati ramai puak-puak Bershit 3.0 ini marah gila dengan pihak DBKL dan PDRM. Pihak berkuasa dah tutup semua jalan untuk masuk ke Dataran Merdeka dan diorang gagal menembusi lokasi target mereka.

Ramai jugak yang mulanya sampai kat area tu dengan semangat berkobar-kobar nak melepak. Tapi lepas lepak sejam dua kat tepi jalan, diorang dah mula boring sebab tak dapat masuk Dataran. Ramai yang balik je rumah masing-masing dalam keadaan marah...heh!

Berikut (termasuk gambar amoi kat atas tu) adalah beberapa keping gambar yang aku sempat snap semalam sehingga jam 2 pagi. Lapar dan dahaga! Esok, aku akan turun cover lagi. Doakan keselamatan aku dan aku akan upload lebih banyak gambar Bershit 3.0 lagi esok petang...heh!

Aku dengar budak kecik tu mengamuk kat mak dia mengantuk...tapi mak dia paksa jugak dia melepak.."praktis demo dari kecik" katanya...haruuuuu..!!!
Brader ni sempat jual ais krim kat tengah-tengah jalan TAR tu! Heh! Aku sempat beli ais krim roti dia...lapar bebbb...

Diorang ni satu family..actually diorang bukan penyokong Bershit..diorang datang cari anak jantan diorang..nak suruh anak jantan tak guna diorang tu balik...marah gila akak tu kat anak jantan dia...heh! Kasi penampar je kakkk...

Ada bendera PAS je kat Bershit tu...bendera DAP dengan PKR takde pun...nampak sangat PAS tu just keldai dan dikeldaikan DAP dan PKR...heh! Tu pun tak sedar diri...perjuangan kununnnnnn...heh!

Budak ni penyokong Bershit dan Mansuh PTPTN...terlepas masuk ikut jalan belakang..datang dengan boypren dia... Isap rokok...tak tahu la dia isap apa lagi...tu kena tanya boypren dia.. dia ni boypren dia yang jaga.. mak bapak dia dah tak jaga dia dah...

Aku syak mamat pakai serban tu "warganegara import"...mungkin dari somalia..mungkin dari nigeria... Heh! Dia pun join Bershit jugakkkk...!

Kawat berduri menanti puak-puak Bershit 3.0...kalau berani redah laaaa..!!! Katanya perjuangan...alaaa...setakat sangkut kat kawat berduri tu apa la sangat... takkan takut kottt...? Kalau mati pun, Pok Nik kan dah kasi tiket ke "syurga"..."mati syahid" woooo..!!!
Diorang "hangin satu badan" pasal takleh masuk Dataran...Muahahahahaaa..!!! Nak langkah kawat tak berani...! Heh! Perjuangan tahi kucing...! Bingai...

Jalan dari Pudu menghala ke Dataran jammed teruk...aku lalu kat tepi kereta-kereta tu... diorang mengamuk maki hamun puak-puak Bershit tu... "Menyusahkan betul..!!! Haram jadahhh..!!!" - bukan aku kata..depa yang kata aaaa...

Puak-puak "Occupy Dataran" sebelum di halau DBKL...heh! Dok melepak kat bawah pokok...10% je mahasiswa..yang lain tu esktrimis upahan Ambigaaaa...
Kelihatan seorang China Doll (pakai beg kat depan) sedang cari pelanggan...Tok Lebai tu nak mengayat tapi malu... nak "free service" la tu kotttt...?

Seorang Pak Lebai terjojol biji mata tengok "China Doll" kat atas tu...heh! Sorang lagi tu pulak sebok dok hantar report kat Mat Sabu..."Puak-puak DAP tu haram jadah betul la Bang Mat...sekoq pun tak nampak muka...budak-budak Cina LGBT tu ada laaaa...ha? Bang Mat pun LGBT jugak?"

Macha Punker dan abang lebai PAS...sehati sejiwa "chenta" pada Ambiga...heh!

Tok Aji ni baru sampai KL terus call Mak Aji kat kampung...rindu katanya...Mak Aji jawab...tu laaa..gatai sangat pi Bershit tu...bang Aji pi ngorat Ambiga tu..siap! Kasi potong "anu" tu... heh!

Bang Aji tu cerita kat member dia pasai Mak Aji...tapi member dia tu buat derkkkk je... Member dia tu die hard fan Ambiga tuuuu...!!! Cheiisss..menyesal tak bawak Mak Aji sekali...

Nampak budak yang gelak sakan tu? Tu budak PKR tu...budak Sam Ketot...Sam Ketot tak sampai lagi...tengah busy cari pampers...Alaaaa...kalau Sam Ketot sampai pun..agak payah nak rakam gambar dia...ketot sangatttt...

Budak Cina ni naik atas bahu "boypren" dia...hehehehehe...LGBT ni...hehehehe...

Bas polis dari Johor baru sampai kat Dataran...puak-puak Bershit tu tendang bas tu ramai-ramai...sorak dan maki hamun polis dalam bas tu... Sebelum ni, PAS mintak polis tolong kawal Bershit...dah kena tendang cam tu rasanya Polis nak tolong kawal ke? Hehehehhehe...elok pukul pakai cota jer...
Abang polis tu sengih je tengok perangai orang-orang utan yang sepak bas PDRM tu...esok siap la korang...korang kurang ajar je, kasi hantammmm...!!!
Budak-budak "Occupy Dataran" dah mula kena halau oleh DBKL...

"Korang ingat Dataran ni mak bapak korang punya ke? Haaaa..tu yang botak tu...apasal botak? Nak jadi sami buddha ke? Macam harammmm.."

"Eh..! Dia kata kat aku ke? Ehhh..? Tak lawa ke kalau botak? Dia tak tau ke aku yang paling seksi dan cantik kat Dataran ni? Ramai mahasiswa jadikan aku idola diorang tauuu...!"

DBKL sita khemah dan "kampung Occupy Dataran"...hehehehe...sita dengan diorang-diorang tu sekali bang...! Heh!

Abang-abang polis kita "duduk dan sokong" di Dataran...dengan amannnn....heh!
Jalan masuk ke Dataran dari Masjid Negara lengang..! Kenapa diorang berkumpul kat jalan dari Sogo? Sebab kat situ ramai orang...nak kasi jammed jalan...nak tunjuk diorang hero...! Heh..! Dapat baca la taktik korang tu...

"Himpunan Aman PDRM di Dataran Merdeka" dengan tema "berdiri dan sokong"

Sebahagian dari abang-abang polis yang lepak kat tepi padang kat Dataran tu...heh!

Bebudak yang kena halau dari bawah pokok kat tepi Bangunan Abdul Samad lepak kat "head quarters" diorang - Bar Councils! Diorang kasi fund ke?
Salah seorang "Occupy Dataran" dok bagi speech...sebelum di"speechless"kan oleh DBKL...hahahahahaa..!!!!

Marah tak boleh masuk Dataran..mamat ni blah dari situ..cari sorang "bohsia LGBT" untuk "dikendurikan"?

Tu diaaaa...pasanga kekasih turun Bershit...mak bapak tak marah ke bawak keluar anak dara orang tengah-tengah malam buta ni?

Seorang yang disyaki staff Sinar Harian yang menyokong pembangkang...

Seorang penyokong Bershit import...bebudak PAS sebok nak tangkap gambar dengan dia..maklum la.. orang PAS memang tak pernah jumpa omputih..tu yang perak sikit tuuuu...

Puak-puak PAS dok ambil kesempatan dalam perhimpunan campur jantan betina...Pok Nik suruh bercampur jantan betina tu...halal kot?
Antara remaja betina yang disyaki lari dari rumah..ikut boypren depa lepak buat kecoh kat Dataran.. Disyaki juga mereka-mereka ini kurang di ajar mak bapak diorang...

Korang kenal ini Singh? Dia ni pencabar utama Karpal Singh is King!

"Saya mesti jadi speaker Perak! Saya sorang saja yang layak jadi speaker! Sebab hanya yang "putih melepak" macam saya saja yang layak jadi speaker..!!!"

"Korang dengar apa Sivakumar kata tu? Kita mesti sokong dia...dia tu dah tahap Nabi dah tuuu..! Hidup hidup! Hidup dewa Sivakumarrrrriiii..!!!"

Aku musykil...sebijik keta Siam datang...diorang turun dan join Bershit...Ambiga import dari Siam???
On the way balik ke rumah...jalan jammed teruk dari pudu ke Dataran...haram jadah betoi...!!! Lenguh kaki aku tekan clutch..!!!!

Friday, April 27, 2012

KEDAH TERKINI..!!! TANAH RUNTUH: RAKYAT KEDAH SENGSARA TIDAK SEJAHTERA..!!!

Setelah 4 tahun PAS memerintah Kedah, agak memalukan juga apabila parti itu menggunaka slogan "Kedah Sejahtera" memandangkan rakyat Kedah semakin SENGSARA, BUKAN SEJAHTERA.

Sengsara terbaru yang berlaku di Kedah ialah apabila Kerajaan PAS Kedah yang begitu rakus mencari dana PRU13 telah mezalimi beberapa orang kampung sehingga menyebabkan mereka rugi ribuan ringgit.

Perkara ini berlaku di Kuala Sungai Sedim, Baling di mana satu projek me'rompak pasir" di bumi Kedah berlangsung.

Menurut sumber, lesen diberikan kepada sebuah syarikat kontraktor pasir oleh Kerajaan PAS Kedah melalui Pejabat Tanah dan Galian Daerah Kulim. Malangnya, akibat nak cepat untung, kontraktor tersebut telah melanggar kawasan tanah orang kampung di situ!

Akibat korek punya korek, berlaku tanah runtuh di kawasan kampung Kuala Sedim yang mengakibatkan tanaman sawit dan dusun buah-buahan mereka rosak teruk...

"Kami kesal kerana kerakusan kerajaan negeri untuk mendapatkan sumber kewangan, tanah kami menjadi mangsa," kata seorang penduduk Kampung Kuala Sedim, Ishak Mat Saman.

Menurutnya lagi, para penduduk kampung itu menuntut agar para pegawai MB turun ke kampung mereka untuk melihat sendiri "hasil kerja" mereka itu. 

Penduduk kampung dah report pada Pejabat Tanah Daerah Kulim, tapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh ahli-ahli Majlisnya atau PBT kawasan itu...

Malangnya, sumber saya tu tak bawa kamera untuk mengambil gambar Pakcik Ishak. Tapi kalau nak tahu cerita, sila berkunjung ke kampung Kuala Sedim itu dan cari Pakcik Ishak. InsyaAllah akan dengar sendiri cerita darinya...

InsyaAllah, kalau saya sendiri turun ke sana, berkeping-keping gambar Pak Ishak akan saya rakamkan. Harap perkara ini diberi perhatian sebelum ADUN-ADUN BN mengamuk dalam sidang DUN Kedah.

Kalau ADUN-ADUN BN mengamuk pun PAS Kedah buat tak tahu, maka tunggulah pula AMUKAN DARI RAKYAT KEDAH pada PRU13 nanti...

P/s: Gambar di atas sekadar hiasan sementara gambar betul akan diusahakan...

18SX SAHAJA..!!! CARA-CARA MAKAN AISKRIM YANG SEBENAR...

makan_icecream
PENULIS insaf, sekarang penulis tahulah rupa-rupanya ada banyak cara untuk menikmati aiskrim.  Biasa yang penulis tahu dan ramai orang tahu, pegang pakai tangan macam biasa yang dibuat itulah.

Tak tahu pulak penulis, rupanya aiskrim juga boleh dimakan tanpa dipegang, antaranya ditimang, dikepit dan sebagainya.

Dan tambah memeranjatkan penulis, cara makan aiskrim yang ‘serupa itu’ bukan baru tapi sudah lama dibuat di negara ini.  Dikhabarkan, sejak 15 tahun dulu pun, cara makan aiskrim yang seumpama ini sudah popular di kalangan penggemarnya.

Mungkinlah penulis kurang terdedah dengan selok belok makan aiskrim selain dari memegangnya sahaja ini ya, sebab itu dah ada cara baru pun penulis masih tidak tahu lagi.

Lagipun aiskrim ini manis, makan banyak-banyak hanya akan menaikkan kandungan gula dalam darah – kalau tidak menaikkan darah orang yang melihat.

Tapi penulis rasa, pendekatan memakan aiskrim yang seumpama ini hanya akan menghilangkan seni memakan aiskrim yang sebenarnya.  Nak diiklankan pun payah.

Eloklah kepada yang suka memakan aisrim tidak mengikut tabie yang biasa ini, kembali semula kepada amalan yang biasa dibuat orang, atau nanti ia akan hanya menjejas imej dan sahsiah si pemakan.

Mungkin pada yang sudah terbiasa memakan aiskrim di luar tabie ini boleh merujuk cara memakan aiskrim yang betul seperti yang ditunjukkan dalam video dibawah ini:-

Sumber: Klik sini

BREAKING NEWS..!!! MUSTAPHA ALI BAKAL DIGULINGKAN DARI KEPIMPINAN PAS DALAM MASA TERDEKAT..???!!!

Apakah Cikgu Pa akan jadi senasib dengan Zaid Ibrahim di sebelahnya itu?
Semalam, aku berkesempatan untuk bertemu seseorang yang memperoleh maklumat dalaman PAS, khususnya mengenai skandal penggulingan kuasa Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustapha Ali.

Menurut sumber aku itu, Mustapha Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa, akan menjadi mangsa gulingan kuasa seorang pemimpin PAS yang kini sedang mengasah "taring"nya.

Cikgu Pa mahu digulingkan atas arahan "orang atasan" di luar parti. Khabarnya, dalang tersebut baru-baru ini terlibat di dalam skandal video seks "ais krim" yang didedahkan oleh Datuk Nalla baru-baru ini.

Rasanya, ramai boleh meneka siapa dalang tersebut, bukan?

Persoalannya, siapa pemimpin PAS tersebut? Aku bagi clue....

Pemimpin PAS itu memang "totok" pada Anwar sejak di zaman dulu lagi. Dia dikatakan telah diarah Anwar untuk masuk PAS dan diserap secara halus untuk mendapat tempat sebagai pemimpin...

Dia merupakan seorang ahli Parlimen. Dia memiliki singkatan nama yang sama dengan Ketua Pemuda UMNO....heh!

Cuba teka siapa pemimpin PAS yang cuba menggulingkan Setiausaha Agung PAS itu..!!!

KJ ATAU AMBIGA TAK PENTING, YANG PENTING ISINYA...!!!

M
Semalam, saya berkesempatan untuk hadir di The Club Bukit Utama di Damansara Utama untuk menyaksikan debat di antara Ambiga dan KJ yang bertajuk, “Electoral Reforms). Penuh dewan dengan majoritinya para penyokong Ambiga. Penyokong KJ hanya lebih kurang 150 orang saja yang hadir.

Sebenarnya, saya ke sana bukan untuk menyokong KJ. Saya ke sana untuk mendengar Ambiga berhujah mengenai kewajaran untuk mengadakan himpunan Bershit 3.0 dan sebab-sebab yang menyebabkan dia serta penyokongnya menganjurkan himpunan itu.

Pada saya, tentang siapa yang berdebat mala itu agak kurang penting kerana isi hujah yang paling bernas bakal menjadi kayu pengukur kebenaran sesuatu isu yang diperdebat. Itu fokus utamanya.

Sebelum ini, saya teruja untuk mendengar hujah Ambiga kerana dia digambarkan sebagai hebat dan mempunyai bukti-bukit “beyond reasonable doubt” untuk ‘menfatwakan’ menghukum SPR sebagai tidak boleh dipercayai dan digesa untuk meletak jawatan.

Lagipun, dia seorang peguam dan sudah semestinya KJ yang bukan seorang peguam itu bakal ‘dilanyak’ habis-habisan oleh ‘buah hati pengarang jantung’ A. Samad Said ini.

Di depan 2/3 penyokong sendiri yang memenuhi dewan, Ambiga memulakan debat dengan berhujah mengenai kononnya wujud kepincangan besar di dalam SPR, khususnya pada senarai daftar pengundi.

Katanya, terdapat 3 juta pengundi yang mengundi di kawasan yang tidak seperti yang didaftar di dalam kad pengenalan mereka. Dia mendakwa 42,000 pengundi yang diragui statusnya oleh SPR baru-baru ini sebagai ‘pengundi hantu’ ciptaan SPR dan BN. Isu undi pos dan kesilapan data gender 15,000 pengundi turut disebut Ambiga.

Dengan “fakta-fakta” yang diambil dari kajian 3 bulan oleh Ong Kian Ming itu, Ambiga beriya-iya menegaskan bahawa SPR memang tidak boleh dipercayai dan menganggap PRU13 sebagai pilihanraya yang paling kotor jika dikendalikan anggota SPR sedia ada. Dia mahu SPR letak jawatan.

Saya rasa pelik. Ada sesuatu yang tidak kena dengan SUMBER ‘fakta-fakta’ Ambiga. Kajian Ong Kian Ming itu dikaji sendiri dengan maklumat dan data dari SPR. Itu kajian peribadi.

Sepatutnya, selepas membuat kajian tersebut, Ong Kian Ming dengan ditemani oleh beberapa ahli akademik perlu mendapatkan penjelasan dari pihak SPR mengenai kepincangan yang dikatakan wujud dalam sistem SPR.

Dalam ertikata lain, Ambiga mengambil sumber dari sebelah pihak saja tanpa mendengar penjelasan dan hasil siasatan SPR mengenai isu berbangkit. Adilkah membuat persepsi sendiri dari sumber sebelah pihak saja?

Jika sumber Ambiga pun sudah salah, maka segala tindakan susulan sama ada menuduh itu dan ini kepada SPR juga akan turut salah! Itu adalah faktor terbesar kesalahan perjuangan Ambiga dan rakan-rakannya.

Meskipun KJ bukan seorang peguam, dilihat ‘mentah’ dan kadangkala bersikap ‘nakal’ di atas pentas, dia berjaya menjawab satu persatu tuduhan Ambiga dengan baik.

Lebih menarik, dia dengan mempermain-mainkan emosi Ambiga, dia berjaya membuat Pengerusi Bersih itu bersetuju dengannya dan tunduk kepada hujah-hujah yang diberikan.

3 juta pengundi yang mengundi di kawasan yang tidak sama dengan alamat kad pengenalan? Benar. Sebabnya ialah para pengundi itu telah berpindah dan tinggal di luar kawasan asal mereka daftar mengundi. Itu tidak pelik dan perkara biasa.

Saya sendiri begitu. Alamat kad pengenalan saya beralamat di Kuala Lumpur, tempat tinggal saya sekarang. Tapi, saya ketika mendaftar sebagai pengundi dulu, saya membuat keputusan untuk mengundi di Alor Setar. Itu tidak salah kerana ketika saya daftar mengundi, saya masih tinggal di sana.

Saya boleh meminta untuk dipindahkan tempat mengundi di Kuala Lumpur. Tapi saya tak mahu buat begitu kerana saya memang berasal dari Kedah. Saya meletakkan ketetapan 1 undi untuk BN di tempat asal saya, salahkah? Itu hak saya untuk menentukan kawasan untuk mengundi.

Mengenai 42,000 pengundi yang diragui SPR, KJ menjelaskan tentang asal usul jumlah tersebut dan tindakan susulan SPR mengenainya. Tahun lalu, SPR menyerahkan nama 12.5 juta pengundi berdaftar kepada JPN untuk disemak identiti mereka.

Setelah ditapis JPN maka terkeluarlah kes 42,000 pengundi yang tidak dapat dikesan itu. Selama 3 bulan nama mereka dipamerkan untuk perhatian. Seramai 1,248 orang dari senarai itu tampil mengaku masih hidup dan JPN serta SPR masih mengesan status bakinya.

Kalau ikut Ambiga, dia nak padam terus nama-nama itu dari senarai pengundi. Katanya tak boleh dibiarkan dan akta membenarkan nama-nama itu dipadam., sekali gus menafikan hak mereka untuk mengundi.

Bayangkan apakah akan terjadi kalau SPR ikut kehendak Ambiga dan 1,248 itu muncul. Sudah tentu pembangkang akan kata 1,248 pengundi itu sebagai mangsa taktik kotor SPR dan kerajaan!  Pembangkang memang terkenal dengan suka mereka-reka cerita palsu!

Mengenai undi pos, KJ menegaskan bahawa SPR sedang berusaha untuk memastikan mereka berpeluang untuk mengundi. Tapi, rakyat Malaysia di luar negara bukanlah 10 orang, tapi lebih dari 100,000 orang.

Jadi, ia memerlukan masa dan sistem logistik yang terperinci untuk tujuan itu. Tapi Ambiga degil. Mungkin dia fikir hari ini dia minta, hari ini juga ditunaikan SPR. Rasanya, Ambiga sendiri tak mampu buat begitu.

Memang benar SPR tersalah meletakkan status gender kepada 15,000 pengundi. Tapi, sudah dijelaskan bahawa sistem komputer SPR ketika itu gagal memproses kod khas gender pada nombor kad pengenalan. Ia merupakan masalah biasa untuk sistem komputer.

KJ juga menjelaskan bahawa pegawai pembantunya sendiri mengalami masalah di”Binti”kan di dalam kad pengenalan sebelum ini. Namun selepas dia memaklumkan kepada JPN, “Binti” itu telah diperbetulkan kembali kepada ‘Bin” dan masalah tersebut selesai. JPN sedang cuba mengesan mereka yang terlibat dengan kesilapan gender tersebut.

Bagaimanapun, Ambiga berkeras enggan juga menerima penjelasan tersebut. Dia tetap menuduh SPR sebagai tidak boleh dipercayai dan meminta mereka meletak jawatan berulang-ulang kali.

Ia membuatkan KJ menguji emosi Ambiga dengan meminta komitmen Ambiga untuk memperbaiki sistem pilihanraya. Katanya, kalau Ambiga terus bersikap negatif dan cepat menghukum serta memburuk-burukkan rakyat, sudah tentu masalah tersebut tidak akan selesai.

KJ menawarkan kepada Ambiga untuk membawanya berjumpa dengan SPR dan ahli-ahli Parlimen untuk membincangkan hal tuntutan tersebut. Pada mulanya Ambiga berdegil, enggan menerima tawaran KJ dan hanya bersedia bertemu ahli Parlimen.

Namun setelah KJ meng’ayat power’ Ambiga, akhirnya Ambiga tunduk terkulai dan bersetuju dengan tawaran tersebut. Ambiga tewas…

Pada saya, persetujuan Ambiga untuk bertemu SPR dan ahli Parlimen adalah kerana dia “malu” pada orang ramai yang hadir. Jika dia degil tak mahu bertemu SPR, maka dia akan dicop sebagai tidak memberikan kerjasama dan tak mahu melihat sistem pilihanraya yang lebih baik.

Tapi kalau dia terima pelawaan KJ, maka dia telah bertindak ‘menelan ludahnya sendiri’ kerana pertemuan dengan SPR itu nanti bakal menandakan bahawa sememangnya Ambiga mengiktiraf agensi bebas itu. Jelas, Ambiga tewas sekali lagi…

GEMPARRR TERKINI..!!! PEMIMPIN TERTINGGI DAP BANTAH HIMPUNAN BERSHIT..!!!

Mungkin tidak siapa menyangka ada seorang pemimpin tertinggi DAP yang membantah Bershit 3.0 pada Sabtu ini. Namun kepahitan ini perlu puak-puak pembangkang telan apabila Naib Pengerusi DAP membangkang agenda busuk Pakatan Haram itu..!!!

Aku tak mahu cakap banyak. Sila baca berita di bawah..!!!
Seorang ahli Dewan Negara mewakili pembangkang menggemparkan sesi persidangan dewan apabila secara terbuka membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketika bangun membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian beliau terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

“Pada prinsipnya demonstrasi jalanan saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja dan tinggal di banyak negara, semua demonstrasi kononnya mula dengan aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi perang.

“Saya secara rekodnya, saya bantah, tak sokong bersih,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, beliau menjelaskan bantahan itu adalah atas dasar pengalaman peribadinya apabila melihat banyak demonstrasi aman bertukar ganas.

“Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur dan individu terlibat tidak akan berada di sana. Siapa yang akan menjaga mereka yang terkorban dan mengalami kecederaan?

“Matlamatnya adalah untuk menyalahkan pihak berkuasa dan ini adalah tidak adil,” tegasnya.

Beliau kemudiannya menempelak segelintir ahli Parlimen yang akan menyertai demonstrasi itu kerana hanya menggalakkan masyarakat di negara ini melanggar undang-undang.

“Jika ada undang-undang yang tidak baik, kita ada saluran lain seperti Parlimen. Jangan langgar undang-undang. Kita hanya menggalakkan orang melanggar undang-undang sedangkan kita sepatutnya menjadi pembuat undang-undang.

“Ini jelas bertentangan sama sekali,” tambahnya. - Klik sini

LAWAK PAGI INI: BINATANG AJAIB YANG BAKAL DIPAMERKA DI DATARAN MERDEKA OLEH BERSHIT 3.0 ESOKKK..!!!

Aku diberitahu bahawa himpunan Bershit 3.0 esok akan mempamerkan seekor binatang ajaib yang bakal mengejutkan ramai pihak.. 

Aku sendiri tak tahu nak klasifikasikan binatang ajaib itu sama ada di dalam keluarga mamalia, reptilia, omnivor, karnivor atau apa? Korang boleh bagi jawapan..?

Cuba tengok gambar kat atas tu. Binatang tu lah...korang tahu apa benda tu?

Thursday, April 26, 2012

PANASSS..!!! NURUL IZZAH BERLAKU SUMBANGGGG..!!!



Nurul Izzah KANTOI lagi, kali ni pendedahan dari blog BLP mendedahkan perangai buruk dan sifat jahat Nurul Izzah cuba memfitnah SPR dengan mendakwa memalsukan senarai pemilih.

Malam semalam lebih kurang jam 11 malam, wartawan BLP menerima panggilan daripada beberapa rakan dari Flat Sri Pahang. 
 
Mereka dalam perjalanan ke Balai Polis Travers untuk membuat laporan polis. Apa yang memeranjatkan ialah mereka membuat laporan polis menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai cuba untuk MENIPU pengundi di Lembah Pantai!
 
Wartawan kami pergi untuk mendapatkan berita yang lebih terperinci namun, mereka meminta agar kami bersabar dan hadir sekali untuk sidang akhbar yang dijadualkan pada pukul 11.30 pagi tadi.

Semua persoalan terjawab apabila Setiausaha BN Lembah Pantai, Y Bhg Dato’ Sazali Kamilan menerangkan bahawa pada hari Isnin 23hb April 2012 pihak beliau telah menerima puluhan panggilan dan ada juga yang datang ke pejabat dengan membawa surat dengan letterhead dan ditandatangani oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai atau diberi nama MP Zombie oleh Penduduk Flat Sri Pahang di sini


Antara lain, kandungan surat ini:

Memulakan dengan menyatakan KERAGUAN terhadap Daftar Pemilih SPR dan mempromosikan Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012

2. Memaklumkan penerima surat samaada mereka a) dibuang dari daftar pemilih, b) dipindahkan ke kawasan Parlimen lain c) disenaraikan sbg pengundi di laman web SPR tetapi tiada dalam daftar pemilih SPR

Justeru – penerima tidak lagi LAYAK mengundi di Lembah Pantai

Namun yang demikian, penerima surat pertama yang disemak oleh Persatuan Penduduk iaitu Encik Kamarudin Bin Dali melalui laman web SPR DAN melalui daftar pemilih SPR menunjukkan beliau masih mengundi di Lembah Pantai, di kawasan yang SAMA seperti sebelum ini.

Lihat gambar dibawah ini menunjukkan nama Kamarudin Bin Dali masih tersenarai sebagai pengundi Lembah Pantai. Mungkin beratus atau mungkin beribu surat yang telah diedarkan oleh Nurul Izzah.


Surat yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah Anwar kepada En Kamarudin


Semakan daftar SPR bertarikh 23 April menunjukkan Kamarudin masih pengundi di Lembah Pantai

Semakan ini telah menaikkan kerisauan penduduk tentang tujuan dan matlamat surat ini dikeluarkan. Ketika ditanya Sdr Kamarudin merayu kepada Nurul Izzah agar menghentikan perbuatan jahat yang mengelirukan rakyat seperti ini. 
 
Ini merupakan satu PENIPUAN dan cubaan MENGELIRUKAN rakyat yang dilakukan oleh PKR dan secara khususnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

BLP boleh merumuskan, TUJUAN DAN MATLAMAT PENIPUAN ini:

Provokasi dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap SPR agar mereka turun beramai-ramai untuk BERSIH 3.0 – ini antara sebab perenggan permulaan surat ini mempromosikan BERSIH 3.0 ini.

Mengelirukan pengundi terutama di kawasan kubu kuat Barisan Nasional agar mereka tidak keluar mengundi(BN menang di Peti Undi Bukit Bangsar walaupun Tsunami melanda di Lembah Pantai)

Menaikkan kemarahan rakyat agar mereka tidak keluar mengundi pada PRU 13 yang akan datang ini. Puluhan surat yang ditunjukkan kepada kami merupakan dari Bangsa Melayu di kubu kuat Barisan Nasional.

Kaedah yang sama telah digunakan oleh Nurul Izzah Anwar ketika pertandingan cabang di Lembah Pantai iaitu dengan mengelirukan penyokong-penyokong lawannya

Akibat dari PENIPUAN YANG TERANG LAGI BERSULUH ini dan memandangkan ini bukan kali pertama ahli politik PKR ini cuba menipu rakyat dengan dakyah yang tidak berasas Nurul Izzah Anwar perlu bertanggungjawab.
 
Menarik balik semua surat tersebut dan menghantar surat memohon maaf kepada setiap penerima surat tersebut serta setiap pengundi di Lembah Pantai dan seterusnya seluruh rakyat Malaysia yang sayang kepada demokrasi, kebenaran dan ketelusan
 
Memohon maaf kepada SPR kerana selama ini menuduh SPR bukan sahaja tanpa asas tetapi sebenarnya beliau sendiri yang mengelirukan rakyat dan mencetus rasa ketidak puas hatian kepada agensi ini

Memohon maaf kepada semua penjawat awam terutama yang bekerja di SPR kerana selama ini menuduh SPR tanpa asas, mengaibkan penjawat awam sebagai dalang penipuan dan pecah amanah tetapi sebenarnya beliau sendiri yang mengelirukan rakyat dan mencetus rasa ketidak puas hatian kepada agensi ini dan kakitangan agensi ini
Memohon maaf kepada penganjur BERSIH kerana akibat penipuan yang dirancang dan dicanang oleh beliau telah mencetuskan kekeliruan dan ketidakpuas hatian segelintir rakyat

Membatalkan perhimpunan BERSIH 3.0 kerana terbukti segala tuduhan yang dilemparkan kepada SPR sebenarnya bertunjangkan penipuan dan KEPENTINGAN POLITIK JUMUD Pakatan Rakyat semata-mata. 

Meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR kerana telah didapati menipu rakyat di dalam kawasan beliau sendiri, menidakkan hak demokrasi rakyat dengan penipuan, demi kepentingan politik.

Ini merupakan PENYELEWENGAN proses DEMOKRASI secara terbuka yang tidak dapat dimaafkan. PKR telah cuba untuk memanupulasi hak dan suara rakyat dengan penipuan. Nurul Izzah Anwar HARUS BERTANGGUNGJAWAB terhadap tindakan beliau menghancurkan proses demokrasi yang kita perjuangkan selama ini!

Ikuti lagi pendedahan penuh emosi seorang lagi pengundi yang menceritakan bagaimana Nurul Izzah mempolitikkan arwah isterinya akan datang!

Jika Nurul Izzah Anwar tidak mahu menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan melakukan perkara diatas, BLP akan terus membongkar perbuatan jahat Nurul Izzah Anwar kepada setiap rakyat Malaysia demi KEADILAN dan KETELUSAN!
 
Sumber: Klik sini

Bila Kak Su Bersuara... Heh!