Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 21, 2012

KARANGAN PELAJAR BAHASA MELAYU GRED A+++..MESTI BACA..!!!!!

Kalau korang jadi seorang guru, apa yang korang akan buat kalau dapat karangan macam ni dari anak murid? Heh!

Pada aku, ni kira okay la ni. Kalau nak tau..ada lagi teruk dari ni. Ada budak tingkatan 1, nak tulis nama sendiri dalam bahasa Melayu pun tak reti..!!! 

Aku gelak sakan bila baca karangan budak ni. Serius! Aku gelak kaw-kaw punya. Tapi terdetik di hati aku, berapa ramai lagi bukan Melayu di Malaysia ni yang tak reti guna bahasa kebangsaan...

Kerajaan dah wajibkan BM kat sekolah pun, diorang still tak reti jugak. Nak je aku sarankan kat Kementerian Pelajaran supaya kuatkuasakan balik undang-undang lama...

Sapa yang tak pass BM, tak leh naik darjah atau tingkatan..

Amacam? Setuju? Pada aku, kadang-kadang sistem lama ni lebih baik dan lebih berkesan dari sistem baru. Sistem baru ni aku tengok banyak jugak yang "mengada-ngada"...kan?

Seperkara lagi, aku rasa golongan bukan Melayu perlu serius tentang BM. BM tu bahasa kebangsaan. Rasanya kalau di Indon, dah teruk dah kena hempuk budak nii...kan? 

Heh! Jadi kat Malaysia ni walaupun tak ganas macam di Indon, jangan la pulak ambil kesempatan. Tapi kalau rasa taknak kuasai BM, elok la pegi belajar terus di China. Tak payah balik terus pun lagi bagus...heh!

Friday, April 20, 2012

AARON AZIZ DAN ZED ZAIDI NGABIHKAN BOREH JE KALAU TAKLEH BANTU KES NI..!!!


Baru-baru ni Gomo dan Parpu gaduh pasal Aaron Aziz dan Zed Zaidi. Err..aku tak mau campur hal tu. Cuma..aku nak tanya pada Zed Zaidi dan Aaron Aziz, diorang boleh bantu tak kes BAPA FILEM MELAYU ni?

Kalau takleh bantu...hehehehehe...ngabihkan boreh je la jadi ketua SENIMAN dan BINTANG PALING POPULAR...kan? Heh! Larikkkkkkkkk..!!!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak disita.

Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.
Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.

Tak cukup dengan itu, hari ini kita dimaklumkan yang impian peminat teater muzikal tanahair untuk menyaksikan pementasan P.Ramlee The Musical Season 3 di Istana Budaya juga tidak akan menjadi kenyataan.

Kenyataan rasmi penarikan diri teater muzikal itu dibuat oleh Datin Seri Tiara Jacquelina, Penerbit Eksekutif teater muzikal tersebut yang juga Presiden Enfiniti Vision Media Sdn. Bhd.

“Enfiniti Vision Media ingin memaklumkan bahawa kami tidak dapat mementaskan produksi P. Ramlee The Musical seperti yang dijadualkan pada bulan November ini oleh kerana kami tidak berjaya mendapatkan penajaan yang mencukupi kali ini,” jelas Tiara dalam kenyataannya kepada Gua.com.my.

Tambahnya lagi, “Kami akan mempertimbangkan semula keputusan ini seandainya projek ini mendapat penajaan yang sesuai di masa akan datang, supaya Enfiniti dapat terus melahirkan produksi teater muzikal yang berkualiti untuk peminat seni tanahair.”
Teater muzikal yang diangkat dari perjalanan hidup Seniman Agung itu dekat dengan hati setiap rakyat Malaysia, ikon seni yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Lagu-lagu dan filem-filemnya menyentuh hati dan mengusik perasaan pelbagai bangsa dan kecemerlangan serta geniusnya P.Ramlee terus diraikan sehingga ke hari ini.

Teater muzikal yang memenangi 6 trofi di Anugerah Kesenian BOH Cameronian ke 6 pada tahun 2007 itu diterbitkan dengan objektif untuk mendekatkan lagi rakyat Malaysia dengan kisah hidup dan cabaran yang telah ditempuh oleh P.Ramlee, ini termasuk menceritakan semula kisah-kisah lampau zaman kegemilangannya serta era kejatuhannya di arena perfileman tempatan.
Legasi yang ditinggalkan seniman legenda itu perlu disuburkan lagi untuk dinikmati generasi yang akan datang. Dibintangi oleh Sean Ghazi, Liza Hanim, Atilia, Melissa Saila dan Dato’ Siti Nurhaliza, P.Ramlee The Musical telah dipentaskan sebanyak dua kali di Kuala Lumpur dan sekali di Singapura dan ditonton lebih 60,000 peminat pelbagai bangsa dan peringkat usia.

P.Ramlee The Musical Season 3 dijadual akan dipentaskan pada 1 hingga 18 November di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Apalah malangnya nasib insan yang ‘kononnya’ digelar Seniman Agung tetapi hakikatnya ia seolah-olah tidak memberi sebarang makna.

Banyak rakan seangkatan P Ramlee termasuk peminat setianya tahu, P. Ramlee dipenghujung usianya, banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan.

Ada hajatnya yang tidak kesampaian termasuk untuk menjadi produser, untuk menyiapkan beberapa filem yang skripnya sudah ada seperti Hidayah, Air Mata Di Kuala Lumpur dan Seniwati.

P. Ramlee juga mengimpikan untuk melihat pawagamnya sendiri tetapi juga tidak berkesempatan.

Bahkan dikatakan punca kematian beliau juga disebabkan salah satunya terlalu runsing dengan kes hutang yang bakal dihadapinya di mahkamah.
Dan nampaknya kisah sedih arwah tidak berhenti di situ, kini ia ‘melekat’ pula pada anak, menantu dan cucunya.

Inilah nasib arwah yang kita gelarkan Seniman Agung itu.
Bersamalah kita sedekah Al-Fatihah buatnya, semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat.

GEMPARRR DI KEDAH..!!! ADUN PAS JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN GADIS JELITA DI MIDA..??!!!


Pada ketika Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh dengan penuh yakin menolak untuk dilantik semula ke jawatan Exco, Amiruddin Hamzah tiba-tiba menggemparkan kem Anwarinas dan PARASIT PAS Kedah apabila bercerita tentang betapa 'hormatnya' dia kepada Azizan Abdul Razak, sekalipun dia cukup dikenali sebagai penyembah Anwar Ibrahim yang sangat tegar.

Pujian dan menjadi orang terawal untuk menerima tawaran sebagai Exco membolehkan Amiruddin dilihat sebagai orang yang boleh dipercayai. Sekaligus membolehkan tanggapan negatif terhadapnya dikurangkan.

Dengan menjadikan Phahrolrazi Zawawi sebagai 'penjahat' dalam PAS Kedah dan pentadbiran negeri, Amiruddin mendapat tempat utama di sisi Azizan Abdul Razak.

'Pengorbanan' yang dilakukan oleh Amiruddin akhirnya berbaloi apabila dia masih berjaya mengekalkan jawatannya walaupun DRAMA PAS KUALA KEDAH turut menjadikan Amiruddin Hamzah sebagai salah seorang daripada pelakon yang amat hebat.

Drama 'tendang-terajang' kemudian tidak mengiktiraf dan kemarahan terhadap Amiruddin kononnya telah melanggar taat setia kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah di mana Amiruddin sendiri adalah Naib Yang Dipertua Kawasan yang sama.

Sebenarnya gelagat yang ditunjukkan oleh Amiruddin sudah dapat dijangka. Amiruddin yang mempunyai masalah moral, terutama yang membabitkan isteri kedua

nya, menggelapkan masa hadapannya jikalau PAS terus berkuasa di Kedah.

Amiruddin memerlukan sokongan yang sangat besar terutama daripada Azizan Abdul Razak yang diketahui mempunyai kekuatannya sendiri di Kedah.

Benarkah Amiruddin Hamzah 'ular air'?

Itu persoalan yang sangat menarik untuk dikupas. 'Ular air' sangat banyak dalam PAS. Sama ada 'ular air' itu berbentuk atau berjenama ulama mahupun profesional.

Amiruddin mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Anwar Ibrahim. Amiruddin selagi boleh cuba menafikan yang dia adalah Erdogan atau Anwarinas.

Apabila ditanya soalan kepadanya, jawapan standard yang diberikan oleh Amiruddin ialah, 'Semua orang kata saya Anwarinas atau Erdogan. Kemudian bila saya sokong Ustaz Azizan, orang kata saya ulama pula.'

Itu adalah jawapan standardnya. Walaupun dalam beberapa perkara, memang jelas keerdogan dan keanwarinasnya, Amiruddin selagi boleh cuba memisahkan diri daripada label berkenaan.

Namun berada dalam kem Anwar Ibrahim sebenarnya memberi ruang serta peluang yang sangat besar kepada mana-mana pemimpin PAS terutama yang sedang berhadapan dengan masalah moral yang sangat serius.

Amiruddin Hamzah tidak sebaik air mukanya. Amiruddin Hamzah mempunyai pelbagai masalah termasuklah masalah hubungan sulitnya dengan seorang wanita yang merupakan kakitangan MIDA.

Sekurang-kurangnya itulah yang didakwa ke atasnya dan Amiruddin tidak pernah mampu dapat menjawab apatah lagi menafikan label Anwarinas yang diberikan kepadanya.

Amiruddin tidak mampu membuat penafian kerana kalau dia menafikan, bererti dia akan menutup peluang yang disediakan oleh kumpulan Anwar Ibrahim kepadanya.

Dia tidak mampu mengakui kerana kalau dia berbuat begitu bererti, dia sengaja mencari masalah dengan kumpulan Azizan Abdul Razak yang masih menguasai pentadbiran negeri.

Jadi, kaedah terbijak yang dilakukan oleh Amiruddin adalah dengan menjadi ULAR AIR.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila sehari selepas Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan memberi amaran kepada Azizan Abdul Razak tentang tuntutan kerusi-kerusi DUN yang bakal ditandingi oleh PKR, Amiruddin bersama-sama Anwar Ibrahim berceramah di Bandar Baru dan Kulim.

Bagaimanapun, Amiruddin mengambil pendekatan yang 'terlebih bijak' apabila tidak duduk bersebelahan dengan Anwar Ibrahim sebaliknya berada di tempat yang berasingan walaupun di atas satu pentas.

Secara tidak langsung, Amiruddin telah berjaya 'memperdayakan' Azizan Abdul Razak dengan perangai ular airnya. Dengan kata lain, Azizan Abdul Razak tetap tidak akan selamat apabila di sekelilingnya terdapat banyak musuh.

Pada masa yang sama juga, PAS Kedah tidak akan berhenti bergolak biarpun Azizan Abdul Razak cuba menenangkan keadaan dengan berkata, musuh terus cuba mengocak keruh sedangkan perkara telah selesai.

Selesai atau tidak selesai, ianya akan dapat dilihat pada hari-hari terakhir pentadbiran PAS Kedah sebelum Pilihanraya Umum Ke-13.

Sumber: Kedahan69ers

*Kat atas tu sekadar gambar hiasan jer..

BIAR BETUL..??? T.I.B.A.I JADIKAN "MURSYIDUL AM" SEBAGAI JAWATAN TERTINGGI..???


Lewat malam semalam, saya mendapat maklumat yang agak mengejutkan mengenai TIBAI, sebuah NGO yang disingkatkan dari "Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim" yang diketuai oleh bekas orang kuat Anwar iaitu Zahid Mat Arip.

Apa yang mengejutkan???

Menurut sumber saya, TIBAI mempunyai satu jawatan tertinggi sebagai penasihat NGO itu yang bergelar "MURSYIDUL AM TIBAI"! Bagaimanapun, saya tidak tahu siapa yang menjawat jawatan tersebut di dalam NGO itu...

Saya sebenarnya agak ragu dengan sumber ini. Boleh sesiapa sahkan maklumat ini? Tengkiuuuu...heh!

Thursday, April 19, 2012

PANASSS..!!! AZIZAN ANGGAP RUMAH ALLAH CACATKAN PROJEK "AZIZAN'S ORCHARD ROAD"..??!!!

Semalam adalah hari yang sangat mendukacitakan bagi seluruh ummah yang cintakan Islam di negara ini, khususnya umat Islam di Kedah. Apa tidaknya apabila Kerajaan PAS Kedah meletakkan harga sebuah ‘rumah Allah’ pada harga RM1.4 juta.

Mungkin itu saja harganya sebuah musolla berbanding harga sebuah komplek komersial pusat membeli belah yang direncanakan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Semalam, MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak memaksa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk mencari tapak baru bagi mengganti Madrasah Salihiyyah yang sudah bertapak di tengah bandaraya Alor Setar sejak lebih 100 tahun lalu.

Menurut Azizan, Kerajaan ‘miliknya’ sudah memberikan imbuhan sebanyak RM1.4 juta itu sebagai pampasan ganti rugi tanah wakaf dan robohnya musolla tersebut. Malah tapak madrasah tersebut akan dijadikan kawasan komersial seperti Orchard Road di Singapura!

Nampaknya MB Kedah itu benar-benar mencari kemarahan umat Islam di sekitar kawasan tersebut. Setahu saya, kawasan itu merupakan kawasan DUN Bakar Bata yang diwakili oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Bashah Mohd Hanipah.

Mungkin tindakan Azizan itu sengaja dilakukan untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada Datuk Bashah. Dan mungkin Azizan mahu rakyat marah pada Datuk Bashah seolah-olah kononnya beliau mempertahankan madrasah tersebut yang terletak di dalam kawasannya.

Wajarkah Datuk Bashah dipersalahkan sedangkan beliau sudah mempertahan, membantah dan membawa permasalahan madarasah tersebut hingga ke sidang DUN Kedah dan peringkat Istana?

Khabarnya, UMNO Kedah telah menyediakan laporan penuh dan membawa masalah berkenaan ke pihak Istana kerana kita sedar bahawa segala soal mengenai hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa DYMM Sultan Kedah. Jadi, UMNO atau Datuk Bashah tidak wajar dipersalahkan.

Persoalannya, mengapa Azizan memilih untuk jadikan kawasan itu seperti ‘Ochard Road’ di Singapura? Tidak ada kawasan lainkah yang lebih sesuai dijadikan ‘Ochard Road’? Apakah ‘Orchard Road Azizan’ itu akan kotor dan cacat sekiranya Madrasah Salihiyyah di sebelahnya?

Pada saya, sekiranya ‘Orchard Road Azizan’ itu dihiasi dengan Madrasah Salihiyyah, ia akan lebih mengimarahkan musolla bersejarah tersebut. Sudah tentu selepas membeli belah di “Orchard Road Azizan’ maka umat Islam boleh bersolat di madrasah itu, bukan?

Jadi, apa perlunya madrasah itu dirobohkan?

Sudah tentu ada ‘udang di sebalik batu’. Khabar angin yang bertiup kencang di kalangan puak-puak Phahrolrazi di Kuala Kedah memberitahu bahawa ada pihak yang ‘masyukkkk’berhubung projek kompleks Aman Central itu.

Sejauh mana kebenaran juak-juak Phahrolrazi itu? Hanya Azizan dan kroni-kroninya saja yang tahu…

TERLALU KAYA..!!! MAHLIGAI ISTANA DI KULIM INI MILIK SIAPA AGAKNYA..???

Pintu gerbang mahligai milik siapakah ini...
Ini bukan tahap mahligai lagi dah...ini sudah tahap istana.!!!
Agak-agak ni rumah sapa? Okay..saya bagi clues...

Tuan istana ni bekas pemimpin UMNO Kulim. Dia dulu orang kuat Anwar dan Pak Lah. Dia baru dapat kontrak ratusan juta dari anak syarikat Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor. Khabarnya hasil bantuan dari Anwar Berahim...

Tuan istana ni suka pakai bow tie. Dia ni memang itam warna kulitnya. Dah la itammm..dia sapu pulak bedak botol Kutikura tu banyak-banyak...sampai naik kelabu mukanya. Dah tu rambutnya kaler merah pulak tuuu..! Err..dengar kata rambut palsu...betoi ka? Heh!

Dah dapat teka sapa? Heheheheeeee....jangan marah nooo... Saya bagi clues sahaja....Muahahahaa..!!!

PANASSS..!!! BUKTI PENERANGAN PAS KEDAH KECUT TELOQ DI MAKI PENYOKONG PAS SENDIRI..!!!

Hangpa kenai dak dengan Zulkifli Yahya? Dia ni boss besaq Penerangan PAS Kedah. Selain menulis di Warta Kedah, dia juga menulis di Harakahdaily yang selalu kantoi menipu tu. Dia juga menulis di blog Kedah La, Kedah La Nie dan beberapa blog PAS Kedah yang lain...

Maknanya, dia ni kira Boss Cybertroopers PAS Kedah la kot noooo..! Hebat tak? Heh!

Tapi, ada sekali tu dia hentam MB Selangor, Khalid "gagap". Heh! Teruk jugak dia kena hentam balik. Yang hentam dia tu pulak puak-puak PAS dan Pakatan Haram jugak! Heh!

Memalukan, dia tak menjawab langsung! Teruk betoi laaaa..!!! Selama ni dia dok tulis sana sini, vokal betoi! Tapi bila kena hentam sikit kat FB...langsung tak menjawab..bisu terusss..!

Saya agak la, mungkin tak berani jawab direct, dia call kawan-kawan dia tolong back up dia kat wall FB dia tu..heh! Tarak teloq betoi..!!! Heh! Hilang terus "vokal" dia tu...

Tak caya? Sila tengok screenshot FB dia yang aku petik dari blog member saya ni, Media Kedah, milik Pisau Kedah....


GEMPARRR..!!! PAS BALING LONDEH KEBURUKAN TAIB AZAMUDDIN..???!!!


Masih ingat lagi Ustaz Taib Azamuddin, Ahli Parlimen Baling? Dia pemimpin PAS dan merupakan bekas imam Maskid Negara. Alaaa..yang sorang engineer mengaku depan dia telah diliwat Anwar Berahim tu. Untuk rekod, rujuk video di bawah...

Tapi entry ni bukan pasal video kat atas tu. Kali ni rakan aku di Baling menceritakan tentang puak-puak PAS Baling yang melondehkan Ustaz Taib Azamuddin..!!! Klik di sini untuk cerita dari Kamera Kupang...

Amboiii...teruk sangat hangpa balun Ustaz Taib ni.. Awat? Dia tak perform keee? Ooooo..dia dia dok buat duit masa jadi YB Baling? Dia buat program dan projek pakai duit orang, tapi dia ambik credit atas nama dia? Tu diaaaaa.....lagu tu ka?

Semua ni bukan aku yang kata. Semua ni puak-puak PAS Baling yang kata. Tak caya..cuba tengok bukti kat bawahhhh...


PESERTA DEMO MATI DEPAN JPM, ITU PUN NAK SALAHKAN KERAJAAN JUGAK..???

zainudin_rebah
Belum terlambat rasanya saya mengucapkan rasa takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Nordin Ahmad Bakri, seorang peneroka yang diperalatkan oleh puak-puak pembangkang untuk berdemo di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Allahyarham Mohd Nordin meninggal dunia dipercayai kerana serangan jantung yang dihadapinya ketika menyertai demo yang dipercayai didalangi oleh puak-puak pembangkang. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan diringankan dari seksaan kubur…Amin.

Namun, lebih menyedihkan lagi ialah mengenai dalang disebalik kematian Allahyarham tersebut iaitu ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari PAS yang tidak mengambil iktibar dan hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Amat memalukan sekali apabila wakil rakyat PAS ini menyalahkan beberapa pihak atas kematian Allahyarham Mohd Nordin, khususnya pihak pengurusan Hospital Putrajaya, JPM dan kakitangan awam di Kompleks Kerajaan Pusat di Putrajaya.

Taufek menyalahkan Hospital Putrajaya kerana didakwa lewat tiba di lokasi mereka berdemo yang khabarnya hanya sejauh 4.3 km.

Taufek juga menyalahkan JPM yang katanya tidak dilengkapi pasukan paramedik untuk tujuan kecemasan seperti yang berlaku terhadap Allahyarham.

Dan Taufek juga menyalahkan kakitangan awam di Putrajaya yang kononnya tidak diberi latihan menghadapi saat kecemasan dan tidak mampu menolong Allahyarham.

Tiga perkara yang dinyatakan Taufek dalam cubaannya mempolitikkan kematian Allahyarham Mohd Nordin itu. Dah tak ada kerja lain nak buat?

Tidakkah Taufek sedar bahawa ajal maut itu ditangan Allah dan sudah ditetapkan sejak ruh setiap manusia itu berada di “lauhul mahfuz” lagi?

Sekiranya tiba ajal seseorang anak Adam itu, nescaya Izrail AS tidak akan menangguhkan saat kematian setiap hamba Allah itu walau sedetik sekali pun. Ustaz di sekolah Taufek belajar dulu tidak ajarkah perkara ini?

Jadi, tidak kira sama ada Hospital Putrajaya berada di depan mata Allahyarham sekalipun, Izrail akan tetap mengambil nyawanya sebagaimana yang diperintahkan Allah. Taufek beriman atau tidak kepada ketentuan Allah itu? Janganlah nak disalahkan pihak hospital pula…

Begitu juga dengan kelengkapan paramedik dan kakitangan awam terlatih di kompleks kerajaan atau JPM tersebut. Isu itu tidak timbul sama sekali.

Walaupun kerajaan meletakkan 100 orang doktor pakar sekali pun di setiap bangunan kerajaan untuk menunggu kes kecemasan, jika ajalnya sudah sampai, ruh Allahyarham Nordin akan dipisahkan jua dari jasadnya.

Walaupun semua kakitangan awam dilatih sehingga setaraf dengan doktor pakar sekalipun, jika Allah sudah tetapkan ajal hambanya yang bernama Mohd Nordin Ahmad Bakri, insyaAllah, nyawanya tetap akan kembali kepada Pencipta.

Sebenarnya, saya hanya terkilan mengenai lokasi dan keadaan Allayarham meninggal dunia. Dia meninggal dunia ketika menyertai demonstrasi yang dipercayai bermotif dan berkepentingan politik jijik pembangkang!

Sumber: Klik Sini

Wednesday, April 18, 2012

GEMPARRR..!!! HARTA-HARTA POK NIK AJIZ DI DALAM DAN DI LUAR NEGERI..!!!

Tu diaaaa...!!! Harta-harta Pok Nik Ajis di dalam dan di luar negeri terbongkarrr..!!! Tu baru yang zahir di depan mata. Yang tak dizahirkan dan dirahsiakan dari pengetahuan awam bagaimana pulak?

Cuba check tengok saudara mara dia...kroni-kroni dia..orang-orang kanan dia..heh! Khabarnya kaya-kaya belaka..!!! Rumah besarrr...motokar besar...bini pun makin bertambah ramaiiii..!

Dan cuba tengok video kat bawah ni...habih la Pok Nik lepas niiii...heh!

PAS TAK MALU PUNYA NAIB PRESIDEN SEPERTI MAHFOOOZZZ..???

AHLI Parlimen paling bodoh dalam sejarah negara, Mahfuz Omar dilaporkan sangat marah apabila tohmahan jahatnya bahawa kononnya wujud “task force” yang mendaftar warga asing sebagai warganegara tidak dilayan oleh pihak kerajaan.

Khabarnya, dia mengadu kepada Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, untuk bersuara menyokongnya dalam meraih publisiti berkenaan itu tersebut.
Tuan Ibrahim dan Abdul Hadi, mahu atau tidak, terpaksalah buat sedikit kenyataan di Harakah untuk memujuk hati Mahfuz yang lara tidak dilayan itu.

Macam budak-budak pula bila melihat perangai Mahfuz. Dia mendakwa wujud satu kumpulan yang didakwa sebagai “task force” memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk mengundi pada PRU-13. Kononnya ia didalangi oleh beberapa individu.

Dia menyebut beberapa pegawai kerajaan, termasuk nama Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad, sebagai sebahagian dari “task force” tersebut. Peliknya, dia mendakwa sebegitu tanpa sebarang bukti kukuh atau munasabah!

Sepatutnya, dia laporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa, sama ada kepada pihak polis atau pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dia wajib kemukakan bukti kukuh dan dokumen-dokumen yang membuktikan kesahihan dakwaannya.

Kalau dia mengemukakan dakwaan tanpa bukti begitu, siapa yang nak layan?

Lagipun, Datuk Wan Ahmad sendiri sudah menafikan dakwaan Mahfuz itu dan menyifatkannya sebagai satu fitnah karut yang direka-reka untuk memburuk-burukkan pegawai-pegawai dan agensi kerajaan.

Sepatutnya, Mahfuz perlu tahu bahawa tuduhan sebegitu boleh dianggap fitnah dan ia tergolong dari dosa-dosa besar di dalam Islam.

Tuduhan yang goyah dan tidak berasas hanya akan memburuk-burukkan lagi nama PAS yang kononnya memperjuangkan Islam.

Apakah Mahfuz tidak rasa bersalah ekoran fitnah yang dilemparkan terhadap para pegawai kerajaan? 

Hanya kerana mahu dilihat sebagai “hero” atau ahli politik yang hebat, tidak semestinya Mahfuz harus membuat fitnah kepada mereka yang tidak berdosa.

Kini, Mahfuz berjaya mengheret Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim untuk bersubahat di dalam fitnahnya itu. Berbaloikah?

Pada saya, sekiranya benar wujud “task force” sebagaimana yang didakwanya itu, pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), imigresen dan sebagainya sudah tentu akan dapat menghidu isu tersebut. Tak payah diberitahu oleh Mahfuz, Kerajaan sendiri akan ambil tindakan!

Jangan Mahfuz fikir bahawa dia saja yang marah jika status kewarganegaraan diberikan begitu mudah kepada warga asing. Sebagaimana kerajaan mahukan proses pilihanraya yang lebih telus, kerajaan juga tidak sanggup menggadaikan kewarganegaraan dengan sebegitu mudah!

Pada saya, dakwaan Mahfuz ini sewajarnya tak perlu langsung diendahkan oleh mana-mana pihak. Biarkan dia “menyalak” sendiri. Nanti penat dia “menyalak”, tahulah dia berhenti.

Lagipun, membazir masa saja melayan kerenah “orang bodoh”. Biarkan dia bodoh seorang diri dan kita tidak perlu jadi sepertinya. Mungkin hanya PAS saja yang tidak malu memiliki seorang Naib Presiden sebodoh itu kan? 

Sumber: Klik Sini

PANASSS..!!! "PAKAR DEMO" MINTAK TOLONG POLIS KAWAL DEMO..???!!!

SAYA benar-benar terkejut dengan kenyataan berani Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang menyatakan bahasa PAS merupakan “pakar demonstrasi”.

Hebat bukan? Bukan calang-calang bagi satu pihak untuk mengakui kepakarannya dalam sesuatu bidang, apatah lagi bidang demonstrasi!

Menurutnya, PAS sangat berpengalaman dalam menganjur dan mengawal demonstrasi tanpa menyebabkan berlaku sebarang kacau bilau. Satu lagi kenyataan hebat dari “pakar demonstrasi” negara ini.

Bila Nasruddin sudah mengaku sebagai “pakar” berdemo, maka jelaslah bahawa mereka memang sering menganjurkan siri demonstrasi-demonstrasi. Sehebat-hebat Anwar yang berdemo sejak bergelar mahasiswa, hebat lagi PAS dan Nasruddin.

Saya ingin membawa para pembaca mengingati peristiwa Memali. Ia merupakan salah satu demonstrasi PAS di Baling, Kedah. Apabila diminta menyerah kepada pihak berkuasa, para penyokong PAS itu menyerang pihak berkuasa sehingga ada yang terbunuh.

Dek kerana hilang kawalan, mereka nekad menyerang terus pihak berkuasa secara bersemuka dan mengakibatkan nyawa mereka melayang. Hebat benar PAS berdemonstrasi. “Aman” dan “terkawal” sungguh!

Pada siri demonstrasi Bersih 2.0 pada Julai yang lalu, beberapa pemimpin pembangkang termasuk 
PAS telah dilarang untuk memasuki kawasan ibu kota Kuala Lumpur.

Antara yang digazetkan tidak boleh memasuki kawasan bandaraya itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada Himpunan Bersih 2.0 itu juga beribu penyokong PAS membanjiri kawasan bandaraya itu. Meskipun jalanraya di sekitar ibukota ditutup dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa ketika itu, para penyokong PAS yang dikerah hadir tetap menyusup masuk ke kawasan yang ditetapkan Ambiga.

Saya ingin bertanya kepada Nasruddin yang “pakar” mengawal demonstrasi itu, siapakah yang mengawal tingkahlaku Mat Sabu yang membonceng motosikal dan cuba menyusup masuk ke ibukota? Hadi Awang? Nik Aziz? Salahuddin Ayub? Atau Mahfuz Omar?

Sekiranya dia dikawal tingkah lakunya, mengapa sampai dia sendiri terbabas jatuh motosikal ketika cuba lari dari sekatan polis? Sudahlah cuba lari, jatuh pulak tu! Kemudian dia tuduh pula polis langgar dia dengan kenderaan pacuan empat roda.

Padahal, kenderaan pacuan empat roda itu sudah melepasi Mat Sabu dan hanya ada sebuah kereta peronda Waja milik polis di tepinya! Macamana Mat Sabu boleh dakwa dia dilanggar kenderaan pacuan empat roda itu sedangkan rakaman CCTV jelas menunjukkan dia jatuh sendiri!
Kekalutan itu mencerminkan sebuah himpunan “aman” dan “terkawal” di mata Nasruddin?

Bagaimana pula dengan para penyokong PAS yang melakukan provokasi terhadap pihak polis? Polis meminta mereka bersurai dengan baik, tapi puak-puak PAS “pakar demonstrasi” itu memaki hamun dan bersikap melampaui batas pula? Itu namanya “demonstrasi terkawal”?

Nasruddin dalam kenyataan terakhirnya berkata di Harakahdaily, “Beberapa hari sebelum perhimpunan pada 28 April, Pemuda akan bertemu dengan pihak polis meminta mereka menjaga keamanan,”.

Siapa yang “pakar” sebenarnya? Mengapa Nasruddin meminta untuk bertemu pihak polis dan meminta pihak berkuasa itu menjaga keamanan? Tadi dia bersungguh-sungguh menyatakan bahawa PAS pakar demo dan mampu mengawal para peserta demonstrasi.

Jadi, mengapa perlu bantuan polis pula?

Selama ini pihak PDRM terpaksa dikerah dari beberapa negeri bagi menampung kekurangan anggota pasukan keselamatan itu mengawal huru-hara demonstrasi yang dianjurkan PAS dan sekutunya. Tapi anggota polis itu dihina, dimaki, dihamun dan diprovokasi bagai binatang!

Dan sekarang dia minta bantuan polis untuk menjaga keamanan demonstrasi? “Pakar demonstrasi” minta bantuan anggota PDRM?

Mengapa tak kawal sendiri? Bukankah PAS “pakar” mengawal demonstrasi “aman”? Kawallah sendiri..!!!

Sumber: Perak Today

PANASSS 18SX..!!! ARTIS SEPARA BOGEL DI KHALAYAK RAMAI AJAK RAKYAT MENGUNDI..???

Tu diaaaa... nak suruh orang turun mengundi punya pasal, artis seksi ni sanggup separa bogel keliling bandaraya. Perghhhh..!!!

PRU13 dah dekat ni...ada sesapa yang sanggup buat cam tu? Nurul Izzah? Ambiga? Kak Wan? Mak Lampir? Atauuuu...Eli Wong...???!!!
Mungkin terlalu teruja mahu berkempen dan menggesa rakyat keluar mengundi, seorang artis wanita Korea sanggup muncul separa bogel di khalayak ramai dengan hanya mengenakan bikini seksi, bercelana dalam dan bercoli sahaja.

Artis wanita itu, Nancy Lang, menggayakan bikini putih bertulis “LOVE” di bahagian dadanya, berkasut tumit tinggi berwarna merah dan meletakkan patung kucing di bahu kirinya sambil memegang sepanduk bulat tertulis perkataan “Ang”.

Menulis di blognya, Nancylang.com, artis pop Korea itu menjelaskan bahawa perkataan “Ang” membawa maksud comel dan seksi serta membayangkan bahawa ia juga merupakan simbol semangat positif golongan muda negara itu di era yang baru.

Manakala mengenai perkataan “LOVE” berwarna merah yang ditulis dengan gincu bibir di bahagian buah dadanya itu mewakili dirinya yang mahu melihat sebuah dunia yang penuh dengan perasaan kasih sayang, aman dan berjiwa seni.

Selain itu, Nancy melalui kru produksinya, Nancy & Astronaut Production, turut merakam aksinya berbikini di sekitar bandaraya Seoul yang kemudiaanya dimuat naik ke laman Youtube dan menarik lebih dari 65,000 penonton dari seluruh dunia dalam masa beberapa hari.

Menariknya, mungkin disebabkan Nancy bersepara bogel, peratusan mengundi di Korea Selatan meningkat sebanyak 8 peratus kepada 54.3 peratus berbanding pilihanraya umum sebelumnya. - Mynewshub.my

MENYEDIHKAN..!!! BILA SEORANG IBU TERPAKSA MERAYU PADA ANAKNYA...

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar.”

Begitulah doa Mak Tom kepada Allah SWT memohon kepadaNya agar menjauhkan diri anaknya, Azmin Ali dari “cengkaman” manusia laknat yang bernama Anwar Ibrahim. Sebuah doa dari seorang ibu kandung demi seorang anak yang lahir dari rahimnya.

Menurut Mak Tom yang kini berusia 78 tahun itu, beliau begitu seksa menahan sakit ketika mahu melahirkan Timbalan Presiden PKR itu, namun hatinya lebih sakit melihat anaknya sesat meninggalkan dirinya dan keluarga.

Remuknya hati seorang ibu apabila anaknya itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan ibu tua itu dan kali terakhir mereka bersua muka adalah pada Ogos tahun lalu.

Menurut kisahnya, Azmin dahulu merupakan seorang anak lelaki yang sangat baik. Dia menjadi harapan keluarga. Malah Mak Tom begitu berbangga apabila anaknya itu dilantik menjadi pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad suatu ketika dahulu.

Namun, segalanya bagai tidak kena apabila anaknya itu dipinjamkan kepada Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Azmin semakin jauh darinya. Sikap Azmin semakin teruk berubah. Dia semakin kehilangan Azmin.

Mak Tom sering disergah Azmin. Mak Tom sering ditengking Azmin. Hati Mak Tom begitu terguris apabila Azmin sanggup memutuskan tali persaudaraannya dengan anak-anaknya yang lain, darah dagingnya sendiri.

Paling melukakan hati ibu tua itu, Azmin menganggap semua benda yang ada di dalam rumahnya itu bagaikan najis dan perlu disamak sekiranya disentuh. Peristiwa itu berlaku pada Hari Raya tahun lalu. Mak Tom menangis pilu.

Diceritakan bahawa kesabaran Mak Tom sampai ke kemuncaknya ketika itu. Disumpahnya Azmin! Perkara yang tidak pernah dilakukan terhadap mana-mana anaknya.

Namun apakan daya, siapa yang dapat menafikan kasih sayang seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya selama sembilan bulan itu? Mak Tom hanya pasrah berdoa kepada Allah agar menyelamatkan Azmin dari kedurjanaan Anwar.

Mengapa Anwar yang mesti dijauhi Azmin? Mengapa Mak Tom mahu pisahkan Azmin dari Anwar?
Mungkin kerana beliau pasti bahawa angkara Anwarlah maka Azmin rosak begitu. Mungkin Mak Tom yakin kerana Anwarlah maka Azmin sesat begitu. Dan itu sememangnya naluri seorang ibu yang menyayangi anaknya dan mahu melindungi anaknya itu dari “syaitonurrajim”.

Kalau bukan manusia laknat, takkanlah ibu tua itu sanggup berdoa begitu? Kalau bukan “syaitan”, takkanlah Mak Tom mahu Azmin jauhkan diri dari Anwar? Umat Islam digesa untuk menjauhkan diri dari “syaitan” dan mungkin bagi Mak Tom bahawa “iblis” yang merosakkan anaknya itu ialah Anwar.

Persoalannya, mahukah Azmin kembali ke pangkuan keluarganya? Setelah ditaburi kemewahan dan hidup kaya raya di bawah naungan Anwar, mahukah Azmin meninggalkan “gedung emas” duniawi itu?

Sebut apa saja. Wang jutaan ringgit? Rumah bagai istana? Kereta sehebat Ferrari? Kesenangan yang tidak mungkin dapat diberikan oleh Mak Tom? Semuanya kini dimiliki oleh Azmin Ali bersama Anwar.

Meskipun Azmin dikatakan telah merelakan diri menggadai isterinya Shamsidar sebagai habuan nafsu Anwar, Azmin rela demi segala nikmat dunia itu.

Namun, apa yang Azmin tiada ialah kasih sayang dan belaian dari seorang ibu. Dia tandus kepada sentuhan Mak Tom, ibu kandung yang bersabung nyawa melahirkan dirinya. Azmin “miskin” segalanya.

Apalah ertinya hidup apabila kita menderhaka terhadap ibu kita? Apalah ertinya hidup apabila kita tidak diredhai ibu kita? Apalah ertinya segala kemewahan berbanding harga seorang ibu? Apakah Azmin ada terfikir mengenainya? Entahlah..kita doakan saja.

Sumber: Perak Today

KEADAAN TUN M DI WAD HUKM...

Tun M admitted pun masih mampu senyum..Anwar kena sikit je tapi macam dah nak mampus sangat dahhh!!!

Aku dapat tau berita ni lewat semalam. Ayahanda Tun M admitted sebelah pagi, tapi aku baru tau last nite. Beliau admitted dekat sangat dengan kawasan opis aku...

InsyaAllah, jika diizinkan, aku akan meninjau perkembangang Tun M di HUKM hari ni. Tu pun kalau boleh dapat maklumat la dan diizinkan...tapi ye la...beliaukan VVIP.. dah tentu agak payah untuk aku masuk tengok keadaan dia...

Last 2 week aku pun admit jugak. Tengkiu la pada kengkawan yang sudi datang jenguk aku kat wad hari tu...

Semoga Tun M cepat sembuh seperti sedia kala dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT.. Amin...

LAWAK PAGI INI...NALLAKARUPAN TAK TIDUR MALAM KERANA NOTIS SAMAN ANWAR..???!!!

Baru hantar notis saman pun dah tak boleh tidur malam??? Pejuang apa lagu niii...???

Siapa yang tak boleh tidur malam? Anwar atau Nalla? Aik? Dia yang hantar notis saman, tapi dia yang tak boleh tidur malam? Kak Wan tak boleh "tidur"kan Anwar ke..?

Heh! Aku rasa tu semua helah nak keluar cari China Doll la tu... 

Dulu ada Nalla dengan Eskay yang dok makan hati jadi balaci penuhi nafsu serakah dia.. sekarang ni sapa pulak jadi balaci dia? Azmin kot? Err...Shamsidar ada? Heh!

Tuesday, April 17, 2012

GEMPARRR..!!! RAKYAT TAK MARAH PEMIMPIN PEMBANGKANG HINA SULTAN..?

pembangkang kurang ajar
Pada 11 April lalu, DYMM Al-Mu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum As-Sultan Badlishah telah ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Sebagaimana kebiasaan, upacara pertabalan tersebut diadakan dengan penuh adat istiadat DiRaja melambangkan kebesaran Raja-Raja Kesultanan Melayu dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Malangnya, dilaporkan oleh seorang doktor yang bertugas ketika upacara pertabalan tersebut, Dr. Abdul Rahman Kadir, bahawa beberapa pemimpin pembangkang memperlekeh, mempermain-mainkan dan mengejek DYMM Raja-Raja dan Sultan Melayu yang hadir di majlis tersebut.

Antara yang terlibat menderhaka dan mempersenda Raja-Raja dan Sultan Melayu tersebut ialah Azmin Ali, Tian Chua, Dr. Mariah, Nurul Izzah, Khalid Samad dan Loh Gwo Burne yang duduk berkelompok di dalam dewan…

Siapa pula yang dipermainkan?

Antaranya ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Perak, Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan beberapa DYMM-DYMM yang lain. Sila rujuk di sini untuk maklumat dan laporan tersebut.

Sebenarnya saya tertanya-tanya kalau secara berdepan di majlis Raja-Raja dan Sultan Melayu pun mereka mempersendakan DYMM-DYMM Raja dan Sultan yang menaungi negara dan negeri, bagaimana pula sikap mereka di belakang? Tentunya lebih teruk…

Saya tertanya-tanya, apakah mereka tidak sedar bahawa institusi Raja-Raja Melayu itulah yang melantik ahli-ahli politik pembangkang di negeri masing-masing sebagai ADUN dan Ahli Parlimen di Parlimen?

Apakah mereka hilang rasa hormat terhadap institusi DiRaja sehingga sanggup berkelakuan biadap dan derhaka terhadap para penaung tertinggi rakyat itu?

Dan apakah rakyat di negara ini tidak kisah dengan sikap kurang ajar dengan para pemimpin politik Pakatan Haram itu? Tidak marah?

Terus terang saya katakan, saya bukan berniat untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap para pemimpin Pakatan Haram bila menulis tentang isu ini.

Namun sebagai rakyat di bawah naungan DYMM-DYMM Raja dan Sultan-Sultan Melayu, saya memang sangat marah dengan sikap para pemimpin Pakatan Haram itu. Memang saya sangat marah!

Mungkin secara peribadi saya boleh menerima sindiran dan tindakan para pemimpin pembangkang yang mempermaikan para pemimpin Kerajaan BN di majlis itu. Maklumlah, mereka memang seteru politik utama BN.

Walaupun marah, saya masih boleh terima perangai kebudak-budakan mereka itu. Tapi bila mereka buat begitu kepada institusi DiRaja, saya langsung tak boleh terima! Pantang Melayu dan rakyat Malaysia derhaka serta biadap terhadap DYMM Raja dan Sultan Melayu!

Sikap para pemimpin Pakatan Haram itu jelas menunjukkan betapa mereka tidak menghormati institusi DiRaja yang menjadi benteng kedaulatan negara. Mereka benar-benar biadap dan harus diberikan hukuman sebagai pengajaran.

Saya percaya, sekiranya perlakuan ini dilakukan ketika di zaman Kesulatanan Melayu Melaka, nescaya mereka ini semua akan dihukum bunuh!

Tapi memandangkan kita tidak lagi mengamalkan sistem dahulu kala dan hidup mengikut perlembangaan sedia ada yang semakin terbuka, saya pasti ada hukuman yang sesuai untuk penderhaka-penderhaka tersebut…

Ini bukan soal politik. Ini soal rukunegara. Ini soal Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara! Ini soal Kesopanan dan Kesusilaan! Inikah sikap para pemimpin pembangkang kepada institusi DiRaja negara ini?

Saya percaya, sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, nescaya negara ini akan dijadikan sebuah negara republik seperti di Singapura.

Tidak mustahil institusi Raja-Raja dan Kesultanan Melayu di negara ini hanya akan tinggal sejarah di dalam buku teks di sekolah-sekolah. Itu pun jika Lim Kit Siang dan Karpal arahkan ia dimasukkan ke dalam silibus…

Persoalannya, sanggupkah kita membiarkan kebiadapan dan sikap kurang ajar para pemimpin pembangkang ini begitu saja? Jika benar sanggup menyokong penderhakaan pembangkang terhadap Raja dan Sultan-Sultan Melayu, sila undi pembangkang pada PRU ke-13 nanti…

Sumber: Mykmu.net

JAWAPAN DUKE UNTUK PESERTA KONVENSYEN MEDIA SOSIAL KEDAH BERNAMA "MAYA"...

Saya dapat komen dari seorang pelajar yang saya kira seorang mahasiswi yang menyalahkan saya menggunakan ungkapan "Pakatan Haram" ketika merujuk kepada pakatan di antara PAS, PKR dan DAP...

Berikut adalah komen mahasiswi yang dikenali sebagai "Maya" yang hadir di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah...
disini sy ingin mempertekankan..dari ceramah td kita perlu sedar jgn mengata kat orang..tp dalam blog ni encik or cik have said that "nak rebut kembali drpd Pakatan Haram"so, that show ur bad personality..do u take the good thing from what ustaz said...u must realize that "mengumpat o menggelar org dgn bhsa yg kesat juga salah...(cntoh sperti ddlam ceramah ada memanggil anuar ibrahin dgn pngglan "si anu" memanggil seseorng dgn bhsa yg tidak baik adalah berdosa...adalah berdosa..tnjukan lah teladan yg baik...teguran yg baik harus diteladani dan di ambil iktibar...perhati kata-kata yg dilontar sebelum berkata-kata kerana ianya bekal menjadi salah satu punca tidak mendapat pahala...matlamat tidak menghalalkan cara..-MAYA
Baiklah. Saya setuju dengan kata-kata Maya untuk berhemah ketika menulis. InsyaAllah saya akan cuba bertransformasi...

Namun pada saya adalah tidak adil untuk menyalahkan saya menggunakan ungkapan PAKATAN HARAM. Pada saya, ungkapan tersebut memang benar-benar layak untuk pakatan antara PAS, PKR dan DAP...sebab?

Sebabnya, ungkapan "Pakatan Rakyat" tidak pernah didaftarkan secara sah di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Oleh kerana belum lagi didaftarkan secara sah, maka pakatan ketiga-tiga parti itu jelas tidak sah dan merupakan sebuah pakatan yang haram secara literally.

Jadi pada saya, tidak salah untuk saya menggunakan ungkapan tersebut selagi mereka belum didaftarkan secara sah di ROS! Apakah menulis tentang perkara yang benar begitu membolehkan Maya melabelkan saya sebagai "bad personality?

Bagaimana dengan blogger pro-pembangkang yang terang-terang menabur fitnah setiap hari? Mereka memiliki "bad personality" atau "good personality"? 

Melalui persepsi Maya, saya yang berkata benar dilabel "bad personality" dan blogger pihak pembangkang itu dikatakan "good personality" pulak? Saya tertanya-tanya cara Maya berfikir...

Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada Maya kerana menegur dan saya sedia beri penjelasan atas persoalan yang ditimbulkan. Kalau saya salah, saya sedia meminta maaf. Tapi, sediakah Maya untuk berfikir secara rasional, adil dan terbuka?

Justeru pada saya, saya meminta agar kita perlu berfikir secara lebih matang dalam menentukan masa depan pentadbiran negeri Kedah yang kini mundur ke belakang secara drastik selepas diambil alih oleh PAS dan Pakatan Haram.

Rakyat Kedah, khususnya golongan muda perlu lebih aktif berfikir demi masa depan negeri. Politik pun politiklah. Tapi janganlah perkara yang benar pun dinafikan...kan? Heh!

LAWAK PAGI INI...AMBIGA PUNCA KAK WAN MARAH ANWAR BERAHIM..???

Kesian Anwar...kena marah lagi..! Takkan nak keluar malam jumpa Ambiga pun tak bolehhh..?

Alaaaa...Kak Wan...kejap je..Bagi je la Anwar keluar malam ni.. Bershit 3.0 dah dekat sangat ni...

Pleaseee...alaaaa...please laaa... Heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!