Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 14, 2012

Pengamal Media Sosial Kedah Sedang Berkonvensyen...




Alhamdulillah, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat negeri Kedah sedang berlangsung sekarang di UiTM Merbok...

Buat julung-julung kalinya diadakan di negeri Kedah, saya sangat berbesar hati dengan kehadiran pengamal-pengamal media yang turun dari Kuala Lumpur, khususnya blogger-blogger dan facebookers tersohor.

Penyertaaan dijangka melebihi sasaran awal, lebih dari 1,500 peserta yang datang dari segenap pelosok negeri Kedah, berkumpul bersama membawa satu semangat merampas kembali negeri Kedah dari cengkaman Pakatan Haram...

Doakan agar segalanya berjalan lancar dan membuahkan hasil yang manis...

Kami berjuang demi Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Semoga Allah SWT merahmati perjuangan ini selamanya...insyaAllah...

Dedicated by Duke...

Friday, April 13, 2012

LAWAK PAGI INI...PERADUAN TEKA SIAPA BAPOK "BERGETAH" INI....!!!

Jarang-jarang jugak aku buat peraduan kat blog aku ni... 

Tapi bila tengok gambar kat atas ni..aku teringin pulak nak buat peraduan...

Soalannya...siapakah "drag queen" yang dibulatkan dengan bulatan merah di atas?

Pemenang yang berjaya meneka dengan jawapan yang betul takkan dapat hadiah, tapi dia akan membuktikan bahawa dia memang kenal Anwar sebagai seorang yang "dua alam"! Heh!

Thursday, April 12, 2012

DOAKAN OPERASI KHAS KAMI MALAM NI..!!!

Aku just nak kasi tau malam ni bahawa aku dan beberapa rakan sedang berusaha membongkarkan sesuatu di kawasan di sebelah selatan Kedah. 

Aku tak sure sama ada kami selamat atau tidak malam ini...Kami akan masuk ke kem-kem PAS..!!!

Tapi, kalau kami berjaya dengan misi kami malam ini, aku rasa Azizan akan bertambah pening kepala...that's for sure...

Anyway, doakan keselamatan kami dulu. Berjaya atau tidak, kami akan redah jugak sekarang...

Kalau berhasil, insyaAllah kami akan bongkarkan dalam masa terdekat...gtg now...tunggu..!!!!!

PANASSS..!!! BILA ALTANTUYA MULA BERALIH MENGHANTUI TIDUR ANWAR PULA...

Asalnya, Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku. 

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya. 

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya. 
"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin. Petikan: Mstar Online

Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.
Hantu Altantuya makan "tuan"...
 Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. 

Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain. 

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut. 

 Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja. 

Isu Komisyen RM540 Juta.

Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya. 

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan. 

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan koordinasi misalnya;- 

 i. Penyediaan kemudahan kediaman - kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol. 

 ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol. 

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol. 

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya. 

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol. 

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd. 

Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan. 

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. 

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan. 

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai. 

Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR. - BB

PANASSS 18SX: PAKATAN HARAM ANJUR TARIAN TIANG DI AMPANG? ZURAIDAH "MAK LAMPIR" IBU AYAMNYA?

Satu pendedahan tentang kegiatan tarian tiang di Pandan Perdana telah dilakukan oleh wartawan akhbar KOSMO beberapa minggu yang lepas. Kelab hiburan berkenaan kemudiannya diserbu oleh pihak polis dan penangkapan telah dibuat.

Menariknya, jawapan yang diberikan oleh pihak MPAJ apabila ditanya tentang masalah tersebut sangat mudah, tetapi sangat membodohkan!

Menurut Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, pihaknya tidak tahu menahu atau menerima sebarang laporan daripada masyarakat sekitar tentang kewujudan pusat-pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang turut menyajikan ‘tarian tiang’ bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Dan yang lebih menariknya ialah apabila PRO MPAJ itu mengakui bahawa pihaknya tidak pernah menyerbu mana-mana pusat hiburan yang menyajikan ‘tarian tiang’. (BACA DI SINI)

MPAJ sama seperti PBT yang lain, mempunyai kakitangan yang bertugas sebagai penguatkuasa dan sebagainya. 

Masakan MPAJ langsung tidak ada perancangan untuk mengintai, mengintip dan membuat pemeriksaan secara rambang sebaliknya hanya menunggu laporan daripada orang ramai baru hendak bertindak?

Alangkah mudahnya kerja MPAJ yang mengutip cukai dari setiap premis di seluruh Ampang. Dengan kata lain, mentekedaghah gaji buta sajalah kerjanya kalau tindakan hanyalah berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada orang ramai.

Atau sebenarnya MPAJ sebenarnya sedang cuba melindungi beberapa orang di dalam MPAJ sendiri, khususnya beberapa orang Ahli Majlis yang diketahui terlibat dengan kegiatan jenayah, lintah darat dan pemeras ugut? 

Itulah sebabnya jawapan yang diberikan oleh PRO MPAJ kelihatan amat bodoh dan serba membodohkan.

Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang sehingga kini tidak dapat menjawab mengapa dua orang Ahli Majlis MPAJ yang diketahui sebagai samseng dibawa masuk untuk membentuk kemnya dalam MPAJ. 

Malah tiada seorang pemimpin Pakatan Rakyat di Ampang yang mampu menjawab, mengapa peningkatan kadar jenayah lendir begitu ketara semenjak Ampang berada di bawah pengurusan Pakatan Rakyat, khususnya PKR.

Amat menghairankan, PBT seperti MPAJ yang mempunyai pelbagai akses untuk menghalang kewujudan pusat hiburan seperti yang terdapat di Pandan Perdana itu, kemudiannya memilih untuk memberikan jawapan bodoh, seolah-olah di MPAJ, yang bekerja hanyalah PRO, Pengarah, Yang Dipertua, Pengurus dan kerani!

Masakan MPAJ yang kemaruk benar dengan kenaikan cukai tanah dan cukai pintu, langsung tidak boleh berfikir tentang pusat-pusat hiburan maksiat yang bersepah-sepah di Ampang Jaya? 

Mengapa pula jawapan yang diberikan oleh seorang PRO seperti Norhayati Ahmad lebih menjurus kepada cubaan untuk melindungi kegiatan jenayah lendir yang membabitkan Ahli-Ahli Majlis?

Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! BERITA BURUK UNTUK PENGANUT "AGAMA" PAS PIS PUSSSSY...!!!

Berita buruk untuk seluruh penganut "agama" PAS di seluruh negara. Memang sadis! Bayangkan apabila tembelang mereka yang sudah sekian lama disembunyikan dalam kain, kini bakal pecah!

Bermula dari Terengganu, "auta penganut agama" PAS ini akan dibongkarkan dalam siri-siri kempen selamatkan aqidah ummah anjuran UMNO Terengganu... Heh! 

Kita doakan agar saudara-saudara kita penganut "agama" PAS ini akan kembali dari kesesatan mereka ke jalan yang benar...insyaAllah...
UMNO Terengganu akan memperluaskan wacana ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ ke negeri-negeri lain bagi menyelamatkan akidah umat Islam negara ini. 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, wacana itu juga perlu diperluas hingga ke peringkat kebangsaan bagi memberi pendedahan sebenar kepada orang ramai.
“Matlamat utama wacana ini untuk memberi pendedahan khusus kepada badan-badan tertentu dan orang ramai bahawa perjuangan PAS selama ini setelah diteliti ada perkara-perkara boleh mencelarukan akidah umat Islam.
“Wacana ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ yang diadakan hari ini akan menjadi tapak untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain malah hingga ke peringkat kebangsaan,” katanya selepas mempengerusikan wacana wacana ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ di Taman Tamadun Islam di sini.
Yahya Khatib seterusnya berkata, slogan PAS:Parti Ajaran Sesat akan menjadi satu program yang disusun ke setiap daerah di Terengganu sebelum diteruskan di negeri-negeri lain termasuk Kedah dan Kelantan.
Menurut beliau, UMNO Terengganu mempunyai ramai ilmuan yang mahir tentang agama Islam dan politik Islam yang dapat membantu negeri lain untuk mengadakan program itu.- Mynewshub.my

PANASSS..!!! RONNIE SIMPAN WANITA THAI SEBAGAI HAMBA SEKS..???

Seorang wanita didapati bersalah di mahkamah di sini hari ini selepas menyimpan jurujual kosmetik warga Thailand sebagai hamba seks dan memaksanya melayan lebih 720 pelanggan untuk membayar hutang. 
Watcharaporn Nantahkhum, 45, didapati bersalah di Mahkamah Tinggi atas enam tuduhan perhambaan seks membabitkan perempuan yang diambil untuk bekerja di Australia sebagai pekerja seks pada 2007.
Mangsa yang dirahsiakan identitinya memberitahu mahkamah bahawa pasportnya diambil sebaik tiba dan dipaksa melayan lebih 720 pelanggan dalam tempoh tiga bulan setengah untuk membayar hutang Nantahkhum sebanyak Aus$43,000 (AS$44,000) - AFP
Mungkin perkara ini belum pernah berlaku di negara ini. Anda pasti? Betul-betul pasti tidak pernah berlaku???

Sila jumpa Ronnie "The Don" dan tanya dia. Betul ke dia tak pernah buat benda macam kat atas tu? Katanya dia tu taiko besar kat Lembah Klang lepas Pakatan Haram take over Selangor, betul ke?

Korang rela tengok masa depan Selangor hancur terus? Sila berikan undi pada Pakatan Haram lagi...heh!

BUKTI JELAS..!!! PAKATAN HARAM TINGGAL NYAWA-NYAWA IKAN DI SELANGOR..!!!

Sabtu malam Ahad berlangsung majlis Munajat Perdana Pertahankan Selangor yang dianjurkan oleh Pas Shah Alam di Stadium Malawati.

Majlis bermula jam 7 malam dengan solat maghrib diikuti dengan doa, zikir munajat dan sembahyang isyak. Setelah sembahyang, doa dan zikir munajat, program diteruskan pula dengan siri ceramah fitnah dan tidak lupa juga maki hamun.
 
Apa yang kami ingin kongsikan dengan anda disini adalah tentang sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Apabila penganjur memilih Stadium Malawati sebagai lokasi program, maka sudah tentulah mereka mengharap atau menjangkakan kehadiran orang ramai paling kurang pun mencecah 4-5 ribu orang.

Jika mereka letak sasarkan kehadiran 1-2 ribu orang, maka sudah tentulah mereka akan memilih tempat yang lebih kecil untuk adakan program tersebut.

Apa yang terjadi di Stadium Malawati dua malam lepas sungguh mengejutkan. Walaupun dengan kehadiran pemimpin-pemimpin superstar pembangkang kehadiran orang ramai ke majlis berkenaan sungguh mengecewakan penganjur.

Stadium yang kapisitinya boleh memuatkan 13 ribu orang hanya dihadiri 800 orang ketika majlis munajat berlangsung dan meningkat kepada 1500 orang ketika ceramah berlangsung.

Laporan dari lapangan dan gambar boleh dilihat di sini.

Di peringkat awal pemerintahan mereka dulu,setiap kali mereka adakan ceramah di Stadium Malawati kehadirannya pasti akan penuh sesak. Makin lama makin berkurangan dan kini makin berkurangan lagi. Jika kehadiran program dua malam lepas dijadikan ukuran, maka ianya jelas satu perkara yang sangat-sangat mendebarkan PAS, PKR dan DAP.

Cakap-cakap yang mengatakan rakyat Selangor menolak kerajaan yang memerintah Selangor sekarang juga bukan lagi omongan kosong .

Tidak lupa juga sasaran BN Selangor yang mengatakan mereka boleh menang 36 dari 56 kerusi DUN Selangor bukan lagi mimpi di siang hari.

Bye-bye Khalid Ibrahim.

Sumber: Klik sini

BERANI AMBIGA PERTARUH KERAKYATANNYA MENJAMIN HIMPUNAN SECARA AMAN?


Nampaknya perhimpunan Bershit 3.0 tidak dapat dielakkan lagi. Malah pihak jawatankuasa penganjurnya menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak dari lokasi perhimpunan itu di Dataran Merdeka sebagaimana yang mereka rancang sebelum ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pula menjelaskan bahawa meskipun Bershit 3.0 dibenarkan untuk dianjurkan, penganjur perhimpunan itu perlu meminta kebenaran dari pihak DBKL untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.

Memang Dataran Merdeka tidak digazetkan sebagai salah satu lokasi perhimpunan aman mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011. Jadi, kalau Ambiga dan penyokongnya mahu menggunakan Dataran Merdeka juga, apa salahnya mereka minta izin dari DBKL?

Persoalannya, mengapa Ambiga “stress”kan mengenai lokasi perhimpunan itu iaitu Dataran Merdeka? Kenapa Dataran Merdeka yang menjadi pilihan mereka? Apakah Bershit 3.0 tidak boleh dilangsungkan di tempat lain selain Dataran Merdeka?

Tarikh 28 April jatuh pada hari Sabtu. Kita tahu, hari Sabtu merupakan hari di mana Dataran Merdeka sering menjadi tumpuan para pelancong dan orang ramai. Selalunya, jalan di depan Dataran Merdeka itu ditutup DBKL untuk para pengunjung menikmati suasana ibu kota dengan aman.

Sekiranya difikirkan, Dataran Merdeka memang strategik untuk penganjuran perhimpunan aman dianjurkan di situ. Sebelum ini, Dataran Merdeka sering menjadi lokasi beberapa majlis dan program himpunan rakyat.

Jadi, apa masalahnya jika perhimpunan Bershit 3.0 mengambil tempat di situ?

Masalahnya ialah himpunan Bershit 3.0 bukanlah sebuah perhimpunan aman!

Saya ingin bertanya, pernahkah perhimpunan yang dianjurkan oleh puak-puak Pakatan Haram ini diadakan dalam suasana aman? Pernah? Sudah dua kali siri himpunan ini diadakan dan ia berlangsung dengan tidak teratur serta mencetus huru-hara di kawasan yang mereka lewati.

Pada himpunan Bershit yang pertama dahulu, beberapa anggota polis cedera parah kerana “himpunan aman” mereka. Objek tajam dan keras berterbangan ke arah pihak pengawal ketenteraman dibaling oleh peserta “himpunan aman” tersebut...

Pada himpunan Bershit 2.0 pula, pihak PDRM difitnah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas. Contohnya, setelah Anwar dipijak penyokong sendiri yang berasakan melarikan diri dari tembakan gas pemedih mata, dia menuduh polis yang bertindak aggresif dan zalim terhadapnya.

Persoalannya, jika Anwar dan para penyokongnya berhimpun secara aman dan mengikut garis panduan yang ditetapkan, apakah polis akan tembak gas pemedih mata? Polis suka-suka saja tembak? Begitu?

Saya tertanya-tanya, apakah pihak pembangkang tidak mampu menganjurkan satu perhimpunan aman sebagaimana yang selama ini dibuat BN di Dataran Merdeka?

Sudah beratus-ratus kali BN anjuarkan himpunan aman di situ dan tiada sebarang kekacauan berlaku. Dari program rakan muda, program pelancongan, senaman pagi, poco-poco dan sebagainya sering mengambil tempat di situ.

Caranya ialah meminta kebenaran dari DBKL. Jika Dataran Merdeka perlu di sewa, maka pihak penganjur perlu membayarnya. Jika memenuhi syarat, tidak mustahil DBKL akan memberikan kebenaran dan berhimpunlah semahu-mahunya...

Cuma apa yang saya musykilkan ialah mampukah Bershit 3.0 menjamin untuk kekal sebagai sebuah himpunan yang aman? Jika ada yang melanggar syarat, bolehkah Bershit 3.0 menerima arahan pihak berkuasa untuk bertanggungjawab dan bersurai?

Sekiranya ada satu ilat dalam himpunan itu, mahukah Bershit 3.0 menerima saman dari pihak DBKL atau orang awam yang marah atas ilat tersebut? Apakah pihak penganjur berani menjamin dapat mengawal semua peserta Bershit 3.0?

Kalau jadi sesuatu yang buruk, mahukah Ambiga dan kepimpinan Bershit bertanggungjawab? Apa kata kita adakan perjanjian?

Jika Bershit 3.0 dilangsungkan secara aman dan damai mengikut peraturan serta syarat yang ditetapkan, maka Bershit boleh dianjurkan lagi di masa akan datang.

Dan jika penganjur Bershit 3.0 gagal mengawal himpunan itu pada 28 April ini, maka Ambiga dan kepimpinan Bershit 3.0 rela hati melucutkan kewarganegaraan masing-masing di negara ini dan nyah dari Malaysia. Bagaimana? Berani?

Sumber: Klik sini

LAWAK PAGI INI...BILA MAHFUZ DIKETAWAKAN RAKAN-RAKANNYA SENDIRI...!!! HEH!

Korang pernah tengok cerita Pendekar Bujang Lapok tak? Ingat tak babak Pak Abu digelakkan Ramlee, Ajis dan Sudin? Alaaa...pasa huruf "M" tuuuuu...! Hahahahahhaaa...

Kali ni, Mahfuz pulak yang kena...yang bestnya, dia digelakkan oleh puak-puak dia sendiri..! Heh!

Memang mengejutkan bila Anwar, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal gelakkan Mahfuz ramai-ramai..!!! Tak caya, kan? Cuba tengok kartun tu...kan? Betul, kan? Muahahahahaaaa....

Buat malu orang Pokok Sena jaaaaa..muahahahahaaa...!!!

Wednesday, April 11, 2012

GEMPARRR..!!! AZMIN HADIAHKAN KATIL MEWAH RM26,500 UNTUK ANWAR-SHAMSIDAR BERAKSI DI RANJANG..???

Ketika Anwar sedang bergelut dengan kes liwat I pada tahun 1998, dilaporkan bahawa Azmin Ali sedang sebok dan boros membeli belah kelengkapan bilik tidur rumahnya...

Pada 18 February 1998, sebuah syarikat bernama Benze Sdn Bhd telah menghantar satu "confimation order" kepada Azmin Ali meminta dia mengesahkan tentang satu pembelian set bilik tidur yang berharga RM77,400.
Namun pada satu invois bertarikh 27 Februari 1998 menunjukkan bahawa Benze (M) Sdn Bhd telah membekalkan kepada Mohd Azmin Ali satu set "imported Italia Mod. Monet Super Kingsize’, ‘bed C/W 2 pcs night table’ dan ‘special size diamond seal mattress’ yang berharga RM26,500.00.

Invois itu beralamat di 28 Jalan Chan Cin Mooi, Taman Tasek Titiwangsa, KL.Sila check alamat Azmin Ali ketika tarikh tersebut...

Jelaslah di sini, Azmin mungkin telah cancell order sebahagian dari order asal set bilik tidur itu dan menjelaskan sebanyak RM26,500 untuk set katil yang dipesan dari syarikat perabot tersebut...

Hebat benar Azmin. Ketika Anwar tidur di penjara berlapikkan tilam lokap, dia tidur dikatil empuk diimport dari Itali bersama Shamsidar!

Banyak betul duit Azmin masa tu? Set katil berharga RM26,500? Tapi bila orang minta declare harta dia tak mahu pulak..!

Err.. katil mewah tu sebenarnya untuk siapa? Untuk Shamsidar ke? Mana lebih mahal dengan katil di Tivolli Villa? Bukan apa...confius laaaa...nama dekat nak sama. Lagi pun Nallakarupan kata ada skandal di Tivolli Villa...

Katil kat Tivolli Villa tu berapa puluh ribu pulak harganya?

PANASSS..!!! BEKAS PRESIDEN ABIM BAWA FAHAMAN SESAT..!!!

Di akhir zaman ini, sesetengah umat Islam tidak mengambil berat mengenai persoalan aqidah ummah. Bila disebut mengenai PLURALISME, mereka tidak berminat untuk meneliti isu fahaman sesat itu yang semakin berleluasa di negara ini...

Bila dibuktikan bahawa fahaman PLURALISME itu dipelopori oleh Anwar Ibrahim, mereka menganggap ia adalah satu serangan politik terhadap Anwar. Sedangkan, mereka tidak sedar bahawa ini bukan soal Anwar dan ini merupakan soal AQIDAH..!!!

Pada saya, walaupun bukan Anwar sekalipun yang mempelopori dakyah kuffar ini, ia perlu ditentang oleh seluruh umat Islam di negara ini. Fahaman ini jelas menghina Islam dan saya tidak dapat bertoleransi dengan fahaman yang menghina Islam.

Dr. Yusri di atas jelas menuduh Anwar sebagai seorang pemimpin yang mempelopori fahaman pluralisme di Malaysia. Saya pernah bertemu secara peribadi dengan Dr. Yusri dan beliau menceritakan tentang fahaman yang dibawa oleh Anwar melalui IKD itu...

Jadi saya ingin bertanya, wajarkah Anwar yang disahkan mempelopori fahaman pluralisme ini diangkat menjadi pemimpin Islam? Layakkah dia diangkat sebagai PM? Apa akan jadi pada Islam di Malaysia sekiranya dia diangkat jadi pemimpin no.1 negara?

Saya tidak mahu menjawab persoalan ini kerana saya memang tidak rela melihat Anwar menjahanamkan Islam di negara ini. Hanya mereka yang mengaku cintakan Islam saja yang layak menjawabnya. Tak payah jawab di sini, sila jawab di dalam hati masing-masing...

PANASSS..!!! VIDEO YANG PERLU MAHASISWA DAN RAKYAT TONTON..!!!

Frankly, aku gelak kaw-kaw bila tengok video ni. Serius bro..! Memang aku setuju dengan budak ni. Budak ni mahasiswa jugak, tapi jelas dia memang ada otak dan dia gunakan akal untuk berfikir...

Kalau nak dibandingkan dengan Adam Adli, rasanya bagai langit dengan bumi. Tak payah sebut pasal politik, pakai common sense pun dah cukup! Nampak sangat Adam Adli dan geng-geng dia tu bodooo..!!! Heh!

Hangpa tak percaya? Cuba hangpa tengok video kat atas tu dan hangpa pikr sendiri. Saja ja aku nak tengok sama ada hangpa memang bodo macam Adam Adli atau hangpa setuju dengan budak mahasiswa ni...heh!

WALAU RBF BONGKARKAN BOHONG ANWAR, APA KATA RAKYAT..?

Bila terbongkarnya rahsia Anwar yang merupakan pengasas dan individu yang bertanggungjawab menubuh serta melaksanakan PTPTN di sini, rasanya dia patut rasa malu dengan kenyataan yang mahu memansuhkan PTPTN.

Tak tahulah sama ada Anwar rasa malu atau tidak. Namun pada saya, sekiranya dia benar-benar seorang manusia dan seorang muslim, sudah tentu dia rasa malu pada rakyat. Tapi, kalau dia tak malu, maka saya pun tak tahulah apa jenis manusiakah ini...

Namun, walau bagaimana sekali pun didedahkan tentang pembohongan dan kebobrokan Anwar ini, saya pasti bahawa para penyokongnya tetap tidak akan percaya dengan fakta tersebut. 

Bak kata penyokong tegarnya, "kalau Anwar betul-betul "main" dengan perempuan depan mata aku sendiri pun, aku takka percaya". Begitulah tegarnya penyokong Anwar...ketaksuban melebihi pemikiran yang waras...

Saya percaya, para pemimpin pembangkang sendiri jelas dan tahu banyak mengenai rahsia peribadi Anwar yang sememangnya sangat busuk itu. Namun demi kuasa politik, segala yang mereka tahu itu disimpan saja sebagai modal "mengawal" Anwar nanti...

Maknanya, kalau pembangkang menang PRU13 nanti, Anwar akan jadi PM dan para pemimpin DAP dan PAS ini akan "mengawal" Anwar dengan "rahsia-rahsia jijik" Anwar tersebut....

Tapi yang paling malang ialah para penyokong tegarnya. Mereka akan kecewa dengan Anwar sekiranya mereka sedar bahawa mereka hanya diperalatkan olehnya untuk mendapat kuasa.Dan jika mereka tersedar ketika itu pun, sudah terlambat...

Sewajarnya, para penyokong Pakatan Pembangkang harus membuka mata dan melihat tentang keperibadian, dasar dan ketajaman pemikiran Anwar membuat keputusan mengenai soal negara.

Anwar pernah jadi pemangku PM. Tapi dia tak perform. Dia gagal! Dia nak jual pula negara ini kepada IMF. Dia nak jual pula negara ini kepada rakan-rakan Yahudi Zionis Israelnya. Rakyat Malaysia dikelentongnya begitu saja...kering saja diauta Anwar...

Tak sedar lagi? Dah macam-macam dah yang kami para blogger dedahkan. Kalau tak guna akal yang waras, sudah tentu kalian akan terus menyokong Anwar. Saya tidak memaksa, terserahlah kepada tuan puan sekalian, layakkah Anwar jadi PM?

TAHNIAH KEPADA AISHAH KERANA SERTAI PAS...

Album Aishah yang ditaja oleh PAS..???
Tahniah saya ucapkan pada penyanyi Aishah kerana mengisytiharkan diri masuk PAS. Dalam kenyataannya di pentas politik PAS di Taman Melewar baru-baru ini, dia masuk PAS sebab marahkan seorang Datuk Seri..

Katanya, dia pergi jumpa Datuk Seri tu minta bantuan selamatkan aqidah anaknya dari bekas suaminya yang merupakan seorang warga asing, orang putih la kot. Kononnya, dia tidak dilayan dengan baik oleh Datuk Seri tersebut berbanding pihak PAS yang berselindung di sebalik NGO, Nisa'.

Sebab tu dia masuk PAS? Baguslah. Setidak-tidaknya, alasan dia masuk PAS taklah seteruk Bob Lokman. Bob Lokman masuk PAS pasal dia fikir PAS tu Islam...kah!kah!kah!

Pada saya, Aishah berhak untuk pilih partinya. Sama ada UMNO, PAS, PKR atau DAP, itu hak dia. Lagipun, selama ini, PAS itu lah yang banyak tolong Aishah selama dia hidup...

Mungkin tidak ramai tahu bahawa Aishah merupakan bekas pelajar di New Zealand. Ikut sumber, khabarnya pengajiannya di New Zealand itu dibiaya sepenuhnya oleh "PAS". "PAS" tajaan semua kos pengajiannya di luar negara sampai dia sendiri tak mahu balik dan tubuh band muzik di sana...

Mengembangkan bakat seninya, Aishah yang balik ke Malaysia kemudiannya sering membuat konsert-konsert anjuran "PAS". Aishah dikatakan mencari rezeki di pentas-pentas "PAS" sehingga namanya jadi ternama dan diminati ramai...

Bila dia sudah berkahwin, ada anak dan memakai tudung, dia makin benci kerajaan. Katanya, kerajaan tak tolong dia selama ni. Yang tolong dia selama ini ialah PAS. So, tak mengapalah. Ikut suka dialah nak sokong PAS...memang PAS selama ni yang tolong Aishah...

Apapun, saya doakan Aishah supaya bahagia dengan pilihannya. Tak kisahlah. Sekarang mungkin dia tengah panas sebab dia tengah marah kat Datuk Seri...

Tapi, kalau dia fikir dia silap buat pilihan untuk menentukan dasar kerajaan dan politik negara, rasanya UMNO tak pernah halang seseorang untuk kembali menyokong aspirasi rakyat. 

UMNO memang begitu, sentiasa tolong rakyat. Tapi pasal satu kes saja, habis kebaikannya dilupakan. Satu kes kurang baik itu dijaja dan jutaan kes yang baik dilupakan begitu saja. Lumrah manusia yang kurang adil dan tidak mahu berfikir memang begitu... sabar je laaaahhh...heh!


PEMBANGKANG CUBA AJAR RAKYAT JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB..!!!

Sekiranya Mahfuz Omar yang gagal lulus SRP itu yang tak tahu mengira, mungkin saya dapat menerima alasan dia tidak mampu mengira dengan baik. Tapi, apabila Husam Musa, seorang Exco Ekonomi di Kelantan yang bodoh mengira, saya fikir PAS memang gagal dalam bidang matematik!

Pembangkang baru-baru ini berpolitik dengan golongan muda yang meminjam wang dari PTPTN bagi menampung kos pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pembangkang mahu menghapuskan PTPTN dan hutang para peminjam tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana ia akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM43 bilion dari jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan kepada para pelajar.

Husam mendakwa bahawa PM berbohong. Kononnya, jumlah sebenar pinjaman keseluruhan dari PTPTN hanya berjumlah RM28 bilion bagi 1.9 juta peminjam. Katanya, Najib cuba membebankan pelajar dan menakut-nakutkan rakyat dengan jumlah kerugian yang besar itu.

Persoalannya, benarkah hujah dan fakta Husam Musa itu? Dari mana dia dapat jumlah RM28 bilion itu sedangkan Najib mengumumkan jumlah yang jauh lebih besar, RM43 bilion? Siapa yang beri pinjaman dan menyimpan rekod? Kerajaan atau Husam Musa?

Sekiranya RM28 bilion dibahagikan dengan 1.9 juta peminjam, maka seorang peminjam mendapat sebanyak RM14,736.84 sehingga tamat pengajian. Saya ingin bertanya, adakah perbelanjaan selama 3 hingga 4 tahun hanya memerlukan wang sebanyak itu saja untuk para pelajar?

Belum pernah lagi saya dengar kos pengajian yang serendah itu. Di IPTA yang mendapat subsidi kerajaan, dianggarkan bahawa para pelajar memerlukan lebih dari RM20,000 untuk menampung kos sara diri dan yuran pengajian mereka sehingga tamat kursus diploma atau ijazah.

Itu belum lagi disebut tentang para pelajar IPTS yang lebih mahal kos pengajiannya di mana anggaran kasar menunjukkan mereka memerlukan lebih RM30,000 sehingga tamat pengajian. Biasalah, swasta sudah tentu lebih mahal dari institusi pengajian awam.

Sekiranya, RM43 bilion dibahagikan pula dengan 1.9 jurta peminjam, ianya berjumlah RM22,631.58 secara purata bagi setiap pelajar. Jumlah tersebut adalah lebih logik untuk diterima akal. Lagipun, jumlah tersebut dinyatakan berasaskan bukti rekod.

Jadi, hujah Husam jelas tidak boleh dipakai langsung!

Memansuhkan PTPTN hanyalah merupakan “gula-gula pembangkang” yang mahu memikat undi golongan muda yang berhutang dengan PTPTN. Mereka tahu, sekiranya hutang tersebut dimansuhkan, maka para peminjam akan melompat gembira tak payah bayar hutang!

Tapi, sedarkah mereka bahawa dengan cara begitu, pembangkang cuba mengajar mereka untuk lari dari tanggungjawab membayar hutang? Sedarkah mereka bahawa hutang yang dipersetujui perlu dilangsaikan sehingga selesai?

Sekiranya dirujuk kepada dasar Islam, Rasulullah SAW sendiri menegaskan kepada umatnya supaya menyelesaikan hutang mereka. Sila berikan dalil naqli sekiranya kenyataan saya itu salah. Islam menuntut umatnya membayar hutang biarpun kepada seorang Yahudi!

Wang PTPTN itu adalah dana dari kerajaan yang disalurkan kepada rakyat bagi membentuk masyarakat yang berilmu pada masa akan datang. Dana tersebut juga wang rakyat yang dikumpul dari hasil cukai dan sebagainya.

Setelah peminjam bersetuju meminjam wang tersebut untuk menamatkan pengajian mereka dan kini bekerjaya bergaji besar, apakah mereka tidak perlu membayar hutang pengajian mereka itu? Di mana letaknya rasa tanggungjawab mereka?

Dengan mengajar generasi akan datang untuk tidak memiliki sikap tanggungjawab, pembangkang akan menyediakan sumber insan yang tidak berkualiti pada masa akan datang. Mahukah negara ini dilihat memiliki rakyat yang sebegitu rendah tahapnya?

Janganlah termakan dengan dakyah pembangkang itu. Mereka mahu ‘memancing’ undi sahaja. Lepas berkuasa nanti, sedap-sedap saja mereka kata “saya baru tahu bahawa kerajaan memang tak mampu berbuat begitu”, sebagaimana yang sering dilafazkan Azizan Razak kepada rakyat Kedah…

GEMPARRR..!!! NASRUDIN HASAN TANTAWI BERBOHONG PADA PEMUDA PAS..!!!?

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi berikrar tahun lalu mahu menghimpun seramai 100,000 pemuda PAS di Genting Highlands bertujuan memaksa kasino judi di situ ditutup serta merta.

Sampai sekarang, dia belum buat pun apa yang diikrarkan itu. Heh! Berani kata saja, tapi haram tak berani nak buat.

Apa hukumnya bagi lesen judi dan arak di Malaysia? Apakah memberikan lesen arak dan judi itu menunjukkan UMNO kafir dan berdosa? Malaysia negara kafir kerana ada kasino di Genting?

Kalau begitu, Madinah Al-Munawarah dulu pun negar kafir jugak lah? Sebab dulu ketika di zaman Rasulullah SAW, ada kedai arak dan pusat judi untuk golongan Yahudi. Cuma, umat Islam dilarang sama sekali pergi ke situ dan buat semua maksiat itu...

Ikuti kupasan bernas mengenai dasar Islam sebenar itu dari anak bekas mufti Perlis ini, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya. Anda setuju dengannya atau setuju dengan Nasruddin Hasan Tantawi?

LAWAK PAGI INI...NALLAKARUPPAN TIAP-TIAP HARI TANYA POSMEN...?

Notis sudah dihantar. Yang belum Anwar hantar ialah surat saman dalam mahkamah. Notis lain, saman lain, tak sama....

Aku dengar, Nallakaruppan tiap-tiap hari dok tanya posmen pasal surat saman dari Anwar tu...ish!

Bila Anwar nak saman Nalla ni? Setakat notis je, sesapa pun boleh buat! Ingat pak long mak long kat kampung tu boleh ditipu Anwar macam tu je ke? Depa pun tahu beza antara notis dengan saman! Heh!

Deyyy Anwarrrr..!!! Bila mau saman daaaaaaa...?

DAULAT TUANKU..!!! DAULAT TUANKU..!!! DAULAT TUANKU..!!!

Daulat Tuanku..! Daulat Tuanku..! Daulat Tuanku..!

Sebagai rakyat Kedah, patik menjunjung kasih mengucapkan jutaan tahniah di atas pertabalan Al-Sultan AlMu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sultan Badlishah sebagai DYMM Yang DiPertuan Agong yang ke-14.

Sebenarnya, patik nak uploadkan gambar perkahwinan patik dan majlis santapan DiRaja yang Tuanku dan Tuanku Permaisuri hadir kira-kira 9 tahun lalu. Tapi memandangkan patik tak mahu expose identiti, maka patik tak jadi buat begitu. 

Bagaimanapun, jutaan terima kasih patik ucapkan kerana mencemar duli untuk hadir ke majlis perkahwinan patik dulu...

Justeru, patik sekali lagi mengucapkan tahniah kerana limpah kurnia dari Allah SWT, Tuanku dinobatkan sekali lagi sebagai Ketua Tertinggi Negara, sebagai DYMM Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Tahniah dan dirgahayu Tuanku dan Tuanku Permaisuri...Daulat Tuanku..!

Tuesday, April 10, 2012

RAKYAT DI PUTRAJAYA DAH BAKAR HARAKAH, RAKYAT KEDAH BILA LAGI..?

Baru-baru ini lebih dari 70 orang belia, aktivis masyarakat dan profesional di Putrajaya telah bertindak mengoyak akhbar lidah rasmi PAS, Harakah, ekoran rasa tidak puas hati terhadap penyebaran laporan berita tidak tepat dan bohong di kawasan mereka.

Mereka tidak puas hati terhadap Harakah kerana menyebarkan dakyah dan fitnah yang mereka tahu sebagai tidak benar, menipu, menghasut dan mengelirukan rakyat. Mereka tidak rela masyarakat setempat di kawasan mereka terpedaya dengan tohmahan busuk pembangkang.

Syabas saya ucapkan kepada para penduduk Putrajaya yang pantas bertindak sebelum PAS menyebarkan hasutan jahatnya dan memesongkan persepsi masyarakat di kawasan itu. Nampaknya rakan-rakan kita itu tidak rela minda masyarakat mereka dijajah oleh puak-puak pemisah bangsa itu.

Dalam ertikata lain, penduduk Putrajaya menolak dakyah PAS melalui Harakah sepenuhnya

Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati. Bila ‘virus’ sudah menular dan berakar di dalam masyarakat seperti di Kelantan, Nik Aziz pun mereka sanggup iktiraf sebagai Nabi, kafir harbi pula diibarat Khalifah Umar Abdul Aziz!
Tindakan penduduk Putrajaya itu sememangnya mendapat kritikan hebat dari PAS. PAS Wilayah Persekutuan contohnya menyifatkan tindakan mengoyak ahkbar Harakah itu telah menimbulkan kemarahan rakyat! Betulkah begitu?

Mereka begitu marah insiden tersebut dan menganggap ia adalah satu usaha menyekat maklumat yang “benar”dan “adil”. Benakah laporan Harakah itu “benar” dan “adil”?

Tahukah PAS bahawa rakyat yang bijak berfikir, waras, rasional, terpelajar dan berilmu sememangnya menolak Harakah? Tahukah PAS bahawa lidah rasmi mereka itu sudah berkali-kali ‘kantoi’menipu rakyat? Tahukah PAS bahawa Harakah itu layaknya hanya “dibakul sampahkan”sahaja?

Pembohongan terbaru dari Harakah ialah berkenaan ‘Imam baling kasut’ yang kononnya telah bertanggungjawab mengIslamkan dua orang banduan ketika di dalam penjara. Kononnya, Imam PAS itu bagus dan baik akhlaknya kerana berdakwah walau dalam penjara…

Padahal, Jabatan Penjara mengesahkan bahawa laporan Harakah itu tidak tepat sama sekali. Dalam maksud lain, HARAKAH MENIPU! 

Jabatan Penjara telah mengeluarkan kenyataan media menafikan laporan surat khabar cabuk PAS itu dan memberitahu bahawa seorang dari banduan itu telah pun Islam sebelum Imam itu masuk penjara dan seorang lagi dalam proses diIslamkan oleh Jabatan Agama Islam.

Jadi, jelaslah Harakah menipu! Mungkin malu kerana ‘kantoi’ menipu, Harakah keluarkan laporan itu dari laman web onlinenya, Harakahdaily. Tapi, editornya langsung tidak memohon maaf secara terbuka kepada pembaca atas pembohongan tersebut. Nampak sangat Harakah tidak beretika!

Begitukah sifat “benar”dan “adil” Harakah yang didakwa PAS Wilayah Persekutuan? Di mana “benar”nya? Dan di mana pula “adil”nya?
Itu penipuan terbaru PAS melalui lidah rasminya itu. Belum lagi digali dan dikorek lebih banyak pembohongan yang telah mereka lakukan sebelum ini. Peliknya, parti yang kononnya warak dan lebih Islam dari umat Islam lain itu langsung tidak menyesal dan enggan meminta maaf. Surat khabar jenis apa macam ini?

Saya melihat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan lain yang disebarkan Harakah secara meluas semakin hari semakin keliru, tertipu dan terpedaya dengan akhbar pembohong itu, termasuk di Kedah. 

Saya ingin bertanya kepada rakyat Kedah, sampai bilakah kita semua mahu membiarkan PAS dan harakah menipu masyarakat di sekeliling kita?

Rakyat di Putrajaya sudah mengoyak Harakah, rakyat Kedah bila lagi? 

Sumber: Klik Sini

GUAN ENG AKAN DIHALAU DARI PENANG SELAMA-LAMANYA..!!!

Saya mendapat laporan bahawa kedudukan “Khalifah PAS”, Lim Guan Eng, kini berada di dalam keadaan yang sangat tertekan sekarang apabila semakin ramai rakyat Pulau Pinang kini bangkit menentang pemerintahannya yang ala-ala “pelampau chauvinis rasis ultra kiasu” di negeri itu.

Terbaru, beberapa tokoh NGO dan Parti Progresif Penduduk (PPP) telah membuat laporan polis terhadap anak Lim Kit Siang itu ekoran tindakannya menjual tapak masjid dan sekolah kepada phak pemaju yang dipercayai merupakan salah satu syarikat kroni Pakatan Haram.

Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMM) yang merupakan sebuah NGO berkecuali dan bersikap neutral politik sebelum ini menjelaskan bahawa mereka enggan campur tangan dalam hal pentadbiran kerajaan atau politik.

Namun mereka terpaksa membuat laporan polis apabila mendapati Lim Guan Eng melampaui batas kesabaran mereka apabila Guan Eng dilihat sering bertindak melukakan hati rakyat Pulau Pinang, khususnya bangsa Melayu yang beragama Islam.

Sehubungan itu, mereka mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang itu menarik balik penjualan tapak masjid dan sekolah itu serta merta.

Tanah yang dijual Guan Eng kepada pemaju itu merupakan bidang tanah yang telah diwartakan oleh kerajaan BN sebelumnya khas untuk kegunaan yang melibatkan kepentingan orang-orang Melayu dan tidak sepatutnya dijadikan “bahan niaga” oleh Guan Eng bagi mengisi dana PRU13 pihak pembangkang.

Sejak diberikan mandat memerintah Pulau Pinang, “Khalifah” puak-puak PAS itu sering melaksanakan dasar-dasar yang mencetus kontroversi dan tidak memihak kepada rakyat negeri itu.

Contohnya, sekiranya mahu merobohkan gerai di tepi jalan, Guan Eng akan merampas atau merobohkan gerai-gerai yang sudah lama bertapak di kawasan sasaran, khususnya yang gerai-gerai perniagaan orang Melayu, India, India Muslim dan bangsa lain selain Cina.

Sekiranya melibatkan gerai bangsa Cina, Guan Eng dikatakan akan menghapuskan gerai orang Cina yang menyokong Gerakan atau MCA sahaja dan membiarkan gerai-gerai yang pro-DAP berniaga dengan bebas.

Selain itu, projek-projek perumahan di bahagian pulau hanya dibangunkan jenis-jenis kondo mewah, banglo dan rumah-rumah yang mahal serta tidak mampu dimiliki oleh golongan Melayu dan India. Hasilnya, bangsa Melayu dan India terpaksa membeli rumah di seberang pulau dan sekaligus Guan Eng berjaya “menghalau” mereka dari “Pulau Jajahan”nya itu.

Ekoran itu, timbul pula khabar angin menyatakan bahawa tidak mustahil “Khalifah” itu akan membawa keluar Pulau Pinang dari Malaysia dan menjadikannya sebuah negara “republik” seperti Singapura. Benarkah DAP sedang mengkaji secara serius untuk mengeluarkan Pulau Mutiara itu mengikut saluran undang-undang antarabangsa?

Baru empat tahun Guan Eng, sudah banyak tanah dan hak bangsa Melayu dihakisnya. Contohnya tanah di Bayan Baru yang mengandungi tapak masjid dan sekolah itu begitu merentap jantung rakyat di negeri itu.

Saya fikir, jangka hayat Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sudah hampir ke penghujungnya. Rakyat Pulau Pinang sudah sedar dan terjaga dari “tidur” mereka. Insiden-insiden zalim Guan Eng terhadap mereka selama 4 tahun melenyapkan janji-janji manis yang ditabur Pakatan Haram ketika berkempen pada PRU ke-12 yang lalu.

Saya berpendapat, sekiranya Pakatan Haram terus diberi mandat untuk memerintah Pulau Pinang sepenggal lagi, negeri itu bakal menjadi “Singapura ke-2” di gugusan kepulauan Melayu ini. Apakah rakyat Pulau Pinang akan membiarkannya terjadi? Kita tunggu PRU13 ini?

Sumber: Klik sini

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL KEDAH: HIMPUNAN KOMUNITI CYBER 1MALAYSIA TERBESAR DI KEDAH..!!!

Sebelum ini, mungkin ramai rakan-rakan cyber di sebelah utara semenanjung kempunan dan tidak dapat menghadiri beberapa event penting komuniti alam maya kerana program tersebut diadakan jauh di Kuala Lumpur...

Melihat keperluan itu, satu konvensyen media sosial akan diadakan di peringkat negeri Kedah bertempat di UiTM Merbok pada 14hb April, (Sabtu), bagi memberi peluang kepada para pelayar internet berjumpa, berkonvensyen, berkenalan, berbincang, beramah mesra dan sebagainya...

Kali ini, komuniti internet berpeluang untuk membawa pulang beberapa gajet terkini seperti Ipad dan Samsung Galaxy Tab, menerusi acara cabutan bertuah...! Sapa tak nak? Kalau sapa yang tak mai..melepas laaaaahhhh....

Selain itu, komuniti cyber Kedah juga berpeluang untuk berkenalan dengan beberapa "panglima-panglima blogger BN" yang dijadualkan hadir di konvensyen tersebut. Nak kenal depa? Pakat mai ramai-ramai...

Pendaftaran di buka bermula pada jam 8 pagi di UiTM Merbok di mana setiap peserta akan dihadiahkan cenderahati untuk dibawa pulang. Penyertaan percuma pulak tu..!!!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana ia julung-julung kali diadakan di Kedah. (Sebelum ni saya dok buat gethering kecik-kecik je..heh!..kali ni kengkawan dari KL turun kasi besaqqq!!!)

Antara VVIP yang dijangka hadir membentangkan isu ialah anak bekas Mufti Perlis, Ustaz Fathul Bari Mohd Jahaya dan penulis ulung kewartawanan negara, Datuk Zaini Hassan (orang Jitra!).

Dianggarkan lebih 1,500 golongan muda akan menyertai konvensyen pada Sabtu ini dan ia bakal mencerminkan suara generasi dunia cyber di utara, khususnya di Kedah. Mai bro..jangan tak mai! Heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!