Saya dan beberapa orang
rakan telah turut sama berada di himpunan Bershit 3.0 yang berlangsung
di Dataran Merdeka baru-baru ini. Dari malam, sehinggalah himpunan itu
berakhir, kami masih berada di kawasan Dataran Merdeka, Jalan TAR, Jalan
Pudu, Masjid India, Masjid Jamek, stesen LRT dan Sogo.
Saya mulanya bergerak bersama dua lagi
rakan. Namun kami terpisah apabila keadaan makin sesak dan banyak yang
perlu di pantau. Bergerak secara solo, saya lebih gemar duduk bersama
puak-puak Bershit untuk mencungkil cerita dari mereka…
Saya bertemu dengan beberapa kumpulan.
Kumpulan pertama datangnya dari Kelantan. Rasanya, dari Kelantanlah yang
paling ramai. Maklumlah, selain dijamin “syurga” oleh Nik Aziz, mereka
juga diberi hotel, makan minum, tambang pergi balik dan sebagainya.
Khabarnya, segala kos tersebut
disediakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Ia diakui oleh kumpulan yang
ketiga, keempat dan yang keenam yang saya temui. Mereka mengaku dibayar
untuk datang berhimpun di Bershit 3.0. Selain berdemo, sempatlah juga
mereka pergi ‘urut-urut’ dan ‘cuci mata’ di sekitar Lorong Hj Taib di
belakang ibupejabat PAS. Itu pengakuan mereka, bukan saya…
Kumpulan kedua yang sempat saya
bersembang ialah di depan Masjid Negara. Kumpulan itu dari Selangor. Pun
sama, mereka dibayar sejumlah wang untuk hadir ke Bershit 3.0. Namun
saya kurang pasti sama ada dibayar dari dana Kerajaan Negeri Selangor
atau wang YB-YB Pakatan Haram di negeri itu. Maklumlah, YB-YB Pakatan
Haram Selangor memang banyak wang…
Kumpulan kelima yang saya temui adalah
dari Kedah. Peliknya, meskipun Kedah memang miskin dan mundur ke
belakang, puak-puak PAS Kedah tetap hantar orang. Khabarnya sampai 20
bas dan pesertanya turut dibekalkan sejumlah wang saku! Banyak betul
duit Azizan Razak. Hasil dari “balak haram” di Baling, kah?
Sebelah malam pula, saya sempat ‘ngeteh’
bersama sekumpulan pakcik makcik dari Permatang Pauh. Satu bas saja
yang datang dari Permatang Pauh? Tapi, mereka kata elaun yang mereka
dapat adalah yang paling mahal dari Anwar. Saya bertanyakan jumlahnya,
mereka jawab lebih dari RM300 seorang! Kaya, memang kaya…!
Tahniah saya ucapkan pada PAS kerana
berjaya “diracun” oleh budaya yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Kalau PAS
dulu tak perlu dibiaya untuk berkumpul dan melakukan aktiviti parti
sebegini, kini tidak lagi…
Menurut semua penyokong PAS yang saya
temui pada Bershit 3.0 tempohari, semuanya mengaku bahawa jika PAS tidak
membiayai kos mereka, mereka takkan datang. Apatah lagi perjuangan kali
ini diketuai oleh “Mursyidul Ammah”, Ambiga “tak pakai sari”. Mereka
memang benci Ambiga…
Cuma, mereka kesal dan marah dengan
perbuatan segelintir anak muda yang bertindak liar dan bodoh dengan
melanggar sekatan polis. Menurut mereka, itulah sebab dan punca mereka
yang sedang duduk-duduk merehatkan kaki di tepi jalan terpaksa pulang
dengan kaki ayam!
Sedang mereka duduk-duduk, tiba-tiba
polis mengejar dengan belantan kayu. Sudahlah mata mereka pedih dan
berair terkena gas pemedih mata, terpaksa pula lari berkaki ayam akibat
tidak sempat menyarung kasut yang dibuka ketika ‘bersantai’ di Jalan
TAR.
Memang benar, mengikut tinjauan saya,
rasanya kasut-kasut yang tertinggal di sekitar Jalan TAR dan Jalan Pudu
mampu membuat seorang ‘mat ganja’ di Masjid India membuka satu kedai
kasut ‘bundle’ dua tingkat. Banyak..!
Kata mereka, budak-budak muda itulah
yang memulakan segala kekecohan padahal mereka hanya fikir untuk datang
‘melepak’ di situ saja. Cukup 3 jam mereka melepak di situ, mereka
merancang untuk ke Sogo membeli belah dengan duit elaun tersebut.
Tapi bila sudah jadi begitu, mereka
berlari ke Sogo pun sudah tidak berguna. Sogo tutup kerana keganasan
‘anak-anak buah’ mereka itu. “Melepas” nak tayang beg plastik Sogo pada
jiran sebelah rumah. Berderai ketawa saya mendengar cerita mereka…
Itu adalah pengalaman saya bersama
beberapa golongan ‘otai’ Bershit 3.0. Semuanya penyokong PAS ‘totok’,
tapi mereka memang anti pada Anwar, DAP dan Ambiga. Bila saya tanya
sebabnya, selamba mereka menghukum, “Depa semua kapiaq (kafir)!,” kata
mereka. Betul-betul PAS tulen. Selepas UMNO, orang Islam PKR dan DAP pun
mereka kafirkan…
Sumber: Klik sini






