Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 17, 2012

GEMPARRR..!!! ANWAR TERKULAI DI DEPAN FAEKAH SETPOL KHALID GAGAP..!!!?


Tuuu diaaaa..!!! Aku ingat Anwar ni POWER sangat...! Rupanya terkulai jugak di depan Faekah..!!! Heh! Kat anak dara tua tu pun Anwar kalah ke..???? Muahahahaaaaa...

Sahabat aku di sini menyatakan bahawa Faekah mengarahkan "punaisihat" ekonomi Selangor tu melaporkan setiap perbelanjaan pejabatnya kepada Setiausaha Politik Khalid 'tak reti sikat rambut' tu..heh! Kalau tidak, bajet tak lulus..!!! Perggghhh..!!! Jangan memain dengan Faekah...dia minum "power root" kot? Heh!

Bukan Anwar je yang kena. Ketua Penerangan Negeri Selangor, Badrul Amin, yang hari tu kasi "kaunseling" kat bini orang secara eksklusif pukul 2-3 pagi tu pun kena jugak bagi laporan begitu. Sentap gila la "ostat" bodek "Imam Mahdi" tuuu...heh!

Betapa "power root"nya Faekah, dia dikatakan telah membuli pihak pengurusan TV Selangor sehingga menyebabkan ramai kepimpinan media rasmi kerajaan pimpinan Khalid gagap tu letak jawatan beramai-ramai dan membawa 2/3 staff mereka keluar bersama. TV Selangor hampir "lumpuh" dikerjakan Faekah! Heh!!!

Camana ni Faekah? Biro Politik PKR dah sebulat suara nak tamatkan kontrak hang ni? Kena buang ke? Heh! Lepas ni boleh balik jadi lawyer la nampaknya...kan? Kalau takde partner, hang boleh join Zaid Ibrahim..dia pun lawyer gak tu..heh!

Ke nak lawan Anwar? Dengar kata, punya hangin dengan Faekah, Anwar kutuk Setpol Khalid gagap tu depan Kak Wan. Sedap ke tak sedap ke apa yang dikata Anwar tu kena tanya Kak Wan la...heh! Camana? Nak lawan Anwar? Lawan tetap lawan? Muahahaaaaa..!!!

SOALAN SAYA KEPADA DATUK AHMAD SABRI FGVH...


Saya dapat tahu bahawa CEO FGVH, Datuk Ahmad Sabri akan menyampaikan satu taklimat mengenai penyenaraian FGVH kepada beberapa rakan media petang ni di sebuah hotel di ibunegara.

Malangnya, mungkin saya tidak dapat hadir ke majlis itu ketika beliau menyampaikan taklimat tersebut. Justeru, saya ada beberapa soalan yang rasanya wajar saya ajukan kepadanya sekiranya saya berada di majlis tersebut.

Soalan-soalan saya adalah...

1. Kalau setiap kali PRU, para ADUN dan MP boleh berkampung di kawasan Felda dan siang malam bermesra bersama para peneroka, mengapa kini YB-YB ini dilihat tidak berbuat demikian bagi membantu menyuarakan suara hati para peneroka yang mahukan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia?

Pada pandangan saya, situasi "tidur" YB-YB ini boleh menyebabkan BN kehilangan undi dari peti-peti undi kawasan "fix-deposit" tersebut. Boleh tak FGVH dan Felda "kejut"kan YB-YB ini untuk "bangun dari tidur" mereka?

2. Baru-baru ni, Mazlan Aliman menunjukkan beberapa dokumen yang dikatakan sebagai "laporan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda". Dan sebelum ini juga 'penghasut yang berniat jahat' itu menunjuk-nunjuk beberapa dokumen sulit Felda yang lain.

Soalannya, macamana 'bekas tahanan lokap' tu boleh dapat dokumen dari board meeting tu? Siapa 'hantu' di dalam board of director Felda yang berikan maklumat sulit tu pada Mazlan Aliman?

Dengan maklumat sulit itu, musuh peneroka Felda nombor wahid itu boleh memanipulasi apa saja sesedap mulut dan sesuka hati busuknya kepada umum. Ini akan memburukkan pihak pengurusan Felda dan FGVH.

Jadi, apakah FGVH dan Felda tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap kebocoran maklumat itu? Sebelum-sebelum ni dah berlaku dan mengapa ia terus berlaku sehingga kini?

Takkanlah tak ada tindakan dari pihak pengurusan tertinggi terhadap 'kebocoran' yang mengancam keharmonian antara Felda dengan para peneroka? Kalau ada tindakan, apakah tindakan tersebut dan nyatakan...

Sekian, terima kasih.

LAWAK PAGI INI...POK NIK TAK SEDAR SEDANG DITUNGGANG PARASIT..!!!


Parasit? Masalahnya Pok Nik tahu ke parasit tu apa ke benda nya? Heh! Silap-silap Pok Nik pikir parasit tu lebih kurang macam air sirap..heh!

Cuba la keluar sikit dari tempurung tu Pok Nik oiii..!!! Dunia dah berkembang. Sebelum ka akhirat kena jumpa dunia dulu, kan? Heh!

Selamatkan la PAS tu dari golongan parasit..lain la kalau Pok Nik sendiri pun dah jadi 'parasit" dalam PAS PIS PUSSSSS..!!! Heh!

Friday, March 16, 2012

GEMPARRR..!!! PHAHROLRAZI BAKAL DEDAH SKANDAL BALAK PAS KEDAH..?!!!


Menurut siasatan sulit, Phalrolrazi dijangka akan mendedahkan penyelewengan pemberian konsesi balak kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Roslizan Zakaria yang merupakan Pegawai Khas Menteri Besar dan pada masa yang sama, juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Azizan Abdul Razak dalam masa yang sangat terdekat ini.

Juga yang akan turut didedahkan ialah pemilikan sebuah syarikat yang mendapat konsesi balak oleh Faekah binti Hamzah yang merupakan isteri pertama Menteri Besar.

Difahamkan, Phahrolrazi sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan penyelewengan tersebut sekiranya Menteri Besar masih tidak berubah atau pun tidak memberi sebarang portfolio Exco kepadanya dalam tempoh segera.

Roslizan Zakaria merupakan Pegawai Khas Menteri Besar yang telah dipecat atau digantung tugas tetapi masih dibayar gaji. Roslizan Zakaria telah mendapat tahu penyelewengan tersebut akan didedahkan terbongkar, telah menasihati Menteri Besar agar berlembut sedikit dalam isu kemelut dengan Phahrolrazi.

Phahrolrazi juga dikatakan bakal mendedahkan bagaimana pada awal tahun ini, dia telah dipaksa oleh Menteri Besar untuk menandatangani kelulusan tender projek kepada syarikat milik kroni UMNO bernilai RM1 bilion. Katanya, dia tidak sanggup menandatangani projek tersebut kerana projek berkenaan sepatutnya diberikan kepada syarikat milik ahli PAS.

Kononnya, disebabkan kedegilannya untuk tidak menurunkan tandatangan menyebabkan Menteri Besar memusuhinya.

Puak Phahrolrazi sekarang ini sedang merancang dengan teliti bagaimana hendak mensabotaj Menteri Besar di DUN Sungai Limau pada PRU13 nanti. Mereka telah berjaya mempengaruhi AJK PAS Jerai yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Menteri Besar untuk berpaling tadah.

Antara mereka termasuklah Nasir @ Che Pi, Roslizan Zakaria, Mohd Nor Tahir dan Jamaluddin.

Itu berita yang baru diterima dari puak-puak yang menyokong Phahrolrazi Zawawi.

Politik Kedah dah nampak makin kalut!


Sumber: Klik sini

KADIR SHEIKH FADZIR PERLU TANYA DIRI SENDIRI KENAPA MEDIA UMNO SERANG DIA...


Saya tersenyum membaca kenyataan bekas Ketua Bahagian UMNO Kulim- Bandar Bharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mengadu di Harakahdaily, tertanya-tanya tentang mengapa dia ‘diserang’ oleh media UMNO sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, sebagai ‘ahli UMNO’ yang setia sejak 56 tahun lalu, tidak salah padanya membetulkan apa yang tidak betul yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN). Katanya lagi, dia tidak punya sebarang kepentingan lagi untuk mengejar jawatan dan ‘bahagia’ dengan kehidupannya sekarang.

Itu adalah antara luahan hati Kadir kepada media rasmi pembangkang (PAS), Harakahdaily.

Bukanlah mahu mengutuk atau mengecam bekas menteri ini. Namun sepatutnya, persoalan mengenai “kenapa dia diserang” itu sewajarnya ditanya kepada dirinya sendiri. Usah menuding jari kepada pihak lain mengenai persoalan itu.

Sebelum ini, pernahkah media UMNO menyerang Kadir?

Kadir mula diserang apabila dia secara terbuka dilihat sangat akrab bersama para pemimpin tertinggi pembangkang. Sebagai contoh, Kadir merupakan satu-satunya tokoh bekas pemimpin kanan bertaraf menteri yang hadir pada sesi penghakiman kes liwat II Anwar Ibrahim vs. Saiful Bukhari Azlan. Hanya dia seorang sahaja pemimpin UMNO yang hadir memberi SOKONGAN kepada Anwar berhubung kes!

Menurut laporan, dia dilihat lepas masuk ke dalam mahkamah tinggi di Jalan Duta dan ada saksi yang menyaksikan betapa akrab dan mesranya Kadir dengan Anwar. Tidakkah menimbulkan sebarang curiga melihat dia bergembira sakan bersama para pemimpin utama pembangkang apabila Anwar didapati tidak bersalah oleh Hakim Zabidin Md Diah?

Selain itu, sebagai ahli UMNO yang kononnya “tegar”, apakah molek sekiranya menyuarakan teguran kepada kepimpinan kerajaan secara terbuka? Bukan sekadar terbuka, malah Kadir memilih untuk mengadu pada media rasmi pembangkang pulak tu!

Persoalannya, setelah dilihat intim bersama pemimpin pembangkang di mahkamah, apakah yang terbayang mengenai niat Kadir apabila dia membuat kenyataan melemparkan tohmahan liar terhadap kerajaan melalui lidah pembangkang? Tidak ada saluran di dalam UMNO lagikah?

Jangan samakan teguran terbuka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terhadap kepimpinan Pak Lah dahulu. Tun M berbuat demikian setelah suaranya disekat dan beliau dihalang dari mengadakan pertemuan dengan Pak Lah ketika itu.

Justeru, Kadir sebenarnya boleh menyuarakan luahan hatinya melalui adiknya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir untuk disampaikan kepada pihak atasan. Kadir juga boleh menggunakan saluran dalam UMNO untuk berbuat demikian memandangkan dia merupakan bekas tokoh UMNO yang berpengaruh.

Namun mengapa Kadir memilih media rasmi pembangkang juga? Sudah hilang akal, kah? Mujurlah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang tidak cepat melatah. Kalau Kadir di dalam PAS, DAP atau PKR, sudah lama dia bakal senasib seperti Hasan Ali, Zulkifli Noordin atau Wee Choo Keong yang dipecat parti kerana bertindak sepertinya…

Media-media UMNO membedal Kadir bukanlah sekadar suka-suka nak membedal ahli UMNO. Ahli atau bekas pemimpin UMNO itu tidak akan dibedal sekiranya mereka tidak buat pasal. Kalau cari pasal, maka bersedialah untuk dibedal. Itu lumrah politik di zaman ini. Mungkin di zaman Kadir semua tu tak wujud sebab dia yang kawal media, kot? Maklumlah, bekas Menteri Penerangan…

Jangan fikir seseorang ahli atau pemimpin UMNO itu kebal dari dikritik atau diserang. Media UMNO kini tidak seperti dahulu yang bersikap ‘yes man’. Dahulu bolehlah, sebab majoriti pemimpin UMNO dulu kebanyakkannya tak buat pasal…

Jadi, Kadir sepatutnya berdiri dihadapan cermin di mahligainya dan bertanya pada dirinya sendiri tentang ‘mengapa dia diserang media UMNO’. Memang pelik sedikit bunyinya, tapi itulah cara terbaik untuk mereka-mereka yang tak sedar diri sepertinya…

Sumber: Klik sini

TENGOK SAMPAH SARAP..INGAT PAKATAN HARAM..!!! MEMANG SAMPAH..!!!

Tidak hanya Selangor dan Kelantan yang bermasalah dengan sampah-sarap, bahkan Kedah juga dilanda masalah yang sama, bahkan lebih teruk lagi turut menjengkelkan Ahli Parlimen Pokok Sena suatu masa dahulu. Bermodalkan sampah, Ahli Parlimen Pokok Sena itu cuba mencari nama di kawasannya.

Namun sehingga sekarang, masalah sampah di Kedah tidak pernah berkurangan, bahkan semakin bertambah. Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pembersihan di seluruh Kedah. Dan barangkali kerana kurangnya pendedahan yang dibuat oleh media, maka Kerajaan Negeri Kedah pun boleh duduk goyang kaki dengan senang hati.


Bagaimanakah agaknya jikalau sampah sarap dilonggokkan di hadapan sebuah TABIKA KEMAS? Bagaimanakah agaknya kanak-kanak yang belajar di Tabika tersebut dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka apabila bau sampah setiap masa mengganggu tumpuan mereka? Bagaimana pula dengan lalat serta nyamuk yang sudah tentu menjadikan sampah-sampah di hadapan Tabika berkenaan sebagai sarang?

Atau itu juga merupakan salah satu usaha PAS Kuala Kedah yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi untuk menghalang atau menghalau kanak-kanak di Kuala Kedah daripada belajar di Tabika KEMAS Taman Sri Putra, Kuala Kedah memandangkan PAS memang mempunyai rekod berbuat begitu sepertimana ketika mereka berkuasa di Terengganu dahulu.

Cuma di Kedah, mereka tidak berani mengunci atau merantai pintu pagar, sebaliknya meletakkan sampah di hadapan Tabika bagi mewujudkan ketidakselesaan kepada murid-murid dan tenaga pengajarnya.

Perangai busuk perut seperti yang ditunjukkan ini sememangnya mengundang kemarahan penduduk setempat. Hanya kerana ada kuasa di tangan, maka pelbagai perkara keji dihalalkan semata-mata untuk mencapai matlamat.

Sampah dan PAS sudah sinonim. Mengapa agaknya PAS amat gemar bermain dengan politik sampah sebegini sedangkan parti itu mempunyai peluang yang lebih baik untuk muncul sebagai adijuara rakyat apatah lagi dengan kuasa yang ada di tangan? Mengapa tidak ditunjukkan yang PAS amat bencikan sampah dan sentiasa memerangi sampah walaupun ianya di halaman rumah orang UMNO?


Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! NAN YANG SIANG PAU KATA GUAN ENG KECUT TELOQ..???!!! HEH!

Li Guan Eng - Surrender

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menyatakan kerisauannya yang Pulau Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. Ketua Menteri yang dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yang kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di halaman 6.

Beberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yang kini juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam pilihanraya umum akan datang.

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam pilihanraya umum akan datang, disamping baru ‘tersedar’ bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme.

Bila kita sebut skandal, ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di Pulau Pinang yang seboleh-boleh cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yang sedang menunggu jawapan dari Guan Eng.

Kita mahukan jawapan yang sebenar-benar jawapan kerana ‘jawapan’ yang ada sebelum ini hanya menjadi bahan ketawa sesiapa yang mendengar (Guan Eng mencabar syarikat UMNO membida dalam projek tersebut – apa pula kena mengenanya?)

Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yang gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yang bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yang baru oleh Guan Eng.

Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yang menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan oleh Mahkamah Tinggi terdaulu.

Dan sudah tentulah yang paling membingungkan kes moral membabitkan anak Guan Eng yang didakwa meraba buah dada seorang pelajar perempuan di sekolahnya sehingga sejumlah wang terpaksa dikeluarkan oleh keluarga Guan Eng untuk menutup kes tersebut dari menjadi isu besar.

Semua ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang, yang penulis percaya mendesak Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Tapi sudah tentulah bila bercakap tentang pembangkang seperti DAP, dia tidak akan melihat kesalahannya sendiri, sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada BN.

Kononnya menurut Guan Eng, pakatan harami tidak mampu menyaingi 3M (Money, Media & Machinery) yang dimiliki BN.

Inilah yang kita katakan Ketua Menteri bekas banduan ini otak benak. Dia tidak boleh membezakan keputusan rakyat dengan pengaruh wang. Seolahnya, kalau hak yang DAP menang itu sebab kuasa rakyat, kalau yang BN menang, itu kuasa wang.

Nampak sangat tindakan itu (menuduh BN menggunakan wang untuk menarik sokongan) adalah terdesak dan tidak keruan oleh seorang pemimpin yang mendakwa dirinya cekap dalam segala hal dan membawa ‘perubahan’ besar di Pulau Pinang, hanya dalam tempoh sepenggal menjadi Ketua Menteri.

Yang nyata, tindakan sistematik DAP ‘mengusir’ orang Melayu keluar dari bahagian pulau Pulau Pinang, akan menyebabkan protes besar-besaran yang membawa kepada tumbangnya kerajaan DAP. Ia tidak langsung berkaitan dengan wang atau apa sahaja yang dituduhkan DAP kepada UMNO dan BN.


Sumber: Klik sini

LAWAK PAGI INI...RUPANYA LESEN L PUN AZIZAN TAK ADA..!!! HEH..!!!

Mula-mula..Azizan membuat keputusan untuk membelok ke kiri...tapi memandangkan PEMANDUnya menasihatkan agar dia tidak berbuat demikian...maka dia terpaksa dengar dan tidak meneruskan keputusannya...

Kemudiaan, Azizan mahu membuat dasar PAS di Kedah...tapi memandangkan PEMANDUnya iaitu DAP memberi arahan kepada ANWAR untuk menyuruh HADI AWANG menyuruh Azizan tidak membuat dasar tersebut...maka dia terpaksa batalkan dasar PAS itu...

Demikianlah halnya Azizan yang kini punya 2 PEMANDU. Satu pemandu kereta..dan satu lagi pemandu kerajaan. Hairannya, Pok Nik Ajis, Guan Eng, Khalid Gagap dan Nizar Puppet tak payah ada PEMANDU pulak..!

Mungkin MB Pakatan Haram yang lain ada lesen besar...dan Azizan tu lesen L pun tak ada..!!! Heh!

Thursday, March 15, 2012

PAS ATAU KERAJAAN BN YANG ZALIM TERHADAP PENEROKA FELDA?

FELDA

PAS nampaknya cuba memporak perandakan lagi isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Terbaru, Salahuddin Ayub yang merupakan Naib Presiden PAS mahu sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan bagi membincangkan hal tersebut.

Selain itu, PAS mahu diadakan referendum antara pihak Felda dan para peneroka bagi menentukan sama ada mereka setuju atau tidak FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kononnya, PAS mahu memastikan kepentingan para peneroka dijaga sebaik mungkin oleh kerajaan dan tidak mahu melihat rakyat di kawasan tanah-tanah rancangan itu dinafikan.

Saya ingin bertanya, SEJAK BILA KERAJAAN BN MENAFIKAN KEPENTINGAN PARA PENEROKA FELDA?

Sejak Felda ditubuhkan, segala nikmat telah diberikan kepada para peneroka sehingga saya sendiri cemburu dengan kelebihan yang ada pada mereka.

Apa tidaknya? Bukan sekadar tanah percuma, segala kemudahan prasarana lengkap diberikan kepada seluruh keluarga peneroka. Jalanraya, sekolah rendah dan menengah, bekalan air dan letrik, balai-balai raya, kompleks sukan, padang bola, kedai-kedai runcit dan koperasi serta macam-macam disediakan oleh kerajaan.

Itu baru disebut kelengkapan kehidupan, belum lagi dikatakan mengenai subsidi dan ‘elaun tetap bulanan’ sebanyak RM1,500 sambil ‘goyang kaki’ dirumah ketika penanaman semula. Belum lagi disebut mengenai dividen, bonus, ‘duit raya’ dan pelbagai lagi bantuan kewangan yang dihulurkan seperti pinjaman tanpa faedah sebanyak RM40,000 seorang!

Segalanya telah diberikan sejak Felda ditubuhkan lebih separuh abad yang lalu dan masih berterusan sehingga kini dan dijangka selamanya. Semua keistimewaan itu, siapa yang tidak cemburu?

Dan PAS cuba mengandaikan bahawa Kerajaan BN menafikan kepentingan para peneroka Felda? Akal letak di kepala lutut, kah?

Hanya dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham, maka PAS fikir kerajaan mahu menganiaya peneroka Felda? Gila ke apa? Kerajaan sudah ‘berbuih mulut’ dan ‘lenguh-lenguh kaki’ keluar masuk tanah rancangan Felda memberi penjelasan mengenai faedah dan ‘durian runtuh’ melalui penyenaraian Felda.

Lagipun, kawasan-kawasan Felda merupakan ‘fix deposit’ undi BN. Takkanlah Kerajaan BN nak bertindak kejam kepada pengundi tetapnya? Takkanlah Kerajaan BN mahu kehilangan undi tetap dengan sengaja menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia? Sekali lagi PAS letakkan akalnya di kepala lutut?

Untuk apa Jawatankuasa Khas untuk penyenaraian FGVH? Dan apa perlunya referendum antara Felda dan peneroka?

PAS sudah ketinggalan ‘keretapi’? Cadangan penyenaraian Felda dibawa pertama kali ke Parlimen pada tahun 2003 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada pembentangan bajet kerajaan.

Kenapa PAS tidak suruh kerajaan tubuhkan Jawatankuasa Khas itu ketika ia diumumkan pada 9 tahun yang lalu? Agenda penyenaraian ini sudah diperbincangkan oleh sekurang-kurangnya 5 pakar ekonomi bertaraf antarabangsa dan ia dilihat memberik begitu banyak kelebihan kepada para peneroka, Felda dan negara.

Apakah hal mengenai pelaburan ekonomi ini layak diperbincang oleh ahli politik yang hanya tahu ‘menyalak’ di Parlimen? Sejak bila PAS begitu pakar mengenai pelaburan ekonomi dan bursa?

Sedangkan Kelantan pun tidak punya pelabur dan Kulim Hi-Tech pun mengharapkan agensi Kerajaan Pusat, kini PAS mahu bincang tentang pelaburan FGVH di Bursa Malaysia? Ukurlah baju di badan sendiri…

Referendum? Ketika Felda dan KPF mahu bincangkan hal penyenaraian FGVH di EGM mereka pada hujung Februari lalu, mengapa PAS halang? Mengapa Mazlan Aliman suka-suka pergi hasut peneroka untuk failkan injunksi di mahkamah?

Sepatutnya, Felda dan para peneroka membincangkan hal penyenaraian FGVH sama ada mereka bersetuju atau tidak mengenainya pada EGM KPF pada Februari lalu. Wakil-wakil KPF itu merupakan wakil-wakil peneroka. Samalah macam perwakilan PAS di Muktamar yang berbincang mengenai usul parti.

Jadi mengapa pula perlu Mazlan Aliman halang proses demokrasi itu? KPF dan Felda dah banyak kali buat EGM untuk menentukan hala tuju mereka. Jadi mengapa pula dihalang? Lainlah memang Mazlan dengki pada para peneroka…

Untuk buat referendum, Felda terpaksa keluar masuk tanah-tanah rancangan dan buat pengundian sama ada peneroka dan warga KPF setuju atau tidak berhubung penyenaraian tersebut. Macam pilihanrayalah! Dan pastinya ia membabitkan kos yang tinggi dan memerlukan masa yang lama serta menyusahkan ramai pihak.

Kenapa tidak digunakan cara sedia ada melalui EGM yang lebih mudah dan berkos lebih rendah dari menyulitkan perkara yang mudah begitu? Lagipun, tinjauan terhadap masyarakat peneroka menunjukkan majoriti mereka menyokong dan tidak sabar-sabar melihat penyenaraian FGVH menjadi kenyataan.

Yang membantah hanyalah sedikit sangat yang membabitkan segelintir peneroka yang berjaya dihasut Mazlan Aliman dan ANAK. Sebenarnya Mazlan Aliman takut kalah undi di EGM KPF dan sengaja mahu melengahkan penyenaraian FGVH dengan proses referendum.

Buat referendum pun dijangka peneroka akan memilih YA untuk penyenaraian FGVH. Jadi, apa bezanya? Cara mudah atau mudah saja, kan? Baik guna yang mudah dan kurang kos. Lainlah kalau PAS lebih suka tak pakai otak dan akal untuk berfikir…


Sumber: Klik sini

Tuesday, March 13, 2012

LAWAK PAGI INI..!!! GUAN ENG KENA TAMPAR MELAYU LEKAT 5 JARI..!!! HAHAHAHAAAAA..!!!

Korang ingat tak insiden Guan Eng kena tampar kat Penang hari tu? Hahahahaaaaa...!!! Sampai sekarang aku takleh lupa..!!! Muahahahaaaaaa..!!!

Tu laaaa...lain kali cuba la try kurang ajar dengan orang Melayu Penang. Tu baru kena penampar Melayu. Aku dengar, PRU13 kali ni ada orang India pulak nak silambam Guan Eng!

So, aku fikir Guan Eng kena bawak Kit Siang teman dia pegi kempen pada PRU13 ni. Bukan apa...senang sikit nak mengadu bila kena silambam...heh!

p/s: Jangan sampai kena kungfu MCA dan Gerakan dah laaaa...! Heh!

Monday, March 12, 2012

PEMIMPIN KPF SANGGUP BELA TAUKE CINA DARI BELA PENEROKA FELDA..? PELIK BETULLL..!!!


Sebelum ni, telah ditulis mengenai duri dalam daging yang tak pedulikan suara PM di dalam Felda/KPF di sini.

Telah ditulis juga mengenai sebuah syarikat pembekal roti High-5, Silver Bird, yang kerugian RM ratusan juta dan menyebabkan peneroka rugi RM puluhan juta melalui pelaburan oleh kepimpinan KPF di sini dan di sini.

Sila baca kesemua link sekiranya 'tertinggal keretapi' dalam isu ini...

Persoalannya seterusnya, KENAPA KEPIMPINAN KPF "MENYELAMATKAN" SILVER BIRD DAN TAMBAH PELABURAN DI SYARIKAT YANG TIDAK MENDATANGKAN HASIL ITU?

Aku difahamkan bahawa kepimpinan KPF sangat rapat dengan Boss Berjaya Group. Berjaya Group ni milik Vincent Tan, bukan seorang yang ada kena mengena dengan Felda dan businessman Cina yang lazimnya hanya fikir tentang untung, untung dan untung.

Atas "jalinan sahabat" inilah maka ada "kowtim kuat" antara satu sama lain - DZ dan Berjaya Group. Maka dalam satu projek yang beri nama "Gedung Makanan Negara", Berjaya Group dapat supply roti dan susu di seluruh Felda secara percuma (dibiaya oleh Felda laaa). Mahal kontrak tu...

Tapi mujurlah ia tidak dibuat secara menyeluruh memandangkan bajet yang tak cukup. Persoalannya, kenapa kontrak tu diberikan pada Berjaya Group? Bukankah ia boleh diberikan kepada para peneroka dan generasi kedua di Felda?

Apa ingat peneroka tak reti buat roti dan tak reti buat susu ke? Heh! Kalau korang nak tahu, peneroka dah lama export barangan mereka ke luar negara tau! Dah advance dahhh! Dah tu kenapa tak beri pada peneroka?

Selain boleh membantu ekonomi peneroka, para peneroka dekat dengan kawasan tanah rancangan masing-masing dan itu boleh mengurangkan kos pembiayaan KPF sendiri.

Persoalannya lagi, mengapa nak tolong sangat orang Cina yang memang dah kaya raya dan tak ada kena mengena dengan Felda dan kepentingan peneroka?

Atau ada muslihat kot? Ada udang di sebalik meggi? Atau ada envelope di bawah meja? Aku dengar ada yang dah beli 2 unit double story semi-D yang dipecah menjadi satu untuk dijadikan banglo mewah berjuta nilainya.

Kaya betul, ye? Sponsorship dari sesiapa ke? Nak suruh SPRM siasat ke? Nanti malu kat anak bini pulak nanti...heh!

Mungkin la sebab tu diorang takut sangat Isa Samad take over KPF. Takut semua 'harta karun' yang diorang sembunyikan dalam KPF tu terbongkar, kot? Heh! Dah selesa sangat dah dengan 'harta karun' atas angin tu, kan?

Padahal, kepentingan para peneroka tak pulak dipentingkan. Mazlan Aliman aniaya peneroka di mahkamah, KPF buat tak tahu je! Heh! Macam tu pun ada hati lagi nak kekal jadi pemimpin KPF? Tak malu ke, boss? Heh!

GEMPARR..!!! MUSLIMUT PAS SELANGOR PAKAT NAK BALUN KHALID RAMBUT SERABUT..!!!


Kengkawan ingat tak Muslimut PAS yang buat konsert 'black metal' terkinja-kinja macam Yahudi mabok masa himpunan 901 tempohari? Alaaa..yang nama Aiman Athirah Al-Jundi tu..

Dia nak buat kecoh lagi. Muslimut PAS Selangor tu nak tuntut KERAJAAN BERSIH.Kali ni dia nak hentam Khalid gagap..?!!! Heh!

Rasanya Muslimut PAS tak payah nak desak Kerajaan BN sebab Najib memang sedang membersihkan lagi kerajaan yang memang dah bersih dah ni...

Sebab tu aku syak Al-Jundi tak tahu malu tu buat tuntutan kat Khalid Gagap. So far, Kerajaan Khalid gagap adalah yang paling kotor sekarang. No.2 paling kotor kerajaan Guan Eng! Cuci pakai vanish, klorox dan letak iodin pun belum tentu bersih..!!!

Contoh ketara, Khalid Gagap lantik abang dia jadi Boss pasir kat Selangor, jilat bontot Ronnie Liu, zalim kat umat Islam dan aqidah, zalim kat Hasan Ali dan hampir mufliskan Yayasan Selangor. Tu belum sebut si gagap tu cuba rembat duit zakat Selangor lagi tu...heh!

Weh Al-Jundi. Kalau rasa betul ikhlas nak kerajaan bersih. Hang pi marah dulu kat Khalid tak reti sikat rambut tu. Kasi betul yang depan mata tu dulu laaa..!!! Negeri pun tak lepas...ada hati nak pegi Federal...heh!

LEPAS ANIAYA PENEROKA FELDA, MAZLAN ALIMAN SABOTAJ FELDA PLANTATION PULAK..!!!

felda plantation

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pihak pembangkang menjadi loji najis paling busuk apabila menghimpunkan ramai orang-orang bodoh sombong di dalamnya.

Mungkin diperingkat veteran, Mahfuz Omar mengetuai golongan ini. Namun bagi generasi muda Pas Pis Pus, Mazlan Aliman adalah ketuanya.

Sebelum ini kita menyaksikan pencacai PKR, Rafizi Ramli menuntut perkara yang tidak masuk dek akal mengenai pembiayaan pertunangan anak perempuan PM. Dan kali ini, giliran Mazlan Aliman pula menunjukkan kebodohannya.

Kebodohan terbaru Mazlan Aliman ialah apabila membuat sidang akhbar dan memaklumkan dia dan ANAK akan memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda, Felda Plantation, memajakkan tanahnya seluas 360,000 kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Tujuan utama Mazlan Aliman berbuat demikian adalah untuk menghalang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet yang lalu.

Sekiranya Mazlan Aliman berjaya menghalang penyenaraian FGVH ini, maka secara automatiknya penghasut dan pengacau bilau Felda itu akan berjaya memalukan Perdana Menteri dan kepimpinan Felda, khususnya Tan Sri Isa Samad.

Sebelum ini, Mazlan melalui segelintir peneroka yang telah dihasut, berjaya memfailkan injunksi terhadap Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk tidak membincangkan usul menjual kepentingan KPF kepada Felda Holdings yang akan membantu mempercepatkan penyenaraian tersebut.

Persoalannya, apakah hak Mazlan Aliman untuk menghalang Felda Plantation untuk berbuat demikian? Felda Plantations merupakan syarikat milik penuh Felda dan Mazlan Aliman bukanlah salah seorang pemiliknya atau lembaga pengarah di dalam syarikat itu.

Tindakan Mazlan Aliman itu adalah seolah-olah memfailkan injunksi terhadap Robert Kuok untuk menghalangnya menjual Malayan Sugar Manufacturing (MSM) kepada Felda.

Siapa Mazlan Aliman untuk menghalang Robert Kuok jual kilang gula terbesar di Malaysia itu? Robert Kuok tu staf Mazlan Aliman ke? Berapa peratus pegangan saham Mazlan Aliman dalam MSM? Dia ingat kilang MSM tu bapak dia yang punya ke?

Sama juga dengan isu fail injunksi terhadap Felda Plantation ini. Mungkin dia fikir sudah berjaya sabotaj ‘durian runtuh’ peneroka dengan memfailkan injunksi terhadap KPF, maka dia nak sabotaj pula Felda Plantation..?!

Pada KPF boleh la dia buat begitu, tapi mungkin tidak pada Felda Plantation. Mazlan Aliman berjaya sabotaj peneroka Felda kerana dia memperalatkan segelintir peneroka dan ahli KPF yang dihasutnya. Hasil hasutan jahat itulah Mazlan Aliman failkan injunksi.

Cuba rujuk balik fail injunksi tu, nama Mazlan Aliman langsung tak ada. Yang ada cuma nama-nama peneroka yang berjaya ditipu Mazlan Aliman.

Lagipun, sumber dalam Felda memberitahu bahawa ‘kepimpinan KPF sengaja tak mahu lawan injunksi’ tersebut. Ini adalah disebabkan oleh kepimpinannya yang tak suka pada penyenaraian itu, tak suka pada Isa Samad yang diminta untuk menggantikan Pengerusi KPF dan tak mahu kehilangan projek-projek yang diperoleh melalui KPF.

Sebab itulah Mazlan Aliman berjaya failkan injunksi terhadap KPF dan diterima mahkamah.

Persoalannya, siapa pula Mazlan Aliman nak peralatkan untuk failkan injunksi terhadap Felda Plantation di mahkamah? Dia nak suruh ahli lembaga pengarah Felda Plantation ke? Takkan nak suruh Rafizi Ramli atau Mahfuz pulak kot? Apa pula hak mereka dalam Felda Plantation?

Sebetulnya, Mazlan Aliman memang “all out” cuba mensabotaj dan menghuru-harakan Felda. Setahu saya yang sudah berkali-kali pusing tanah rancangan Felda, hampir semua peneroka faham mengenai penyenaraian FGVH dan mahu ia disegerakan.

Dan paling penting, mereka memang bencikan Mazlan Aliman. Lagi Mazlan Aliman buat kacau, lagi mereka bencikan dia. Mungkin kerana tahu dirinya ditolak peneroka dan gagal dalam mendapatkan sokongan politik, Mazlan Aliman gunakan putar belitnya mempergunakan saluran undang-undang.

Saya dapat tahu bahawa pihak Felda dengan kepimpinan Isa Samad telah bersedia dengan injunksi terhadap Felda Plantation ini. Harapnya tiada pula sabotaj yang timbul dari kepimpinan KPF atau “pengurus besar” dan ‘3 beradik’ yang sepatutnya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ itu.

Mereka tak sedar ke Pakatan Haram akan tutup dan bubarkan Felda kalau menang PRU13 ni?


Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! 8 JAWAPAN PADA TUNTUTAN RAFIZI SUDAH TERJAWAB DI SINI..!!!

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tuntut 8 perkara dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkenaan pembiayaan pertunangan anaknya yang berlangsung pada tahun lalu.

Pada saya, Perdana Menteri tak perlu jawab tuntutan Rafizi tersebut.Beliau banyak lagi kerja untuk dibuat. Najib bukannya tak ada kerja macam Rafizi, Anwar, Zuraida ‘Mak Lampir’ dan puak-puak pembangkang yang lain.

Lagipun, siapa Rafizi untuk diberi keistimewaan untuk dijawab setiap soalan atau tuntutan yang dibuatnya? Rafizi bukan peguam atau hakim mahkamah.

Pada saya, Rafizi hanyalah pencacai yang ditugaskan Anwar untuk memburuk-burukkan Najib saja. Itu saja kerjanya untuk mencari rezeki menyara keluarga. Tak tahulah halal atau tidak…

Tapi, kalau Rafizi nak juga jawapan bagi kelapan-lapan tuntutannya itu, saya boleh jawabkan. Tapi janganlah marah atau tak puas hati pula dengan jawapan yang bakal diberikan. Tuntutan yang berunsur fitnah memang selayaknya dijawab sebegitu.

Berikut adalah tuntutan Rafizi dan jawapan saya…

1. Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau.

Jawapan: Tak perlu dilayan. Sebab Najib bukan pekerja Hotel Shangrila. Dokumen tu mungkin dikeluarkan oleh Hotel Shangrila atau Rafizi sendiri yang reka dan keluarkan, dan bukan dari Najib.

2. Najib perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh Rafizi adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu.

Jawapan: Juga tak perlu dilayan tuntutan bodoh ini. Jawapannya sama seperti di atas. Soalan bodoh dari orang yang bodoh. Next…

3. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut.

Jawapan: Tak payah. Sebab dulu masa Rafizi menikah (saya dengar dia dah menikah), Pakcik Ramli tak kemukakan salinan PO pada rakyat pun. Arwah Pakcik Ibrahim (bapak Anwar) pun tak dedahkan PO. Bapa Rafizi bertunang dan nikah dengan mak Rafizi ada tunjuk PO kat rakyat tak?

4. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia.

Jawapan: Tak perlu dibuat. Semua rekod adalah rahsia Kerajaan. Buat apa nak dedah kat Rafizi? Bodoh betul la. Dah tak dibayar dengan duit kerajaan, macam mana nak ada rekod. Logik pun boleh fikir. Memang tak ada rekod langsung. Setahu saya, tauke restoran mamak pun takkan layan kalau didesak Rafizi kemukakan rekod akaun mereka pada orang ramai.

5. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Jawapan: Tak perlu. Itu hak peribadi PM dan keluarga. Kenapa Rafizi nak tahu tentang hal peribadi orang ni? Jaga tepi kain sendiri sudah la. Menyibuk betul! Cuba pergi tanya Kak Wan tu macam mana dia menikah dengan Anwar dulu. Saya dengar Anwar bawa lari Kak Wan, kes kahwin lari. Ada invois tak?

6. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.

Jawapan: Tak perlu pun. PMO banyak lagi kerja berfaedah nak dibuat. Dari melayan kehendak bodoh Rafizi, baik pergi buat kerja dan tolong rakyat. Dah confirm Najib yang bayar pakai duit sendiri. Rafizi ingat Najib pakai duit Soros macam Anwar tu ke?

7. Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut.

Jawapan: Tak perlu jawab jugak. Jawapannya macam di atas, PMO banyak kerja lain yang lebih berfaedah. Rafizi boleh pergi ke Kelantan dan tanya kambing Japari milik Husam Musa untuk mengetahui jawapan. Itu pun kalau kambing tu nak jawab…

8. Najib perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

Jawapan: Gila ke apa sampai nak tahu hal-hal akaun peribadi orang ni? Gila ke apa ni? Itu semua hal “private and confidential” la. Cuba pergi minta pada Anwar tentang butiran akaun peribadinya di Bank Israel tu. Tak pun tanya Nurul Izzah. Khabarnya beratus juta duit mereka di bank tersebut! Itu pun kalau anak beranak tu nak mengaku dan dedahkan la…

Kesimpulannya, pada saya memang tak perlu layan pun ‘sampah’ macam Rafizi ni. Dia memang cari makan begitu. Tak ada kerja lain selain buat kecoh kononnya ada itu dan ini. Padahal tujuannnya untuk memburuk-burukkan PM dan Kerajaan. Tak tahulah sampai bila dia nak buat begitu. Mungkin sampai pencen kot?


Sumber: Klik sini

LAWAK PAGI INI..!!! TERESA KOK DAN RONNIE LIU "THREESOME" KHALID TAK RETI SIKAT RAMBUT..???!!!


Kesian mamat tak reti sikat rambut ni. Teruk betul dia kena marah dengan Teresa Kok dan Ronnie Liu. Dengan amoi tua tu pun takleh lawan ke? Heh! Kang kalau cakap dayus kang, dia marah lak nanti...heh!

Yang aku herannya, Anwar tak backing Khalid pun! Heh! Tentu Anwar suka Khalid kena marah sebab senang la nanti "madu" dia si Azmin jadi MB Selangor...heh! Tu pun kalau Pakatan Haram menang PRU kat Selangor nanti laa...heh!

Masalahnya..rakyat Selangor dah serikkk..!!! Ramai dah aku dengar yang kasi undi kat Pakatan Haram masa PRU12 dulu menyesal dan tak mau kasi undi kat diorang lagi dah.

Diorang kata, Khir Toyo dulu jauh lagi bagus...heh! Tapi peliknya, diorang taknak Noh Omar pulak dahhh..!!! Heh! Macam-macam...

Sunday, March 11, 2012

AKTIVIS BERSHIT MARAH DISEKAT MASUK KE SARAWAK..!!! HEH..!!! PADAN MUKA..!!!

mariachinpeng

Saya menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sarawak yang menyekat mereka-mereka yang suka buat kacau bilau seperti aktivis-aktivis Bershit 2.0 dari memasuki bumi Sarawak.

Terbaru, aktivis Bershit 2.0, Maria Chin Abdullah telah dilarang Kerajaan Negeri Sarawak untuk masuk ke negeri itu. Berang dan marah dengan keputusan tersebut, Maria Chin mengadu pada Malaysiakini memohon simpati.

Maria Chin yang sememangnya sering berfikiran negatif dan selalu bersyak wasangka buruk terhadap kerajaan sedia ada mahu masuk ke Sarawak untuk bertemu segelintir aktivis Bershit di negeri itu untuk berkempen sempena PRU 13.

Menurut laporannya, Maria Chin yang gagal membersihkan hatinya meskipun selepas memeluk Islam itu menyifatkan Kerajaan Negeri Sarawak tak mahu membenarkan jawatankuasa Bershit memantau PRU 13.

Pada saya, ia adalah satu keputusan yang sangat tepat untuk menghalang anasir-anasir negatif dari menular ke negeri Bumi Kenyalang itu. Sememangnya Kerajaan Negeri Sarawak berhak menyekat mana-mana individu yang tidak diingini untuk masuk ke negeri itu.

Kepada mereka yang berekod baik, waras, bagus dan tak buat huru-hara, mereka akan diterima baik untuk masuk pergi ke Sarawak tanpa sebarang halangan. Malah mereka dialu-alukan untuk melawat negeri tersebut.

Setahu saya, Kerajaan Negeri Sarawak tak pernah menyekat mana-mana individu yang baik rekodnya untuk masuk ke negeri itu. Tapi, kalau ada rekod buruk dan buat hal di Semenanjung, jangan haraplah nak masuk ke negeri Borneo itu.

Tak percaya? Tanya Gobalakrishnan. Ketika Pilihanraya Negeri Sarawak berlangsung, Gobalakrishnan yang ketika itu sudah keluar dari PKR, nak masuk ke Sarawak untuk tolong BN berkempen.

Tapi dia tak lepas masuk ke Sarawak. Hanya setakat sampai di lapangan terbang saja. ‘Kantoi’ di imigresen sebab dia termasuk antara yang dilarang masuk ketika itu. Dipercayai dia dilarang masuk sebab pernah menyertai beberapa demonstrasi ketika bersama PKR.

Pada saya, perkara ini sepatutnya diamalkan juga di Sabah dan negara kita, Malaysia. Pada saya, mana-mana individu yang suka buat hal dalam negara eloklah dibuang kerakyatan dan dihalau keluar dari negara ini.

Nak kata zalim, katalah. Biar dikatakan zalim asalkan negara ini aman damai tanpa mereka. Tak rugi untuk kehilangan warganegara tak berguna seperti itu.

Sebenarnya, Iran sudah lama membuat dasar seperti itu. Kerajaan Iran halau dan buang kerakyatan warganegaranya yang suka timbulkan huru-hara di negara itu.

Contohnya baru-baru ini sekumpulan wanita yang telah pun dibuang negara bertindak memprotes negara asal mereka (Iran) dengan berbogel. Kumpulan itu memperjuangkan hak kebebasan seks terhadap wanita. Lebih kurang macam LGBT Seksual Merdeka la.

Namun Iran buat selamba saja. Nak kata Iran zalim? Katalah. Iran tetap Iran dan antara negara Islam yang terkuat dan menyengat selain Malaysia.

Pada saya, sekiranya dasar tersebut dilaksanakan di negara ini, individu pertama yang perlu dinyahkan ialah Anwar. Kedua ialah Ambiga dan ketiga ialah Mahfuz. Kemudian diikuti oleh Lim Kit Siang dan son, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ronnie Liu.

Rasanya tak Malaysia tak rugi kalau tak ada individu yang bersikap seperti mereka. Tak rugi kalau tak ada agen Yahudi di sini. Tak rugi kalau tak ada penaung LGBT dan Bershit di sini. Tak rugi kalau tak ada ‘Arab’ berotak lembu di sini dan tak rugi juga kalau tak ada kafir harbi di Malaysia.

Tak tahulah, tapi itu pendapat saya saja. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tidak. Apa pula kata anda? Lebih suka Anwar terus meliwat di Malaysia atau diluar negara? Tepuk dada dan rujuklah pada Islam.


Sumber: Klik sini

TEGURAN TERBUKA KEPADA YB-YB UMNO/BN DI KAWASAN FELDA..!!!


Yb patut malu pada YB Kamalanathan yang sanggup perjuang rintihan peneroka berbangsa Melayu..!!!

Aku difahamkan semalam bahawa sekumpulan wakil dari Gugusan Felda Sg. Dusun yang merangkumi tanah-tanah rancangan Felda di Selangor menemui Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan untuk meminta Kerajaan mempercepatkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Gugusan Felda Sg. Dusun terdiri dari Felda Soeharto, Felda Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan dan Felda Gedangsa. Kumpulan tersebut mewakili para peneroka ribuan di tanah rancangan masing-masing.

Menariknya, Kamalanathan yang berbangsa India, sanggup membantu memperjuangkan suara warga peneroka yang berbangsa Melayu. Malah Kamalanathan berikrar untuk membawa gesaan dan permintaan warga peneroka itu ke Parlimen dalam masa yang terdekat.

Aku melihat, Kamalanathan memang seorang YB yang bagus. Tak sia-sia BN letak dia sebagai calon BN pada PRK Hulu Selangor. Dia kuat berkerja dan sering menyelesaikan masalah rakyat. Dan kali ni, dia tak pilih bulu untuk bawa suara rakyat Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Dia tahu tindakannya itu untuk rakyat...

Persoalannya, apa pulak kerja ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO/BN yang lain buat di kawasan Felda masing-masing? Tak malu ke dengan Kamalanathan? Dia seorang India, tapi tegas dan sanggup berjuang untuk warga Felda yang berbangsa Melayu.

Mana ADUN-ADUN dan MP-MP yang mewakili kawasan-kawasan Felda yang lain? Mana yang di Johor? Mana yang di Pahang? Mana ADUN Jengka? Mana YB-YB yang berbangsa Melayu di Perak, Kedah, Perlis dan di seluruh negara yang lain? Kenapa tak perjuang suara peneroka yang mahukan penyenaraian FGVH dipercepatkan?

Tak payah tipu. Aku dah round banyak kawasan tanah rancangan Felda. Boleh dikatakan hampir semua peneroka dan ahli KPF yang setuju dan mahu FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia. Kenapa tak perjuangkan suara mereka?

Dah lama dah PM laungkan penyenaraian FGVH. PM dah beri jaminan dan Felda pun dah beri penjelasan demi penjelasan. Kenapa tak sahut suara PM? Kenapa pulak tak suarakan kehendak dan keperluan rakyat yang mahu Felda maju ke hadapan?

Bila Mazlan Aliman failkan injunksi dan diterima di mahkamah, maka secara automatik para peneroka dah teraniaya. "Durian runtuh" mereka melalui penyenaraian dinafikan oleh mereka-mereka yang dengki dan menghasut segelintir minoriti peneroka Felda.

Aku nak tanya, apa YB-YB ni buat bila peneroka dianiaya Mazlan Aliman? Apa penerangan atau penjelasan yang YB-YB buat? Kenapa tak counter balik apa yang Mazlan Aliman tu buat? Kenapa tak tarik balik mereka-mereka yang termakan hasutan Mazlan Aliman tu?

Bila PM sebut soal "winnable candidate", semua YB-YB mendabk dada nak tunjuk diri tu "winnable candidate". Tapi bila rakyat dibawah kawasan tu dianiaya dan takde saluran untuk mengadu, mana perginya "winnable candidate" tu? YB-YB nak jadi calon, tapi taknak buat kerja...camana ni? Macam ni ke ciri-ciri 'winnable candidate'?

Aku faham la Felda tu tempat 'selamat' bagi calon UMNO/BN. Tapi, dengan sikap YB-YB begini, tak mustahil warga Felda boleh protes dan tak beri undi pada BN nanti. YB-YB nak BN kalah di semua DUN dan Parlimen yang ada peti undi Felda ke..???

Aku akan pantau hal ni. So far, Kamalanathan dah buktikan dia berbaloi untuk dipilih jadi calon BN pada PRU ke-13 nanti. So far hanya dia seorang. Aku tunggu lagi ADUN-ADUN dan MP-MP yang akan bersuara untuk warga Felda di tempat masing-masing.

Hanya yang betul-betul ikhlas bersuara dan berjuang untuk rakyat saja yang akan dilistkan sebagai winnable candidate nanti. Aku ingat nama sorang-sorang YB. Mana yang tak dilistkan, jangan harap la aku nak sokong. Silap-silap aku hentam dia on the spot...heh!

Jangan ingat YB-YB dah hidup senang dan jadi YB di DUN dan Parlimen masing-masing maka YB-YB boleh lepas tangan sebab duduk di kerusi 'selesa' sebab ada undi dari peneroka Felda. Jangan ingat kami bloggers tak pantau YB dari UMNO/BN...heh!

Aku cabar YB-YB UMNO/BN untuk create waves dari Felda masing-masing dan menyuarakan sokongan secara terbuka serta serius berhubung penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Tolong kumpul warga Felda di tempat masing-masing dan tuntut KPF "bangun dari tidur".

Kepimpinan KPF dah 'banyak lemak' dah sampai melupakan kepentingan peneroka dan sebaliknya mementingkan SILVER BIRD tu. YB-YB dan para peneroka perlu bangkit kejutkan KPF yang "masyukkk poket sendiri" tu.

Bangunlah demi rakyat di Felda yang dinafikan hak oleh Mazlan Aliman dan PAS PIS PUS..!!!

ARTIKEL TERBAIK UNTUK RAFIZI RAMLI MINGGU INI..!!! MESTI BACA..!!!

najibdaughter

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi bercakap bohong apabila mendakwa Perdana Menteri menggunakan kewangan kerajaan untuk membiayai majlis pertunangan anaknya, Nooryana Najwa Najib dengan Daniar Nazarbayev di Seri Perdana pada 17 June 2011.

Kita tidak perlu kenyataan Perdana Menteri pun untuk mengesan pembohongan Rafizi dan Malaysiakini.com Dengan membaca menggunakan akal dan membuat penafsiran logik sahaja kita sudah dapat menjangkakan ini merupakan satu lagi manipulasi maklumat untuk memburukkan kerajaan bukannya untuk mendedahkan penyelewengan.

Menurut Malaysiakini.com, “PKR hari ini mendedahkan bukti yang mendakwa kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan. Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).”

Kenyataan Malaysiakini bahawa PKR mengemukakan bukti menunjukkan kerajaan membiayai majlis pertunangan anak Perdana Menteri merupakan andaian berniat jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti jelas.

Apa yang dikemukakan oleh Rafizi bahawa ia hanyalah satu dokumen tempahan bukannya dokumen pembayaran.


Sudah sememangnya pegawai-pegawai peribadi para Menteri membantu boss mereka untuk melakukan tempahan mahu pun menguruskan sesuatu acara walaupun ia bukan acara kerajaan. Apatah lagi jika acara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri maka mahu tidak mahu para pegawai Perdana menteri perlu memabantu dan membantu menjayakan program tersebut. Adalah sangat tidak masuk akal untuk para pegawai Perdana Menteri dan juga pasukan keselamatan untuk mengabaikan perjalanan acara peribadi di kediaman Perdana Menteri.

Ini kerana sungguhpun ia acara peribadi, namun kedudukan Perdana Menteri merupakan Perdana Menteri Malaysia 24 jam sehari, 7 hari seminggu bukannya mengikut jadual waktu pejabat seperti pegawai kerajaan biasa.

Rafizi mengetahui bahawa acara ini dibiayai oleh keluarga Perdana Menteri sendiri. Sebab itu, Rafizi dalam kenyataan kemudiannya menyatakan,

“”Even if he paid for the event from his own pocket (later), it is still a moral issue as he cannot pay for a private function through the PM’s office.”

Jika Malaysiakini dan Rafizi begitu yakin berlaku penyelewengan dalam isu ini mengapa ia perlu menyatakan kemungkinan Perdana Menteri membayar sendiri dan mempertikaikan pula isu moral kerana menggunakan pegawai-pegawai beliau di Pejabat Perdana Menteri.

Berdasarkan kenyataan Rafizi sendiri adalah jelas beliau mengetahui Datuk Seri Mohd Najib menanggung sendiri kos pertunangan anaknya. Namun untuk mensensasikan isu ini, maka Rafizi melontarkan persoalan seolah-olah kerajaan yang membayar kos tersebut.

Malahan, tindakan Malaysiakini yang hanya berani meletakkan tajuk dalam inverted commas, ’PMO paid for engagement do of Najib’s daughter’, menunjukkan mereka sendiri tidak yakin dengan kenyataan Rafizi dan tidak mahu terbabit menuduh. Namun sebagai media yang bertanggungjawab menjaga kepentingan PKR, mereka harus menggunakan isu ini untuk menjejaskan imej kerajaan dan Perdana Menteri.

Yang melucukannya terdapat hampir 80 pembaca Malaysiakini mengaggap ia merupakan cerita betul dan menuduh Perdana menteri telah melakukan penyelewengan. Mereka ini sungguhpun bijak berbahasa Inggeris sebenarnya tidak mempunyai kemampuan berfikir yang baik. Mereka hanya percaya apa sahaja yang dilontarkan oleh pemimpin mereka untuk survival politik.

Bagi Malaysiakini sendiri, ia hanya memalukan tradisi kewartawanan bebas yang mereka perjuangkan. Sebenarnya, tiada kebebasan kewartawanan dalam Malaysiakini. Mereka hanya bebas berbohong, memanipulasi berita dan menimbulkan kekeliruan bagi tujuan mewujudkan kebencian pembaca dan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.



Sumber: Klik Sini

GEMPARRR..!!! AZIZAN RAZAK TERPAKSA PANGGIL ANWAR " MASTER SIFU" LEPAS NI..!!!


Ketua segala malapetaka di negara ini, Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Azizan Abdul Razak di Kediaman Menteri Besar Kedah, Jalan Sultanah Bahiyah, Alor Star.

Menariknya pertemuan itu sepatutnya pertemuan sulit antara Anwar Ibrahim dengan Azizan Abdul Razak tetapi berjaya dihidu oleh pemberita. Pertemuan tersebut berlangsung dari jam 10:00 pagi sehinggalah jam 11:30 pagi. Selepas menyedari kehadiran wartawan, Anwar Ibrahim yang diketahui berkulit muka tebal, akhirnya membuat kenyataan media, sekalipun kenyataan media tidak ada dalam perancangannya. Bahkan kedatangannya ke Kedah juga cuba dirahsiakan.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah 8 orang pimpinan dan ahli PKR yang diketuai oleh Ahmad bin Kassim, Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Dalam sidang medianya, Anwar menyatakan bahawa dia sekadar menziarahi Menteri Besar yang sedang sakit mata. Kesempatan pertemuan tersebut telah digunakan untuk membincangkan tentang pelbagai isu di Kedah.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diterima, antara perbincangan yang dibuat antara Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar ialah tentang cara meningkatkan pembangunan di Kedah. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Anwar Ibrahim membincangkan tentang pembahagian ghanimah di Kedah untuk mengembongkan kocek serta kantung para pemimpin dan ahli-ahli PKR di Kedah.

Anwar Ibrahim turut mengajar Azizan Abdul Razak tentang kepentingan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang ditubuhkan untuk mengawalselia, mentadbir dan menguruskan Kedah dengan menjadikan Azizan sebagai boneka sepertimana British menjadikan Sultan-Sultan Melayu sebagai boneka mereka dari pertengahan abad ke-18 sehingga awal abad ke-20.

Menurut Anwar, peranan Jawatankuasa Pemandu Pusat hanyalah untuk memberikan nasihat dan tidak langsung menggugat dasar, peraturan dan undang-undang negeri sekaligus menolak tanggapan bahawa PAS Pusat menguasai pentadbiran negeri. Bagaimanapun Anwar ketika ditanya oleh Menteri Besar, bagaimana sekiranya ‘nasihat’ daripada Jawatankuasa Pemandu Pusat tidak dituruti atau dipatuhi oleh Menteri Besar, apakah natijah yang akan diterima oleh Menteri Besar, tidak dapat menjawab atau bersuara. Sebaliknya dia cuba berputar belit seolah-olah Azizan Abdul Razak adalah seorang budak bodoh yang berhingus hijau pekat.

Anwar memberitahu Azizan, Jawatankuasa Pemandu melibatkan pimpinan PAS Pusat yang ada sedikit pengalaman, akan cuba membantu memberikan nasihat dan idea kepada Menteri Besar. Anwar kemudiannya memberikan contoh dirinya sendiri.

Katanya, dia adalah penasihat kepada Menteri Besar Selangor, hanya berperanan memberi nasihat, bukannya hendak mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, sekali lagi Anwar tidak dapat menjawab dengan baik apabila disindir tentang mandatorinya nasihat yang Anwar Ibrahim berikan kepada Khalid Ibrahim sehinggakan ratusan juta ringgit dihabiskan untuk seorang yang pincang tugas.

Kalau Anwar Ibrahim menganggap Menteri Besar yang berusia 72 tahun itu sebagai seorang tua yang uzur dan terdesak selain bodoh dan bebal, dia telah pun melakukan kesilapan yang sangat besar.


Sumber: Klik sini

TUPAI TUA TERINGIN NAK MAKAN PENAMPAR AZIZAN RAZAK KE..? HEH..!!!

Nampaknya Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat tidak menghiraukan amaran Menteri Besar Kedah untuk tidak turut campur dalam kemelut yang melanda PAS Kedah. Memang sudah dijangka, Nik Aziz memang degil dan suka menyibuk.

Nik Aziz dalam kenyataan terbarunya di Harakahdaily menganggap kemelut itu selesai dalam tulisannya bertajuk ‘Kemelut Kedah: Biduk Lalu Kiambang Bertaut’.

Nik Aziz menulis…

1. Saya merakamkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas penyelesaian yang telah berlaku di Kedah setelah melalui kemelut dalam isu perlantikan exco baru-baru ini. Kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini enggan menerima jawatan mereka saya kira merupakan satu titik noktah terhadap krisis yang melanda PAS Kedah ini.

Benarkah sudah selesai? Ketika kemelut PAS Selangor yang membabitkan Hasan Ali tempohari juga Nik Aziz kata ‘selesai’. Padahal kemelut itu semakin kusut dan teruk sehingga membawa pemecatan Hasan Ali serta merta dari PAS.

Dan begitu juga dengan kemelut PAS Kedah. Ia masih membara ‘di dalam’. Bagai ‘api dalam sekam’. Apa yang Nik Aziz tahu tentang PAS Kedah? Sedangkan PAS Kelantan pun dia tak tahu. Sedangkan rumah pelacuran berdekatan pejabatnya pun dia tak tahu, apatah lagi berkenaan PAS Kedah.

Sebab itulah Azizan suruh Nik Aziz diam dan tidak mencampuri urusan kemelut PAS Kedah. Azizan lebih tahu dan tak mahu Nik Aziz dilihat bodoh mengeluarkan kenyataan begini. Malangnya, Nik Aziz degil dan tetap mahu menunjukkan kejahilannya juga di mata rakyat.

Nik Aziz menulis lagi…

2. Saya minta kepada semua pendokong perjuangan Islam agar dapat bangun pada malam ini untuk menunaikan qiyamullail dan mendirikan solat tanda syukur kepada Allah SWT terhadap penyelesaian yang sungguh bermakna ini.

Ketika Nik Aziz kata kemelut Hasan Ali ‘selesai’, dia suruh PAS buat kenduri. Mungkin masa itu Nik Aziz lapar nasi minyak. Teringin nak makan kenduri. Tapi dia juga yang malu sendiri. Tak ada kenduri pun yang dibuat memandangkan kemelut Hasan Ali tidak selesai pun sebagaimana yang difatwakan…

Jadi sekarang Nik Aziz nak suruh buat sambutan lagi? Nak malu sekali lagi ke?

Nik Aziz menulis lagi…

3. Kemelut ini saya kira sungguh istimewa, yang biasa didengar khususnya berlaku dalam kelompok sekular ialah pihak-pihak bertelagah kerana inginkan jawatan, tapi di Kedah, kemelut berlaku apabila ada pihak yang menolak jawatan. Di dalam silibus pengajian sekular, jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja. Bahkan jika terbukti melakukan penyelwengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!

“Buta” betul Nik Aziz! Apa pulak tolak jawatan? Phahrolrazi tu tak mahu jawatan Exco sebab dia mahukan jawatan MB. Dia mahu jawatan yang lebih besar. Juak-juaknya yang rapat menyatakan bahawa itu target sebenar Phahrolrazi. Tapi, takkanlah dia nak mengaku depan media pulak, kan…

Nik Aziz tak tahu ke anak-anak buah dia tu memang gila jawatan? Dia tak tahu ke anak-anak buah dia sendiri di Kelantan tu tunggu masa saja untuk berebut-rebut jadi MB Kelantan. Memang betul Nik Aziz ni “buta”…

Nik Aziz menukilkan…

4. Saya simpati terhadap ‘tupai-tupai’ yang melompat keseronokan ketika kemelut ini berputik kerana mereka menjangka akan dapat ‘menikmati buahnya’. Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan.

Saya tak seronok dengan apa yang terjadi dan ia membuktikan bahawa saya bukan ‘tupai’ seperti yang dimaksudkan. ‘Tupai’ yang jatuh kehampaan itu adalah Phahrolrazi, Dr. Ismail dan puak-puak Anwarinas di Kedah, termasuk Mahfuz dan Mat Sabu, yang kecewa kerana Azizan gagal digulingkan sebagaimana yang dirancang. Nik Aziz tak sedar ke?

Tulisan Nik Aziz yang seterusnya…

5. Alhamdulillah, inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak. Di Kelantan, pernah beraku krisis melibatkan pertembungan antara Menteri Besar dan wakil rakyat kerajaan iaitu pada tahun 1978, jalan yang diambil bukannya perbincangan dan pertemuan, tetapi MAGERAN yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada masa itu. Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!

Nik Aziz salahkan BN berkenaan kes kejatuhan PAS sebagai Kerajaan Kelantan 1978? Kenapa la Nik Aziz ni suka sangat menyalahkan orang dan takdir Allah SWT? Dia tak suluh dan cermin diri sendiri ke?

Apakah Nik Aziz begitu ‘buta hati’ ketika itu untuk tidak wala’ pada Presiden PAS, Dato’ Asri Muda pada masa itu? Nik Aziz bukan Mursyidul Am pun ketika itu dan hanya berjawatan rendah dalam kepimpinan PAS. Mana ‘tahaluf siyasi’nya ketika itu? Mana taatnya pada Presiden PAS ketika itu? Nik Aziz penderhaka..!!!

Nik Aziz tuduh kerajaan BN mengamalkan dasar sekular. Sekular itu sebenarnya hanya pada kertas sahaja dan dari segi perlaksanaannya, dasar Islam yang UMNO jauh lebih berkesan dan lebih baik berbanding negara-negara Islam yang lain. Contohnya, Iran, Iraq, Arab Saudi, Mesir dan banyak lagi negara Islam menyanjungi dasar dan perlaksanaan Islam di negara ini sehingga Malaysia dinobatkan sebagai negara Islam contoh.

Saya nak bertanya, sekiranya orang luar mengiktiraf dasar Islam di Malaysia, mengapa pula Nik Aziz bersikap sebaliknya? Sebab politik, bukan? Sebab Nik Aziz berdendam dan busuk hati pada UMNO, bukan? Dendam dan busuk hatinya itu sehingga membantutkan agenda perpaduan umat Islam di negara ini. Apakah dendam dan busuk hati itu merupakan sifat yang dianjurkan di dalam Islam? “Pewaris Nabi” apa jenisnya jika memiliki sifat dendam dan busuk hati seperti Nik Aziz?

Di akhir kenyataannya di Harakah tersebut, Nik Aziz meletakkan namanya…

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

“Al-Mursyidul Am”? “Arab” sungguh benar bunyinya! Mungkin Nik Aziz fikir dia berbangsa atau berketurunan Arab. Tak mengapalah. Tapi, meletakkan jawatan Menteri Besar Kelantan itu merupakan bukti kukuh bahawa Nik Aziz degil dan campur tangan dalam hal ehwal Kerajaan Negeri Kedah.

Saya tertanya-tanya, apakah akan Nik Aziz rasa sekiranya MB-MB dari negeri lain campur tangan dalam hal ehwal Kerajaan Kelantan? Nik Aziz suka? Kalau tak suka, janganlah buat perkara yang orang lain tak suka! Jagalah negeri Kelantan tu dulu. PAS Kelantan lebih teruk prestasinya berbanding PAS Kedah. Pas Kedah sekurang-kurangnya ada lebih dari 5 buah TESCO, di Kelantan cuma ada satu saja!


Sumber: Klik Sini

LAWAK PAGI INI...RONNIE LIU LUPA AJAR KHALID SIKAT RAMBUT..?!!! HEH..!!!

Korang tahu tak siapa paling berkuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor? Tak lain tak bukan..dia ialah...

Ronnie "The Don" Liu..!!!

Si Khalid Gagap ni sikat rambut pun tak reti, camana dia nak govern Selangor? Apa yang dia buat selama ni boleh dikatakan hampir semuanya perlu mendapat restu dari Ronnie...

Ingat tak dulu Hasan Ali dan JAIS serbu pusat-pusat hiburan? Heh! Lepas Ronnie Liu bersuara sikit, terus Khalid "balun" bekas ahli PAS PIS PUS tu..heh! Tak caya? Cuba pegi tanya Hasan Ali...

Anwar? Heh! Dia punahsihat RM1 Selangor je. Dia pun kena dengar dan ikut cakap Ronnie. Kalau tidak, Khalid rambut tak sikat tu takkan jadi MB laaaa...heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!