Berita baik untuk rakan-rakan blogger semua. Ni haaa..Rozita Che Wan yang seksi bergetah ni dah declare nak cari calon suami. Heh! Ada sesapa yang nak try test market ke?
Rozita Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta
Pelakon Rozita Che Wan berkata dia rela berkahwin dengan mana-mana
lelaki yang tidak berharta asalkan individu berkenaan menghargai dan
menyayanginya sepenuh hati.
Rozita,39, berkata, harta serta kesenangan hidup boleh dicari
bersama-sama tetapi kasih sayang yang sejati dan kekal itu sukar untuk
ditemui.
“Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki
biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya
mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu
yang penting kalau nak kahwin,” katanya kepada mStar Online di sini,
Jumaat.
Rozita diminta mengulas mengenai laporan Harian Metro pada Jumaat
yang melaporkan fitnah terbaru kononnya pelakon itu hendak berkahwin
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk
Siti Nurhaliza Tarudin.
Dalam laporan itu Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.
Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak
harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak
mempunyai apa-apa erti.
Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang
suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai
melalui harta.
“Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita
bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat
kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka.
Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran,” katanya.
Bercerita mengenai dakwaan dia diminati VIP, Rozita memberitahu,
golongan itu sebenarnya lebih cenderung mencari wanita-wanita muda
berbanding dirinya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. - Klik sini