Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 25, 2012

GEMPARRR..!!! SPY EXCO PAS KEDAH KANTOI DENGAN AZIZAN RAZAK..!!!


Well, baru ni aku ada dapat maklumat mengenai seseorang yang dikatakan menjadi "spy" mewakili puak-puak Exco PAS Kedah. Spy ni ditugaskan untuk sentiasa berada bersama Azizan Razak dan melaporkan segala pergerakan atau apa jua maklumat mengenai MB tersebut.

Menurut sumber, mamat ni dah lama dijadikan "spy" tidak bertauliah dan melakukan tugas dengan baik...

Sebagai contoh, ada satu ketika Azizan dikatakan masuk ke dalam keretanya dalam keadaan kurang sihat dan menggigil...

Maka cepat-cepat la spy tu report kat boss-bossnya mengatakan Azizan dah nak mati dan takdak harapan dahhhh...kesian...

Akibatnya, puak-puak Exco ni seronok sakan dan sebarkan cerita tu sampai ke KL dan kepimpinan PAS Pusat dengan harapan Azizan akan dinasihatkan letak jawatan...

Masih ingat kes Azizan masuk IJN hari tu? Alaaa...yang ada khabar kata Azizan bakal dicantas tu? Haaaa...perkara tu berlaku lebih kurang time tu laa...heh!

Menurut sumber lagi, time tu memang kecoh. Ramai puak-puak PAS yang "raya sakan"! Rasanya, kalau Azizan betul letak jawatan time tu, mungkin depa akan buat kenduri kesyukuran kot! Heh!

Terbaru yang aku dengar, "spy" tu dah ditukar dah. Dia dah kantoi..! Azizan tukar dia pi tempat lain...

Korang nak trace sapa spy tu? Cuba cari sendiri...

Aku bagi hints sikit...Spy tu baru kena tukar, dia dulu memang ke hulu ke hilir dengan Azizan...heh! Dapat? Muahahahahaaa....

BUAT KERJA CARA ISLAM BERSAMA PAS KEDAH DAN PUSAT-PUSAT MAKSIAT..!!!!

No.58, Jalan Kempas 4, Taman Kempas Indah, Kulim

Antara kerja Exco tertentu yang kemaruk nakkan jawatan Menteri Besar ialah membanyakkan pusat-pusat persundalan dan hiburan di seluruh Kedah. Apabila rakyat bising, maka segala taik itu akan tertumpuk ke kepala Menteri Besar.

Akan dikatakan kononnya Menteri Besarlah yang punya angkara sehingga Kedah yang dahulunya susah nak cari pusat hiburan, sekarang ini bersepah-sepah pusat hiburan dan persundalan walaupun pentadbirannya adalah diketuai oleh Azizan Abdul Razak dari kem Ulama PAS.

Taktik membanyakkan pusat-pusat hiburan dan persundalan di Kedah, sememangnya telah lama diperkatakan tetapi puak-puak PARASIT dalam PAS Kedah yang dilantik sebagai Exco sentiasa bijak melarikan diri atau menyalahkan orang lain.

No.37-38, Lebuh Bandar 3/1, Bandar Putra, Kulim

Pada ketika Mursyidul Am PAS yang diketahui menjadi tonggak kepada PARASIT-PARASIT Kedah yang diketuai oleh Mahfuz Omar, menghentam UMNO-BN, kononnya UMNO-BN membiakkan persundalan dan hidup dengan hasil riba serta arak dan judi, apa yang dilakukan oleh PARASIT-PARASIT PAS di Kedah membuktikan bahawa HASIL LENDIR merupakan jalan pintas untuk mereka mendapatkan keuntungan cara mudah.

Siapa yang menjadi Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kedah?

Nak salahkan UMNO dan Kerajaan Pusat sebagaimana yang dilakukan oleh PKR di Selangor?

Sudah tentulah tindakan sebegitu hanya akan mendedahkan betapa bahlol dan tololnya Exco berkenaan!

No.121, Lebuh Bandar 3/1, Bandar Putra, Kulim

Perhatikan bagaimana Pakatan Rakyat, khususnya kawasan yang menjadi kubu kuat PKR, menjadi sarang kepada pusat-pusat maksiat dan persundalan. Contoh paling ketara ialah di Kedah Selatan.

Kulim yang pada zaman UMNO-BN terkenal sebagai bandar yang dikelilingi estet dan kemudian ditukarkan menjadi bandar yang menempatkan Kulim Hi-Tech Park yang menyediakan peluang pekerjaan kepada puluhan ribu penduduk di selatan Kedah serta utara Perak, kini telah bertukar menjadi pusat hiburan yang luar biasa di bawah pentadbiran PAS Kedah.

No.3115, Pusat Perniagaan Taman Mahsuri, Padang Serai

Betapa mudahnya PBT yang dikuasai oleh Exco tertentu memberikan kelulusan kepada penjual lendir dan peniaga sundal untuk beroperasi di kawasan-kawasan yang bermajoriti Melayu.

Kemudian pada masa yang sama, mereka inilah juga yang memekak tentang Islam, tentang Negara Islam, tentang nilai-nilai Islam, malah orang yang sama, berceramah di serata tempat mendabik dada tentang betapa Islamnya mereka walaupun hakikatnya, seluruh batang tubuh mereka dibiayai oleh hasil lendir dan persundalan.

Pada posting kali ini, didedahkan beberapa tempat persundalan dan maksiat yang dikenalpasti mempunyai hubungan yang cukup kuat dengan Exco berkenaan yang diketahui sangat kepingin menjadi Menteri Besar Kedah.

Terdapat bukti yang menunjukkan Exco berkenaan mendapat bayaran bulanan daripada pengusaha-pengusaha lendir dan maksiat yang berselindung di sebalik premis SPA dan Pusat Kesihatan seperti di dalam gambar-gambar yang disiarkan ini.

No.21, Lorong Kucai 2, Taman Kucai, Paya Besar

Siapa Exco berkenaan?

Rasa-rasanya ramai yang sudah dapat meneka, apatah lagi dia kelihatan cukup agresif kebelakangan ini untuk merampas jawatan Menteri Besar daripada Azizan Abdul Razak!

P/s: Sapa kata kat Kedah ada 4 pusat hiburan saja? Heh! Ni baru kat Kulim, belum lagi kat Aloq Staq, Sg Petani, Jitra dan lain-lain kawasan PAS Sejahtera lagi...heh! Syabas kepada blogger Kedahan69ers yang cover kat Kulim..! Lu memang best bro...
Sumber: Klik sini

KERAJAAN PAS KEDAH BUAT KERJA CARA DAP..BUKAN CARA ISLAM..!!!


Baru ni aku ada balik ke Aloq Staq. Aku pi minum dengan member lama kat gerai depan Taman PKNK tu. Alaaa...yang dekat showroom Proton yang depan deretan rumah kedai tu. Ada dua tiga kedai runcit kat situ, kan? Haaa..kat depan tu ada gerai, kan? Gerai minum tu laaa...heh!

Masa aku lepak dengan member tu, brader jaga gerai tu sembang dengan kami. Dia kata gerai depa tu MBAS dah nak roboh. Depa dah dapat notis...

Aku pun sampuk la. "Baguih la tu...lepas ni depa bina kedai makan lagi sempurna kat sini, boleh la meniaga dengan lebih teratur.." kata aku saja nak test market..heh!

Brader tu kata, notis tu suruh depa meniaga pakai gerai roda tiga tu je. Takde pulak sebut nak bina kedai makan macam kat Medan Selera Mergong tu.

Dan lepas dirobohkan, depa takdak tempat nak meniaga buat sementara waktu..hilang la pendapatan kalau tak meniaga pakai gerai roda tiga tu. Tu yang brader tu merungut tu...

Dia kata, kalau ya pun nak robohkan gerai, bina la balik kedai yang lebih baik dan pastikan la peniaga gerai dapat hak menyewa gerai tu. Dalam masa yang sama, patut depa sediakan tempat sementara untuk berniaga...

Tapi semua tu tak dibuat pun. Depa hanya disuruh daftar meniaga "beca roda tiga" tu saja. Takdak apa-apa dah lepas tu...

Ishhh..!!! Kebajikan apa ke nama ni Ustaz Azizan? Apa "Datuk Bandar" Aloq Staq buat? Saya tau la "Datuk Bandaq" tu depan dok kata pro-PAS. Tak salah kalau pro-PAS, tapi buat la kerja cara Islam...cara kebajikan. Ni buat kerja cara Guan Eng nihhh...cara DAP kat Penang..!!!

Rasanya Ustaz Azizan kena campur tangan dalam hal ni dan tak boleh lepas tangan kat Datuk Bandar atau Exco saja. Depa macam nak SABOTAJ Ustaz Azizan saja ni...heh! Atau Ustaz pun tak tau apa yang berlaku? Sanusi Setpol Ustaz tu takkan tak tau jugak?

Lagu ni la Ustaz, apa kata Ustaz lantik ADUN UMNO saja jadi Exco? Hahahahahaaa..!!! Awat tak buleh pulakkk? Pasal depa UMNO? Tapi depa lebih tau buat kerja berbanding Exco PAS yang dok kira nak sabotaj Ustaz saja tuuuu...heh!

Saya gurau ja. Mana buleh Ustaz lantik depa, kan? Kalau macam tu, Ustaz bubar ja la DUN Kedah. Declare pilihanraya umum negeri Kedah lebih awal. Itu hak Kerajaan Negeri tu. Ustaz ada power.

Lepas tu kita tengok sapa menang. Kalau PAS menang, lantak depa la nak bagi sapa jadi MB. Kalau BN menang, kita sama-sama bangunkan Kedah balik, amacam? Cuba bincang dengan Sanusi tengok...buleh kot? Kita buat kerja cara Islam la...bukan cara DAP...heh!

Friday, February 24, 2012

PERKEMBANGAN TERKINI ROBOHNYA KERAJAAN PAS KEDAH..!!! LIVE FROM WISMA DARULAMAN..!!!

Exco PAS yang mana satu tu? Cuba tekaaaa...heh!

Tu diaaa..!!! SPRM geledah Wisma Darulaman? Exco PAS Kedah diarah bercuti? Heh! Memang panas apa yang sedang berlaku di Kedah. Mungkin itulah "kerja cara Islam" yang disarankan oleh Ustaz Azizan...heh!

Menurut sumber yang aku terima. Seorang Exco PAS sedang menyorok ekoran di siasat SPRM. Khabarnya pejabatnya yang mewah di Wisma Darulaman sedang digeledah pihak berkuasa. Betul ke? Heh!

Menurut sumber aku lagi, Exco PAS itu disiasat ekoran timbul aduan yang dibuat mengenai penyelewengan peruntukan jalanraya yang berjumlah lebih kurang RM150 juta dari Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, Kerajaan PAS Kedah hanya menggunakan sebanyak lebih kurang RM50 juta saja untuk selenggara jalan. Tampal sana, tampal sini, lepas tu hujan turun berlubang balik, suruh kontraktor kroni depa tampal lagi..heh! Itu caranya...

Hasilnya, jalanraya di Kedah makin rosak teruk dan rakyat mengamuk sakan. Bila rakyat persoal Kerajaan PAS Kedah, depa kata depa ada buat kerja jalan tu (tampal sana sini la tu).

Yang dipersoalkan ialah mengenai "kehilangan" lebih kurang RM100 juta wang peruntukan jalan untuk rakyat Kedah tu. Kerajaan PAS Kedah kata duit tu depa masukkan dalam tabung amanah! Heh!

Jalan berlubang ni senang ja, panggil kontraktor kroni PAS kasi tampalll..! Heh!

Duit peruntukan jalan dari Kerajaan Pusat untuk buat jalan, tapi depa simpan dalam tabung amanah. Alasan nak dapatkan faedah keuntungan? Heh! Silap laaaa....

Cuba track balik mana pi duit tu. Tanya pegawai kewangan Kedah (SFO). Aku dengar, duit tu dah takdak, betul ke?

Menurut sumber, duit tu dah digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk bayar duit gaji staff Kerajaan Negeri, betul ke?

Jalan berlubang di Kulim...hebat lubang tu...heh!

Jika betul, mengaku sajalah. Buat la kerja cara Islam!

Namun, apa yang aku kesal, kalau betul la benda tu berlaku, maka jelas sekali Kerajaan PAS Kedah zalim! Sebab, duit RM150 juta tu diperuntukkan khas untuk jalanraya sahaja dan bukan untuk bayar gaji staff Kerajaan Negeri.

Untuk bayar gaji staff Kerajaan Negeri, itu Kerajaan PAS Kedah kena fikir dan ikhtiar sendiri cari laaaa. Takkan la itu pun Kerajaan Pusat nak tanggung, kot? Tak adil la untuk Kerajaan Negeri lain, kan? Agak-agak laaa...

So? Camana ni Ustaz Azizan? Dengaq kata Exco tu dah kecut perut kat rumah dia! Heh! Dok call sana sini mintak perlindungan! Heh! Betul ke? Dak laaa...kalau betul tu, ngaku je laaa...heh!

Sebenarnya, kami para bloggers pro-UMNO/BN Kedah sedang memerhati dengan teliti perkembangan Wisma Darulaman dari masa ke semasa. Bukan setakat siang, malam pun kami teropong jugakkkk...heh!

Wisma Darulaman waktu siang...

Jadi, jangan ingat kami tak tahu apa yang berlaku di Wisma Darulaman. Dan kalau nak tau, kami pun dok teropong "dari dan di dalam" Kompleks PAS Kedah kat Padang Lumat tu...heh! Tu yang kami tau ada komplot nak jatuhkan MB tuuuuu...!

Wisma Darulaman waktu malam pulakkk...heh!

Nak nafi lagi? Allah SWT lebih Maha Mengetahui. Nak ngaku atau tidak saja. Paling penting, BUAT KERJA CARA ISLAM. Aku rasa, Ustaz Azizan faham maksud aku...heh! (Tapi macam biasa..dia buat-buat tak faham laaaa..heh!)

SURAT TERBUKA KEPADA USTAZ NASRUDIN HASAN TANTAWI DAN PEMUDA PAS..!!!

nasrudin

Kalau sekali baca tulisan Nasrudin Tantawi pasal Felda dan FGVH, dah tentu ramai “lembu-lembu” yang mengangguk. Dia mulakan dengan point yang merujuk pada Islam! Siap keluar hadis Rasulullah lagi.

Jadi, tulisan kali ni saya tujukan khas kepada Pemuda PAS, khususnya Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi.
Heh! Well, point mengenai Islam itu memang tak boleh disangkal, memang betul pun sebab tu semua sejarah Islam mengenai pertanian dan sosio-ekonomi zaman silam kegemilangan Islam…

Tapi bila dia masuk bab Felda dan FGVH, saya dah mula nak ketawa dah. Huru-hara dia punya point..!

Mula-mula, dia puji Allaryarham Tun Abdul Razak sebab tubuh Felda. Tapi lepas tu dia kritik pulak Felda sebab campur tangan politik yang kononnya menjejaskan peneroka dan generasi seterusnya.

Nih..Ustaz Nasrudin, saya nak tanya sikit la…Allahyarham Tun Abdul Razak tu bukan orang politik ke??? Heh! Dari dulu lagi Felda memang di bawah orang politik. Sebab? Sebab orang politik BN ni la yang dok fikir siang malam pasal kebajikan rakyat.

Felda tu ditubuhkan pun pasal umat Islam dan memajukan ekonomi ummah. Dan terbukti, di bawah orang politik (BN), Felda makin hebat di mata dunia. Orang politik lead, pengurusan Felda execute. Dari dulu sampai sekarang memang macam tu…

Ustaz nak rujuk pada Isa Samad? Heh! Ikut suka PM la nak lantik orang politik execute Felda. Lagi pun, difahamkan ada virus politik busuk pembangkang yang menular masuk Felda dan bocorkan maklumat rahsia syarikat kat Mazlan Aliman “kesayangan” Ustaz tu.

Saya fikir, Ustaz pun akan buat macam tu sekiranya Ustaz di tempat PM..kan? Heh!

Tiba-tiba pulak Ustaz kata Pemuda PAS sokong Mazlan Aliman yang bersusah payah menghasut peneroka failkan injunksi mahkamah terhadap EGM? Siap ucap tahniah lagi? Betul ke penyenaraian tu beri kesan buruk pada peneroka?

Ustaz, bagus ke amalan hasut menghasut dalam Islam ni? Dulu masa study dulu tok guru Ustaz tak ajar ke hadis Rasulullah yang melarang umat Islam menghasut dan berburuk sangka? Dan layak ke diberikan ucapan “tahniah” pada penghasut?

Ustaz tahu tak apa anggapan majoriti orang Felda pada Mazlan Aliman? Cuba tengok gambar ni…

Fikir secara logik pun dah cukup dah Ustaz. 11 wilayah Felda dalam negara ni merupakan “fix deposit” undi UMNO/BN. Sanggup ke Najib korek lubang kubur menganiaya para peneroka dengan mencadangkan sesuatu yang bawa kesan buruk pada UMNO/BN?

Nampak sangat la tak logik penyenaraian FGVH tu..kan Ustaz, kan?

Dari apa yang saya baca mengenai pendapat Pemuda PAS yang Ustaz tulis tu, saya simpulkan bahawa Ustaz memang tak tahu apa-apa pasal penyenaraian FGVH dan mungkin berharap pada info berat sebelah dari Mazlan Aliman.

Misalnya, soal pertama iaitu soal tanah. Penyenaraian FGVH tu tak sentuh pun tanah peneroka. Dah berapa kali dah disebut perkara tu. Jadi, tak timbul pun isu peneroka serah tanah pada FGVH. Tu laaa…lain kali dengar lagi dari sebelah pihak..kan dah kena tipu…

Satu lagi contoh, Ustaz suruh peneroka refer pada penasihat kewangan? Ustaz, FGVH, Felda dan sebagainya dah lantik 5 perindung kewangan yang mampu jelaskan untung rugi penyenaraian tu kat peneroka. Penerangan pun dah dibuat..

Walaupun ada yang tak faham, pegawai-pegawai Felda dan perunding turun padang dari Felda ke Felda beri penerangan lagi. Kalau tak sure, boleh tanya. Dan hak para peneroka juga dijamin PM.

Takkan la nak suruh setiap peneroka hire satu syarikat penasihat kewangan uruskan saham dan ‘blue form’ diorang kot? Agak-agak la sikit Ustaz…cadangan tu biar la logik sikit…heh!

Ustaz berbangga memberikan 6 garis panduan untuk penyenaraian FGVH tu. Terima kasih Ustaz. Saya rasa Felda hargai usaha itu…

Cuma..saya rasa lebih elok Ustaz berikan 6 garis panduan tu pada KOHILAL. FGVH dah ada banyak consultant, pakar-pakar kewangan, perniagaan dan pelaburan strategik. Berbanding dengan FGVH, KOHILAL lebih memerlukan 6 garis panduan Pemuda PAS tu.


Mana peginya KOHILAL? Dah jadi KOHILANG ke?

Apa kata Ustaz bangkitkan kembali KOHILAL tu dulu, tunjuk example dan bawa syarikat milik PAS tu ke persada antarabangsa dan buktikan lebih hebat dari Felda. Lepas KOHILAL berjaya, baru la boleh kita discuss pasal 6 cadangan Pemuda PAS tu, boleh gitu Ustaz? Heh!

Bukan la niat saya nak bersikap sombong. Saya nafi berniat begitu. Tapi sebagai saudara seIslam, saya fikir lebih baik saya nasihatkan Ustaz supaya tidak bersikap bodoh sombong seperti Mazlan Aliman mahupun Rafizi. Saya kira, Ustaz ada pertimbangan yang waras?

Saya tahu la Mazlan Aliman tu AJK PAS dan berkepentingan politik, tapi sebagai seorang Islam, Ustaz perlu adil dalam melahirkan pandangan tentan permaslahan umat, kan? Adil la sikit Ustaz. Takkan la perkara begini pun Ustaz tak boleh berlaku adil? Adil tu Islam tak tuntut ke?



Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! WISMA DARULAMAN BERGONCANG KUAT... AZIZAN BAKAL TUMBANG DALAM MASA TERDEKAT..???!!!


Apa dah jadi dengan PAS Kedah? Huru-hara..!!! Wisma Darulaman dah tak terkawal. Pemberontakan dalaman. Coup de tat bakal berlaku di Kedah? Baru 4 tahun perintah dah jadi camni?

Dulu orang lain perintah Kedah, macam-macam PAS Kedah komplen. Bila PAS Kedah perintah, huru-hara pulak jadinya. Kalau macam ni, macamana pelabur nak masuk Kedah? Orang dah tak yakin. Lama-lama takdak pertumbuhan ekonomi, sosio rakyat Kedah pun menjunam!

Teruk betul. Tapi jangan cuba salahkan UMNO/BN pulak dalam hal ni. Sebab UMNO/BN takdak kena mengena dalam ini cerita. UMNO/BN Kedah dok sibuk perkuatkan saf barisan untuk rampas Kedah kembali dari penjajahan minda palsu PAS...

Berikut adalah cerita terkini dari blog sahabat Kedahan69ers...layan...zasssss..!!!

Azizan Abdul Razak terus dibelasah dari segenap arah oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri. 28 Februari semakin mendekat. Namun kemelut di Pejabat Menteri Besar Kedah belum memperlihatkan tanda-tanda akan reda.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang cuba meredakan kemelut tersebut dengan menyatakan bahawa segala yang berlaku di Kedah, bukanlah perkara besar. Penafian masih cuba dilakukan sekalipun penafian berkenaan tidak lain dan tidak bukan hanyalah menambahkan lagi lawak dalam PAS Kedah.

Dua orang yang terlibat dalam kemelut di Kedah iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, masih lagi cuba bermain acilut.

Phahrolrazi yang merupakan Exco Kanan Kedah, telah mengeluarkan semua barangannya dari pejabatnya sebagai protes kepada kepimpinan Azizan Abdul Razak. Manakala Ismail Salleh yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, turut mengambil tindakan yang serupa.

Phahrolrazi Zawawi awal-awal lagi memang merupakan orang penting dalam mendalangi usaha menjatuhkan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Phahrolrazi yang merupakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya, Air dan Tenaga Negeri dilihat sudah tidak sabar-sabar untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak.

Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh Phahrolrazi bagi menimbulkan imej negatif terhadap Azizan Abdul Razak dan kepimpinan Menteri Besar Kedah itu. Antara usaha yanga dilakukan oleh Phahrolrazi adalah membiakkan lebih banyak pusat-pusat hiburan dan persundalan.

Pembiakan pusat-pusat persundalan dan hiburan di seluruh Kedah, berada di bawah kuasa Phahrolrazi yang bukan setakat memakan komisyen berikutan kewujudan pusat-pusat persundalan tersebut tetapi juga mampu memberikan tekanan kepada Azizan Abdul Razak.

Selama ini, Azizan Abdul Razak dilihat sebagai Menteri Besar Kedah yang sangat lemah dan tidak berupaya membuat sebarang keputusan. Hubungan baik yang ditunjukkan oleh Azizan Abdul Razak dengan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah, seringkali dilihat sebagai kelemahan ketara Menteri Besar Kedah itu. Kelemahan itulah yang mahu diatasi oleh PAS Kedah.


Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, Phahrolrazi Zawawi telah pun membawa Taulan Mat Rasul, seorang lagi Exco Tua PAS Kedah menghadap Nik Abdul Aziz di Kuala Lumpur beberapa hari lepas dalam usaha mendapatkan restu daripada Mursyidul Am PAS itu.

Dan seperti biasa, Nik Aziz yang sangat benci dengan perkataan PERPADUAN atau sebarang unsur yang boleh mendatangkan kebaikan antara UMNO dan PAS, segera memberikan persetujuan kepada Phahrolrazi Zawawi untuk menggantikan Azizan Abdul Razak dengan Taulan Mat Rasul.

Kemelut kepimpinan PAS Kedah semakin bertukar menjadi tragedi ekoran ketamakan dan keserakahan yang ditunjukkan oleh barisan Exco Negeri, terutama sekali dari blok Phahrolrazi Zawawi.

PARASIT-PARASIT yang terdapat dalam PAS Kedah sekarang ini sudah tidak peduli dengan natijah yang bakal menimpa parti mereka, sebaliknya yang menjadi sasaran sekarang adalah jawatan Menteri Besar yang boleh mereka sapu.

Para pengikut PAS Kedah sebenarnya sedang dibelah-bahagikan oleh PARASIT-PARASIT PAS sendiri. Anehnya, bagi mengelakkan mereka dipersalahkan, mereka cuba menjadikan UMNO sebagai pengganggunya.

Kononnya, UMNO yang menggerakkan segala perjalanan dalam PAS Kedah, terutama sekali tentangan terhadap Azizan Abdul Razak.

Padahal semua orang tahu terutama sekali di Kedah, UMNO Kedah tidak campurtangan langsung dalam kemelut yang sedang melanda kepimpinan negeri. Sebaliknya apa yang berlaku adalah disebabkan oleh keserakahan para pemimpin PAS Kedah sendiri.

Nampaknya apa yang dikatakan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keahliannya, Hasan Ali tentang PARASIT dalam PAS semakin menjadi kenyataan. Kenyataan Hasan Ali bahawa PARASIT dalam PAS akan berusaha menghancurkan parti itu, boleh dilihat dengan sempurna menerusi kemelut yang sedang berlaku di Kedah!

p/s: Aku ada cerita pasal Wisma lagi...heh!
Sumber: Klik Sini

PANASSS..!!! RAFIZI "TELANJANGKAN" DIRI SENDIRI LAGI...?!!! HEH..!!!

Rafizi "jadi-jadian"...heh!

Setelah Rafizi memperlihatkan kebodohannya dalam debat dengan KJ di London, dia kembali mempamerkan kedunguan akalnya di depan seluruh rakyat Malaysia dengan memberikan pandangan bingai mengenai Felda, FGVH dan KPF.

Aku tak kisah kalau dia nak tunjuk bodoh depan student kita kat London tu sebab diorang tak ramai pun. Tapi, depan rakyat Malaysia kat sini pun nak tunjuk bodoh, tu yang nak kena tibai tu..heh!

Apa yang dia tahu pasal Felda, KPF, dan FGVH? Siapa yang explain isu kat dia? Mazlan Aliman ke? Heh! Kalau dari mamat tu, memang sah la Rafizi kena "kencing hancing".

Mazlan Aliman tu bukan setakat kencing Rafizi je, dia dah kencing peneroka seluruh negara dah (tu pun 7-8 orang je yang termakan hasutan dia tu..heh!). Dan "bijak"nya Rafizi, dia pun senang-senang je kena kencing dengan Mazlan Aliman...heh!

Apa isu yang Rafizi ketengahkan semalam?
Katanya tindakan Kerajaan mengenepikan KPF dalam penyenaraian FGVH telah mengorbankan kepentingan peneroka dan kakitangan Felda.
Itu point utama Rafizi dan kenyataan tu yang paling bodoh. Bila masa Kerajaan ketepikan KPF dalam hal ni? Felda dan tawarkan penyenaraian tu kat KPF dah lama dah. Felda dah keluar masuk tanah rancangan Felda dah banyak kali dah. Mesyuarat dengan Lembaga Pengarah Felda yang pemimpin KPF ada dalamnya pun dah dibuat dah.

Pokoknya, Felda dah tawarkan sepenuh hati dan explain kat ahli KPF pasal penyenaraian tu. So, aku nak tanya Rafizi..

Kalau nak jadi lembu pun, hang sorang je la jadi lembu, jangan nak ajak rakya jadi lembu jugak!

SIAPA SEBENARNYA YANG FAILKAN INJUNKSI DI MAHKAMAH?
FELDA KE YANG HALANG EGM KPF YANG NAK BINCANG USUL KETERLIBATAB PENYENARAIAN TU?
SIAPA YANG DOK HASUT PENEROKA/AHLI KPF UNTUK BANTAH PENYENARAIAN FGVH?

Untuk semua soalan tu, Rafizi perlu tengok balik tindakan sabotaj rakan baiknya, Mazlan Aliman yang dok hasut ahli KPF untuk fail injunksi saman di mahkamah. AJK PAS tu yang berhati busuk taknak tengok ahli KPF dapat keuntungan besar dari penyenaraian tu.

Dan jangan sesekali nak tunjuk bodoh lagi depan rakyat dengan menuduh Kerajaan ketepikan KPF. Akal letak kat kepala lutut, ke?

Hujahnya lagi...
Dia faham bahawa sekiranya penyenaraian FGVH itu dibuat tanpa KPF, maka nilai penyenaraian tu hanya bernilai RM3 bilion dari jumlah jangkaan asal iaitu RM21 bilion. Dan sebab tu, dia kata dividen yang akan diperolehi peneroka akan berkurangan.
Memang la. Dengan mengeluarkan diri dari being apart of FGVH, diorang akan tetap dapat blue form tu, tapi nilai keuntungan diorang jauh lebih rendah dari jangkaan asal la. Sapa suruh tolak offer dari Felda?

Patutnya, KPF perlu bincang dan buat keputusan untuk penyenaraian FGVH tu dalam EGM tu. Tapi puak korang yang pepandai pegi buat injunksi. Apa tak boleh ke bincang dulu dalam EGM tu? Lepas tu nak tuduh Kerajaan macam-macam? Heh! Nak kena luku kepala ke?

Kalau KPF join dalam penyenaraian tu ikut apa yang dicadangkan, bukan setakat RM21 bilion, malah mungkin jauh lebih tinggi dari nilai tu ahli KPF akan dapat. So, siapa yang tolak tuah sekarang? Mazlan Aliman yang pedajal ahli KPF, Kerajaan pulak yang dituduh zalim. Nak kena sekeh kepala ke? Heh!

Jadi, dia bantah cadangan Isa Samad untuk gantikan KPF dengan anak syarikat baru, SPV, yang dikatakan akan mengambil alih tugas dan peranan KPF dalam penyenaraian FGVH itu.

Heh! Bantah apa ke namanya? Ikut suka la Isa Samad nak gantikan KPF dengan siapa pun! Dah ajak KPF, tapi KPF jual mahal, kan? Heh! Ramai lagi yang nak join FGVH tu. Kalau aku di offer, aku pun nak bebbb..! Gila ke tolak tuah? Dijamin untung tu..!

SPV tu kira bagus la tu sebab Isa Samad cakap anak syarikat Felda tu akan memastikan kepentingan 112,635 peneroka Felda dalam penyenaraian FGVH tu nanti. Maksudnya, ada la jugak dapat untung sikit (walaupun pada asalnya banyak).

Kalau FGVH open kat orang lain dan tak jaga langsung kepentingan peneroka melalui SPV tu macamana? Melepas la peneroka nak dapat durian runtuh..heh! Menangis meleleh air liur la tengok orang lain dapat 'durian runtuh', diorang dapat pedajal dari Mazlan Aliman...heh!

Sebenarnya, Rafizi ni masuk campur dalam hal Felda ni sebab game politik je. Tak lebih dari tu. Heh! Dia nak masuk racun PKR dalam Felda sempena PRU13 nanti, kan? Heh! Orang politik memang ramai begitu, tapi diorang tak la sebodoh Rafizi ni..heh!

Dengan jadi bodoh cam ni, maka Rafizi dah letakkan namanya setaraf dengan Mazlan Aliman yang bodoh dan berhati busuk tu jugak. Rasa-rasa, orang Felda suka ke kat Mazlan Aliman? Heh! Apatah lagi Rafizi...? Heh!

Thursday, February 23, 2012

TAZKIRAH MAGHRIB KHAS DARI MURSYIDUL AM PAS...


Kata mutiara Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat:
"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Riwayat Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
Istinbat dan bayan dari kata-kata mutiara Pok Nik Ajis tersebut adalah seperti berikut:

1. PAS dan pemimpinnya menipu! - dari dulu PAS dok perjuang nak tubuh negara Islam. Setiap kali ceramah, diorang kata nak tubuh negara Islam. Tapi lepas berpeluk dengan SETAN, diorang tak ngaku pulakkk...

2. PAS dan pemimpinnya munafik - Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, antara tanda munafik ialah sekiranya orang itu berkata-kata, dia menipu. Rujuk perkara no.1.

3. Dengan declare tak perjuang negara Islam, maka Dr. Haron Din Al-Hafiz boleh bakar buku karangannya yang berjudul "Daulah Islamiah". Risau jugak kalau Haron Din dituduh ingkar dan kafir..Pok Nik tu bukan kira sapa tu...dia kira nak kapir kan orang je!

4. UMNO jauh lebih baik dari PAS sebab UMNO isytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Walaupun diorang tuduh sekular, tapi dari segi perlaksanaan Islam tak sekular pun. Undang-undang syariah wujud dalam negara, kan? PAS saja je buat-buat tak nampak...

5. PAS tak perjuang negara Islam. Maknanya, PAS sendiri yang sekular. Dah la tak amalkan Islam yang sebenar...menipu pulak tu!

6. Memandangkan PAS tak perjuang negara Islam lagi dah, dan tukar ke negara kebajikan, maka wajar perkataan "Islam" dalam nama parti tu dikeluarkan je. Buat malu Islam je pakai nama Islam, tapi tak beramal cara Islam...

7. PAS memang haprak.

8. Mutiara kata Pok Nik ini dikuatkan lagi oleh Nizar Jamaluddin yang pernah mengatakan perkara yang sama bila di tanya oleh kenapa PAS tak tubuhkan Negeri Islam semasa Perak di"neraka"kan.

BAI'AH CALON PAS PRU13 HANYA MEROSAKKAN AQIDAH UMMAH...


Lepas mengkafirkan ahli UMNO pada tahun 1982, Presiden PAS sekali lagi mengeluarkan "fatwa" terbarunya yang meletakkan hukum WAJIB bagi setiap calon PRU yang mewakili PAS untuk berbai'ah.

Dalam kenyataan Hadi baru-baru ini kepada media, bai'ah tersebut adalah untuk memastikan agar calon-calon PAS tidak menyeleweng dari perjuangan Islam yang sebenar, termasuk dari segi matlamat dan caranya.

Bai'ah dikatakan merupakan satu amalan yang dikatakan lebih berat dan ketat berbanding sumpah di dalam Islam.

Hadi berkata lagi, PAS punya undang-undang tubuh untuk mengawal ahli-ahlinya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Saya tertanya-tanya, sejak bila Islam mewajibkan calon pemimpinnya berbai'ah untuk tidak menyeleweng? Tidak cukupkah dengan lafaz kalimah syahadah untuk memastikan keIslaman seorang individu untuk menjadi muslim?

Apabila bergelar Muslim, individu itu perlu mentaati segala ajaran Islam, hukum hakamnya, matlamat dan caranya, akhlak dan di dalam pelbagai segi aspek kehidupan sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' Ulama.

Justeru, umat Islam sudah dikawal lebih awal lagi apabila bergelar Muslim dan apakah perlu mereka berbai'ah lagi untuk menjadikan diri mereka seorang pemimpin?

Sabda Rasulullah SAW; "Kullukum Raa'in, Wa Kullukum Mas'uulun 'An Ra'iyyatihi".

Setiap muslim adalah pemimpin. Itulah yang disampaikan Rasulullah SAW melalui hadisnya. Dan menjadi tugas pemimpin untuk tidak menyeleweng dirinya dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

Tak perlu dinyatakan lagi bahawa siapa yang menyeleweng dari lafaz syahadah akan berakhir dengan kecelakaan di dunia atau akhirat sekiranya dia tidak bertaubat nasuha sebelum meninggal dunia.

Sebenarnya, "fatwa" yang cuba dibawa oleh Hadi tersebut tidak lebih dari 'fatwa politik' yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam, seolah-olah PAS sangat Islamik.

Saya ingin bertanya. Selama ini, ramai pemimpin PAS yang melakukan perkara yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam. Mengapa PAS tidak memecat mereka dari parti itu?

Misalnya, Mat Sabu pernah secara konsisten menggelar Anwar Ibrahim sebagai "Al-Juburi". Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang melarang umat Islam untuk menggelar individu yang lain dengan gelaran yang buruk.

Dalam konteks ini, "Al-Juburi" yang dimaksudkan oleh Mat Sabu itu bermaksud Anwar mengamalkan liwat dan gemar "lubang bontot". Ia adalah gelaran yang buruk. Jelas perbuatan tersebut dilarang di dalam ajaran Islam yang sebenar.

Jadi, mengapa Mat Sabu tidak dikenakan tindakan disipilin oleh PAS? Mengapa tak pecat saja dia dari PAS? Sebenarnya, banyak lagi perkara yang dilakukan pemimpin dan ahli-ahlinya yang bertentangan dan menyeleweng dari Islam. Mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap mereka?

Sebaliknya, individu di dalam PAS yang memperjuangkan aqidah umat Islam, mempetahankan Melayu dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu pula yang dipecat? Begitukah polisi terkini PAS? Apakah amalan tersebut tidak bertentangan dengan perlembagaan PAS?

Justeru, Hadi perlu memecat dirinya sendiri dari PAS kerana gagal menyelami semangat perlembagaan PAS tersebut. Dia sebagai pemimpin tertinggi PAS, gagal memastikan anak-anak buahnya mengamalkan akhlak, prinsip dan cara Islam yang sebenar. Dia patut bertanggungjawab dengan meletak jawatan.

Tapi, apakah Hadi akan letak jawatan atas fakta tersebut? Tak mungkin. Hadi merupakan ahli politik yang mengejar kuasa. Demi matlamat tersebut, dia sendiri menghalalkan cara untuk memenuhi matlamat itu. Dia takkan mengaku salah punya...

Jadi, tunggulah janji Allah SWT terhadap golongan yang ingkar dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. PAS pasti tidak akan terlepas dan mungkin kerana itu Allah SWT tidak pernah memenangkan PAS di dalam Pilihanraya Umum di peringkat persekutuan.

Mungkin sekiranya PAS memerintah negara, bukan setakat Malaysia, Islam juga akan hancur diputar belitnya...Wallahua'alam.

Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! DS HISYAMUDDIN SAHUT CABARAN DEBAT MAHFOOOZZZZ OMAR..???!!!

"Errr Mahfuz...lain kali kalau YB nak cakap, tolong pakai otak tau..malu la kat orang sikit...." heh!

Aku dengar kat sini, Mahfuz cabar Hisyamuddin berdebat. Katanya nak repeat rancangan debat diorang dulu yang tak jadi. Heh! Best jugak bila pemimpin PAS paling bodoh ni ajak berdebat...heh!

Camana DS Hisyam? Pada saya, DS Hisyam patut terima cabaran Mahfuz tu..heh!

Apa kata kalau DS Hisyam tetapkan tajuk. Tajuk yang dirasakan paling sesuai ialah...
"APA KERJA MAHFUZ DI PARLIMEN POKOK SENA?"
Heh! Amacam? Best tu tajuk tu. Kena pulak di Mahfuz ni memang suka cakap tak pakai otak dan akal, main sedap mulut je nak cakap apa...kasi hantam depan orang Pokok Sena, best ni! Heh!

Dah lama aku tak tengok Mahfuz kena hentam berdepan. Dulu masa arwah Ust Fadhil Noor ada, banyak kali jugak Mahfuz kena hentam dengan arwah...heh! Tapi arwah hentam Mahfuz tu tak masuk Harakah la...heh!

PANASSS..!!! NIK AZIZ KATA TAK PA BERSEKONGKOL DENGAN SEKUTU YAHUDI ISRAEL..???!!!


Nampaknya Pok Nik memang takde telur! Heh! Dan lebih memalukan, Pok Nik tunduk pada sekutunya yang terang-terang menyokong dan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Berikut adalah antara petikan perenggan kenyataan Pok Nik lepas jumpa Anwar berkenaan kes peliwat tu sokong Israel:
"Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat."
Dari kenyataan Pok Nik di atas, jelas sekali Pok Nik nak Anwar faham pendirian PAS yang tak mengikitiraf Israel. Dalam kata lainnya, Pok Nik menjelaskan bahawa Anwar memang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

Dalam kata seterusnya, Pok Nik menegaskan PAS tidak menggadaikan prinsip tatkala bersama Pakatan. Memang dalam hal ni PAS tak gadai prinsip. Tapi dah terang dah Anwar memang berprinsip menyokong dan iktiraf Israel masa berdepan dengan Pok Nik tu...

Kemudian, pada perenggan akhir, Pok Nik menegaskan sekali lagi...
"Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun."
Aku setuju. Tapi, tak haram ke bersekongkol dengan sekutu yang menyokong dan mengiktiraf Israel ni Pok Nik?

Tak haram ke PAS tidur sebantal dengan agen Mossad? Bak kata Dr. Novandri, "haram melanggan pelacur China Doll tetapi 'terserah' nak balun...it's OK?" Macam tu ke Pok Nik? Ooooo...tak sangka pula fatwa ulama PAS menghalalkan cara demi matlamat..heh!

TAZKIRAH AWAL PAGI OLEH MURSYIDUL AM PAS, TGNA...


"Sabda Nabi" PAS, As-Syeikh Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-NgokNgekiy:
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Riwayat Berita Harian, 12 Mei 1999.
Istinbat dan bayan mutiara kata Pok Nik Ajis di atas adalah seperti berikut:

1. Pok Nik bersyukur sebab PAS dapat berpeluk dengan SETAN.

2. Nik Aziz bersyukur sebab tak dirikan negara Islam.

3. PAS memang tak mahu dirikan negara Islam, sebab tu SETAN peluk PAS.

4. PAS memang suka bekerjasama dengan golongan kafir harbi yang menolak Islam.

5. Jangan harap PAS akan kembali kepada Islam selagi Pok Nik ada...heh!

LAWAK PAGI INI...KHALID DAH SERAH JAWATAN MENTERI PASIR PADA...HEH!


Korang jangan sesekali tanya Khalid pasal pasir. Sebab dia tak tahu apa-apa...dia dah serah semuanya kat abang dia..heh!

So, korang tanya abang dia...abang dia tu dah dilantik jadi menteri pasir dah sekian lama..heh!

Harap abang Khalid "gagap" tu tak pakai topi fire briged macam kat negeri Pasir Dua Butir..heh!

Wednesday, February 22, 2012

PENGUMUMAN..!!! TGNA AKAN SAMPAIKAN TAZKIRAH PERCUMA SECARA LIVE DI BLOG INI...???!!!

Antara penyampai tazkirah yang terpilih...

Setelah mendapat persetujuan dari beberapa ulama, suka diumumkan di sini bahawa blog ini akan mula menyampaikan tazkirah atau kuliah menerusi entry-entrynya di dalam masa yang terdekat.

Tazkirah tersebut dijadualkan akan terbit pada setiap awal pagi atau lewat petang (maghrib) mengikut kesesuaian.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada "availability" para "ulama" yang dijemput untuk beri tazkirah tersebut. Antara yang dijangka memberi tazkirah ialah Pok Nik Ajis, Mahfooozzz dan beberapa kepimpinan PAS PIS PUS, mengikut keadaan semasa...

Tazkirah tersebut akan dimulakan dengan "fatwa" dan "kata-kata mutiara" dari mereka. Kemudian, diikuti dengan bayan dan istinbat darinya...

Harap kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas "tazkirah" ini boleh la berada di depan PC, tablet atau gadjet yang bertalian internet milik masing-masing. Sila pastikan berwudhu sebab takut ada pulak yang "terbakar" masa baca "tazkirah" tu...

Nantikan tazkirah "istimewa" tersebut dari blog ini...sekian, harap maklum! Heh!

P/s: Ada la yang meroyan lepas ni...heh!

GEMPARRR..!!! PAS RESTU SETAN LUFICER, FREEMASON DAN ILLUMINATI..!!!


Aku dengar puak-puak PAS serang Hasan Ali baru-baru ni. Depa kata lambang JATI tu macam logo setan Lucifer...tapi Allah SWT tak tengok pada lambang, kan? Allah lihat pada "isi" dan "pengisian" perjuangan, kan?

Aku tertanya-tanya, kenapa PAS tak sebut langsung pasal lambang PKR. Diorang tahu lambang PKR tu diasas dan diilhamkan dari "apa", kan?

Jadi, mengapa hanya JATI dan Hasan Ali saja yang diserang dan dikatakan "Setan"? Bagaimana pula dengan PKR? Mengapa ada double standard? Pasal Hasan Ali dedah kekhilafan PAS yang menyeleweng dari landasan Islam sejak sekian lama? Begitu?

Kalau dilihat dari segi perjuangan, Hasan Ali dan JATI memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Setahu aku, Mufti Perak dan ramai NGO Islam yang pro-PAS sokong JATI.

Mengapa pula kepimpinan PAS tak sokong? Malah PAS kutuk pulakkkk??? Dah terbalik pulak perjuangan PAS sekarang, ye?

PAS sokong pulak PKR yang berlambang gabungan antara Freemason, Illuminati, Knigts of Templer, Lucifer dan penuh unsur negatif. Tak pernah pun dengar PAS tegur lambang tu...

Itu soal lambang. Bagaimana pula dengan soal perjuangan PKR? Heh! Baru je lagi bulan lepas Anwar cakap dia sokong Israel. Heh! Satu dunia tahu! Ramai pemimpin Islam dunia kutuk Anwar...

Tapi PAS tetap setuju dengan Anwar! Anwar explain kat Pok Nik baru ni, Pok Nik angguk je. Paling kuat pun Pok Nik cakap PAS tak iktiraf Israel. Heh! Semua orang tahu benda tu. Tapi Pok Nik tak berani pulak cakap direct kutuk kenyataan Anwar sokong Israel tu..heh! Muka bertalam-talam!

Jadi, korang fikir la sendiri...wajar ke korang sokong Pakatan Haram lagi? PAS macam tu, PKR pulak macam ni. DAP? DAP macam haram jadah je aku tengok...tak tahu la korang tengok DAP macamana pulak? heh!

ADOOOIII..!!! NI VIDEO APA PULAK NIHHHH..???!!!



Huiiiihhh..!!! Ni video apa pulak ni..??? Adoi laaa...please la. Jangan la buat camni lagi. Pening la kepala Ustat Zizan...

Dah la family terabai, PAS pulak dok giat nak gulingkan dia. UMNO pulak dah mula kuatkan gerakan kat Kedah. Ishhhh...pening la kepala dia...

Ni mai pulak kaum India dan Cina kat Kedah yang sanggup berkumpul malam-mala buta hanya kerana nak bagi sokongan kat Najib. Pening la kepala Ustaz Zizan...takkan la hangpa nak suruh dia masuk IJN lagi koottttt...??? Heh!

MAZLAN ALIMAN, DZ, "3 BERADIK" BUAT DAJAL PADA 112,635 PENEROKA FELDA...?!!!


Kalau tak pasal Mazlan Aliman, para peneroka Felda dah tentu dapat "durian runtuh" dalam masa terdekat. Tapi pasal orang dengki dan penghasut macam Mazlan Aliman ni, maka EGM KPF tertangguh lagi dan hanya diadakan taklimat penyenaraian FGVH saja...

Busuk hati betul si Mazlan ni. Dia dengki dan takut sangat peneroka Felda dapat "durian runtuh" tu. Aku tahu la dia bukan ahli KPF pun. Dan kalau bukan ahli KPF, yang sibuk-sibuk pasal hal KPF tau apahal?

Tindakan dia hasut lebih kurang 100 ahli KPF dan fail injunksi mahkamah membuatkan majoriti ahli KPF dan 112, 635 peneroka Felda makin menyampah kat dia. Secara tak langsung, diorang terus benci kat PAS. PAS tak rugi ke? Heh!

Lagi satu hal ialah Pengerusi KPF yang Mazlan Aliman sayang sangat tu. Datuk DZ dan "3 beradik" dalam kepimpinan Felda/KPF. Nak ikut busuk hati macam Mazlan Aliman tu jugak ke?

DZ dan "3 beradik" tahu Mazlan Aliman racun suruh fail injunksi kat mahkamah, kan? Apasal tak prepare counter attack awal-awal? Lembab sangat ke otak DZ dan KPF untuk fikir semua tu? Takkan KPF takde lawyer?

Atau memang sengaja DZ dan "3 Beradik" nak sabotaj EGM KPF tu supaya FGVH tak disenaraikan? Sengaja, kan? Aku cabar DZ dan "3 Beradik", kalau betul mereka berpegang pada prinsip Islam, jelaskan segera secara jujur, betul ke diorang sengaja buat begitu..!!!

Tapi kalau diorang berprinsip macam Anwar atau PAS, tak payah la sahut cabaran aku tu...heh!

Yang jadi mangsanya ialah para peneroka. Korang tahu tak bahawa para peneroka dijangka mendapat hasil antara RM3 bilion hingga RM4 bilion dari penyenaraian FGVH tu. Dan pasal Mazlan Aliman, DZ dan "3 Beradik", peneroka rugi besar lagi...

Aku tak faham. Apa Mazlan Aliman, DZ dan "3 Beradik" tu fikir Felda tu diorang saja yang punya, kah?

Tahu tak perwakilan ahli KPF ada 1,328 orang dan peneroka ada 112, 635 keluarga? Kalau 120 orang ahli KPF + peneroka sokong Mazlan Aliman, macamana pulak dengan majoriti ahli KPF dan peneroka yang lain?

Majoriti sokong penyenaraian tu dan disebabkan busuk hati Mazlan Aliman, DZ, "3 Beradik" dan segelintir minoriti peneroka, maka hak majoriti ahli KPF dan peneroka lain dinafikan begitu saja? "Bijak" sangat la tu...akal ada ke? Heh!

GEMPARRR..!!! ISTERI NO.2 AZIZAN FAIL CERAI KAT MAHKAMAH SYARIAH..???

KCX 8...Dia beli kereta mewah untuk diri sendiri...anak bini naik Viva cukup laaa...heh!

Azizan Razak memang sibuk menguruskan hal ehwal Kedah. Maklum la, bukan saja UMNO yang mahu dia turun dari jawatan MB, malah PAS lebih kuat mendesak dia meletak jawatan. Tu yang dia kalut tu...nak pertahan jawatan la katakan...heh!

Tapi apa yang aku dapat tahu, Azizan merupakan seorang suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab.

Dia ada dua isteri. Tapi, dia tak ambil peduli sangat tentang soal keluarga, khususnya bini no.2 dan anak mereka.

Nak dijadikan cerita, anaknya ni rasa terbiar dan mula memberontak. Ponteng sekolah, bercampur dengan budak-budak tak senonoh, lari kelas duduk dalam toilet dan sebagainya.

Ada ketikanya, dia mengamuk suruh mak dia beli motosikal. Tapi mak dia tak mau beli dan dia ancam nak lari dari rumah. Ugut mak dia sendiri? Macam tu anak Ustaz Azizan?
"Buas"nya macam bukan anak Ustaz Azizan...

Dia ada masa layan Bob Lokman..tapi takdak masa untuk anak dan isterinya...

Sekolah tu katanya ada panggil ibubapa (Azizan dan isteri no.2), tapi yang hadir hanyalah isteri no.2nya sahaja. Setelah berbincang, isteri Azizan tu tekad pindahkan anaknya ke sekolah lain untuk asingkan dia dari bercampur dengan budak-budak nakal.

Anak dia tu dipindahkan ke sebuah sekolah agama pondok. Betul ke perangai anaknya akan berubah kalau masuk sekolah pondok? Kita doakan je la noooo...

Tapi yang aku peliknya, kenapa Azizan langsung tak peduli soal anaknya sampai melampau begitu? Dan yang paling jelas, mengapa hanya isteri no.2 Azizan saja yang bertungkus lumus ambil tahu hal anak mereka? Dia takdak suami ka? Atau suami dia takdak tanggungjawab?

Kesiannya ialah kat budak tu. Dia seolah-olah takdak ayah. Takdak role model depan mata. Dah tentu dia akan jadi liar sebab takdak "kuasa ayah" untuk pantau dia. Setakat mak dia yang lemah lembut tu..heh!..dia tak heran sangat laaa...

Mana Azizan? Sibuk sangat sampai lupa tanggungjawab? Mana peranan dia sebagai suami dan ayah? Pandai dok nasihat orang sana sini, tapi keluarga sendiri terabai...

Sebagaimana kebiasaan, kita rujuk dulu masalah ni kepada Islam. Kita tak letak politik kat atas macam PAS...

Ustaz aku kata, kepimpinan dalam Islam bermula dari rumah. Ada hadis berkenaan hal ini di mana Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya memberitahu bahawa kita semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap mereka di bawahnya.

"Kullukum raa'in, wa kullukum mas'uulun 'an ra'iyyatih..". Hangpa pi cari hadis tu sendiri. Ia bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat, rakyat dan seterusnya, itu antara istinbat dan bayan hadis tersebut...

So? Camana ni? Kalau pada keluarga pun Azizan tak bertanggungjawab, macamana pulak tanggungjawabnya pada rakyat Kedah? Heh!

p/s: Phahrolrazi, Mahfuz, Mat Sabu, Amiruddin, Taulan, Hamdan dan Exco Kedah mesti suka entry ni...kan? Heh!!!

TAHNIAH "JIN2GAY13", LU MEMANG HEBAT BONGKAR KAPAL "ISRAEL" TU..! HEH..!!!

Ni ke kapal "Israel" yang parking kat West Port Klang tu?

Baru-baru ini kumpulan "Jin2Gay13" kononnya mendedahkan kapal-kapal sebuah syarikat yang dikuasai Israel diberikan akses bebas untuk berdagang dengan Malaysia.

Dengan dakwaan ini, mereka fikir mereka boleh menuduh Kerajaan UMNO/BN membantu Israel beli peluru untuk bunuh rakyat Palestin. Mereka fikir, dengan tunjuk dua kapal dan beberapa dokumen bisa membuktikan mereka benar dan rakyat akan percaya pada mereka.

Baiklah identiti kapal tersebut telah dikenal pasti dan dimiliki oleh sebuah syarikat dari Liberia. Semua identiti kapal-kapal tersebut dibongkar Selangordaily, di sini.

Tu diaaa...kapal "Israel" lagi sebijik..heh! Kenal bendera Liberia ke tak ni?

Tapi, "Jin2Gay13" komplen lagi katanya syarikat kapal tu baru datang dari pelabuhan Ashdod, Israel. Heh!

Kapal Liberia pun dia tuduh kapal Israel...? Heh!

So? Apakah kapal dagang Liberia yang masuk ke pelabuhan Israel tak boleh masuk Malaysia? Apakah hak atau polisi Malaysia menghalang sebarang syarikat yang mahu masuk berniaga di sini untuk tidak mengadakan hubungan dagang dengan Israel?

Aku nak tanya. Tak silap aku, mamat poyo Fariz Musa kepala "Jin2Gay13" tu hisap rokok. Syarikat rokok yang dia hisap tu milik orang Islam ke? Jadi rokok tak boleh masuk ke Malaysia? Gitu?

Macamana dengan Ipad dari Apple? Macamana dengan filem-filem Steven Spielberg dan filem-filem yang dibintangi oleh pelakon hollywood yang berbangsa Yahudi?

Macamana pulak dengan produk-produk syarikat satu dunia yang dipasarkan dan ada business dengan Israel? Tak boleh jual produk mereka di Malaysia jugak ke?

Kalau ikut sirah nabawiyyah dulu, Rasulullah SAW tak ada berniaga dengan pedagang berbangsa Israel ke? Heh!

Look, kita tak buat hubungan dagang dua hala dengan Israel sebab kita tak pernah iktiraf Israel. Tapi, kita tak halang mana-mana syarikat yang melabur, berniaga dengan kita untuk punya hubungan dagang dengan negara haram jadah tu...

Tapi, lain macam pulak di Anwar! Dia iktiraf Israel..!!! Heh! Siap sokong lagi Israel diberikan perlindungan dari sebarang ancaman sekiranya keselamatannya diancam. Sayang betul Anwar pada Israel. Palestin tak payah dilindungi dari ancaman Israel ke? Heh!

Oooo...ni la ketua "Jin2Gay13" tu...kurang jambu..Anwar kenan tak?

Aku hairan dengan level IQ mamat-mamat "Jin2Gay13" tu, memang dah tak boleh di upgrade lagi ke? Memang dah tak boleh nak di repair dah ke?

Aku tahu la diorang tak dapat perhatian sebelum ni. Tenggelam je. Tapi nak cari publisiti pun, carilah benda yang logik, benar, tepat dan bernas. Tak payah la malukan diri macam ni...heh!

GEMPARRR..!!! KAUM INDIA DAN CINA "BALUN" NAJIB DI KEDAH...???!!!

Tu diaaa...ane-ane dan ah chai-ah chai yang berdemo kat Kedah baru ni...heh!

Laaa...aku ingat masyarakat India kat Kedah marah kat Najib..! Rupanya lain pulak ceritanya kat sini...

Depa sokong Najib pulak dahhhhh...ish! Macha...itu Anwar tarak marah ka nanti? You all sokong-sokong Najib, nanti itu worang banyak marah sama orang India laa...

Aku ingat orang kampung buah pala kat Penang ja yang marah kat puak-puak Pakatan Haram ni. Depa ingat orang India bodoh dan mudah diperbodohkan? Heh!

Aku tengok ada dua kesan dari Najib dan Anwar bila sebut bab hadir majlis orang India kat Malaysia ni.

Tu diaaa...gambar superimpose paling tak berkualiti yang pernah aku tengok..kantoi!

Najib pada mulanya dikutuk oleh puak-puak Pakatan Haram bila Mufti Perak tegur beliau.

Tapi, lepas Mufti Perak diberi penjelasan dan beliau tarik balik teguran tu, maka Najib dipuji sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mementingkan perpaduan kaum...

Berbeza pulak dengan Anwar. Dia tak putus-putus dikecam dan dikutuk.

Sivaji Da Boss is back! Heh!

Bermula dari insiden Israel yang menyebabkan dia dikutuk oleh para pemimpin Islam di seluruh dunia, hinggalah dia terus dikutuk lagi sebab pakai tandey dan 'ambil semangat api dalam dulang". Heh!

So, siapa yang lebih layak jadi PM? Heh?

LAWAK PAGI INI.. BILA EXCO AGAMA & ELI WONG PERLI SAIFUDDIN NASUTION..!!!

Amboi...!!! Mementang la dah geng dengan Eli...dia gedik betol si 'gagap' nihhh..! Heh! Siap perli-perli Saifudin Nasution la pulakkkk...heh!

Dah habis dikebasnya pasir kat Selangor ni...lepas tu kasi balik negeri kat BN...BN bina balik kasi kaya negeri...diorang datang buat kacau balik...menang...kasi Selangor muflis lagi..lepas tu blah...

Heh! Yang bestnya...rakyat Selangor tahu tak aktiviti Khalid & the geng nih? Heh!

Tuesday, February 21, 2012

TU DIAAAA..!!! ORANG KULIM MENGAMUK PAKAI KAIN PELIKAT..!!!


Tu diaaaa..!!! Aku ingat depa berarak Maulidur Rasul. Rupanya depa buat demo..!!! Sapa yang zalim kat depa ni? Kerajaan PAS Kedah tu "sejahtera"kan rakyat...mana ada zalim...?

Betoi ka? Tapi umat Islam kat Karangan ni kata depa dizalimi. Berikut adalah berita penuh yang disunting dari sini...
Selepas solat Jumaat semalam, satu demonstrasi telah diadakan untuk membantah Memorial Park Sungai Kob, Karangan yang bakal menjadi Memorial Park di Asia Tenggara apabila ia siap kelak.

Penduduk mulai berkumpul di luar Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Mewakili Penduduk Mukim Karangan. Jumlah kehadiran adalah lebih kurang seramai 750 orang.

Antara yang hadir termasuklah Wahi bin Sidin, Pengerusi Bertindak dan Ahmad Asi Ariffin, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Padang Serai.

Rata-rata, mereka yang hadir sangat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang langsung tidak menghiraukan masalah tersebut. Malah mereka juga mendesak agar rojek tersebut tidak diteruskan.

Melihat kepada banner yang dibawa, perkara ini sebenarnya boleh menjadi barah yang lebih merbahaya pada masa hadapan memandangkan provokatif pada banner-banner berkenaan menunjukkan isi hati penduduk yang bukan sahaja kecewa kerana nasib mereka tidabaikan, tetapi juga kerana penjajahan berbentuk baru yang langsung tidak mampu ditolak lagi.

Terdapat lebih kurang 10 banner dan setiap satunya berbunyi seperti berikut:

(1) Pemimpin Cina tolong Cina, Pemimpin Melayu Tolong Siapa?

(2) Macam mana Boleh Lulus? – Anak Jati Karangan

(3) Jangan Main Api!!!

(4) Jangan Ketepikan Hak Kami – Orang Islam di Karangan

(5) Syarat-Syarat Tanah Untuk Pertanian, Bukan Untuk Perkuburan

(6) Kawasan Melayu, Kubur Cina, Apa Muslihatnya?

(7) Bersatu Demi Agama Islam Untuk Kampung Kita

(8) Pindah Projek Ke Tempat Lain

(9) MELAYU JOM BANGUN DAN MUSNAHKAN JIRAT CINA

(10) ORANG ISLAM BANGUN DAN TENTANG BERSAMA HADIR DI HADAPAN MASJID

Demonstrasi bermula di luar Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob. Kumpulan tersebut kemudiannya bergerak ke hadapan lokasi tapak pembinaan Memorial Park dan berkumpul di hadapannya. Beberapa orang daripada mereka turut berucap serta melaung membantah pembinaan Memorial Park.

Majoriti yang hadir adalah Melayu-Islam setempat termasuklah kanak-kanak dan remaja. Ternyata isu Memorial Park mendapat sambutan dan menimbulkan kesedaran luar biasa di kalangan penduduk tempatan.

Seharusnya pihak kerajaan negeri mula bertindak untuk mengatasi masalah yang lebih buruk daripada berlaku. Jangan kerana yang membantah itu adalah orang Melayu, maka, tiada perlu sebarang tindakan proaktif dilakukan kerana beranggapan, orang Melayu mudah dipujuk. Kalau layanan terhadap bukan Melayu yang membuat tuntutan atau tekanan diberikan bagai menatang minyak yang penuh, mengapa orang Melayu-Islam dianggap sebagai bangkai yang berulat?

Tiada gunanya memperkatakan tentang sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tetapi hakikatnya, perjuangan yang ada hanyalah untuk golongan bukan Islam.

Buktinya…. MEMORIAL PARK SUNGAI KOB, KARANGAN!

Jangan sampai nanti penduduk di perkampungan-perkampungan yang terdapat di sekitar Memorial Park tersebut mengamuk dan mula mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri, baru pihak negeri nak berbuat sesuatu, rasa-rasanya masa itu segala-galanya sudah terlambat. Pada ketika itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur!

Takkanlah Kerajaan Negeri dari parti politik yang berjenama Islam sanggup melihat umat Islam menumpahkan darah, merosakkan harta benda malah mewujudkan kekacauan hanya semata-mata kerana kelemahan Kerajaan Negeri yang terlebih memberi muka kepada taukeh-taukeh Cina!!!

PANASSS..!!! EXCO KEDAH PULAU AZIZAN 28 FEBRUARI NI? ADA BERANI KAAA..???!!! KAH..!!! KAH..!!! KAHHHH..!!!

Heh! Depa ni? Azizan sehhh hingus pun depa dah lari dahhhh..!!!

Nampaknya posting di sini mengesahkan desas-desus bahawa Azizan Razak akan dipulau Exco sendiri pada 28 Februari ini. Exco-Exco Kedah meragam, mogok tak mau pi majlis perlantikan Exco... Pulak dahhhh..!!!

Ishhh...sampai hati hangpa buat lagu ni kat Ustaz Azizan. Dulu, dia jugak yang hangpa pi bodek, pi hemoi sakan! La ni hangpa nak benam pulas kilas dia pulak. Heh!

Tapi betoi ka hangpa berani buat lagu tu? Aku tak rasa hangpa "ada teloq" nak buat cam tu kat Azizan. Heh! Kalau berani, try la buat...aku rasa Azizan sikit pun tak heran kat hangpa semua...heh!

Sapa? Mahfuz? Eleehhh..setakat "Mat sikat tepi" tu Azizan kais ke tepi macam tu jaaa...

Phahrolrazi? Dia berani ka berdepan dengan Azizan? Nak kena maki berdepan? Haaaa...try la..sedangkan Kit Siang pun Azizan maki, apatah lagi Phahrolrazi...

Taulan? Hahahahaaa...dia tibai lagu tu ja ADUN Tokai tuuu...heh!

Amiruddin? Dia tu kanyaq lagi, Ustaz Azizan jerkah sekali...heh! Terkencing dalam seluar...muahahahahaa....

Azizan tu peronghoihhh...cenge..baran gila...hangpa semua tau, kan? Pok Nik Ajis dan Mat Sabu pun dia tibai..apatah lagi hangpa semua.

Hangpa semua jenih kecut teloq. Mana berani dengan Azizan, heh! Berani try la...

SURAT PANASSS..!!! MENGAPA MALAYSIAKINI TAK SIARKAN SURAT INI..?


Menurut sahabat saya di sini, surat ini tidak disiarkan oleh editorial Malaysiakini.com. Tema yang digunakan Malaysiakini ialah "News and Views That Matters", tapi kenapa "views" ni tak disiarkan? Macam tu ke menyiarkan yang adil dan tak berat sebelah.

Jadi, memandangkan begitu, saya mengikut jejak langkah RBF untuk menyiarkan surat berkenaan di blog ini. Pembangkang sila baca (Tu pun kalau sanggup terima kebenaran la...heh!)



Assalamualaikum Dr. Maszlee

Saya ingin merujuk pada tulisan Dr. di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/189406) yang bertarikh 17 Februari 2012. Dalam tulisan tersebut, Dr. membuat satu surat terbuka pada Datuk Maslan yang bertindak mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Tulisan Dr. nyata penuh dengan istilah-istilah besar demokrasi yang pasti dikagumi oleh orang yang membacanya. Jadi izinkan saya juga menulis satu surat terbuka pada anda. Tulisan saya bukan untuk menjawab bagi pihak Datuk Maslan, kerana saya yakin beliau lebih berkemampuan untuk menjawab atas kapasiti beliau sendiri. Cuma, tulisan saya ini adalah dasar terkilannya saya melihat corak penulisan Dr. sebagai seorang ahli akademik yang ternyata amat bias dan penuh dengan percanggahan fakta dan hujah.

Menurut anda, ‘Buku Jingga’ yang dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat merupakan sebahagian dari pengamal domokrasi yang adil dan tatakelola yang baik. Persoalannya adakah sesiapa yang menyekat Pakatan Rakyat dari menerbit dan menyebarkan ‘Buku Jingga’ mereka? Kalau ada sila kemulakan. Sekiranya Pakatan berhak menerbitkan ‘Buku Jingga’ apakah kita sebagai rakyat tidak berhak menolaknya, terutama apabila kita mengkaji isi kandungannya, kita merasakan ia satu idea propaganda yang lebih bersifat retorik dan tidak berpijak dibumi yang nyata? Apakah Datuk Ahmad Maslan tidak mempunyai hak sebagai salah seorang pengamal demokrasi untuk menolak ‘Buku Jingga’ bila beliau merasakan ia tidak lain merupakan satu propaganda murahan yang tidak praktikal untuk dilaksanakan? Dan apakah kita rakyat jelata tidak boleh mendengar pandangan yang tidak bersetuju dengan isi kandungan ‘Buku Jingga’ yang diutarakan oleh Datuk Maslan? Tindakkan Datuk Maslan membuang buku jingga hanyalah satu bentuk ekspresi untuk menguatkan hujah beliau bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ adalah ‘tidak boleh pakai’. Apakah mengkritik dan menolak ‘Buku Jingga’ bererti kita ini sudah tidak demokrasi dan menyekat kebebasan maklumat? Jadi nampaknya kebebasan maklumat yang dilaung-laungkan Dr. juga sekadar satu retorik yang pada pendapat saya bersikap bias terhadap usaha propaganda pembangkang.

Menurut Dr. lagi, “Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta.” Itu saya setuju. Tetapi bagaimana kita boleh mengetahui maklumat serta fakta itu telus sekiranya kita tidak dibenarkan untuk mengkritik maklumat tersebut. Apakah tindakan Datuk Maslan bukan termasuk dalam mengkritik maklumat yang terkandung dalam ‘Buku Jingga’? Apakah jaminan Dr. bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ itu betul-betul telus?

Seterusnya Dr. menulis, “Maka, berdasarkan prinsip ini, ‘Buku Jingga’ yang telah dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekaligus sebagai tawaran pihak Pakatan merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik.” Persoalan saya ialah apakah kerana ia tawaran dari Pakatan, secara automatik ia menjadi pengamal demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik? Sepatutnya, demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik ialah setiap pihak diberikan peluang untuk mengemukakan tawaran mereka dan pihak lawan juga perlu diberikan peluang untuk mengkritik tawaran pihak lawan. Jadi saya ulangi, sila buktikan dimanakah Pakatan dihalang daripada mengemukakan tawaran ‘Buku Jingga’ mereka. Tunjukkanlah pada umum, bila dan dimana KDN menyekat penerbitan ‘Buku Jingga’. Jadi tindakan Datuk Maslan adalah semata-mata menjalankan demokrasi adil dan tatakelola yang baik, sedangkan Dr. sendirilah yang mencabulinya dengan tidak membenarkan pihak lawan menkritik ‘Buku Jingga’.

Perlu diingat bahawa Datuk Maslan adalah pembangkang bagi ‘Buku Jingga’ sepatutnya beliau mempunyai segala hak untuk melakukan apa yang dilakukan. Ini kerana tindakan beliau bukan atas kapasiti pihak berkecuali, sebaliknya sebagai pembangkang kepada ‘Buku Jingga’. Yang jeleknya ialah pihak yang sepatutnya berkecuali dan bertindak atas kapasiti pihak berkecuali (umpama seorang ahli akademik) tetapi melakukan perkara-perkara yang nyata bias terhadap kecenderungan peribadinya (saya tidak tujukan ini pada Dr., tapi secara umum). Mungkin alasan Dr. ialah tindakan membuang ‘Buku Jingga’ adalah tidak beradab, namun begitu, ia adalah tafsiran Dr. semata-mata sedangkan pada pendapat saya, ia adalah satu bentuk ekspresi yang sah, selagi ia tidak menjadikan peribadi individu sebagai sasaran.
Pesuruhjaya Pas Trengganu merangkap MP Kuala Trengganu sedang mencucuh api untuk membakar akhbar Utusan Malaysia

Arab Spring

Bakar Utusan Malaysia menghina demokrasi
Dr. seperti ada satu obsesi pada Arab Spring. Hakikatnya ialah Malaysia adalah amat jauh berbeza dengan sesetengah Negara Arab. Membandingkan Malaysia dengan Arab dan menjadikan Arab Spring sebagai ukuran ternyata merendahkan rakyat serta system yang wujud dinegara ini. Dr. ada menulis “Sistem yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy). Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat ditahap mentaliti yang rendah. Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga.” Sekiranya diteliti apa yang Dr. tulis, ternyata Dr. lah yang mempelopori budaya pseudo-democracy. Dr. seperti mengatakan Pakatan sahaja yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat melalui ‘Buku Jingga’ mereka sehinggakan orang yang mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ dianggap telah menolak kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Apakah Datuk Maslan tidak mempunyai ruang untuk beliau mengkritik dan mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ sehinggakan tindakkan beliau dianggap tidak beradab dan menyanggahi demokrasi? Bukankah tindakan Datuk Maslan itu semata-mata proses demokrasi untuk beliau menzahirkan pandangannya kepada rakyat supaya rakyat boleh membuat pilihan. Kita tidak pernah mendengar pun Datuk Maslan menghalang sesiapa dari membaca ‘Buku Jingga’ dan sebagai individu dalam sistem demokrasi, bukankah beliau mempunyai hak untuk menzahirkan pandangan beliau? Apakah itu pun dianggap salah menurut kaca mata demokrasi Dr.?

Perlu disedari bahawa bukan semua rakyat mempunyai peluang untuk mencapai maklumat dan bukan semua mempunyai pengetahuan untuk mencerna maklumat dan menentukan mana yang betul dan mana yang salah. Oleh itu menjadi tugas ahli politik dalam sistem demokrasi untuk menyampaikan pandangan serta idea mereka. Pihak pembangkang telah kehulu dan kehilir untuk mempropagandakan ‘Buku Jingga’. Bukankah kalau menurut pandangan Dr., rakyat sudah mampu berfikir dan mereka sepatutnya dibiarkan menilai sendiri tanpa campur tangan ahli politik? Kalau Dr. kata itu hak pembangkang untuk mempropagandakan ideologi mereka, maka persoalan saya kepada Dr. ialah apakah Datuk Maslan tidak mempunyai hak untuk mempropagandakan pandangan beliau yang tidak menyetujui ‘Buku Jingga’.

Demokrasi ala DAP , Pas dan PKR
Seterusnya, Dr. menulis “Walaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina.” Saya seperti terkejut melihat kenyataan sedemikian keluar dari seorang ahli akademik dalam pengajian Islam, sedangkan semua ahli agama tahu tentang hadith Usama Ibn Zaid r.a yang telah membunuh seorang yang mengucap dihadapan beliau sewaktu peperangan dengan anggapan beliau mengucapkannya kerana takut dibunuh. Apabila perkara tersebut dibawa pada Nabi S.A.W., maka Nabi S.A.W. mengatakan apakah anda sudah membelah hati beliau dan mengetahui apa yang tersirat. Saya biarkan bahagian ini untuk difikirkan pembaca lain, tetapi persoalannya ialah apakah kerana Datuk Maslan membuang ‘Buku Jingga’, Dr. sudah tahu ramai orang Felda yang akan terhina? Seolah-olah ‘Buku Jingga’ ini satu kitab yang tidak boleh dipertikaikan dan seolah-olah Dr. tahu ‘Buku Jingga’ ini diterima ramai warga Felda?

Sebagai akhir kata, dapat saya simpulkan, tulisan Dr. ternyata banyak sangat kecacatannya. Dr. menyeru kepada kebebasan maklumat, demokrasi adil dan tulen, tatakelola dan segala istilah-istilah besar demokrasi masakini, tapi Dr. sendiri menyanggahi prinsip-prinsip tersebut dalam tulisan Dr. sendiri. Dr. seolah-olah member gambaran yang bebas, adil, tatakelola dan segala istilah itu semua hanya hak mutlak Pakatan sedangkan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mengkritik dan menolak persembahan Pakatan. Tulisan Dr. nyata amat bias terhadap pakatan. Mungkin itu adalah parti sokongan Dr. dan saya tidak mempunyai masalah terhadap kecenderungan Dr. Ini kerana dalam tulisan Dr. sendiri pun tidak menyatakan yang ia adalah satu tulisan yang tidak berpihak. Cuma fokus saya adalah pada tulisan itu sendiri yang ternyata bersikap “double standard” dan tidak bersikap adil kepada kedua-dua pihak, walaupun motto tulisan itu adalah tentang keadilan dan ketelusan maklumat. Cacatnya tulisan Dr. bukan kerana kecenderungan politik Dr., tetapi adalah kerana kelemahan hujah yang ternyata menyanggah apa yang Dr. sendiri sarankan.

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan dijadikan orang yang benar-benar Adil oleh Allah S.W.T.

Sekian

Grand Marquis

PANASSSS..!!!! SKANDAL: EXCO KEDAH TAK PUNYA MARUAH...?

Busuk punya olang! Mati kujut ini macam..! Heh!

Hangpa rasa, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram ni ada maruah ka takdak? Heh? Kalau pemimpin kita ni disabitkan dengan isu, maka menyalak la depa suruh letak jawatan segera.

Pemimpin kita pi cuti pun depa tak puas hati jugak. Depa nak suruh letak jawatan jugak. Selagi tak letak, depa akan guling-guling atas jalan macam budak tak cukup akal!

Tapi bila kena kat batang hidung pemimpin depa, depa boleh buat muka tebal! Muka Tembok! Muka tak tau malu! Takdak maruah! Suruh letak cuti pun depa tak mau, suruh letak jawatan apatah lagi...

Tapi kita tak la bodo macam depa sampai pi tidoq tengah jalan sambil pegang bendera. Depa boleh la buat lagu tu...kita ni jauh bertamadun dari depa. Heh!

Ni, cuba tengok "maruah" Exco PKR Kedah ni. Cina pulak tu. Jenis muka tak tau malu betoi. Apek ni taktau ka yang Azizan dah lama meluat kat dia? Heh! Tak caya? Tanya Azizan...tu pun kalau dia mau berterus terang la...heh!

Peliknya, PKR hanya gantung pembantu peribadinya, tapi si Apek ni depa tak gantung pulak! Heh! Diskriminasi..!!! Ada scape goat...heh! Orang bawah jadi mangsa...biasa la...cara Anwar Berahimmmmm...

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang menegaskan tidak perlu untuknya bercuti kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan di sebalik timbul isu potongan peruntukan negeri yang dibuat kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau tetap akan meneruskan tugas harian selagi tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian dari kepimpinan pusat PKR walaupun kes itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tidak perlu bercuti kerana tiada sebarang keperluan kerana masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan. Biarlah SPRM menyelesaikan kerja mereka. Keputusan siapa yang patut bercuti ditentukan oleh jawatankuasa pusat.

“Sehingga kini saya belum menerima sebarang arahan daripada pucuk pimpinan parti," katanya kepada Sinar Harian.

Chow Kang, Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan diminta mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkannya agar bercuti untuk memudahkan siasatan terhadap kes itu.

Bashah juga meminta Chow Kang bertanggungjawab ke atas itu itu dan tidak cuba lepas tangan dengan hanya meminta pembantunya bercuti.

Chow Kang berkata, tindakan meminta pembantu peribadinya bercuti sehingga siasatan SPRM selesai dibuat selepas menerima arahan pusat untuk berbuat demikian.

“Dia bukan digantung tugas tetapi cuti sementara. Namun sepanjang dia berkerja lebih dua tahun tidak ada sebarang masalah," katanya.

Beliau kesal dengan tindakan segelintir pihak cuba mempolitikkan isu berkenaan kerana akan merumitkan keadaan dan berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) terlibat memberi kerjasama dengan SPRM.

“Saya yakin tidak terlibat dalam kes ini dan beberapa sidang media sudah diadakan untuk menerangkan situasi sebenar supaya masyarakat tidak salah faham dengan apa yang sedang berlaku.

“Bagaimanapun saya tidak ada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan SPRM sekiranya diperlukan bagi membantu melancarkan lagi proses siasatan sehingga semuanya terbukti,” katanya.

Menurutnya, isu melibatkan pemotongan sebahagian dari peuntukan kepada NGO berkenaan masih dalam siasatan SPRM dan hasilnya belum diketahui.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew sebelum ini mendakwa lapan NGO di negeri ini memaklumkan kepadanya mengenai pemulangan balik peruntukan kepada Kerajaan Negeri atau rebat antara 25 dan 30 peratus daripada jumlah bantuan dijanjikan yang disalurkan.

Akhbar berbahasa Cina melaporkan Chow Kang mengakui perkara itu berlaku dan susulan pendedahan itu juga difahamkan pembantu peribadinya digantung tugas atas arahan jawatankuasa pusat PKR sehingga siasatan terhadap dakwaan itu selesai.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!