Kalau sekali baca tulisan Nasrudin Tantawi pasal Felda dan FGVH, dah tentu ramai “lembu-lembu” yang mengangguk. Dia mulakan dengan point yang merujuk pada Islam! Siap keluar hadis Rasulullah lagi.
Jadi, tulisan kali ni saya tujukan khas kepada Pemuda PAS, khususnya Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi.
Heh! Well, point mengenai Islam itu memang tak boleh disangkal, memang betul pun sebab tu semua sejarah Islam mengenai pertanian dan sosio-ekonomi zaman silam kegemilangan Islam…
Tapi bila dia masuk bab Felda dan FGVH, saya dah mula nak ketawa dah. Huru-hara dia punya point..!
Mula-mula, dia puji Allaryarham Tun Abdul Razak sebab tubuh Felda. Tapi lepas tu dia kritik pulak Felda sebab campur tangan politik yang kononnya menjejaskan peneroka dan generasi seterusnya.
Nih..Ustaz Nasrudin, saya nak tanya sikit la…Allahyarham Tun Abdul Razak tu bukan orang politik ke??? Heh! Dari dulu lagi Felda memang di bawah orang politik. Sebab? Sebab orang politik BN ni la yang dok fikir siang malam pasal kebajikan rakyat.
Felda tu ditubuhkan pun pasal umat Islam dan memajukan ekonomi ummah. Dan terbukti, di bawah orang politik (BN), Felda makin hebat di mata dunia. Orang politik lead, pengurusan Felda execute. Dari dulu sampai sekarang memang macam tu…
Ustaz nak rujuk pada Isa Samad? Heh! Ikut suka PM la nak lantik orang politik execute Felda. Lagi pun, difahamkan ada virus politik busuk pembangkang yang menular masuk Felda dan bocorkan maklumat rahsia syarikat kat Mazlan Aliman “kesayangan” Ustaz tu.
Saya fikir, Ustaz pun akan buat macam tu sekiranya Ustaz di tempat PM..kan? Heh!
Tiba-tiba pulak Ustaz kata Pemuda PAS sokong Mazlan Aliman yang bersusah payah menghasut peneroka failkan injunksi mahkamah terhadap EGM? Siap ucap tahniah lagi? Betul ke penyenaraian tu beri kesan buruk pada peneroka?
Ustaz, bagus ke amalan hasut menghasut dalam Islam ni? Dulu masa study dulu tok guru Ustaz tak ajar ke hadis Rasulullah yang melarang umat Islam menghasut dan berburuk sangka? Dan layak ke diberikan ucapan “tahniah” pada penghasut?

Ustaz tahu tak apa anggapan majoriti orang Felda pada Mazlan Aliman? Cuba tengok gambar ni…
Fikir secara logik pun dah cukup dah Ustaz. 11 wilayah Felda dalam negara ni merupakan “fix deposit” undi UMNO/BN. Sanggup ke Najib korek lubang kubur menganiaya para peneroka dengan mencadangkan sesuatu yang bawa kesan buruk pada UMNO/BN?
Nampak sangat la tak logik penyenaraian FGVH tu..kan Ustaz, kan?
Dari apa yang saya baca mengenai pendapat Pemuda PAS yang Ustaz tulis tu, saya simpulkan bahawa Ustaz memang tak tahu apa-apa pasal penyenaraian FGVH dan mungkin berharap pada info berat sebelah dari Mazlan Aliman.
Misalnya, soal pertama iaitu soal tanah. Penyenaraian FGVH tu tak sentuh pun tanah peneroka. Dah berapa kali dah disebut perkara tu. Jadi, tak timbul pun isu peneroka serah tanah pada FGVH. Tu laaa…lain kali dengar lagi dari sebelah pihak..kan dah kena tipu…
Satu lagi contoh, Ustaz suruh peneroka refer pada penasihat kewangan? Ustaz, FGVH, Felda dan sebagainya dah lantik 5 perindung kewangan yang mampu jelaskan untung rugi penyenaraian tu kat peneroka. Penerangan pun dah dibuat..
Walaupun ada yang tak faham, pegawai-pegawai Felda dan perunding turun padang dari Felda ke Felda beri penerangan lagi. Kalau tak sure, boleh tanya. Dan hak para peneroka juga dijamin PM.
Takkan la nak suruh setiap peneroka hire satu syarikat penasihat kewangan uruskan saham dan ‘blue form’ diorang kot? Agak-agak la sikit Ustaz…cadangan tu biar la logik sikit…heh!
Ustaz berbangga memberikan 6 garis panduan untuk penyenaraian FGVH tu. Terima kasih Ustaz. Saya rasa Felda hargai usaha itu…
Cuma..saya rasa lebih elok Ustaz berikan 6 garis panduan tu pada KOHILAL. FGVH dah ada banyak consultant, pakar-pakar kewangan, perniagaan dan pelaburan strategik. Berbanding dengan FGVH, KOHILAL lebih memerlukan 6 garis panduan Pemuda PAS tu.

Mana peginya KOHILAL? Dah jadi KOHILANG ke?
Apa kata Ustaz bangkitkan kembali KOHILAL tu dulu, tunjuk example dan bawa syarikat milik PAS tu ke persada antarabangsa dan buktikan lebih hebat dari Felda. Lepas KOHILAL berjaya, baru la boleh kita discuss pasal 6 cadangan Pemuda PAS tu, boleh gitu Ustaz? Heh!
Bukan la niat saya nak bersikap sombong. Saya nafi berniat begitu. Tapi sebagai saudara seIslam, saya fikir lebih baik saya nasihatkan Ustaz supaya tidak bersikap bodoh sombong seperti Mazlan Aliman mahupun Rafizi. Saya kira, Ustaz ada pertimbangan yang waras?
Saya tahu la Mazlan Aliman tu AJK PAS dan berkepentingan politik, tapi sebagai seorang Islam, Ustaz perlu adil dalam melahirkan pandangan tentan permaslahan umat, kan? Adil la sikit Ustaz. Takkan la perkara begini pun Ustaz tak boleh berlaku adil? Adil tu Islam tak tuntut ke?
Sumber:
Klik sini