Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 4, 2012

HAPPY BESDAY UNTUK RASULLAH SAW..!!! YA MUHAMMAD, WE LOVE YOU..!!!


Setiap tahun, seluruh umat Islam di negara ini menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada Baginda.

Selain itu, turut diadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah, bacaan Yaasin, tazkirah, dan sebagainya, memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangi kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.

Bukan saja di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul juga disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak mengira sama ada di timur, barat, selatan atau utara.

Namun begitu, sambutan Maulidur Rasul sering dijadikan kontroversi di mana wujud kekhilafan pendapat atau fatwa dari para ulama dan pemerintah mengenai kewajaran umat Islam menyambutnya.

Menurut sejarah Islam, sambutan hari lahir Rasulullah SAW ini dimulakan oleh kerajaan Fatimiyyah di mana Maulidur Rasul disambut secara besar-besaran.

Bagaimanapun, menurut buku karangan Ibnu Atheer, Al-Kamil, Perdana Menteri Kerajaan Fatimiyyah kemudiaannya melarang sambutan Maulidur Rasul diadakan, tapi kemudiaannya diraikan kembali ketika pemerintahan Al-Ma’moon Al-Bata’ani.

Tapi kemudiaannya sambutan itu diharamkan semula setelah Kerajaan Al-Ayyubiyyah merampas kuasa.

Pada abad ke-tujuh, Putera Muzzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah memerintahkan agar sambutan Maulidur Rasul diadakan kembali di mana banyak khemah didirikan dan dihias indah untuk tujuan majlis mengingati Rasulullah SAW serta sunnahnya itu.

Antara ulama yang menyokong sambutan Maulidur Rasul ialah ulama tersohor dunia, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Imam Jalaluddin Sayuti, manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mempertahankan majlis sambutannya di negara ini.

Imam Jalaluddin berkata, sambutan Maulidur Rasul memberikan pahala kepada mereka-mereka yang menyambutnya memandangkan ia memuliakan Rasulullah SAW dan ia dianggap sebahagian dari ibadah di bawah kategori bida’ah hasanah (bida’ah yang baik).

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia,” katanya.

Syeikh Yusuf pula menegaskan bahawa mungkin Maulidur Rasul tidak disambut oleh para sahabat memandangkan Rasulullah SAW berada di depan mata dan sunnahnya hidup di dalam hati mereka.

Namun di zaman selepas itu, sunnah Rasulullah SAW sering dilupakan dan sejarah kegemilangan Islam hampir luput dari ingatan dan ia mengharuskan majlis sambutan menyambut kelahiran ‘kekasih Allah’ itu diadakan.

“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam,” jelasnya panjang lebar.

Pada 13 Februari 2010 pula, Harussani pula pernah tampil mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang menetapkan agar sambutan Maulidur Rasul tidak diadakan di negeri itu.

Dalam kenyataannya, Harussani yang konsisten mempertahankan Islam tanpa mengira sempadan politik itu menggesa agar perayaan-perayaan lain seperti Thaipusam atau Pesta Tanglung turut dihapuskan sekiranya Guan Eng tekad untuk membatalkan sambutan Maulidur Rasul.

Namun kemudiannya Mufti Perak itu dikecam hebat oleh beberapa pemimpin politik pembangkang, khususnya dari Pas, di mana beliau ‘dicop’ sebagai ‘ulama UMNO’.

“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menuduh Mufti Perak itu bersuara dengan bermotifkan politik pro-kerajaan Barisan Nasional.

Terbaru, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan mendakwa bahawa sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia itu meniru amalan Kristian yang turut mengadakan sambutan hari kelahiran Nabi Isa AS.

Pada penulis, beginilah jadinya apabila majlis keagamaan dijadikan alat mainan politik dan individu-individu yang berpengaruh sehingga ia mampu menyebabkan pepecahan dikalangan umat Rasulullah SAW.

Adalah lebih baik pada penulis untuk bersetuju dengan kenyataan Syeikh Yusuf, Imam Jalaluddin dan Harussani mahupun pahlawan Islam terbilang yang hidup di zaman Kerajaan Fatimiyyah, Salahuddin Al-Ayyubi, yang turut menyambut serta membesarkan hari kelahiran Rasulullah SAW.

Dengan ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari ahli politik dan pengalaman menyelesaikan maslahah agama mereka lebih berkreadibiliti untuk bercakap mengenai Islam serta menetapkan fatwa yang lebih muktabar untuk dijadikan ikutan seluruh umat Islam di dunia.

Selamat menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW dan salam Maulidur Rasul, semoga sunnah Baginda SAW kekal menjadi amalan di dalam kehidupan kita setiap detik, setiap saat di setiap nafas yang dihembus pada setiap hari.

Sumber: Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! POK NIK BERGADUH DENGAN HADI KE..???!!!

hadi karpal pok nik

Baru-baru ni, media Bernama melaporkan bahawa Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa dia ada rahsia untuk diberitahu. Saya fikir, ada rahsia besar yang mahu didedahkan…

“Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini,” kata Nik Aziz selamba.

Cheh! Itu saja rahsianya? Itu bukan rahsia..!!! Itu satu dunia dah tahu bahawa Nik Aziz Nik Mat akan bertanding PRU dan pegang jawatan sehingga dia meninggal dunia. Macam tu pun dikategorikan sebagai rahsia ke?

Selain itu, dia turut memberi komen tentang Presiden PAS, Hadi Awang yang dilaporkan enggan lagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN)…

“Adalah masalah dia…” katanya sambil menegaskan bahawa dia tidak mampu buat apa-apa berhubung hasrat Presiden PAS itu.

Heh! Lain macam saja bunyinya! Kalau Nik Aziz tak mahu bertanding PRU, ramai yang membantah kononnya. Tapi kalau Hadi yang tak mahu bertanding, puak-puak PAS buat tak tahu je?

Amboi! Sayang benar puak-puak PAS pada Nik Aziz? Hadi pulak tidak disayangi ke? Atau Nik Aziz cuba berkias menyatakan dia lebih popular berbanding Hadi?

Nampaknya, sikap riak, ujub, takbur dan angkuh sudah sebati dengan Nik Aziz pada peringkat ini. Nik Aziz langsung tak beri muka pada Hadi Awang dalam hal ini. Hebat sangat ke Nik Aziz?

Sebetulnya, jika difikirkan secara rasional, Nik Aziz Nik Mat sudah lama patut letak jawatan. Dia sudah tak relevan, uzur, lebih banyak merepek dari menyatakan kebenaran dan tak mampu mentadbir dengan baik.

Nik Aziz tak relevan sebab dia sudah ketinggalan zaman. Islam yang telah lama maju ke hadapan pun sudah lama meninggalkan Nik Aziz. Islam sudah iktiraf rakaman video sebagai bukti, tapi tidak Nik Aziz!

Sudah banyak kali Nik Aziz keluar masuk hospital. Dulu pejabatnya di tingkat tiga, tapi pasal Nik Aziz selalu uzur, pejabatnya dipindahkan ke tingkat bawah. Khabarnya lagi, nak kawal kencing pun dah tak mampu sekarang. Muntah darah tu tak payah cakap lah…

Islam “halalkan” berkawan dengan syaitan? Mazhab mana yang Nik Aziz belajar ni? Mazhab Al-Juburi ke? Kalau mazhab Al-Juburi tu, main belakang pun dia halalkan! Udah-udah la merepek tu Nik Aziz oiii…!!!

Nik Aziz mentadbir dengan baik? Heh! Kalau Nik Aziz mentadbir dengan baik, dah tentu Kelantan dah jadi negeri terkaya dalam Malaysia ni. Rasulullah SAW dulu berjaya mengembangkan Madinah Al-Munawwarah sehingga dikenali di seluruh pelosok dunia. Kelantan? Buat malu je kalau cakap pun…

Nik Aziz memang tak gentleman. Dia tidak seperti Tun M.

Ketika Tun M nak letak jawatan dulu, bukan setakat pemimpin atau orang UMNO, malah rakyat dan ramai pemimpin pembangkang yang merayu agar beliau menarik balik keputusan itu. Tapi Tun M tetap dengan pendiriannya.

Meskipun sebak ketika itu, saya sendiri terpaksa hormati keputusan Tun M. Kalau boleh, memang nak Tun M jadi PM sampai akhir hayat pun! Kalau Nik Aziz boleh buat, kenapa Tun M tak boleh, kan? Tapi, itulah…semuanya terpaksa tunduk dengan ke”gentleman”an Tun M!

Satu perkara saya nak sedarkan Nik Aziz. Jangan percaya sangat la orang PAS Kelantan yang tak kasi letak jawatan tu. Mereka bukan sayang sangat Nik Aziz pun. Mereka sebenarnya nak sangat Nik Aziz letak jawatan, tapi tak sampai hati dan takut nak kasi tahu.

Bukan apa, takut nanti tiket ke syurga tu ditarik balik. Tak pasal-pasal je free-free masuk neraka!


Sumber:

AMARAN..!!! ARTIKEL INI UNTUK MAHASISWA/SISWI SAHAJA..!!!


Entry kali ni aku tujukan khas buat adik-adik mahasiswa dan mahasiswi di zaman ini yang kononnya bijaksana, sangat pandai, sangat 'advance', hensem, jelita, cun, kacak, macho dan hebat dalam semua perkara sehingga tidak memerlukan undang-undang untuk mengawal mereka...

Dalam ceramah Datuk Dr. Hasan Ali di Jalan Kebun baru-baru ini, beliau mendedahkan bahawa dalam rush-rush yang beliau anjurkan bersama JAIS dan polis bagi membanteras maksiat di hotel-hotel, majoriti yang tertangkap dengan aksi tak senonoh tu ialah PELAJAR IPTA/IPTS.

Jadi, aku nak tanyalah. Apasal korang dan kengkawan korang teruk sangat sekarang ni?

Korang takde akhlak ke? Mak bapak korang tak ajar korang ke?

Korang sibuk hal politik, tapi daftar mengundi pun belum. Apa pun tak tahu, maklumat main ikut sedap kepala lutut, lepas tu nak cakap itu salah ini salah?

Belajar pun tonggang langgang, CGPA bawah 2.0 pun belambak! Ponteng kelas toksah cakap laaa..

Dari korang sibuk hal politik, lebih baik korang cermin diri korang dan selamatkan kawan-kawan korang tu...

Aku dulu pun masuk universiti jugak. Tapi kami dulu takde la seteruk korang!

Korang ni bukan takde otak, tapi takde akal untuk berfikir kot? Nak sedap, nak seronok je memanjang. Belajar la dik...kejar ilmu tu dulu. Sayyidina Ali RA dulu pun suruh kejar ilmu.

Err...korang tak belajar hadis ke dulu? Tak pernah jumpa hadis Rasulullah SAW suruh belajar sampai ke negeri China? Atau korang tak di"bayan" tentang hadis tu?

Harap korang jaga diri bebaik. Solat jangan tinggal. Ingat, kerja korang cari ilmu. Lepas habis belajar, gunakan ilmu tu untuk lawan Yahudi. Ada jugak faedahnya.

Jangan lupa, hentam sekali "agen Yahudi" yang nak lindung Israel baru-baru ni tu...

PAS PENGECUT..!! PAS PENGECUT..!! PAS PENGECUT..!!! PAKATAN HARAM PENGECUT..!!!!!

HASAN ALI

Saya mendapat tahu dari rakan-rakan PAS yang bersimpati dengan nasib Datuk Dr. Hasan Ali, bahawa terdapat gerakan besar-besaran di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Selangor yang mahu “membunuh” bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Pada awal pemecatan Hasan Ali, dikhabarkan juga bahawa beberapa pemimpin PAS Selangor yang dikenal pasti sebagai goblok-goblok Anwarinas telah menerima draf-draf kenyataan media untuk menyekat pengaruh Hasan Ai sekiranya beliau melawan setelah dipecat.

Maka ketika itu terpampanglah kenyataan-kenyataan “parasit” PAS di beberapa media pro-pembangkang, kononnya “PAS Selangor tidak takut pada Hasan Ali”. Padahal, skrip kenyataan akhbar mereka itu dipercayai diperoleh dari pejabat “Punahsihat Ekonomi Selangor”!

Saya senyum lebar melihat “kekalutan” para pemimpin PAS Selangor yang kononnya tak takut pada pendedahan Hasan Ali. Padahal, semua penyokong dan pekerja di ibu pejabat PAS Selangor tahu betapa kecut perut dan gelabahnya puak-puak yang gulingkan bekas boss mereka yang digemari ramai itu.

Kini, Hasan Ali sudah memulakan “roadshow”nya, mengotakan apa yang dikatakan mengenai PAS yang tersasar dari landasan perjuangan sebenar dan hakikat yang mendedahkan penyelewengan, salahguna kuasa, skandal serta perbongkaran rahsia dalaman Kerajaan Negeri pimpinan Khalid “gagap”.

Sebagaimana kita tahu, Selangor memang sebuah negeri yang paling maju dan antara yang terkaya dibawah kepimpinan BN dahulu. Namun kini, negeri kaya itu dikatakan telah “dirompak seboleh-bolehnya” oleh Pakatan Haram Selangor, juga diketuai oleh “Punahsihat” tersebut.

Dihadapan saya, Hasan Ali memberitahu bahawa beliau ada banyak bukti kukuh tentang penyelewengan puak-puak yang menzaliminya itu dan beliau sedia membongkarkan semua perkara tersebut bila tiba masanya.

Kenyataan itu yang disiarkan media membuatkan puak-puah Pakatan Haram Selangor semakin gelabah bagaikan syaitan mendengar azan! Maka habis dikerah seluruh pemimpin Pakatan Syaitan yang ada untuk “membunuh” segala gerakan Hasan Ali..!

Persoalannya, kenapa takut sangat dengan Hasan Ali?

Bukankah Selangor terlalu “telus’ berintegriti, amanah dan suci” dari sebarang penyelewengan?

Lagipun, Selangor ada SELCAT yang MENJAMIN KETELUSAN. Menurut “fatwa jingga”, mana-mana negeri yang tak ada SELCAT, CAT atau yang ada iras-iras begitu, negeri itu dianggap mengamalkan penyelewengan! Jadi, apa yang nak ditakutkan?

Saya dikhabarkan bahawa ada di kalangan pemimpin Pakatan Haram, khususnya para “parasit”, yang tak tidur malam memikirkan perihal Hasan Ali ini. Meeting sampai pagi bagi membincangkan bagaimana nak “membunuh” Hasan Ali.

Hairan betul saya dengan reaksi yang boleh dianggap keterlaluan untuk menghadapi seorang YB yang lebih kecil tubuh badannya berbanding saya. Hasan Ali tu kecil saja, apa yang nak ditakutkan sangat hingga nak “dibunuh”?

Bukan kata “tak takut” ke awal-awal hari tu? Heh!


Sumber: Klik sini

LAWAK PAGI INI..!!! GEMPARRRR..!!! NIK AZIZ LETAK JAWATAN SERTA MERTA PAGI INI..???!!!

"Eh! Betul ke Pok Nik Ajis ni letak jawatan pagi ni? Betul ke ni? Apa? Dia jadi tok guru pondok mengajar bebudak mengaji? Alhamdulillah...bagus la kalau betul begitu...."

Heh! Korang jangan harap la Pok Nik nak letak jawatan! Sampai ke mati la dia pegang jawatan tu! Pok Nik Ajis ni mana ada gentleman! Dia ni "gentelman" boleh laaaa...gentel taik idung!

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh PAS Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini," - Pok Nik!

Berbeda dengan Tun M. Beliau tahu dan bijak untuk menentukan masa yang wajar untuk letak jawatan. True gentleman! Sampai sekarang pengaruhnya masih kuat dan makin kuat!

Walaupun jutaan rakyat sama ada kawan atau lawan meminta Tun M kekal jadi PM, beliau tetap dengan keputusannya...meskipun aku pun sebak time tu...aku terpaksa hormati kehendak Tun M...takbirrrrr..!!!

Pok Nik? Esok lepas dia meninggal, habis laaaa. Lepas dia "padam"..dengan PAS sekali pun padammmm..!!! Heh! Hasan Ali pulak menerusi JATI ganti PAS...amacam?

Friday, February 3, 2012

PANASSS..!!! SANGAT WAJAR UNTUK UMAT ISLAM SAJA...YANG KAFIR HARBI MEMANG TAK SUKA BENDA NI...




Actually, pada aku...perkara ni hanya wajar dikongsikan bersama umat Islam saja. Hanya umat Islam yang perjuangkan Islam saja yang suka semua ni.

Kalau kafir harbi, mereka memang tolak semua ni bulat-bulat! Maklum lah...berkawan dengan setannnn..!!!

Pada sesiapa yang tak sempat pi ceramah Hasan Ali di Jalan Kebun baru-baru ni dan belum dengar ceramah terbarunya, sila tontong rakaman video di atas.

Tengkiu very much kepada sahabat blogger DET atas hasil kerjanya merakam dan meng"upload" ceramah tersebut di Youtube untuk dikongsi bersama seluruh umat Islam...

MAMAT NI MASUK LA PARTI MANA..DIA TETAP AKAN FAIL..!!! LOSER..!!!


Zaid Ibrahim bukanlah satu nama yang asing dari wadah politik negara. Dan latarbelakang professionalnya sudah cukup untuk beliau dikenali oleh kebanyakkan VVIP, samada ahli perniagaan mahupun ahli politik.

Politik negara pernah dikejutkan apabila beliau dilantik menjawat jawatan penting dalam kabinet Pak Lah. Professionalismnya diharap membawa perubahan kepada pentadbiran. Bermula dengan semangat, namun semangatnya bersifat liberal, ke arah Barat mengakibatkan beliau terlupa langsung nilai-nilai timur yang dipegang kuat oleh majoriti rakyat Malaysia, orang Melayu, UMNO, tonggak Barisan Nasional.

Bersuarakan persis PKR, idea dan pendapat beliau seringkali menjadi modal untuk bertelagah dengan dasar-dasar kerajaan. Kritikan demi kritikan membuatkan semangatnya bersama BN lenyap, dan akhirnya bertindak meletakkan jawatan dalam kabinet dan menyertai PKR.

Harapan Baru Untuk Malaysia, Harapan Baru Untuk Hulu Selangor, itulah slogan yang “dipinjamkan” oleh Anwar Ibrahim kepadanya, berdasarkan prinsipnya yang menyerupai apa yang Anwar Ibrahim perjuangkan. Sungguhpun baru sehari jagung menyertai PKR, harapan Anwar terhadapnya terlalu tinggi. PRK Hulu Selangor menyaksikan betapa idealisme Zaid Ibrahim tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat. Dianggap calon popular berbanding P. Kamalanathan, kertas undi diterjemahkan sejelas-jelasnya oleh rakyat Hulu Selangor.

Klimaks perjuangannya apabila berlaku pemilihan tertinggi PKR yang menyaksikan ingin merebut jawatan kedua tertinggi parti itu. Sungguhpun khabar mengatakan beliau menjadi pilihan Wan Azizah dan Nurul Izzah, kedua “ikon” PKR itu rupanya tidak berdaya melawan kehendak “tangan ghaib” PKR yang tidak membenarkan Zaid Ibrahim berada dalam ranking kepimpinan pusat. Sekali lagi, Zaid Ibrahim tersungkur. Dan hinanya beliau tersungkur, akibat permainan kotor politik dalaman PKR, sesuatu yang tidak disangkanya, lebih-lebih lagi tidak pernah berlaku sewaktu beliau bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional.

Membawa hati yang luka, semangatnya kembali, mencari ruang dan peluang, maka AKIM menghulurkan salam. Setelah berlaku sedikit pergeseran di dalam AKIM, akhirnya Zaid Ibrahim berjaya menguasai parti itu. Dan kejayaan itu ditransformasikan dengan penubuhan KITA, parti politik yang diwar-warkan bersifat sederhana, progresif dan tertib dalam politik.

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan pemecatan ahli jawatankuasa pusat KITA, Firdaus Christopher. Mungkin apa yang diutarakan Firdaus selepas pemecatannya boleh kita sama-sama fikirkan. ““Kita was not a mistake! The president screwed it up and since it lost all support internally and externally, went downstream.”

Mungkin ada kebenaran kata-kata Firdaus itu yang membawa pengumuman tentang pembubaran parti KITA sedikit masa lagi, yang belum pun sempat bertanding di mana-mana pilihanraya di negara ini. Zaid mengakui dirinya gagal dari semua sudut, kewangan parti, keahlian baru, namun tetap cuba menyabitkan kegagalan itu kepada pihak ketiga.

Apa yang boleh kita simpulkan ialah kegagalan total Zaid Ibrahim ini sebenarnya berpunca dari dirinya sendiri. Beliau tidak punya daya tahan sebagai seorang ahli politik. Semangatnya hanya “hangat-hangat tahi ayam”. Jiwanya bukan jiwa seorang pejuang yang sejati. Mudah kecewa.

Keengganannya berkompromi dalam satu-satu dasar menyebabkannya “tersingkir” awal dalam politik. Mungkin merasakan apa yang dihujahnya betul, tetapi politik adalah soal kerjasama, dan saling menghormati apa yang telah dipateri oleh pejuang-pejuang terdahulu. Ini berdasarkan landskap masyarakat majmuk dalam negara ini.

Sejarah perjuangannya menunjukkan beliau tidak layak untuk memimpin, kerana ke mana juga beliau berada, hanya bala dan malapetaka kepada parti itu. Sentuhan kecundang. Maka benarlah pesan orang – orang tua “Seandainya kita tidak mampu memimpin, tapi pastikan kita boleh dipimpin”.

Ke manakah hala tujunya selepas ini? DAP? Menarik sekali…


Sumber: Klik Sini

PANASSS..!!! JANGAN LA BALUN AZIZAN...KESIANNNN..HEH!

carta_kuin

Errr...sapa Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN ni ek?

Saya bersimpati dengan nasib Menteri Besar Kedah, Azizan Razak, yang diserang bertalu-talu oleh sekutu-sekutu sendiri berkenaan penggantungan beberapa orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dari meneruskan pengajian.

Azizan dikatakan menyokong AUKU dan bertindak zalim terhadap pelajar-pelajar yang merusuh di KUIN tahun lalu. Akibatnya, dia diserang Aziz Bari yang menghalaunya menyertai UMNO/BN sekiranya mahu terus menggantung pelajar-pelajar KUIN itu.

Tidak cukup dengan itu, Azizan juga dibalun teruk oleh SAMM dan SMM yang didalangi oleh CheguBard serta para pemimpin pembangkang. Malah, Pemuda DAP pun mengutuk Azizan sekeras-kerasnya berkenaan hal tersebut.

Pun begitu, mujurlah ada juga yang mempertahankan tindakan Azizan itu. Nasrudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS tampil mempertahankan MB Kedah tersebut. Manakala pemimpin PAS yang lain hanya membisu sahaja.

Azizan dalam kenyataannya baru-baru ini menjelaskan bahawa tindakannya itu berdasarkan undang-undang KUIN yang diberi kuasa mutlak untuk menguruskan para pelajarnya dan tiada kena mengena dengan tuntutan pemansuhan AUKU.

Menurutnya lagi, dia tiada kuasa untuk campur tangan dalam hal tersebut dan semua undang-undang KUIN adalah tertakluk kepada pengurusan KUIN. Manakala AUKU pula hanya digunapakai terhadap IPTA sahaja. Justeru itu, MB Kedah itu berhujah bahawa dia tidak sedikit pun menyanggah buku Jingga.

Dengan jawapan begitu, Azizan fikir dia boleh menguraikan kekusutan isu tersebut?

Sebagaimana maklum, KUIN merupakan sebuah universiti swasta di bawah Kerajaan Negeri Kedah. Sebagai MB Kedah, sudah tentu dia boleh campur tangan dalam menggubal undang-undang KUIN! Paling jelas, Azizan merupakan PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KUIN..!!!

Orang lain bolehlah dia tipu kononnya dia tiada bidang kuasa terhadap KUIN. Tak bolehkah dia sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah arahkan lembaga pengurusan KUIN yang dilantiknya itu menggubal semula undang-undang KUIN itu? Undang-undang itu kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita…

Dengan penggantungan pelajar-pelajar KUIN itu, jelas sekali lagi bahawa undang-undang KUIN itu sama saja dengan AUKU yang melarang para pelajar merusuh dan berlebih-lebih dalam politik mereka sehingga mencetus kekecohan begitu. Dalam ertikata lain, undang-undang KUIN dan AUKU itu sama saja!

Jadi, secara tak langsung, jika Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu, samalah juga dengan dia mempertahankan AUKU…

Sebenarnya, Azizan ni memang sudah lama dibenci oleh sekutu-sekutu PAS iaitu PKR dan DAP. Jadi, memandangkan ada “lubang” untuk DAP dan PKR menyerangnya, maka mereka pun ambil kesempatan untuk menyerangnya.

Kenapa Azizan dibenci PKR dan DAP? Sebab dia memang rapat dan baik hubungannya dengan pemimpin UMNO dan suka balun YB-YB Pakatan Haram yang memang tak reti buat kerja dan makan gaji buta.

Sebab apa Azizan baik dengan pemimpin UMNO? Sebab dia tahu bahawa pemimpin UMNO tu orang Melayu yang beragama Islam dan kita semua bersaudara. Lagipun, dalam masa sekarang ni dia jadi MB Kedah pun, pemimpin-pemimpin UMNO inilah yang banyak bantu dia buat keputusan.

Tapi, takkanlah dia nak cerita pada semua orang bahawa pemimpin UMNO yang bantu dia buat kerja selama ni? Nanti Azmin Ali buat kenyataan suruh PAS pecat dia pulak, kan? Dah la Azizan tak berapa ngam dengan PKR, dengan DAP memang dia tak suka pun! Depan je baik..tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu…

Sebab tu ramai sekutu-sekutu PAS “belasah” Azizan mengenai kes AUKU ni.

Kenapa pemimpin PAS dari Kedah yang berjawatan besar dalam parti tidak mengeluarkan kenyataan mempertahankan Azizan? Mana suara Mahfuz, Pharolrazi dan lain-lain? Heh! Dah tentu la mereka gembira melihat Azizan diserang begitu.

Yang pertahan Azizan sekarang hanyalah Sanusi Md. Nor, Setiausaha Politiknya. Ya lah. Kalau tak pertahan Azizan nanti, hilang pulak kerjanya sebagai Setpol! Tu yang pertahan sangat tu…

Sebenarnya, Azizan sendiri tahu bahawa AUKU tu sangat penting dan perlu dilaksanakan di pusat-pusat pengajian tinggi, sama ada di IPTA mahupun IPTS. Kalau tak perlu, takkanlah Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN ni nak masukkan elemen-elemen AUKU dalam undang-undang KUIN! Heh!

Itulah buktinya Azizan sokong AUKU! Habis cerita…


Sumber: Klik sini

PANASS..!!! ORANG LAIN DAH LAMA SEDAR..TAPI ADA LAGI YANG SOKONG MAMAT NI...???!!!


Pendirian Anwar tentang Yahudi Israel sangat jelas. Pendedahan hubungannya dengan tokoh-tokoh dan proksi-proksi yahudi di Amerika telah lama dibuat. Dan kehadiran Al Gore untuk “menghina” kedaulatan negara di bumi bertuah ini suatu ketika adalah klimaks kepada pembuktian siapa yahudi di hati Anwar.

Terbaru, inilah kenyataan Anwar di Wall Street Journal;

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”

Itu adalah kenyataan yang sangat jelas akan pendiriannya sehingga kini. Dan apakah itu tidak bermaksud dia menyokong penubuhan negara Israel?

Malangnya, ramai pengikutnya yang lebih percaya kepada kata-katanya apabila menafikan apa yang dia sendiri katakan di Wall Street Journal, satu entiti media yang sudah tentu bukan milik UMNO mahupun BN. Ini membuktikan bahawa penyokongnya gagal berfikir secara rasional, dan percayakan bulat-bulat kata-kata Anwar Ibrahim.

Ini bijaknya permainan politik Anwar. Pertama, dia mendapat kredit dari kenyataannya itu, apatah lagi dilafazkan di media antarabangsa yang sememangnya milik Yahudi. Ia akan membuatkan sokongan yahudi akan bertambah terhadapnya, yang mungkin memberi manfaat dari sudut tekanan politik kepada Malaysia, ataupun bantuan kewangan kepada cita-cita politiknya.

Dan penafian yang dibuat ke atas kenyataan yang serupa di Malaysia pula telah meletakkan para penyokongnya di tahap paling bawah dalam piramid kebolehan otak berfikir.

Tentunya penyokong Anwar menggunakan penafian ini sebagai hujah terbaik bagi menentang apa yang ditulis oleh Wall Street Journal. Apakah media tersebut berbohong? Maka, cabarlah Anwar, yang terkenal dengan gempak politik saman menyaman, melakukan perkara yang digemari itu (selepas liwat) terhadap Wall Street Journal.

Dari satu sudut yang lain, apa yang berlaku ini adalah bukti nyata tentang keperibadian unggul yang ada pada Anwar; si putar alam.

Benarlah kata Sdr Zahid Mat Arip, bekas PKR, yang mengatakan Anwar berbohong pada setiap kali dia membuka mulutnya untuk berbicara! Kata Woo Chee Keong, ahli parlimen Wangsa Maju, penipuan sudah sebati dengan Anwar! Itu belum diambil kira kata-kata dari Zul Nordin, Zahrain dan ramai lagi bekas PKR yang kenal benar dengan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Itu kata-kata dari mereka yang rapat dengan Anwar.

Malangnya ramai pula yang tidak mengenali Anwar berkata seolah-olah lebih kenal dari mereka-mereka ini!


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! SIAPA BAKAL SERTAI HASAN ALI..???!!! HEH..!!!


Dari riak sudah menjadi ombak, itulah perumpamaan terbaik setakat ini, sekiranya apa yang terjadi di Shah Alam, Bukit Gantang dan Bangi diambil kira. Indikasi sokongan rakyat terhadap gerakan IMR ini tidak lagi boleh dinafikan, berdasarkan sambutan yang diberikan kepada program Hasan Ali.

PAS pastinya terkedu, melihat sokongan rakyat kepada gerakan ini. Tidak pernah terlintas di “kepala lutut” mereka bahawa Hasan Ali bangkit melawan seterusnya mencipta arus penentangan yang amat dahsyat dalam sejarah Parti Adat Sosial itu. Dan menariknya, ia bermula dari dalam PAS sendiri, tanpa ada campurtangan dari pihak lain, terutamanya UMNO dan BN, seperti didakwa oleh kebanyakkan “benih parasit”. Polemik telah tercetus, yang berjaya menelanjangkan PAS, akibat dari perbuatan mereka sendiri.

Dan umum mengetahui bahawa dalam idea IMR ini, Hasan Ali tidak berkeseorangan. Paling rapat dengannya adalah Nasharuddin Mat Isa, bekas S/U Agong PAS, dan juga mantan Timbalan Presiden. Mgkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Ustaz Nasha pernah “disejukbekukan” dari sebarang majlis rasmi PAS kira-kira 1 tahun lamanya oleh kepimpinan parti kerana tidak sependapat dengan Mursyidul AmPAS dalam isu kerajaan perpaduan.

Namun begitu, Ustaz Nasha tidak pernah menyerah kalah dalam memastikan prinsip perjuangan PAS tidak diselewengkan. Sudah tertulis bahawa Ustaz Nasha tewas kepada Mat Sabu dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden. Ia telah dijangka, apabila wujudnya watak si pengecut, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang langsung tidak berkaliber waima di negerinya sendiri, bertanding sama. Pecah undi, itulah strategi untuk menewaskan Ustaz Nasha!

Pada hemat penulis, Ustaz Nasha bakal menyertai gerakan JATI ini, kerana ia selaras dengan apa yang beliau perjuangkan di dalam PAS selama ini. Malangnya, PAS juga tidak bersetuju dengan apa yang beliau perjuangankan. Ustaz Nasha sebenarnya seorang yang berfikiran terbuka, melihat sesuatu di dalam konsep makro (keseluruhan), namun tidak mengabaikan yang mikro, sesuai dengan kelayakkan akademiknya. Oleh itu, persetujuannya terhadap idea perpaduan menunjukkan beliau bersifat rasional, berpandangan jauh, dan tidak dikuasai dendam syaitanirrajim.

Selain daripada Ustaz Nasha, seorang lagi tokoh ilmuwan Islam, merangkap Timbalan Mursyidul Am PAS, iaitu Ustaz Harun Din disebut-sebut bakal menyertai gerakan ini. Sayangnya beliau kepada Hasan Ali dapat dilihat apabila membuat kenyataan kepada Hasan Ali, agar merayu hukuman pemecatan keahlian PAS. Itu bermakna Harun Din kenal, yang mana permata, yang mana parasit.

Fatwanya dalam isu kalimah Allah juga dipatuhi oleh kebanyakkan umat Islam termasuklah ahli-ahli UMNO. Malangnya, fatwa beliau disangkal sendiri oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri, yang berimamkan DAP!

Kedua-dua tokoh yang disebutkan di atas, berkemungkinan menyertai Hasan Ali kerana untuk terus bersama PAS, bermakna terpalitlah noda dan dosa seandainya akidah tidak lagi dipertahankan.

Apa yang berlaku ini mengimbas kembali kepada satu peristiwa sedikit masa dahulu, hasil dari komentar pembaca:

sebenarnya perpecahan dalam pas yang berlaku sekarang ekorn dari pemecatan dr hassan adalah kerana doa Si Wali Terompah semasa solat hajat perdana dulu yang berbunyi “ya allah musnahkanlah puak yang batil itu, pecah belahkan mereka dengan tentera ahzab mu”, maka allah memecah belakan puak asobiyah sejati yang mempertahankan penzina dan mengangkatnya sebagai naib presiden sebagaima allah menurunkan bencana kepada tentera nabi musa lantaran perbuatan panglima perangnya itu berzina dengan pelacur dari kaum bal am (sang abib yang derhaka kerana tawaran harta dunia melului isterinya). kebatilan bertambah dengan mempertahankan kumpulan nabi lut dan berusaha untuk mengangkatnya menjadi perdana menteri.


Sumber: Klik sini

KOMEN PALING PANASSSS MINGGU INI..!!! RENUNGAN SEBELUM SOLAT JUMAAT...


Assalamualaikum semua...

Aku terbaca komen seorang Anon Tidak Bernama ni di sebuah blog. Aku agak tertarik dengan komen yang diberikan mengenai gerakan Hasan Ali dan rakan-rakannya...

Cuba baca komen tersebut di bawah sampai habis dan apa pendapat anda?

1.Jiwa kami kosong,jiwa kami lembut, kami jauh tersesat kerana dunia.

2.Kami memerlukan IMR..IMR adalah jalan untuk kami bahagia dunia dan akhirat.

3.Siapa boleh bantu kami??PAS adalah parti check and balance kerajaan UMNO ketika dahulu dari aspek agama dan kerohanian.

4.sekarang macam mana???adakah mereka didalam PAS lebih sesat dari UMNO???

5.Biarlah UMNO memerintah.Kita hidupkan Jati dengan teras IMR dan pilihkan imej dan dasar PAS.Biarlah PAS tidak duduk dalam pakatan, biarlah PAS tidak perintah negara asalkan jangan jiwa kami kosong.asalakan jangan kami jauh dari IMR tanpa ada check and balance seperti ketika zaman kegemilangan pembangkang PAS.

6.Melalui JATi dengan teras IMR pulihkan PAS sebagai parti tonggak Agama Islam,melayu dan Raja.

7.Kuatkan saf dan naikan martabat.apabila kuat kita demand UNDI antara UMNO dengan PAS memerintah negara tak kira siapa harus bertunjangkan IMR..

8.Kami tidak mahu generasi kami terus kosong hingga kiamat kerana kecelaruan politik sehingga agama islam,melayu dan raja di pinggirkan tidak kira UMNO mahupun PAS.

9.PKR dan DAP memang terang boleh menghancurkan negara hanya kerana mengejar tampuk kuasa pemerintahan.ini bahaya bagi kita yang beragama islam dan berbangsa melayu.

10.IMR..IMR..IMR..jangan biarkan seluruh umat jiwa kosong..semakin jauh semakin liberal..

11.Aku rasa inilah yang ramai mencari---suntikan emosi bagi kembalikan kita kejalan yang lebih diredai Allah.

12.Sehingga setakat ini dan yang terkini hanya sebahagian UMNO,sebahagian PAS dan mungkin gerakan JATI ini akan dapat memulihkan imej Islam,melayu dan Raja..

13.kembalilah..tidak kira UMNO,PAS dan sebahagian PKR mengerakkan JATI demi IMR..buanglah ketaksuban POLITIK demi IMR untuk generasi akan datang.

14.UMNO juga kini dilihat terpaksa mengikut rentak PKR sehingga boleh membawa kita semakin jauh dan kosong.PAS tidak lagi mampu menjadi check and balance untuk kerajaan dalam aspek kerohanian dan Islam,melayu dan raja..PKR mengheret lagi jauh dan sesat..

15.bantulah kami dan percaya ramai yang memerlukan pengisian kedalam JIWA.kami benar-benar kosong dan kecewa dengan situasi politik kini yang menejaskan keharmonian agama,bangsa dan nagara.

16.kami yang sentiasa menyokong perkara yang baik demi IMR dan membanteras gejala kerosakan.Kami yang berkecuali,diatas pagar, mungkin pejuang-pejuang dasar-dasar Islam didalam PAS, dasar-dasar bangsa didalam UMNO dan keadilan didalam PKR amat memerlukan jalan tengah menyalakan api obor kebangkitan institusi Agama,Bangsa dan Negara demi untuk tidak terus tersesat jauh sehingga kami mati kelak atau kimat tiba.

17.sesungguhnya kami amat takut, sesunguhnya dari riak muka Dr.Hassan ali adalah ketakutan dibalik keberanian..semunya demi IMR..mungkin pengorbanan nyawa,maruah,penghinaaan boleh menjadi galang gantinya.

18.Mohon pada Allah semoga ini dijauhkan dan dipermudahkan demi Agamanya, bangsanya dan tampuk pemerintahanya.

19.Doakanlah..

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa



Dedicated by Duke...

GEMPARRR..!!! KEJUTAN BESAR MENANTI ANDA...ADA TOKOH BESAR PEMBANGKANG NAK KELUAR PARTI..???!!!


Opppsss..!!! Lupa aku nak kasi tahu... Aku dapat tahu bahawa dalam masa terdekat ni ada kejutan yang bakal menanti para peminat politik di seluruh negara. Nak tahu apa..??? Okey la..aku kasi hint sikit dulu...

Menurut "sumber", seorang tokoh politik dalam kepimpinan parti pembangkang akan keluar parti dalam masa terdekat..!!! Nak tahu siapa..?

Hehehehe...aku tak dapat nak reveal sekarang sebab memegang amanah dari "sumber" aku tu. Biarlah tokoh politik tu keluar parti dulu. Kalau aku kasi tahu sekarang..nanti jadi "anti-klimaks" pulak, kan? Heh!

So, sama-samalah kita tunggu pengumuman tersebut. Dah tak lama dah...dalam masa terdekat je! Alhamdulillah...tindakan ini bakal membuka mata ramai betapa batilnya perjuangan "parti itu"..!!!

LAWAK PAGI INI..!!! RONNIE LIU BALING BOTOL ARAK PADA HASAN ALI..!!!


Perghhh..!!! Aku ingat Ronnie Liu je yang pandai "kung fu", rupanya Hasan Ali ni lebih tinggi hikmat auranya. Tempis botol arak tu..!!! Heh!

Tapi tu semua kenangan... Setelah Khalid "Gereja" dan Rani take over, arak dah boleh diperolehi dengan mudah di tepi jalan. Apatah lagi, Khalid "Gagap" pula jadi Exco Agama..lebih meriahlah pesta arak di Selangor..!!! Heh!

Thursday, February 2, 2012

PANASSS..!!! MAKCIK REMPUH 3 KERETA, 4 SUPERBIKE DAN REMPUH KEDAI..!!!



Di atas merupakan rakaman cctv yang memaparkan seorang wanita telah merempuh masuk ke dalam sebuah kedai SuperBike setelah menghentam sebuah Volvo XC60, dan dua buah Myvi di Bandar Tasik Permasuri, Cheras baru-baru ini.

Cerita mengenai insiden ini boleh dibaca di sini dan di sini.

Perghhh..!!! 3 buah kereta, sebuah kedai dan 4 buah superbike menjadi mangsa wanita panik ni. Yang aku heran, macamana dia boleh naik meloncat tinggi masuk dalam kedai tu! Heh! Memang "terer" makcik ni buat stunt!

Yang teruknya nanti siapa agak-agaknya? Heh!

PANASSS..!!! UMNO TAK PERFECT DAN PAS BUKAN ISLAM..!!!



Tu diaaa..!!! Bob Lokman keluar fatwa pulak dah! Kali ni dia kata "apa salahnya saya jadi alat Islam". Dalam ertikata lain, dia mengaku bahawa jadi PEJUANG PAS ITU SAMA SEPERTI JADI ALAT ISLAM.

Aku cukup menyampah bila ada orang kata PAS itu Islam. Bodoh punya statement!

Sebenarnya, PAS itu bukan Islam. PAS hanyalah parti politik yang MEMPERALATKAN ISLAM!

Mengapa aku kata PAS bukan Islam? Sebab Islam ada Islam. Islam adalah agama. Jika benar PAS itu Islam maka seseiapa yang tak masuk PAS maka mereka adalah KAFIR! Jadi, apakah umat Islam lain yang tak masuk PAS tu bukan Islam?

Bagaimana dengan Yusuf Qardawi? Beliau bukan Islam? Bagaimana dengan para sahabat RA, para tabi'in, para tabi'it taabi'in dan imam-imam mazhab? Mereka ini semuanya bukan ahli PAS dan apakah keIslaman mereka tidak diiktiraf Bob Lokman?

Pelik betul pendirian begini. Kefahaman begini tidak logik dan tidak wajar sama sekali untuk dijadikan pegangan atau perjuangan.

Masa di universiti dulu, aku pernah didatangi beberapa budak PAS yang mengajak aku join mereka. Mereka tanya aku sama ada aku memilih Melayu atau Islam.

Memang jelaslah pilihan aku ialah Islam berbanding Melayu sebab aku meletakkan Islam di tempat paling atas tanpa kompromi.

Tapi, bebudak PAS tu cakap, kalau pilih Islam maka aku perlu join PAS sebab kata mereka PAS itu Islam! Heh! Tak pasal-pasal aku "belasah" bebudak tu 2 jam dalam bilik aku...tazkirah kaw-kaw punya! Heh!

Pada aku, Islam tetap Islam. Tiada kepentingan politik di dalam Islam. Dalam kubur esok bukannya malaikat nak tanya aku masuk parti mana! Kalau aku masuk DAP sekalipun, kalau amalan aku lurus mengikut Islam, rasanya tidak mustahil aku masuk ke syurga milik Allah!

Masa tu DAP belum join dengan PAS lagi. Maka tercengang la bebudak PAS tu. Ada sorang dua yang keluarkan hadis nak sanggah pendapat aku. Heh! Bukan nak mendabik dada, aku siap keluarkan nas Al-Quran, beberapa hadis dan qias ulama lagi bagi menyokong pendirian aku.

Hasilnya? Dari 5 orang yang datang, 3 dari mereka rapat dengan aku dan sampai sekarang menyokong dan mengaku undi UMNO setiap kali PRU! Heh!

Jadi, untuk Bob Lokman, kalau "baru je mengenal Islam", rasanya tak payah la ingat apa yang ko fikir tu betul. Kadang-kadang, hadis mahupun ayat Al-Quran digunakan PAS untuk "membeli undi" mereka yang jahil! Malangnya, semua nas naqli itu dimanipulasi! Tu yang menyebabkan orang keliru, terpengaruh, percaya dan masuk PAS!

Sebab tu aku kata, yang penting ialah pengetahuan tentang Islam. Kalau kuat asas Islam, kuat ilmu agama dan banyak berfikir secara rasional, insyaAllah, takkan terpesong dengan "fatwa" PAS. Heh!

Dan aku juga tak mengatakan UMNO itu Islam. Ia tetap parti politik macam PAS, PKR, DAP mahupun KITA yang dibubarkan itu.

Tapi, UMNO melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam! Walaupun belum lagi menyeluruh, tapi UMNO sentiasa ke arah mengimarahkan Islam secara wasatiah dan konsisten!

Dan dengan adanya aku bersama UMNO, perubahan ke arah Islam itu aku perjuangkan dan utamakan di dalam parti itu. Sebarang permasalahan politik atau isu akan aku rujuk dulu menurut Islam dan disusuli melalui logik akal...

Siapa cakap UMNO perfect? Kalau UMNO perfect, dah tentu Najib tak buat agenda TRANSFORMASI besar-besaran. Buat apa nak transform kalau dah perfect. Dan sebab tu aku berada dalam UMNO.

PAS? Heh! Ajak kembali kepada Islam pun kena pecat! Heh! Macam tu perjuangkan Islam? Hahahahaaaa..jangan mimpi laaaa..!!!

PANASSS..!!! PEMBANGKANG TOLONG JANGAN BACA CERITA NI KALAU TAK MAHU SAKIT HATI....

"Suasana memang meriah di dalam bilik mesyuarat yang disewa di hotel Q itu. Di atas meja ada beberapa biji karipap yang belum diusik. Mungkin tidak diusik kerana menghormati pengerusi mesyuarat yang memang gemar makan karipap…

Sesekali suasana di bilik itu gamat dek kerana gurauan pengerusi dan ketawa yang dibuat-buat bagi membodek boss mereka itu.

Sebenarnya, mereka hadir setelah dipanggil boss mereka untuk bermesyuarat dan diberikan taklimat kepada para wakil rakyat. Lupa pula nak diberitahu, mereka merupakan wakil-wakil rakyat dari sebuah parti politik…

Sedang mereka bertepuk bertampar sesama sendiri, tiba-tiba telefon bimbit boss mereka berbunyi, menerima satu sms. Mungkin malas nak mencapai dan membaca sms tersebut, boss telah mengarahkan seorang “macainya” yang bernama Zulkifli Noordin (bukan nama sebenar!) untuk membuka dan membaca sms itu bagi pihaknya…

“The boy had lodge the report..!” kata Zulkifli membaca sms tersebut kuat-kuat supaya didengar bossnya dengan jelas.

Sejurus mendengar perkataan yang keluar dari mulut Zulkifli itu, Anwar Ibrahim (bukan nama sebenar juga!) terpaku. Terkedu dan terbongek! Mukanya berubah serta merta menjadi pucat lesi bagai nampak hantu Mak Lampir di depannya…

Tersedar dari kedunguan itu, Anwar berubah pula menjadi panik. Gelabah biawak! Habis diarah untuk menghubungi peguamnya yang juga salah seorang pemimpin politik tertinggi sebuah parti dan beberapa orang “think tank”nya…

Setelah itu, Anwar bergegas bersama isterinya, Wan Azizah (juga bukan nama sebenar!) ditemani Zulkifli menuju ke bilik hotel. Kelam kabut sungguh jadinya Anwar…

Di dalam lif, terjadi beberapa aksi yang tidak dapat diceritakan buat masa ini kepada pembaca memandangkan ia telah di”sensored”. Namun, khabarnya memang panas aksi kedua suami isteri itu…heh!

Setibanya dibilik hotel, keadaan Anwar semakin tidak terkawal. Panik, takut dan gelabahnya semakin bertambah-tambah. Lebih teruk lagi, Anwar merepek-repek, meroyan-royan tak tentu pasal mengandaikan perkara yang bukan-bukan…macam mak nenek nampak bunian!

“Habis la aku…jijah..mati la aku…habis…Zul..cuba tengok tu ada kereta polis..tu nak tangkap aku la tu…tak pun nak bunuh aku..!” racaunya bagai orang gila sebelum menyorok dalam selimut sambil menggigil ketakutan…

Wan Azizah dan Zulkifli hanya menggeleng-gelengkan kepala dan cuba menenangkan Anwar.

Setelah beberapa ketika,keadaan reda. Anwar sudah kurang ributnya. Mereka dimaklumkan bahawa mereka-mereka yang dipanggil Anwar tadi sudah tiba di bilik mesyuarat hotel Q dan menunggu “pemimpin anugerah gay” itu.

Anwar, isterinya dan Zulkilfli bergegas turun. Maka mesyuarat yang pada asalnya bertujuan berbincang tentang peranan wakil-wakil rakyat parti kencing rakyat itu telah bertukar kepada agenda menyelamatkan Anwar dari pertuduhan “the boy”…

Menurut maklumat yang diterima, “the boy” melaporkan pada polis tentang aktiviti gelapnya yang suka meliwat budak-budak jambu. Dalam ertikata lain, Anwar kantoi lagi kali ini dan kes kali ini sangat kuat memandangkan ia baru saja berlaku!

Ada dikalangan “think tank” itu mencadangkan supaya Anwar lari saja ke luar negara. Namun, setelah berbincang, mereka sepakat mengikut kehendak boss mereka itu untuk melarikan diri ke dalam Kedutaan Turki (bukan negara sebenar..) memandangkan dia rapat dengan Erdogan di sana…

Namun, timbul pula persoalan di kalangan mereka. Apa alasan yang nak diberikan sekiranya Anwar sembunyi di Kedutaan Turki?

Bunuh! Yaaaa…Bunuh! Anwar sebut perkataan itu berulang-ulang kali sebelum itu menyatakan ada orang nak bunuh dia. Itu boleh jadi alasan mereka (walaupun tak logik sikit pun!).

Siapa pula yang nak buat kenyataan itu? Kalau Zulkifli yang buat kenyataan tu pada media, tak berapa nak kuat pulak. Ya..isterinya! Kalau Wan Azizah yang buat kenyataan itu sambil melenangkan airmata wanitanya, pasti ramai yang percaya dan terpedaya! “Tahaluf Siyasi” tu…orang-orang PAS mesti faham, kan?

Dengan itu, kata sepakat telah dicapai. Akhirnya Anwar berjaya juga menyembunyikan diri dala Kedutaan Turki. Itupun kantoi beberapa hari kemudian apabila tempat persembunyiannya itu terbongkar!

Kecoh la lepas tu. Tapi dengan lakonan hebat dari Wan Azizah…ramai yang terpercaya dan terpedaya. Sebenarnya dari dulu Anwar dakwa ada orang nak bunuh dia. Tapi sampai sekarang dia dikatakan bebas keluar masuk negara dan sihat wal afiat je keadaannya…

Begitulah alkisah ceritanya…

Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! HADI MENANGIS SEDIH KERANA PECAT HASAN ALI..!!!!


Semalam, ni aku ada jumpa dengan seseorang yang agak rapat dengan Presiden PAS, Hadi Awang. Sorry la, aku tak boleh dedahkan namanya. Namun, dia ada beritahu sesuatu yang agak istimewa pada aku...

Katanya, Hasan Ali merupakan sahabat yang sangat disayangi Hadi Awang. Buktinya, walaupun dikatakan PAS Selangor mahu Hasan Ali dipecat sejak kes JAIS-DUMC, Hadi banyak mempertahankan Hasan Ali dalam diam...

Ketika Hasan dipecat baru-baru ini, dikatakan Hadi Awang dah tak boleh nak pertahankan Hasan Ali pasal meeting tu telah dikuasai oleh Pok Nik Ajis dan beberapa parasit erdogan anwarista. Mahu tak mahu, Hadi kena ikut keputusan majoriti syura...

Menurutnya, keputusan itu mengundang kesedihan yang amat sangat pada Hadi dan beliau risau dengan masa depan PAS, khususnya di Selangor. Paling jelas, Hadi menangis selepas pengumuman itu dibuat!

Dan dikatakan, itu adalah antara faktor Hadi "merajuk" cadang tak nak bertanding PRU13, baru-baru ni.

Dia dikatakan masih sedih dan menyesal dengan memecat Hasan Ali yang kini mempunyai sokongan padu dari majoriti penyokong PAS seluruh negara, khususnya di Selangor. Lagipun, dia memang iktiraf perjuangan Hasan Ali lebih genuine berbanding Khalid Samad atau Rani sendiri.

Tapi, takkanlah dia nak mengaku depan media pulak, kan?

Tapi, sumber aku juga memberitahu bahawa Hadi sememangnya terkilan dan marah pada kepimpinan PKR dan DAP yang menghentam Hasan Ali sebelum-sebelum ini.

Dia juga dikatakan memang menyampah gila pada Azmin Ali kerana mencampuri hal dalaman PAS dan mendesak parti itu untuk memecat Hasan Ali. Khabarnya, dia memang hangin satu badan...

Tapi, dia tak bolehlah nak luahkan pada public, nanti lagi la jadi haru-biru!

Pada saya, sekiranya diukur antara pencapaian Hasan Ali dan Khalid Samad dengan Rani, rasanya prestasi, populariti, ketulenan perjuangan dan prinsip Hasan Ali jauh lebih baik dari kedua-dua "musuh dalaman"nya itu.

Tak payah ceritalah. Semua orang dah tahu apa yang dibuat Hasan Ali dan Khalid Samad mengenai isu rampasan arak, JAIS-DUMC, penggunaan kalimah "Allah" atau gerakan selamatkan aqidah umat Islam.

Hasan Ali sibuk pertahan aqidah umat Islam, Khalid Samad sibuk keluar masuk gereja luaskan pengaruh dan beli jiwa pengundi bukan Islam. Kononnya gereja tu lebih penting pulak berbanding aqidah ummah. Patut ke macam tu?

Tak payah la nak pusing sana sini. Spin macamana pun, dalam isu Hasan Ali ni, beliau berada dipihak yang benar. Itu hakikat. Kalau ada jugak nak spin, memang bodoh dan takde akal la orang tu...

Walaupun, Hasan Ali memilih PAS dulu, kini dan selamanya, perjuangannya sama dengan saya. Cuma saya lebih memilih UMNO kerana UMNO mampu menggubal dasar. Tapi perjuangan kami tetap sama dan sebab tu kami kekal bersaudara...

Bukan macam PAS sekarang yang tak mahu mengaku orang UMNo sebagai saudara mereka. Malah mereka kutuk pula kita dengan fitnah, tohmahan dan kutukan yang bukan-bukan. Islam suruh begitu ke?

Apa pun, aku tunggu pendedahan Hasan Ali. Aku pasti, dia punya banyak bukti penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan boneka DAP, Khalid "gagap".

Hasan Ali hanya memerlukan sedikit masa saja lagi untuk meletupkan "bom" tersebut. Heh!

Sumber: Klik sini

FAKTA..!!! UMAT ISLAM VS ISRAEL..!!! MESTI BACA SAMPAI HABIS..!!!




Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ – dan menakjubkan – tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Dedicated by Duke...

LAWAK PAGI INI..!!! BUKTI KAK WAN HANYA PUPPET PADA LAKI Y..!!!


Bila kita bagitau diorang Kak Wan tu puppet untuk lakinya..ramai yang tak caya...tapi itulah hakikat sebenarnya...Cuba baca sketsa di bawah...

Laki: Jijah..bagi tau diorang kita akan hapuskan ketuanan Melayu..
Kak Wan: Baik "Bang Non"...dengar sini semua..kita akan hapuskan ketuanan Melayu kalau kita diberi mandat...

Laki: Bagitahu diorang ada orang nak bunuh abang..abang nak lari masuk kedutaan Turki.."the boy" had lodged police report..belakon kasi keluar airmata sikit..kasi real...
Kak Wan: Baik "Bang Non"...Suami saya terpaksa sembunyi dalam kedutaan Turki pasal ada orang nak bunuh dia..percayalahhh..(sambil mengalirkan air mata sedih..dalam hati sedih sangat sebab kena paksa menipu dan sembunyikan kecurangan laki sendiri..).

Laki: Jijah..bagitau abang kena racun arsenik! Hehehehe...mesti diorang percaya punya..abang nak lari pegi Amerika join venture dengan Wolfowitz dan Sorossss...
Kak Wan: Baik "Bang Non"...kasihanilah suami saya...teruk sangat keadaannya..tinggal kulit dengan tulang je..Rambut gugur dekat nak botak dah..lepaskan la "Bang Non" saya...saya nak bawak dia berubat kat Obersea...boleh Pak Lah?
Pak Lah: Boleh...Pak Syeikh punya pasal semua boleh...Keriii...meh sini..pegi kasi passport ni kat sahabat Baba tu...
Keri: Baik Baba...(yessss..boleh jumpa ex-girlpren aku!)
Laki Y: Yahooooooooo...!!! Aku bebas meliwat semulaaaa..!!!


Dedicated by Duke...

Tuesday, January 31, 2012

PARASITTT..!!! SIAPA LEBIH MEMALUKAN ANTARA KHALID GEREJA DAN HASAN ALI..?!!!

khalid gereja

Saya sekadar tersenyum lebar apabila Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan bahawa salah seorang “parasit” yang beliau maksudkan ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Sememangnya kenyataan beliau itu sudah dapat dijangka sejak awal bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membangkitkan soal ‘parasit’ yang perlu dinyahkan dari terus merosakkan parti itu.

Dan senyuman saya makin lebar apabila mendapat tahu tentang komen Khalid Samad seperti yang berikut…

“Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,”

Nampaknya, Khalid Samad ni memang seorang yang tolol dan dungu. Dia faham maksud ‘parasit’ yang dikatakan Hasan Ali, tapi dia pura-pura tak faham.

Sebenarnya, tidak timbul tentang siapa tumpang siapa dalam hal ini. Memang benar sifat ‘parasit’ ialah menumpang dan kemudiaannya merosakkan perumah yang ditumpangnya itu. Kalau nak diikutkan, siapa masuk PAS tu semuanya ‘menumpang’. Tiada sesiapa yang ‘parasit’ di dalam PAS selagi ia tidak merosakkan PAS.

Persoalannya ialah siapa yang merosakkan PAS sebenarnya?

Hasan Ali sebelum ini boleh dikatakan pelopor PAS di Selangor. Sebelum Hasan Ali mengetuai PAS Selangor, PAS bagaikan hidup segan mati tak mahu’ di negeri itu. Dan paling nyata, PAS Selangor memang punya hubungan baik dengan kepimpinan UMNO. Maklumlah, kita semua kan bersaudara…

Setelah PAS dapat sedikit kuasa di Selangor, Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco mewakili PAS dalam kerajaan negeri cuba menyuarakan polisi PAS. Kalau polisi tu tak dapat dikuatkuasakan semua, sedikit pun jadilah. Malangnya, yang sedikit itu pun disekat dan dimatikan DAP dan PKR!

Itu yang menyebabkan Hasan Ali angin satu badan! Sudahlah PAS dibisukan, dilarang pula kuatkuasakan polisi dan perjuangan parti itu. Sikit pun tak boleh!

Salahkah Hasan Ali pertahankan akidah umat Islam?

Burukkah Hasan Ali rampas arak di kawasan Khalid Samad?

Berdosakah Hasan Ali pertahankan Institusi Raja-Raja Melayu?

Terkutukkah Hasan Ali mempertahankan kalimah “Allah” dari tercemar?

Bagaimanapula dengan Khalid Samad yang dilihat begitu terdesak menghentam Hasan Ali dan bertindak luar kewajaran umat Islam serta menentang setiap polisi yang menguntungkan umat Islam?

Dapat pahalakah Khalid Samad membenarkan kalimah ‘Allah” digunakan oleh kuffar?

Berjasakah Khalid Samad menyerahkan kembali arak yang dirampas?

Hebat sangatkah Khalid Samad melawat kilang arak dan gereja-gereja di seluruh Selangor?

Best sangatkah Khalid Samad menghalang JAIS mencegah gejala murtad di Selangor?

Semua persoalan itu akan memberi jawapan mutlak tentang siapa sebenarnya yang “parasit” di dalam PAS..!!!

Justeru, tidak perlulah Khalid Samad memalukan diri sendiri dengan menyatakan Hasan Ali yang “memalukan” tentang isu “parasit” ini. Sebenarnya, dia yang patut malu pada diri sendiri setelah “dibogelkan” begini!

Percayalah, dalam masa terdekat, Hasan Ali bakal “membogelkan” banyak lagi kekhilafan, penyelewengan, salahguna kuasa dan kepincangan yang akan membuktikan betapa teruknya DAP, PKR dan PAS Selangor.

Nantikan saja pendedahan-pendedahan terbaru yang akan disampaikan Hasan Ali di dalam ceramah-ceramahnya nanti…


Sumber: Klik Sini

GEMPARRR..!!! KENYATAAN ANWAR LINDUNGI ISRAEL SELARI DENGAN PENDIRIAN HAMAS, GERAKAN ISLAM..???!!!

manuty

P. ANWAR Ibrahim sekarang kelihatannya begitu terdesak untuk mempertahankan diri dari komitmenntya untuk melindungi keselamatan Israel dalam satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang disiarkan pada Khamis.

Setelah cubaan mengaitkan kerajaan Malaysia gagal, P. Anwar dan balacinya cuba mengalihkan tumpuan kepada pihak-pihak lain pula.

Keadilan Daily baru-baru ini memetik kenyataan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. bahawa kenyataan P. Anwar itu adalah selari dengan pendirian Hamas dalam prinsip Penyelesaian Dua Negara

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,"

Persoalannya sekarang, Hamas?

Macam mana Hamas yang melancarkan serangan roket hampir setiap hari ke kawasan yang dikuasai Israel boleh dikaitkan dengan cuba melindungi keselamatan Israel? Itu bukan setakat nampak tidak logik, malah juga tidak masuk akal sama sekali.

Kalau ya pun nak menipu, tengok-tengoklah sekeliling. Rakyat Malaysia hari ini bukan mudah diperbodohkan oleh Anwar, apatah lagi oleh balaci belaannya.

Ini sekarang siapa cuba putar belit siapa?

Kita persoalkan kenyataan P. Anwar untuk melindungi keselamatan Israel, bukan tentang komitmennya pada perjuangan Palestine. Adakah kami pertikaikan soal Anwar dan Palestine? Kalau ada sila tunjuk yang mana.

Lagipun toksah kelentonglah. Sila tunjuk dalam interview P. Anwar dengan The Wall Street Journal, mana dia ada disebut perkataan yang kemudiannya ditafsir sebagai Inisiatif Keamanan Arab, Two-State Solution? Itu baru tanya dimana wujud, kalau wujud sekalipun, di mana yang kita pertikaikan soal itu?

Inilah sebenarnya drama Anwar, maka itu layak dia diberi gelaran ‘P’ pada pangkal namanya. Kita dok pertikai lain, dia persoal lain


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! AKAN MUNCUL SEORANG PEMIMPIN UMNO MUDA KEDAH YANG AKAN TUMBANGKAN AZIZAN RAZAK..!!!


Baru ni, aku mendapat perkhabaran tentang seorang bekas pemimpin UMNO yang masih muda dan ternama akan kembali berjuang di Kedah. Dah setahu aku, beliau memang hebat!

Nak tahu siapa? Cuba teka siapa yang aku maksudkan di bawah...

Beliau pernah menjadi Bendahari UMNO Kedah sehinggalah digugurkan oleh Det Khalid pada tahun 2006.

Mungkin kerana darah pejuang dan sangat "ultra Melayu" seperti bapanya, beliau bertindak keluar dari UMNO kerana hilang keyakinan pada Pak Lah.

Beliau sebelum itu merupakan ahli UMNO Sungai Layar Hujung selama lebih kurang 22 tahun.

Vokal dan cukup tegas dengan pendiriannya menyebabkan beliau adalah antara pemimpin yang disegani kawan dan lawan.

Aku rasa, dengan bayangan di atas, ramai akan dapat meneka bahwa beliau yang aku maksudkan ialah Mokhzani Mahathir, abang kepada Mukhriz.


Pada aku, Mokhzani adalah antara businessman muda Melayu yang paling berjaya dan ia menyebabkan ramai yang jeles padanya.

Beliau sebenarnya banyak membantu jentera UMNO Kedah ketika aktif politik dahulu dengan perang saraf yang hebat dan bijaksana. Itu menyebankan ramai pemimpin UMNO lain "takut".

Lepas Tun M letak jawatan sebagai PM, barulah Mokhzani berjaya "diketepikan" oleh beberapa warlord-warlord UMNO Kedah. Tapi mungkin memandangkan Mokhzani ni bukan jenis individu yang gila kuasa atau jawatan...dia relax je time tu...

Namun menurut sumber aku, Mokhzani memang pantang kalau Islam, Melayu dan Tanah Melayu ni diancam oleh mana-mana pihak. Sayangnya pada perjuangan alif ba ta UMNO memang tak dapat dipertikaikan.

Justeru, khabarnya Mokhzani dikatakan akan panggil semula membantu memperkuatkan UMNO Kedah yang dikatakan "agak lembab" berbanding negeri jajahan Pakatan Haram lain.

Khabarnya, dengan Mukhriz yang diletakkan di peringkat Federal, khabar angin bertiup kencang memberitahu bahawa Mokhzani akan diberi tempat di peringkat negeri.

Bagaimanapun, khabarnya ia terletak kepada persetujuan dan kesanggupan Mokhzani sendiri.

Aku tak sure sama ada Mokhzani akan diletakkan di UMNO Bahagian Sg Petani atau Merbok. Khabarnya pemimpin di kedua-dua kawasan tu bermasalah! Hangpa rasa yang mana satu sesuai?

Sekiranya khabar yang aku dengar ini benar, nampaknya Kedah akan bertambah mantop! Aku rasa, ini perkembangan yang sangat positif.

UMNO Kedah sebenarnya tidak pernah ketandusan pemimpin muda, bijak, berpotensi dan hebat. Namun, kebanyakkan mereka ini di"cantas" oleh warlord-warlord yang dah expired dan kurang relevan semata-mata kerana jawatan dan kuasa. Tu yang buat semuanya terbantut tu...

Aku harap, sekiranya khabar ini benar dan ada orang sekat Mokhzani lagi, sila bagi tau aku...biaq aku "balun" dia kaw-kaw! Orang dok sibuk nak rampas Kedah balik, depa sibuk nak jaga kuasa depa. Jadi calon pun kalah..macamana nak dapat kuasa? Sedaq la diri tu sikit..heh!

GEMPAR TERKINI..!!! PERKHABARAN BAIK UNTUK SEMUA PEMINAT POLITIK KEDAH..!!!


Sebenarnya, dalam diam suasana politik Kedah semakin rancak dan panas! Aku baru dapat satu perkhabaran yang agak mengejutkan bagi semua peminat politik Kedah.

Sama ada orang UMNO mahupun pembangkang, khabar ini akan memberikan pelbagai reaksi dan aku nak tahu tentang reaksi hangpa semua...

Aku? Aku sokong sebab pada aku perkara ni perkara positif untuk semua rakyat..bukan untuk orang UMNO saja..

Nak tahu khabar apa yang aku maksudkan? Tunggu pendedahannya sebentar lagi...dalam pukul 1.30 tengahari aku bagitau..heh!

Jangan teruja sangat...nantikan saja laaa..heheheheeee...

GEMPARRR..!!! UMNO RAYU HADI UNTUK TIDAK LETAK JAWATAN..???!!!

hadawang

DALAM bahasa Indonesia butuh itu maksudnya perlu.

Penulis dengan rendah diri, merayu sangatlah pada Hadi, janganlah meletakkan jawatan dalam PAS atau enggan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Ini kerana UMNO khasnya masih lagi memerlukan khidmat Hadi untuk terus bersama-sama dengan PAS, kalau boleh sampai mati.

Kehadiran Hadi dalam PAS sebenarnya banyak menguntungkan UMNO. Gerak kerjanya yang lembap (terutama sejak berbini 3) dan lebih patuh kepada arahan-arahan DAP dan Anwar Ibrahim sebenarnya banyak membantu kejayaan UMNO pasca pilihanraya umum ke-12.

Jarang rasanya UMNO mendapat kelebihan yang banyak dari kelemahan pimpinan parti lawan, melainkan Hadi. Apatah lagi bila Hadi sanggup terhegeh-hegeh menebalkan muka ke Putrajaya untuk mengadakan rundingan kerajaan perpaduan dengan mantan Perdana Menteri, Abdullah Haji Ahmad Badawi (kini Tun) pada 2008.

Tidak ada siapa dalam UMNO yang boleh melupakan perkara tersebut. Kerananya, PAS hampir terbelah kepada dua dan mantan Timbalan Presiden disingkirkan, semuanya atas isu yang sama – kerajaan perpaduan.

Siapa yang bertanggungjawab atas semua itu kalau bukan Hadi.

Penulis sendiri sudah tentu merindui Hadi, kerana tidak ada lagi ‘peluru-peluru’ mudah yang dibekalkan Hadi untuk menembak parti PAS dalam bentuk penulisan. Ada Hadi ni banyak isu boleh ditulis .

Lagipun Hadi adalah antara beberapa kerat lelaki yang mampu ‘mendayung’ 3 sampan dalam satu masa. Tidak ramai yang punya kebolehan sepertinya dan kalau dia bersara dari politik, hilanglah satu lagi ‘primadora’ lelaki terakhir Malaya yang boleh dijadikan contoh.

Takat itu ajela.

Jadi kehadiran Hadi sebenarnya penting untuk kelangsungan politik UMNO yang lebih baik. Ya, penulis katakan lebih baik, tanpa Hadi pun memang dah baik dah.

Tapi ada kemungkinan juga, idea untuk mengundurkan diri ini timbul setelah Hadi dilihat tidak berdaya lagi menjalankan tugas sebagai Presiden PAS. Sudahlah jawatan itu jatuh nombor 3 penting dalam hireaki kepimpinan PAS, kebangkitan puak Anwarinas hanya menjadikan jawatan tersebut bertambah tidak bermakna daripada sedia ada.

Kalau perkara ini benar, maksudnya krisis kepimpinan PAS memang sudah parah, berlawanan yang ditunjukkan kebelakangan ini, aman damai macam tidak ada apa.

Sejauh mana PAS mampu bertahan dalam keadaan sekarang hanya masa yang akan menentukan. Dengan perjuangan zaman berzaman negara Islam sudah ditukar menjadi negara berkebajikan kerana takutkan DAP dan PKR, kini parti tersebut sedang diambil alih dari dalam oleh puak-puak anwarinas ini atau dalam kamus Hasan Ali disebut ‘parasit’.

Agaknya, apa lagi berkenaan Islam yang ada pada PAS selepas ini? Bulu Nik Aziz kot.


Sumber: Klik Sini

LAWAK PAGI INI..!!! ANTARA LELAKI YANG PALING DITAKUTI ANWAR..!!!


Korang nak tahu kenapa Anwar "demam" setiap kali dengar nama Nallakaruppan? Heh!

"Bergoncang-goncang itu kereta.." itu yang Nalla pernah kata mengenai "kerja" Anwar dalam kereta Diamler miliknya. Korang teka la apa yang Anwar buat dalam kereta Nalla tu...heh!

Ingat Tivolli Villa? Heh! Korang pegi tanya Nalla laaaa...heh!

Monday, January 30, 2012

PANASSS BERAPIII..!!! SKANDAL KULIM HI-TECH DAN SALAHGUNA KUASA "CEO"NYA..!!!

Tu dia Sobri (tiga dari kanan)...dok harap projek dari Kerajaan Pusat (MIDA) saja..kalau takdak MIDA..bungkuih la KHTP tu...!!!

Sebelum ini, aku ada mengeluarkan fakta mengenai prestasi Kulim Hi-Tech yang menjunam di bawah pentadbiran lebai PAS, Sobri Osman, di sini. Aku juga ada mengeluarkan tentang salahguna kuasa lebai-lebai PAS di sini.

Sobri kata, dia happy sebab pelaburan masuk ke KHTP dan tanpa rasa malu, dia secara tak langsung mengaku "bengap" untuk menarik pelabur masuk ke KHTP dan hanya mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat menerusi MIDA!

"KHTP menawarkan kemudahan dan infrastruktur terbaik (BN jugak yang sediakan dulu).

"Selain faktor kos yang efektif, Kerajaan Malaysia melalui MIDA juga berjaya menunjukkan rekod cemerlang dengan menarik pelbagai syarikat melabur di sini," kata Sobri tanpa rasa malu!

Jelas dari statement dia tu bahawa pelaburan di KHTP selama ni hanya masuk menerusi MIDA. Bukan dia yang usahakan sendiri!

Jadi, selama ni yang dok kerap pi ke luar negeri tu buat apa? Pi cari China Doll ka..??? Haaa..ni nak marah la nihhhh...!!! Ishhhh....!

Hakikatnya, memang jelas KHTP makin goyah, lembab dan mandom di bawah Sobri, "pakar" yang dilantik PAS Kedah.

Aku difahamkan bahawa pelaburan di KHTP hanya mencecah RM6 bilion sahaja sehingga kini. Itupun dikira sejak tarikh KHTP beroperasi pada tahun 1995. Ketika itu, pengasas yang bertanggungjawab membangunkan KHTP ialah Datuk Syukri.

Sebagaimana maklum, Datuk Syukri yang berjaya menarik masuk lebih RM5 bilion pelaburan ke KHTP telah diguling dan disingkirkan Kerajaan PAS Kedah, dan digantikan dengan Sobri yang tak efisien langsung! Wajarkah?

Aku bukan la nak kutuk Sobri. Tapi dia memang tak perform pun. Masa Datuk Syukri dulu, prospek KHTP berada dilandasan terbaik untuk kaut pelaburan sekurang-kurangnya RM3 bilion setahun.

Tapi, pada tahun 2010, Sobri hanya mampu tarik pelaburan sebanyak RM765 juta saja! Kurang dari RM1 bilion dan jauh dari sasaran mudah iaitu RM3 bilion...

Paling teruk, dia singkirkan ramai staf KHTP yang merupakan "key player" dalam GLC Kedah tu. Dah tu kawan aku kata, dia ada skandal pulak tu...sampai berhenti kerja bini orang yang dia selalu sms tu...heh! Kacau bilau betul Sobri ni...

Aku bukan marah PAS nak tadbir KHTP. Tapi profesional la sikit. Datuk Syukri tu bukan politician pun, kenapa disingkirkan?

Kalau staf tu sokong UMNO, siap la...lepas tu mesti di"nasihat"kan berhenti kerja. Tak pun dipaksa ambik VSS. Walhal..staf tu perlu tanggung bini dan 6 orang anak! Wajar ke?

Tak ada orang lain lagi ke yang PAS boleh jadikan CEO KHTP? Dah takdak sangat ke orang PAS yang layak? Kalau takdak..pi buang buat apa Datuk Syukri tu..???

Habih la KHTP kalau dibiarkan terus macam ni. Ir Amiruddin sebagai seorang bekas produk MARA (MRSM...produk BN jugak tu) takkan tak reti nak decide? Azizan Razak tu apa sangat yang dia tau...tai chi sana sini tau laaa...

PANASSS..!!! LAGI PENDEDAHAN PASAL KULIM HI-TECH BAWAH PAS KEDAH..!!!


Aku masih panas dengan isu Kulim Hi-Tech. Aku memang geram bila sebuah kawasan yang begitu hi-tech sagala prasarananya disia-siakan begitu saja oleh puak-puak lebai yang hanya reti bercakap tapi tak reti buat kerja..!!!

Lebih kurang pukul 10 malam ni, insyaAllah aku akan bongkarkan lagi isu KHTP ni. Korang tunggu je...

Aku rasa, Azizan perlu buat sesuatu tentang KHTP ni. Takleh lagi nak harapkan Ir. Amiruddin tu. Harap je kawan dengan Mukhriz..tapi tak reti nak bangunkan apa-apa pun kat KHTP tu..!!! Heh!

PANASSS BERAPI..!!! BILA PAKAR BELIT KATA DIRINYA DIBELIT..!!!

anwar belit

Sudah menjadi amalan Anwar Ibrahim. Sekiranya dia berada di luar negara dan ditemuramah oleh media antarabangsa yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, maka dia akan membuat kenyataan yang menyebelahi Yahudi dan sangat liberal terhadap Islam.

Namun, sekiranya kenyataan tersebut dapat dihidu media tempatan, maka cepat-cepatlah dia memutar belit lidahnya menyatakan kenyataannya telah di “misquote” dan di”putar belit”kan oleh media pro-kerajaan. Hakikatnya, dialah yang membelit sebenarnya!

Terbaru, menggunakan kaedah modus operandi yang sama, dia mendakwa kenyataannya di Wall Street Journal mengenai sokongannya “melindungi Israel”. Katanya, media tempatan putar belit kenyataannya itu dan memberi amaran untuk tindakan saman darinya.

Persoalannya, bodoh benarkah media tempatan dalam mentafsirkan kenyataannya di Wall Street Journal itu? Dia seorang saja yang tahu dan faham berbahasa Inggeris? Media tempatan tak reti “translate” dan faham kenyataannya itu?

Bodoh sangatlah “putar belit” Anwar kali ini. Nampak sangat kebobrokannya untuk menyelamatkan diri dari dikecam rakyat. Dia fikir rakyat pun bodoh sama, tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris, kah?

Kalau dah keluarkan kenyataan begitu, mengaku sajalah. Jawablah dengan isi dan makna yang diucapkan itu. Terlanjur perahu, mungkin boleh diundur, terlajak kereta mungkin boleh di”reverse”, tapi kalau terlajak kata begitu..alamatnya binasalah badan!

Wall Street Journal bukan Utusan atau TV3 yang dikatakan pro-kerajaan. Malah, media antarabangsa itu memang terkenal di persada antarabangsa dan dikenali sangat pro kepada Israel serta Amerika Syarikat. Sekiranya Wall Street Journal menyiarkan berita mengenai spekulasi ekonomi, ia mampu menyebabkan kesan besar terhadap prospek ekonomi sesebuah negara.

Dalam kata lain, Wall Street Journal memang berpengaruh.

Justeru, Anwar tidak mempunyai asas untuk menuduh Wall Street Journal itu “dibayar” oleh UMNO atau kerajaan untuk memutar belit kenyataannya. Tak logik langsung jika dituduh begitu.

Jadi, Anwar tuduh media tempatan yang “buat-buat” cerita? Media tempatan pun “quote” dari Wall Street Journal. Kalau Wall Street Journal menipu, maka samalah media tempatan pun. Masalahnya, dah terang-terang Anwar kata begitu, nak putar belit macam mana lagi?

Memang sudah berkurun abad Anwar dikatakan membodek Israel. Dari zaman dia jadi Timbalan PM pun dia memang rapat dengan Yahudi dan Israel. Itupun secara rahsialah. Namun, setelah rahsianya itu terbongkar, cepat-cepatlah dia “cover line” kononnya dia difitnah dan “diputar belit”kan!

Anwar mungkin fikir dia masih lagi “Raja Putar Belit” dan rakyat akan percaya dengan “putar lidah”nya itu. Tapi, itu dulu. Sekarang rakyat sudah celik! Rakyat sudah mampu berfikir tentang konspirasi yang dia sendiri cipta dan pelbagai pembohongan yang dia lakukan! Rakyat sudah serik..!!!

Baguslah. Putar alamlah lagi. Lagi Anwar putar belit, lebih banyak rakyat akan sedar tentang kejijikan dirinya. Lagi Anwar belit, lagilah dia akan terbelit. Dan sudah pasti rakyat yang ditipunya itu akan membelitnya sehingga mampus nanti!

Melihat keadaan dan situasi PKR yang makin lama makin teruk dan huru-hara, melihat keadaan parti yang dinaungi Anwar itu makin lama makin hilang sokongan, tidak hairanlah DAP dan PAS kini berura-ura untuk meninggalkan Pakatan Haram. Pakatan Haram makin hilang keyakinan pada “Imam Mahdi” itu!

Hakikatnya, Anwar dan Israel memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Siapa yang “fund” Anwar selama ini? Siapa yang “support” Anwar dulu, kini dan selamannya? Sekiranya Anwar miskin papa kedana sangat sebagaimana di dakwa, mana dia dapat duit banyak-banyak untuk hidup mewah?

Rasanya, kehidupan Pok Nik Aziz jauh lebih miskin dan dhaif berbanding Anwar dan Azmin. Baguslah. Anwar dan Azmin hidup begitu mewah, tapi Pok Nik terus papa kedana walaupun sanggup tanggung dua ekor “biawak hidup” itu!


Sumber: Klik Sini

PANASSS..!!! GUAN ENG KETUA MENTERI TERHEBAT ALAF INI..???!!!


Saya terkejut dengan dakwaan "Khalifah" Pulau Pinang, Guan Eng, mengenai kehebatannya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Pusat dalam tempoh lebih kurang 4 tahun. "Hebat" betul..!!! Prestasi ini lebih hebat dari prestasi "Penasihat Ekonomi RM1" di Selangor..!

Heboh Guan Eng canang tentang "kejayaan"nya itu keliling pulau. Tak cukup di Pulau, dia sebarkan pula di seluruh negara. Kononnya, dengan "kejayaan melangsaikan hutang" itu menunjukkan dia memang cekap mentadbir Pulau Pinang dan sangat "efisien" menguruskan kewangan kerajaan negeri...

Tiba-tiba pulak ada "Ah Chai" ni "kacau daun". "Ah Chai" ni namanya Donald Lim, Timbalan Menteri Kewangan, potong stim Guan Eng bila beliau menegaskan Guan Eng hanya auta saja dengan berita "langsaikan hutang RM630 juta" itu.

Menurut Datuk Donald Lim, Guan Eng sebenarnya hanya memindahkan hutang tersebut kepada Kerajaan Pusat memandangkan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang yang berlangsung sebelum PRU 12 (2008) yang lalu di mana menurut perjanjian "rationalisation scheme" yang dipersetujui bahawa Kerajaan Negeri perlu membayar lebih RM14.6 juta setahun kepada Kerajaan Pusat atas "interest-free rental" di dalam tempoh 45 tahun.

Pulak dah! Dah jelas sangatlah Guan Eng menipu berhubung "melangsaikan hutang" itu..!!!

Sebenarnya, perjanjian perstrukturan semula bekalan air itu telah dibuat sebelum Pakatan Haram memerintah Pulau Pinang. Dalam ertikata lain, Guan Eng hanya meneruskan perjanjian itu dan memindahkannya hutang tersebut pada Kerajaan Pusat!

Guan Eng tak pernah bayar pun duit sebanyak RM630 juta itu kepada Kerajaan Pusat. Sebaliknya, dia hanya "transfer" balik hutang tu kepada Kerajaan BN Pusat. Lepas tu dia "claimed" kata dia berjaya jana banyak duit di Pulau Pinang dan bayar hutang tu?

Memang memalukan! Takde intergriti langsung dalam kenyataannya itu. Kalau pindahkan hutang, cakaplah "saya dah berjaya pindahkan hutang". Tak payahlah nak putar-putar cerita pada rakyat kononnya pandai "berniaga" dan cekap mentadbir hingga mampu "bayar" hutang sebanyak RM630 juta tu!

Buruk benarlah perangai Guan Eng! Kalau betul dia bayar, cuba kemukakan resit bayaran atau sebarang bukti pembayaran RM630 juta itu kepada rakyat! Rakyat pun nak juga tengok bukti "kehebatan" Guan Eng bayar hutang sebanyak tu!

Tapi, kalau tak mampu kemukakan bukti, baik letak jawatan sajalah! Dah terang-terang "kantoi" menipu!

Nak dikatakan cekap tarik pelabur, Kerajaan Pusat jugak yang banyak bantu dan bawa masuk pelabur ke Pulau Pinang! Sila rujuk MITI untuk bukti-bukti bantuan dari Kerajaan Pusat tersebut. Nak harapkan Guan Eng? Tabur auta keliling Cerok Tok Kun bolehlah!

Sumber: Klik Sini

Bila Kak Su Bersuara... Heh!