Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, January 27, 2012

EDISI BONGKARRR..!!! SALAHGUNA KUASA DI KULIM HI-TECH INDUSTRIAL PARK OLEH KRONI-KRONI PAS...!!!


Sebelum ni, aku diberitahu bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak berjaya tarik pelabur asing masuk melabur di Kedah sedangkan BN telah menyediakan prasarana industri lengkap bertaraf dunia di KHTP...

Mukhriz pun dah sahkan perkara ni dan memberitahu Kerajaan PAS Kedah seolah-olah lepas tangan dan tak berminat nak tarik pelabur masuk. KHTP nampaknya makin jahanam!!!

Aku juga terima emel dan fakta yang berhujah mengenai salahguna kuasa tok-tok lebai PAS yang manage KHTP. Korang baca sendiri dan nilaikan sendiri...

KEPINCANGAN KERAJAAN DALAM PENTADBIRAN KULIM HI-TECH PARK

Setelah memegang tampuk pemerintahan sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengambil alih pentadbiran Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dari Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara rasmi pada bulan Ogos 2008.

Sebelum itu, mereka telah menghantar wakil mereka sebagai Pengarah Eksekutif pada Mei 2008.

Pengarah Eksekutif ini akhirnya telah dilantik menjadi Presiden oleh Ahli Lembaga Pengarah yang didominasi oleh PAS di bawah Pengerusi YB Datuk Hj Amiruddin Hamzah, dibantu oleh YB Gobalakrishnan dan pemimpin PAS dan PKR Kulim-Bandar Baharu pada Ogos 2008.

Tindakan pertama beliau ialah membawa masuk seorang kakitangan dari anak syarikat yang terbukti mempunyai penglibatan dalam rasuah dan manipulasi wang (money laundering) ke syarikat pengurusan KHTP iaitu Kulim Technology Park Corporation (KTPC).

Ini adalah tindakan yang amat dipersoalkan oleh semua kakitangan.

Tindakan kedua ialah membawa masuk seorang eksekutif bank menjadi Naib Presiden Kewangan KTPC. Ternyata tindakan ini juga mengundang persoalan kepada kakitangan KTPC. Beliau adalah ahli PAS juga.

Tindakan ketiga beliau ialah mengambil tindakan untuk menggantung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) dan juga seorang Timbalan Pengurus Besar (DGM) KTPC tanpa sebarang alasan kukuh.

Semua ini hanya kerana beliau amat marah kerana mendapati CEO dan DGM ini membuat cadangan kepada Kerajaan Pusat agar mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri, sedangkan cadangan itu adalah arahan dari Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

Memiliki dokumen rahsia kerajaan iaitu Kertas Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pada 7 November 2008, pada pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, satu mesyuarat telah diadakan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), dipengerusikan oleh Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC.

Dalam mesyuarat itu, Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC telah menunjukkan kepada semua yang hadir beliau mempunyai dokumen rahsia dan sulit milik Kerajaan Malaysia berjumlah 25 mukasurat mengenai cadangan menjadikan KTPC milik Kerajaan Persekutuan.

Ini adalah menyalahi Akta Rahsia Rasmi (OSA), di mana satu dokumen rahsia dan sulit boleh berada ditangan beliau yang diperolehi secara tidak sah.

Dipendekkan cerita, beliau berjaya menyingkirkan pengurusan lama dengan yang baru, dan pasukan pengurusan yang selebihnya hanya akur dengan beliau. Kerajaan Negeri juga amat yakin dengan kebolehan Hj Sobri ini walau pun jawatan beliau sebelum ini hanyalah sebagai Pengurus sahaja di Renesas/ Hitachi Sungai Petani.

Beliau juga mempunyai sikap agak gatal dan dikhabarkan mempunyai teman wanita di Kuala Lumpur. Beliau juga suka kepada seorang Pengurus Perundangan di KTPC, yang akhirnya berhenti dari KTPC, walau pun ditawarkan gaji lebih.

Beliau telah membuat pelbagai lawatan kerja mengikut MIDA ke luar negara walau pun sebelum ini YB Amiruddin mengatakan tidak perlu ikut MIDA, cukup hanya dengan lawatan sendiri oleh Kerajaan Negeri.

Untuk makluman beliau telah melawat US, Vietnam, London, Paris dan Milan, mengikut MIDA (untuk pengetahuan, teman wanita beliau juga dari MIDA).

Beliau amat peka menegur ’tile’ pecah, ’signboard’ senget dan bumbung bocor. Beliau juga telah mengira tapak kaki babi hutan, mengira pokok kelapa sawit dan mengambil gambar tandas kotor. Beliau juga kurang membaca dan membuat keputusan dalam keadaan kurang pengetahuan dan tidak cekap.

Cukup dengan masalah peribadi beliau, mari kita menilai prestasi kerja beliau sebagai Presiden KTPC yang mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Setelah memegang tampuk pemerintahan selama hampir dua tahun, mari kita lihat apakah yang terjadi kepada KHTP dan KTPC. Di sini disertakan beberapa fakta yang menarik seperti berikut:

i. KHTP telah mengalami masalah ketiadaan air sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Oktober 2009, Disember 2009 dan terbaru terdapat kandungan karbon yang tinggi dalam bekalan air di KHTP pada bulan Februari 2010. Mengapa ini berlaku sewaktu Hj Sobri dan tidak pada masa BN memerintah?

ii. Terdapat juga gangguan bekalan elektrik pada bulan Januari 2010.

iii. Juga kurang pelaburan dari segi usaha KTPC sendiri (95% pelaburan adalah hasil usaha MIDA).

iv. Ramai kakitangan yang berhenti kerja sejak pemerintahan Presiden Hj Sobri ini (terbaru ialah Pengurus Perundangan).

Mari kita kaji statistik MIDA untuk pelaburan di Kedah untuk 2009, 2008 dan 2007.

2006

2007
2008
2009

Berdasarkan statistik MIDA di atas ini, Kedah berada di kedudukan ke lima dari segi pelaburan pada 2009, kedudukan 6 pada tahun 2008, jauh kurang pencapaian dari masa lalu iaitu tempat pertama kedudukan pada tahun 2007 dan 2006 dengan jumlah pelaburan yang besar, pada masa pemerintahan BN.

Untuk jumlah pelaburan ke KHTP, ia sebenarnya adalah berkurangan jika kita nilai dari segi sebelum dan selepas PIS memerintah. Apa yang kita lihat sekarang terdapat pelaburan oleh First Solar yang besar, yang adalah usaha dari Kerajaan BN yang terdahulu.

Kita belum lagi melihat sebarang pelaburan besar atas hasil usaha MB sekarang, Ustaz Azizan, atau pun YB Dato’ Amiruddin, atau Hj Sobri.


Tidak apa yang perlu dibanggakan oleh penyokong mereka kerana apabila ekonomi dunia pulih, pelabur akan datang melabur atas usaha MIDA dan bukannya Kerajaan Negeri.

Mereka ini tidak perlu mendabik dada kerana terdapat desas-desus yang mengatakan kilang-kilang di KHTP akan menuntut kerugian atas sebab ketiadaan air di KHTP dan juga kandungan karbon yang tinggi dalam air, kemungkinan berjumlah berjuta ringgit juga.

PANASSS..!!! DAP CUBA BELI MELAYU MACAM LAKONAN LKY DI SINGAPORK DULU..!!!



DAP kini sedang berusaha keras untuk mengikis imejnya sebagai sebuah parti politik Cina yang cauvinis dan mengamalkan dasar perkauman.

Antara program utamanya ialah untuk merekrut seramai mungkin tokoh-tokoh dan cerdik pandai di kalangan orang Melayu.

Setakat ini hanya segelintir sahaja orang Melayu yang termakan dengan dakyah DAP yang menyatakan ia sebuah parti berbilang kaum yang melaksanakan dasar meritokrasi dan anti-diskriminasi.

Golongan Melayu yang berjaya dipengaruhi menyertai DAP pun terdiri daripada mereka yang jelas kurang jatidiri mereka sebagai orang Melayu seperti Tunku Aziz yang berperibadi ala Barat dalam kehidupan dan pandangan politiknya.

Terdapat juga seorang dua bekas blogger pro-Umno dan juga dua tiga kerat professional muda yang menyertai parti itu.

Jika dilihat dari profil, mereka terdiri daripada orang yang kecewa dengan Umno kerana tidak memperolehi apa yang diingini ataupun dalam kes professional muda tertipu dengan janji-janji manis DAP.

Kebanyakan orang Melayu yang dipujuk menganggotai DAP telah dipujuk rayu oleh pemimpin-pemimpin parti itu bahawa mereka akan diberi kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Agenda DAP adalah agar parti itu dilihat sebagai parti yang diwakili oleh orang Melayu samada pada peringkat Parlimen atau DUN.

Namun semua ini adalah taktik kotor DAP untuk memperbodohkan orang Melayu.

Barisan kepimpinan parti itu tetap mengekalkan orang-orang Cina dengan orang Melayu dilantik sekadar untuk menutup mata.

DAP akan tetap dengan dasar “Malaysian Malaysian” yang diperjuangkan sejak era Lim Kit Siang sebagai Setiausaha Agung.

Dasar ini bererti semua bangsa di negara ini adalah sama tarafnya dari segi kerakyatan, hak dan keistimewaan.

DAP mahu hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dimansuhkan dan meletakkan taraf orang Melatu setara dengan orang Cina, India dan lain-lain bangsa di negara ini.

Dalam maksud yang lain, orang Melayu tidak lagi menjadi sebagai bangsa istimewa di tanah air mereka sendiri kerana apa yang dinikmati oleh mereka, juga harus diberi kepada orang bukan Melayu.

Inilah yang dikehendaki oleh DAP agar tidak ada lagi institusi yang menjaga hak dan kebajikan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, keusahawanan, teknologi dan sebagainya.

Jika DAP berkuasa institusi-institusi yang diwujudkan untuk membangun bangsa melayu dalam semua ruang lingkup kehidupan seperti UKM, UiTM, Mara serta beratus-ratus agensi pembangunan Bumiputera akan menjadi mangsa dasar DAP.

Inilah yang tidak disedari oleh orang Melayu yang kononnya melihat DAP sebagai parti berbilang kaum yang progresif.

Sebenarnya DAP akan selamanya menjadi sebuah parti berbangsa Cina yang bertunjangkan kepentingan bangsa Cina dengan mengenepikan hak orang Melayu.

Lim Guan Eng dengan bangganya mencanangkan bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar ketelusan dengan menyenaraikan aset dan harta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di laman web rasmi.

Persoalannya mengapa setelah hampir empat tahun dasar CAT (competency, accountability and transparency) dan dekat dengan pilihan raya baru DAP mewar-warkan bahawa kerajaan negeri telus?

Mengapa perkara ini tidak dilakukan sejurus mengambil alih Pulau Pinang pada 2008?

Apa yang dilakukan oleh DAP hanyalah gimik politik untuk menunjukkan ia telus dan amanah walhal realiti adalah sebaliknya.

Rakyat Pulau Pinang yang mana tidak ingat bagaimana DAP merampas tanah lebih 200 ekar di Kampung Buah Pala untuk diberikan kepada tauke dan kroni Cina mereka?

Di manakah perjuangan DAP yang kononnya membela rakyat?

Begitu juga dengan projek-projek kelas F yang kononnya diberi kepada kontraktor Melayu.

Yang mendapat kontrak-kontrak ini hanyalah kontrakor Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat dan seringkali projek-projek yang diperolehi akhirnya dialibabakan kepada kroni-kroni DAP. -Mynewshub.my

Thursday, January 26, 2012

PANASSS..!!! BILA 2 ORANG TULANG BELAKANG FELDA DI SELANGOR NAIK ANGIN..???!!!



Semalam, aku ada bertemu 2 orang peneroka Felda di Selangor. Dua-dua orang ni memang orang kuat dan menjadi tulang belakang peneroka di Selangor, khususnya du Felda Gugusan Sg. Dusun.

Dalam perbualan kami, ada beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran aku. Dan rasanya, hanya seorang saja yang mampu menjawab segala persoalan aku tu. Tapi tak tahu lah sama ada dia nak jawab atau tidak...

Aku rasa, aku tak perlu tuduh siapa dia. Tapi apa yang diceritakan oleh kedua-dua sahabat baik tokoh itu semalam memang memeranjatkan aku...depa "belasah" dia cukup-cukup...

Aku belum bersedia nak ceritakan semua tu buat masa ni...aku perlu mood untuk menulis tentang sesuatu yang agak kontroversi begini. Lagi pun, fikiran aku berkecamuk sikit, lately...

InsyaAllah, aku akan reveal dan persoalkan perkara ni dalam masa terdekat...tunggu sajalah...heh!

Wednesday, January 25, 2012

GEMPARRR..!!! PENDEDAHAN PELABURAN KHTP YANG MENJUNAM KE BAWAH DI BAWAH PAS..!!! PATUT PUN PELABUR LARI..!!!



Sebagaimana yang dijanjikan, aku dedahkan dahulu kepincangan pelaburan di KHTP. Lihat sendiri fakta-fakta di bawah dan tengok sendiri bagaimana PAS mentadbir KHTP.

Menjunammm..!!! Pelabur lari..!!!

Ini baru sikit...lepas ni akan banyak lagi pendedahan..!!!

1. PELABURAN DI KHTP (SEBELUM 2008)

Sebelum 2008, pelaburan di KHTP adalah seperti berikut:


2. Perancangan Kerajaan BN terdahulu untuk pelaburan di KHTP.

Di bawah Pelan Induk Kedah Maju 2010, Kerajaan Negeri Kedah mensasarkan sebanyak RM1 billion pelaburan setahun di Kedah (ini telah pun di capai) dan di KHTP pula, syarikat pengurusan mensasarkan pelaburan sekurang-kurangnya satu syarikat fabrikasi wafer/solar panel setiap tahun yang sekurang-kurangnya bernilai USD1 billion ringgit (RM3 billion) untuk setiap tahun (2008 dan ke atas).

3. Sejak PAS ambil alih pemerintahan Kedah, Mac 2008 hingga Mac 2011:

Pelaburan Yang Di Terima di KHTP (2008 – September 2011):
4. Berapa jumlah pelabur yang keluar dari KHTP

Sepanjang penubuhan KHTP, terdapat dua kilang yang ditutup iaitu Akashic Kubota, Jepun (1998) & NSC Wacker, Jepun (2000). Kedua-dua kilang ini telah diambil alih oleh Hoya Electronics (Jepun) dan Multitape Sdn Bhd (Jerman).

Tahun 2008 pula, Intel Corp telah memindahkan pusat R&D KHTP kembali ke US.

5. Berapa yang tak jadi datang ke Kedah/KHTP

Terdapat banyak yang tidak jadi melabur ke Kedah iaitu, sebagai contoh seperti berikut:



6. Berapa jumlah syarikat yang ke Malaysia tapi tak datang ke KHTP

Sebagai contoh, untuk industri panel solar, hanya First Solar yang melabur di KHTP, manakala yang selainnya iaitu dari nombor 2 hingga 11 memilih untuk melabur di tempat lain di Malaysia, seperti berikut:


7. Berapa jumlah pekerja sebelum 2008?

Jumlah pekerja seramai 15,000 (anggaran).


8. Sejak Mac 2008 hingga sekarang, berapakah pekerja di berhentikan?

Tidak diketahui setakat ini, mungkin hanya melalui skim VSS (voluntary separation scheme).

9. Apakah kelemahan (weakness) yang ada pada pentadbiran PAS?

Keseluruhan: Kurang pengalaman dalam bidang pentadbiran korporat, kurang kelayakan dan terdiri dari kalangan penjawat jawatan politik

Dari segi polisi; kurang mahir dalam polisi dan kurang membaca mengenai polisi yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Akta Antarabangsa/ISO.

Kurang keyakinan dari pelabur akibat masalah bekalan air, sebanyak tiga kali pada tahun 2009 dan 2010.

Dasar air; kenaikan tariff air gagal ditangani dengan wajar dan mengakibatkan sesetengah kilang berasa tidak puas hati atas kerugian yang mereka alami.

Insentif untuk para pelabur; insentif masih banyak diberi oleh MIDA iaitu diperingkat Kerajaan Pusat, dan tidak oleh Kerajaan Negeri

10. KHTP sebagai taman teknologi utama di Malaysia.

KHTP tidak lagi menempatkan diri untuk menerima pelaburan FDI sejak 2008. Tempat ini diambil alih oleh Senai High Tech Park (SHTP) dan Selangor Science Park & Samalaju Industrial Park (SIP), Sarawak, dari segi jumlah pelaburan tahunan.

Tidak terdapat senarai rasmi ‘ranking’ taman teknologi. Terdahulu KHTP berada di kedudukan empat teratas di Asia (2005), tetapi kini tiada lagi senarai ‘ranking’ yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.


11. Masa depan KHTP

Untuk masa hadapan, KHTP sekarang berhadapan dengan masalah persepsi apabila dilanda masalah bekalan air sebanyak tiga kali pada tahun 2009.
Layanan buruk ke atas pihak industri yang ingin datang berbincang dengan Menteri Besar Kedah dan SADA juga memburukkan lagi keadaan.

KHTP masih mempunyai infrastruktur yang baik dan jalinan rangkaian pengangkutan yang cekap.

Kadar pajakan tanah juga masih rendah berbanding kawasan lain di Malaysia, dan masih kompetitif.

Hanya perlu dimantapkan lagi pengurusan tertinggi Kulim Technology Park Corporation (KTPC), di mana pengurusan yang ada berdasarkan lantikan politik tanpa pengalaman bidang korporat jelas menunjukkan kekurangan pada pihak PAS yang tidak mengemukakan calon yang betul-betul layak untuk menduduki jawatan Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden KTPC.

PENDEDAHAN..!!! PELABURAN KHTP MENJUNAM DAN PELABUR LARI..???!!!



Selama ini, tak ramai yang tahu apa yang dah jadi pada Kulim Hi-Tech Park setelah PAS merampasnya dari BN pada Mac 2008. KHTP diambil alih oleh Hj Sobri, seorang Pak Lebai PAS
yang dikatakan gatal dan gagal!

Setelah penyingkiran Datuk Syukri, individu yang membangunkan KHTP, PAS bermaharaja lela di anak syarikat negeri yang menjana berbilion ringgit untuk kerajaan negeri Kedah itu.

Tepat pada jam 12 tengahari ni, aku akan dedahkan maklumat terkini mengenai pelaburan di KHTP dan pelabur yang lari dari KHTP.

Tunggu pendedahan tersebut tengahari ini..!!!

LAWAK PAGI INI


Sebenarnya, Khalid "Gagap" telah pun menjadi seorang Exco Agama yang sangat bijak dan adil di Selangor. Ini buktinya...!!!

Tu belum lagi disebut tentang soal tanah-tanah wakaf orang Islam yang "ditabdil" ikut mazhab DAP yang dibuat Khalid sebelum ini...heh!

Tuesday, January 24, 2012

RAKYAT KEDAH..!!! HANGPA TAU TAK KULIM HI-TECH PARK DAH NAK MAMPOSSSS..???


Apa dah jadi dengan KHTP? Sejak PAS lantik Hj Sobri dan singkirkan Datuk Syukri, KHTP makin terbiar merudum teruk dan hampir menyembah bumi!

Paling teruk, dikhabarkan ribuan staf bekerja dalam keadaan takut dan ramai yang dah dibuang kerja..!!!

Aku dengar, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dah tinggal nyawa-nyawa ikan! Dah makin teruk selepas diambil alih oleh puak-puak lantikan PAS..!!!

Banyak investor lari. Pekerja-pekerja dipecat tanpa rasa peri kemanusiaan. Sapa sokong UMNO, mesti kena buang punya. Silap sikit, terus buang tanpa usul periksa...

Semua tu akan aku dedahkan bila selesai kajian aku. Satu persatu aku akan dedahkan diblog ni...korang tunggu je la...ada ada sumber yang reliable dan berfakta...

Semuanya bermula esok...!!! Tunggu..!!!

DS SHAHIDAN KASSIM NAK JUMPA "BUDAK TU"..? ERMMMM...


Aku dengar dari seorang sahabat, JKKK(P) Kota Sarang Semut, DS Shahidan Kassim cari budak yang aku ceritakan pada entry aku di sini...

Dalam cerita tu, aku flashback balik apa yang pengalaman budak tu dengan beliau. Sila baca entry tu kalau nak tahu cerita sebenar...

Mungkin terharu, DS Shahidan keluarkan statement nak kasi jersey bola kat team budak-budak tu. Heh! Dan kalau boleh nak jumpa budak yang aku maksudkan tu...

Pertamanya aku nak kasi tau, team bola budak tu mana ada lagi dah. Budak tu pun dah besar panjang umur 26 dah. Dia pun tak tau mana pergi kawan-kawannya masa kecik dulu...

Budak tu actually kerja sekali dengan aku. Makan gaji kat tempat yang sama. Heh! So, kalau DS Shahidan nak jumpa budak tu sangat, boleh la suruh P.A dia contact aku...heh! Tu pun kalau sungguh nak jumpa laaa...heh!

Tapi tu la..nak jumpa pun nak buat apa, kan? Buang masa dan buang duit je belanja kitorang minum..heh! Lain la kalau DS Shahidan beli bola sebijik lagi kat bebudak kat Perlis tu...kan? Heh!

Aku takde la jual mahal. Kalau dia nak jumpa pun boleh. Takde salahnya merapatkan tali silaturrahim, kan? Kalau free...insyaAllah...

Namun, terus terang aku katakan kat sini, motif story aku tu ialah nak menghidupkan kembali beberapa sifat yang telah hilang pada YB-YB baru UMNO/BN kita ni. Dah banyak yang "lupa diri"...itu je.

Tak tahu dan tak jangka pulak DS Shahidan ingat cerita tu...ingat ke D'Seri? Heh! Ingat-ingat lupa kot?

BEBERAPA BAHAGIAN UMNO KEDAH YANG MASIH BERMASALAH...???!!!


Aku terbaca tentang apa yang ditulis oleh seorang sahabat blogger tersohor Kedah di sini. Dia kata...
UMNO Baling, UMNO Kuala Kedah, UMNO Padang Terap, UMNO Merbuk dan lain-lain dah bergerak, UMNO Jerai, UMNO Sungai Petani, UMNO Bandar Baharu dan UMNO Pokok Sena sampai bila nak tidoq? Tak teringin nak menang ka?

Errr...betoi ka UMNO Jerai, Sg Petani, Bandar Baharu dan Pokok Sena tak mangkit tidoq lagi? Dok mimpi lagi...? Heh?!

Untuk pengetahuan sahabat aku tu, apa yang aku dapat tau bahawa UMNO Jerai ni dok bergerak la jugak..tapi slow sangat pasai ketua dia dok kat KL dan kalau balik Jerai pun dok bergerak secara "solo"..tak mau ajak AJK dia pi sama...

Yang dok bergerak sakan la ni pun diperingkat grassroot ialah geng-geng ADUN Guaq Chempedak, Ku Rahman. Depa la yang dok buat banyak program..tu pun depa kena sekat sana sini..khabarnya...

Rasanya, Det Guag boleh explain lanjut..dia orang situ...

Pasai UMNO Sg. Petani? Heh! Semua buat hal masing-masing. Program pun buat program masing-masing. Masing-masing malas nak bersatu. Buat kerja memang buat, tapi berselerak, tak tersusun dan takdak strategi.

Pasal? Pasal dok suka ambik "hijack" nama program orang. Orang buat program, dia yang ambik nama..heh! Tu yang payah nak bersatu tu..heh!

UMNO Bandar Baru? Heh! Abang dia ada problem...hang pi cari sendiri...heh!

UMNO Pokok Sena? Heh? Dengar kata tak habih-habih lagi dok perasan dengan sindrom "Aku orang Najib" & "Aku paling layak jadi Ketua UMNO Negeri..paling layak jadi MB", depa la kata..betoi ka dak aku tak pasti..heh!

BN nak dapat Kedah balik? Tunggu la Phahrolrazi kaa..Mahfuz ka..atau Amiruddin naik jadi MB dulu baru boleh cakap pasai tu. Selagi Azizan pegang Kedah, payah la sikit...pasai Azizan ni memang pro-UMNO pun sekarang ni...heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!