Tuesday, January 31, 2012

PARASITTT..!!! SIAPA LEBIH MEMALUKAN ANTARA KHALID GEREJA DAN HASAN ALI..?!!!

khalid gereja

Saya sekadar tersenyum lebar apabila Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan bahawa salah seorang “parasit” yang beliau maksudkan ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Sememangnya kenyataan beliau itu sudah dapat dijangka sejak awal bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membangkitkan soal ‘parasit’ yang perlu dinyahkan dari terus merosakkan parti itu.

Dan senyuman saya makin lebar apabila mendapat tahu tentang komen Khalid Samad seperti yang berikut…

“Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,”

Nampaknya, Khalid Samad ni memang seorang yang tolol dan dungu. Dia faham maksud ‘parasit’ yang dikatakan Hasan Ali, tapi dia pura-pura tak faham.

Sebenarnya, tidak timbul tentang siapa tumpang siapa dalam hal ini. Memang benar sifat ‘parasit’ ialah menumpang dan kemudiaannya merosakkan perumah yang ditumpangnya itu. Kalau nak diikutkan, siapa masuk PAS tu semuanya ‘menumpang’. Tiada sesiapa yang ‘parasit’ di dalam PAS selagi ia tidak merosakkan PAS.

Persoalannya ialah siapa yang merosakkan PAS sebenarnya?

Hasan Ali sebelum ini boleh dikatakan pelopor PAS di Selangor. Sebelum Hasan Ali mengetuai PAS Selangor, PAS bagaikan hidup segan mati tak mahu’ di negeri itu. Dan paling nyata, PAS Selangor memang punya hubungan baik dengan kepimpinan UMNO. Maklumlah, kita semua kan bersaudara…

Setelah PAS dapat sedikit kuasa di Selangor, Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco mewakili PAS dalam kerajaan negeri cuba menyuarakan polisi PAS. Kalau polisi tu tak dapat dikuatkuasakan semua, sedikit pun jadilah. Malangnya, yang sedikit itu pun disekat dan dimatikan DAP dan PKR!

Itu yang menyebabkan Hasan Ali angin satu badan! Sudahlah PAS dibisukan, dilarang pula kuatkuasakan polisi dan perjuangan parti itu. Sikit pun tak boleh!

Salahkah Hasan Ali pertahankan akidah umat Islam?

Burukkah Hasan Ali rampas arak di kawasan Khalid Samad?

Berdosakah Hasan Ali pertahankan Institusi Raja-Raja Melayu?

Terkutukkah Hasan Ali mempertahankan kalimah “Allah” dari tercemar?

Bagaimanapula dengan Khalid Samad yang dilihat begitu terdesak menghentam Hasan Ali dan bertindak luar kewajaran umat Islam serta menentang setiap polisi yang menguntungkan umat Islam?

Dapat pahalakah Khalid Samad membenarkan kalimah ‘Allah” digunakan oleh kuffar?

Berjasakah Khalid Samad menyerahkan kembali arak yang dirampas?

Hebat sangatkah Khalid Samad melawat kilang arak dan gereja-gereja di seluruh Selangor?

Best sangatkah Khalid Samad menghalang JAIS mencegah gejala murtad di Selangor?

Semua persoalan itu akan memberi jawapan mutlak tentang siapa sebenarnya yang “parasit” di dalam PAS..!!!

Justeru, tidak perlulah Khalid Samad memalukan diri sendiri dengan menyatakan Hasan Ali yang “memalukan” tentang isu “parasit” ini. Sebenarnya, dia yang patut malu pada diri sendiri setelah “dibogelkan” begini!

Percayalah, dalam masa terdekat, Hasan Ali bakal “membogelkan” banyak lagi kekhilafan, penyelewengan, salahguna kuasa dan kepincangan yang akan membuktikan betapa teruknya DAP, PKR dan PAS Selangor.

Nantikan saja pendedahan-pendedahan terbaru yang akan disampaikan Hasan Ali di dalam ceramah-ceramahnya nanti…


Sumber: Klik Sini

GEMPARRR..!!! KENYATAAN ANWAR LINDUNGI ISRAEL SELARI DENGAN PENDIRIAN HAMAS, GERAKAN ISLAM..???!!!

manuty

P. ANWAR Ibrahim sekarang kelihatannya begitu terdesak untuk mempertahankan diri dari komitmenntya untuk melindungi keselamatan Israel dalam satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang disiarkan pada Khamis.

Setelah cubaan mengaitkan kerajaan Malaysia gagal, P. Anwar dan balacinya cuba mengalihkan tumpuan kepada pihak-pihak lain pula.

Keadilan Daily baru-baru ini memetik kenyataan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. bahawa kenyataan P. Anwar itu adalah selari dengan pendirian Hamas dalam prinsip Penyelesaian Dua Negara

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,"

Persoalannya sekarang, Hamas?

Macam mana Hamas yang melancarkan serangan roket hampir setiap hari ke kawasan yang dikuasai Israel boleh dikaitkan dengan cuba melindungi keselamatan Israel? Itu bukan setakat nampak tidak logik, malah juga tidak masuk akal sama sekali.

Kalau ya pun nak menipu, tengok-tengoklah sekeliling. Rakyat Malaysia hari ini bukan mudah diperbodohkan oleh Anwar, apatah lagi oleh balaci belaannya.

Ini sekarang siapa cuba putar belit siapa?

Kita persoalkan kenyataan P. Anwar untuk melindungi keselamatan Israel, bukan tentang komitmennya pada perjuangan Palestine. Adakah kami pertikaikan soal Anwar dan Palestine? Kalau ada sila tunjuk yang mana.

Lagipun toksah kelentonglah. Sila tunjuk dalam interview P. Anwar dengan The Wall Street Journal, mana dia ada disebut perkataan yang kemudiannya ditafsir sebagai Inisiatif Keamanan Arab, Two-State Solution? Itu baru tanya dimana wujud, kalau wujud sekalipun, di mana yang kita pertikaikan soal itu?

Inilah sebenarnya drama Anwar, maka itu layak dia diberi gelaran ‘P’ pada pangkal namanya. Kita dok pertikai lain, dia persoal lain


Sumber: Klik sini

GEMPARRR..!!! AKAN MUNCUL SEORANG PEMIMPIN UMNO MUDA KEDAH YANG AKAN TUMBANGKAN AZIZAN RAZAK..!!!


Baru ni, aku mendapat perkhabaran tentang seorang bekas pemimpin UMNO yang masih muda dan ternama akan kembali berjuang di Kedah. Dah setahu aku, beliau memang hebat!

Nak tahu siapa? Cuba teka siapa yang aku maksudkan di bawah...

Beliau pernah menjadi Bendahari UMNO Kedah sehinggalah digugurkan oleh Det Khalid pada tahun 2006.

Mungkin kerana darah pejuang dan sangat "ultra Melayu" seperti bapanya, beliau bertindak keluar dari UMNO kerana hilang keyakinan pada Pak Lah.

Beliau sebelum itu merupakan ahli UMNO Sungai Layar Hujung selama lebih kurang 22 tahun.

Vokal dan cukup tegas dengan pendiriannya menyebabkan beliau adalah antara pemimpin yang disegani kawan dan lawan.

Aku rasa, dengan bayangan di atas, ramai akan dapat meneka bahwa beliau yang aku maksudkan ialah Mokhzani Mahathir, abang kepada Mukhriz.


Pada aku, Mokhzani adalah antara businessman muda Melayu yang paling berjaya dan ia menyebabkan ramai yang jeles padanya.

Beliau sebenarnya banyak membantu jentera UMNO Kedah ketika aktif politik dahulu dengan perang saraf yang hebat dan bijaksana. Itu menyebankan ramai pemimpin UMNO lain "takut".

Lepas Tun M letak jawatan sebagai PM, barulah Mokhzani berjaya "diketepikan" oleh beberapa warlord-warlord UMNO Kedah. Tapi mungkin memandangkan Mokhzani ni bukan jenis individu yang gila kuasa atau jawatan...dia relax je time tu...

Namun menurut sumber aku, Mokhzani memang pantang kalau Islam, Melayu dan Tanah Melayu ni diancam oleh mana-mana pihak. Sayangnya pada perjuangan alif ba ta UMNO memang tak dapat dipertikaikan.

Justeru, khabarnya Mokhzani dikatakan akan panggil semula membantu memperkuatkan UMNO Kedah yang dikatakan "agak lembab" berbanding negeri jajahan Pakatan Haram lain.

Khabarnya, dengan Mukhriz yang diletakkan di peringkat Federal, khabar angin bertiup kencang memberitahu bahawa Mokhzani akan diberi tempat di peringkat negeri.

Bagaimanapun, khabarnya ia terletak kepada persetujuan dan kesanggupan Mokhzani sendiri.

Aku tak sure sama ada Mokhzani akan diletakkan di UMNO Bahagian Sg Petani atau Merbok. Khabarnya pemimpin di kedua-dua kawasan tu bermasalah! Hangpa rasa yang mana satu sesuai?

Sekiranya khabar yang aku dengar ini benar, nampaknya Kedah akan bertambah mantop! Aku rasa, ini perkembangan yang sangat positif.

UMNO Kedah sebenarnya tidak pernah ketandusan pemimpin muda, bijak, berpotensi dan hebat. Namun, kebanyakkan mereka ini di"cantas" oleh warlord-warlord yang dah expired dan kurang relevan semata-mata kerana jawatan dan kuasa. Tu yang buat semuanya terbantut tu...

Aku harap, sekiranya khabar ini benar dan ada orang sekat Mokhzani lagi, sila bagi tau aku...biaq aku "balun" dia kaw-kaw! Orang dok sibuk nak rampas Kedah balik, depa sibuk nak jaga kuasa depa. Jadi calon pun kalah..macamana nak dapat kuasa? Sedaq la diri tu sikit..heh!

GEMPAR TERKINI..!!! PERKHABARAN BAIK UNTUK SEMUA PEMINAT POLITIK KEDAH..!!!


Sebenarnya, dalam diam suasana politik Kedah semakin rancak dan panas! Aku baru dapat satu perkhabaran yang agak mengejutkan bagi semua peminat politik Kedah.

Sama ada orang UMNO mahupun pembangkang, khabar ini akan memberikan pelbagai reaksi dan aku nak tahu tentang reaksi hangpa semua...

Aku? Aku sokong sebab pada aku perkara ni perkara positif untuk semua rakyat..bukan untuk orang UMNO saja..

Nak tahu khabar apa yang aku maksudkan? Tunggu pendedahannya sebentar lagi...dalam pukul 1.30 tengahari aku bagitau..heh!

Jangan teruja sangat...nantikan saja laaa..heheheheeee...

GEMPARRR..!!! UMNO RAYU HADI UNTUK TIDAK LETAK JAWATAN..???!!!

hadawang

DALAM bahasa Indonesia butuh itu maksudnya perlu.

Penulis dengan rendah diri, merayu sangatlah pada Hadi, janganlah meletakkan jawatan dalam PAS atau enggan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Ini kerana UMNO khasnya masih lagi memerlukan khidmat Hadi untuk terus bersama-sama dengan PAS, kalau boleh sampai mati.

Kehadiran Hadi dalam PAS sebenarnya banyak menguntungkan UMNO. Gerak kerjanya yang lembap (terutama sejak berbini 3) dan lebih patuh kepada arahan-arahan DAP dan Anwar Ibrahim sebenarnya banyak membantu kejayaan UMNO pasca pilihanraya umum ke-12.

Jarang rasanya UMNO mendapat kelebihan yang banyak dari kelemahan pimpinan parti lawan, melainkan Hadi. Apatah lagi bila Hadi sanggup terhegeh-hegeh menebalkan muka ke Putrajaya untuk mengadakan rundingan kerajaan perpaduan dengan mantan Perdana Menteri, Abdullah Haji Ahmad Badawi (kini Tun) pada 2008.

Tidak ada siapa dalam UMNO yang boleh melupakan perkara tersebut. Kerananya, PAS hampir terbelah kepada dua dan mantan Timbalan Presiden disingkirkan, semuanya atas isu yang sama – kerajaan perpaduan.

Siapa yang bertanggungjawab atas semua itu kalau bukan Hadi.

Penulis sendiri sudah tentu merindui Hadi, kerana tidak ada lagi ‘peluru-peluru’ mudah yang dibekalkan Hadi untuk menembak parti PAS dalam bentuk penulisan. Ada Hadi ni banyak isu boleh ditulis .

Lagipun Hadi adalah antara beberapa kerat lelaki yang mampu ‘mendayung’ 3 sampan dalam satu masa. Tidak ramai yang punya kebolehan sepertinya dan kalau dia bersara dari politik, hilanglah satu lagi ‘primadora’ lelaki terakhir Malaya yang boleh dijadikan contoh.

Takat itu ajela.

Jadi kehadiran Hadi sebenarnya penting untuk kelangsungan politik UMNO yang lebih baik. Ya, penulis katakan lebih baik, tanpa Hadi pun memang dah baik dah.

Tapi ada kemungkinan juga, idea untuk mengundurkan diri ini timbul setelah Hadi dilihat tidak berdaya lagi menjalankan tugas sebagai Presiden PAS. Sudahlah jawatan itu jatuh nombor 3 penting dalam hireaki kepimpinan PAS, kebangkitan puak Anwarinas hanya menjadikan jawatan tersebut bertambah tidak bermakna daripada sedia ada.

Kalau perkara ini benar, maksudnya krisis kepimpinan PAS memang sudah parah, berlawanan yang ditunjukkan kebelakangan ini, aman damai macam tidak ada apa.

Sejauh mana PAS mampu bertahan dalam keadaan sekarang hanya masa yang akan menentukan. Dengan perjuangan zaman berzaman negara Islam sudah ditukar menjadi negara berkebajikan kerana takutkan DAP dan PKR, kini parti tersebut sedang diambil alih dari dalam oleh puak-puak anwarinas ini atau dalam kamus Hasan Ali disebut ‘parasit’.

Agaknya, apa lagi berkenaan Islam yang ada pada PAS selepas ini? Bulu Nik Aziz kot.


Sumber: Klik Sini

LAWAK PAGI INI..!!! ANTARA LELAKI YANG PALING DITAKUTI ANWAR..!!!


Korang nak tahu kenapa Anwar "demam" setiap kali dengar nama Nallakaruppan? Heh!

"Bergoncang-goncang itu kereta.." itu yang Nalla pernah kata mengenai "kerja" Anwar dalam kereta Diamler miliknya. Korang teka la apa yang Anwar buat dalam kereta Nalla tu...heh!

Ingat Tivolli Villa? Heh! Korang pegi tanya Nalla laaaa...heh!

Monday, January 30, 2012

PANASSS BERAPIII..!!! SKANDAL KULIM HI-TECH DAN SALAHGUNA KUASA "CEO"NYA..!!!

Tu dia Sobri (tiga dari kanan)...dok harap projek dari Kerajaan Pusat (MIDA) saja..kalau takdak MIDA..bungkuih la KHTP tu...!!!

Sebelum ini, aku ada mengeluarkan fakta mengenai prestasi Kulim Hi-Tech yang menjunam di bawah pentadbiran lebai PAS, Sobri Osman, di sini. Aku juga ada mengeluarkan tentang salahguna kuasa lebai-lebai PAS di sini.

Sobri kata, dia happy sebab pelaburan masuk ke KHTP dan tanpa rasa malu, dia secara tak langsung mengaku "bengap" untuk menarik pelabur masuk ke KHTP dan hanya mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat menerusi MIDA!

"KHTP menawarkan kemudahan dan infrastruktur terbaik (BN jugak yang sediakan dulu).

"Selain faktor kos yang efektif, Kerajaan Malaysia melalui MIDA juga berjaya menunjukkan rekod cemerlang dengan menarik pelbagai syarikat melabur di sini," kata Sobri tanpa rasa malu!

Jelas dari statement dia tu bahawa pelaburan di KHTP selama ni hanya masuk menerusi MIDA. Bukan dia yang usahakan sendiri!

Jadi, selama ni yang dok kerap pi ke luar negeri tu buat apa? Pi cari China Doll ka..??? Haaa..ni nak marah la nihhhh...!!! Ishhhh....!

Hakikatnya, memang jelas KHTP makin goyah, lembab dan mandom di bawah Sobri, "pakar" yang dilantik PAS Kedah.

Aku difahamkan bahawa pelaburan di KHTP hanya mencecah RM6 bilion sahaja sehingga kini. Itupun dikira sejak tarikh KHTP beroperasi pada tahun 1995. Ketika itu, pengasas yang bertanggungjawab membangunkan KHTP ialah Datuk Syukri.

Sebagaimana maklum, Datuk Syukri yang berjaya menarik masuk lebih RM5 bilion pelaburan ke KHTP telah diguling dan disingkirkan Kerajaan PAS Kedah, dan digantikan dengan Sobri yang tak efisien langsung! Wajarkah?

Aku bukan la nak kutuk Sobri. Tapi dia memang tak perform pun. Masa Datuk Syukri dulu, prospek KHTP berada dilandasan terbaik untuk kaut pelaburan sekurang-kurangnya RM3 bilion setahun.

Tapi, pada tahun 2010, Sobri hanya mampu tarik pelaburan sebanyak RM765 juta saja! Kurang dari RM1 bilion dan jauh dari sasaran mudah iaitu RM3 bilion...

Paling teruk, dia singkirkan ramai staf KHTP yang merupakan "key player" dalam GLC Kedah tu. Dah tu kawan aku kata, dia ada skandal pulak tu...sampai berhenti kerja bini orang yang dia selalu sms tu...heh! Kacau bilau betul Sobri ni...

Aku bukan marah PAS nak tadbir KHTP. Tapi profesional la sikit. Datuk Syukri tu bukan politician pun, kenapa disingkirkan?

Kalau staf tu sokong UMNO, siap la...lepas tu mesti di"nasihat"kan berhenti kerja. Tak pun dipaksa ambik VSS. Walhal..staf tu perlu tanggung bini dan 6 orang anak! Wajar ke?

Tak ada orang lain lagi ke yang PAS boleh jadikan CEO KHTP? Dah takdak sangat ke orang PAS yang layak? Kalau takdak..pi buang buat apa Datuk Syukri tu..???

Habih la KHTP kalau dibiarkan terus macam ni. Ir Amiruddin sebagai seorang bekas produk MARA (MRSM...produk BN jugak tu) takkan tak reti nak decide? Azizan Razak tu apa sangat yang dia tau...tai chi sana sini tau laaa...

PANASSS..!!! LAGI PENDEDAHAN PASAL KULIM HI-TECH BAWAH PAS KEDAH..!!!


Aku masih panas dengan isu Kulim Hi-Tech. Aku memang geram bila sebuah kawasan yang begitu hi-tech sagala prasarananya disia-siakan begitu saja oleh puak-puak lebai yang hanya reti bercakap tapi tak reti buat kerja..!!!

Lebih kurang pukul 10 malam ni, insyaAllah aku akan bongkarkan lagi isu KHTP ni. Korang tunggu je...

Aku rasa, Azizan perlu buat sesuatu tentang KHTP ni. Takleh lagi nak harapkan Ir. Amiruddin tu. Harap je kawan dengan Mukhriz..tapi tak reti nak bangunkan apa-apa pun kat KHTP tu..!!! Heh!

PANASSS BERAPI..!!! BILA PAKAR BELIT KATA DIRINYA DIBELIT..!!!

anwar belit

Sudah menjadi amalan Anwar Ibrahim. Sekiranya dia berada di luar negara dan ditemuramah oleh media antarabangsa yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, maka dia akan membuat kenyataan yang menyebelahi Yahudi dan sangat liberal terhadap Islam.

Namun, sekiranya kenyataan tersebut dapat dihidu media tempatan, maka cepat-cepatlah dia memutar belit lidahnya menyatakan kenyataannya telah di “misquote” dan di”putar belit”kan oleh media pro-kerajaan. Hakikatnya, dialah yang membelit sebenarnya!

Terbaru, menggunakan kaedah modus operandi yang sama, dia mendakwa kenyataannya di Wall Street Journal mengenai sokongannya “melindungi Israel”. Katanya, media tempatan putar belit kenyataannya itu dan memberi amaran untuk tindakan saman darinya.

Persoalannya, bodoh benarkah media tempatan dalam mentafsirkan kenyataannya di Wall Street Journal itu? Dia seorang saja yang tahu dan faham berbahasa Inggeris? Media tempatan tak reti “translate” dan faham kenyataannya itu?

Bodoh sangatlah “putar belit” Anwar kali ini. Nampak sangat kebobrokannya untuk menyelamatkan diri dari dikecam rakyat. Dia fikir rakyat pun bodoh sama, tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris, kah?

Kalau dah keluarkan kenyataan begitu, mengaku sajalah. Jawablah dengan isi dan makna yang diucapkan itu. Terlanjur perahu, mungkin boleh diundur, terlajak kereta mungkin boleh di”reverse”, tapi kalau terlajak kata begitu..alamatnya binasalah badan!

Wall Street Journal bukan Utusan atau TV3 yang dikatakan pro-kerajaan. Malah, media antarabangsa itu memang terkenal di persada antarabangsa dan dikenali sangat pro kepada Israel serta Amerika Syarikat. Sekiranya Wall Street Journal menyiarkan berita mengenai spekulasi ekonomi, ia mampu menyebabkan kesan besar terhadap prospek ekonomi sesebuah negara.

Dalam kata lain, Wall Street Journal memang berpengaruh.

Justeru, Anwar tidak mempunyai asas untuk menuduh Wall Street Journal itu “dibayar” oleh UMNO atau kerajaan untuk memutar belit kenyataannya. Tak logik langsung jika dituduh begitu.

Jadi, Anwar tuduh media tempatan yang “buat-buat” cerita? Media tempatan pun “quote” dari Wall Street Journal. Kalau Wall Street Journal menipu, maka samalah media tempatan pun. Masalahnya, dah terang-terang Anwar kata begitu, nak putar belit macam mana lagi?

Memang sudah berkurun abad Anwar dikatakan membodek Israel. Dari zaman dia jadi Timbalan PM pun dia memang rapat dengan Yahudi dan Israel. Itupun secara rahsialah. Namun, setelah rahsianya itu terbongkar, cepat-cepatlah dia “cover line” kononnya dia difitnah dan “diputar belit”kan!

Anwar mungkin fikir dia masih lagi “Raja Putar Belit” dan rakyat akan percaya dengan “putar lidah”nya itu. Tapi, itu dulu. Sekarang rakyat sudah celik! Rakyat sudah mampu berfikir tentang konspirasi yang dia sendiri cipta dan pelbagai pembohongan yang dia lakukan! Rakyat sudah serik..!!!

Baguslah. Putar alamlah lagi. Lagi Anwar putar belit, lebih banyak rakyat akan sedar tentang kejijikan dirinya. Lagi Anwar belit, lagilah dia akan terbelit. Dan sudah pasti rakyat yang ditipunya itu akan membelitnya sehingga mampus nanti!

Melihat keadaan dan situasi PKR yang makin lama makin teruk dan huru-hara, melihat keadaan parti yang dinaungi Anwar itu makin lama makin hilang sokongan, tidak hairanlah DAP dan PAS kini berura-ura untuk meninggalkan Pakatan Haram. Pakatan Haram makin hilang keyakinan pada “Imam Mahdi” itu!

Hakikatnya, Anwar dan Israel memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Siapa yang “fund” Anwar selama ini? Siapa yang “support” Anwar dulu, kini dan selamannya? Sekiranya Anwar miskin papa kedana sangat sebagaimana di dakwa, mana dia dapat duit banyak-banyak untuk hidup mewah?

Rasanya, kehidupan Pok Nik Aziz jauh lebih miskin dan dhaif berbanding Anwar dan Azmin. Baguslah. Anwar dan Azmin hidup begitu mewah, tapi Pok Nik terus papa kedana walaupun sanggup tanggung dua ekor “biawak hidup” itu!


Sumber: Klik Sini

PANASSS..!!! GUAN ENG KETUA MENTERI TERHEBAT ALAF INI..???!!!


Saya terkejut dengan dakwaan "Khalifah" Pulau Pinang, Guan Eng, mengenai kehebatannya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Pusat dalam tempoh lebih kurang 4 tahun. "Hebat" betul..!!! Prestasi ini lebih hebat dari prestasi "Penasihat Ekonomi RM1" di Selangor..!

Heboh Guan Eng canang tentang "kejayaan"nya itu keliling pulau. Tak cukup di Pulau, dia sebarkan pula di seluruh negara. Kononnya, dengan "kejayaan melangsaikan hutang" itu menunjukkan dia memang cekap mentadbir Pulau Pinang dan sangat "efisien" menguruskan kewangan kerajaan negeri...

Tiba-tiba pulak ada "Ah Chai" ni "kacau daun". "Ah Chai" ni namanya Donald Lim, Timbalan Menteri Kewangan, potong stim Guan Eng bila beliau menegaskan Guan Eng hanya auta saja dengan berita "langsaikan hutang RM630 juta" itu.

Menurut Datuk Donald Lim, Guan Eng sebenarnya hanya memindahkan hutang tersebut kepada Kerajaan Pusat memandangkan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang yang berlangsung sebelum PRU 12 (2008) yang lalu di mana menurut perjanjian "rationalisation scheme" yang dipersetujui bahawa Kerajaan Negeri perlu membayar lebih RM14.6 juta setahun kepada Kerajaan Pusat atas "interest-free rental" di dalam tempoh 45 tahun.

Pulak dah! Dah jelas sangatlah Guan Eng menipu berhubung "melangsaikan hutang" itu..!!!

Sebenarnya, perjanjian perstrukturan semula bekalan air itu telah dibuat sebelum Pakatan Haram memerintah Pulau Pinang. Dalam ertikata lain, Guan Eng hanya meneruskan perjanjian itu dan memindahkannya hutang tersebut pada Kerajaan Pusat!

Guan Eng tak pernah bayar pun duit sebanyak RM630 juta itu kepada Kerajaan Pusat. Sebaliknya, dia hanya "transfer" balik hutang tu kepada Kerajaan BN Pusat. Lepas tu dia "claimed" kata dia berjaya jana banyak duit di Pulau Pinang dan bayar hutang tu?

Memang memalukan! Takde intergriti langsung dalam kenyataannya itu. Kalau pindahkan hutang, cakaplah "saya dah berjaya pindahkan hutang". Tak payahlah nak putar-putar cerita pada rakyat kononnya pandai "berniaga" dan cekap mentadbir hingga mampu "bayar" hutang sebanyak RM630 juta tu!

Buruk benarlah perangai Guan Eng! Kalau betul dia bayar, cuba kemukakan resit bayaran atau sebarang bukti pembayaran RM630 juta itu kepada rakyat! Rakyat pun nak juga tengok bukti "kehebatan" Guan Eng bayar hutang sebanyak tu!

Tapi, kalau tak mampu kemukakan bukti, baik letak jawatan sajalah! Dah terang-terang "kantoi" menipu!

Nak dikatakan cekap tarik pelabur, Kerajaan Pusat jugak yang banyak bantu dan bawa masuk pelabur ke Pulau Pinang! Sila rujuk MITI untuk bukti-bukti bantuan dari Kerajaan Pusat tersebut. Nak harapkan Guan Eng? Tabur auta keliling Cerok Tok Kun bolehlah!

Sumber: Klik Sini

SKUAD HIJAU KUNING MAKIN TERUK, PEMAIN ATAU PENGURUS YANG SALAH..???


Apa dah jadi dengan skuad Kenari? Kedah pantang kalah? Ya, tapi itu dulu...sekarang ni dah memanjang kalah!

Sejak Ustaz Azizan bagi tiket free lepas take over Kedah dari BN, skuad bola sepak Kedah makin merosot. Kali ni lebih teruk apabila dari 5 game, skuad hijau kuning hanya mampu sumbat sebiji gol!

Tu pun Khairil Muhaimin yang score. Apa dah jadi ni, Khazali Din? Malu kalau letak jawatan sebab tinggalkan Skuad Hijau Kuning dalam keadaan corot? Heh!

Masalahnya, mampu ke bangkitkan Kedah? Kalau ikut trend pengurus bola sepak sama ada dalam atau luar negeri, mereka akan letak jawatan sebab malu dengan performance buruk. Dalam ertikata lain, gagal mengurus!

So, semalam Khazali salahkah semua players Hijau Kuning? Heh! Dia langsung takde salahkan diri sendiri lepas Kedah kalah 1-3 kepada Johor FC kat tempat sendiri lak tu!

Aku rasa, kalau Allahyarham Datuk Basri Akil hidup lagi, dah tentu teruk Khazali Din kena taruk!

Bijak betul Azizan lantik Pengurus Skuad Hijau Kuning, kan? Patutnya dia tiru Pok Nik dalam hal bola ni. Kat Kelantan Pok Nik biarkan KAFA diterajui Anuar Musa, hebat je Kelantan...

Kedah? Sebab tak sefahaman politik, Exco yang Azizan lantik tu bijak sangat sampai lantik Khazali Din jadi pengurus. Khazali Din tu jadi Datuk Bandar MBAS dulu pun fail..heh!

Itulah jadinya bila babitkan sukan dengan politik. Taksub sangat dengan politik sampai sukan jadi mangsa...bijak betul Exco tu, kan?

GEMPARRR BERAPI..!!! SAIFUDDIN NASUTION JADIKAN KRISTIANISASI BAHAN JENAKA..???!!!

Tiada yang lebih malapetaka melainkan ada segolongan manusia yang mengaku beragama Islam, tetapi sikap dan tindakan mereka adalah memusuhi Islam. Lebih menjadi malapetaka lagi ialah apabila golongan itu menjadikan akidah umat Islam sebagai bahan jenaka dan bahan yang boleh ditertawakan.

Itulah yang ditunjukkan oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR yang cuba menjadikan Islam dan umat Islam sebagai bahan jenaka murahannya. Semata-mata untuk menghalalkan perlantikan diri Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Saifuddin Nasution meremeh-remehkan usaha kristianisasi yang sedang berlangsung dan telah terbukti dilakukan oleh golongan ekstremis yang tidak pernah menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara itu.


PERKASA menerusi Presidennya, Ibrahim Ali memberi amaran, pengangkatan diri Khalid Ibrahim selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam akan menyaksikan kerja-kerja pengkristianan yang tersentak dengan tindakan berani Hasan Ali melakukan pendedahan dengan bantuan penguatkuasa JAIS Ogos lalu, akan bersambung semula. Kehadiran sebuah kapal mubaligh menambahkan lagi kebenaran berita tentang proses pengkristianan yang akan dilakukan secara besar-besaran ekoran pemecatan Hasan Ali.

Dengan kata lain, pemecatan Hasan Ali sebenarnya telah dilakukan secara terancang dan teliti bagi membolehkan musuh-musuh Islam bergerak bebas tanpa sebarang kongkongan.

Namun Saifuddin Nasution cuba menjadikan berita dan kebimbangan itu sebagai satu jenaka yang boleh digelak-gelakkan. Twitternya sudah cukup untuk membuktikan bagaimana orang politik yang paling banyak melompat parti itu tidak pernah memperkirakan tentang akidah umat Islam, sebaliknya hanya mementingkan tentang survival parti yang disertainya sahaja.

Kenyataannya bahawa peringatan yang dibuat oleh PERKASA bahawa pengangkatan diri oleh Khalid Ibrahim akan menyebabkan proses kristianisasi berleluasa di Selangor, merupakan PENDERHAKAAN kepada DYMM Sultan Selangor, sebenarnya tidak lebih daripada perlecehan yang sangat biadap.

Memperolok-olokkan kuasa DYMM Sultan Selangor bahkan semua sultan di Malaysia merupakan kegemaran dan hobi utama para pemimpin Pakatan Rakyat. Saifuddin sebenarnya mempersendakan DYMM Sultan Selangor. Mengetahui bahawa DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam di Selangor, Saifuddin Nasution sengaja menekankan tentang penderhakaan yang kononnya dilakukan oleh PERKASA.

Penderhakaan apakah yang dimaksudkan oleh PERKASA kalau diberitahu bahawa orang seperti Khalid Ibrahim hanya akan menambahkan lagi masalah umat Islam menerusi tindakan-tindakannya yang semberono terlebih meraikan golongan yang memusuhi Islam dan umatnya? Atau Saifuddin sebenarnya ingin memberitahu, kuasa apakah yang ada pada DYMM Sultan Selangor lagi setelah orang seperti Hasan Ali dipecat dan disingkirkan.

Dengan kata lain, Saifuddin Nasution sebenarnya mencabar kuasa DYMM Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam di Selangor. Ejekannya kepada DYMM Sultan Selangor ialah DYMM Sultan Selangor tidak akan dapat berbuat apa-apa dengan kuasa baginda kerana Exco Agama Islam Selangor sekarang adalah milik Khalid Ibrahim. Dan Khalid Ibrahim pula tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada projek kristianisasi yang sedang berlaku di Selangor secara bebas.

Buruk benar kelakuan yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung PKR itu. Mungkin berasa terlalu besar kepala kerana akhirnya PKR berjaya merampas jawatan Exco Hal Ehwal Islam yang menjamin industri lendir, arak, judi dan kristianisasi di Selangor, menjadikan Saifuddin Nasution tidak menggunakan otak untuk membuat tweet sebegitu rupa.

Dalam Islam dan dalam mana-mana budaya, peringatan dan memberi amaran merupakan sebahagian daripada rukun hidup yang berlangsung tanpa sekatan, tetapi dalam Pakatan Rakyat, peringatan dan memberi amaran terutama kepada kelompok sendiri tentang bahaya dari luar, dianggap sebagai satu ancaman kepada kelompok itu sendiri.

Kelompok sendiri yang dimaksudkan adalah kelompok masyarakat Melayu-Islam!

Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! HASAN ALI TEKAD PERANG DENGAN ERDOGAN ANWARISTA...!!!

anwar sivaji

Nampaknya, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Dr. Hasan Ali memang tekad untuk memerangi golongan “erdogan Anwarista” di dalam PAS. Setelah memulakan ceramah “perang parasit” di Meru minggu lalu, Hasan Ali akan menyerang di kawasan musuh ketatnya, Khalid Samad, di Shah Alam, pada 30 Januari ini.

Rata-rata, sokongan yang diberikan rakyat kepada Hasan Ali memang hebat. Bukan ratusan, malah ribuan umat Islam, khususnya para penyokong PAS yang menyedari kewujudan golongan parasit tersebut di dalam PAS sejak sekian lama.

Sebenarnya, sebagai saudara seagama, para blogger pro-UMNO, malah kolumnis di MyKMU.net sendiri pernah mengingatkan kepimpinan PAS bahawa wujudnya gerakan “Anwarista” yang dipercayai adalah “golongan parasit” yang dimaksudkan Hasan Ali itu.

Namun, sebagaimana sikap PAS yang enggan menerima nasihat dan peringatan dari saudara seagamanya, mereka menuduh kami cemburu. Malah para “alim ulama” yang kononnya mengamalkan akhlak Islam yang sempurna itu menista pula kami dengan pelbagai kata-kata kesat.

Sudah saya katakan dulu bahawa Anwar telah meletakkan ramai “pawn-pawn” yang telah memberikan “bai’ah” kepadanya sejak dia berada di dalam ABIM lagi. Ketika itu, ramai ‘askar-askar” Anwar ini yang terpengaruh dengan gerakan “memperdana menterikan” Anwar.

“Askar-askar” ini ramai yang dilepaskan ke dalam PAS ketika itu memandangkan Anwar merupakan anak angkat kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Yusuf Rawa. Mereka-mereka ini dipromosikan sehingga berjaya menjawat beberapa jawatan yang strategik di dalam PAS.

Anwar sendiri kemudiannya masuk ke dalam UMNO. Alasannya mudah, dia mahu “membersihkan” UMNO. Ramai juga “pawn-pawn” yang dibawa masuk ke dalam UMNO bersamanya untuk membantu melobi menaikkan namanya. Selain itu, Anwar berjaya berlakon memikat hati Tun Dr. Mahathir ketika itu yang turut tertipu…

Namun, setelah agenda Anwar itu “kantoi”, ditambah pula dengan tabiatnya yang gemarkan seks luar tabii yang tidak mengenal jantan betina, akhirnya dia dipecat dari terus mengotorkan UMNO dengan rasuah politik dan pink form. Maka, terbantutlah ‘gerakan memperdana menterikan’ Anwar buat seketika.

Kegagalan Anwar itu telah menjadikan “pawn-pawn” Anwar yang disusup masuk di dalam PAS bagaikan “cacing kepanasan”. Itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan segala sumber kewangan yang dipercayai diperolehi dari Anwar untuk menewaskan golongan pro-ulama di dalam PAS.

Kemudian, Anwar tubuhkan pula PKR. Dengan bantuan “endogan Anwarista” di dalam PAS yang semakin menguasai parti itu, PAS akhirnya bersetuju bergabung dengan PKR dan DAP. Meskipun DAP khususnya, pernah dilabelkan sebagai ‘syaitan’, kerana tahaluf siyasi puak “erdogan Anwarista” yang menghasut Nik Aziz, ianya berjaya dihalalkan!

Golongan inilah yang menyebabkan perubahan ketara yang melanda PAS sehingga menggadaikan prinsip perjuangan asal parti itu.

Berjayakah Hasan Ali melakukan transformasi di dalam PAS kembali? Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Sebagai seorang yang pernah berada di dalam PAS, saya rasa agak mustahil untuk berjaya selagi PAS bersama Pakatan Haram!

Terbaik, PAS mesti putuskan hubungan dengan “syaitan-syaitan” itu. Titik.

Sumber: Klik Sini

PANASSS..!!! BUKTI BENAR HARON DIN LEBIH LAYAK JADI MURSYIDUL AM BERBANDING POK NIK..!!!



Saya sangat tersentuh dengan pengalaman mimpi Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS ini. Pada saya, dengan mimpi bertemu Rasulullah SAW itu, jelaslah maqam beliau lebih tinggi berbanding Mursuyidul Am Pas, Pok Nik Aziz...
Abu Hurairah berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku.”

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Melalui dua hadis di atas dan cerita Al-Fadhil Dr. Haron Din di atas, saya simpulkan bahawa beliau sangat beruntung untuk "bertemu" Rasulullah SAW, walaupun di dalam mimpinya sekali pun...

Namun, beliau yang selama ini masuk PAS kerana mahu mendirikan sebuah negara Islam tenggelam suaranya berbanding Pok Nik Aziz...

Pada saya, Haron Din lebih layak menjadi Mursyidul Am PAS berbanding Nik Aziz yang dikatakan sudah nyanyuk dan sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang kontroversi, mengelirukan dan mampu menyesatkan ramai umat Islam.

Saya difahamkan bahawa Haron Din sehingga kini masih konsisten dengan perjuangannya yang sealiran dengan Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali yang disingkirkan PAS. Namun, "suara"nya tersekat hanya kerana pengaruh yang ada pada Pok Nik Aziz..

Persoalannya, mengapa suara Haron Din yang lebih tinggi ilmu dan maqamnya itu disekat? Apakah hanya kerana beliau bukan merupakan seorang "pemegang tiket ke syurga" seperti Pok Nik Aziz?

Sesungguhnya para penyokong PAS memang "buta". Sekiranya saya seorang PAS, sudah tentu Haron Din sudah lama saya perjuangkan menjawat jawatan Mursyidul Am PAS. Beliau tidak melalut dan berani berkata yang benar mahupun pahit untuk ditelan...

Pada saya, Haron Din jauh lebih layak mengetuai PAS. Beliau menyokong perpaduan umat Islam di antara UMNO dan PAS. Beliau sanggup mengenepikan dendam dan syak wasangka buruk demi melihat perpaduan umat Islam kembali terjalin...

Saya juga diberitahu oleh para penyokong PAS bahawa Haron Din sememangnya menyokong Himpunan Sejuta Ummat. Pendirian ini amat berbeza dengan Pok Nik Aziz dan "tahaluf siyasi"nya yang menghalalkan persahabatan dengan "syaitan" demi politik dan kuasa.

Saya sedih melihat "kebutaan" PAS ini. Namun, sebagaimana maklum, puak-puak PAS bukannya mahu mendengar atau berfikir tentang nasihat mahupun cadangan dari penyokong UMNO. Mereka lebih suka mendengar dan mengikut kata DAP dan Anwar...

Malang sungguh kedudukan PAS sekarang. Memalukan dan mengaibkan ramai penyokongnya. Namun, itulah PAS dibawah kepimpinan Pok Nik Aziz. Nik Aziz yang buat hal, Hadi dikutuk teruk. Haron Din pula diketepikan...pelik betul, kan?

Sumber: Klik Sini

LAWAK PAGI INI..!!! ANWAR DAN "MADUNYA" KOWTOW PADA KIT SIANG DAN DAP..!!!


Sebenarnya, selain Yahudi, Anwar dan Azmin "menyembah" pada Kit Siang. Kalau diorang tak "kowtow", jangan harap la diorang nak dapat sokongan Cina..!!!

Sebab tu Anwar "sembah" DAP dan "tayang bontot" pada PAS..!!! PAS jangan la kecik hati. Tahap korang tu hanya sebagai tukang demo tidur atas jalan sambil pegang bendera jer...

Alahaiii...kesiannnnnn...!!!

Sunday, January 29, 2012

PANASSS..!!! RAKYAT NSEMBILAN TAK REDHA AIR DIJUAL PADA SELANGOR, RAKYAT KEDAH REDHA JUAL AIR PADA GUAN ENG?

Kartun_Air_Selangor-

Penulis dimaklumkan majoriti rakyat Negeri Sembilan merasa kecewa dengan keputusan tergesa-gesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan akur dengan cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menjual air dari negeri tersebut kepada negeri Selangor.

Dari segi kemanusiannya, usaha MB Negeri Sembilan itu baik, tapi dari segi politiknya, ia adalah kerja sia-sia yang hanya menguntungkan PKR. Sudahlah berjaya memerintah Selangor melalui pakat-pakat setaraf pakat orang kahwin.

Jangan salah, ini tidak ada kena mengena langsung dengan dendam atau sakit hati penulis atau mana-mana rakyat NS dengan rakyat Selangor, sebaliknya ini berkenaan dengan cakap besar Menteri Besar negeri tersebut (yang juga merangkap Exco Agama) kononnya bekalan air di negeri itu masih boleh bertahan sehingga 2019.

Maka itu dengan bongkaknya Menteri Besar gagap ini menolak segala kerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bekalan air yang dijangka meruncing pada 2014 nanti.

Bukan setakat bongkak, Khalid menghentikan projek penyaluran air dari Sungai Pahang ke Selangor yang sedang berjalan semata-mata untuk menunjukkan kuasanya.

Inilah masanya nak mengajar. Nanti elok-elok kita tolong dan selesaikan masalah, PKR akan dakwa itu adalah kerana usahanya, kerja kerasnya.

Penulis sarankan, baik SPAN, baik Negeri Sembilan, mengelaklah daripada membantu Selangor. Selangor ada kerajaan yang cukup ‘istimewa’. Dikala semua pihak kata bekalan air akan meruncing pada 2014, Menteri Besar Gagap kata bekalan cukup sehingga 2019.

Memetik kata Exco ratu pornonya Elizabeth Wong:-

Selangor juga mahu mempromosikan pemuliharaan air dan menggalakkan penggunaan yang bijaksana, kitar semula air, pengumpulan dan pemeprosesan air hujan, menurunkan kadar NRW dan meneroka sumber air alternatif.

Kerajaan Selangor tetap berpendirian bahawa isu air boleh diselesaikan jika semua pihak memberi tekanan kepada kerajaan Pusat untuk menyelesaikan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air.Jika isu ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat tidak dapat dilaksanakan.

Hebat, bijaksana dan dasyat ‘rancangan’ Khalid untuk menyelesaikan masalah air di Selangor tanpa memerlukan bantuan kerajaan pusat.

Seeloknya biar Khalid gagap uruskan masalah itu dengan sendiri. Biar dia bekerjasama dengan konsultan yang konon menasihatkan dia bahawa bekalan air di negeri tersebut cukup sehingga 2019.

Pendek kata biar dia selesaikan masalah itu sendiri tanpa bantuan sesiapa dan rakyat akan menilai siapa kuat kencing. Inilah masa nak tunjuk terer pun.

Tak cukup air nanti, biar Khalid jilat air kencingnya sendiri kerana cakap besar, sombong dan bongkak sehingga rakyat menjadi mangsa. Penulis walaupun suka melihat keadaan itu berlaku pada Khalid tapi tidak sampai hati melihat rakyat Selangor menderita.

Jadi masih belum terlewat dan terlambat, paling lewat tahun 2013 untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan BN. Insya Allah, kami akan selesaikan semua masalah, termasuk masalah sampah yang gagal diselesaikan Khalid sehingga kini.

Sumber: Klik Sini

TEGURAN TERBUKA KEPADA TV3 DAN PENERBIT ANUGERAH JUARA LAGU KE-26




Aku ni bukan la anti-sosial, tapi apa yang wartawan TV3, Salina Zakaria, cakap kat Buletin Utama pasal Anugerah Juara Lagu tadi memang buat aku marah.

Dia kata, penonton dah memenuhi ruang stadium Bukit Jalil SEJAK PUKUL 7 MALAM. Lepas tu TV3 siap tunjuk ramai dah penuh kat ruang penonton sambil bersorak...siap lambai-lambai lagi..

Aku ni bukan la alim sangat, cuma aku nak tanya...waktu solat maghrib kat Bukit Jalil tu masuk pukul berapa? Setahu aku, maghrib adalah waktu solat paling singkat...

So, penonton dah masuk kat ruang tu sebelum maghrib? Bila dah duduk kat tempat duduk yang strategik tu, diorang akan bangun ke untuk pergi solat maghrib kat surau stadium tu?

Aku rasa memang ada yang solat, tapi segelintir je la. Macamana yang tak pegi solat tu?

Kenapa TV3 tak bukak tempat tu lepas maghrib? Bukak jam 8 malam tak boleh ke? Mana lebih penting antara solat penonton Islam dengan AJL?

Aku harap TV3 alert pasal soal solat lepas ni. Aku tahu la TV3 tu hebat. Tapi kalau sampai umat Islam tertinggal solat pasal program diorang, maka aku rasa tak patut sangat la...

Harap maklum.

GEMPARRR..!!! ANWAR BAKAL SAMAN WALL STREET JOURNAL USD 2 BILLION..???!!!

anwar_support_israel

DALAM usaha mengurangkan ketegangan yang timbul akibat komitmennya untuk melindungi keselamatan Israel jika berjaya menjadi Perdana Menteri kelak, Anwar dilaporkan sebagai berkata, kenyataannya itu adalah selari dengan polis negara dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memang ya tapi Malaysia?

Anwar kata kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel itu adalah selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan “Penyelesaian Dua Negara” yang disokong Malaysia.

Penulis lihat Anwar semakin hilang ‘seni’ memutar belit sebab apa pun polisi mengenai kewujudan negara Israel dan Palestin yang disokong Malaysia seperti di dakwanya, itu tidak sama sekali bermaksud ‘melindungi keselamatan Israel’ seperti yang disebutkan Anwar dalam temubualnya dengan The Wall Street Journal’ pada Khamis.

Negara Malaysia tidak mungkin akan melindungi Israel, apatah lagi mempunyai polisi seperti itu dalam dasar antarabangsanya. Malaysia adalah penyokong kuat penubuhan negara Islam Palestin dan berulang kali menyokong rakyat Palestin dalam menghadapi pencabulan antarabangsa oleh tentera Zionis.

Ya, tentera Zionis yang Anwar nak melindungkan keselamatannya itulah.

Jadi penulis harap, toksahlah terpedaya dengan kenyataan Anwar. Penulis nak jelaskan sekali lagi, apa pun persetujuan Malaysia di peringkat antarabangsa mengenai Israel dalam hal penyelesaian isu Palestin, tidak ada satu pun yang bermaksud bahawa negara ini akan melindungi keselamatan Israel seperti yang disebutkan Anwar.

Dan jangan lupa, ini bukan kenyataan kali pertama, Dr. Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden PKR) dalam siaran Buletin Utama semalam mendakwa Anwar pernah keluar kenyataan sama di Australia pada 2006.

Oh ya, tidak lupa disebutkan, Anwar ada ‘memberi amaran’ kepada sesiapa supaya jangan memutar belitkan kenyataannya itu (siapa yang putar belit?) atau menghadapi saman dari pasukan peguamnya.

Dalam hal ‘tafsiran’ ni cepat saja Anwar nak menyaman, sebab dia tau boleh diputar belitkan. Walhal pada Sabtu, ada kenyataan ‘jelas’ dari Trio Datuk T akan penyebaran video seks kedua yang melibatkan Anwar.

Kenapa yang itu sibuk taknak saman?


Sumber: Klik Sini

Friday, January 27, 2012

EDISI BONGKARRR..!!! SALAHGUNA KUASA DI KULIM HI-TECH INDUSTRIAL PARK OLEH KRONI-KRONI PAS...!!!


Sebelum ni, aku diberitahu bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak berjaya tarik pelabur asing masuk melabur di Kedah sedangkan BN telah menyediakan prasarana industri lengkap bertaraf dunia di KHTP...

Mukhriz pun dah sahkan perkara ni dan memberitahu Kerajaan PAS Kedah seolah-olah lepas tangan dan tak berminat nak tarik pelabur masuk. KHTP nampaknya makin jahanam!!!

Aku juga terima emel dan fakta yang berhujah mengenai salahguna kuasa tok-tok lebai PAS yang manage KHTP. Korang baca sendiri dan nilaikan sendiri...

KEPINCANGAN KERAJAAN DALAM PENTADBIRAN KULIM HI-TECH PARK

Setelah memegang tampuk pemerintahan sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengambil alih pentadbiran Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dari Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara rasmi pada bulan Ogos 2008.

Sebelum itu, mereka telah menghantar wakil mereka sebagai Pengarah Eksekutif pada Mei 2008.

Pengarah Eksekutif ini akhirnya telah dilantik menjadi Presiden oleh Ahli Lembaga Pengarah yang didominasi oleh PAS di bawah Pengerusi YB Datuk Hj Amiruddin Hamzah, dibantu oleh YB Gobalakrishnan dan pemimpin PAS dan PKR Kulim-Bandar Baharu pada Ogos 2008.

Tindakan pertama beliau ialah membawa masuk seorang kakitangan dari anak syarikat yang terbukti mempunyai penglibatan dalam rasuah dan manipulasi wang (money laundering) ke syarikat pengurusan KHTP iaitu Kulim Technology Park Corporation (KTPC).

Ini adalah tindakan yang amat dipersoalkan oleh semua kakitangan.

Tindakan kedua ialah membawa masuk seorang eksekutif bank menjadi Naib Presiden Kewangan KTPC. Ternyata tindakan ini juga mengundang persoalan kepada kakitangan KTPC. Beliau adalah ahli PAS juga.

Tindakan ketiga beliau ialah mengambil tindakan untuk menggantung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) dan juga seorang Timbalan Pengurus Besar (DGM) KTPC tanpa sebarang alasan kukuh.

Semua ini hanya kerana beliau amat marah kerana mendapati CEO dan DGM ini membuat cadangan kepada Kerajaan Pusat agar mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri, sedangkan cadangan itu adalah arahan dari Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

Memiliki dokumen rahsia kerajaan iaitu Kertas Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pada 7 November 2008, pada pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, satu mesyuarat telah diadakan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), dipengerusikan oleh Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC.

Dalam mesyuarat itu, Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC telah menunjukkan kepada semua yang hadir beliau mempunyai dokumen rahsia dan sulit milik Kerajaan Malaysia berjumlah 25 mukasurat mengenai cadangan menjadikan KTPC milik Kerajaan Persekutuan.

Ini adalah menyalahi Akta Rahsia Rasmi (OSA), di mana satu dokumen rahsia dan sulit boleh berada ditangan beliau yang diperolehi secara tidak sah.

Dipendekkan cerita, beliau berjaya menyingkirkan pengurusan lama dengan yang baru, dan pasukan pengurusan yang selebihnya hanya akur dengan beliau. Kerajaan Negeri juga amat yakin dengan kebolehan Hj Sobri ini walau pun jawatan beliau sebelum ini hanyalah sebagai Pengurus sahaja di Renesas/ Hitachi Sungai Petani.

Beliau juga mempunyai sikap agak gatal dan dikhabarkan mempunyai teman wanita di Kuala Lumpur. Beliau juga suka kepada seorang Pengurus Perundangan di KTPC, yang akhirnya berhenti dari KTPC, walau pun ditawarkan gaji lebih.

Beliau telah membuat pelbagai lawatan kerja mengikut MIDA ke luar negara walau pun sebelum ini YB Amiruddin mengatakan tidak perlu ikut MIDA, cukup hanya dengan lawatan sendiri oleh Kerajaan Negeri.

Untuk makluman beliau telah melawat US, Vietnam, London, Paris dan Milan, mengikut MIDA (untuk pengetahuan, teman wanita beliau juga dari MIDA).

Beliau amat peka menegur ’tile’ pecah, ’signboard’ senget dan bumbung bocor. Beliau juga telah mengira tapak kaki babi hutan, mengira pokok kelapa sawit dan mengambil gambar tandas kotor. Beliau juga kurang membaca dan membuat keputusan dalam keadaan kurang pengetahuan dan tidak cekap.

Cukup dengan masalah peribadi beliau, mari kita menilai prestasi kerja beliau sebagai Presiden KTPC yang mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Setelah memegang tampuk pemerintahan selama hampir dua tahun, mari kita lihat apakah yang terjadi kepada KHTP dan KTPC. Di sini disertakan beberapa fakta yang menarik seperti berikut:

i. KHTP telah mengalami masalah ketiadaan air sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Oktober 2009, Disember 2009 dan terbaru terdapat kandungan karbon yang tinggi dalam bekalan air di KHTP pada bulan Februari 2010. Mengapa ini berlaku sewaktu Hj Sobri dan tidak pada masa BN memerintah?

ii. Terdapat juga gangguan bekalan elektrik pada bulan Januari 2010.

iii. Juga kurang pelaburan dari segi usaha KTPC sendiri (95% pelaburan adalah hasil usaha MIDA).

iv. Ramai kakitangan yang berhenti kerja sejak pemerintahan Presiden Hj Sobri ini (terbaru ialah Pengurus Perundangan).

Mari kita kaji statistik MIDA untuk pelaburan di Kedah untuk 2009, 2008 dan 2007.

2006

2007
2008
2009

Berdasarkan statistik MIDA di atas ini, Kedah berada di kedudukan ke lima dari segi pelaburan pada 2009, kedudukan 6 pada tahun 2008, jauh kurang pencapaian dari masa lalu iaitu tempat pertama kedudukan pada tahun 2007 dan 2006 dengan jumlah pelaburan yang besar, pada masa pemerintahan BN.

Untuk jumlah pelaburan ke KHTP, ia sebenarnya adalah berkurangan jika kita nilai dari segi sebelum dan selepas PIS memerintah. Apa yang kita lihat sekarang terdapat pelaburan oleh First Solar yang besar, yang adalah usaha dari Kerajaan BN yang terdahulu.

Kita belum lagi melihat sebarang pelaburan besar atas hasil usaha MB sekarang, Ustaz Azizan, atau pun YB Dato’ Amiruddin, atau Hj Sobri.


Tidak apa yang perlu dibanggakan oleh penyokong mereka kerana apabila ekonomi dunia pulih, pelabur akan datang melabur atas usaha MIDA dan bukannya Kerajaan Negeri.

Mereka ini tidak perlu mendabik dada kerana terdapat desas-desus yang mengatakan kilang-kilang di KHTP akan menuntut kerugian atas sebab ketiadaan air di KHTP dan juga kandungan karbon yang tinggi dalam air, kemungkinan berjumlah berjuta ringgit juga.

PANASSS..!!! DAP CUBA BELI MELAYU MACAM LAKONAN LKY DI SINGAPORK DULU..!!!



DAP kini sedang berusaha keras untuk mengikis imejnya sebagai sebuah parti politik Cina yang cauvinis dan mengamalkan dasar perkauman.

Antara program utamanya ialah untuk merekrut seramai mungkin tokoh-tokoh dan cerdik pandai di kalangan orang Melayu.

Setakat ini hanya segelintir sahaja orang Melayu yang termakan dengan dakyah DAP yang menyatakan ia sebuah parti berbilang kaum yang melaksanakan dasar meritokrasi dan anti-diskriminasi.

Golongan Melayu yang berjaya dipengaruhi menyertai DAP pun terdiri daripada mereka yang jelas kurang jatidiri mereka sebagai orang Melayu seperti Tunku Aziz yang berperibadi ala Barat dalam kehidupan dan pandangan politiknya.

Terdapat juga seorang dua bekas blogger pro-Umno dan juga dua tiga kerat professional muda yang menyertai parti itu.

Jika dilihat dari profil, mereka terdiri daripada orang yang kecewa dengan Umno kerana tidak memperolehi apa yang diingini ataupun dalam kes professional muda tertipu dengan janji-janji manis DAP.

Kebanyakan orang Melayu yang dipujuk menganggotai DAP telah dipujuk rayu oleh pemimpin-pemimpin parti itu bahawa mereka akan diberi kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Agenda DAP adalah agar parti itu dilihat sebagai parti yang diwakili oleh orang Melayu samada pada peringkat Parlimen atau DUN.

Namun semua ini adalah taktik kotor DAP untuk memperbodohkan orang Melayu.

Barisan kepimpinan parti itu tetap mengekalkan orang-orang Cina dengan orang Melayu dilantik sekadar untuk menutup mata.

DAP akan tetap dengan dasar “Malaysian Malaysian” yang diperjuangkan sejak era Lim Kit Siang sebagai Setiausaha Agung.

Dasar ini bererti semua bangsa di negara ini adalah sama tarafnya dari segi kerakyatan, hak dan keistimewaan.

DAP mahu hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dimansuhkan dan meletakkan taraf orang Melatu setara dengan orang Cina, India dan lain-lain bangsa di negara ini.

Dalam maksud yang lain, orang Melayu tidak lagi menjadi sebagai bangsa istimewa di tanah air mereka sendiri kerana apa yang dinikmati oleh mereka, juga harus diberi kepada orang bukan Melayu.

Inilah yang dikehendaki oleh DAP agar tidak ada lagi institusi yang menjaga hak dan kebajikan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, keusahawanan, teknologi dan sebagainya.

Jika DAP berkuasa institusi-institusi yang diwujudkan untuk membangun bangsa melayu dalam semua ruang lingkup kehidupan seperti UKM, UiTM, Mara serta beratus-ratus agensi pembangunan Bumiputera akan menjadi mangsa dasar DAP.

Inilah yang tidak disedari oleh orang Melayu yang kononnya melihat DAP sebagai parti berbilang kaum yang progresif.

Sebenarnya DAP akan selamanya menjadi sebuah parti berbangsa Cina yang bertunjangkan kepentingan bangsa Cina dengan mengenepikan hak orang Melayu.

Lim Guan Eng dengan bangganya mencanangkan bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar ketelusan dengan menyenaraikan aset dan harta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di laman web rasmi.

Persoalannya mengapa setelah hampir empat tahun dasar CAT (competency, accountability and transparency) dan dekat dengan pilihan raya baru DAP mewar-warkan bahawa kerajaan negeri telus?

Mengapa perkara ini tidak dilakukan sejurus mengambil alih Pulau Pinang pada 2008?

Apa yang dilakukan oleh DAP hanyalah gimik politik untuk menunjukkan ia telus dan amanah walhal realiti adalah sebaliknya.

Rakyat Pulau Pinang yang mana tidak ingat bagaimana DAP merampas tanah lebih 200 ekar di Kampung Buah Pala untuk diberikan kepada tauke dan kroni Cina mereka?

Di manakah perjuangan DAP yang kononnya membela rakyat?

Begitu juga dengan projek-projek kelas F yang kononnya diberi kepada kontraktor Melayu.

Yang mendapat kontrak-kontrak ini hanyalah kontrakor Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat dan seringkali projek-projek yang diperolehi akhirnya dialibabakan kepada kroni-kroni DAP. -Mynewshub.my

Thursday, January 26, 2012

PANASSS..!!! BILA 2 ORANG TULANG BELAKANG FELDA DI SELANGOR NAIK ANGIN..???!!!



Semalam, aku ada bertemu 2 orang peneroka Felda di Selangor. Dua-dua orang ni memang orang kuat dan menjadi tulang belakang peneroka di Selangor, khususnya du Felda Gugusan Sg. Dusun.

Dalam perbualan kami, ada beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran aku. Dan rasanya, hanya seorang saja yang mampu menjawab segala persoalan aku tu. Tapi tak tahu lah sama ada dia nak jawab atau tidak...

Aku rasa, aku tak perlu tuduh siapa dia. Tapi apa yang diceritakan oleh kedua-dua sahabat baik tokoh itu semalam memang memeranjatkan aku...depa "belasah" dia cukup-cukup...

Aku belum bersedia nak ceritakan semua tu buat masa ni...aku perlu mood untuk menulis tentang sesuatu yang agak kontroversi begini. Lagi pun, fikiran aku berkecamuk sikit, lately...

InsyaAllah, aku akan reveal dan persoalkan perkara ni dalam masa terdekat...tunggu sajalah...heh!

Wednesday, January 25, 2012

GEMPARRR..!!! PENDEDAHAN PELABURAN KHTP YANG MENJUNAM KE BAWAH DI BAWAH PAS..!!! PATUT PUN PELABUR LARI..!!!



Sebagaimana yang dijanjikan, aku dedahkan dahulu kepincangan pelaburan di KHTP. Lihat sendiri fakta-fakta di bawah dan tengok sendiri bagaimana PAS mentadbir KHTP.

Menjunammm..!!! Pelabur lari..!!!

Ini baru sikit...lepas ni akan banyak lagi pendedahan..!!!

1. PELABURAN DI KHTP (SEBELUM 2008)

Sebelum 2008, pelaburan di KHTP adalah seperti berikut:


2. Perancangan Kerajaan BN terdahulu untuk pelaburan di KHTP.

Di bawah Pelan Induk Kedah Maju 2010, Kerajaan Negeri Kedah mensasarkan sebanyak RM1 billion pelaburan setahun di Kedah (ini telah pun di capai) dan di KHTP pula, syarikat pengurusan mensasarkan pelaburan sekurang-kurangnya satu syarikat fabrikasi wafer/solar panel setiap tahun yang sekurang-kurangnya bernilai USD1 billion ringgit (RM3 billion) untuk setiap tahun (2008 dan ke atas).

3. Sejak PAS ambil alih pemerintahan Kedah, Mac 2008 hingga Mac 2011:

Pelaburan Yang Di Terima di KHTP (2008 – September 2011):
4. Berapa jumlah pelabur yang keluar dari KHTP

Sepanjang penubuhan KHTP, terdapat dua kilang yang ditutup iaitu Akashic Kubota, Jepun (1998) & NSC Wacker, Jepun (2000). Kedua-dua kilang ini telah diambil alih oleh Hoya Electronics (Jepun) dan Multitape Sdn Bhd (Jerman).

Tahun 2008 pula, Intel Corp telah memindahkan pusat R&D KHTP kembali ke US.

5. Berapa yang tak jadi datang ke Kedah/KHTP

Terdapat banyak yang tidak jadi melabur ke Kedah iaitu, sebagai contoh seperti berikut:



6. Berapa jumlah syarikat yang ke Malaysia tapi tak datang ke KHTP

Sebagai contoh, untuk industri panel solar, hanya First Solar yang melabur di KHTP, manakala yang selainnya iaitu dari nombor 2 hingga 11 memilih untuk melabur di tempat lain di Malaysia, seperti berikut:


7. Berapa jumlah pekerja sebelum 2008?

Jumlah pekerja seramai 15,000 (anggaran).


8. Sejak Mac 2008 hingga sekarang, berapakah pekerja di berhentikan?

Tidak diketahui setakat ini, mungkin hanya melalui skim VSS (voluntary separation scheme).

9. Apakah kelemahan (weakness) yang ada pada pentadbiran PAS?

Keseluruhan: Kurang pengalaman dalam bidang pentadbiran korporat, kurang kelayakan dan terdiri dari kalangan penjawat jawatan politik

Dari segi polisi; kurang mahir dalam polisi dan kurang membaca mengenai polisi yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Akta Antarabangsa/ISO.

Kurang keyakinan dari pelabur akibat masalah bekalan air, sebanyak tiga kali pada tahun 2009 dan 2010.

Dasar air; kenaikan tariff air gagal ditangani dengan wajar dan mengakibatkan sesetengah kilang berasa tidak puas hati atas kerugian yang mereka alami.

Insentif untuk para pelabur; insentif masih banyak diberi oleh MIDA iaitu diperingkat Kerajaan Pusat, dan tidak oleh Kerajaan Negeri

10. KHTP sebagai taman teknologi utama di Malaysia.

KHTP tidak lagi menempatkan diri untuk menerima pelaburan FDI sejak 2008. Tempat ini diambil alih oleh Senai High Tech Park (SHTP) dan Selangor Science Park & Samalaju Industrial Park (SIP), Sarawak, dari segi jumlah pelaburan tahunan.

Tidak terdapat senarai rasmi ‘ranking’ taman teknologi. Terdahulu KHTP berada di kedudukan empat teratas di Asia (2005), tetapi kini tiada lagi senarai ‘ranking’ yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.


11. Masa depan KHTP

Untuk masa hadapan, KHTP sekarang berhadapan dengan masalah persepsi apabila dilanda masalah bekalan air sebanyak tiga kali pada tahun 2009.
Layanan buruk ke atas pihak industri yang ingin datang berbincang dengan Menteri Besar Kedah dan SADA juga memburukkan lagi keadaan.

KHTP masih mempunyai infrastruktur yang baik dan jalinan rangkaian pengangkutan yang cekap.

Kadar pajakan tanah juga masih rendah berbanding kawasan lain di Malaysia, dan masih kompetitif.

Hanya perlu dimantapkan lagi pengurusan tertinggi Kulim Technology Park Corporation (KTPC), di mana pengurusan yang ada berdasarkan lantikan politik tanpa pengalaman bidang korporat jelas menunjukkan kekurangan pada pihak PAS yang tidak mengemukakan calon yang betul-betul layak untuk menduduki jawatan Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden KTPC.

PENDEDAHAN..!!! PELABURAN KHTP MENJUNAM DAN PELABUR LARI..???!!!



Selama ini, tak ramai yang tahu apa yang dah jadi pada Kulim Hi-Tech Park setelah PAS merampasnya dari BN pada Mac 2008. KHTP diambil alih oleh Hj Sobri, seorang Pak Lebai PAS
yang dikatakan gatal dan gagal!

Setelah penyingkiran Datuk Syukri, individu yang membangunkan KHTP, PAS bermaharaja lela di anak syarikat negeri yang menjana berbilion ringgit untuk kerajaan negeri Kedah itu.

Tepat pada jam 12 tengahari ni, aku akan dedahkan maklumat terkini mengenai pelaburan di KHTP dan pelabur yang lari dari KHTP.

Tunggu pendedahan tersebut tengahari ini..!!!

LAWAK PAGI INI


Sebenarnya, Khalid "Gagap" telah pun menjadi seorang Exco Agama yang sangat bijak dan adil di Selangor. Ini buktinya...!!!

Tu belum lagi disebut tentang soal tanah-tanah wakaf orang Islam yang "ditabdil" ikut mazhab DAP yang dibuat Khalid sebelum ini...heh!

Tuesday, January 24, 2012

RAKYAT KEDAH..!!! HANGPA TAU TAK KULIM HI-TECH PARK DAH NAK MAMPOSSSS..???


Apa dah jadi dengan KHTP? Sejak PAS lantik Hj Sobri dan singkirkan Datuk Syukri, KHTP makin terbiar merudum teruk dan hampir menyembah bumi!

Paling teruk, dikhabarkan ribuan staf bekerja dalam keadaan takut dan ramai yang dah dibuang kerja..!!!

Aku dengar, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dah tinggal nyawa-nyawa ikan! Dah makin teruk selepas diambil alih oleh puak-puak lantikan PAS..!!!

Banyak investor lari. Pekerja-pekerja dipecat tanpa rasa peri kemanusiaan. Sapa sokong UMNO, mesti kena buang punya. Silap sikit, terus buang tanpa usul periksa...

Semua tu akan aku dedahkan bila selesai kajian aku. Satu persatu aku akan dedahkan diblog ni...korang tunggu je la...ada ada sumber yang reliable dan berfakta...

Semuanya bermula esok...!!! Tunggu..!!!

DS SHAHIDAN KASSIM NAK JUMPA "BUDAK TU"..? ERMMMM...


Aku dengar dari seorang sahabat, JKKK(P) Kota Sarang Semut, DS Shahidan Kassim cari budak yang aku ceritakan pada entry aku di sini...

Dalam cerita tu, aku flashback balik apa yang pengalaman budak tu dengan beliau. Sila baca entry tu kalau nak tahu cerita sebenar...

Mungkin terharu, DS Shahidan keluarkan statement nak kasi jersey bola kat team budak-budak tu. Heh! Dan kalau boleh nak jumpa budak yang aku maksudkan tu...

Pertamanya aku nak kasi tau, team bola budak tu mana ada lagi dah. Budak tu pun dah besar panjang umur 26 dah. Dia pun tak tau mana pergi kawan-kawannya masa kecik dulu...

Budak tu actually kerja sekali dengan aku. Makan gaji kat tempat yang sama. Heh! So, kalau DS Shahidan nak jumpa budak tu sangat, boleh la suruh P.A dia contact aku...heh! Tu pun kalau sungguh nak jumpa laaa...heh!

Tapi tu la..nak jumpa pun nak buat apa, kan? Buang masa dan buang duit je belanja kitorang minum..heh! Lain la kalau DS Shahidan beli bola sebijik lagi kat bebudak kat Perlis tu...kan? Heh!

Aku takde la jual mahal. Kalau dia nak jumpa pun boleh. Takde salahnya merapatkan tali silaturrahim, kan? Kalau free...insyaAllah...

Namun, terus terang aku katakan kat sini, motif story aku tu ialah nak menghidupkan kembali beberapa sifat yang telah hilang pada YB-YB baru UMNO/BN kita ni. Dah banyak yang "lupa diri"...itu je.

Tak tahu dan tak jangka pulak DS Shahidan ingat cerita tu...ingat ke D'Seri? Heh! Ingat-ingat lupa kot?

BEBERAPA BAHAGIAN UMNO KEDAH YANG MASIH BERMASALAH...???!!!


Aku terbaca tentang apa yang ditulis oleh seorang sahabat blogger tersohor Kedah di sini. Dia kata...
UMNO Baling, UMNO Kuala Kedah, UMNO Padang Terap, UMNO Merbuk dan lain-lain dah bergerak, UMNO Jerai, UMNO Sungai Petani, UMNO Bandar Baharu dan UMNO Pokok Sena sampai bila nak tidoq? Tak teringin nak menang ka?

Errr...betoi ka UMNO Jerai, Sg Petani, Bandar Baharu dan Pokok Sena tak mangkit tidoq lagi? Dok mimpi lagi...? Heh?!

Untuk pengetahuan sahabat aku tu, apa yang aku dapat tau bahawa UMNO Jerai ni dok bergerak la jugak..tapi slow sangat pasai ketua dia dok kat KL dan kalau balik Jerai pun dok bergerak secara "solo"..tak mau ajak AJK dia pi sama...

Yang dok bergerak sakan la ni pun diperingkat grassroot ialah geng-geng ADUN Guaq Chempedak, Ku Rahman. Depa la yang dok buat banyak program..tu pun depa kena sekat sana sini..khabarnya...

Rasanya, Det Guag boleh explain lanjut..dia orang situ...

Pasai UMNO Sg. Petani? Heh! Semua buat hal masing-masing. Program pun buat program masing-masing. Masing-masing malas nak bersatu. Buat kerja memang buat, tapi berselerak, tak tersusun dan takdak strategi.

Pasal? Pasal dok suka ambik "hijack" nama program orang. Orang buat program, dia yang ambik nama..heh! Tu yang payah nak bersatu tu..heh!

UMNO Bandar Baru? Heh! Abang dia ada problem...hang pi cari sendiri...heh!

UMNO Pokok Sena? Heh? Dengar kata tak habih-habih lagi dok perasan dengan sindrom "Aku orang Najib" & "Aku paling layak jadi Ketua UMNO Negeri..paling layak jadi MB", depa la kata..betoi ka dak aku tak pasti..heh!

BN nak dapat Kedah balik? Tunggu la Phahrolrazi kaa..Mahfuz ka..atau Amiruddin naik jadi MB dulu baru boleh cakap pasai tu. Selagi Azizan pegang Kedah, payah la sikit...pasai Azizan ni memang pro-UMNO pun sekarang ni...heh!

Saturday, January 21, 2012

WAHAI EXCO AGAMA SELANGOR YANG BARU..INI MASALAH PERTAMA UNTUK KAMU SELESAIKAN..!!!


Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor (SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam.

Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.

Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh masing-masing.

Bukannya memakai jubah atau purdah pun!

Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.

Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!

Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Penceramah bebas yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah, Ustaz Muhamad Abdullah, berkata tindakan itu dianggap tidak wajar dan seolah-olah satu diskriminasi agama serta penganiayaan terhadap kanak-kanak terbabit.

”Saya sentiasa menggalakkan kanak-kanak ini menutup aurat walaupun dalam sukan seperti renang kerana bagi saya ia adalah wajar memandangkan Islam melarang kita mendedahkan aurat.

”Malangnya mereka menafikan pula hak anak-anak ini….kalau berlaku di negara bukan Islam kita fahamlah, tapi ni di Shah Alam.

”Saya ingin tanyalah soalan ini pada penganjur, sampai beginikah teruknya kita orang Islam hingga terpinggir di negara sendiri?,” kata Muhammad kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Bagi penulis ini adalah satu perkara yang cukup melampau apatah lagi bila ianya berlaku pada kanak-kanak yang begitu teruja untuk menyertai pertandingan seperti itu.

Apa yang dihairankan sangat dengan peraturan FINA itu, ini hanya pertandingan biasa bukannya untuk mengejar gelaran dunia atau pun Olimpik.

Tak mungkin FINA ‘gam’ sukan renang di Malaysia hanya kerana 20 orang kanak-kanak Islam memakai pakaian renang Muslim kat Shah Alam itu.

Lagipun apa maknanya Islam sebagai agama rasmi di negara ini kalau ia boleh diperlekehkan begitu saja? -Mynewshub.my

Friday, January 20, 2012

GEMPARRR..!!! "SUARA ANEH DARI LANGIT" AMARAN UNTUK ANWAR DAN PUAK LGBT..???!!!



Mungkinkah ini petunjuk dan petanda bahawa Allah murka terhadap Anwar yang meliwat Saiful Bukhari?

Apakah angin "sar-sar" yang pernah menimpa kaum Nabi Luth AS itu akan hadir melanda bumi bertuah ini?

Apakah Mufti Perak itu memaksudkan "amaran" tersebut kepada puak-puak LGBT dan Anwar Ibrahim yang mahu menghalalkan segalanya dan mencabar Allah?

Amaran Untuk Umat Akhir Zaman?

KUALA LUMPUR – ‘Suara aneh dan menakutkan dari langit’ yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…

“Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.

“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.

“Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi…

“Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.

Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut. -Mynewshub.my

PUAK-PUAK PAS JANGAN BACA..!!! AKU DEDAHKAN PASAL "TAHALUF SIYASI" KORANG JER...HEH!


PAS batalkan hudud...itu "tahaluf siyasi"...kata mereka..

PAS batalkan perjuangan negara Islam..itu "tahaluf siyasi" kata mereka...

PAS tolak perpaduan umat Islam...itu "tahaluf siyasi"..kata mereka...

PAS bersekutu dengan kafir harbi..itu pun "tahaluf siyasi"..kata mereka...

PAS berkorban prinsip perjuangan asal..itu "tahaluf siyasi" jugak..kata mereka..

PAS kena hantar balik arak yang dirampas..itu "tahaluf siyasi"..kata mereka...

PAS kena maki PKR & DAP sebab isu murtad..itu "talaluf siyasi"..kata mereka..

PAS pulaukan himpunan sejuta umat bantah murtad..itu satu lagi "tahaluf siyasi" kata mereka...

PAS "dikudungkan kedua kaki dan tangan"...itu "tahaluf siyasi".. Kata mereka..

PAS "dibisukan"..itu "tahaluf siyasi"..kata mereka...

PAS ditipu dan dipermainkan PKR & DAP...itu "tahaluf siyasi"..kata mereka...

PAS hilang port folio agama..itu "tahaluf siyasi" terbaru..kata mereka...

PAS kena jual...itu "tahaluf siyasi" yang akan terjadi..kata mereka...

Sampai bila PAS nak dikeldaikan DAP & PKR? Biarlah "tahaluf siyasi" depa yang perintah Kelantan tu yag tentukan..

Aku ni sekadar nak ingatkan saudara-saudara aku dalam PAS tu supaya sedar cepat sebab sebagai saudara seagama aku sayang pada mereka...

Korang pikir-pikir la yer...jangan sampai korang pegi tumbuk PokmNik tu sudah laaa..kesian..dia dah tua...heh!

GEMPARRR..!!! KALAU KENA BENDA NI MESTI ANWAR TAKKAN MELIWAT LAGI SEUMUR HIDUP..!!!



Perghhh..!!! Aku percaya, kalau budak-budak jambu yang kerja dengan Anwar pakai benda ni kat jubo masing-masing dah tentu "Imam Mahdi" ni tak berani lagi meliwat! Heh!

Kalau terperangkap, "ehem..ehem" Anwar hanya boleh dibebaskan dari jerangkap berduri itu melalui pembedahan kecil oleh doktor! Heh! Cacat la "ehem..ehem" Anwar!


Lepas dah kena perangkap tu, dah tentu "Papa Hebat" akan jadi "Papa Kendur" sampai mamposss..! Heh!

Amacam? Kita gesa Najib import kondom tu ke Malaysia, nak? Budak-budak yang keje dengan Anwar mesti beli punya..Mesti laku..! Heh!!!

LAWAK PAGI INI...INI LA EXCO AGAMA SELANGOR YANG BARU TU..KAH..!!! KAHHH..!!! KAHHHH..!!!


Haaaa..Ni la dia Exco Agama Selangor yang baru tu..! Kah..! Kahhh..!!! Kah..!!!! Kaahhhh..!!! Kahhhhhhh..!!! Member aku satu opis gelak guling-guling bila dapat tau mamat ni jadi Exco Agama Selangorrr..!!!

Sampai sekarang kitorang akan gelak habis-habisan bila tersebut nama mamat ni. Khalid Gagap? Kah..!!! Kahhh..!!! Kahhhhh..!!! Kahhhhhh..!!!

Thursday, January 19, 2012

PERGHHH..!!! ADA ORANG MARAH AKU PERTIKAI BOSS DIA..? HEH..!!!


Ada pihak marah-marah bila aku cerita pasal Tan Sri Rozali Ismail yang campur tangan soal Felda, khususnya FGVH. Pada aku, soal FGVH dah tamat. PM dan peneroka dah capai kata sepakat...

Yang tak settlenya ialah pertikaian pasal Isa Samad, kan? Ada tukang komen yang dipercayai "diupah" untuk membela satu pihak yang mahu Isa Samad digugurkan dari jadi Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF.

Alaaa..aku tau la "mamat" tu murah hati suka "menghulur" pun. Masa reporter pegi cover PC yang dia buat hari tu dapat RM50 sorang, kan? Heh! Berapa agaknya yang tukang komen dapat?

Sebenarnya, cerita Tan Sri Rozali ni nak jadi gulingkan Isa dan dia nak jadi Pengerusi Felda ni bukan satu rahsia lagi. It's an open secret dah.

Kat ibu pejabat Felda...kat tanah-tanah rancangan Felda dan boleh dikatakan semua ahli lembaga KPF pun dok cerita benda yang sama...iaitu Rozali nak jadi Pengerusi Felda.

So...aku ceritakan benda yang sama la. Itu yang diorang cakap dan sampaikan kat aku. Aku laporkan je.

Actually, aku siap pertikai dan backing Rozali depan pakcik-pakcik tu..tapi selamba diorang "belasah" aku kiri kanan menceritakan hal Rozali tu...so aku nak cakap camana lagi? Heh!

Pada aku, bukan penting pun aku nak cover sesiapa. Isa Samad, Felda mahupun Rozali pun tak kasi apa-apa upah pun kat aku untuk tulis cerita ni.

Cuma..bila aku rasa perkara ni menentukan masa depan Felda dan melibatkan bangsa aku sendiri..aku rasa patut untuk aku laporkan apa sebenarnya yang terjadi...

So, kepada tukang komen tu..kalau rasa Rozali betul nak bantu Felda dan takde niat nak jadi Pengerusi Felda, suruh Rozali tu mendamaikan sedikit selisih faham antara Pak Sam dan Isa Samad tempohari...cam tu baru ngammmm..

Kalau setakat nak "simbah petrol"...baik tak payah..!!! Buat orang nak "bakar dia balik" jer! Heh!

P/s: Lagi satu aku dan kawan-kawan aku nak pesan...rentikan la cita-cita tu nak jadi MB Selangor..jaga je la Puncak Niaga tu...heh!