Iklan Berbayar

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Wednesday, December 19, 2012

UPDATE TERKINI: GADUH MELAYU-INDIA DI SUNGAI PETANI..???!!!


Berdering-dering orang call aku malam tadi. Sampai pukul 4 pagi pun masih ada lagi yang dok sms, bbm, dan call aku mintak kepastian tentang khabar angin yang mengatakan ada pergaduhan di antara bangsa Melayu dan kaum India di Sungai Petani.

Kononnya, khabar angin tu kata sampai polis buat perintah darurat kat Sungai Petani sebab takut pergaduhan besar-besaran di antara kaum. 

Kononnya lagi kejadian tu berpunca dari kaum India yang cuba merebut tapak masjid di Taman Ria di Sungai Petani sampai nak bakar surau..!!! Betoi ka?

Cehhhhh..!!! Itu la jadinya bila ada "tokok tambah" dan "penambah perisa" dalam cerita. Kalau nak dibandingkan dengan cerita sebenar, jauh panggang dari api..! Heh!

Sebenarnya, kes kecik je laaaa..!!! Kes curik motor je. Menurut sumber, kes tu salah faham dalam insiden curi motor dan "salah serang". Yang terlibat dalam drama gaduh-gaduh ni semuanya budak-budak yang baru nak belajar bertumbuk... budak-budak bebbb..!!! Heh!

Lepas tu ada la sorang dua orang dewasa yang campur tangan bila budak-budak tu balik mengadu kat depa. Cehhh..!!! Kalah bergaduh...lepas tu balik mengadu ka? Choiiii...! Heh!

Jadi, oleh kerana bebudak tu terdiri dari geng budak Melayu dan India, maka polis just standby je kalau ada follow up nak bergaduh lagi. Bukan apa...benda membabitkan kaum ni agak sensitif sikit...logik la polis bersikap macam tu...

So, takdak apa-apa pun yang berlaku sampai sekarang. Kalau bebudak tu nak repeat, polis dah standby. Dah jadi kes jenayah dan bukan kes pergaduhan antara kaum pun...

Dan hangpa semua pun jangan la pandai-pandai nak jadi "batu api" pulak! Silap-silap, bebudak tu dah settle tak kena tangkap, hangpa pulak yang lepas ke "dalam"...heh! Udah-udah la dok menokok tambah cerita...kan? Bertamadun la sikit broooo...heh!

1 comment:

Anonymous said...

Laaaaaa pasai tu ka.. ingatkan pasai apaa... yer yer orang BBM,sms bagai. chech. sahih tak ni bro/kak?ahhaahhaah