Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, December 20, 2012

TERDESAK PUNYA PASAL, PAS SELANGOR TERGAMAK MANIPULASI TITAH SULTAN..!!!


Nampaknya puak-puak Pakatan Haram di Selangor semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa di negeri itu sehingga terpaksa memanipulasi titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kononnya baginda “membenci UMNO”.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Abdul Rani Osman baru-baru ini mendakwa di dalam Harakahdaily bahawa DYMM Sultan Selangor “benci”kan UMNO kerana titah baginda sebelum ini yang tidak suka dikaitkan dengan UMNO.

Padahal, Sultan Sharafuddin sebelum ini bertitah bahawa baginda sering dikatakan menyokong UMNO melalui titah-titah baginda yang kerap kali menegur pentadbiran Kerajaan Pakatan Haram yang tidak wajar.


Tuduhan-tuduhan liar tersebut dilakukan oleh beberapa blog pro-Pakatan Haram yang menimbulkan kemurkaan baginda Sultan.

Selaku Sultan Selangor, baginda lebih dari layak untuk berbuat demikian memandangkan kepada tanggungjawabnya sebagai Sultan negeri berkenaan yang tidak mahu melihat negeri naungannya itu hancur dimusnahkan oleh sebuah kerajaan yang tidak bertanggunjawab.

Saya melihat baginda Sultan Sharafuddin sebagai seorang Sultan yang adil dimana tidak mengira siapa yang mentadbir Selangor, baginda akan menegur mana-mana perkara yang dilihat tidak patut dilaksanakan.

Malah, pentadbiran kerajaan BN di Selangor sebelum ini pun pernah ditegur baginda. Namun BN Selangor tidak cepat melatah, berkurang ajar atau derhaka terhadap Sultan Selangor sebagaimana para pemimpin Pakatan Haram.

Sebenarnya, Sultan Sharafuddin bermaksud bahawa baginda tidak suka dilihat menyokong mana-mana parti politik dan baginda dari dulu merupakan seorang Sultan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Jadi, adalah tidak wajar sama sekali Abdul Rani memanipulasi titah Sultan Sharafuddin itu memandangkan baginda bukan saja tidak suka dikaitkan dengan UMNO, malah dikaitkan dengan mana-mana parti politik sekali pun baginda tidak suka!

Abdul Rani faham atau tidak maksud Sultan Selangor itu? Atau Abdul Rani sengaja mahu mencabar kewibawaan pihak Istana Selangor?

Selain Sultan Sharafuddin, Abdul Rani turut menjadikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai mangsa, kononnya mereka juga penyokong tegar UMNO.

Benarkah ketiga-tiga penjawat awam ini penyokong tegar UMNO?

Jangan tak tahu, Pengerusi MAIS dan JAIS sebelum ini sangat rapat dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Hasan Ali yang digulingkan Abdul Rani dan Khalid Samad! Kalau dilihat dari gaya mereka, mereka lebih condong kepada PAS kerana hubungan baik dengan Hasan Ali.

Namun sumber menjelaskan bahawa Pengerusi MAIS dan Pengarah JAIS itu sebenarnya bebas politik dan hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka mengikut lunas-lunas kepentingan Islam.

Tentang SUK Selangor, Datuk Khusrin, semua sedia maklum bahawa seawal perlantikannya dulu telah mencetus kontroversi apabila ia ditentang habis-habisan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim.

Khusrin dikatakan bukan pilihannya dan Khalid begitu hebat menyerang SUK yang dilantik Sultan Selangor itu, termasuk tidak membenarkan ketua penjawat awam negeri itu masuk ke pejabatnya.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Abdul Rani begitu anti dan bencikan Khusrin memandangkan “boss” yang sedang cuba dibodeknya memang “tidak berlaga angin” dengan SUK itu.

Jadi tidak wajarlah mereka dituduh penyokong UMNO! Atau Abdul Rani sengaja memfitnah mereka? Abdul Rani ada bukti, kah?

Kalau dakwaan Abdul Rani itu tidak benar, maka siaplah nanti bersoal jawab di Padang Mahsyar. Ketika itu UMNO atau PAS sudah tidak disoal lagi, hanya dosa dan pahala saja. Harap Nik Aziz ada ajar Abdul Rani tentang dosa memfitnah orang…

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!