Siapa tidak kenal dengan
negeri Selangor yang berubah dari sebuah negeri paling maju kepada
sebuah negeri yang dipenuhi dengan pusat-pusat maksiat, premis hiburan,
rumah-rumah urut dan pusat judi selepas Pakatan Haram mengambil alih
negeri itu pada tahun 2008.
Baru-baru ini sebuah akhbar berbahasa
inggeris telah menyiarkan laporan di muka depan tentang kegiatan
perjudian semakin berkembang di beberapa kawasan di Lembah Klang
termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves,
Rawang, Gombak dan Kepong.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu
“The Don”, mengulas bahawa “tidak banyak” yang mampu dilakukan oleh
pihak PBT di bawahnya dan menggesa agar pihak polis khususnya supaya
bersikap pro-aktif untuk mengambil tindakan terhadap pusat-pusat maksiat
tidak berlesen itu.
Kenyataan Ronnie itu seolah-olah dia cuba
menggambarkan bahawa pihak polis tidak mengambil berat tentang masalah
pertumbuhan premis-premis maksiat di Selangor dan bersikap lepas tangan,
dalam pada masa yang sama Ronnie cuba menyelamatkan dirinya dan PBT
dari dipersalahkan.
Secara umum, kita pernah menyaksikan satu
kes yang jelas menunjukkan betapa Ronnie begitu sayangkan pusat-pusat
hiburan dan maksiat di negeri Selangor apabila mengherdik tindakaan JAIS
yang menyerbu beberapa pusat hiburan di kawasan Subang Jaya dahulu.
JAIS yang ketika itu bertindak dengan
restu Exco Agama Selangor ketika itu, Datuk Dr. Hasan Ali, telah dikecam
dan Ronnie dikatakan telah menggunakan kuasanya untuk menghubungi
Menteri Besar, Tan Sri Khalid “Gagap” untuk menyelesaikan masalah
serbuan JAIS itu.
Dalam tindakan Ronnie itu, dia dilihat
sangat condong menyebelahi pusat-pusat maksiat yang diserbu dan melarang
JAIS untuk melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang Islam yang
“bermaharajalela” di pusat tersebut.
Dikatakan bahawa bermula titik tolak
itulah maka Ronnie Liu dianggap sebagai “The Don” kepada pusat-pusat
maksiat dan perjudian yang tumbuh menggila di negeri Selangor, sama ada
yang berlesen mahupun yang tidak berlesen.
Pernah juga kita dikejutkan dengan
dakwaan masalah dalaman DAP di mana salah seorang bekas pemimpin parti
itu mendakwa tentang Ronnie Liu yang dilibatkan sebagai salah seorang
“taiko” kongsi gelap yang mengawal premis-premis hiburan, maksiat dan
judi di Selangor dan Lembah Klang.
Ketika itu Ronnie marah sungguh dan
menafikan dakwaan tersebut. Namun sehingga kini dia tidak memfailkan
saman terhadap bekas pemimpin DAP tersebut. Bak kata pepatah Melayu,
“jika tiada angin yang bertiup, takkanlah pokok akan bergoyang”, bukan?
Dalam kebanjiran pusat-pusat maksiat,
hiburan dan judi di Selangor, Ronnie baru-baru ini “berlakon” dan
mengeluarkan kenyataan bahawa dia sendiri kononnya “hilang kawalan”
terhadap premis-premis tersebut dan meminta pihak polis membantunya.
Kalau nak tahu hal sebenar, Ketua Polis
Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menegaskan bahawa pihak polis
pernah menghantar ratusan permohonan sita kepada PBT Selangor, namun
satu pun tidak dilayan oleh jabatan di bawah Ronnie Liu itu.
Berdasarkan rekod, pihak polis telah
merampas 26,655 mesin judi daripada 7,809 serbuan dengan 2,054 tangkapan
pada tahun ini sahaja.
Masalahnya, pihak polis tak boleh menyita
premis-premis tersebut tanpa kelulusan PBT Selangor dan dipercayai
“tauke-tauke belaan Ronnie Liu” itu kemudiaannya membawa masuk
mesin-mesin judi baru bagi menggantikan bahan yang dirampas polis.
Itu baru pusat perjudian. Bayangkan
bagaimana pihak polis nak sita pusat-pusat hiburan, rumah urut dan
lain-lain kelab malam yang melanggar undang-undang jika Ronnie Liu tidak
memberikan kerjasama kepada pihak polis?
1,000 kali serbu pun, premis itu tetap
akan ada disitu dan “tauke-tauke”nya dikatakan bersedia dengan
mesin-mesin baru dan “chinadoll-chinadoll” baru untuk kembali beroperasi
seperti biasa. Di mana keberkesanannya?
Jelaslah di sini bahawa masalah
pusat-pusat maksiat di Selangor tidak akan dapat diselesaikan selagi
Pakatan Haram mentadbir negeri itu dan bayangkan apa yang akan berlaku
sekiranya mereka mentadbir negara.
Nak diharapkan PAS? Maaflah, silap-silap
mana-mana pemimpin PAS yang buka mulut, dia akan senasib seperti Hasan
Ali. Dan PAS akan tetap menjadi “balaci” yang menguruskan soal “nikah
kahwin” saja sampai bila-bila…
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment