Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    35 minutes ago

Sunday, December 9, 2012

PANASSS..!!! KUIN BAKAL DILINGKUPKAN AZIZAN RAZAK...!!!

DSC_0088

Ini bukan perkara baru. Sudah berkali-kali sudah saya tulis mengenai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang menghadapi masalah pengurusan yang zalim dan mencetus ketidak puasan hati ramai pihak, khususnya para kakitangan kolej universiti tersebut.

Bila dilaporkan tentang kepincangan KUIN, puak-puak PAS marah dan Menteri Besar Kedah mendakwa bahawa ketidakpuasan hati itu hanyalah satu tohmahan yang sengaja dibuat untuk memburukkan imej PAS Kedah yang mengambil alih universiti tersebut dari UMNO/BN.

Malah dalam sesi penggulungan di sidang DUN baru-baru ini, Azizan Razak mendabik dada kononnya KUIN diiktiraf Kementerian Pengajian Tingga (KPT) sebagai salah sebuah universiti tempatan yang “sangat baik”.


Tapi, dia tak sebut langsung secara teliti tentang terma “sangat baik” itu. Kononnya, dia boleh tipu semua orang dengan ungkapan “sangat baik” itu?

Baik sangatkah kedudukan KUIN? Sebenarnya, KUIN dianggap “sangat baik” disebabkan oleh pertambahan kursus dan program di mana dahulu hanya menawarkan 4 program dan kini meningkat kepada 52 program. Itu saja.

Tapi kalau diteliti, lebih dari 10 program di universiti itu tidak berpelajar dan lebih dari 20 program yang ditawarkan hanya mempunya kurangh dari 5 orang pelajar!

“Sangat baik” apa ke jadahnya begitu??? Orang kampung boleh la Azizan tipu..!!!

Lebih menakjubkan, walaupun baru mempunyai program perubatan tahun ini dan hanya mempunyai seramai 11 orang pelajar di kuliyyah itu, KUIN mempunyai 10 mayat untuk digunakan oleh kesemua pelajar tersebut!

Apakah setiap pelajar akan diberikan seorang satu mayat untuk dipelajari? Tidak. KUIN hanya menggunakan satu mayat saja untuk kesemua pelajar itu, kata mereka.

Tapi saya nak tanya Azizan Razak, apakah pelajar tahun satu di semester satu akan terus bedah dan mengkaji anatomi mayat?

Saya mempunyai seorang adik yang bergelar doktor dari lulusan luar negara dan katanya tidak pernah pula dia dengar mana-mana penuntut tahun satu atau semester satu yang terus mengkaji mayat secara praktikal! Selalunya tahun keempat baru nak kenal mayat!

Jadi, apa ke jadahnya Azizan benarkan KUIN beli sampai 10 mayat? Satu mayat berharga lebih kurang RM35,000 dan sekiranya para pelajar hanya memakai satu mayat sahaja, bagaimana pula dengan kos penyelenggaraan mayat-mayat tersebut?

Sudah tentu ada yang tak kena di sebalik pembelian mayat-mayat ini. Azizan tidak periksakah apa yang sedang berlaku? Bukankah Menteri Besar itu juga berjawatan Pengerusi Ahli Lembaga KUIN? Mustahil dia tak tahu!

Pada sidang DUN itu juga Azizan memberitahu bahawa KUIN tidak punya sebarang masalah kewangan dan dakwaan mengatakan bahawa universiti kebanggaan orang Kedah itu sebenarnya banyak wang.

Saya ingin bertanya, kalau tak punya masalah kewangan, mengapa perlu 8 orang kakitangan KUIN membuat laporan polis terhadap pengurusan universiti itu? Ada penyelewengan, kah? Khabarnya duit zakat pun “dipusing-pusing”, betulkah?

Saya tak mahu cakap banyak. Cakap terus –teranglah! Kalau ada masalah kewangan, mengaku sajalah! Takkan sampai kakitangan buat laporan polis pun PAS Kedah tak mahu mengaku lagi kot?

Peliknya, Azizan buat muka tak malu mengaku KUIN mengharapkan pembayaran PTPTN dari akaun yuran pelajar sebagai “modal pusingan” universiti itu. Apa Azizan tak tahu ke Anwar Ibrahim nak mansuhkan PTPTN kalau dia berjaya jadi PM?

Kalau Anwar jadi PM nanti, mana Azizan nak korek duit untuk membayar kos operasi KUIN? Sudah la wang peruntukan untuk KUIN dikatakan dibahagi-bahaginya dengan kroni Rektor dan PAS Kedah sendiri, miskinlah KUIN kalau Pakatan Haram memerintah!

Saya sendiri menerima pelbagai aduan dan dokumen KUIN yang membuktikan pihak pengurusan universiti itu cuba melingkupkan pusat pengajian tinggi Islam itu. Tunggu sajalah nanti keputusan siasatan polis. Baru PAS Kedah tahu “langit itu tinggi atau rendah”, kan?!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!