Baru-baru ini kita
dikejutkan dengan tayangan sebuah gambar kawasan hutan simpan kekal di
Tasik Pedu, Kedah, yang seolah-olah menjadi “padang jarak padang
tekukur” setelah menjadi mangsa digondolkan oleh Kerajaan PAS Negeri
Kedah.
Kerakusan di tahap melampau untuk
membolot kekayaan hasil balak negeri Kedah secara mudah itu menjadi
salah satu dosa kerajaan negeri pimpinan Azizan Razak, yang tidak dapat
dimaafkan oleh seluruh rakyat negeri Jelapang Padi itu.
Sebenarnya, gambar tersebut merupakan
salah satu gambar yang berjaya dirakam ketika tinjauan dari udara
dilakukan di sekitar hutan simpan kekal bernilai tinggi kira-kira 200
meter dari empangan Tasik Pedu yang menjadi kawasan tadahan air utama
bagi kawasan utara semenanjung.
Dulu ketika Kedah ditadbir BN di bawah
Datuk Seri Syed Razak, pernah ada cadangan untuk membalak di kawasan
tersebut secara sistematik yang melibatkan 3 batang balak secara
berjadual. Namun mengenangkan anak cucu dan alam sekitar, hasrat
tersebut dibatalkan secara total.
Namun tidak sampai 5 tahun Kedah ditadbir
PAS, kawasan yang diharamkan BN untuk sebarang aktiviti balak itu telah
“didogolkan” Azizan Razak tanpa rasa bersalah dan secara automatik
landskap di kawasan itu bertukar wajah!
Bila ditegur tentang pembalakan rakus
yang tidak memikirkan masa depan dan sistem ekologi itu, Azizan Razak
terpaksa menyuruh Setiausaha Politiknya, Sanusi Mohd Nor untuk menjawab
kontroversi PAS merosakkan Kedah itu.
Mungkin berlatar belakangkan pengalaman
sebagai “land surveyor”, Sanusi selamba “badak” menjawab dan “confident”
mengatakan bahawa “tidak ada setitik pun air dari kawasan balak
tersebut yang masuk dan mencemarkan empangan Pedu”…
Pada saya, jawapan dari “pakar balak PAS
Kedah” itu jelas menunjukkan bahawa dia hanya melihat pada “surface”
sahaja dan dia fikir rakyat Kedah semuanya jenis bodoh-bodoh belaka
seperti pak-pak lebai yang dia perbodohkan selama ini.
Untuk menunjukkan kedunguan jawapan dari
Setiausaha Politik yang menjadi kesayangan Azizan Razak itu, saya fikir
memadai dengan merujuk kepada gambar di atas. Kalau susah sangat nak
faham, maka dia sepatutnya pergi sekolah semula dan tajamkan otaknya..
Hanya sekali saja kesilapan rakyat Kedah
yang memilih PAS dan sekali saja kesilapan para penyokong UMNO yang
enggan turun mengundi pada PRU ke-12 yang lalu, telah menyebabkan negeri
Kedah kehilangan lebih 15,000 hektar kawasan hutan simpan kekal di
seluruh negeri itu.
Bukan hanya di Pedu, PAS Kedah juga
membolot hasil balak sehingga licin di kawasan hutan simpan kekal di
Gunung Inas di Baling, Bukit Perak di Pendang dan banyak lagi
kawasan-kawasan yang menjadi mangsa pak-pak lebai PAS ini.
Kalau sebatang dua saja yang ditebang,
tak mengapalah juga. Tapi yang melampaunya, mereka rompak balak di
hutan-hutan itu tanpa meninggalkan sebatang pokok kemucup sekali pun!
Licin, botak sebotak-botaknya..!!!
Itu baru Kedah yang dijajah PAS. Kedah
yang ada sedikit kawasan hutan pun ditarah sampai “togel” oleh pak-pak
lebai kulup PAS itu. Bayangkan kalau PAS dapat menjajah Pahang dan
Sarawak, silap-silap kedua negeri itu akan jadi “gurun Sahara” diratakan
mereka.
Begitulah bila kuasa sesebuah negeri
jatuh ke tangan orang yang bukan “ahli” dan mampu mentadbir dengan baik,
bagaikan “beruk dapat bunga”, dia rosakkan apa saja yang ada
ditangannya tanpa memikirkan akibat atau kesan di sebalik tindakannya.
Bila ditegur, PAS kata kita cuba
memperlekeh dan memburuk-burukkan mereka. Kalau tak ditegur, makin
menjadi-jadi mereka menjahanamkan negeri Kedah sehingga melibatkan
kehilangan dan kerugian besar dalam jangka masa yang panjang.
Payah benar bila bercakap dengan golongan
“bodoh sombong”. Tiada cara lain, rakyat Kedah kini termasuk para
penyokong PAS di akar umbi sudah nekad untuk mengembalikan Kerajaan
Kedah kepada BN. Kami sudah serik dengan rejim PAS Kedah..!!!
Sumber: Mykmu.net

1 comment:
Macammana bajet 2011 PR/PAS Kedah dapat rm80juta hasil balak?. bajet 2012 dan 20113 tak dak pun?.
Post a Comment