Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, December 1, 2012

PANASSS..!!! AZMIN BENGANG GILER BILA ANWAR DIPERLEKEH NAJIB..!!!

azmin anwar

Marah sungguh Azmin Ali apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah seorang pengurus ekonomi negara yang cekap ketika “sesumpah politik” itu menjadi Menteri Kewangan.

Bagi membalas kenyataan Najib itu, Azmin membuka rekod Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) ketika Anwar menjawat jawatan nombor dua Kerajaan Malaysia itu dan cuba membuktikan “kehebatan” Anwar berbanding Najib.

Benarkah Azmin marah atau dia disuruh oleh “kekasih gelap”nya itu untuk mengangkat Anwar yang dimalukan Najib itu?


Macam budak-budak rupanya perangai Azmin “kekasih hati” Anwar ini. Apakah  dia sendiri tak tahu apa yang berlaku ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan sedangkan Azmin ketika itu berjawatan pegawai khas Anwar.

Mungkin Azmin tak tahu apa yang berlaku, kot? Jika begitu, lebih baik rasanya kita terangkan apa yang berlaku sebenarnya di zaman itu sehingga Malaysia mencatat kadar KDNK yang agak membanggakan berbanding sekarang…

Untuk pengetahuan Azmin, “kekasih” yang disayanginya lebih dari ibu kandungnya itu berjawatan Menteri Kewangan hanyalah pada nama sahaja. Dia tak tahu apa-apa pun dalam soal kewangan negara.

Individu yang melatihnya ialah Tun Dr. Mahathir sendiri yang begitu tekun “mengasuh” Anwar tentang ekonomi dan menarik pelabur asing masuk ke negara ini.

Meskipun mengetahui “anak didik”nya itu hanya pandai bercakap saja, “buta” kira-kira dan hanya lulus dalam bidang Sastera Pengajian Melayu, Tun Dr. Mahathir dikatakan terpaksa jua mengajar Anwar kerana dia perlu menjaga nama baik Timbalan Presiden UMNO yang dipilih melalui pemilihan dalam parti itu.

Maklumlah, kalau orang tahu Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri bodoh, jatuhlah air muka UMNO dan Kerajaan BN, kan?

Iyalah, berapa banyak “pink form” yang Anwar tebarkan di PWTC dalam usaha mendapatkan pengaruh untuk memancing undi sebagai Timbalan Presiden UMNO yang selalunya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kan? Takkan Azmin tak tahu?

Ramai yang berpendapat bahawa Tun Dr. Mahathirlah insan yang sebenarnya menjadi “Menteri Kewangan” tidak rasmi walaupan gaji dan elaun bagi jawatan tersebut “disebat” oleh Anwar. Maka sebab itulah rekod KDNK ketika itu semuanya bagus-bagus belaka!

Kerana pandai bercakap, Anwar selalu ke luar negara, khususnya Amerika Syarikat dengan alasan mencari pelabur asing. Malangnya, Anwar dilaporkan ke sana untuk mencari “sahabat pena” untuk mencipta konspirasi atas kepentingan politiknya untuk menjadi Perdana Menteri!

Dari situlah Anwar dikatakan mula mengenali pemimpin-pemimpin negara barat dan “adik beradik Yahudi”nya seperti Woltfowitz, Soros serta ramai lagi “kaum kerabat”nya.

Wujud pandangan bahawa Anwar sudah mengetahui tentang kerja jijik Soros yang memanipulasi matawang negara-negara Asia termasuk Malaysia, dan dia dikatakan berpakat dengan Woltfowitz untuk “masuk jarum” di negera ini.

Mujurlah “Menteri Kewangan sebenar” ketika itu sedar tentang tindakan bodoh “Menteri Kewangan Tak Reti Kira” dan mengambil tindakan menambat matawang. Jika tidak, sudah tentu Malaysia sudah lama digadai “kekasih gelap” Azmin itu…

Itulah “kehebatan” Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan. Hebat tak?

Najib pula mengambil tampuk pentadbiran negara dari zaman Pak Lah di mana negara ini masih kurang stabil dari sudut politiknya dan beliau terpaksa berhempas pulas memperbaiki “kapal yang baru saja dilanda badai besar” bernama “tsunami”.

Begitu pun mula dalam keadaan sukar, Najib bertungkus lumus menstabilkan keadaan politik negara dan mengukuhkan kedudukan kewangan negara di mata dunia melalui pelbagai program transformasi yang begitu menampakan hasil yang sangat positif.

Pun begitu, Najib juga terpaksa berdepan dengan “Menteri Kewangan Pandai Cakap Saja” dan anak sulungnya yang begitu aktif mengelilingi dunia bagi tujuan memburuk-burukkan negara sendiri sehingga sedikit sebanyak menjejaskan kemasukan pelabur asing.

Namun, mungkin kerana Najib merupakan seorang lulusan bidang Ekonomi Industri dari Nottingham Universiti di United Kingdom dan “bijak kira-kira”, maka beliau berjaya mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh bekas “Menteri Kewangan Makan Gaji Buta” itu…

Pada saya, adalah sangat berbeza pencapaian yang ditunjukkan oleh Najib dan Anwar, bagaikan langit dengan bumi saja layaknya.

Walaupun baru mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dalam 3-4 tahun dan berdepan dengan “penyangak-penyangak”, Najib masih mampu memastikan kadar KDNK negara diparas terbaik. Anwar? Faham-faham sajalah…lulusan sastera saja, kan? Apa dia tahu..???

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

jijan mali said...

Bang Non tahu sondol china doll dia saja...muahahaha

Anonymous said...

Pakar penipu, pakar peliwat, pakar pemfitnah dan segala jenis pakar kemunafikan, itulah kepakaran Pakatan Haram(rakyat) yang ditunjangi oleh Papa Kuat Rogol -PKR Dol Samdol Anwar Jubo.

Nuar Kampung Pelaga

Anonymous said...

(Kadar domestik) Dlm negara??

Bila Kak Su Bersuara... Heh!