Saya amat tertarik untuk
mengulas pengumuman rasmi yang dibuat oleh “Pengarah Himpunan Huru-Hara
Pakatan Haram”, Mohamad Sabu, tentang program Himpunan 1 Juta Rakyat
yang dikatakan akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini.
Katanya, sekretariat yag diketuainya itu
“berniat baik” dan “mendengar kata” Perdana Menteri yang sebelum ini
menyarankan agar mana-mana pihak untuk menggunakan stadium sebagai
lokasi berhimpun menyatakan apa-apa tuntutan kepada kerajaan.
“Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat
di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita
sayangi,” – Mat Sabu, Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, 20 Dis
2012.
“Sayangi”? Mat Sabu sayang pada Datuk
Seri Najib Tun Razak? Apakah “sayang” Mat Sabu itu ikhlas atau dia
sengaja hendak menyakitkan hati? Rasanya dia tidak ikhlas sebab boleh
dikatakan tiap-tiap hari dia hentam Perdana Menteri, bukan?
Tak mengapalah. Memang dasar sebuah parti
“Islam” untuk bersifat tidak ikhlas, mungkin. Mungkin PAS sudah
mengasuh peribadi Timbalan Presidennya untuk mengamalkan sifat mazmumah
itu. PAS memang terkenal dengan sifat itu…
Keduanya, mengapa Pakatan Haram dan
NGO-NGO yang merelakan pertubuhan mereka “dikeldaikan” itu memilih
Stadium Merdeka sebagai lokasi mereka berhimpun? Kerana stadium itu
bersejarah sebagai lokasi pengisyhtiharan Malaysia merdeka pada 31 Ogos
1957 dulu?
Rasanya tidak. Tidak mungkin sama sekali pemimpin yang terkenal menyanjung Chin Peng itu begitu patriotik sekali, bukan?
Pada saya, pemilihan Stadium Merdeka oleh
Pakatan Haram untuk himpunan itu hanyalah semata-mata untuk membuat
kecoh, huru-hara dan melumpuhkan ibu negara sekali lagi, khususnya
kedudukan stadium itu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala
Lumpur.
Sebagaimana maklum, setelah diubahsuai
pada tahun 2007, Stadium Merdeka hanya mampu memuatkan seramai 20,000
orang sahaja pada satu masa.
Jadi, cuba kita bayangkan bagaimana
Pakatan Haram akan memuatkan seramai 1 juta orang di stadium berkenaan
dalam satu tarikh pada 12 Januari 2013 ini?
Apakah dia tidak tahu mengira atau
mengkaji secara logik matematik untuk memuatkan jumlah yang sangat besar
di dalam satu stadium yang langsung tidak mampu mencapai kapasiti
penyertaan yang dihajati?
Dalam ertikata lain, Mat Sabu memerlukan
50 buah Stadium Merdeka untuk memuatkan seramai 1 juta “lembu-lembu”nya
pada tarikh yang dia umumkan itu!
Jelaslah bahawa pemilihan Stadium Merdeka
itu tidak tepat sama sekali bagi himpunan yang dirancang oleh Pakatan
Haram. Jadi, mengapa mereka memilih stadium itu juga? Mungkinkah Pakatan
Haram mahu meruntuhkan stadium yang menjadi saksi sejarah kemerdekaan
negara itu?
Sebenarnya, Pakatan Haram dan sekretariat
mereka boleh meminta Khalid “Gagap” untuk menyediakan Stadium Melawati
di Shah Alam untuk menjadi lokasi himpunan tidak berguna mereka itu.
Stadium di Shah Alam itu jauh lebih besar
dari Stadium Merdeka yang kini berstatus “stadium warisan” dan stadium
di bawah kuasa Pakatan Haram Selangor itu mempunyai keluasan tapak letak
kenderaan yang jauh lebih besar.
Meskipun Stadium Shah Alam itu juga tidak
mampu menyediakan ruang untuk 1 juta orang dalam satu masa,
sekurang-kurangnya ia dilihat lebih mampu menampung kehadiran
“lembu-lembu” yang diupah “rumput” bernilai RM100 dan RM250 untuk
“meragut” di sana.
Lagipun, jumlah “1 juta” yang disebut Mat
Sabu itu hanya indah di nama saja. Selalunya yang hadir tidak sampai
50,000 orang pun. Itu pun “lembu-lembu” upahan itu terpaksa dikerah
habis-habisan dengan umpan “rumput bernilai tinggi”…
Tak payahlah Mat Sabu berangan-angan
untuk meruntuhkan Stadium Merdeka. Pohon guna nama 1 juta Sasterawan
Negara sekalipun saya yakin permohonan untuk menggunakan stadium itu
tidak akan diluluskan pihak berkuasa.
Lainlah kalau himpunan itu hanya
mengumpul 20,000 orang, baru logik untuk memohon menggunakan stadium
itu, kan? Kalau nak meminta tu biarlah masuk dek akal. Kalau tidak,
orang akan tuduh “gila” pula. Mat Sabu “gila”, kah?
Sumber: Mykmu.net

No comments:
Post a Comment