Baru-baru ini saya telah
menerima kiriman emel dari pembaca mengenai pengedaran 500 ribu risalah
“tukang bodek Khalid Ibrahim”, Selangorku, yang memaparkan tentang isu
air yang kini menghantui rakyat di negeri termaju itu.
Risalah tersebut bertajuk “Membongkar
Rahsia Krisis Air Selangor”, namun apabila diteliti, tiada satu pun
rahsia yang didedahkan di dalamnya melainkan satu lagi siri pembohongan
mutlak Menteri Besar Selangor itu kepada rakyat di sekitar Lembah Klang.
Di dalam risalah berkenaan, Abdul Khalid
“Gagap” tanpa rasa malu menyatakan bahawa “Kerajaan Selangor memberi
jaminan bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi untuk kegunaan
rakyat Selangor”.
Kenyataan itu bermaksud bahawa Khalid dan
Kerajaan Pakatan Haram Selangor menjamin bahawa rakyat di negeri itu
tidak akan mengalami sebarang masalah bekalan air bersih.
Persoalannya, apakah Khalid “Gagap” fikir
rakyat Selangor itu semuanya boleh diperbodohkan seperti PAS yang
bagaikan “lembu dicucuk hidung” dan menurut apa yang dia katakan?
Jaminan jenis apa yang Khalid maksudkan
apabila rakyat di sekitar Subang Jaya mengamuk sakan bila kawasan
kediaman mereka yang terletak di lokasi yang pesat membangun itu sering
mengalami gangguan air.
Rakaman berita di youtube di bawah adalah bukti rakyat Selangor di kawasan SS12 sehingga SS19…
Bayangkan, walaupun tiap-tiap hari hujan, rakyat di sekitar Subang Jaya terpaksa menanggung sengsara akibat gangguan bekalan air bersih pada setiap hari! Anda semua boleh sabar dengan keadaan itu? Mau berak pun susah..!!!
Jadi, di mana perginya jaminan Khalid
“Gagap” di dalam 500 ribu risalah yang dia edarkan? Atau risalah-risalah
berkenaan tidak lebih dari pembohongan terbesar Kerajaan Pakatan Haram
Negeri Selangor?
Sudahlah Khalid menganiaya rakyat
Selangor dengan gagal menyediakan bekalan air bersih, dia tipu pula
rakyatnya dengan propaganda ratusan ribu risalah yang dipercayai dicetak
dengan menggunakan wang rakyat Selangor sendiri!
Lebih berdosa lagi, Khalid turut cuba
menipu rakyat dengan mengatakan bahawa “harga air akan naik 100% selepas
Langat 2 siap kerana rakyat terpaksa bayar balik kos pembinaannya”. Ini
adalah satu lagi penipuan terbesar Khalid “Gagap”!
Siapa yang mengawal harga tarif air di
Selangor? Tidak lain tidak bukan, yang mengawal harga air di negeri
Selangor ialah Abdul Khalid “Gagap” dan konco-konconya di dalam Kerajaan
Pakatan Haram Negeri Selangor!
Menurut perjanjian konsesi air di
Selangor, SYABAS layak untuk memohon kenaikan tarif air pada tahun 2009,
namun permohonan syarikat konsesi itu dinafikan dan tidak diluluskan
Abdul Khalid “Gagap”.
Ini bermaksud, tarif air dikawal
sepenuhnya oleh Khalid “Gagap” sendiri dan bukannya dikawal oleh
Kerajaan Pusat mahupun syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor!
Maka terserlah sungguh pembohongan Khalid “Gagap” di dalam risalah
tersebut, kan?
Seperkara lagi, projek Langat 2 dibiayai
sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Ini bermaksud, Kerajaan Pakatan Haram
Negeri Selangor tidak mengeluarkan belanja walau satu sen pun untuk
membina loji Langat 2.
Jadi, apahal pula Khalid nak paksa rakyat
Selangor bayar balik kos pembinaan loji itu? Atau Khalid sengaja tipu
dan suruh rakyat bayar kos Langat 2 untuk memenuhkan poketnya sendiri?
Nak “rompak” duit rakyat pulak ke?
Khalid nampaknya betul-betul seorang MB
yang gagal. Bukan setakat gagal menjadi MB, Khalid gagal untuk menipu
dengan baik. Lain kali kalau nak menipu, tolong belajar dari Anwar
Ibrahim. Sampai sekarang Anwar tipu rakyat pasal jam tangan OMEGA dan
“Chinadoll”, kan?
Sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment